The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KUMPULAN 2 PENGERTIAN ISLAN,IMAN DAN IHSAN SERTA HUBUNGANNYA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mfakhruddin2016, 2022-09-17 07:07:03

KUMPULAN 2 PENGERTIAN ISLAN,IMAN DAN IHSAN SERTA HUBUNGANNYA

KUMPULAN 2 PENGERTIAN ISLAN,IMAN DAN IHSAN SERTA HUBUNGANNYA

UNIT PENGAJIAN AM
MPU 13012-PENDIDIKAN ISLAM

E-FOLIO
TOPIK 1 –KONSEP ASAS ISLAM
TAJUK : PENGERTIAN ISLAM, IMAN, DAN IHSAN SERTA HUBUNGANNYA

NAMA NO.
PENDAFTARAN
MOHAMMAD FAKHRUDDIN S04SKE21F007
NURHIDAYAT
KHAIRULFITRY S04SKE21F015
S04SKE21F008

SESI 1 2022/2023 1
NAMA PENSYARAH : USTAZAH WAN NUR SYAMIMI BINTI WAN SAJRI

INDEKS MS
1
BIL PERKARA 2
1 MUKA HADAPAN 3
2 INDEKS 4-9
3 PENGENALAN 10-11
4 ISI KANDUNGAN 12-15
5 KESIMPULAN 16
6 LAMPIRAN
7 RUJUKAN

2

PENGENALAN

➢ Pada akhir zaman ini, terdapat ramai umat islam yang
belum sepenuhnya mengetahui pengertian islam, iman, dan
ihsan. Malah ramai yang bersikap sambal lewa dalam hal
berkaitan islam, iman dan ihsan. Dalam dunia yang penuh
mencabar sekarang, kita sebagai umat islam haruslah
memupuk, menghayati serta mengamalkan islam, iman dan
ihsan yang sebenarnya supaya kita sentiasa mendapat
keberkatan dariNya dan dapat mengharungi kehidupan di
jalan yang diredhai Allah.

3

ISI KANDUNGAN

(i) PENGERTIAN ISLAM
• Islam dari segi bahasa berasal daripada kata dasar “salama” (‫) الَّ سَّ ْلم‬
yang membawa maksud taat dan patuh, aman dan damai serta terlepas
atau jauh daripada kekurangan kekurangan zahir dan batin.

• Manakala dari segi istilah syarak, Islam ialah tunduk, taat dan patuh
kepada perintah Allah s.w.t. seperti yang disampaikan oleh Nabi
Muhammad s.a.w.

4

(ii) PENGERTIAN IMAN
• Iman pula berasal daripada kata dasar al-amn yang bererti aman
iaitu tiada rasa takut.
• Pengertian iman dari segi istilah ialah mempercayai Allah s.w.t. dan
rasul-Nya dengan pengucapan lidah dan kepercayaan dalam hati
tanpa rasa syak dan ragu.

5

(iii) PENGERTIAN IHSAN
• Ihsan ialah lawan kepada kalimah isa’ah (berbuat jahat). Ihsan
bermaksud berbuat baik kepada manusia dan menghindari
daripada melakukan perbuatan yang buruk dan jahat.

• Menurut Imam Nawawi, ihsan akan mendorong seseorang agar
sentiasa ikhlas dalam beribadat dan mengerjakan ibadat kerana
Allah s.w.t. semata-mata.

6

HUBUNGAN ISLAM, IMAN
DAN IHSAN

7

 Iman, Islam dan Ihsan satu sama lainnya memiliki hubungan kerana
merupakan unsur-unsur agama (Ad-Din).

 Islam, Iman dan Ihsan adalah satu tidak boleh dipisahkan antara satu
dengan lain. Iman adalah keyakinan yang menjadi dasar akidah. Keyakinan
tersebut kemudian diwujudkan melalui pelaksanaan kelima rukun islam.
Sedangkan pelaksanaan rukun Islam dilakukan dengan cara Ihsan, sebagai
keupayaan mendekatkan diri kepada Allah.

 Selain itu, Iman, Islam dan Ihsan sering juga diibaratkan hubungan diantara 8
ketiganya adalah seperti segitiga sama sisi yang sisi satu dan sisi lainnya
berkaitan erat. Segitiga tersebut tidak akan terbentuk kalua ketiga sisinya
tidak saling mengait. Jadi manusia yang bertaqwa haruslah mengimbangi
antara islam, iman dan ihsan.

 Didalam Al-Qur’an juga disebutkan bahawa iman, islam,dan ihsan memiliki kaitan, iaitu
dalam Al-Maidah ayat 3 dan Ali-Imran ayat 19 yang berbunyi:

 Al-maidah ayat 3: ”Pada hari ini aku telah sempurnakan bagi kalian agama kalian dan
aku telah menyempurnakan nikmat kepada kalian dan aku telah meredhai islam
adalah agama yang benar bagi kalian”

 Ali-Imran ayat 19: “sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah islam”

 Di dalam ayat tersebut dijelaskan kata islam dan selalu diikuti dengan kata adalah
“addin” yang bermaksud agama. Addin terdiri atas 3 unsur iaitu iman, islam dan ihsan.
Dengan kata lain, dapat dinyatakan bahawa iman merupakan keyakinan yang
membuat seseorang ber-islam dan menyerahkan sepenuh hati kepada Allah dengan
menjalankan syariatnya dan meninggalkan segala yang dilarang oleh syariat islam.

9

KESIMPULAN

10

➢ Islam, iman, dan ihsan merupakan suatu aspek yang membentuk sebuah rangkaian
kesatuan yang saling mengait satu sama lain. Kita boleh menganalogikan islam, iman,
dan ihsan sebagai sebuah rumah. Di mana iman sebagai tapak, islam sebagai
dinding dan ihsan sebagai atapnya. Jika diantara ketiganya ada yang hilang, maka
rumah tersebut tidak akan sempurna. Dalam kehidupan,jika diantara ketiga aspek
tersebut ada yang hilang dalam diri seseorang, maka orang tersebut tidak akan
merasakan dalam hatinya. Muslim yang menjaga rukun islam dan rukun iman akan
selalu dekat dengan Tuhannya dan muslim yang selalu berihsan akan selalu baik
dalam hubungan dengan lingkungannya. Dengan memahami Islam, iman dan ihsan
juga, anda akan mendapat gambaran yang jelas tentang pengertian Islam
sebenarnya menurut kehendak Penciptanya iaitu Allah s.w.t.

11

LAMPIRAN

12

PEMUJAAN POKOK MENYEMBAH MATAHARI13

AJARAN SESAT

SYIRIK

14

DUKUN

15

RUJUKAN

➢ anyflip.com › lloeb › zoki PENGERTIAN ISLAM, IMAN DAN IHSAN SERTA HUBUNGANNYA
➢ https://images.app.goo.gl/GSVN9pznc5uuEYJn6
➢ https://images.app.goo.gl/rNypr3dQdwydH91x5
➢ https://images.app.goo.gl/ijg2N9sh4p3LkJ6t7
➢ https://images.app.goo.gl/cfpBtZDTrji5765u9
➢ https://images.app.goo.gl/gy5nz5LNsf33K3gq7

16


Click to View FlipBook Version