BMMB 1104
KESUSASTERAAN MELAYU
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
& KEBUDAYAAN MELAYUKAMPUS SULTAN ABDUL HALIMI
Dr. Arfah Binti Ahamad
Mohamad Daniel Bin Sham Norziali
(F2C Bahasa Melayu)
2021252310052
TAKRIF KESUSASTERAAN
Kesusasteraan dapat dikenal pasti sebagai satu bentuk ciptaan seni yang
disampaikan melalui bahasa. Menurut kamus, kesusasteraan bermaksud
hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang
mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu.
Dalam konteks pendidikan
Kesusasteraan Melayu ialah karya asal yang tertulis dalam Bahasa
Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan sama ada berbentuk novel,
cerpen drama, sajak, prosa tradisioanal atau puisi tradisional bagi
mengimbangi intelek, rohani, emosi dan jasmani di samping sastera
memaparkan nilai kemanusiaan dan citra masyarakat.
KONSEP KESUSASTERAAN
lalah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui
bahasa.
Menurut makna kamus : Hasil seni atau karya tulisan
dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri
keistimewaan tertentu.
4 UNSUR DALAM SASTERA
Isi kandungan:
-Fikiran, perasaan, pengalaman, idea, semangat, keyakinan, kepercayaan dll.
Bentuk :
-Sastera dapat diungkapkan dalam pelbagai bentuk. Contoh : bentuk suara yang disertai
bunyi-bunyian.
Ekspresi:
-Keupayaan mengeluarkan sesuatu dari dalam diri manusia.
Bahasa :
-Bahan utama bagi mewujudkan ungkapan peribadi dalam suatu bentuk sastera yang
indah.
4 UNSUR DALAM SASTERA
Isi kandungan:
-Fikiran, perasaan, pengalaman, idea, semangat, keyakinan, kepercayaan dll.
Bentuk :
-Sastera dapat diungkapkan dalam pelbagai bentuk. Contoh : bentuk suara yang disertai
bunyi-bunyian.
Ekspresi:
-Keupayaan mengeluarkan sesuatu dari dalam diri manusia.
Bahasa :
-Bahan utama bagi mewujudkan ungkapan peribadi dalam suatu bentuk sastera yang
indah.
FUNGSI KESUSASTERAAN
Sebagai didikan dan pengajaran.
Sebagai kepuasan estetika.
CIRI-CIRI KESUSASTERAAN
Keindahan
Mencerminkan pengalaman
Pengalaman seni
Karya seni
BENTUK, CIRI-CIRI DAN JENIS
KESUSASTERAAN MELAYU
Jenis kesusasteraan Kesusasteraan Melayu Tradisional
berbeza-beza
mengikut bentuk
serta tujuan sesuatu Kesusasteraan Melayu Klasik
karya tersebut
KesusasteraanMelayu moden
PROSA TRADISIONAL
Prosa tradisional merupakan hasil karya seni yang
disampaikan melalui bahasa. Tujuannya adalah untuk
menyatukan falsafah pencipta dan penerimanya pada masa
itu. Prosa dan sastera istana (tulisan).
Prosa tradisional berbeza dengan sastera lama kerana sastera
lama bersifat sementara. Hal ini demikian kerana apabila
datang yang baharu, maka hilanglah yang lama. Namun, prosa
tradisional merupakan sastera yang mempunyai sifat yang
diwarisi secara turun-temurun walaupun dari segi jangka masa
sastera itu telah lama dihasilkan.
SASTERA RAKYAT (LISAN)
Sastera rakyat merupakanhasil-hasil sastera yang dilahirkan oleh
masyarakat / rakyat yang diaspirasikan melalui bentuk lisan.
Sastera lisan, menurut Zaidan et al. (2000), adalah ungkapan dari mulut
ke mulut, hasil kebudayaan lisan dalam masyarakat tradisional yang
isinya dapat disejajarkan dengan sastera tulisan dalam masyarakat
moden. Dengan kata lain, sastera yang diwariskan secara lisan seperti
pantun, nyanyian rakyat, dan cerita rakyat. Sastera lisan menurut
mereka disebut juga sastera rakyat.
SASTERA RAKYAT (LISAN)
Sastera Rakyat Naratif
terbahagi kepada dua Mitos
Lagenda
Cerita Rakyat
Bukan naratif
Puisi Rakyat
SASTERA RAKYAT (LISAN)
MITOS Ciri-ciri mitos:
- Dianggap benar-benar terjadi.
