SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA PAKAN, JULAU
KOLABORASI DALAM TRANSFORMASI OKTOBER 2022
PROMOSI DAN KEMPEN DITERUSKAN
SIDANG BULETIN
Penaung: Pn. Bernadine Bernadine Dara Abg. Jeff Azri
Pengerusi: Pn. Dara
N. Pengerusi: En. Abg. Jefri Chris Anita Shahidan Ting
Team leader: En. Azri
Ketua Editor: En. Chrisroyston Buletin Edisi Ke-4
P. Ketua Editor: Pn. Anita
Penulis: En. Chrisroyston Kami semua mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dari
Reka letak: En. Chrisroyston anda yang sudi membaca dan menuruti perkembangan SK Nanga
Juru foto: En. Ting Pakan melalui Buletin Edisi ke-4 ini.
Juru foto 2: En. Shahidan
Juru foto 3: En. Chrisroyston Ini merupakan sebuah penulisan / dokumentasi yang diterbit secara
dalaman di peringkat sekolah bagi tujuan rekod dan juga rujukan
Percetakan: SK Nanga Pakan pelawat yang ingin mengetahui serba sedikit berkenaan
perkembangan dan aktiviti SK Nanga Pakan.
pTel: 0135678536
Pej PPD: 084734241
Ruangan iklan
TIONG SOON PIBKS
GENERAL
STORE
Tan Sri William Mawan Anak Ikom
Sekapur sireh Ucapalu-aluangurubesar
Pn. Bernadine Anak Patrick Unyat
Salam sejahtera Salam Transformasi, salam Sekolahku Sejahtera dan salam Keluarga Malaysia
kepada semua yang membaca bulletin Menuju Transformasi edisi ke-4 SK Nanga Pakan. Saya
selaku Guru besar ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menyokong
program TS25 yang telah dilancarkan sejak 2018 untuk SK Nanga Pakan.
Bangkit mengejar kemajuan Kita cuba mengejar kejayaan dan berusaha mengekalkan
momentum. Kita sedar bahawa banyak usaha yang harus dilaksanakan dan direalisasikan.
Semuanya ini tidak akan berjaya tanpa pengorbanan dan dari semua pihak di peringkat sekolah.
Kita sedar bahawa kejayaan ini tidak akan Berjaya jika tiada sokongan kuat dari pihak NGO
mahupun dari mana-mana jabatan kementerian serta individu yang sudi menyumbang dalam
menyokong program sekolah yang kita semua sedia tahu memang memerlukan dana dan modal.
Sebagai tanda penghargaan dan momento, kita wujudkan buletin ini sebagai tanda terima
kasih dan bukti kejayaan di atas kolaborasi yang dicapai bersama. Sekian, selamat membaca buletin
ini.
1. PERSEDIAAN KARNIVAL NOVEMBER NANTI
Kita bersyukur kerana adanya tenaga
pengajar yang komited dalam menyokong
dan melaksanakan setiap program yang
telah ditetapkan oleh Sekolah mahupun
PPD. Berikut merupakan antara persediaan
yang telah diwujudkan untuk pameran yang
akan diadakan semasa November nanti.
Kita berharap lebih banyak program sebegini dibuat oleh
sekolah lain agar promosi TS25 terus giat dilaksanakan.
Untuk SK Nanga Pakan, kita telah Berjaya menyertai
banyak program untuk tahun 2022. Malah ada yang
mengatakan bahawa program sekolah dan sumbangan
guru untuk tahun ini sudah melebihi 200% sasaran yang
disasarkan sebelum ini.
2. GOTONG ROYONG DI PAKAN
Kerjasama dengan komuniti di sekitar Pakan. Setelah 2 tahun menyepi dari
program semasa COVID melanda, tahun ini Pakan menjalankan Pesta Pakan sekali lagi. Program
ini biasanya ada melibatkan SK Nanga Pakan untuk membantu dalam membersihkan sekitar
kawasan Pasar Pakan. Kerjasama sebegini merupakan satu daripada contoh jalinan yang akan
membantu masyarakat setempat mengenali sekolah dan menikmati manfaat bersama. Kita ingin
membuktikan bahawa produktiviti di peringkat sekolah boleh juga dinikmati oleh warga setempat
di Pekan Pakan. Inilah semangat TS25 yang ingin ditonjolkan.
