The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-63376818, 2021-10-06 04:48:38

DSKP KSSR TMK TAHUN 6

DSKP KSSR TMK TAHUN 6

DRAF090315

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

SEKOLAH KEBANGSAAN

TAHUN ENAM

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI

TAHUN ENAM

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Cetakan Pertama 2014
©Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam
apa-apa juga bentuk dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8,
Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan , 62604 Putrajaya.



KANDUNGAN MUKA SURAT
Rukun Negara v
Falsafah Pendidikan Kebangsaan vii
Kata Pengantar vi
Pengenalan 1
Kurikulum Modular Berasaskan Standard
TMK Sebagai Mata Pelajaran 3
Matlamat 3
Objektif 4
Fokus 4
Perancangan Kandungan 4
Pelaksanaan 4
Kandungan Standard Kurikulum TMK 6
Perkakasan dan Perisian 6
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi 7
Kemahiran Abad Ke-21 Dan Profil Murid 7
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 8
Pentaksiran Pengajaran dan Pembelajaran 10
Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi 12
18

Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi 23

RUKUN NEGARA

Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan
seluruh masyarakatnya;

memelihara cara hidup yang demokratik;
mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama;

menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-
cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

v

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.”

vi

KATA PENGANTAR
vii
i

PENGENALAN BENTUK KURIKULUM STANDARD SEKOLAH

Struktur Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan RENDAH
(KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR,
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang selaras merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu,
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada
pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani,
Matlamat Pendidikan Prasekolah dan Sekolah emosi, rohani, intelek dan sosial.
Rendah
Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu,
Matlamat Pendidikan Prasekolah: kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada
Untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan
semua aspek perkembangan, menguasai inovatif (Rajah 1). Tunjang-tunjang tersebut
kemahiran asas dan memupuk sikap positif menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang
sebagai persediaan untuk ke sekolah rendah. ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid.
Setiap tunjang saling berhubung kait dan bersepadu.
Matlamat Pendidikan Sekolah Rendah:
Untuk memastikan perkembangan potensi murid Tunjang Komunikasi
secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu. Tunjang Komunikasi memberi penekanan kepada proses
Perkembangan ini meliputi aspek-aspek jasmani, menggabung jalin kemahiran berbahasa dalam bentuk
emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Tunjang ini
yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. memberi fokus kepada kemahiran bahasa seperti
Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk mendengar dan bertutur, membaca dan menulis, serta
pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasa nilai tambah menaakul.
untuk memenuhi tuntutan pendidikan serta Murid perlu menguasai kemahiran ini bagi membantu
menangani cabaran kehidupan masa kini dan mereka dalam proses pemerolehan ilmu pengetahuan,
masa depan. kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain.
Penguasaan kemahiran berbahasa menyediakan murid

1

untuk membuat pemilihan bahasa yang bertepatan dan Tunjang Keterampilan Diri
sistematik dalam interaksi sosial. Tunjang Keterampilan diri memberi penekanan kepada
Disiplin ilmu dalam Tunjang Komunikasi ialah Bahasa pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti
Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, kurikulum dan kokurikulum. Murid diberi peluang
Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban, dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalam
Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Semai. kegiatan kokurikulum. Penglibatan dalam kegiatan
kokurikulum seperti persatuan, badan beruniform dan
Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika sukan memberi peluang kepada murid meningkatkan
Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika memberi potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, rakan sebaya,
penekanan kepada perkembangan jasmani dan keluarga dan masyarakat.
kesihatan untuk kesejahteraan diri dan pemupukan daya
imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi. Disiplin ilmu Tunjang Sains dan Teknologi
yang membangunkan aspek fizikal ialah Pendidikan Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kreativiti, bakat dan kepada penguasaan:
apresiasi dipupuk melalui Pendidikan Seni Visual dan
Pendidikan Muzik.  pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
 pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
Tunjang Kemanusiaan
Tunjang Kemanusiaan memberi penekanan kepada matematik
penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan  pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi
dan alam sekitar setempat, negara dan global, serta
penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Literasi Sains
Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Kemanusiaan dan Teknologi ialah Sains, Matematik, Reka Bentuk dan
ialah Sejarah yang diperkenalkan mulai Tahap II Teknologi (RBT) serta Teknologi Maklumat dan
persekolahan. Komunikasi (TMK).

Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai
Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi
penekanan kepada bidang pembelajaran yang berfokus
kepada penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap

2

dan nilai. Disiplin ilmu dalam tunjang ini merangkumi KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD
Pendidikan Islam bagi murid Islam dan Pendidikan Moral
bagi murid bukan Islam. Kurikulum Prasekolah dan Sekolah Rendah digubal
dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan
standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid.

Standard Kandungan

Reka Bentuk Kurikulum Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid
patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh

Sains & Teknologi Komunikasi Kerohanian, Sikap & persekolahan merangkumi aspek pengetahuan,
kemahiran dan nilai.
Penguasaan pengetahuan Penggabungjalinan Nilai
sains, kemahiran dan sikap kemahiran berbahasa Standard Pembelajaran
saintifik semasa berinteraksi dalam Penghayatan amalan Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti
Penguasaan pengetahuan bahasa Malaysia, bahasa agama, kepercayaan, pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur
dan kemahiran matematik Inggeris, bahasa Cina dan sikap dan nilai bagi setiap standard kandungan
Penguasaan pengetahuan bahasa Tamil
dan kemahiran berasaskan
teknologi Insan

Perkembangan Fizikal & seimbang Kemanusiaan Standard kandungan dan standard pembelajaran
diorganisasikan dalam bentuk bahagian dan unit yang
Estetika Keterampilan Diri Penguasaan ilmu dan
amalan tentang
Perkembangan jasmani dan Pemupukan kepimpinan kemasyarakatan dan alam
kesihatan untuk dan sahsiah diri melalui sekitar setempat, negara mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai
kesejahteraan diri aktiviti kurikulum dan
Pemupukan daya imaginasi, kokurikulum dan global yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.
kreativiti, bakat dan apresiasi Penghayatan semangat
patriotisme dan perpaduan Kandungan kurikulum disampaikan dalam bentuk

bahagian atau unit yang dinamakan modul. Modul terdiri

daripada Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan

Modul Elektif.

