BUKU SKRAP DIGITAL
PERAYAAN/KEUNIKAN ETNIK
Kursus Pengurusan Operasi Pelajar (Seksyen 1)
1. Mohd Danish Yusoof Bin Eke (BB19161040)
2. Nurul Izzanie Jamal (BB21110890)
3. Muhammad Idlan Zihni Bin Rusli (BS20160627)
4. Siti Hawa Binti Abdul Wahidi (BQ21110033)
5.Sri Sarvin Raw (BB21110891)
Pengenalan
Malaysia memperkenalkan sistem bermasyarakat majmuk yang
mengandungi masyrakat yang berbilang
kaum, bangsa dan agama.
Meskipun mempunyai perbezaan ini, rakyat di negara ini hidup di dalam
persekitaran yang aman dan damai. Tidak dinafikan bahawa Malaysia juga
pernah melakar sejarah yang mana berlakunya pergelutan antara kaum
masyarakat Malaysia akibat daripada perbezaan fahaman, pegangan
agama, bangsa dan kaum. Meskipun begitu, Malaysia telah menggunakan
kaedah yang sangat sistematik dalam menyatukan setiap bangsa yang ada
di dalam negara ini. Peristiwa Rusuhan Kaum 13 Mei 1969 yang melibatkan
orang berbangsa cina dan melayu telah menjadi satu coretan dan
pengajaran kepada rakyat Malaysia. Dengan itu, pemimpin Malaysia
berganding bahu bersama rakyat Malaysia bagi merealisasikan impian
setiap negara untuk memiliki masyarakat yang hidup dalam keadaan aman
dan sentosa. Simbol 1 Malaysia yang menjadi pegangan masyarakat
Malaysia ini telah menyatukan semua lapisan masyarakat di Malaysia. Di
dalam buku ini, pembaca akan mengetahui dan mempelajarai pelbagai
etnik dan budaya yang ada di Malaysia, lebih tepat lagi di salah sebuah
negeri di Malaysia iaitu Sabah Negeri Di Bawah Bayu.
PESTA KAAMATAN
(Etnik Kadazan)
Pesta Kaamatan
Pada setiap tarikh 30 dan 31 Mei S
abah dan Wilayah Persekutuan
Labuan mengumumkan curi perayaan sempena Tadau Kaamatan
atau dikenali sebagai Pesta keaamatan.
Pesta kaamatan ini merupakan upacara khas untuk menghormati
semangat padi dan perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum
Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman.
Pesta Keaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluuskan oleh
Majilis Undangan Kerajaan Koloni sebagai Cuti umum Sabah sejak
1960 oleh Tun Haji Mohamand Fuad Stephens iaitu Ketua Menteri
Sabah yang pertama.
Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan
pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani
terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian
tradisional mereka.
Tarian ini dengan iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan
kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan
umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang
dimainkan.
Pesta Kaamatan Selain daripada persembahan tarian Sumazau,
diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil
Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu
cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan
segala jenis kesenian dan kraftangan.
Perayaan ini juga disambut dengan meminum
tapai , dengan nama lain “Kinomol” iaitu sejenis
arak tradisional kaum Kadazan-dusun yang
diperbuat daripada beras ataupun ubi kayu.
Untuk memhasilkan tapai, nasi dan ubi kayu
akan diperap selamat berminggu minggu untuk
menghasilkan minuman tapai. Biasanya Tapai
juga akan dicampur dengan ragi untuk
mempercepatkan proses tersebut.
SIGA
JANG
LALENG LIPA
(Etnik
Bugis)
Sigajang Laleng Lipa
Tradisi Sigajang Laleng Lipa adalah sebuah pertarungan yang melibatkan
satu nyawa akan terkorban.
Tradisi ini dilakukan didalam kain sarung dengan menggunakan badik
sebagai alat untuk menikam lawan.
Tradisi ini adalah adat bagi etnik bugis untuk menyelesaikan sesebuah
masalah.
Dua wakil keluarga yang mempunyai pertikaian masalah akan saling
bertikam didalam satu kain sarung yang sama.
Bagi masyarakat bugis, ini adalah cara terakhir apabila musyawarah dan
muafakat yang dilakukan tidak menemui jalan penyelesian.
Pada permulaan, kedua-dua pihak yang
bermasalah perlu saling berhadapan
didalam satu kain sarung yang sama.
Kedua-duanya perlu mengawal
keseimbangan dan beradu kekuatan
sehingga lawan tersebut kalah sepenuhnya.