Berat sama dipikul , ringan sama dijinjing
3. PERTANDINGAN MEWARNA
KOLABORASI BERSAM BSN SARIKEI
SK Nanga Pakan telah menyertai
pertandingan mewarna yang telah
dianjurkan oleh BSN Cawangan
Sarikei. Pertandainagan ini merupakan
salah satu daripada aktiviti karnival
yang sering dijalankan oleh pihak BSN
di seluruh negara.
Murid-murid sekolah merupakan
antara kumpulan sasaran yang amat
sesuai untuk dilibatkan dengan
program sebegini. Bukan sahaja
menyeronokkan malah membuka mata
serta memberi kesedaran kepada
mereka dan penjaga berkenaan
kepentingan amalan menabung serta
“celik perbankan”.
Kita berharap lebih banyak program
sebegini dijalankan kelak, bukan sahaja
dijalankan oleh BSN sahaja, tetapi dari
syarikat perbankan yang lain juga.
.
4. SUMBANGAN KELENGKAPAN SEKOLAH
KERAJAAN YANG PRIHATIN
SK Nanga Pakan telah mengadakan satu sesi perjumpaan dengan ibu bapa dan penjaga yang layak
mendapat bantuan persekolahan. Bantuan ini telah diberikan semasa majlis yang sederhana di tapak
perhimpunan sekolah. Kerajaan amat mengambil berat akan keperluan semua murid di seluruh
negara. Bantuan yang berupa bag dan beberapa kelengkapan persekolahan merupakan salah satu
daripada banyak bantuan yang pernah diberikan oleh kerajaan melalui kementerian pendidikan.
Pihak sekolah dengan bantuan guru kelas telah menyaring ibu bapa dan penjaga yang layak untuk
menerima bantuan dari kementerian. Kita sedar bahawa tidak semua orang bernasib baik untuk
menikmati pengalaman pendidikan yang sempurna. Oleh itu, amatlah besar tanggungjawab bagi pihak
sekolah untuk memilih siapa yang betul-betul layak menerima bantuan dari kementerian.
5. MESYUARAT KARNIVAL
KARNIVAL TS25 DI ST. ALPHONSUS
Karnival TS25 atau dikenali sebagai Karnival Program Transformasi sekolah 2025 merupakan
satu kempen yang berterusan dari kementerian pendidikan sejak 2017 lagi. Kerajaan amat
komited dalam menjalankan transformasi di peringkat akar umbi dunia pendidikan supaya semua
sekolah di negara kita dapat menghasilkan tenaga manusia yang berkualiti dan memberi
persaingan di peringkat global. Karnival kali ini merupakan carnival peringkat Negeri Sarawak
yang akan diadakan di SK St. Alphonsus, Julau. SK Nanga Pakan telah mengambil inisiatif untuk
menjalankan mesyuarat terlebih dahulu dengan rakan kolaborasi yang dapat membantu dalam
melancarkan program ini serta membincangkan tanggungjawab serta agihan tugas yang telah
diberikan sebelum ini.
SK Nanga Pakan akan melakukan yang terbaik bagi membantu program pada waktu tersebut supaya
dapat dijayakan dengan sebaik mungkin. Kita percaya semua sekolah yang terlibat juga akan
melakukan yang terbaik. Sekian.
6. TRADISI DAN BUDAYA
SEIRING PERKEMBANGAN TS25
Sokongan dan galakan dari warga
sekolah khasnya para guru merupakan satu
elemen yang penting dalam menjadikan amalan
budaya dan warisan masyarakat setempat
menjadi sesuatu yang menarik dalam system
pendidikan.
