The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by teana.qh, 2024-02-15 20:17:03

BUKU PENGURUSAN SMA AL-AHMADIAH AL-IJTIMAIAH SESI 2024/2025

BUKU PENGURUSAN SMAAI SESI 2024-2025 - draft

Keywords: pengurusan sekolah,sekolah menengah

82 JAWATANKUASA KANTIN DAN KESIHATAN Kantin Setiausaha Pn. Najihah binti Ahmed Pauzi Anggota Jawatankuasa Pengusaha Kantin Kesihatan Setiausaha Cik Nur Nadiah binti Rozali Anggota Jawatankuasa En. Nuqman bin Abu Bakar Senarai Tugas : ▪ Memastikan kebersihan kemudahan, alat kelengkapan dan kawasan kantin. ▪ Memastikan makanan dan minuman yg dijual bersih, bermutu dan berkhasiat. ▪ Memastikan harga yang dijual berdasarkan perjanjian. ▪ Memastikan kantin sentiasa selamat, bersih dan ceria. ▪ Memastikan pengendali makanan dan pelajar sentiasa bersopan semasa berada di kantin. ▪ Memastikan pelajar yang sakit mendapat rawatan di klinik berhampiran. ▪ Memastikan Buku Rekod Kesihatan dikemaskini dan di simpan dengan baik. ▪ Menyiapkan Bilik serta segala kelengkapan yang perlu semasa lawatan/pemeriksaan oleh Jabatan Kesihatan. ▪ Membuat pemantaun harian dan Mingguan Aedes. ▪ Membuat pemantauan harian dan mingguan kendiri Kantin. ▪ Menyediakan dan menghantar laporan bulanan ke PPDT dan Pusat Kesihatan JAWATANKUASA PENDAFTARAN PELAJAR DAN SUAIKENAL MURID BARU Setiausaha Cik Nur Akmal binti Che Roselam Anggota Jawatankuasa En. Mohamad Aizat bin Mohamad Zol En. Badri bin Idris Pn. Fazlina binti Che Din S/U Kokurikulum S/U HEM Setiausaha Koperasi Semua warden asrama Senarai Tugas : ▪ Menyediakan borang pendaftaran pelajar yang mengandungi nama pelajar, jantina, umur, tarikh lahir, tarikh masuk sekolah, no. surat beranak, jenis pekerjaan dan alamat ibu bapa/penjaga. ▪ Memastikan pelajar baru didaftarkan dalam buku pendaftaran dan register. ▪ Memastikan buku pendaftaran dan register sentiasa disimpan dengan selamat di pejabat. ▪ Melengkapkan borang maklumat pelajar dan key-in ke sistem komputer. ▪ Menyiapkan laporan berkala bagi setiap kativiti atau program yang telah di adakan dalam tempoh 7 hari bekerja. ▪ Menyedia dan menyusun J/Kuasa Kerja dan pengelola bagi setiap aktiviti dan program yang diadakan. ▪ Mendaftar murid dalam kokurikulum.


83 JAWATANKUASA PENGURUSAN ASRAMA Penyelia Asrama En. Ramlan bin Othman Setiausaha En. Sallehuddin bin Saad Penolong Setiausaha Cik Fatin Farina binti Johari Anggota Jawatankuasa Pn Wan Sarina binti Sulaiman En. Nuqman bin Abu Bakar Senarai Tugas : ▪ Menguruskan pelajar-pelajar asrama mengikut prosedur yang telah ditetapkan. ▪ Memastikan keselamatan pelajar yang tinggal di asrama terjamin. ▪ Pastikan semua penghuni asrama mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. ▪ Mengambil tindakan yang sewajarnya jika ada murid asrama yang melanggar peraturan ▪ Menjaga kebajikan murid-murid asrama. ▪ Segera memaklumkan kepada PK Hem dan Pengetua jika ada sebarang masalah ▪ Bekerjasama dengan pihak pentadbir untuk memastikan asrama SMAAI akan bertambah baik. JAWATANKUASA SUMUR (SAHSIAH UNGGUL MURID) Setiausaha Pn Asmanazifah binti Ibrahim Anggota Jawatankuasa Semua Guru Senarai Tugas : ▪ Merancang program dan aktiviti berkaitan sepanjang tahun. ▪ Memastikan aktiviti yang dilaksanakan berjalan lancar mengikut jadual yang telah ditetapkan. ▪ Memastikan Minit Mesyuarat dan laporan aktiviti disediakan dan difailkan. ▪ Penyelaras hendaklah menyediakan laporan dan menghantar kepada SPI P. Pinang seperti yang diarahkan. JAWATANKUASA PENCEGAH JENAYAH Setiausaha En. Maliki bin Md Mokhtar Anggota Jawatankuasa JK Lembaga Pengawas Semua Pengawas Sekolah Senarai Tugas : ▪ Melantik ahli-ahli baru dari badan beruniform dan pengawas. ▪ Melantik AJK tahunan dalam mesyuarat. ▪ Merancang dan melaksanakan aktiviti tahunan. ▪ Semua aktiviti perlu didokumentasikan. ▪ Libatkan J/K dalam aktiviti sekolah. ▪ Meletakkan papan tanda pada tempat yang merbahaya.


