The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by elbtpntrg, 2020-07-28 22:55:16

MEMPERKASAKAN PSS D'SBRANG

PSS TS25

SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG MARANG,
21600 MARANG, TERENGGANU

KERTAS KERJA

MEMPERKASAKAN PUSAT SUMBER
SEKOLAH TS25

SK. SEBERANG MARANG

TAHUN 2020 HINGGA 2025

1|PSS SK SEBERANG MARANG

KERTAS KERJA
MEMPERKASAKAN PUSAT SUMBER SEKOLAH TS25

SK SEBERANG MARANG

1.0 PENDAHULUAN

Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan penjana pembentukan masyarakat
yang berilmu pengetahuan, gemar membaca dan berkemahiran maklumat sejajar
dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta pendidikan
abad ke 21. Peralihan paradigma pembelajaran alaf baharu ini memberikan impak
yang positif kepada kreativiti dan fleksibiliti pusat sumber sekolah ke arah abad ke-
21. PSS diurus melalui pengurusan kualiti secara menyeluruh (Total Quality
Management). Atas dasar itu, pentadbir sekolah dan jawatankuasa terlibat perlu
bekerjasama dalam memastikan PSS diurus dengan cekap dan efektif agar pusat
sumber menjadi tempat yang menyeronokkan. PSS perlu mempunyai infrastruktur
seperti pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi serta menyediakan suasana
pembelajaran yang selesa (fun learning area) berteraskan resource-based learning.
Sumber dan prasana yang cukup serta keceriaan pusat sumber adalah aspek paling
utama bagi menarik minat seluruh warga SK Seberang Marang untuk
mengoptimumkan penggunaan PSS.

Menambah baik ruang pembelajaran, penggunaan teknologi masa kini yang
lebih relevan serta meningkatkan mutu perkhidmatan pusat sumber sekolah yang
sedia ada boleh menjadikan dan menghasilkan sebuah pusat sumber yang lengkap,
bermaklumat, kondusif serta berfungsi sepenuhnya bagi mencapai objektif proses
pengajaran dan pemudahcaraan (pdpc) selaras dengan kehendak Pusat Sumber
Pendidikan Negeri (PSPN) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2|PSS SK SEBERANG MARANG

2.0 MATLAMAT PROGRAM

2.1 Mewujudkan sebuah pusat sumber sekolah yang kondusif lengkap
dengan segala kemudahan asas yang penting supaya dapat

berfungsi dengan sebaik-baiknya disamping lebih mudah dan selesa
digunakan oleh seluruh warga SKSM.
2.2 Merealisasikan suasana pembelajaran abad ke-21 di Pusat Sumber
SKSM selari dengan dasar Pendidikan yang menggalakkan elemen
teknologi dalam pembelajara

3.0 OBJEKTIF PROGRAM
Antara objektif yang diharapkan dari projek menaiktaraf ini ialah;
3.1 Dapat mewujudkan suasana pembelajaran pusat sumber yang lebih
selesa,tenang dan kondusif.
3.2 Dapat meningkatkan bilangan pengunjung ke PSS.
3.3 Dapat dijadikan tempat tumpuan bagi mendapatkan maklumat dan info
terkini.
3.4 Dapat menambahkan rasa sayang kepada pusat sumber yang telah
diceriakan.

3.5 Dapat menjadikan PSS sebagai pusat utama gedung ilmu.

4.0 TARIKH PELAKSANAAN

2020 hingga 2025

5.0 TEMPAT
Pusat Sumber Sekolah

3|PSS SK SEBERANG MARANG

6.0 SASARAN
2,1 Guru-guru AJK PSS SK Seberang Marang
2,2 Pengawas PSS

7.0 RANCANGAN PEMBANGUNAN
7.1 Penambahan Koleksi Bahan

• Membeli pelbagai bahan bacaan dan rujukan untuk kegunaan
perpustakaan.(buku-buku fiksyen, ilmiah, karya agung, rujukan dan latihan
serta langganan majalah dan akhbar).

