The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yasminedhania, 2022-12-24 08:07:04

Scrap book Kumpulan 2

Scrapbook Kumpulan 2

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

Kepentingan
Penghayatan Nilai Etika &

Peradaban Di Dalam
Penggunaan Media Sosial

Disediakan Untuk: Madam Aida Munirah Suhaimi

Daripada Kumpulan 2:

YASMINE DHANIA BT ALMAFIAN
(5042221028)

NUR ALLYIENA BATRISYIA BT ASWAZI
(5042221014)

KHAIRUN NISA BT SHAARI
(5042221007)

NOOR ELMYLDAH VIVIANA BT GEORGE
(5042221012)


ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN.


2.0 OBJEKTIF.

3.0 KEPENTINGAN PENGHAYATAN PEP DALAM

PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL.

4.0 KEBURUKAN TIADA NILAI PENGHAYATAN NILAI ETIKA

& PERADABAN DALAM PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL.

5.0 LANGKAH- LANGKAH UNTUK MENYEBARKAN

PENGHAYATAN NILAI ETIKA & PERADABAN DALAM MEDIA

SOSIAL.

6.0 KESIMPULAN.


1.0 Pengenalan

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi
Keempat, media dapat didefinisikan sebagai alat
atau perantara dalam komunikasi atau dalam
perhubungan manakala sosial pula didefinisikan
sebagai segala hal yang berkaitan dengan
masyarakat.
Berdasarkan laporan akhbar daripada Astro Awani
pada 30 Januari 2018, hasil Laporan Digital 2018
yang dikeluarkan oleh Hootsuit dan We Are Social
menunjukkan jumlah pengguna Internet di Malaysia
meningkat kepada 25.08 juta pengguna
iaitu79%merupakan penduduk Malaysia. Daripada
jumlah berkenaan 75%menggunakan media sosial
serta memperuntukkan purata tiga jam sehari di
laman media sosial.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi
Keempat, etika bermaksud prinsip moral atau nilai-
nilai akhlak (adat sopan santun dan sebagainya)
yang menjadi pegangan seseorang individu atau
sesuatu kumpulan manusia.
Memetik keratan akhbar Sinar Harian pada 12 Jun
2019, seorang remaja perempuan yang berusia 16
tahun membuat undian dalam Instagramnya dengan
status “Really important,help me choose D/L?”
sebanyak 69% pengikut Instagramnya memilih "D"
yang membawa “Die” manakala 31% memilih "L" yang
bermaksud “Live” dan remaja berusia 16 tahun
tersebut telah terjun dari tingkat tiga sebuah
bangunan rumah kedai di Batu Kawa,Kuching pada
13 Mei 2019.


Sambungan
Jenayah siber turut meningkat saban tahun dek

kemajuan teknologi tanpa diiringi dengan etika.

Menerusi portal rasmi Kementerian Komunikasi

dan Multimedia Malaysia pada 11 Februari 2020,

laporan statistik Cyber999 yang dikendalikan

oleh Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer

Malaysia (MyCERT) CyberSecurity Malaysia,

sebanyak 10722 kes keselamatan siber berlaku

pada tahun 2019 berbanding 10699 kes pada

tahun 2018.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi

Keempat, peradaban dapat didefinisikan sebagai

sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu

bangsa. memain
kan peranan penting dalam
Media sosial

kehidupan seseorang. Contohnya, masyarakat

pada zaman dahulu bergantung kepada ketua

kampung, radio, dan sebagainya untuk

mendapatkan maklumat terkini. Namun, pada era

globalisasi ini, masyarakat moden mampu

memperoleh berita, isu-isu terkini dan maklumat

dalam kadar yang segera dengan menggunakan

media sosial.

Semua pihak perlu mengetahui kepentingan dan

langkah-langkah dalam menerapkan etika dalam

menggunakan media sosial, serta keburukan

sekiranya tidak menerapkannya. Kita juga dapat

melihat bagaimana peradaban sesebuah

masyarakat berubah sekiranya menerapkan atau

tidak menerapkan etika dalam menggunakan

media sosial.


2.0 OBJEKTIF

1. Mengenal pasti kepentingan
penerapan etika dan

peradaaban dalam penggunaan
media sosial.

2. Mengkaji keburukan jika tidak
mengaplikasikan etika dan

peradaban dalam penggunaan
media sosial.