Rajah 1: Reka Bentuk Kurikulum KSPK dan KSSR TMK SEBAGAI MATA PELAJARAN

Pada Tahap II, Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) diajar sebagai satu mata pelajaran sebagai
persediaan ke sekolah menengah yang menekankan
kepada penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran

3

disiplin ilmu TMK yang berteraskan Standard Kandungan FOKUS
dalam Dunia Komputer, Eksplorasi Multimedia, Sistem
Rangkaian dan Dunia Internet, Dunia Pangkalan Data; Pada Tahap II (Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6), fokus
dan Pengaturcaraan. diberikan kepada penguasaan illmu pengetahuan dan
kemahiran yang sesuai dengan tahap kebolehan murid
MATLAMAT berdasarkan SK dan SP dalam lima modul yang
diperkenalkan iaitu Dunia Komputer, Eksplorasi
Matlamat Standard Kurikulum TMK Tahap II adalah Multimedia, Sistem Rangkaian dan Dunia Internet, Dunia
untuk menyediakan penanda aras pencapaian murid dari Pangkalan Data; dan Pengaturcaraan.
Tahun 4 hingga Tahun 6. Ini adalah bagi memastikan
murid menguasai pengetahuan dan kemahiran khusus PERANCANGAN KANDUNGAN
disiplin ilmu TMK yang perlu dipelajari, menggalakkan
kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang menarik. TMK pada Tahap II lima modul diperkenalkan iaitu Dunia
Komputer, Eksplorasi Multimedia, Sistem Rangkaian dan
OBJEKTIF Dunia Internet, Dunia Pangkalan Data dan
Pengaturcaraan. Kelima-lima modul ini akan
Diakhir pembelajaran TMK Tahap II, murid akan dapat: diterjemahkan kepada domain pengetahuan, kemahiran
i. Memahami tentang perisian dan peranti dan nilai. Kandungan yang terdapat dalam kesemua
komputer. modul ini disusun atur mengikut aras kognitif murid iaitu
ii. Memahami ukuran data dan keselamatan dari aras mudah ke aras yang lebih kompleks.
komputer. Penerangan setiap modul adalah seperti berikut:
iii. Menggunakan pengetahuan multimedia dan
aplikasi khusus untuk membangunkan Modul Penerangan
persembahan multimedia tak linear. Dunia Komputer Modul ini diperkenalkan kepada murid
iv. Memahami rangkaian komputer dan fungsi untuk mempelajari bagaimana sebuah
internet. sistem komputer itu berfungsi,
v. Memahami data, maklumat dan memahami fungsi perisian dan peranti
membangunkan pangkalan data. yang terlibat, berupaya memanipulasi
vi. Mengenali pengaturcaraan dan memahami ukuran data, serta mampu menjaga
algoritma untuk membangun atur cara. keselamatan data dan komputer.
vii. Menjana idea dan maklumat secara kreatif
dan inovatif. Eksplorasi Eksplorasi Multimedia diperkenalkan
Multimedia kepada murid untuk menunjukkan

4

bagaimana maklumat dipersembahkan Modul yang dibangunkan ini berasaskan kepada objektif
dalam bentuk multimedia, membina yang digariskan dan diterjemahkan dalam bentuk
bahan multimedia menggunakan standard kandungan dan standard pembelajaran.
aplikasi khusus dan membangunkan Penekanan kepada 3 domain pembelajaran akan
persembahan multimedia interaktif tak menghasilkan perkara-perkara seperti berikut:
linear.
Pengetahuan
Sistem Modul ini merangkumi topik rangkaian Pengetahuan meliputi perkara di bawah:
Rangkaian dan a. Konsep, fakta dan terminologi TMK.
Dunia Internet dan internet secara teori dan amali. b. Pemikiran logik dalam membuat dan melaksanakan

Murid akan diberikan pengetahuan sesuatu aktiviti atau produk berasaskan TMK.

mengenai rangkaian yang Kemahiran
Kemahiran yang ditekankan dalam pengajaran dan
membolehkan komputer berinteraksi pembelajaran TMK adalah seperti berikut:
a. Kemahiran penyelesaian masalah.
antara satu sama lain, perkhidmatan b. Kemahiran pemikiran logik.
c. Kemahiran pengurusan maklumat.
dalam Internet serta kemahiran d. Kemahiran manipulatif.
e. Kemahiran menaakul.
membangunkan laman Blog. f. Kemahiran berfikir secara kreatif, kritis dan berinovasi.

Dunia Modul ini diperkenalkan kepada murid Nilai
Pangkalan Data untuk mengenali data dan maklumat, Murid belajar menggunakan TMK melalui penerapan nilai,
mempelajari ciri-ciri pangkalan data etika dan integriti seperti berikut:
dan jenis data dalam pangkalan data
serta membangunkan satu sistem a. Nilai: menanamkan sifat jujur, amanah, cekap,
pangkalan data yang mudah. bertanggungjawab, bekerjasama dan bijaksana.

Pengaturcaraan Modul ini akan melatih murid belajar b. Etika: melahirkan sikap akauntabiliti iaitu satu
menggunakan pemikiran logik dalam prinsip di mana murid bertanggung jawab atas
menyelesaikan masalah melalui segala tindakan mereka dan perlu menjelaskan
penggunaan aplikasi pengaturcaraan.
Murid juga akan mempelajari proses
yang terlibat dalam membangunkan
sesuatu atur cara melalui pendekatan
pembangunan atur cara yang
sistematik dan mudah.