84 4.3 Tugas Guru Tingkatan 1. Pengurusan dan organisasi kelas. 1.1 Disiplin muridnya sesuai selaras dengan peraturan disiplin. 1.2 Pakaian seragam dan cara pemakaianya yang sempurna bagi setiap murid. 1.3 Kebersihan dan kekemasan diri muridnya. 1.4 Kebersihan dan keceriaan kelasnya. 1.5 Membentuk Organisasi kelas. Perlantikan ketua dan penolong ketua darjah serta jadual bertugas pelajar. 1.6 Mempamerkan jadual waktu kelas, jadual bertugas dll di papan kenyataan kelas. 1.7 Menyediakan peralatan pembersihan. 1.8 Susunan kerusi dan meja dalam kelasnya. 1.9 Menyelia buku pemantauan kelas 1.10 Menentukan kawat elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan selamat digunakan 1.11 Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru penyelenggaraan 1.12 Mengadakan tabung kelas untuk keceriaan kelas dan kebajikan murid. 2. Pengurusan Data Kehadiran Murid 2.1 Setiap guru kelas perlu memasukkan data kehadiran murid data kehadiran murid dalam APDM selewat-lewatnya pukul 9.00 pagi. 2.2 Sekiranya guru kelas menghadapi masalah dalam memasukkan data, guru boleh berhubung dengan guru data APDM untuk mengemaskini kehadiran. Sekiranya guru tingkatan tidak hadir, guru pembantu kelas bertanggungjawab memasukkan kehadiran dalam APDM. 2.3 Murid yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut atau berselang seli dalam satu minggu, ibu bapa/penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis. 2.4 Setiap bulan rumusan kehadiran perlu di cetak dan dihantar kepada PK HEM. 3. Jadual 1: Cara untuk Mengisi Surat Amaran Surat Amaran Bilangan hari tidak hadir (Berturut-turut) Bilangan hari tidak hadir (Tidak berturut-turut) 1 Pada hari ke-3 Pada hari ke-10 2 7 hari selepas amaran 1 (10 hari) 10 hari selepas amaran 1 (20 hari) 3 7 hari selepas amaran ke-2 (17 hari) 10 hari selepas amaran ke-2 (30 hari) Amaran terakhir (gantung persekolahan) 7 hari selepas amaran ke-3 (24 hari) 10 hari selepas amaran ke-3 (40 hari) Ditamatkan pendaftaran persekolahan ditandatangan oleh pengetua (Surat berdaftar) 0. hari selepas amaran terakhir (31 hari) 20 hari selepas amaran terakhir (60 hari) Jumlah hari tidak hadir 31 hari 60 hari


85 4. Dokumen Pelajar - Sijil Sekolah / Borang Maklumat Pelajar / Buku Kesihatan / Kad Gigi / Buku Kokurikulum 4.1 Memastikan setiap murid mempunyai dokumen-dokumen tersebut. Jika tiada dapatkan daripada guru penyelaras dokumen tersebut. 4.2 Lengkap butir-butir yang diperlukan dalam dokumen tersebut dengan lengkap. 4.3 Mengisikan markah dan membuat laporan prestasi akademik kepada murid bagi setiap penggal. 4.4 Guru tingkatan bekerjasama dengan kerani menyediakan borang pertukaran, Sijil Berhenti Sekolah (Tingkatan 3 dan 5) mengedarkan borang Sijil Berhenti Sekolah, 4.5 Key-in data APDM , SSDM dan lain-lain yang berkaitan dan diserahkan kepada guru yang berkaitan. 5. Kutipan yuran dan derma 5.1 Mengutip yuran PIBG sekolah secepat mungkin dengan budi bicara terhadap kemampuan waris 5.2 Mengutip lain-lain bayaran yang diluluskan jika ada dan rekod kutipan disimpan untuk semakan. 5.3 Resit tanda terima mesti keluarkan kepada murid bagi pembayaran yang dibuat. 5.4 Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada bendahari PIBG 5.5 Serahkan nama pelajar yang belum menjelaskan yuran kepada PK Pentadbiran. 6. Biasiswa dan bantuan, Buku Teks (SPBT) 6.1 Memastikan pelajar menerima skim pinjaman buku-buku teks dan memastikan buku tersebut dibalut dan ditulis nama murid. 6.2 Mengenalpasti murid yang layak menerima biasiswa dan sebarang bentuk bantuan yang lain dan melaporkan kepada guru biasiswa dan guru kebajikan murid. 6.3 Melaporkan kepada guru biasiswa sekiranya terdapat masalah disiplin dan kemerosotan pelajaran di kalangan murid yang menerima biasiswa. 6.4 Dapatkan buku-buku SPBT untuk pelajar baru yang layak pada bila-bila masa. 6.5 Edarkan borang makluman SPBT, biasiswa dan bantuan dan mengumpul balik mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan. 7. Pendaftaran kemasukan murid baru. 7.1 Mendaftarkan murid baru ke dalam buku daftar kemasukan murid di pejabat dan dapatkan nombor sekolah dari PK HEM. 7.2 Menentukan penerimaan dokumen pelajar dari sekolah terdahulu seperti kad 001, buku kesihatan, buku kokurikulum, markah semua folio serta peka sains, dan lain-lain lagi. 7.3 Menyemak jika murid menerima sebarang bentuk biasiswa dan melaporkan kepada guru biasiswa 7.4 Mengambil butir-butir murid yang diperlukan dengan menggunakan data APDM serta fotostat dokumen penting


86 8. Murid bertukar sekolah atau berhenti sekolah. 8.1 Menentukan borang SPBT, slip peperiksaan, kad kesihatan dan borang maklumat pelajar diisi dengan lengkap 8.2 Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan bagi murid tingkatan 3 dan 5. 8.3 Menguruskan permohonan pertukaran sekolah telah dihantar ke JPN/PPD. 8.4 Menentukan buku-buku teks (SPBT) dipulangkan. 8.5 Menentukan penerima biasiswa dilaporkan kepada guru biasiswa. 8.6 Mendapatkan laporan disiplin dari guru disiplin. 8.7 Sediakan sijil berhenti sekolah kepada murid yang berhenti sekolah. 9. Masalah pembelajaran / disiplin / kesihatan diri. 9.1 Memberi galakan, motivasi dan merangsangkan minat murid terhadap akademik. 9.2 Memupuk persaingan yang sihat di dalam kelas. 9.3 Sentiasa prihatin dan peka terhadap masalah semua murid. 9.4 Melaporkan kepada kaunselor jika terdapat pelajar bermasalah disiplin, merosot pelajaran dan ponteng. 9.5 Melapor kepada guru kesihatan jika terdapat murid yang menghadapi masalah kesihatan. 9.6 Melaporkan kepada guru disiplin dan membuat catatan dalam buku pemantauan kelas jika ada murid yang melanggar disiplin sekolah. 9.7 Mengeluarkan surat amaran 1, 2, 3, terakhir (gantung persekolahan) dan buang persekolahan mengikut prosedur (Jadual 1) 9.8 Selepas surat amaran dihantar, kemukakan senarai nama murid kepada kaunselor untuk sesi kaunseling. 10. Peperiksaan UPSA/UASA/PPT/PAT/SMA/SPM/STA/STAM 10.1 Minta senarai nama terbaru dari guru peperiksaan sebelum peperiksaan/ujian sekolah berjalan. 10.2 Fotostat senarai dan serahkan kepada setiap guru mata pelajaran yang terlibat dalam kelas. 10.3 Kutipkan markah dari guru mata pelajaran dan serah kepada guru data peperiksaan pada tarikh yang ditetapkan. 10.4 Ambil slip peperiksaan dari guru data peperiksaan, tandatangani dengan lengkap dan serahkan kepada pelajar. 10.5 Minta slip peperiksaan daripada pelajar mengikut tarikh dan semak sama ada ibubapa/penjaga telah dimaklumkan/menandatangani slip tersebut. 10.6 Mengadakan mesyuarat guru tingkatan minimum 2 kali setahun.