3. Mengenal pasti langkah-
langkah untuk menyebarkan
penerapan etika dan
peradaban dalam penggunaan
media sosial


3.0 KEPENTINGAN PENGHAYATAN NILAI
ETIKA & PERADABAN DALAM PENGGUNAAN

MEDIA SOSIAL

1. Menyebarkan maklumat dengan betul dan tepat

Seseorang individu mempunyai peranan yang penting dalam
menggunakan media sosial dalam kehidupan seharian

Seseorang individu yang bersikap pos
itif dan beretika akan

menggunakan platform media massa sebagai satu peluang
dalam berkongsi maklumat yang positif seperti :
1.Pastikan kesahihan sesuatu maklumat.
2. Nyatakan sumber rujukan

3.Sebarkan berita atau maklumat yang tidak menyentuh isu sensitif.
4.Elakkan daripada memuat naik isu negatif, kurang sopan atau pornografi

2. Mengelakkan keganasan siber

Serangan peribadi, memanipulasikan keadaan, kata
cacian dan makian terhadap individu lain, menokok
tambah cerita yang tidak mempunyai kesahihan yang
betul dan menyentuh isu sensitif yang mengugat
perpaduan dalam masyarakat dapat dielakkan jika
masyarakat mempunyai nilai etika yang tinggi dalam
menjamin keharmonian hidup .

3. Menjamin kehidupan yang aman dan harmoni

individu atau masyarakat yang menggunakan platform media sosial
secara berhemah, beretika dapat menjamin kehidupan yang
sejahtera
Malahan dapat mewujudkan masyarakat yang progresif
Mengelakkan diri daripada terjebak dengan pergaduhan yg sia-sia
Dapat memupuk semangat kejiranan dalam diri kerana mengamalkan
sikap yang saling tolenrasi antara satu sama lain.


3.0 KEPENTINGAN PENGHAYATAN NILAI
ETIKA & PERADABAN DALAM PENGGUNAAN

MEDIA SOSIAL

4.Membawa pengaruh positif terhadap pelajar

Persekitaran yang positif boleh memberi pengaruh yang

positif kepada remaja. Bukan sahaja daripada kesihatan

emosi dan mental,
tetapi juga tingkah laku remaja di

persekitaran harian

Pelajar juga dapat mengelakkan diri daripada terjebak

dengan gegala sosial

5. Mengeratkan hubungan sesama sendiri

media sosial memberikan satu dimensi baru dalam

bersosiak antara masyarakat di mana kita boleh

berkawan dengan rakan kita dan boleh berkongsi

cerita.

Membolehkan kita berinteraksi dengan

menggunakan aplikasi seperti Whatsapp

Secara halusnya ,laman sosial memudahkan cara

berkomunikasi antara keluarga,rakan dan sanak

saudara 6. Menambah kenalan baru

Sebagai contoh, ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak mereka

menyertai kumpulan atau aktiviti seperti berbasikal yang dianjurkan

oleh kelab atau persendirian di laman sosial media.

Mereka boleh mengikuti perkembangan anak-anak mereka yang

berbasikal dengan perkongsian gambar atau video oleh penganjur

kelab tersebut di mana ibu bapa akan menjadi lebih tenang dalam

memastikan anak-anak mereka meluangkan masa dalam perkara yang

bermanfaat.


4.0 KEBURUKAN TIADA
PENGHAYATAN NILAI ETIKA &
PERADABAN DALAM PENGGUNAAN
MEDIA SOSIAL

PENYEBARAN MAKLUMAT TIDAK SAHIH

Menyalahgunakan sumber media sosial sebagai tempat

meluahkan perasaan tidak puas hati dengan

menyampaikan fitnah atau maklumat palsu.

maklumat yang tidak sahih merebak dengan pantas melalui

aplikasi seperti Whatsapp, Facebook, dan Twitter.

Hal ini mampu memporak-perandakkan keamanan sesebuah

negara sekiranya maklumat yang disebar mempunyai

unsur negatif

PENGGUNAAN BAHASA KASAR

Menjadikan media sosial sebagai platform untuk mencaci,
menyindir dan meenfitnah orang lain.

contohnyaL Media sosial telah melahirkan beberapa ikon
media sosial dengan pengikut mereka yang tersendiri.

Ini menyebabkan penyokong-penyokong tegar dan fanatik
ini sering mencetuskan perbalahan besar apabila ada
sesetengah pihak cuba menegur ikon pujaan mereka.