Mitos ialah cerita yang - Peristiwa yang berlaku aneh,tetapi
dianggap benar -benar penting.
terjadi dan suci serta - Dianggap keramat danmemberikan
diluar jangkauan akal kesan kepadamasyarakat.
manusia. - Latar belakang berlaku padazaman
lampau.
- Tokoh yang terlibat ialahTuhan
atau dewa-dewa.
SASTERA RAKYAT (LISAN)
MITOS JENIS-JENIS MITOS:
Asal-usul
Institusi sosial / budaya
Politik
SASTERA RAKYAT (LISAN)
LAGENDA Ciri-ciri lagenda:
-Komunikasi lisan bercorak cerita berasaskan kisah-
Lagenda ialah kisah.
cerita yang -Latar masa tidak semestinya masa lampau, tetapi
dipercayai benar- masih berkaitan dengan masa silam.
benar berlaku, -Terdapat kesan atau tanda seperti kubur, binaan,
tetapi tidak bentuk bumi.
dianggap suci. -Ada kaitannya dengan zaman sekarang kerana
kepercayaan terhadap keramatnya seperti perigi
Hang Tuah.
-Tokoh atau tempat mempunyai sifat luar biasa.
-Dianggap sebagai sejarah kolektif.
-Universal, iaitu boleh berlaku ditempat lain seperti
cerita Si Tanggang.
-Dipercayai benar-benar berlaku
SASTERA RAKYAT (LISAN)
LAGENDA JENIS-JENIS LAGENDA:
Keagamaan
Perseorangan
Alam ghaib
Tempat
SASTERA RAKYAT (LISAN)
CERITA RAKYAT TERDAPAT 4 JENIS CERITA
RAKYAT IAITU:
Cerita rakyat adalah
dalam bentuk prosa dan CERITA BINTANG
tidak dianggap benar- CERITA LIPUR LARA
benar terjadi. Sebagai CERITA JENAKA
sumber hiburan dan CERITA TAULADAN
mempamerkan
kebenaran serta
mengandungi moral
atau sindiran.
SASTERA RAKYAT (TULISAN)
SASTERA ISTANA TERDAPAT 6 JENIS SASTERA
ISTANA:
Mula diperkenalkan
selepas penerimaan Sastera hikayat
Islam kira-kira pada Sastera undang-undang
abad ke-15. Terdapat Sastera epik
dalam kalangan Sastera panji
bangsawan dan istana. Sastera agama/kitab
Sastera ketatanegaraan
PROSA MODEN
Karya sastera selepas tahun 1800M digolongkan sebagai
sastera moden.
Faktor pemisah sastera Melayu moden dengansastera Melayu
klasik ialah pembahagian masa dan cara sesuatu masyarakat
itu berfikir.
Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dianggap orang yang
membawa pembaharuan dalam sejarah kesusasteraan
Melayu moden.
BENTUK DAN JENIS
KESUSASTERAAN MELAYU MODEN
CERPEN
SAJAK
NOVEL
PROSA MODEN
CERPEN
Merangkumi pengalaman peribadi, realiti rencam hidup dan imaginasi.
Mencerminkan sikap, perasaan, pandangan dan fikiran pengarang Melayu.
Memberikan gambaran tentang sesuatu zaman berhubung masalah sosial,
politik, ekonomi dan sebagainya.
Cerpen hanya membawa 1 tema dan 1 atau 2 persoalan bagi menghasilkan
kesan tertentu dan mendalam kepada pembaca.
Terdapat 1 plot yang dikembangkan dengan rapi, teliti dan tidak rumit.
PROSA MODEN
NOVEL
Ialah prosa yang panjang, berkisar pada 1 tema dan beberapa persoalan
Ada pendapat yang menyatakan bahawa novel menceritakan kejadian
yang luar biasa daripada kehidupan manusia
Isi novel menggambarkan perjuangan dalam kehidupan, pertentangan
antara keadilan dengan penindasan, konflik antara manusia, alam,
ketuhanan dan perasaan masyarakat yang bercampur baur dengan
imaginasi dan sebagainya.
SASTERA RAKYAT (TULISAN)
SAJAK BENTUK-BENTUK SAJAK
Balada
Ialah puisi moden yang bebas Roman
dan tiada ukuran tertentu Oda
dalam menghasilkannya. Epigram
Muncul pada zaman Himne
Angkatan 45 Elergi
Tidak dikongkong oleh apa- Satira
apa peraturan seperti
bentuk-bentuk terikat puisi
Melayu tradisional
PUISI TRADISIONAL
Puisi merupakan genre sastera paling awal bagi semua bangsa di dunia.