87 4.4 Tugas Guru Disiplin Sekolah 1. Pengurusan Displin 1.1 Bertanggungjawab terhadap peraturan dan disiplin sekolah dan memastikan murid-murid mematuhinya. 1.2 Memantau tingkah laku murid-murid perseorangan dan kumpulan dan memastikan langkah-langkah diambil terhadap tingkah laku yang tidak sesuai. 1.3. Mengisi SSDM dengan kerjasama guru-guru dan lembaga pengawas s sekolah. 1.4 Mengemukakan cadangan kepada pengurusan sekolah berkaitan dengan pelbagai perkara mengenai disiplin murid. 1.5 Semua AJK adalah bertanggungjawab untuk mencegah dan menyelesaikan masalah disiplin murid yang dikemukakan oleh guru. 1. Mengadakan Mesyuarat Lembaga Disiplin 2.1 Mengadakan mesyuarat disiplin sekurang-kurangnya empat kali setahun 2.2 Masalah-masalah disiplin yang timbul dan langkah-langkah untuk meningkatkan tahap prestasi disiplin sekolah 2.3 Mencadangkan hukuman yang sesuai ke atas pelajar yang melanggar peraturan dan disiplin sekolah 2.4 Mencadangkan program yang sesuai untuk meningkatkan tahap disiplin sekolah. 2.5 Bersidang bila dipanggil oleh pengerusi (pengetua) untuk membincang dan mengambil keputusan tentang kes-kes yang amat serius. 3. Menjalankan pemeriksaan mengejut / spot check 3.1 Guru Disiplin dan pengawas diarahkan membuat “spot check” sekurang-kurangnya 1 kali setiap 2 minggu ke atas kelas-kelas terpilih dan sekali setiap bulan untuk semua kelas. 3.2 Semua barang rampasan hendaklah disimpan oleh ketua guru disiplin. Tuntutan boleh dibuat oleh ibu bapa pelajar dalam tempoh 7 hari bekerja. Jika barang tidak dituntut selepas sebulan, pihak sekolah tidak bertanggungjawab di atas kehilangan barangan tersebut. 3.3 Merekodkan laporkan operasi termasuk barang rampasan ke dalam Buku Harian Disiplin. 4. Mengambil tindakan disiplin terhadap murid-murid yang berikut: 4.1 Ponteng kelas / sekolah / perhimpunan / kokurikulum / peperiksaan / kerja amal 4.2 Tidak ada kekemasan diri dan berambut panjang 4.3 Tingkahlaku jenayah / lucah / tingkahlaku kurang sopan dan biadab / gangguan seksual 4.4 Tingkahlaku memusnahkan harta awam/tidak jujur/menipu 4.5 Tingkahlaku malas / tidur / lepak dikoridor dan keluar tanpa kebenaran 4.6 Membawa senarai barang yang dilarang dibawa ke sekolah


88 4.5 Tugas Guru 3K (Kebersihan, Keceriaan Dan Keselamatan) 1. Kebersihan 1.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual gilran bertugas disediakan oleh guru tingkatan. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat. 1.2 Guru kanan/ ketua panitia dan guru yang mempunyai bilik khas /tempat khas (bengkel, bilik kaunseling, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab menjaga bilik tersebut 1.3 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan murid 2. Keselamatan 2.1 Menyediakan dan menyelaras peraturan-peraturan keselamatan. a) Kebakaran b) Keselamatan harta dalam kawasan sekolah. c) Kecemasan d) Pelawat-pelawat 2.2 Membantu merancang dan melaksanakan program-program keselamatan dan kecemasan seperti berikut:- a) Latihan kebakaran b) Meletakkan tanda amaran BAHAYA di tempat-tempat yang berbahaya dan c) Memastikan murid yang berkenderaan motor mempunyai cukai jalan dan lesen memandu yang sah. 2.3 Berhubung dengan pihak Jabatan Bomba bagi tujuan Latihan kebakaran atau waktu dalam kecemasan. 2.4 Berhubung dengan pihak ambulans waktu dalam kecemasan. 2.5 Tugas-tugas lain yang diarah dari masa ke semasa. 2.6 Mengadakan mesyuarat jawatankuasa 4 kali setahun. 4.6 Tugas Guru Kantin 1. Pengurusan 1.1 Mengadakan mesyuarat jawatankuasa minimum 4 kali setahun 1.2 Menyelia dan memantau kantin seta membuat laporan kendiri 1.3 Bekerjasama dengan pengusaha kantin untuk menjaga kebersihan dan keceriaan kantin. 1.4 Menyediakan aktiviti dan program pendidikan kebersihan, keceriaan dan keselamatan kantin. 1.5 Membantu merancang dan melaksanakan program berkaitan pengurusan kantin seperti pemeriksaan kantin dan keceriaan. 1.6 Menyediakan laporan mingguan kantin oleh pengawas yang bertugas.