Pendidikan akan menjadi lebih
menarik dan menyeronokkan jika ia memiliki
ciri-ciri dan unsur budaya setempat. Murid dan
ibu bapa serta penjaga akan merasakan wujud
rasa kekitaan di dalam sesebuah sekolah jika
mereka menemukan kesamaan dari aspek
budaya di dalam sekolah.
Kita sangat beruntung kerana kerajaan
tidak pernah menghalang masyarakat untuk
terus mengamalkan budaya tradisi masing-
masing malahan kerajaan amat menggalakkan
mana-mana sekolah untuk mengadakan
pelbagai program yang melibatkan unsur budaya
setempat.
7. PROGRAM GALAKAN MEMBACA
AMALKAN BUDAYA MEMBACA
Kempen Galakan Membaca dan Program Nilam merupakan acara tahunan dan kali
ini ianya dilancarkan pada 18 April 2022 bersempena Jom Baca 10 minit yang dilaksanakan di seluruh
negara secara serentak. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Bernadine Anak Patrick
Unyat Guru Besar SK Nanga Pakan.
Majlis turut dilengkapi dengan sesi resensi buku oleh dua orang murid dalam dwi bahasa secara on
air. Pada tepat jam 11.00 pagi, seluruh warga SKDP telah mengikuti Program Jom Baca 10 minit di
lokasi masing-masing.
SK Nanga Pakan sentiasa meneruskan amalan
ini / kempen ini dan menjadikan ia sebagai
antara aktiviti wajib di awal pagi bagi mengisi
masa murid sementara menunggu sesi
pembelajaran bermula.
Program sebegini juga sangat membantu dalam
meningkatkan kemahiran membaca murid,
terutamanya mereka yang lemah ( Pemulihan )
Bilakah kali terakhir anda membaca cerpen?
8. Mentoring dan Coaching secara alam maya
PAT dari GB PLC bertajuk Model 1 TS25-
Coaching & Mentoring bersama SPS
JPNS pada 4 Oktober 2022 & PLC
bersama IAB & Peserta bengkel PGB
TS25 di PPD Julau
Tahniah diucapkan kepada Sering pengertian terhadap coaching dan
yang menyertai perkongsian mentoring bertukar ganti penggunaannya,
walaupun terdapat beberapa persamaan, ia adalah
penting untuk mengenal pasti perbezaan utama.
Kedua-duanya adalah ditakrifkan sebagai satu
proses dua hala yang melibatkan pembinaan
hubungan yang baik berasaskan kepada
kepercayaan.
Walau bagaimanapun, seorang mentor dijangka
menyampaikan kepakaran mereka kepada mentee,
menerangkan atau menjadi model, cara yang
sebelum ini telah berkesan, dan bukannya
menggalakkan mentee untuk melakukan sesuatu
yang baru. Sebaliknya, coach tidak semestinya perlu
menjadi seorang pakar dalam lapangan coachee itu,
dan kerap kali ianya tidak. Seorang coach adalah
pakar dalam melaksanakan coaching.
9. KEPENTINGAN AMALAN MEMBACA
Bila kali terakhir anda membaca buku selain daripada
buku teks atau buku latihan? Adakah anda merupakan
seorang yang mempunyai hobi membaca? Jika ya,
membaca adalah salah satu hobi yang sangat
menguntungkan kerana pelbagai manfaat yang akan
diperoleh. Sebagai rujukan kepada pelajar, berikut
dikongsi kan contoh karangan kepentingan amalan
membaca kepada masyarakat.
Marcapada ini, masyarakat dunia menumpukan
kemajuan sains dan teknologi yang menjadi kayu
pengukur kepada kejayaan sesebuah bangsa atau
negara. Tetapi tanpa disedari, golongan muda yang
merupakan waris masa hadapan dunia membesar
dengan menikmati kemajuan sains dan teknologi ini
sehingga mereka kurang gemar untuk membaca dan
belajar.
Perkembangan permainan video dan hiburan yang boleh
didapati dengan mudah telah menyebabkan mereka lalai
dan lebih suka untuk menghabiskan masa terhadap
perkara-perkara tersebut. Seorang penulis terkenal
Perancis pada zaman dahulu, Voltaire berkata, semakin
banyak aku membaca, semakin banyak yang aku
peroleh dan semakin yakin bahawa aku tidak
mengetahui semua perkara.
