Nur MaIsarah bIntI BerahIm amIra nafIsa bIntI NorhIsham SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA E D U P 3 0 9 3
sebelum merdeka Berteraskan pengajian ilmu Islam. Lelaki yang dilantik sebagai imam dan telah menunaikan fardu haji sahaja boleh menjadi pendidik. sistem pendidikan pondok Ditubuhkan oleh kumpulan penyebar agama dari Persatuan Mubaligh London. Menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar. Khusus untuk anak bangsawan. Terhalang kerana kekurangan guru Melayu, murid perempuan tidak digalakkan ke sekolah dan pelajar lelaki sedikit. Sekolah vernakular melayu Sistem pendidikan ini memupuk semangat kecintaan kepada Tanah Melayu dan menggalakkan semangat mengekalkan tumpuan dan taat setia rakyat pendatang dan keturunan mereka kepada negara asal masing-masing. Sekolah vernakular cina Sekolah vernakular tamil Terhad kerana masyarakat India kurang berminat untuk mendirikan sekolah dan didirikan oleh pemilik ladang. Menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar.
sebelum merdeka Didirikan di kawasan bandar oleh paderi atau penyebar agama Kristien. Menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Guru yang mengajar di sekolah Inggeris merupakan paderi yang mendapat pendidikan di Eropah. sekolah vernakular Inggeris Pendidikan rendah diberi secara percuma kepada kanak-kanak di sekolah vernakular. Kanak-kanak dibenarkan menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Menambah sekolah pertukangan dan memperbaiki kurikulum bagi sekolah vernakular. Sekolah vernakular agama atau pendidikan madrasah didirikan oleh masyarakat Melayu yang beragama Islam. Sistem vernakular Agama Laporan cheeseman 1946 LAPORAN BARNES 1950 Matlamat pendidikan perlu membentuk satu identiti bangsa berdasarkan kaum. Semua sekolah vernakular dibubarkan dan digantikan dengan sekolah kebangsaan. Sekolah kebangsaan perlu menggunakan sama ada bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sekolah rendah.
sebelum merdeka Mengadakan dua sistem sekolah, iaitu sekolah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan satu lagi menggunakan bahasa Inggeris. Pelajaran bahasa Cina dan Tamil perlu disediakan sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar yang ingin belajar bahasa ibunda mereka. Bahasa Inggeris dan bahasa Melayu diwajibkan di kedua-dua sekolah. laporan fenn-wu 1951 Penubuhan dua jenis sistem persekolahan, iaitu sekolah yang menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggerissebagai bahasa pengantar. Pembelajaran selama 6 tahun. Pelaksanaan sekolah kebangsaan yang dicadangkan oleh Laporan Barnes dilaksanakan. Sekolah Cina dan sekolah Tamil tidak termasuk dalam konsep sistem sekolah kebangsaan. ordinan pelajaran 1952 penyata razak 1956 Pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib bagi semua sekolah rendah dan menengah. Calon dari semua sekolah menengah perlu mengambil peperiksaan SRP dan SPM. Penyusunan semula pelajaran teknik. Guru diletakkan di bawah satu sistem perkhidmatan profesional dan latihan yang sama.