89 4.7 Tugas Guru Kesihatan Dan Kebajikan 1. Pengurusan 1.1 Mengadakan mesyuarat jawatankuasa kesihatan dan kebajikan minimum 4 kali setahun 1.2 Menyediakan bilik dan membantu pihak klinik kesihatan melakukan pemeriksaan kesihatan murid. 1.3 Merancang, mengelola, menyelia dan menilai program kesihatan dan kempen kesihatan yang komprehensif seperti ceramah, pameran, lawatan, tayangan dan lain-lain. 1.4 Membantu klinik melakukan urine test, suntikan rubella dan tetanus, pemeriksaan gigi. 1.5 Mengurus dan menyelaraskan jadual tugas bilik rawatan dan pastikan peti ubat disediakan dan dilengkapi. 1.6 Membuat pemeriksaan dan laporan mengenai nyamuk AEDES. 1.7 Menguruskan murid yang memerlukan rawatan. 1.8 Membantu merancang dan melaksanakan program berkenaan dengan kebajikan murid. 1.9 Mengadakan aktiviti rancangan kesihatan sekolah seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan kesihatan, hidup sihat di sekolah, kerjasama antara sekolah dan masyarakat untuk kesihatan dan kantin sekolah. 1.10 Menyediakan dan menguruskan kad kesihatan dengan kerjasama guru tingkatan. 1.11 Mempastikan kebenaran diperolehi daripada ibu bapa / penjaga sebelum pasukan kesihatan memulakan pemeriksaan dan memberi rawatan. 4.8 Tugas Guru Pengawas Sekolah 1. Pegurusan 1.1 Menjadi penasihat kepada lembaga pengawas 1.2 Menganggotai lembaga disiplin sekolah 1.3 Memilih dan melantik anggota-anggota lembaga pengawas mengikut peraturan–peraturan yang ditetapkan. 1.4 Menghadiri dan membimbing mesyuarat lembaga pengawas minimum 4 kali setahun 1.5 Menganjurkan kursus kepimpinan dan kawalan kepada anggotaanggota pengawas sekolah. 1.6 Menjadi pakar rujuk kepada pengawas-pengawas dalam hal-hal melaksanakan sistem point demerit untuk mengawal disiplin pelajar. 1.7 Membantu lembaga disiplin melakukan “Spot Check” dengan dibantu oleh pengawas. Semua barang rampasan direkodkan dan diserahkan kepada ketua guru disiplin.Laporkan operasi direkodkan ke dalam Buku Harian Disiplin. 1.8 Perlantikan pengawas serta mengumumkannya selewat-lewatnya pada hujung bulan Jan. Pada bulan Ogos, perlantikan ketua pengawas dijalankan untuk mengambil alih tugas ketua pengawas Tingkatan 5. 1.9 Mengadakan duty roster untuk pengawas mengawasi kantin, tempat letak motosikal, pintu masuk/keluar sekolah dan menyediakan pentas untuk perhimpunan di dataran. 1.10 Mengadakan duty roster untuk pengawas mengawasi tangga naik ke setiap blok dan membuat rondaan di koridor dan kawasan sekolah.


90 4.9 Tugas Guru Bimbingan Dan Kaunseling 1. Pengurusan 1.1 Menyediakan rancangan tahunan dan aktiviti perkhidmatan bimbingan & kaunseling sekolah (B&K). 1.2 Mengenal pasti keperluan perkhidmatan B&K melalui kajian keperluan, soal selidik, temubual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar. 1.3 Mentadbir dan menganalisis ujian-ujian bakat dan minat kerjaya apabila ujian-ujian itu diadakan. 1.4 Mengadakan program orientasi untuk kemasukan pelajar baru ke tingkatan satu dan tingkatan 4. 1.5 Mengumpul, menyelia, menyebar maklumat B&K kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai. 1.6 Mengelola dan melaksanakan aktiviti B&K dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum. 1.7 Menyemak segala butir yang disempurnakan oleh murid-murid dan ibu bapa dalam borang-borang permohonan dan mengisikan segala butir yang patut diisi oleh pihak sekolah dan seterusnya memanjangkan untuk tindakan pengetua. 1.8 Menguruskan pengisian segala butir yang perlu disempurnakan oleh pihak sekolah dalam segala borang permohonan biasiswa dan bantuan kewangan dan sebagainya yang dikehendaki oleh murid-murid/ ibu bapa untuk tindakan mereka sendiri. 1.9 Mengambil tahu semua peraturan mengenai pentadbiran biasiswa dan dermasiswa dan mempastikan segala urusan dibuat menurut peraturanperaturan. 1.10 Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan, aktiviti dan program B&K secara profesional dan beretika untuk semua pelajar. 2. Pelaksanaan Program B&K 2.1 Mengelolakan sesi kaunseling individu dan kelompok untuk menyelesaikan masalah 2.2 Merancang, menyediakan dan mendedahkan pelajar kepada peluangpeluang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negeri. 2.3 Merancang, melaksana mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferensi dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar. 2.4 Mengawal papan kenyataan Unit/Kelab Bimbingan dan Kaunseling. 2.5 Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan B&K. 2.6 Menjadi urusetia kepada jawatankuasa penyelaras perkhidmatan B&K. 2.7 Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya. 2.8 Menjadi personal perhubungan/ seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan. 2.9 Melatih pembimbing rakan sebaya untuk membantu pelajar-pelajar remaja


91 2.10 Menjadi penyelaras dalam program mentor mentee sekolah. 2.11 Menjalankan program-program Pendidikan Pencegah Dadah dan HIV / AIDS. 2.12 Menjadi Setiausaha Program Sekolah Selamat. 2.13 Menjadi Penyelaras Program Selepas UASA/PAT 2.14 Menjadi ahli jawatankuasa Kurikulum 2.15 Menjadi Penasihat Kelab Bimbingan dan Kaunseling. 2.16 Melaksanakan sebarang arahan-arahan lain mengenai bimbingan daripada JPN/PPD/KPM. 4.10 Tugas Guru Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 1. Pengurusan 1.1 Bertanggungjawab kepada Penolong Kanan HEM sebagai Ketua Penyelia Skim Pinjaman Buku-Buku Teks. 1.2 Melaksanakan segala urusan yang berkaitan dengan pelaksanaan skim ini mengikut kehendak dan arahan Biro Buku-Buku Teks seperti:- 1.3 Menyampaikan maklumat pinjaman buku-buku teks kepada setiap ibu bapa melalui murid di tiap- tiap tingkatan. 1.4 Menguruskan pinjaman buku teks kepada pelajar. 1.5 Memproses borang-borang permohonan dan mengasingkan permohonan yang layak dan tidak layak ditimbangkan dan mengemukakan borang-borang tersebut untuk diluluskan. 1.6 Menyediakan laporan penuh tentang keperluan buku-buku teks dan menyempurnakan butir- butir dikemukakan kepada Biro Buku Teks. 1.7 Menerima buku-buku teks yang dihantar ke sekolah dan mengirimkan buku-buku yang berlebihan kepada pihak berkenaan, sekiranya diarahkan. Menentukan bahawa penerima dan pengirim itu dicatat dalam buku stok. 1.8 Mengadakan satu sistem yang sesuai, sempurna dan berkesan dalam hal ehwal pengedaran dan pungutan buku-buku teks kepada dan daripada murid-murid. 1.9 Menyelenggarakan stok buku-buku teks di bawah skim ini dengan sempurna dan kemaskini. 1.10 Menguruskan surat-surat ingatan kepada ibu bapa murid-murid yang tidak mengembalikan buku-buku teks yang dipinjamkan. 1.11 Menyediakan perangkaan murid-murid yang mendapat pinjaman bukubuku teks dan yang tidak mendapat pinjaman. Menentukan murid-murid yang belum dibekalkan buku-buku pinjaman, samaada kesemua atau sebahagian dan sebab-sebab hal itu berlaku. Hal ini hendaklah ada dalam pengetahuan dan dapat diperolehi maklumatnya pada setiap masa. 1.12 Mengadakan mesyuarat jawatankuasa minimum 4 kali setahun


