KESANTUNAN
BERBAHASA
TUAN MOHD JANURI BIN AYUB
OLEH: NUR MARIAH BINTI
ABD RAHIM
Penggunaan bahasa kurang sopan
yang dilontarkan oleh masyarakat
terutama di media sosial
Pada era modenisasi ini, terdapat pelbagai bahasa kurang sopan
yang dilontarkan oleh segelintir masyarakat tanpa mengira usia
yang dapat dilihat terutamanya di media sosial seperti "Twitter",
"Instagram', "Facebook", "Whatsapp" dan juga "Youtube".
Berikut merupakan antara beberapa bukti yang dapat dilihat
berkenaan perkara di atas dan cara-cara bagi menangani isu
kesantunan bahasa supaya masyarakat kita dikenali sebagai
masyarakat yang mempunyai budi pekerti yang tinggi.
KESANTUNAN
Lisan Tulisan
Tingkah Laku
KESANTUNAN
LISAN
Perkataan-perkataan yang dilontarkan oleh pemuda
tersebut kepada pak cik itu bersifat menghina malah
turut memalukan pak cik itu di khalayak ramai.
Pemuda tersebut juga tidak menghormati pak cik
tersebut sebagai orang yang lebih tua kerana dia
menggunakan nada yang tinggi ketika bercakap
dengan pak cik itu.
Tindakan dan kata-kata yang diucapkan oleh
pemuda tersebut boleh mengecilkan hati pak cik
berkenaan kerana telah menyentuh masa lampau
beliau.
https://vt.tiktok.com/ZS
drHWTym/
"Perempuan kalau kahwin 3 kali masa usia muda,
memang perempuan ni yang problem bukan lelaki tu"
Kata-kata yang diujarkan oleh pemuda ini merupakan
satu bentuk penghinaan kepada kaum wanita kerana
beliau bercakap tanpa memikirkan perasaan wanita-
wanita seluruh dunia.
Perkataa seperti "Saya bukan nak mengutuk, tapi ini
realiti" lebih membawa kemarahan kepada segelintir
pengguna media sosial yang melihat video tersebut.
Beliau tidak sepatutnya menyelitkan perkataan tersebut
semasa berkempen kerana ia merupakan satu isu yang
sensitif dan menggores perasaan orang lain.
https://twitter.com/sebar_99
/status/1510543646122463232
?s=21&t=ibopMFMSwrK-
UlbD5uM5SQ
https://vt.tiktok.com/ZS
drHufar/
YesDalam klip video di atas, jelas menunjukkan ketidaksantunan budak perempuan tersebut ketika
berbicara dengan rakan baharunya yang bernama Orked.
Budak tersebut bukan sahaja memerli ibu Orked, malahan mengutuk ibunya dan mengatakan
bahawa ibu Orked tidak pandai menjaga lelaki.
Kata-kata yang dilontarkan oleh budak perempuan tersebut kebanyakannya ialah melalui ibunya
sendiri. Ini menunjukkan bahawa pertuturan budak itu dipengaruhi oleh ibunya.
Cacian dan perlian dari budak perempuan itu dianggap biadap kerana menyakitkan hati Orked
malah menghina ibu Orked.
Dalam sedutan video yang dikongsikan oleh seorang pengguna
media sosial menunjukkan perkataan-perkataan yang tidak sopan
digunakan oleh beberapa pelakon tanah air dalam sebuah rancangan
televisyen.
Pelakon tersebut tanpa segan silu membincangkan tentang isu rogol
yang mana merupakan satu isu yang tidak patut dibicarakan di
televisyen.
Perkataan "rogol" dan beberapa lontaran perkataan lain yang
diujarkan mereka mampu mengganggu emosi dan menyebabkan
kemarahan masyarakat di samping memalukan diri mereka sendiri.
https://twitter.com/fay
yanfreaks/status/14503
65720575963138?
s=21&t=lUbqZL3YhJV6F
SQsSskKZQ
KESANTUNAN
TULISAN
Berdasarkan kutipan luahan perasaaan Meskipun pada dasarnya, jika dilihat keseluruhan
seorang pengguna media sosial, Twitter di penceritaan ataupun "thread" tersebut, dapat
bawah, jelas menunjukkan ketidaksantunan disimpulkan bahawa pengguna tersebut begitu
dalam menulis di platform media sosial. marah secara rasional akan tindakan yang
Perkataan-perkataan yang digunakan olehnya dilakukan oleh perempuan yang digelar "siti betina
berbentuk makian, cacian dan kecam badan. . babi" tersebut yang dikatakan tidak
berperikemanusiaan.
https://twitter.com/faiznotholic/status/1 Namun, sebagai pengguna yang bijak, kita mesti
512104579521183748?t=uRUF5n- berwaspada dalam melontarkan dan meluahkan
T1milNiqn74zjIg&s=19 setiap satu isi hati terutama di platform yang
umum
Hal ini kerana, dikhuatiri, perkara ini akan
menjejaskan kita pada masa hadapan.
https://twitter.com Pelanggan tersebut bukan sahaja memarahi dengan kasar
/thevocket/status/ penghantar makanan tersebut, malah turut mencaci dan
129664630006738 mengugut untuk membunuh mak dan ayah beliau.
