The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI AMINAH, 2020-03-31 10:31:16

BAHASA DI TEMPAT KERJA

nota

Keywords: CORE A

TAHAP 01
MODUL 01

BAHASA DI TEMPAT KERJA

PENGENALAN

Modul ini menerangkan
penggunaan Bahasa yang
sesuai dalam berkomunikasi di

tempat kerja.

BAHASA KERJA

Bahasa yang digunakan dalam syarikat, negeri,
pertubuhan atau organisasi sebagai alat komunikasi.

Bahasa kerja perlu untuk memastikan tiada kesilapan
dalam komunikasi.

Bahasa Melayu digunakan sebagai Bahasa utama
bagi organisasi yang mengambil pekerja asing.

SLANGA, DIALEK,
JARGON

SLANGA

Slanga merujuk kata-kata atau ungkapan yang dianggap sangat
tidak formal. Slanga biasanya digunakan oleh orang dalam
kumpulan umur tertentu, atau dalam suatu kumpulan etnik
atau budaya, untuk berkomunikasi sesama sendiri.

https://www.youtube.com/watch?
v=EhjFPVxKs1E

DIALEK

• Dialek ialah loghat atau bahasa daerah.

• Dialek mungkin berbeza daripada jenis
bahasa standard dari segi sebutan dan
tatabahasa, atau mempunyai kata-kata
yang sama sekali berbeza.

• Disebabkan bukan semua orang yang
memahami loghat atau bahasa daerah,
lebih elok dielakkan sahaja
penggunaannya di tempat kerja.

JARGON

• Jargon ialah kata-kata atau
ungkapan yang digunakan oleh
orang yang bekerja dalam bidang
tertentu.

• Kata-kata dan ungkapan ini
mungkin sukar difahami orang lain.

• Jargon hanya boleh digunakan
sekiranya bercakap atau menulis
kepada orang yang mengenali
istilah yang digunakan.

BAHASA YANG SESUAI
DI TEMPAT KERJA

PERKARA YANG PERLU DIAMBIL KIRA DALAM PENGGUNAAN
BAHASA DI TEMPAT KERJA

• Gunakan tahap bahasa yang formal.
• Elakkan kata makian dan lucah. Sumpah-seranah tidak boleh digunakan

di tempat kerja.
• Elakkan komen berat sebelah atau menghina
• Elakkan penggunaan bahasa slanga dan jargon.
• Bersopan santun.
• Sertai kursus / kelas.





JENIS KOMUNIKASI

JENIS KOMUNIKASI

• Komunikasi bermaksud bercakap, menulis, atau menghantar mesej
kepada orang lain.

• Ekspresi muka, pergerakan dan pakaian juga merupakan sebahagian
bentuk komunikasi.

• Komunikasi melalui simbol tanpa melibatkan Bahasa dikenali sebagai
komunikasi bukan lisan.

• Jika melibatkan Bahasa dipanggil komunikasi lisan. Terdapat dua cara
komunikasi lisan iaitu secara oral dan secara bertulis.



TAHAP 01
MODUL 01

KOMUNIKASI LISAN



PENGENALAN

Komunikasi lisan dan pertuturan perlu
dilakukan dengan penggunaan Bahasa sesuai

mengikut keadaan.

KOMUNIKASI
ORAL

KOMUNIKASI ORAL

Komunikasi oral bermaksud komunikasi melalui KOMUNIKASI INTRAPERSONAL
pertuturan atau perbualan langsung. Ia lebih

bersifat semula jadi dan komen atau pernyataan
boleh dijawab dengan segera

KOMUNIKASI INTERPERSONAL KOMUNIKASI AWAM KOMUNIKASI DALAM
KUMPULAN KECIL

KOMUNIKASI MASSA KOMUNIKASI AWAM KOMUNIKASI KORPORAT

KOMUNIKASI INTRAPERSONAL

• Pertuturan dalam diri sendiri (pertuturan dalam hati) dalam
keadaan tertentu.

• Satu bentuk pemikiran dalaman yang menggunakan Bahasa
untuk meluahkan pemikiran.

• Contoh : membuat keputusan penting / mempelajari sesuatu
untuk diri sendiri.

KOMUNIKASI INTERPERSONAL

• Komunikasi antara beberapa individu.
• Bentuk komunikasi ini mungkin meliputi konteks tidak

peribadi hingga ke konteks sangat peribadi.
• Komunikasi tidak peribadi ialah ketika perbualan itu

berlangsung dengan individu yang tiada hubungan peribadi.

KOMUNIKASI DALAM
KUMPULAN KECIL

• Melibatkan 5 hingga 10 orang.
• Memenuhi keperluan hubungan (seperti hubungan

persahabatan, keluarga dan hubungan intim)

KOMUNIKASI AWAM

• Pengucapan awam dan melibatkan komunikasi antara seorang
penceramah dengan khalayak.

• Khalayak mungkin terdiri daripada beberapan orang sahaja atau
berjumlah ribuan malah jutaan pendengar.

• Matlamat penceramah biasanya untuk memberitahuatau memujuk
khalayak untuk bertindak, membeli atau berfikir mengikut
keadaan.