• Membeli dan membina pelbagai bahan bantu mengajar. (bahan berbentuk
carta, model serta alatan yang berkaitan dengan P&P)

• Memohon sumbangan daripada pihak luar. ( Perpustakaan Awam Daerah
Marang, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu dan NGO)

7.2 Pembangunan Fizikal

• Memilih dan mengasingkan buku-buku lama dan menyusun buku mengikut
Sistem Pengkelasan Dewey.

• Membaik pulih dan menyusun semula rak-rak buku
• Menambah alatan perabot seperti set sofa, almari dan rak buku yang baru.
• Membina tiga buah pondok bacaan di hadapan PSS.
• Memasang 4 buah penghawa dingin.
• Menambahbaik sistem automasi bagi memudahkan aktiviti peminjaman

dan pemulangan buku.

4|PSS SK SEBERANG MARANG

• Menambahkan lagi keceriaan di dalam dan di luar PSS bagi menarik
pengunjung untuk datang ke PSS.

• Menambah sudut informasi dan melengkapkan papan kenyataan di Pusat
Sumber Sekolah

7.3 Aktiviti dan Program PSS

• Mengadakan majlis perlantikan pengawas PSS
• Program Nilam
• Program Dekad Membaca Kebangsaan
• Literasi maklumat - memperkenalkan Sistem Pengkelasan Dewey kepada

murid
• Melengkapkan maklumat PSS dan laluan tangga ke PSS untuk projek

mengindahkan sekolah.
• Aktiviti- aktiviti bersama panitia

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERANCANGAN ANGGARAN

PERBELANJAAN

1. Membeli pelbagai bahan bacaan dan rujukan untuk kegunaan

perpustakaan. RM 2000.00

(buku-buku fiksyen, ilmiah, karya agung, rujukan dan latihan

serta langganan majalah dan akhbar)

2. Membeli dan membina pelbagai bahan bantu mengajar. RM 500.00
(bahan berbentuk carta, model serta alatan yang berkaitan
dengan P&P)

3. Menambahbaik Sistem Automasi PSS

RM 500.00

5|PSS SK SEBERANG MARANG

4. Memasang 4 buah penghawa dingin (3x RM2000) RM 6000.00
5. Membeli set sofa dan almari RM 2000.00
5. Membina 3 buah pondok bacaan (3x RM5000)
6. Keceriaan RM 15000.00
7. Aktiviti PSS
RM 2000.00

RM 1000.00

JUMLAH RM 29000.00

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA:

Penasihat : En Zakaria bin Omar

Guru Besar SK Seberang Marang

Pengerusi : Tn Hj Mohd Yasin bin Ali

Penolong Kanan Pentadbiran

Naib Pengerusi 1 : En Zaitul Hisham bin Razali

Penolong Kanan HEM

Naib Pengerusi 2 : En Mohd Fadillah bin Mat Nor

Penolong Kanan Ko kurikulum

Penyelaras : Pn. Nik Azuraida binti Nik Jusoh

Guru Perpustakaan dan Media

Setiausaha : En Mohd Ramzi bin Abdullah

AJK : Pn Nurul Akmal bin Ahmad Zaki

Pn Sarimah bt Abd Aziz

Pn Roslaini bt Md Zain

Pn Rosmah bt Harun

6|PSS SK SEBERANG MARANG

Pn Norul Huda bt Anuar
Pn Halimatun Saadiah bt Mohamad Sufian
Tuan Mohd Fauzi bin Tuan Puteh
Pn Nor Mimi bin Ab Ghani
Pn Hafra Emma bt Omar
Pn Rokiah bt Kasim
En Ahmad Hailme bin Zaharuddin

10.0 PENUTUP

Besar harapan semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya bersama-
sama dan mencapai objektif yang digariskan dalam menjadikan PSS sebagai pusat
tumpuan ilmu di sekolah ini dan seterusnya melahirkan pelajar yang cemerlang dari
semua sudut. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat
keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti
menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan
pertolongan Allah SWT.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………………… ……………………………
(Nik Azuraida bt Nik Jusoh) (En Zakaria bin Omar)
Guru Perpustakaan dan Media SK Seberang Marang
Sk Seberang Marang

7|PSS SK SEBERANG MARANG

SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG MARANG,
21600 MARANG, TERENGGANU

LAPORAN DOKUMENTASI
BERGAMBAR

PUSAT SUMBER SEKOLAH

8|PSS SK SEBERANG MARANG

LAPORAN DOKUMENTASI BERGAMBAR PUSAT SUMBER SEKOLAH

SEJARAH PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Seberang Marang bermula pada tahun 1968
apabila wujudnya dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Bagi menampung
pertambahan ini sekolah sesi petang telah diwujudkan di sekolah ini mulai tahun 1968
hinggalah sekarang.