5

tindakan yang diambil kepada orang lain. Murid dan dikuasai oleh murid. Standard kandungan yang
juga perlu mematuhi undang-undang siber. terdapat dalam setiap modul adalah seperti berikut:
c. Integriti: memperihalkan perlakuan murid yang
mengamalkan semua nilai dan etika dalam Modul: Dunia Komputer
melahirkan murid yang berkeperibadian tinggi dan 1.0 Memperihal Komputer dan Fungsinya
mempunyai jati diri dalam melaksanakan sesuatu 2.0 Mengenal Perisian Komputer
tugasan, seterusnya dapat menyumbang bakti 3.0 Memahami Peranti Komputer
kepada negara, bangsa dan agama. 4.0 Memahami Ukuran Data
5.0 Menjaga Keselamatan Data dan Komputer
PELAKSANAAN
Modul: Eksplorasi Multimedia
Peruntukan waktu bagi mata pelajaran TMK ialah 1.0 Mengkaji Multimedia
sebanyak 60 minit seminggu diajar secara bergilir 2.0 Menggunakan Aplikasi Khusus untuk Membangun
dengan mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi
(RBT) selama setahun. Bahan Multimedia
3.0 Membangun Persembahan Multimedia Interaktif Tak
Guru yang berkelulusan diploma/ijazah dalam TMK atau
setara layak untuk mengajar mata pelajaran ini. Bagi Linear
guru yang tidak berkelayakan tetapi berminat mengajar
mata pelajaran ini mereka perlu menjalani kursus khas. Modul: Sistem Rangkaian dan Dunia Internet
1.0 Mengenal Rangkaian Komputer
KANDUNGAN STANDARD KURIKULUM TMK 2.0 Memahami Fungsi Peranti Rangkaian Komputer
Standard Kurikulum TMK terbahagi kepada Standard 3.0 Mengenal Internet
Kandungan dan Standard Pembelajaran. Standard
Kurikulum Tahap II terdiri daripada lima modul iaitu Dunia Modul: Dunia Pangkalan Data
Komputer, Eksplorasi Multimedia, Sistem Rangkaian dan 1.0 Memahami Data dan Maklumat
Dunia Internet, Dunia Pangkalan Data; dan 2.0 Mengkaji Sistem Pangkalan Data
Pengaturcaraan. Standard Kandungan ini memberikan 3.0 Membangunkan Sistem Pangkalan Data
petunjuk tahap kebolehan dalam lingkungan Standard
Pembelajaran TMK. Standard Kandungan dalam Modul: Pengaturcaraan
lingkungan Standard Pembelajaran akan diperkenalkan 1.0 Memahami Pengaturcaraan
2.0 Menggunakan Algoritma Melalui Pseudokod dan

Carta Alir
3.0 Mengatur cara dan Menguji
4.0 Menghasilkan Projek Pengaturcaraan

6

PERKAKASAN DAN PERISIAN untuk muat turun perisian percuma yang berkaitan
dengan mata pelajaran. Guru harus sesuaikan
Perkakasan dan perisian TMK yang dibekalkan ke kandungan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
sekolah adalah seperti berikut: perkakasan dan perisian yang ada di sekolah.
a. Perkakasan di Makmal Komputer
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
 Pelayan
 Komputer (PC) guru Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dinyatakan dalam
 Komputer (PC) murid kurikulum secara eksplisit supaya guru dapat
 Pengimbas menterjemahkan dalam pengajaran dan pembelajaran
 Mesin Cetak bagi merangsang pemikiran berstruktur dan berfokus
 Kamera dan Video Digital dalam kalangan murid. Penerangan KBAT adalah
 Mikrofon dan pembesar suara berfokus kepada empat tahap pemikiran seperti Jadual 1.

b. Perkakasan untuk guru Tahap pemikiran Penerangan
 Komputer riba Mengaplikasi
 Projektor LCD Menganalisis  Menggunakan pengetahuan,
kemahiran, dan nilai dalam situasi
c. Perisian Menilai berlainan untuk melaksanakan
 Perisian Sistem Pengendalian Windows, Linux sesuatu perkara
dan Mac Mencipta
 Perisian aplikasi Microsoft Office atau StarOffice  Mencerakinkan maklumat kepada
dan pembangun atur cara SCRATCH bahagian kecil untuk memahami
 Program utiliti seperti alat pemain media dengan lebih mendalam serta
(Windows Media Player), perakam bunyi (Sound hubung kait antara bahagian
Recorder) dan kalkulator berkenaan

d. Kemudahan Internet  Membuat pertimbangan dan
 Talian akses Internet keputusan menggunakan
pengetahuan, pengalaman,
e. Chromebook dan VDI Thin Client kemahiran, dan nilai serta
memberi justifikasi
Semua perisian yang hendak digunakan di sekolah mesti
mempunyai lesen yang sah. Sekolah juga digalakkan  Menghasilkan idea atau produk
atau kaedah yang kreatif dan
inovatif

Jadual 1: Tahap pemikiran dalam KBAT

7

KEMAHIRAN ABAD KE-21 DAN PROFIL MURID

KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan Kemahiran abad ke-21 bermatlamat untuk melahirkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat murid yang mempunyai profil berikut :
penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta Bil Profil Murid Penerangan
sesuatu. Mereka mampu menghadapi dan
Berdaya mengatasi kesukaran, mengatasi
KBAT merangkumi kemahiran berfikir kritis, kreatif dan 1. tahan cabaran dengan kebijaksanaan,
menaakul dan strategi berfikir. keyakinan, toleransi, dan empati.

Kemahiran berfikir kritis adalah kebolehan untuk Mereka berfikir secara kritikal,
menilai sesuatu idea secara logik dan rasional untuk
membuat pertimbangan yang wajar dengan kreatif dan inovatif; mampu untuk
menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.
menangani masalah yang
Kemahiran berfikir kreatif adalah kemampuan untuk
menghasilkan atau mencipta sesuatu yang baharu dan kompleks dan membuat
bernilai dengan menggunakan daya imaginasi secara asli
serta berfikir tidak mengikut kelaziman. keputusan yang beretika. Mereka

Kemahiran menaakul adalah keupayaan individu berfikir tentang pembelajaran dan
membuat pertimbangan dan penilaian secara logik dan
rasional. Pemikir diri mereka sebagai pelajar.