92 4.11 Tugas Guru Biasiswa Dan Kebajikan 1. Pengurusan 1.1 Menyediakan senarai murid-murid yang patut dicadangkan untuk mendapat kurniaan pelbagai jenis biasiswa dan kebajikan . 1.2 Mengurus dan mengedarkan borang biasiswa dan bantuan kewangan kepada murid-murid dan memungut kembali untuk diproses. 1.3 Menguruskan supaya segala permohonan biasiswa dan apa-apa jua jenis bantuan dihantar kepada pihak yang berkenaan sebelum atau selewat-lewatnya pada tarikh tutup yang ditetapkan. 1.4 Memberi perhatian kepada murid-murid yang tidak mendapat apa-apa bantuan tetapi amat memerlukannya dan mengemukakannya kepada pengetua untuk pertimbangan dan ikhtiar selanjutnya. 1.5 Menyimpan rekod yang betul, sempurna dan kemaskini tentang muridmurid yang mendapat kurniaan apa-apa jua jenis biasiswa atau bantuan kewangan menurut tingkatan masing-masing. 1.6 Tugas-tugas lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa berhubung dengan biasiswa dan bantuan kewangan. 1.7 Mengadakan mesyuarat jawatankuasa minimum 4 kali setahun


93 BAB 5 KOKURIKULUM 5.1 Carta Organisasi Kokurikulum Sesi 2024/2025 94 5.2 Senarai Jawatankuasa Kokurikulum Sesi 2024/2025 95 Jawatankuasa Induk Kokurikulum 95 Jawatankuasa Induk Majlis Sukan Sekolah 95 Jawatankuasa Induk Kokurikulum Akademik 96 Jawatankuasa Koperasi Sekolah 97 Kelab & Persatuan 98 Unit Beruniform 99 Kelab Sukan Permainan 100 Rumah Sukan 101 Jawatankuasa Program Khidmat Masyarakat Inovasi, Bulan Kemerdekaan Dan Bulan Akademik Panitia 102 Jawatankuasa Aktiviti Pendidikan Islam, Hari Kebesaran Islam Dan Program Khas 102 5.3 Senarai Tugas Unit Kokurikulum 103


94 5.1 Carta Organisasi Kokurikulum Sesi 2024/2025


95 5.2 Senarai Jawatankuasa Kokurikulum Sesi 2024/2025 JAWATANKUASA INDUK KOKURIKULUM Pengerusi Tn. Hj. Hamzah bin Hj. Jaafar Naib Pengerusi 1 Pn. Nur Aini binti Abdullah Naib Pengerusi 2 En. Zainol Abidin bin Ahmad Naib Pengerusi 3 Pn. Ruslina binti Ramli Naib Pengerusi 4 En. Khairul Rizal bin Basri Setiausaha Kokurikulum Cik Nur Nadiah binti Rozali Setiausaha Sukan En. Azlisham bin Azham Penyelaras Unit Beruniform Pn Nur Qistina binti Abd.Halim Penyelaras Kelab/Persatuan En. Nuqman bin Abu Bakar Penyelaras Sukan/Permainan En. Mohamad Fairos bin Yahaya Senarai Tugas : ▪ Menyediakan notis Mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum ▪ Mencatat minit mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum ▪ Merekod, mencatat dan mendokumentasikan semua aktiviti kokurikulum ▪ Menguruskan papan kenyataan Kokurikulum Sekolah ▪ Membantu pihak pentadbir dalam urusan surat menyurat kokurikulum di peringkat sekolah ▪ Menyediakan laporan Tahunan aktiviti kokurikulum sekolah ▪ Melaksanakan tugas yang diarahkan oleh pentadbir sekolah yang berkaitan dengan kokurikulum JAWATANKUASA INDUK MAJLIS SUKAN SEKOLAH Setiausaha En. Azlisham bin Azham Bendahari Pn. Nur Qistina binti Abd.Halim Penyelaras Sukan & Permainan En. Mohamad Fairos bin Yahaya Penyelaras Sukan MAKSAR Pn. Siti Hamidah binti Abdullah Anggota Jawatankuasa Guru Penasihat Rumah Sukan Guru Penasihat Sukan/Permainan


96 JAWATANKUASA INDUK KOKURIKULUM AKADEMIK Setiausaha Cik Nur Nadiah binti Rozali (KPM) Anggota Jawatankuasa Pn. Siti Hamidah bt Abdullah (MAKSAR) Pn. Siti Suhaini binti Shaari Pn. Farahiyah binti Alias Pn. Nurul Asyiqin binti Abdullah Pn. Norhashimah binti A Hamid Semua Ketua Panitia IHTIFAL ‘ILMI (MAKSAR) Tilawah En. Syed Ahmad Faisal bin Syed Hussein En. Meor Muhd Redzuan bin Md Yusop Hafazan En. Bacthiar bin Burhanuddin Pn. Najihah binti Ahmad Pauzi Khat En. Badri bin Idris Pn. Siti Juliana binti Ismail Kitab Turath En. Norshahidan bin Mustafa Kalam Thaqaffi Pn. Asmanazifah binti Ibrahim Kalam Jama’ie En. Mohd Aizat bin Mohd Zol Pn. Wan Sarina binti Sulaiman Syarahan BM Cik Nur Fatin Farina binti Johari Syarahan BI Pn. Farahiyah binti Alias Syarahan BA En. Maliki bin Mokhtar Senarai Tugas : ▪ Merancang dan menyediakan pasukan untuk mewakili sekolah pada pertandingan Koku Akademik Bahasa/Agama Islam/Sains bersama Guru Kanan Bahasa dan Ketua-Ketua Panitia berkenaan. ▪ Bertanggungjawab melatih pasukan bersama Guru Kanan Bahasa, Ketua-Ketua Panitia dan Guru mata pelajaran berkenaan. ▪ Menguruskan surat kebenaran waris. ▪ Menguruskan Guru Pengiring dan pengangkutan yang selamat ke tempat pertandingan.


