The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pelaporan Sekolah Transformasi 2025

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by elbtpntrg, 2020-07-28 21:08:25

PROGRAM BACALAH ANAKKU SAYANG

Pelaporan Sekolah Transformasi 2025

SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG MARANG

Program Khas Amalan Terbaik TS25

PROGRAM
BACALAH ANAKKU SAYANG

PANITIA BAHASA MELAYU

TRANSFORMASI SEKOLAH (TS 25 ) PROGRAM BACALAH ANAKKU SAYANG

Latar Belakang

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian sekolah berkualiti.

Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi
dalam pembelajaran dan pengajaran (Pdp) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.TS25 adalah satu usaha ke arah
melahirkan modal insan unggul melalui:

• Mengaplikasikaan konsep dan amalan pdp terbaik.
• Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur

kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan.
• Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan

kemenjadian murid.

Selaras dengan itu Program Bacalah Anakku Sayang ini diadakan memandangkan
sebilangan besar ataupun lebih kurang 20% daripada murid-murid SKSM dari tahun 1
hingga Tahun 6 masih tidak mampu untuk menguasai kemahiran membaca walaupun
pada tahap kemahiran asas kvkv.

Budaya membaca dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat kurang dititk-beratkan
dan hanya mengharapkan sekolah sebagai medium untuk murid menguasai kemahiran
membaca.

Pencapaian akademik murid kurang memberangsangkan dan kedudukan ranking
sekolah masih berada di tahap yang kurang memuaskan kesan daripada murid tidak
menguasai kemahiran membaca.

Rasional
Saatu kajian telah dibuat oleh Panitia Bahasa Melayu dan kami mendapati tahap
pembacaan murid amat rendah dan 20% daripada jumlah keseluruhan murid masih
tidak dapat menguasai kemahiran membaca.
Mengadakan Program bacaan secara berjadual diharapkan akan dapat membantu murid
menguasai kemahiran membaca dengan cepat dan berkesan kerana mereka akan
dibimbing oleh mentor masing-masing secara berterusan.
Kemahiran membaca perlu dikuasai oleh semua murid ketika berada di sekolah rendah
kerana ia akan mempengaruhi pencapaian akademik murid dan ianya juga merupakan
kemahiran hidup yang perlu dikuasai oleh semua orang.

Matlamat
Melahirkan murid-murid yang celik huruf dan sifar buta huruf selain mewujudkan
budaya membaca dalam kalangan warga sekolah dan seterusnya melahirkan murid
cemerlang dari pelbagai aspek jasmani,rohani,emosi dan intelek melalui budaya
membaca sebagai amalan hidup.

Objektif
Melahirkan murid celik huruf merupakan objektif utama Program Bacalah Anakku
Sayang ini.Melalui program ini juga diharapkan dapat mewujudkan budaya membaca
dalam kalangan warga sekolah kerana program ini melibatkan murid,guru dan juga
ibubapa. Menjadikan amalan membaca sebagai satu rutin harian sesuai dengan
kepentingan membaca sebagai jambatan ilmu.
Melalui amalan membaca ini secara tidak langsung ianya dapat melahirkan murid yang
berfikiran kreatif dan kritis dan dapat meningkatkan pencapaian akademik
murid.Melalui pembacaan yang berterusan juga secara tidak langsung akan menjadi
pemangkin kepada terhasilnya murid-murid yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT)

Sasaran
Kumpulan yang terlibat adalah seramai 97 orang murid dari Tahun 2 hingga Tahun 6
yang terdiri daripada;
1. 37 Orang Murid Tahun 2
2. 26 Orang Murid Tahun3
3. 10 Orang Murid Tahun 4
4. 14 Orang Murid Tahun 5
5. 10 Orang Murid Tahun 6

Strategi Pelaksanaan

1. Mewujudkan kumpulan mentor dan mentee dengan membahagikan 3 orang murid
(mentee) di bawah bimbingan seorang guru (mentor).

2. Mengadakan jadual program selama 3 hari seminggu iaitu pada hari Ahad,Isnin dan
Rabu dengan masa bacaan bermula jam 1.15 petang hingga 1.45 petang iaitu selama
30 minit di tempat yang telah ditetapkan bersama mentor masing-masing dengan
menggunakan buku-buku yang telah disediakan.

3. Memaklumkan kepada ibubapa tentang program yang dijalankan melalui surat
pemberitahuan kepada ibubapa.

4. Mengadakan Majlis Motivasi bersama ibu bapa berkaitan dengan program yang
diadakan dan mengumpul serta menerima maklum balas daripada ibubapa tentang
program yang dijalankan.