Strategi berfikir merupakan cara berfikir yang 2. Mereka menjana soalan dan
berstruktur dan berfokus untuk menyelesaikan masalah.
bersifat terbuka kepada
KBAT boleh diaplikasikan dalam bilik darjah melalui
aktiviti berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, perspektif, nilai dan tradisi individu
penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu
menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta dan masyarakat lain. Mereka
minda, dan Thinking Hats serta penyoalan aras tinggi
untuk menggalakkan murid berfikir. berkeyakinan dan kreatif dalam

menangani bidang pembelajaran

yang baru.

Mereka menyuarakan dan

Mahir meluahkan fikiran, idea dan

berkomuni- maklumat dengan yakin dan

3. kasi kreatif secara lisan dan bertulis,

menggunakan pelbagai media

dan teknologi.

8

Bil Profil Murid Penerangan Bil Profil Murid Penerangan
mereka.
Mereka boleh bekerjasama Bermak-
7. lumat
secara berkesan dan harmoni
Penya-
dengan orang lain. Mereka 8. yang/ Mereka mendapatkan

mengalas tanggungjawab Prihatin pengetahuan dan membentuk
9. Patriotik
bersama serta menghormati dan pemahaman yang luas dan

Kerja menghargai sumbangan yang seimbang merentasi pelbagai
sepasukan
4. diberikan oleh setiap ahli disiplin pengetahuan. Mereka

pasukan. Mereka memperoleh meneroka pengetahuan dengan

kemahiran interpersonal melalui cekap dan berkesan dalam

aktiviti kolaboratif, dan ini konteks isu tempatan dan global.

menjadikan mereka pemimpin Mereka memahami isu-isu etika/

dan ahli pasukan yang lebih baik. undang-undang berkaitan

maklumat yang diperoleh.

Mereka membangunkan rasa

ingin tahu semula jadi untuk Mereka menunjukkan empati,
belas kasihan dan rasa hormat
meneroka strategi dan idea baru. terhadap keperluan dan perasaan
orang lain. Mereka komited untuk
Mereka mempelajari kemahiran berkhidmat kepada masyarakat
dan memastikan kelestarian alam
yang diperlukan untuk sekitar.

Bersifat menjalankan inkuiri dan
5. ingin tahu
penyelidikan, serta menunjukkan
Berprinsip
6. sifat berdikari dalam

pembelajaran. Mereka menikmati

pengalaman pembelajaran Mereka mempamerkan kasih
sayang, sokongan dan rasa
sepanjang hayat secara hormat terhadap negara.

berterusan.

Mereka berintegriti dan jujur,
kesamarataan, adil dan
menghormati maruah individu,
kumpulan dan komuniti. Mereka
bertanggungjawab atas tindakan,
akibat tindakan serta keputusan

9

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN menggunakan perisian persembahan untuk
mempersembahkan hasil kerja mereka. Semua ahli
Terdapat beberapa strategi pengajaran yang boleh kumpulan akan menyumbang dengan aktifnya
diguna pakai oleh guru dalam proses pengajaran dan pengetahuan, pendapat, kemahiran dan
pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran TMK akan menyelesaikan masalah bersama.
menjadi lebih berkesan dengan menggunakan strategi
berikut: c. Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran berasaskan projek merupakan satu
a. Pembelajaran Kendiri model aktiviti bilik darjah yang berbeza dari kebiasaan.
Pembelajaran kendiri ini terdiri daripada empat Pendekatan aktiviti pembelajaran ini mempunyai
pendekatan iaitu Terarah Kendiri (Self-Directed), jangkamasa yang panjang, menginterasikan pelbagai
Kadar Kendiri (Self-Paced), Akses Kendiri (Self- disiplin ilmu, berpusatkan murid dan
Accessed) dan Pentaksiran Kendiri (Self-Assessed) menghubungkaitkan pengamalan kehidupan sebenar.
yang lebih berfokuskan kepada pembelajaran Projek ditakrifkan sebagai tugasan, pembinaan atau
berpusatkan murid. Dengan adanya TMK, konsep siasatan yang teratur yang menjurus kepada
pembelajaran ini menjadi lebih mudah untuk matlamat yang spesifik. Murid berupaya belajar
direalisasikan. Sebagai contoh melalui penggunaan menggunakan TMK semasa proses menyediakan
perisian kursus dengan terarah kendiri, murid boleh projek dan murid juga boleh meneroka atau membuat
menentukan apa yang hendak dipelajari mengikut kajian terhadap projek dengan menggunakan TMK.
kadar kemampuan sendiri, mampu mengakses
sendiri, malah dapat mentaksir pembelajaran sendiri. d. Inkuiri-Penemuan
Strategi ini membolehkan murid menjadi lebih
bertanggungjawab terhadap pembelajaran, lebih Pendekatan Inkuiri-Penemuan merupakan
yakin dan tekun untuk mencapai standard kurikulum.
pendekatan yang mementingkan pembelajaran
b. Kolaboratif
Pembelajaran kolaboratif merupakan pendekatan melalui pengalaman. Inkuiri secara amnya membawa
yang mementingkan kerjasama dan mengkehendaki
murid menyampaikan idea dalam kumpulan kecil. maksud maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu
Dalam TMK pendekatan ini boleh dilaksanakan
dengan guru memberi tugasan kepada kumpulan- fenomena yang berlaku disekeliling. Penemuan
kumpulan yang telah dikenalpasti. Murid boleh
menggunakan emel untuk bertukar-tukar bahan dan merupakan sifat utama inkuiri. Pembelajaran secara

penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama

dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Melalui aktiviti

seperti eksperimen, murid akan mengkaji sesuatu

fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Guru

kemudian akan membimbing murid untuk memahami

konsep melalui hasil inkuiri.