selepas merdeka Pendidikan di sekolah rendah adalah percuma. Sekolah-sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun. Murid naik darjah secara automatik. Pelajaran agama Islam bagi muridmurid hendaklah sekurangkurangnya 15 orang. Pendidikan akhlak dititikberatkan. laporan rahman talib 1960 Penegasan kepada pendidikan asas (3M). Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsurunsur disiplin yang diingini. Penegasan kurikulum mengikut acuan Malaysia. Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, iaitu akademik dan vokasional. Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun kepada 11 tahun. Melancarkan tatacara pengurusan pelajaran dan meningkatkan kualiti pelajaran keseluruhan. akta pendidikan 1961
selepas merdeka Umur berhenti sekolah dinaikkan kepada 15 tahun. Pelajaran sekolah menengah rendah dinaikkan hingga tiga tahun. Pelbagai jenis kursus perlu diperkenalkan supaya dapat melahirkan pelbagai tenaga mahir. Menyediakan pelbagai peluang pekerjaan selepas tamat pengajian. Memperkenalkan sekolah teknik. Mengandungi penegasan terhadap penguasaan kemahiran asas 3M. Peranan kabinet lebih menyeluruh dalam hal perpaduan, pengeluaran sumber manusia dan pembentukan keperibadian insan. Dasar ini telah disytiharkan secara rasmi pada tahun 1998 melalui Falsafah Pendidikan Negara. laporan Aminuddin baki 1964 laporan jawatankuasa kabinet 1979
selepas merdeka Menjadi panduan untuk menjadikan sistem pendidikan lebih sistematik meliputi semua peringkat persekolahan. Perubahan ini melibatkan semua kategori sekolah dari sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta kecuali sekolah ekspatriat. Hal ini dijelaskan dalam Seksyen 15 dan Seksyen 16 Akta Pendidikan 1996. Akta Pendidikan 1996 menjadi garis panduan pelaksanaan pendidikan sejajar dengan perubahan masa. Menjadi asas dalam memartabatkan bahasa Melayu. akta pendidikan 1996
REVOLUSI INDUSTRI 4.0
Perkembangan pendidikan selepas merdeka telah menuju kepada perkembangan pendidikan masa kini di mana salah satu elemen adalah revolusi industri 4.0. Pembangunan teknologi baharu yang banyak menggunakan analisis, robotik, cloud, Internet of Things (IoT) dan teknologi lain menyokong Revolusi Perindustrian 4.0. Ia merupakan teknologi automasi yang menimbulkan cabaran baharu kepada semua sektor di negara ini, yang memerlukan mereka membuat pelarasan seiring dengan transformasi digital untuk terus berdaya saing dan maju dalam landskap dunia moden. REVOLUSI INDUSTRI 4.0
Menurut Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), didapati Malaysia defisit seramai 261,077 orang bakat digital dan diramalkan meningkat kepada 500,000 menjelang 2025. Kekurangan bakat teknologi merupakan masalah global yang juga memberi kesan kepada negara Malaysia. Permintaan untuk pekerja teknologi yang berkelayakan tinggi mengatasi bekalan yang ada. Pada era pendidikan masa kini, guru perlu menerapkan elemen kemahiran teknologi semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, guru yang mengajar subjek Grafik Komunikasi Teknikal (GKT), boleh membimbing pelajar melukis pelan lukisan dengan menggunakan komputer supaya pelajar yang akan melanjutkan pelajaran dalam bidang ini tidak terkejut dan mudah membiasakan diri dengan penggunaan teknologi . cabaran revolusi industri 4.0 melahirkan modal insan yang mahir dalam teknologi
Sekolah berperanan sebagai penjana modal insan yang mempunyai kepakaran, kualiti, personaliti cemerlang, inovasi, pemikiran kritis dan kreativiti untuk menjamin kemajuan sosioekonomi sesebuah negara. Guru yang bergelar pendidik mestilah berpengetahuan dalam isu pedagogi, sosial, profesional dan peribadi. Guru yang berpengetahuan dalam semua bidang ini akan mendidik pelajar menggunakan pelbagai taktik pengajaran dan pemudah cara (PdPc), khususnya dalam bidang teknologi. KPM perlu menganjurkan kursus berkaitan penggunaan teknologi terutamanya kepada guru yang lama atau telah meningkat usianya kerana mereka tidak didedahkan dengan teknologi pada zaman dahulu berbanding dengan guru yang baru. MELAHIRKAN TENAGA PENGAJAR YANG KOMPETEN
