ciri-ciri masyarakat agraria di China
Pengenalan :
o Masyarakat agraria merupakan masyarakat yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan kepada
pertanian iaitu bercucuk tanam dan menternak binatang. Jenis-jenis tanaman utama ialah padi sawah, padi
huma, ubi taro, dan keladi; tanaman bijirin pula ialah gandum, barli, oat, kubis, kekacang dan sebagainya.
Selain itu, masyarakat juga menjalankan aktiviti berburu, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan pada
peringkat awal. Penempatan mereka terbentuk di sekitar kawasan yang subur seperti lembah-lembah
sungai, kawasan berbukit, serta kawasan yang mempunyai sistem saliran yang baik. Mereka juga
mempunyai kemahiran menghasilkan makanan sendiri dengan pertanian pindah sehingga mengusahakan
pertanian tetap. Pada masa yang sama masyarakat agraria mempunyai hubungan dengan masyarakat
maritim dan saling bergantungan.Masyarakat agraria di China menjalankan kegiatannnya atas arahan
golongan pembesar.
Isi-isi :
Ciri-ciri Masyarakat Agraria Di China :
o Negara China mempunyai keluasan hampir 9.6 juta km persegi tetapi tanah yang sesuai untuk kegiatan
pertanian hanyalah 15% sahaja. Kawasan lain terdiri daripada pergunungan dan gurun di sebelah barat dan
utara China. Negara China juga sebahagian besarnya berada dalam kawasan hawa sederhana mengalami
perubahan iklim dari kawasan tropika ke kawasan sejuk. Walaupun berkeadaan demikian, negara China
masih lagi mampu mengeluarkan makanan daripada perlbagai jenis tanaman untuk kegunaan masyarakat
dan untuk dieksport ke negara luar.
o Pada zaman pemerintahan Dinasti Ming dan Qing, negara China masih dipanggil masyarakat agraria iaitu
meliputi 85% daripada keseluruhan penduduk dan tinggal di desa. Masyarakat agraria China tertumpu di
kawasan timur laut China dengan Mongolia. Kawasan ini mempunyai dataran loes yang subur disepanjang
Sungai Kuning. Di sebelah selatan pula terdapat pula Sungai Yangtze (sungai terbesar di China) yang
banyak memberi sumbangan kepada masyarakat agraria di China.
o Tanah di negara China semua dimiliki oleh maharaja dan dikurniakan kepada golongan bangsawan atau
pembesar (tuan tanah). Tanah merupakan satu aset yang amat berharga yang dapat menentukan status
sosial seseorang itu. Tuan-tuan tanah ini akan memberikan kepada golongan rakyat masyarakat agraria
untuk diusahakan.
o Tanah ini akan diusahakan dari satu generasi ke satu generasi secara bersama dan tidak mengutamakan
hak individu. Masyarakat agraria China mengusahakan tanah pertanian secara tradisional dengan
menggunakan peralatan lama dan najis binatang untuk menyuburkan tanah. Namum, hasil yang diperolehi
masih cukup untuk menampung keperluan harian mereka tetapi tidak dapat menyimpan.
o Walaupun negara China mempunyai tanah yang subur dan masyarakat agrarianya cekap bercucuk tanam,
namum mereka masih hidup dibelenggu dengan kemiskinan.
o Tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat agraria di China ialah padi sawah yang banyak ditanam
di kawasan lembah Sungai Yangtze dan Sungai Kuning. Tanaman lain turut diusahakan seperti menanam
kapas, tebu, teh, gandum, barli, sekoi dan bijirin lain. Masyarakat China yang tinggal di tanah tinggi Utara
China, mereka menanam padi huma, sekoi dan kekacang terutama di sekitar Sungai Heilongjiang.
o Masyarakat agraria China mula mengalami perubahan di zaman Dinasti Ming apabila wujudnya hubungan
luar dengan negara-negara luar seperti selatan India, Sri Lanka, Hormuz, dan persisir pantai timur Afrika.