Petikan kata-kata ini menunjukkan bahawa mustahak
untuk kita mengamalkan budaya membaca dalam diri
dan juga dalam kalangan masyarakat supaya kita
mendapat faedah yang terbaik. Oleh itu, wajar untuk kita
bincangkan, apakah kepentingan amalan membaca
kepada masyarakat?
Sumber Asal Informasi Dari
: https://www.irujukan.my/amalan-membaca/
KAMI SEDIA MENJULANG PENDIDIKAN
RUANGAN ALBUM
Guru dan AKP SK Nanga Pakan,
39 Pegawai terdiri daripada barisan Guru dan AKP telah menggerakkan SK Nanga
Pakan untuk mengekalkan momentum dalam meneruskan Transformasi. Diketuai oleh Guru Besar, Pn.
Bernadine anak Patrick Unyat dan dibantu oleh 3 orang penolong kanan. (PK Pentadbiran; Pn. Dara
anak Belawan, PKHEM; Abg. Jefri bin Abg. Mansor dan PKKK; En. Azri bin Mahidi )
“Kerjasama yang tinggi dan nilai empati merupakan kunci dalam menjayakan sesuatu agenda dan mengejar matlamat
organisasi” – Bernadine anak Patrick Unyat
10. GURU BESAR MEWAKILI SARAWAK KE PULAU PINANG
TAK SANGKA!! KONVENSYEN KEBANGSAAN TS25
SK Nanga Pakan merupakan sekolah yang bertuah
kerana telah terpilih untuk menghantar seorang wakil
iaitu Guru Besarnya bagi mewakili Sarawak ke
Konvensyen Program Transformasi sekolah 2025 yang
diadakan di Pulau Pinang.
KONVENSYEN KEBANGSAAN PROGRAM TRANSF
ORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) - SEKOLAH 2025
(TS25) SLOT 6 bertempat di Hotel Ixora Pulau Pinang.
“ Banyak perkara baharu yang telah saya pelajari setelah
menyertai konvensyen. Saya merasakan SK Ng Pakan jauh
ketinggalan jika dibandingkan dengan standard sekolah
yang ada di semenanjung. Pengalaman ini menjadikan saya
lebih bermotivasi mengejar kemenjadian murid melalui
TS25” - Pn. Bernadine
11. Sekolah bersimpati dengan pemergian ahli PIBKS
Pihak sekolah tumpang simpati atas pemergian
seorang ahli PIBKS iaitu ayah kepada murid di SK
Nanga Pakan. Pemergiannya memang tidak terduga
kerana kemalangan di jalan raya sebaik sahaja
anaknya turun ke sekolah. Beliau sedang
menunggang motosikal dan telah ditimpa
kemalangan di saat sedang turun untuk bekerja di
Sarikei.
Pihak sekolah telah menjalankan derma kilat bagi
membantu mengurangkan beban keluarga ini.
Mereka merupakan penduduk di kawasan Enturong
Pakan telah dilawati oleh wakil dari sekolah yang
diketuai oleh En. Abang Jeffri bin Abang Mansor (
PK-Hem ) bagi menyampaikan sumbangan kepada
keluarga yang malang ini.
SIMPATI ATAS PEMERGIAN YANG TAK Pihak sekolah mendoakan semoga mereka
DIDUGA bertabah dalam menghadapi dugaan yang amat
berat ini. Sekian.
12. LAWATAN DARI IAB
KUALITI DAN PENGURUSAN MENDAPAT PUJIAN
TAHNIAH!!
Institut Aminuddin Baki (IAB) adalah sebuah
institusi latihan kepimpinan dan pengurusan
pendidikan bagi membangunkan keupayaan
pengurus dan pemimpin pendidikan di semua
peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM). Sejarah penubuhan IAB yang dahulunya
adalah dikenali sebagai Malaysian Educational
Staff Training Institute (MESTI) pada Mac 1979.