97 JAWATANKUASA KOPERASI SEKOLAH Setiausaha Cik Nur Fatin Farina binti Johari Bendahari Pn. Nur Qistina binti Abd.Halim Stok & Belian En. Meor Muhd Redzuan bin Md Yusop Jualan & Juruaudit Pn. Nurul Asyiqin binti Abdullah Senarai Tugas: ▪ Setiausaha: Panggilan mesyuarat, surat menyurat, segala dokumentasi dan maklumat murid ▪ Bendahari: Menguruskan semua urusan kewangan, mengemaskini akaun, perbankan dan penutupan akaun ▪ Stok: Mengemaskini stok, memeriksa stok masuk dan keluar barangan serta mempromosi barangan koperasi. ▪ Belian: Membuat pesanan dan membeli barang-barang untuk koperasi ▪ Jualan: Membuat giliran bertugas dan membuka koperasi pada setiap hari persekolahan termasuk minggu akhir cuti persekolahan akhir tahun dan menutup kedai. Menyemak buku log dan stok pada hari bertugas serta menyerahkan wang hasil jualan kepada bendahari ▪ Juruaudit: Memeriksa akaun koperasi secara berkala dan membuat laporan kepada pengerusi tentang kedudukan akaun koperasi.


98 KELAB & PERSATUAN Penyelaras En. Nuqman bin Abu Bakar Bahasa Arab Pn. Siti Hamidah binti Abdullah (K) Pn. Najihah binti Ahmad Pauzi BM dan BI Cik Normira binti Md Noh (K) Cik Nur Nadiah binti Rozali SEGAR En. Nuqman bin Abu Bakar (K) Pn. Norhashimah binti A Hamid STEM Pn. Siti Suhaini binti Shaari (K) Pn. Nurshahirah binti Din Koperasi Sekolah En. Meor Muhd Redzuan bin Md Yusop (K) Pn. Nurul Asyiqin binti Abdullah KERJAYA Cik Nur Akmal binti Che Roselam (K) En. Mohamad Aizat bin Md Yusop Tingkatan 6 En. Maliki bin Mokhtar (K) En. Shamsuri bin Mohd Hassan Senarai Tugas : ▪ Mengadakan mesyuarat Agung ▪ Menyediakan Perlembagaan dan Peraturan. ▪ Menjalankan aktiviti yang selaras dengan objektif sekolah. ▪ Membimbing AJK menjalankan tugas ▪ Merancang dan melaksanakan aktiviti tahunan bersama murid ▪ Merancang strategi untuk meningkat kecemerlangan. ▪ Menguruskan kewangan dan peralatan dengan baik. ▪ Memastikan fail-fail berkaitan diurus dan di kemaskini dengan teratur. ▪ Mendaftar persatuan, unit beruniform dan kelab kepada Pengetua atau badan induk. ▪ Membimbing dan memberi galakan kepada semua ahli. ▪ Menguruskan penyertaan ahli di peringkat sekolah, Zon, PPD dan Negeri. ▪ Menjadi guru pengiring dalam semua aktiviti murid. ▪ Mencatat penglibatan dan pencapaian ahli. ▪ Menandatangani buku rekod kehadiran ahli dalam semua perjumpaan. ▪ Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan. ▪ Memastikan papan kenyataan yang ditetapkan di kemaskini. ▪ Memastikan tiada unsur yang tidak baik di kalangan ahli. ▪ Mengenalpasti ahli yang layak diberi penghargaan. ▪ Sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program. ▪ Menjalanankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua.


99 UNIT BERUNIFORM Penyelaras Pn Nur Qistina binti Abd.Halim Kadet Remaja Sekolah En. Syed Ahmad Faisal bin Syed Hussein (K) En. Bacthiar bin Burhanuddin En. Badri bin Idris Pn. Farahiyah binti Alias Puteri Islam Pn. Najihah binti Ahmed Pauzi (K) Pn. Asmanazifah binti Ibrahim Pn. Wan Sarina binti Sulaiman Pn. Siti Juliana binti Ismail Senarai Tugas : ▪ Mengadakan mesyuarat Agung ▪ Menyediakan Perlembagaan dan Peraturan. ▪ Menjalankan aktiviti yang selaras dengan objektif sekolah. ▪ Membimbing AJK menjalankan tugas ▪ Merancang dan melaksanakan aktiviti tahunan bersama murid ▪ Merancang strategi untuk meningkat kecemerlangan. ▪ Menguruskan kewangan dan peralatan dengan baik. ▪ Memastikan fail-fail berkaitan diurus dan di kemaskini dengan teratur. ▪ Mendaftar persatuan, unit beruniform dan kelab kepada Pengetua atau badan induk. ▪ Membimbing dan memberi galakan kepada semua ahli. ▪ Menguruskan penyertaan ahli di peringkat sekolah, Zon, PPD dan Negeri. ▪ Menjadi guru pengiring dalam semua aktiviti murid. ▪ Mencatat penglibatan dan pencapaian ahli. ▪ Menandatangani buku rekod kehadiran ahli dalam semua perjumpaan. ▪ Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan. ▪ Memastikan papan kenyataan yang ditetapkan di kemaskini. ▪ Memastikan tiada unsur yang tidak baik di kalangan ahli. ▪ Mengenalpasti ahli yang layak diberi penghargaan. ▪ Sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program. ▪ Menjalanankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua.


100 KELAB SUKAN PERMAINAN Bola Sepak En Azlisham bin Azham Merentas Desa En Azlisham bin Azham SepakTakraw En Norshahidan bin Mustafa (K) En Sallehuddin bin Saad En Mohamad Aizat bin Mohamad Zol Ping Pong En. Azlisham bin Azham (K) En. Syed Ahmad Faisal bin Syed Hussein Cik Normira binti Md Noh Bola Jaring Cik Nur Fatin Farina binti Johari (K) Pn. Nur Qistina binti Abd.Halim Cik Nur Nadiah binti Rozali Badminton En. Mohamad Fairos bin Yahaya (K) En. Nuqman bin Abu Bakar Pn. Nurshahirah binti Din Senarai Tugas : ▪ Merancang, menyelia perlaksanaan program-program peringkat sekolah dan melibatkan pasukan sekolah dalam aktiviti peringkat daerah, negeri, dan kebangsaan. ▪ Menjadualkan aktiviti Sukan & Permainan mengikut masa yang telah ditetapkan dalam takwim. ▪ Digalakkan juga mengadakan perjumpaan tambahan pada waktu petang hari persekolahan atau Jumaat petang atau Sabtu pagi yang difikirkan sesuai/perlu. ▪ Setiap kehadiran, penglibatan jawatan ahli2 mestilah direkodkan untuk sijil perakuan sekolah ▪ Semua penasihat mesti berada bersama murid semasa aktiviti dijalankan.