10 11

Penggunaan TMK dalam Inkuiri-Penemuan berlaku f. Pembelajaran Masteri
apabila perisian kursus digunakan oleh murid untuk Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran
mencuba atau melaksana ekperimen yang sukar, dan pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan
terlalu mahal, mustahil atau bahaya dilaksanakan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui
dengan cara biasa. Dengan menggunakan perisian pendekatan ini murid diberi peluang untuk maju
aplikasi, murid juga dapat mengalami, mempelajari mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka
dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi. sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap
Selain itu, demontrasi sesuatu kejadian yang urutan penguasaan pembelajaran. Sumber-sumber TMK
babaknya boleh dikawal oleh murid boleh juga dilihat seperti penggunaan papan putih interaktif, tayangan
dengan mengunakan perisian 3D Modeling. video, perisian kursus, permainan komputer
pendidikan dan bahan-bahan Internet yang terpilih
e. Penyelesaian Masalah dapat membantu murid menguasai pengetahuan dan
Kaedah penyelesaian masalah merupakan satu kemahiran yang spesifik.
kaedah pembelajaran berasaskan masalah sebenar
dan murid dapat menyelesaikan masalah dengan g. Konstruktivisme
keupayaan mereka sendiri. Kaedah ini boleh Pembelajaran secara konstruktivisme ialah satu
dijalankan secara kolaboratif dan berpusatkan murid. kaedah dimana murid dapat membina sendiri
Murid perlu kenal pasti masalah, cari kaedah pengetahuan atau konsep baru secara aktif
penyelesaian, laksanakan operasi penyelesaian berdasarkan pengetahuan, kemahiran, nilai dan
masalah dan menilai kaedah penyelesaian masalah pengalaman yang telah diperolehi dalam pengajaran
yang digunakan. Dalam konteks TMK, kaedah ini dan pembelajaran. Melalui pembelajaran
akan melibatkan murid untuk membuat keputusan konstruktivisme murid menjadi lebih kreatif dan
dalam menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, inovatif. Murid gunakan TMK untuk mendapatkan
murid ingin menyiapkan sesuatu tugasan yang data, maklumat dan pengetahuan.
memerlukannya memasukkan imej.
Murid dapati imej yang diperlukan tidak ada dalam h. Pembelajaran Penerokaan
komputernya. Maka untuk mengatasi masalah itu, Pembelajaran Penerokaan membolehkan murid
murid hendaklah berbincang dengan rakan bagi belajar melalui penerokaan berdasarkan pengalaman
mencari penyelesaiannya. Guru berperanan sebagai yang sedia ada. Murid secara aktif mencari dan
fasilitator dengan memberi panduan kepada murid mengakses maklumat dalam mencapai objektif
dalam proses penyelesaian sesuatu masalah pada pembelajaran mereka dalam konteks yang terkawal.
peringkat awal. Sehubungan itu, TMK merupakan alat yang paling

11 12

berkesan dalam menterjemahkan konsep murid. Maklum balas ini boleh digunakan untuk
pembelajaran penerokaan memandangkan ianya meningkat mutu PdP.
dapat mencapai maklumat dan pengetahuan dengan
cepat bagi membolehkan murid menganalisis dan Pentaksiran PdP lebih bersifat formatif dan
memproses maklumat yang diingini dalam situasi mengutamakan kemajuan setiap murid dari satu
pembelajaran yang berbentuk penyelesaian masalah, peringkat ke satu peringkat. Guru dapat membuat
kajian masa depan dan simulasi. diagnostik bagi mengesan perkembangan murid. Ini
memberi peluang kepada guru untuk membetulkan
PENTAKSIRAN PENGAJARAN DAN kesilapan dan memperbaiki kelemahan murid serta-
PEMBELAJARAN merta supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun. Di
samping itu guru dapat mengenal pasti kelemahan murid
Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses dan membuat tindakan susulan.
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai,
mengumpul, merekod, memberi skor dan Jenis dan keperluaan pentaksiran PdP di terangkan
menginterpretasikan maklumat tentang pembelajaran dalam Rajah 3 di bawah:
seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Oleh itu pentaksiran
merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan
seterusnya membuat penghakiman tentang produk
sesuatu proses pendidikan.

Pentaksiran bertujuan sebagai kayu pengukur untuk
menilai pencapaian murid dalam memperoleh
pengetahuan, menguasai kemahiran dan mengamalkan
nilai disamping menilai aktiviti yang dijalankan semasa
PdP. Pentaksiran juga menyokong pembelajaran murid
dan memberi maklum balas berguna kepada stake
holder seperti pentadbir, guru, murid dan ibu
bapa/penjaga tentang perkembangan dan pencapaian

12

Rajah 3: Jenis dan Keperluan Pentaksiran

PENTAKSIRAN PdP

Tujuan:

 mengesan pencapaian murid

 maklumbalas terhadap pengajaran dan
pembelajaran guru

Formatif: Sumatif:

 dijalankan semasa  dijalankan di akhir

pengajaran & pembelajaran pengajaran &

 proses & produk pembelajaran

MENGAPA PERLU PENTAKSIRAN? produk

GURU MURID IBU BAPA PENTADBIR

 memantau kemajuan mengenal pasti mengetahui mengurus
 penguasan murid kekuatan dan kekuatan & pentadbiran
kelemahan diri kelemahan anak pentaksiran
 perkembangan murid masing- masing
 penguasan
• membuat • membantu • merancang
pengetahuan,
kemahiran & nilai refleksi mengatasi aktiviti
 menilai kaedah pembelajaran kelemahan anak pembelajaran
pengajaran & mereka bagi
pembelajaran • murid menjadi meningkatkan
 menambah baik • mendorong ke pencapaian
kaedah PdP lebih murid.
bertanggungja bidang
• memperbaiki PdP wab mengikut
• merancang tindakan kecenderungan
• murid belajar anak
susulan
secara • membantu dan
• menangani berdikari &
terarah kendiri menyokong
kelemahan murid pihak sekolah
supaya kelemahan melaksanakan
tidak terhimpun. aktiviti
berkaitan.

