Laras Bahasa Melayu
Disediakan oleh:
1) Muhammad Syahmi bin Sahrul Azhar
2) Nurul Huda binti Zamree
3) Nurul Aleeya Syafika binti Zawawi
4) Nurul Ardini binti Ashat
5) Nurul Barakah binti AB Kadir
i) Apa itu laras bahasa ?
- Laras Bahasa ialah gaya atau cara
menggunakan sesuatu Bahasa dalam
sesuatu situasi
- Laras akan sentiasa berubah-ubah
berdasarkan fungsi dan keadaan.
- Setiap laras menitikberatkan pilihan kata
atau istilah dan menggunakan struktur
ayat yang berlainan mengikut disiplin dan
bidang tertentu
ii) Apa itu laras bahasa lisan ?
- Bahasa lisan adalah bahasa yang
digunakan oleh manusia untuk
berkomunikasi
- Laras bahasa lisan kebanyakkanva
adalah melalui lisan seperti percakapan
atau maklumat yang disuarakan
- Aspek lisan terbahagi kepada dua iaitu
pertuturan umum dan pertuturan rapi
- Bahasa lisan juga haruslah dikaitkan
dengan suasana dan juga keadaan
tertentu
iii) Laras Bahasa Formal
Maksud:
- Bahasa formal ialah variasi Bahasa yang
mematuhi segala peraturan yang telah
ditetapkan baik dari aspek sebutan, sistem
imbuhan, struktur ayat mahupun pilihan
perkataan
Ciri – ciri:
1) Tidak menggunakan nama sendiri, nama
timbangan atau nama ringkas
2) Tidak mengandungi percampuran kod
3) Tidak menggunakan unsur kependekkan
4) Menyebut gelaran dengan sepenuhnya
iv) Laras Bahasa Tidak Formal
Maksud:
- Bahasa tidak formal ialah Bahasa yang
berbentuk bebas. Ianya tidak perlu terlalu
tersusun dan teratur. Yang ditekankan ialah
keakraban dan kemesraan, maka bentuk-
bentuk perkataannya disingkatkan
Ciri – ciri:
1) Tidak terikat dengan peraturan bahasa
2) Mempunyai banyak percampuran kod
3) Banyak menggunakan kosa kata yang
dipengaruhi dialek
4) Tidak mementingkan kehalusan bahasa