101 RUMAH SUKAN Guru Rumah Biru En. Badri bin Idris (K) En. Norshahidan bin Mustafa En. Sallehuddin bin Saad Pn. Farahiyah binti Alias Pn. Najihah binti Ahmed Pauzi Pn. Siti Juliana binti Ismail Guru Rumah Hijau En. Meor Muhd Redzuan bin Md Yusop (K) En. Syed Ahmad Faisal bin Syed Hussein Pn. Nurul Asyiqin binti Abdullah Pn. Nurshahirah binti Din Pn. Asmanazifah binti Ibrahim Pn. Siti Hamidah binti Abdullah Guru Rumah Merah En. Bachtiar bin Burhanudin (K) En. Nuqman bin Abu Bakar En. Mohd Fairos bin Yahaya Pn. Norhashimah binti A Hamid Pn. Wan Sarina binti Sulaiman Pn. Nur Qistina binti Abd.Halim Guru Rumah Kuning En. Mohamad Aizat bin Mohamad Zol (K) En. Maliki bin Md Mokhtar En. Shamsuri bin Mohd Hassan Pn. Siti Suhaini binti Shaari Cik Nur Fatin Farina binti Johari Cik Nur Akmal binti Che Roselam Cik Normira binti Md Noh Senarai Tugas : ▪ Setiausaha Sukan bertanggungjawab sepenuhnya menyelaraskan dan menyelia aktiviti sukan di semua peringkat penyertaan, menyelaraskan latihan rumah sukan, mengurus stok sukan dan menyelenggara peralatan sukan ▪ Setiausaha Sukan hendaklah merancang dan menyelia Sukan Tahunan, Merentas Desa dan Sukantara. ▪ Mewakili sekolah sekiranya diperlukan dan melaksanakan arahan pentadbir sekolah mengenai aktiviti sukan. ▪ Guru Penasihat Rumah Sukan: Merancang, menyelia perlaksanaan programprogram peringkat sekolah dan melibatkan semua pelajar dalam aktiviti Sukan Tara, Pra Sukan/Saringan,Sukan Tahunan, Permainan antara Rumah Sukan. ▪ Guru Penasihat Rumah Sukan: Menjadualkan aktiviti kokurikulum, seperti dalam Takwim Sekolah. Mengadakan Latihan rumah sukan pada yang telah ditetapkan seperti dalam Takwim Sekolah.


102 JAWATANKUASA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT INOVASI, BULAN KEMERDEKAAN DAN BULAN AKADEMIK PANITIA Inovasi Pn. Siti Suhaini binti Shaari Pn. Nurshahirah binti Din Semua guru kelab dan persatuan Bulan Kemerdekaan En. Nuqman bin Abu Bakar Semua guru sejarah dan Geografi Bulan Akademik Panitia Semua Ketua Panitia Senarai Tugas : ▪ Merancang dan melaksanakan program yang bersesuaian ▪ Menyediakan kertas cadangan dan anggaran perbelanjaan. ▪ Menyediakan dokumentasi lengkap. JAWATANKUASA AKTIVITI PENDIDIKAN ISLAM, HARI KEBESARAN ISLAM DAN PROGRAM KHAS Setiausaha Pn. Siti Juliana binti Ismail Maal Hijrah 1446H En. Sallehuddin bin Saad Maulidur Rasul 1446H En. Syed Ahmad Faisal bin Syed Hussein Ihya Ramadan 1446H Pn. Asmanazifah binti Ibrahim Isra’ Mikraj Pn. Wan Sarina binti Sulaiman Nuzul al Quran En. Mohamad Aizat bin Mohamad Zol Sambutan I’dul Fitri Pn. Nurul Asyiqin binti Abdullah Sambutan I’dul Adha Pn. Norhashimah binti A Hamid Hari Guru Pn. Siti Hamidah binti Abdullah MAKAS Pn. Farahiyah binti Alias Gotong-royang Perdana En. Mohamad Fairos bin Yahaya Program Pasca UASA Cik Nur Akmal binti Che Roselam Senarai Tugas : ▪ Merancang aktiviti dengan kerjasama pelajar. ▪ Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. ▪ Memastikan kertas kerja dan Laporan Aktiviti disedia dan difailkan. ▪ Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada peserta ▪ Mengurus penyertaan peserta dalam kegiatan di peringkat sekolah.


103 5.3 Senarai Tugas Unit Kokurikulum 1. Setiausaha Kokurikulum 1.1 Menyelaras semua aktiviti kokurikulum bersama PK Kokurikulum 1.2 Membantu pengetua dalam membuat perancangan, pengagihan tugas, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian ke atas murid. 1.3 Menentukan langkah-langkah keselamatan bagi murid semasa aktiviti kokurikulum dijalankan. 1.4 Memastikan rekod dan data kokurikulum murid diselenggara dengan baik. 1.5 Memastikan borang-borang dan dokumen-dokumen kokurikulum sentiasa dikemaskini dan dan mencukupi. 1.6 Mengenalpasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum serta menyusun dan melaksanakan latihan untuk mereka. 1.7 Memastikan semua aktiviti murid mendapat kebenaran ibu bapa /penjaga 1.8 Melaporkan kepada PK Kokurikulum dan menyediakan dokumentasi yang berkaitan. 2. Setiausaha Sukan 2.1 Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah. 2.2 Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD dan MSSPP. 2.3 Membantu pengetua menjayakan tugas dalam olahraga dan permainan. 2.4 Menetapkan murid dalam rumah sukan. 2.5 Menyediakan anggaran belanjawan untuk aktiviti sukan dan keperluan peralatan. 2.6 Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah. 2.7 Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah. 2.8 Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan. 2.9 Menyediakan dan mempamerkan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan. 2.10Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan di sekolah dan di luar sekolah untuk rujukan dan rekod. 2.11Sentiasa berbincang dengan pengetua / penolong kanan kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah. 2.12Merancang dan mengurus acara merentas desa, sukantara dan kejohanan olahraga tahunan. 2.13Menyimpan rekod pencapaian cemerlang murid-murid dan pasukan sekolah serta mempamerkan sebagai motivasi. 2.14Menghadiri kursus-kursus yang berkaitan. 2.15Memastikan semua aktiviti murid mendapat kebenaran ibu bapa /penjaga 2.16Menyediakan dokumentasi dan laporan keseluruhan aktiviti sukan.