Sebuah bangunan tambahan yang mengandungi 6 buah bilik darjah dan sebuah
bilik perpustakaan serta sebuah kantin telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato’ Musa Hitam (
Timbalan Menteri Malaysia ) pada 14 April 1982. Namun begitu persekolahan dua sesi
terpaksa diteruskan kerana pertambahan bilangan murid telah mencapai angka 1200
orang pada 31 Disember 1993.

Pada bulan November 1993 kerja pembinaan sebuah bangunan baru yang
mengandungi 6 buah bilik darjah dan sebuah bilik kemahiran hidup dimulakan. Bangunan
tersebut telah siap dan digunakan pada bulan Disember 1994. Pertambahan bangunan
baru ini tidak juga dapat menempatkan semua kelas untuk satu sesi. Makmal Komputer
telah dibina pada tahun 2001 dan boleh digunakan pada tahun 2003.

VISI
▪ PSS CEMERLANG, PELAJAR GEMILANG, SEKOLAH TERBILANG

MISI
▪ Memupuk dan membentuk warga SKSM yang bermaklumat, berilmu, berteknologi
dalam semua bidang seiring dengan perubahan dan cabaran masa depan.

PIAGAM PELANGGAN PSS
▪ Memastikan pengguna mendapat tempat dan ruang yang selesa dan mencukupi.
▪ Memastikan pengguna mendapat kemudahan bahan bantu yang terkini dan
berkeadaan baik dengan segera.

9|PSS SK SEBERANG MARANG

▪ Menyediakan bahan bantu mengajar dan bahan bacaan mencukupi untuk
keperluan atau kegunaan pengguna.

▪ Menyediakan maklumat relevan dan terkini kepada warga sekolah
▪ Sedia memberi khidmat kepakaran dalam penggunaan teknologi pendidikan

kepada pengguna dari semasa ke semasa.
▪ Memberi khidmat, layanan mesra, bersopan dan setiasa peka kepada masalah

pengguna.
▪ Menyediakan kemudahan dan menentukan kaedah tempahan penggunaan PSS

kepada pengguna.
▪ Membantu memupuk tabiat pembelajaran kendiri, membaca dan menjalankan

penyelidikan melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik.

10 | P S S S K S E B E R A N G M A R A N G

PENGUBAHSUAIAN PSS DI BANGUNAN LAMA
SEBELUM

11 | P S S S K S E B E R A N G M A R A N G

12 | P S S S K S E B E R A N G M A R A N G

SELEPAS
13 | P S S S K S E B E R A N G M A R A N G

Pusat Sumber Sekolah di bangunan lama ini terpaksa dipindahkan ke bangunan baru
disebabkan keadaan bangunan yang kurang selamat, panas dan tidak selesa. Keadaan
ini menyebabkan aktiviti PSS tidak dapat dijalankan dengan sepenuhnya. Ruang yang
kecil juga memberi kesan kepada kemasukan bilangan murid yang terhad dan tidak
selesa.
PENGUBAHSUAIAN PSS DI BANGUNAN IBS
Pusat Sumber Sekolah yang baru ini mula diubahsuai pada 20 Januari 2020. PSS ini
diubahsuai supaya memberi keselesaan kepada murid-murid dan guru-guru untuk
membaca dan melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih selesa, tenang dan kondusif. Di samping
itu juga, dapat menarik minat lebih ramai lagi pengunjung untuk datang ke PSS.

SEBELUM

14 | P S S S K S E B E R A N G M A R A N G

SELEPAS
15 | P S S S K S E B E R A N G M A R A N G

16 | P S S S K S E B E R A N G M A R A N G


Click to View FlipBook Version