Masyarakat Eropah menggunakan puisi untuk menghasilkan dua buah epik
yang berjudul Iliad dan Odyssey. Masyarakat Hindu juga menggunakan
puisi untuk melahirkan Mahabharata dan Ramayana. Kesusasteraan awal
bangsa Arab tertulis di dalam bentuk puisi. Puisi-puisi yang terbaik
digantung di Ka'abah pada zaman jahiliah. Orang Melayu berbangga
dengan puisi milik mereka yang dinamakan pantun.
Menurut Harun Mat Piah (1989) antara genre dalam puisi tradisional itu
ialah pantun, syair, gurindam, seloka, talibun, mantera, adat perbilangan,
teka-teki, peribahasa, rubai, masnawi dan sebagainya. Dalam
perbincangan ini akan difokuskan kepada empat jenis puisi tradisonal iaitu
pantun, gurindam,syair dan seloka.
BENTUK DAN JENIS PUISI
TRADISONAL
PANTUN SYAIR
GURINDAM SELOKA
PUISI TRADISIONAL
PANTUN Jenis pantun berdasarkan tema:
Nasihat
Adat
Kanak-kanak
Agama
Sindiran atau kiasan
Jenaka
Teka-teki
Cinta dan kasih sayang
Budi
PUISI TRADISIONAL
PANTUN Jenis pantun berdasarkan bentuk :
Dua kerat
Empat kerat
Enam kerat
Lapan kerat
Sepuluh kerat
Dua belas kerat
PUISI TRADISIONAL
SYAIR Ciri-ciri syair:
Empat baris serangkap
Syair ialah puisi rakyat yang Rima akhir adalah sama a-a a-a.
dilagukan apabila Keseluruhan rangkap menggambarkan
diperdengarkan. maksud dan idea yang berurutan
Ada 2 bentuk tema syair:
-Naratif
romantis, sejarah, keagamaan,
kiasan/sindiran.
-Bukan naratif
nasihat, agama
PUISI TRADISIONAL
GURINDAM Ciri-ciri gurindam :
Biasanya dalam bentuk terikat.
Gurindam ialah 2 baris serangkap.
sejenis puisi yang 3-6 patah perkataan sebaris.
tidak tentu Rima akhir sama, a-a
bentuknya Memerlukan beberapa rangkap untuk melengkapkan
keseluruhan idea.
Dalam bentuk tidak terikat.
Tidak berpasangan dan tidak berangkap/terus-menerus.
Fokus kepada pengajaran / panduan hidup yang
sempurna.
Digubah dalam bahasa yang indah untuk dinyanyikan
bagi tujuan hiburan.
Tidak dituturkan secara meluas.
PUISI TRADISIONAL
SELOKA Ciri-ciri seloka :
Memerlukan beberapa baris untuk
Seloka ialah puisi yang bebas melengkapkan keseluruhan idea.
dari segi rangkap, baris dan Bentuk hampir sama seperti
rima gurindam dan talibun.
Isi mengandungi maksud mengejek,
sindiran sama ada serius / jenaka.
Mempunyai tema dan isi yang amat
umum.
Contoh seloka :
Seloka Pandai Pak Pandir
Manifestasi akal budi dalam puisi
tradisional yang terdiri daripada
setiap sebuah pantun, syair,
seloka dan gurindam.
AKAL BUDI DALAM PANTUN
Tajuk: Pantun 4 kerat-Budi
Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di hujung taman,
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.
Ambil galah jolok ramunia,
Kait mari sampai berdiri,
Kita hidup atas dunia,
Buat baik taburkan budi.
Ambilkan saya buah delima,
Masak sebiji di balik daun,
Budi tuan saya terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.
Anak dara berkain cukin,
Dari daik bulan puasa,
Tidak kira kaya miskin,
Asalkan baik budi bahasa.