13

Siapa yang perlu menjalankan pentaksiran? MERANCANG
 Menentukan standard
Tugas mentaksir bukan hanya terhad kepada guru sahaja.
Selain guru, pentaksiran juga boleh dijalankan oleh rakan pembelajaran dan instrumen
sebaya, murid sendiri dan ibu bapa/penjaga. Berpandukan penilaian
arahan tugasan atau senarai semak, ibu bapa/penjaga boleh
mentaksir pencapaian anak mereka. Dengan cara ini ibu MEMBINA INSTRUMEN
bapa/penjaga terlibat secara langsung dalam memantau  Membuat Jadual Spesifikasi Ujian
perkembangan pembelajaran anak mereka.  Membina soalan/ instrumen

Bagaimana pentaksiran dijalankan? MELAKSANAKAN PENILAIAN
Pentaksiran PdP boleh dijalankan mengikut langkah yang  Pemerhatian/ lisan/ penulisan
dicadangkan seperti pada Rajah 4.
MEREKOD

MENGANALISIS MAKLUMAT

MELAPOR
(jika perlu)

Tindakan YA TIDAK Tindakan

Susulan PENGUASAA Susulan
 Pengukuhan N PERKARA  Pemulihan
 Pengayaan
YANG
DIAJAR

YA

TERUSKAN PELAJARAN BARU

Rajah 4: Carta Aliran Pelaksanaan Pentaksiran PdP

14

Pentaksiran boleh dijalankan dalam pelbagai kaedah STANDARD PRESTASI
berdasarkan objektif pembelajaran yang ditetapkan. Rajah 5
berikut menunjukkan beberapa contoh kaedah pentaksiran PdP Standard Prestasi merupakan skala rujukan guru untuk
yang boleh dijalankan: menentukan pencapaian murid dalam menguasai Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran yang ditetapkan.
Pemerhatian Ujian Standard Prestasi mengandungi 6 Tahap Penguasaan yang
disusun secara hirarki di mana Tahap Penguasaan 1
 sesuai untuk  boleh dijalankan menunjukkan pencapaian terendah sehingga pencapaian
secara menulis, tertinggi iaitu Tahap Penguasaan 6. Setiap pernyataan Tahap
mentaksir aspek melukis, lisan Penguasaan ditafsirkan secara generik sebagai aras tertentu
kemahiran, sikap dan bahasa untuk memberi gambaran holistik tentang pencapaian murid.
& nilai. isyarat. Tafsiran umum pernyataan Tahap Penguasaan tersebut adalah
seperti di Jadual 2.

Persembahan KAEDAH Senarai Semak TAHAP TAFSIRAN
Secara Lisan PENTAKSIR PENGUASAAN
 merupakan Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan
 Dilakukan AN rekod 1 kemahiran asas atau memberi respons terhadap
untuk perkembangan 2 perkara yang asas.
mentaksir penguasan 3 Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar
kemahiran murid 4 bentuk komunikasi atau menterjemah serta
bertutur, 5 menjelaskan apa yang telah dipelajari.
keyakinan diri Murid boleh menggunakan pengetahuan untuk
dan 6 melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu
pengetahuan. situasi.
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan
Esei Folio beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara
 kompilasi hasil sistematik.
 Membolehkan Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada
murid kerja murid secara situasi baharu, dengan mengikut prosedur atau
mempamerkan individu atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
kemahiran kumpulan Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan
untuk memilih, kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi
menyusun dan Rajah 5: Kaedah Pentaksiran PdP baru secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan
menyampaikan inovatif serta boleh dicontohi.
maklumat
secara teratur Jadual 2: Tafsiran Umum Standard Prestasi
15

Murid boleh ditaksir dengan menggunakan sama ada digunakan untuk mencatatkan peristiwa yang penting atau
pentaksiran formatif atau sumatif atau kedua-duanya. mencatatkan sesuatu pencapaian.
Pentaksiran formatif dilaksanakan bertujuan untuk mengukur
prestasi murid semasa pengajaran dan pembelajaran dan ianya c. Persembahan
ditaksir secara bersepadu melibatkan aspek pengetahuan, Persembahan ialah satu kaedah pentaksiran berbentuk lisan
kemahiran dan nilai seperti dinyatakan dalam Standard Prestasi yang boleh dilaksanakan secara formatif dalam p&p. Kaedah
TMK di muka surat 12 hingga 15. Pentaksiran sumatif ini melibatkan murid secara individu atau berkumpulan bagi
dilaksanakan dengan menyediakan ujian yang sesuai untuk mempersembahkan hasil kerja mereka secara kreatif
menguji pencapaian pembelajaran. Nilai boleh diukur dengan berbantukan komputer. Kriteria seperti reka bentuk
menggunakan senarai semak atau melalui pemerhatian. visual, kandungan, bunyi dan cara penyampaian perlu
Berikut adalah kaedah pentaksiran yang boleh digunakan dalam diambilkira dalam persembahan.
pengajaran dan pembelajaran TMK: Guru menerangkan keperluan yang perlu ada dalam
a. Rubrik persembahan seperti tajuk, kandungan, reka bentuk visual,
bilangan slaid dan perisian yang akan digunakan.
Rubrik ialah satu kaedah pentaksiran yang menggunakan
kriteria berbentuk skor bagi membolehkan guru membuat Sesuatu persembahan boleh dinilai dengan menggunakan
penilaian sesuatu pengajaran untuk memastikan instrumen pentaksiran seperti senarai semak dan rubrik.
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam TMK dicapai. Hasil pentaksiran boleh digunakan oleh guru untuk memberi
Dengan kaedah ini guru dapat membuat pentaksiran dengan komen bagi menambah baik mutu sesuatu persembahan.
lebih konsisten, teratur dan terarah berdasarkan kriteria
yang jelas. d. Anekdot
Anekdot merujuk kepada penceritaan semula suatu
b. Pemerhatian pembelajaran TMK yang telah dipelajari dan ia boleh
Pemerhatian merupakan salah satu cara pentaksiran yang dinyatakan dalam bentuk lisan atau bertulis. Ia dilaksanakan
boleh dilaksanakan oleh guru dan rakan sebaya terhadap dengan murid menceritakan kembali suatu pembelajaran
proses kerja dalam sesuatu pembelajaran yang telah yang telah dipelajari. Guru menggunakan senarai semak
dirancang dari aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. untuk menyemak isi penting yang dinyatakan oleh murid.
Pemerhatian adalah pentaksiran yang berterusan dan
autentik yang berteraskan kepada perlakuan murid semasa e. Kuiz dan Ujian
melaksanakan kemahiran dan nilai dalam TMK. Kuiz merujuk kepada soalan lisan atau bertulis yang
digunakan untuk menguji pengetahuan atau kefahaman
Bukti pemerhatian boleh direkod dengan menggunakan pita murid mengenai satu topik pembelajaran yang telah
rakaman, video dan fotografi atau rekod bertulis dengan dipelajari. Ujian pula merupakan gabungan pelbagai bentuk
menggunakan borang pemerhatian seperti senarai semak soalan bagi beberapa topik pembelajaran secara bertulis.
atau borang deskriptif. Selain itu, buku log juga boleh