Meskipun frasa "customer is always right' sering kali
9440? digunakan, namun dalam situasi begini, ia melampaui batas
s=21&t=atCDcACS3 dan wajar disebut sebagai biadap dan tidak mempunyai rasa
simpati sebagai manusia.
VbptXKAElDdJg Perkataan-perkataan yang ditinggalkan oleh pelanggan
tersebut sedikit sebanyak menyebabkan penghantar makanan
tersebut berasa sedih dan terhina.
Jadi, sebagai pelanggan, kita sewajarnya bertimbang rasa
lebih-lebih lagi dalam era Covid-19 yang memerlukan
kawalan SOP yang ketat dan sedik sebanyak menyukarkan
pergerakan penghantar makanan.
https://twitter.com/m Pesanan teks melalui aplikasi "Whatsapp" tersebut menunjukkan
izhamalias/status/141 perbualan di antara seorang pelajar dengan pensyarahnya
0543460680036354? Berdasarkan daripada kongsian pensyarah tersebut di platfom
s=21&t=ibopMFMSwr "Twitter", dapat dirumuskan bahawa tujuan pelajar tersebut
menghantar teks tersebut adalah untuk mendapatkan nama penuh
K-UlbD5uM5SQ dan alamat e-mel pensyarah berkenaan yang dilaksanakan dalam
keadaan yang cukup biadap pada pandangan pensyarah tersebut.
Hal ini kerana, yang pertama sekali, pelajar tersebut terus
menyatakan keinginannya tanpa memperkenalkan dirinya terlebih
dahulu malah tidak meminta izin pensyarah tersebut untuk
dijadikan sebagai rujukan dalam resumenya.
Pelajar tersebut sewajarnya beretika dalam menghantar teks
kepada pensyarahnya dengan memperkenalkan diri terlebih dahulu
dan memberitahu tujuan utama dia menghantar teks tersebut
kepada pensyarahnya.
Penulisan secara ringkasan atau "short form" juga tidak sesuai
digunakan untuk tujuan seperti ini.
https://twitter.com/a
tqaaa_/status/142360
9327097552898?
s=21&t=lUbqZL3YhJV
6FSQsSskKZQ
Perkataan-perkataan yang ditulis oleh pengguna "Facebook"
sangat tidak santun kerana mengandungi unsur lucah dan
membawa makna yang berlainan "double meaning".
Tulisan itu ditulis oleh kebanyakannya orang dewasa yang sudah
tahu bahawa perkataan tersebut tidak elok dan tidak sesuai ditulis
di platform media.
Lebih-lebih lagi, kata-kata itu diujarkan kepada remaja bawah
umur.
Tindakan mereka ini tidak santun kerana merupakan satu isu yang
sensitif dan mengganggu perasaan pembaca malah boleh
merangsang ke arah keburukan.
KESANTUNAN
TINGKAH LAKU
Perkongsian daripada seorang pengguna media sosial "Twitter"
menunjukkan tingkah laku seorang pemandu wanita yang memarahi
penghantar makanan tersebut kerana telah menyebakan keretanya calar
dilanggar basikal yang dibawa oleh penghantar makanan tersebut.
Wanita itu bukan sahaja mengherdik malah turut menggunakan
kekerasan dengan bertindak memukul lelaki tersebut berkali-kali
meskipun lelaki tersebut telah memohon maaf sampai mengeluarkan air
mata.
Tindakan yang dilakukan oleh wanita tersebut sangat tidak berpatutan
kerana lelaki itu sudah meminta maaf malah pukulan tersebut tidak dapat
menyelesaikan masalah tetapi memberi kesakitan kepada lelaki itu.
Wanita itu seharusnya tidak menggunakan kekerasan tetapi
menggunakan kata-kata dalam menyelesaikan masalah tersebut.
https://twitter.com/princeraydauz/status/1508720420295348224?
s=21&t=WhbErZs9OjKe6DbjjTPutw
CARA-CARA
MENANGANI ISU
KESANTUNAN
BERBAHASA
Ibu Bapa
Ibu bapa perlu menjadi contoh teladan kepada anak-anak dengan mengelakkan
daripada bergaduh di hadapan mereka serta menggunakan pertuturan yang sopan
ketika berbicara dengan mereka. Hal ini kerana seperti kata pepatah, "bagaimana
acuan. begitulah kuihnya". Hal ini kerana, anak-anak merupakan cerminan ibu bapa,
maka setiap tingkah laku dan tutur kata mereka dipengaruhi oleh ibu bapa mereka
sendiri.