KOMUNIKASI MASSA

• Komunikasi yang disebarkan dari satu sumber kepada
penerima/pendengar yang ramai di seluruh dunia.

• Biasanya ia berlaku melalui media seperti filem, radio, video
dan televisyen.

KOMUNIKASI KORPORAT

• Komunikasi yang berlaku antara ahli dalam sesebuah
organisasi.

• Perhubungan sesama kumpulan, persidangan bersama rakan
sekerja, perbualan dengan penyelia atau pengurus, memberi
penerangan dan arahan kepada pekerja, temuduga dan
membuat pembentangan.

KOMUNIKASI ANTARA BUDAYA

• Komunikasi antara individu yang berbeza budaya dan etniknya.

KOMUNIKASI
BERTULIS

KOMUNIKASI
BERTULIS

Bentuk bertulis lebih sesuai digunakan apabila SURAT
maklumat terperinci perlu disediakan seperti

maklumat angka dan fakta.

PEKELILING MEMO NOTIS

LAPORAN MINIT MESYUARAT EMAIL

TAHAP 01
MODUL 01

KOMUNIKASI BUKAN LISAN

KOMUNIKASI
BERTULIS

Bentuk bertulis lebih sesuai digunakan apabila SURAT
maklumat terperinci perlu disediakan seperti

maklumat angka dan fakta.

PEKELILING MEMO NOTIS

LAPORAN MINIT MESYUARAT EMAIL

GERAK ISYARAT

• Senyuman, gerak isyarat dan pergerakan badan tertentu menghantar
mesej kepada orang di sekeliling anda

• Bahasa gerak-gerak geri akan mempengaruhi pandangan orang lain
mengenai kita.

POSTUR TERBUKA

POSTUR
TERTUTUP

TAHAP 01
MODUL 01

BAHAN BACAAN DI TEMPAT KERJA

PENGENALAN

Bahan-bahan bacaan di tempat kerja seperti
SOP, manual kerja, arahan kerja, prosedur

dan lain-lain lagi yang mempunyai kandungan
yang penting untuk difahami dalam
melancarkan aktiviti kerja.

TUJUAN MEMBACA

Membaca teks Penggunaan Dokumen

• Kebolehan memahami • Kebolehan mencari dan
bahan bacaan dalam menggunakan maklumat
bentuk ayat dan perenggan. yang diperlukan daripada
paparan maklumat yang
mengandungi perkataan,
angka, symbol dan visual
yang lain.

JENIS BAHAN BACAAN

SOP MANUAL KERJA ARAHAN KERJA
PROSEDUR KERJA BUKU TEKS KAMUS
LAPORAN
JURNAL EMAIL DAN MEMO
SURAT

STANDARD OPERATING PROCEDURE(SOP)

• Set arahan langkah demi langkah yang disediakan oleh
sesebuah organisasi untuk membantu kakitangannya
melakukan tugas yang rutin.

• Bertujuan untuk mencapai hasil standard tertentu setiap masa
dan biasanya merupakan sebahagian proses yang lebih besar.

MANUAL KERJA

• Buku panduan atau risalah yang ditulis sebagai panduan kerja
kakitangan.

• Memberi maklumat ringkas atau gambaran menyeluruh
tentang tugasnya.

ARAHAN KERJA

• Alat yang disediakan untuk membolehkan seseorang pekerja
melakukan tugasnya dengan betul.

• Tujuan arahan kerja ialah untuk memastikan mutu dan
sasarannya ialah pekerja.

PROSEDUR KERJA

• Menerangkan proses melakukan sesuatu tugas atau kerja.

BUKU TEKS

• Maklumat kerja boleh juga dikumpul dan dijadikan buku teks
yang berfungsi sebagai bahan rujukan untuk melakukan
sesuatu tugas.

KAMUS

• Bahan rujukan yang menyenaraikan kata-kata Bahasa tertenty
mengikut urutan abjad dan maknanya atau terjemahannya
dalam bahasa lain.

• Kamus digunakan untuk memahami arahan lisan atau
komunikasi oral.

JURNAL

• Menyediakan maklumat bertulis, berita tentang kemajuan
atau laporan untuk mengakui sesuatu.

EMAIL DAN MEMO

• Komunikasi di pejabat untuk menyampaikan maklumat biasanya dilakukan
melalui emel.

• ‘Memo’ ialah kependekan bagi perkataan ‘memorandum’.Memo ialah
nota rasmi arahan kerja bertujuan membantu seseorang pekerja supaya
mengingati sesuatu.

LAPORAN

• Laporan perniagaan menyampaikan maklumat dalam bentuk yang lebih formal
dan biasanya lebih panjang daripada surat.

• Laporan merangkumipelbagai topik termasuk pematuhan keselamatan,
angka jualan, data kewangan, kajian kebolehlaksanaan dan rancangan
pemasaran.

SURAT

• Digunakan untuk berkomunikasi dengan individu di luar organisasi.
• Penerimanya terdiri daripada pelanggan,rakan dalam perniagaan lain, penyedia

perkhimatan,profesional yang menjadi penasihat perniagaan,pegawai kerajaan
dan calon pekerja.

https://www.plickers.com/


Click to View FlipBook Version