Biasanya, ia bertujuan untuk merosakkan reputasi pesaing
dalam perniagaan atau menjejaskan nama baik seseorang

dalam masa panjang.
hal ini menyebabkan wujudnya komen yang penuh dengan
kata-kata makian dengan menggunakan bahasa yang kasar.

BULI SIBER

Buli siber juga tidak terkecuali bagi individu yang tiada
penghayatan nilai etika & peradaban dalam penggunaan media
sosial.
Antara bentuk buli siber adalah suatu perbuatan yang
mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui
medium elektronik seperti mesej, chatting, laman web sosial dan
juga aplikasi internet.
Perkara seperti ini biasanya dilakukan oleh individu yang hanya
sekadar berani di belakang skrin, kerana perasaan dengki atau
benci terhadap mangsa. Hal ini juga dapat memberi impak yang
negatif seperti menyebabkan mangsa menjadi resah, murung
serta penyakit lain yang berkaitan dengan tekanan.
Namun dalam kes lain, buli siber juga menyebabkan mangsa
mengambil keputusan untuk membunuh diri. Oleh itu, ibu bapa
haruslah mendidik dari awal lagi dengan menerapkan nilai-nilai
murni dalam penggunaan media sosial agar kelompok pembuli
siber ini dapat dilenyapkan.


4.0 KEBURUKAN TIADA
PENGHAYATAN NILAI ETIKA &
PERADABAN DALAM PENGGUNAAN

MEDIA SOSIAL

PENJEJASAN HUBUNGAN ANTARA KAUM

Kekurangan pengamalan etika dan peradaban
dalam media sosial menyebabkan isu
diskriminasi menjadi semakin serius.
Sesetengah orang yang mempunyai fikiran
diskriminasi kaum akan sengaja menulis apa-
apa sahaja yang boleh mewujudkan
persengketaan dan prasangka antara kaum.
Kesannya, lama-kelamaan kebencian secara
membuta-tuli tanpa sebab akan
mengakinatkan hubunan antara dan
keharmonian negara terjejas.

PENINGKATAN JENAYAH SIBER

Jenayah siber termasuk penipuan dalam
talian, penipuan kad kredit dan
pencerobohan data.

Hadir dalam pelbagai bentuk seperti tawaran
telefon pintar percuma, tiket penerbangan
dan hadiah menarik di mana hanya mengisi
borang atau klik pada butang tertentu .
Mensasarkan golongan yang debelenggu
kesunyian seperti golongan bujang lanjut
usia, janda dan duda

menggunakan kata-kata manis untuk memikat
bakal mangsa sehingga mewujudkan
perasaan percaya kepada suspek.

Penjenanyah akan ketagih dalam melakukan
jenayah siber ini kerana ia mampu

memberikan pulangan yang besar kepada
mereka.


5.0 ANTARA LANGKAH UNTUK
MENYEBARKAN NILAI ETIKA & PERADABAN

DALAM MEDIA SOSIAL

PEDIDIKAN DI SEKOLAH

Pihak sekolah juga haruslah memainkan peranan untuk
menyebarkan nilai etika dan peradaban di dalam kalangan
pelajar melalui sesi pembelajaran mahupun pendidikan.
Selain itu, nilai etika dan peradaban juga dapat memupuk pelajar
untuk membezakan sama ada perkara itu baik ataupun buruk
tidak kira dari segi pendidikan mahupun adab.
Sebagai contoh, nilai dan peradaban boleh dikaitkan dengan
mata pelajaran seperti pendidikan moral. Ini kerana pendidikan
moral dapat mendidik pelajar untuk bersikap rasional dalam
penggunaan media sosial.
Pelajar yang rasional akan menggunakan media sosial secara
beretika dan beradab untuk mengelakkan diri terjebak melayari
laman web yang tidak elok seperti pornografi, perniagaan haram
dan menyebarkan berita palsu.

PENGAJARAN IBU BAPA

Di dalam nilai etika dan peradaban, ibu bapa juga perlu
memainkan peranan dalam mengajar anak-anak. Ibu bapa juga
perlu memantau aktiviti anak-anak dalam penggunaan laman
sosial dengan betul dari sejak kecil lagi.
Tambahan pula, anak-anak hanya akan mengikut apa yang
disampaikan oleh ibu bapa.
Sebagai contoh yang boleh kita ambil ialah ibu bapa haruslah
sering memberitahu anak-anak tentang kebaikan pengunaan
media sosial secara beretika agar mereka dapat manfaat yang
berguna. Bak kata pepatah, 'melentur buluh biar dari
rebungnya'.
Sebagai pengajarannya, peranan ibu bapa adalah penting bagi
membentuk anak-anak menjadi lebih beretika dan beradab dalam
penggunaan media sosial.