16

Kuiz dan ujian digunakan untuk menilai tahap pengetahuan, digunakan untuk mengukur tahap pengetahuan, kemahiran
kemahiran dan nilai dalam standard pembelajaran TMK. dan nilai pembelajaran TMK.

Antara ciri-ciri umum bagi kuiz ialah ia dijalankan secara Pentaksiran simulasi yang berbentuk permainan boleh
tidak formal dan dalam tempoh masa yang singkat. digunakan seperti perisian permainan. Guru boleh memilih
Manakala bagi ujian pula ia berbentuk formal dan sistematik. permainan komputer yang bersesuaian untuk menilai
kemahiran murid. Contoh perisian permainan seperti Go
f. Portfolio Tidy dan Basic Mouse Skill, di mana murid diukur bagi
Portfolio merupakan koleksi hasil kerja murid berbentuk kemahiran menggunakan tetikus. Dalam aspek pentaksiran
dokumentasi berstruktur yang digunakan sebagai salah satu simulasi berbentuk main peranan, murid berperanan sebagai
cara pentaksiran di bilik darjah. kekunci di papan kekunci komputer dalam aktiviti mengenal
pasti kedudukan kekunci abjad dan nombor serta menaip
Terdapat tiga jenis portfolio yang boleh digunakan dalam perkataan. Manakala pentaksiran simulasi berasaskan
TMK seperti Portfolio Kerja Harian, Portfolio Dokumentari model, membolehkan murid belajar mengenai perkakasan
dan Portfolio Hasil Terbaik. Portfolio Kerja Harian komputer dengan menggunakan bahan buangan seperti
merupakan tugasan harian yang dikumpul dalam satu kotak, tin dan tali untuk membina sebuah model komputer.
jangka waktu pembelajaran. Portfolio Dokumentari
merupakan bahan pembelajaran yang dikumpul selaras STANDARD KANDUNGAN, STANDARD PEMBELAJARAN
dengan objektif untuk sesuatu tugasan tertentu (task based) DAN STANDARD PRESTASI
di mana proses penghasilan bahan tugasan perlu
ditunjukkan dengan jelas. Portfolio Hasil Terbaik merupakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) TMK
hasil tugasan terbaik yang dipilih dari Portfolio Kerja Harian. terbahagi kepada Standard Kandungan, Standard
Pembelajaran dan Standard Prestasi.
Kaedah rubrik adalah antara kaedah yang boleh digunakan
untuk pentaksiran portfolio dalam membantu guru menilai Standard Kandungan ini memberikan petunjuk tahap kebolehan
perkembangan pembelajaran yang berterusan dan dalam lingkungan Standard Pembelajaran TMK. Standard
berfokuskan kepada perkembangan murid dalam aspek Kandungan dalam lingkungan Standard Pembelajaran akan
kemahiran, pengetahuan dan nilai. diperkenalkan dan dikuasai oleh murid. Murid perlu mencapai
kesemua Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
g. Simulasi seperti yang terkandung dalam DSKP TMK. Standard Prestasi
Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan pula akan menjadi indikator tahap penguasaan murid setelah
hampir menyerupai keadaan sebenar. Pentaksiran simulasi guru menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran yang
boleh dilaksanakan melalui tiga kaedah iaitu permainan, ditetapkan dalam Standard Kandungan dan Standard
main peranan dan penggunaan model. Kaedah-kaedah ini Pembelajaran.

17

STANDARD KURIKULUM DAN PRESTASI TMK UNTUK SEKOLAH RENDAH TAHAP II: TAHUN 6

STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN TAHAP STANDARD PRESTASI
KANDUNGAN PENGUASAAN
Menyatakan urutan bagi aktiviti harian dan proses
PENGATURCARAAN 1 kerja dalam satu alatan digital
2
1.0 Memahami 1.1 Menyatakan kegunaan atur cara 3 Menyusun semula baris-baris arahan untuk
4 menyelesaikan sesuatu masalah atau tugasan
Pengaturcaraan komputer dalam perkakasan harian. 5
6 Menukar langkah-langkah aktiviti harian kepada set
1.2 Membuat perkaitan antara langkah- arahan
langkah aktiviti harian dengan satu set
arahan dalam atur cara komputer. Memilih atur cara lengkap untuk membolehkan
peralatan digital melaksanakan sesuatu tugasan.
1.3 Menulis satu set arahan yang
mengambarkan aktiviti harian. Memberi justifikasi terhadap atur cara tambahan
yang dicadangkan.
1.4 Menulis satu set arahan bagi satu
peralatan digital dalam melakukan Menambah atur cara bagi mewujudkan fungsi
tugasan. baharu sesuatu peralatan digital sedia ada

1.5 Membina arahan-arahan tambahan dalam
atur cara bagi menambah fungsi sesuatu
peralatan digital.

18

STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN TAHAP STANDARD PRESTASI
KANDUNGAN PENGUASAAN
2.1 Mengenal algoritma, pseudokod dan Mengenal pasti algoritma, pseudokod , carta alir
2.0 Menggunakan carta alir. 1 dan makna simbol dalam carta alir.
Algoritma Melalui 2
Pseudokod Dan 2.2 Menerangkan makna simbol (mula dan Menyediakan pseudokod dan carta alir secara
Carta Alir tamat, proses, pilihan, aliran) dalam carta 3 urutan dan pilihan tunggal daripada algoritma yang
alir. 4 diberi.
5
2.3 Membuat perkaitan algoritma, pseudokod Membina algoritma penyelesaian masalah bagi
dan carta alir dalam aktiviti harian. 6 situasi yang diberi.