Infrastruktur pendidikan Malaysia telah mengalami beberapa perubahan fizikal berbanding dengan tahun 1990-an, infrastruktur pendidikan terus dibina dengan cepat. Kerajaan mengutamakan pembangunan infrastruktur teknologi maklumat yang komprehensif berbanding bahagian fizikal infrastruktur. Kemudahan dari segi kelengkapan teknologi harus dititikberatkan terutamanya di sekolah pedalaman supaya mereka dapat berkembang selari dengan pelajar yang belajar di bandar. Seperti yang kita tahu, terdapat beberapa buah sekolah telah dilengkapi dengan kemudahan smartboard yang memudahkan lagi tugas guru dalam menyediakan bahan pengajaran kerana boleh mengakses terus ke internet bagi mendapatkan gambar, audio, malumat dan sebagainya. Kesannya, dengan kemudahan infrastruktur yang disediakan terutamanya yang melibatkan teknologi dapat menarik minat pelajar, mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan meningkatkan prestasi pelajar. MENYEDIAKAN INFRASTRUKTUR
Zaman guru sebagai sumber utama ilmu dan maklumat mungkin sudah tidak relevan masa kini. Pengajaran dan pembelajaran kini perlu memberi penekanan kepada aspek kreatif dan inovatif serta berfokus kepada pelajar berkolaborasi dan saling bergantung antara satu sama lain. Dengan berkembangnya sumber maklumat terbuka dan kandungan secara dalam talian, guru bukan lagi sebagai sumber utama maklumat. Maklumat di hujung jari ini membolehkan guru dan pelajar mengakses maklumat dengan pantas dan cepat. Ini bukan bermakna guru tidak diperlukan tetapi peranan mereka sebagai pemberi maklumat telah berubah kepada pemudahcara dan konsultatif. Pelajar kini diberi kebebasan untuk menyesuaikan proses pembelajaran mereka melalui Pembelajaran Teradun (Blended Learning) dan Kelas Berbalik (Flipped Classroom). Pembelajaran kini bukan hanya tertumpu di dalam kelas tetapi boleh juga berlaku di rumah atau dimana sahaja mereka berada. Oleh itu, dalam konteks pelatihan guru, program-program latihan guru dipelbagai institusi perlu seiring dengan perkembangan masa kini dan sangat mendesak untuk dikemaskini bagi menghadapi revolusi baru ini. PENDEKATAN PENGAJARAN GURU
falsafah pendidikan kebangsaan
Modal insan yang cekap sentiasa bersedia untuk menambah baik, memahami dan menguasai perkara baharu dalam persekitaran pembelajaran yang semakin kompleks. Kesediaan tenaga pengajar untuk bekerja dengan ilmu pengetahuan, teknologi, dan maklumat sebagai platform untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran sepanjang hayat adalah salah satu ciri guru cemerlang. Ciri ini penting kerana cabaran yang dihadapi oleh guru dalam abad ke-21 memerlukan mereka untuk menjadi inovatif dan bergerak seiring dengan kemajuan teknologi. Seseorang murid mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui pengintegrasian tiga jenis komponen pendidikan iaitu pendidikan formal, pendidikan tidak formal dan pendidikan non formal iaitu proses ini boleh berulang di sepanjang hayatnya. Contohnya, melalui pendekatan pengajaran pembelajaran teradun ini murid dapat belajar pada bila-bila masa dan di mana sahaja kerana pembelajaran melibatkan di luar bilik darjah. Pendidikan ialah satu usaha berterusan
Mengikut falsafah pendidikan negara, pendidikan di Malaysia direka untuk mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu. Ini menunjukkan bahawa setiap orang mempunyai potensi yang berbeza-beza yang boleh dikembangkan. Ini disebabkan setiap makhluk yang terbentuk di planet ini mempunyai ciri-ciri yang unik. Walau bagaimanapun, usaha untuk meningkatkan potensi seseorang mestilah menyeluruh dan diselaraskan. Matlamat pertumbuhan ini adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ketersediaan murid memperkukuhkan ilmu pengetahuan terutamanya dalam bidang teknologi yang dipelajari, mereka dapat mengaplikasikan ilmu pengetauan sedia ada sewaktu mereka menyambung pelajaran atau di alam pekerjaan. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan potensi bakat dalam setiap apa yang mereka lakukan dengan lebih mendalam. memperkembangkan potensi individu
rakyat yang berketerampilan Melahirkan individu yang berketerampilan ini penting bagi memastikan keseimbangan pendidikan dari segi rohani, jasmani dan intelek. Antara ciriciri individu berketerampilan yang ingin dilahirkan ialah yang berilmu pengetahuan. Pengetahuan adalah kunci kejayaan dalam apa jua bidang. Pengetahuan sememangnya agak mudah didapati dalam keadaan pembangunan dunia hari ini, di mana kemajuan teknologi begitu pesat. Matlamat untuk menjana orang yang bijak harus disokong oleh keupayaan untuk menggunakan maklumat. Guru juga mesti memperkukuhkan ilmu pengetahuan terutamanya dalam bidang teknologi untuk menjalankan sesuatu tugas dengan cekap, tangkas dan tanpa cela. Seperti yang kita sedia maklum, sistem pengurusan pelajar pada masa kini kebanyakannya dilakukan secara dalam talian. Oleh itu, guru perlulah teliti dalam melaksanakan tugas supaya tidak berlaku sebarang kecuaian.
TERIMA KASIH