Ibu bapa juga perlu memulakan pendidikan awal dari rumah iaitu mendidik mereka
menggunakan kata ganti nama diri yang betul serta bertindak tegas dalam
penggunaan telefon pintar. Ibu bapa juga sewajarnya menegur sekiranya anak
mereka mengungkapkan perkataan yang tidak santun supaya mereka mengetahui
bahawa perbuatan itu salah.
B.
Sekolah
Sekolah selaku pihak yang paling dihormati perlu cakna akan tingkah laku pelajar
yang menjadi ikutan ataupun "trend". Jika perbuatan dan pertuturan mereka itu
menyalahi hukum atau tidak bersantun, pihak sekolah sepatutnya mengambil
tindakan yang pantas supaya "trend" tersebut dapat dihapuskan.
Selain daripada menjaga pertuturan pelajar, pihak sekolah juga perlu mengambil
berat akan pertuturan guru-guru kerana dikhuatiri terdapat guru-guru yang tidak
bertanggungjawab melontarkan kata-kata kesat kepada pelajar-pelajar. Perkara ini
juga dikhuatiri akan menjadi satu isu yang besar sehingga melibatkan media.
B.
Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia
Dalam era di hujung jari ini, segala isi dapat ditular dalam
sekelip mata. Maka, pihak SKMM selaku yang
bertanggungjawab perlu lebih cakna akan perkara ini. Sekatan
dan pindaan Akta perlu dilaksanakan bagi menghalang daripada
sesuatu isu yang kecil menjadi lebih besar.
Pihak SKMM perlu sekat penggunaan bahasa-bahasa yang
kasar di media sosial seperti carutan dan mengenakan tindakan
tatatertib terhadap individu yang menyebar berita palsu.
Pihak Bertanggungjawab
Selain daripada SKMM, Lembaga Penapis Filem (LPF) dan
Kementerian dalam Negeri (KDN) juga bertanggungjawab dalam
menapis setiap pengeluaran drama, filem dan rancangan
televisyen yang disiarkan. Hal ini supaya, tiada sebarang kesalahan
bahasa atau tutur kata yang tidak sopan yang akan menjadi ikutan
masyarakat.
Jika dilihat daripada sudut positif, sekatan dan tapisan seperti
ini mampu memerah otak para pengarah filem untuk menjadi
lebih kreatif secara lebih baik dalam menarik minat penonton.
Jadilah Pengguna yang
Prihatin dan Bijak
Masyarakat dinasihatkan supaya menjadi pengguna media sosial yang
pintar iaitu dengan mengamalkan konsep 3R, Research (Penyelidikan),
Responsibility (Bertanggungjawab) dan Report (Lapor) sebelum
menyebarkan atau memberi komen di media sosial secara melulu.
Selain itu, sebagai pengguna di media sosial yang mudah tersebar ini,
masyarakat sepatutnya berhati-hati dalam meninggalkan komen serta
mengawal perasaan kerana tindakan yang mengikut perasaan akan
membawa padah.
Sumber Rujukan
AstroAwani. (2022). LPF, KDN kaji semula kuasa stesen TV luluskan filem, drama. Astroawani.com.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lpf-kdn-kaji-semula-kuasa-stesen-tv-luluskan-filem-drama-354023
BHOnline. (2015, August 23). Didik rakyat lebih beradab luah pandangan. Bharian.
https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/08/76663/didik-rakyat-lebih-beradab-luah-pandangan
Fairul Asmaini Mohd Pilus, & Seri Nor Nadiah Koris. (2018, March 19). “Elak salah guna media sosial.” Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/03/401424/elak-salah-guna-media-sosial
Hariyati Ariffin. (2019, November 18). Bahasa kurang sopan ubah cara komunikasi remaja masa kini. Sinarharian.
https://www.sinarharian.com.my/article/57798/KHAS/Pendapat/Bahasa-kurang-sopan-ubah-cara-komunikasi-
remaja-masa-kini
Sumber Rujukan
Mohd Shahrul Ikhwan Hj. Senin, Muhammad Afiq Afham Rostan, Muhammad Syafan Nizar Ismail, Muhammad Irfan
Haikal Mahamod, & Azhar Ahmad Anuar. (407 C.E., July 30). E Folio Kesantunan Bahasa pdf Flipbook PDF.
Dokument.pub. https://dokument.pub/e-folio-kesantunan-bahasa-pdf-flipbook-pdf.html
Noor Azlinda Zainal Abidin. (2015, May 13). Kelantangan Di Laman Media Sosial: Emosi Mengatasi Ilmu.
Pnc.ump.edu.my. https://pnc.ump.edu.my/index.php/ms/aktiviti/artikel/43-umum/163-kelantangan-di-laman-
media-sosial-emosi-mengatasi-ilmu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. (2022). Komitmen Kami | Malaysian Communications And
Multimedia Commission (MCMC). Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) | Suruhanjaya
Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM). https://www.mcmc.gov.my/ms/about-us/our-commitment
Uzair, K. (n.d.). kesantunan masyarakat. Www.academia.edu.
https://www.academia.edu/34520305/kesantunan_masyarakat
Sekian,
Semoga Bermanfaat