Hubungan ini telah meningkatkan aktiviti perdagangan China dengan pedagang-pedagang dari luar
terutama di pelabuhan Canton.
o Kedatangan pedagang luar ini telah menyebabkan negara China menerima pelbagai aspek dari tamadun
luar. Perkara ini secara langsung telah membawa banyak perubahan dalam bidang pertanian dan ini akan
meningkatkan lagi ekonomi negara China. Seterusnya, membolehkan negara China menikmati kemakmuran
dan kekayaan dalam pertambahan penduduk dan bidang pertanian.
o Semasa pemerintahan Dinasti Ming, China telah berusaha untuk meningkatkan hasil pertanian mereka
dengan memperkenalkan sistem pengairan, mengamalkan tanaman giliran mengikut musim,
memperkenalkan peralatan pertanian yang baru, meningkatkan keluasan kawasan pertanian dan
penggunaan baja.
o Penanaman padi jenis baru telah diperkenalkan dari selatan Vietnam yang boleh ditanam dua kali setahun
dan tidak memerlukan air yang banyak. Ini telah memboleh padi ini di tanam di kawan tanah tinggi yang
kekurangan air. Tanaman baru yang lain turut diperkenalkan seperti tanaman kekacang, ubi kentang manis,
barli dan jagung yang dibawa dari Asia Barat. Tanaman baru ini telah meningkatkan lagi hasil pengeluaran
pertanian masyarakat agraria.
o Masyarakat agraria China mengamal pengkhususan dalam pengeluaran barangan mengikut daerah atau
kawasan seperti tebu dikeluarkan di daerah Kwangtung, Fukien dan Szechwan; teh dan daun mulberry
untuk makanan ulat sutera di Chekiang dan selatan Kingsu; kapas di Kinagsu dan daerah utara;
perlombongan di Yunnan; perusahaan kain kapas, kain sutera, dan pakaian diusahakan oleh petani di
Kiangnan, dan hasil hutan (kayu balak) di Manchuria.
o Seterusnya negara China semakin berkembang ekonominya terutama dalam pembuatan porselin,
pembuatan kertas, sutera dan kapas di bandar Nanjing dan Beijing. Industri porselin memberi sumbangan
dalam pendapatan negara China dan bandar Kiangsi muncul sebagai pusat pengeluran porselin utama.
Soochow pula sebagai bandar pusat industri tekstil dan Sungkiang menjadi pusat pengeluran kain kapas.
Tanaman kapas menjadi tanaman penting di zaman Dinasti Ming. Industri kraf tangan dan tenunan turut
menyumbang kepada ekonomi masyarakat agraria di China.
o Semasa pemerintahan Dinasti Ching (1644-1911), kerajaan China hanya membiarkan ekonomi berada di
tangan golongan bangsawan. Golongan ini hanya mengawasi sistem pao-chia (tanggungjawab kolektif)
untuk mengawal kaum petani. Manakala di zaman Kang-hsi, ekonomi China berlaku pemulihan dan hasil
pengeluaran pertanian bertambah. Sebagai contoh pada tahun 1661, kawasan pertanian seluas 549 juta
ekar (mu) meningkat kepada 724 juta ekar (mu) pada tahun 1725 dan 781 ekar pada tahun 1766.
o Masyarakat agraria China juga turut menjalankan kegiatan perusahaan pertukangan secara perkongsian
modal dan tanggungjawab untuk memajukan perusahaan ini. Mereka akan bergabung mengikut wilayah
menjadi satu kesatuan peniaga yang akan disertai oleh kesatuan peniaga, kesatuan penenun, kesatuan
peniaga bank, kesatuan peniaga pakaian, dan kesatuan peniaga emas. Persatuan berperanan sebagai
badan yang akan mengawal harga barangan, menatapkan nilai barangan, dan menyelesaikan segala
masalah atau pertikaian antara ahli-ahli persatuan.
o Masyarakat agraria China turut menjalankan ekonomi perdagangan walaupun kegiatan ini dianggap hina
dan rendah tarafnya di negara China. Namum kegiatan ini sebenarnya memberi pulangan yang cukup besar
kepada negara dan masyarakatnya.
Kesimpulan :
Aktiviti perdagangan berkembang dengan baik kerana adanya sistem pengangkutan yang baik iaitu sungai sebagai
jalan perhubungan yang utama seperti Sungai Yangtze, Sungai Peiho dan Sungai Kuning. Manakala terusan turut
dibina untuk merancakkan lagi aktiviti perdagangan seperti Terusan Besar (menganjur dari Peking ke Hangchow di
selatan Sungai Yangtze) dan terusan-terusan kecil di bahagian tengah dan selatan China. Sistem perhubungan darat
masih primitif iaitu masyarakat masih menggunakan unta dan keldai sebagai pengangkutan utamanya.