Lawatan kali ini telah memberikan fokus
berkenaan keberhasilan dalam kepimpinan di
peringkat sekolah. SK Nanga Pakan telah
mendapat pujian di atas banyak kejayaan dalam
menjalankan transformasi di peringkat pegawai.
Pn. Bernadine anak Patrick Unyat juga telah
membuktikan bahawa kepimpinannya telah
Berjaya membantu guru dalam meningkatkan
potensi dan menjurus kepada peningkatan kualiti
dalam pengurusan tanpa melupakan aspek emosi
serta keperluan setiap pegawai di bawah
jagaannya.
13. HARI TERBUKA SEKOLAH UNTUK PIBKS
JALINAN BERSAMA PIBKS
MENARIK!!
PIBKS atau yang biasa kita kenali
dengan PIBG suatu ketika dahulu telah
mengadakan program lawatan ke
sekolah untuk melihat sendiri
bagaimana SK Nanga Pakan
menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran dalam program TS25.
Kebanyakan ibu bapa dan penjaga
sangat kagum dengan kebolehan
murid yang telah menimba ilmu di SK
Nanga Pakan. Ternyata usaha para
guru dan AKP amat membuahkan hasil
sejak menjalankan Program TS25.
Program Coaching dan Mentoring
merupakan antara resipi yang
diperlukan dalam menjayakan
keberhasilan ini.
ALBUM MEMORI TS25
BERSAMA PIBKS Kelihatan para
PIBG / PIBKS sedang menguruskan
proses baik pulih kawasan padang
sekolah.
SERONOK BERAMBAN Seronok
juga melihat aktiviti murid yang sedang
beramban. Ia merupakan sebuah seni
tradisi kaum Iban.
SUASANA PERHIMPUNAN
Setiap kali perhimpunan murid akan
diberi ruang untuk menjalankan aktiviti
yang telah guru mereka berikan. Murid-
murid gembira bila diberi peluang untuk
berucap dan menyampaikan sesuatu.
NILAI KERJASAMA merupakan
antara rahsia kejayaan SK Nanga Pakan
dalam membentuk dan meningkatkan
kualiti pegawai di sekolah.
ALBUM MEMORI TS25
KERAJAAN MEMBANTU
RAKYAT MELALUI SEKOLAH
Kelihatan ibu bapa dan penjaga yang
terpilih sedang bergambar setelah
menerima bantuan persekolahan dari
kerajaan.
PATRIOTISME DI SEKOLAH SK
Nanga Pakan sentiasa menyemat rasa
patriotic di dalam murid dengan
mendedahkan mereka melalui input
yang betul berkaitan dengan sejarah
dan kebaikan “celik sejarah”
MURID GEMBIRA MEMBACA
Kita mesti menyediakan infrastruktur yang
dapat menarik minat murid untuk
menjalankan amalan membaca dengan
tenang dan tiada gangguan.
AMALAN TS25 Kelihatan En.
Shahidan PPM SK Nanga Pakan sedang
menemani seorang murid menggayakan
baju tradisi masyarakat Iban di sini.
POSTER KALI INI
POSTER KALI INI
PENUTUP
Bagi mengakhiri siri dokumentasi
bulletin ke-4 ini, kami ingin
mengucapkan jutaan terima kasih
atas sokongan dari semua pihak
yang pernah menyumbang dan
bekerjasama dalam menaikkan
martabat SK Nanga Pakan.
Kami juga ingin memohon maaf
seandainya penulisan ini masih ada
kekurangan dan kami berjanji untuk
menambah baik lagi kualiti dalam
dokumentasi ini.
Lihat di sana merpati indah,
Bukakan sayap terbang bersama,
Dari mundur ke maju kita berubah,
Dengan amalan budaya membaca.
Nantikan bulletin SK Nanga
Pakan Edisi Ke-5
Terima kasih kerana membaca!
Catatan
Terima kasih…
“Mansang Julau Mansang”
“Fly Kenyalang Fly, Fly High!”