104 3. Penyelaras Persatuan / Kelab / Pasukan Beruniform 3.1 Mengatur dan menyelia perjalanan aktiviti persatuan / kelab / badan beruniform. 3.2 Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat. 3.3 Menyelaras semua aktiviti kokurikulum. 3.4 Menentukan laporan aktiviti, surat menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik. 3.5 Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan ahli jawatankuasa diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan. 3.6 Menyediakan borang-borang yang diperlukan untuk aktiviti : - Borang pendaftaran keahlian - Borang senarai ahli jawatankuasa dan ahli - Borang laporan aktiviti 3.7 Memantau dan menulis laporan pada setiap kali perjumpaan / aktiviti dijalankan. 3.8 Membuat laporan tahunan keseluruhan aktiviti dan pencapaian aktiviti. 3.9 Memastikan semua aktiviti murid mendapat kebenaran ibu bapa /penjaga 3.10Menyediakan dan membuat laporan tahunan kepada PK Kokurikulum. 4. Guru Penasihat / Pemimpin Kelab / Persatuan Dan Pasukan Beruniform 4.1 Memastikan mesyuarat agung diadakan bagi tujuan melantik ahli jawatankuasa. 4.2 Memastikan ada perlembagaan dan peraturan. 4.3 Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah. 4.4 Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas, seperti terkandung di dalam perlembagaan. 4.5 Merancang aktiviti tahunan bersama jawatankuasa murid dengan kerjasama ahli. 4.6 Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. 4.7 Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan. 4.8 Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda dan peralatan diurus dan dijaga dengan baik. 4.9 Memastikan minit mesyuarat dan laporan aktiviti disedia dan difailkan. 4.10Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli. 4.11Mesti berada bersama murid sepanjang masa aktiviti dijalankan. 4.12Menguruskan penyertaan ahli pada peringkat sekolah / zon. / daerah dalam aktiviti atau pertandingan yang dijalankan. 4.13Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli serta menyerahkannya kepada guru tingkatan peserta. 4.14Memantau dan menandatangani kehadiran ahli. 4.15Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili. 4.16Memastikan papan kenyataan yang disediakan digunakan dengan sepenuhnya dan sentiasa dikemaskini. 4.17Memastikan tidak ada unsur negatif dan tidak sihat tersebar dalam kalangan ahli. 4.18Mencadangkan nama ahli yang layak menerima sijil penghargaan kepada jawatankuasa kokurikulum sekolah. 4.19Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa. 4.20Membuat penilaian ke atas semua ahli pada setiap tahun. 4.21Memastikan semua aktiviti murid mendapat kebenaran ibu bapa /penjaga


105 5. Guru Kelab Permainan 5.1 Membentuk jawatankuasa. 5.2 Merancang aktiviti dengan tersusun dan teratur untuk setiap kali perjumpaan. 5.3 Berusaha mendapat khidmat nasihat guru-guru yang lebih berpengalaman. 5.4 Memberi galakan dan motivasi kepada semua ahli untuk hadir pada setiap kali perjumpaan. 5.5 Mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap ahli yang ponteng tanpa sebab yang munasabah. 5.6 Membuat penilaian terhadap semua ahli pada setiap hujung tahun. 5.7 Menyemaikan semangat kesukanan dalam kalangan murid. 5.8 Menganjurkan pertandingan di kalangan ahli. 5.9 Memastikan papan kenyataan yang disediakan digunakan dengan sepenuhnya dan sentiasa dikemaskini. 5.10Memperkenalkan kemahiran-kemahiran tertentu secara terancang kepada semua ahli. 5.11Sentiasa bersama pasukan semasa sesi latihan dan pertandingan. 5.12Mengutamakan keselamatan murid pada setiap masa. 5.13Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa. 6. Guru Rumah Sukan 6.1 Membentuk jawatankuasa 6.2 Memastikan papan kenyataan yang disediakan digunakan dengan sepenuhnya dan sentiasa dikemaskini. 6.3 Merancang aktiviti dan latihan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam setiap acara sukan. 6.4 Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada guru-guru yang berkebolehan. 6.5 Menganjurkan pertandingan antara ahli rumah untuk memilih wakil rumah sukan. 6.6 Memastikan kehadiran murid pada setiap kali perjumpaan. 6.7 Mengambil tindakan sewajarnya terhadap ahli yang ponteng. 6.8 Memastikan ahli rumah sukan menyertai setiap acara yang dipertandingkan di peringkat sekolah. 6.9 Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan murid. 6.10Menentukan peralatan dan kemudahan permainan dalam keadaan baik, selamat digunakan dan disimpan dengan baik. 6.11Pastikan ada guru yang memantau pada setiap kali perjumpaan 6.12Menyediakan Laporan Tahunan yang lengkap.


106 BAB 6 TINGKATAN 6 6.1 Carta Organisasi Tingkatan 6 Sesi 2024/2025 107 6.2 Senarai Jawatankuasa Tingkatan Sesi 2024/2025 108 Jawatankuasa Induk Tingkatan 6 108


107 6.1 Carta Organisasi Tingkatan 6 Sesi 2024/2025


108 6.2 Senarai Jawatankuasa Tingkata 6 Sesi 2024/2025 JAWATANKUASA INDUK TINGKATAN 6 Pengerusi Tn. Hj. Hamzah bin Hj. Jaafar Naib Pengerusi 1 En. Khairul Rizal bin Basri Naib Pengerusi 2 En. Zainol Abidin bin Ahmad Naib Pengerusi 3 Pn. Ruslina binti Ramli Naib Pengerusi 4 Pn. Nur Aini binti Abdullah Setiausaha Pn. Siti Hamidah binti Abdullah Penolong Setiausaha En. Badri bin Idris Senarai Tugas : ▪ Menyediakan notis Mesyuarat Jawatankuasa Tingkatan 6 ▪ Mencatat minit mesyuarat Jawatankuasa Tingkatan 6 ▪ Merekod, mencatat dan mendokumentasikan semua aktiviti kokurikulum ▪ Menguruskan papan kenyataan Tingkatan 6 Sekolah ▪ Membantu pihak pentadbir dalam urusan surat menyurat Tingkatan 6 di peringkat sekolah ▪ Menyediakan laporan Tahunan aktiviti Tingkatan 6 sekolah ▪ Melaksanakan tugas yang diarahkan oleh pentadbir sekolah yang berkaitan dengan Tingkatan 6


109


110


111


112


113


114


115


116


117


118


119


120


121


122


123


124


125


126


127


128


129


130


131


Click to View FlipBook Version