Kekalahan ini biasanya akan terjadi apabila
salah satunya keluar dari sarung mengalah
atau mati ditikam.
Seiring dengan kemajuan pendidikan dan
teknologi, tradisi ini semakin jauh telah
dilupakan bahkan hanya menjadi simbolik
bagi etnik bugis.
Sigajang Laleng Lipa
DEEPAVALI
(Kaum India)
Perayaan Deepavali ialah suatu perayaan dalam kalangan penganut Deepavali
agama Hindu menandakan kemenangan oleh kuasa kebaikan terhadap
kuasa kejahatan, secara simboliknya ditujukan dalam erti cahaya yang
menerangi kegelapan.
Maksud tersiratnya ialah menyemai nilai-nilai positif dalam diri kita untuk
menjadi individu yang lebih baik dengan mengatasi nilai-nilai negatif
dalam diri kita untuk perkembangan rohani.
Hari Deepavali bermula dengan menyapu minyak bijan di atas kepala dan
badan untuk menyejukkan badan, diikuti upacara sembahyang bersama
ahli keluarga di rumah dan mendapat restu daripada ibu bapa dan orang
tua sebelum ke kuil.
Semua orang akan memakai pakaian baru, berkongsi manisan yang
disediakan khas untuk Deepavali serta mengunjungi rumah sanak-
saudara dan rakan-rakan. Pada waktu malam, barisan lampu dinyalakan
dan bunga api serta mercun memeriahkan lagi sambutan.
Perayaan ini disambut selama tempoh yang berbeza oleh komuniti
berbeza.
Deepavali
Walaupun hari-hari terasnya adalah sama dan jatuh pada
hari-hari yang sama di seluruh Nepal dan India, namun
hari-hari tersebut jatuh pada bulan-bulan Gregorian yang
berbeza bergantung kepada versi kalendar Hindu yang
digunakan dalam setempat.
Versi Amanta kalendar Hindu diamalkan sebagai kalendar
kebangsaan India. Mengikut kalendar ini yang luas
digunakan di India selatan dan Maharashtra, keraian enam
hari ini dibawa dari empat hari terakhir bulan Ashwayuja
dan dua hari pertama bulan baru Kartika.
Menurut versi Purnimantayang meluas di India utara,
Diwali jatuh pada pertengahan bulan Ashwayuja/Ashvin.
Dalam kalendar Gregorian, Deepavali biasanya tiba pada
bulan Oktober atau November.
MENGUTIP
SARANG
BURUNG
(Etnik Idahan)
Mengutip Sarang Burung
Etnik Idahan mempunyai keunikkan yang tersendiri dari segi kegiatan
ekonomi mereka iaitu mengutip sarang burung di dalam gua yang diwarisi
dari satu generasi ke generasi .
Terdapat dua jenis sarang burung iaitu
1.sarang burung hitam yang mengandungi campuran air liur dan bulu burung.
2.Sarang burung putih keseluruhannya mengandungi air liur burung sahaja.
Mengutip Sarang Burung
Bahagian seronok dalam proses memungut sarang burung
ini ialah konsep sinut.
Sinut adalah salah satu adat etnik Idahan yang masih
diamalkan sehingga ke hari ini.
Amalan ini merupakan pemberian pihak waris kepada
individu-individu yang datang membantu semasa
pengutipan sarang dilakukan.
Sinut adalah wang yang diberi oleh individu kepada individu
lain.
Wang tersebut diberikan sebagai sedekah untuk tujuan
mendapat keberkatan.
Konsep sinut merupakan salah satu aspek penting semasa
pengutipan sarang burung di gua Madai. Sinut adalah
bebeza dengan upah yang diberikan semasa seseorang
terlibat bekerja mengutip sarang burung
Sarang Burung
Penutup
Mutakhir kata, pembentukan
negara Malaysia telah membuktikan
bahawa masyarakat yang berbeza pegangan agama, etnik, budaya serta
bangsa masih boleh memperoleh kemakmuran dalam hidup
bermasyarakat. Meski banyak golongan yang menjadikan perbezaan-
perbezaan ini adalah satu alasan untuk tidak berkompromi dengan
masyarakat lain, Malaysia tetap berpegang teguh dengan imej yang
dibawa serta diperkenalkan oleh mereka. Diharapkan setiap bait kata dan
coretan yang dihasilkan daripada buku ini mampu membuka mata
semua masyarakat di setiap ceruk dunia yang bahawasanya perbezaan
bukanlah penghalang untuk memiliki pelangi kebahagiaan.