AKAL BUDI DALAM PANTUN
Jika dilihat daripada perspektif lain, pantun ini sungguh sinonim dengan kepentingan budi,
jasa, kesopanan tutur kata, dan tingkah laku dalam kehidupan manusia. Oleh itu, penulis
ingin menyatakan pemikirannya bahawa seseorang yang menerima budi dan jasa baik
seseorang akan sentiasa mengenangnya sepanjang masa. Tambahan pula, penulis ingin
menyatakan tentang semasa hidup di dunia, manusia digalakkan berbuat baik, banyak
menabur budi dan jasa kerana manusia akan dihormati sewaktu hidup dan dikenang
sesudah mati. Oleh itu, kita mestilah sentiasa melakukan kebaikan di mana jua. Hal ini
kerana, budi baik yang diberikan kepada seseorang akan sentiasa diingat, dikenang dan
dihargai sepanjang masa. Jelaslah bahawa, penulis ingin mengatakan bahawa
masyarakat melayu sangat menyanjung nilai budi bahasa, iaitu kesopanan mengatasi
soal kebendaan, kekayaan atau kemiskinan seseorang.
AKAL BUDI DALAM SYAIR
Tajuk: Untuk Masa Depanmu
Dengarlah wahai anakanda
Rajinlah belajar sepanjang masa
Ilmu tiada pernah habis dieja
sebagai bekal sepanjang usia
Dengan ilmu engkau terjaga
Dari suramnya waktu dan masa
Cemerlang akan senantiasa
Menyinari dirimu di masa dewasa
AKAL BUDI DALAM SYAIR
Dalam konteks yang berkaitan dengan syair ini ialah penulis ingin
menyatakan pemikirannya bahawa nasihat-nasihat serta nilai-nilai murni
dalam kalangan para pelajar harus diterapkan dalam diri. Tambahan pula,
ianya merupakan pesanan kepada pelajar agar berusaha bersungguh-
sungguh dalam menimba ilmu serta jangan pernah sesekali berhenti ataupun
menyerah kalah dalam menimba ilmu. Syair ini juga menunjukkan beta
pentingnya ilmu pengetahuan untuk kehidupan mahupun pada masa
hadapan.
AKAL BUDI DALAM SELOKA
Tajuk: Seloka Pak Pandir
Anak dipijak dagang dijinjing
Kucing dibunuh tikus dibela
Harta habis badan tergadai
Mendengar gelagak dagang
Tak sedar bertelanjang
Mendengar guruh dilangit
Air di tempayan dicurahkan
Mulut kena suap pisang
Buntut kena cangkuk onak,
Gunting makan di hujung
Pak Pandir juga menanggung.
Apa didengar gelagak dagang
Gelagak rambutan jantan:
Orang berbunga, dia berbunga
Orang berbuah, dia haram
Kilat memancar hujan tak jadi
Awak juga berkecundangan.
AKAL BUDI DALAM SELOKA
Akal budi manifestasi masyarakat Melayu yang terdapat dalam
seloka ini ialah menyindir individu yang bersikap mengutamakan
orang lain. Sikap negatif ini perlu ditinggalkan kerana merugikan diri
dan keluarga terdekat. Sikap yang sepatutnya ialah mendahului
keluarga terdekat bukannya oran
g luar yang hanya mementingkan
diri sendiri disebabkan tiada talian darah. Buktinya Pak Pandir bukan
sahaja sanggup mengabaikan anaknya sendiri malahan menyakitinya
sebagaimana dalam frasa 'anak dipijak'. Manakala pihak yang tiada
kaitan dengan keluarganya pula diberi layanan baik sebagaimana
dalam frasa 'dagang dijinjing'.
AKAL BUDI DALAM GURINDAM
Gurindam Dua Belas
Ini Gurindam Pasal yang Pertama:
Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang yang ma'rifat
Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang
bahri.
Barang siapa mengenal dunia, tahulah ia
barang yang teperdaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah la dunia mudarat.
AKAL BUDI DALAM GURINDAM
Akal budi pada fasal satu ini pengarang menjelaskan kepada
pembaca bahwa apabila hidup tidak mengenal agama yakni
Tuhan, maka hidupnya sia-sia tanpa ada bertujuan. Hal ini
menyebabkan seseorang sentiasa berada dalam kerisauan
dan kegelisahan. Manakala, mengenal yang empat berkait
dengan ajaran tasawuf iaitu syari'at, ma'rifat, tarikat dan
hakikat. Apabila seseorang telah mengenal yang empat ini
maka kehidupan akan semakin terang tanpa ada sedikit rasa
was-was.
RUJUKAN:
Azman Rahmat et.al . (2022). Pengenalan Kesusasteraan Dan
Kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan
Dewan Bahasa Dan Pustaka. (2017). Kamus Dewan Edisi
Keempat. Dewan Bahasa dan pustaka
Siti Hajar Abd. Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1. Oxford Fajar
Sdn. Bhd.
TERIMA KASIH