2.4 Membezakan aliran secara urutan dan Menterjemahkan pseudokod dan carta alir kepada
pilihan tunggal bagi algoritma, pseudokod algoritma.
dan carta alir.
2.4.1 Membezakan aliran secara urutan Memberi cadangan dan justifikasi tentang aliran
dan pilihan tunggal bagi algoritma. ururtan dan pilihan pseudokod dan carta alir yang
2.4.2 Membezakan aliran secara urutan dibincangkan.
dan pilihan tunggal bagi pseudokod
. Mencipta algoritma penyelesaian masalah,
2.4.3 Membezakan aliran secara urutan pseudokod dan carta alir yang menggabungkan
dan pilihan tunggal bagi carta alir. urutan dan pilihan tunggal bagi situasi baharu yang
dicadangkan oleh murid.
2.5 Menulis algoritma berdasarkan situasi
secara urutan dan pilihan tunggal.

2.6 Memisahkan pseudokod kompleks
kepada psuedo kod secara urutan dan
pseudokod secara pilihan tunggal.

2.7 Menggabungkan carta alir urutan dan
carta alir pilihan tunggal secara logik.

2.8 Menyediakan algoritma, pseudokod dan
carta alir dalam menyelesaikan satu
masalah yang diberi.

19

STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN TAHAP STANDARD PRESTASI
KANDUNGAN PENGUASAAN
3.1 Mengenal pasti fitur-fitur pada antara Menyatakan sekurang-kurangnya 4 fitur pada
3.0 Mengatur cara muka perisian pengaturcaraan. 1 antara muka dalam perisian pengaturcaraan.
dan Menguji

2 Menyenaraikan fitur-fitur yang digunakan untuk

3.2 Menggunakan fitur-fitur untuk memasukkan dialog, bunyi, objek baharu dan

menggerakkan objek, memasukkan menggerakkan objek dalam perisian

dialog, bunyi dan objek baharu dalam pengaturcaraan.

perisian pengaturcaraan.

3 Memasukkan dialog, bunyi dan objek baharu serta

3.3 Menghasilkan atur cara secara urutan menggerakkan objek dalam atur cara.

menggunakan fitur-fitur yang sesuai untuk

sesuatu objek: 4 Menterjemahkan algoritma kepada arahan perisian
3.3.1 melakukan pergerakan dari pengaturcaraan dan memasukkan fitur-fitur seperti
yang dinyatakan dalam algoritma serta melakukan
kedudukan A ke kedudukan B dan uji lari atur cara.
berpatah balik ke kedudukan A
dengan kadar kelajuan berbeza.

3.3.2 memaparkan dialog yang sesuai. 5 Berkongsi pendapat tentang cara-cara mengesan
3.3.3 mengeluarkan bunyi yang sesuai. dan membaiki ralat bagi atur cara yang

3.4 Menghasilkan atur cara secara pilihan dibangunkan.

tunggal menggunakan fitur-fitur yang 6 Menambah baik secara kreatif atur cara yang telah
sesuai untuk sesuatu objek: dibangunkan.
3.4.1 melakukan pergerakan secara

rawak.

3.4.2 memaparkan dialog dan

mengeluarkan bunyi yang sesuai

apabila bersentuh dengan objek

lain.

3.5 Menjalankan dan membaiki ralat
sekiranya ada pada atur cara yang
dihasilkan.

20

STANDARD STANDARD PEMBELAJARAN TAHAP STANDARD PRESTASI
KANDUNGAN PENGUASAAN
4.1 Membina satu projek pengaturcaraan Menyatakan situasi. Menghasilkan draf algoritma,
4.0 Menghasilkan yang menarik dan kreatif melibatkan fitur 1 pseudokod atau carta alir. Menghasilkan satu objek
Projek dan objek yang dipelajari. Fitur yang 2 dalam atur cara.
Pengaturcaraan digunakan mestilah bersesuaian dengan
objek dalam atur cara dengan 3 Menyatakan situasi dan objek-objek yang terlibat.
menggunakan arahan urutan dan pilihan Menghasilkan algoritma, pseudokod atau carta alir
berdasarkan langkah-langkah: 4 yang melibatkan penyelesaian masalah bagi
4.1.1 Memahami situasi. sekurang-kurangnya satu objek. Menghasilkan atur
4.1.2 Menghasilkan algoritma, 5 cara bagi objek tersebut.
pseudokod dan carta alir.
4.1.3 Mengekod atur cara. 6 Menyatakan situasi, objek-objek yang terlibat dan
4.1.4 Menguji. menganalisa setiap objek yang terlibat.
4.1.5 Mendokumentasi. Menghasilkan algoritma, pseudokod atau carta alir
yang melibatkan pilihan. Menghasilkan atur cara
yang melibatkan pilihan pada objek sesuai dengan
perancangan.

Menerangkan penyataan situasi berserta objek-
objek yang terlibat dan menganalisa setiap objek
yang terlibat. Menghasilkan algoritma, pseudokod
dan carta alir bagi setiap objek yang melibatkan
aliran secara urutan dan pilihan. Menghasilkan atur
cara bagi setiap objek sesuai dengan perancangan.

Memberi justifikasi pada objek-objek yang dipilih
dalam situasi berpandukan algoritma, pseudokod
dan carta alir yang dibina juga penyelesaian pada
ralat yang ditemui semasa membangunkan atur
cara yang menarik.

Menghasilkan atur cara lengkap yang menarik dan
kreatif berserta dokumentasi dan mempamerkan
sikap berdikari, bermotivasi juga menghormati idea
orang lain.

21

Terbitan:

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Aras 4-8, Blok E9,
Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Tel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917
http://www.moe.gov.my/bpk

22


Click to View FlipBook Version