5.0 ANTARA LANGKAH UNTUK
MENYEBARKAN NILAI ETIKA & PERADABAN
DALAM MEDIA SOSIAL

PERANAN KERAJAAN

Nilai etika dan peradaban juga dapat dikaitkan dengan
kerajaan. Hal ini terjadi kerana, kerajaan juga
memainkan peranan yang penting dalam penggunaan
media sosial seperti dapat mengurangkan kes-kes
jenayah yang menggunakan platform media sosial
sebagai tempat untuk melakukan perkara yang tidak
senonoh.
Di samping itu, kerajaan juga boleh membuat inisiatif
lain untuk menwujudkan nilai etika dan peradaban
seperti mengadakan kempen kesedaran melalui media
sosial.
Dengan ada kempen kesedaran ini, ianya dapat memupuk
nilai kesedaran dalam diri agar menggunakan media
sosial dengan baik dan berhati-hati.
Seterusnya, dengan adanya perlibatan dari kerajaan
ianya juga dapat mencegah kes jenayah atau unsur-
unsur negatif yang telah diwujudkan dalam media sosial.

KERJASAMA M
ASYARAKAT

Masyarakat merupakan salah satu komuniti yang besar dan boleh memberi
banyak pengaruh dalam nilai etika dan peradaban dari segi pelbagai aspek
terutamanya media sosial.
Pada apa yang kita tahu, pada tahun 2020 Malaysia telah berada pada
fasa covid-19, terdapat segelintir masyarakat yang tidak memiliki etika dan
tidak beradab ketika menggunakan media sosial seperti di Facebook,
Instagram dan Twitter.
Dengan mengguna aplikasi tersebut masyarakat yang tidak mempunyai nilai
etika dan peradaban telah menyalahguna media sosial seperti menyebarkan
khabar angin tanpa usul periksa.
Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab kita haruslah memiliki sifat
kerjasama antara sesama masyarakat agar tidak menyebarkan khabar
angin sebelum mendapatkan kebenaran dan kepastian daripada pihak
kerajaan sama berita itu sahih ataupun tidak untuk dikongsi.


5.0 ANTARA LANGKAH UNTUK
MENYEBARKAN NILAI ETIKA & PERADABAN
DALAM MEDIA SOSIAL

PERANAN MEDIA MASSA

Media massa juga memiliki keistimewaan tersendiri
kerana ianya juga berperanan untuk menyebarkan
kepentingan penerapan amalan etika dan peradaban
dalam penggunaan media sosial melalui media
elektronik dan media cetak.
Seperti yang kita tahu, media elektronik amat
diperlukan dalam melakukan penyiaran iklan-iklan
kesedaran secara berterusan menerusi rancangan di
televisyen, radio dan sebagainya.
Malahan, , media massa juga berperanan untuk
membina persepsi dan tanggapan untuk menyemaikan
sikap masyarakat yang amat menitikberatkan etika
dan peradaban dalam kehidupan seharian.
Seterusnya, media cetak pula adalah untuk
menyampaikan ilmu pengetahuan yang berkaitan
dengan perkembangan semasa dengan menggunakan
kreativiti tersendiri seperti surat khabar, risalah dan
poster.
Dengan menggunakan kaedah ini, kita dapat
memperhebatkan kempen kesedaran dan dapat manarik
minat masyarakat untuk menyertai memajukan kempen
tersebut.
Sebagai contoh, kempen kesedaran ini dijalankan
untuk memberi kesedaran bahawa kesan aktiviti
penyebaran bahan-bahan terlarang dan fitnah dalam
media sosial juga boleh dikira sebagai jenayah dan
harus diberikan hukuman yang telah ditetapkan oleh
undang-undang.


6.0 KESIMPULAN

Secara rumusnya, penerapan
nilai etika dan peradaban dalam

penggunaan media sosial
merupakan amalan murni yang
wajib diterapkan oleh masyarakat

sejagat. Setiap pihak wajib
bekerjasama dan memberi
perhatian yang serius dalam
mengurangkan tindakan yang
tidak beretika dalam penggunaan
media sosial. Langkah-langkah
yang proaktif juga haruslah
dijalankan secara berterusan
dan menyeluruh demi mewujudkan
masyarakat yang beretika dan

peradaban.


thank
you


Click to View FlipBook Version