5. Memberi hadiah atau ganjaran kepada murid-murid yang telah melepasi tahap
bacaan yang ditetapkan.

6. Membuat penilaian tahap bacaan murid.
7. Membuat rumusan/laporan (pada Akhir tahun)

Program Bacalah Anakku Sayang
Projek atau Program ini dinamakan “Program Bacalah Anakku Sayang “diambil sempena
kaedah bacaan yang berasaskan Buku Bacalah Anakku yang menggunakan kaedah
Fonetik. Program Bacaan “ Bacalah Anakku Sayang ” ini menggunakan asas bacaan Buku
Siri Membaca Cepat ‘ Bacalah Anakku “yang dikarang oleh Nik Eliani binti Nik Nawi dan
Othman bin Ahmad dan diterbitkan oleh ONE-Stop Language & Computer Consultancy
Kota Bharu Kelantan.Buku ini mempunyai 8 buah buku berasaskan Taksonomi Bloom
iaitu dari aras mudah kepada aras yang lebih susah.
Buku ‘ Bacalah Anakku “ ini dipilih bagi tujuan membantu murid-murid sekolah kami
kerana buku ini mempunyai cara dan kaedah yang mudah untuk difahami oleh
murid.Buku ini amat popular dalam kalangan guru dan ibubapa dalam memberi
pendedahan awal bacaan kepada kanak-kanak.Buku ini amat sesuai untuk peringkat
awal kanak-kanak (usia 4 hingga 7 tahun ) dan juga murid yang lambat menguasai
kemahiran membaca.
Buku Siri Membaca Cepat ‘ Bacalah Anakku “ ini kemudiannya ditambah pula dengan
buku-buku Kaedah Cepat Membaca,Buku Asas Membaca dan juga buku-buku bacaan
yang sesuai untuk murid pemulihan dan juga buku-buku cerita mudah .

Kaedah membaca berasaskan buku Bacalah Anakku

Bahan-bahan bacaan yang digunakan dalam program

Huruf-huruf yang digunakan dalam buku ini dicetak dalam dua warna bagi memudahkan
kanak-kanak mengecam sukukata. Program ini dirancang agar setelah kanak-kanak
tamat program bacaan ini mereka mampu untuk membaca sebarang bacaan dengan
sendirinya tanpa bantuan orang lain. Kemampuan dan kemahiran membaca yang ada
pada diri mereka nanti akan mewujudkan minat membaca dalam diri mereka secara
tidak langsung.

Buku-buku ini disusun dengan baik dan sistematik berdasarkan sistem fonetik. Buku-
buku ini juga mengambil kira kaedah pembelajaran yang berkesan dan sesuai dengan
tahap perkembangan psikologi dan psikomotor kanak-kanak.

Buku-buku ini menjadi pilihan kami dalam membantu murid kerana ciri-cirinya:

a. Menggunakan sistem Fonetik yang nyatanya lebih menarik minat murid dari sistem
mengeja.

b. Suku kata yang digunakan dalam buku ini mudah dan senang difahami bagi
permulaan awal membaca.

c.Sistem bacaannya bermakna dan berulang-ulang memudahkan murid mengingat.

d.Sistem perkataannya menggunakan dua warna iaitu warna merah dan hitam dalam
serta bentuk tulisannya besar memudahkan pembacaan kanak-kanak.

e.Bacaan dalam bentuk berima dan senang untuk dibaca.

f.Gambar-gambar yang dipaparkan kurang berbanding suku kata dan menggalakkan
pembacaan yang intensif tanpa bergantung pada gambar yang dipaparkan.

Kaedah Pengajaran Bacaan

1. Kaedah Fonik

• kaedah ini memberi fokus kepada cara mempelajari perkataan yang belum dikenali
dengan bunyi bahasa. Contohnya, bunyi huruf ‘m’ disebut apabila memakan sesuatu
yang sedap.

• selepas murid mengenal bunyi huruf, diperkenalkan pula nama huruf dan bentuk
huruf. Bunyi-bunyi huruf dicantumkan sehingga terbentuk perkataan yang
sempurna.

http://marimembacasayangku.blogspot.com/2010/05/kaedah-fonik.html

Program ‘ Bacalah Anakku “ ini menggunakan kaedah fonik (bunyi) setiap huruf dan
gabungan huruf secara sistematik.Melalui kaedah ini murid akan terus membaca tanpa
mengeja-geja lagi.Suku kata dan perkataan diperkenalkan secara beransur-ansur dan
diulang-ulang dalam buku seterusnya.Dengan cara ini, mereka akan terus menjadi yakin
dan berminat untuk terus membaca kerana kesinambungan dengan pengalaman sedia
ada bacaan mereka dalam buku sebelumnya.

Kaedah fonetik menekankan penguasaan hubungkait di antara huruf-huruf dan bunyi-
bunyinya. Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh pakar-pakar dalam bidang bacaan,
hasil kajian menunjukkan bahawa otak manusia membaca dengan membunyikan huruf-
huruf dan bukannya membunyikan nama-nama huruf.Kaedah fonetik adalah kaedah
yang paling sesuai dengan kanak-kanak kerana kaedah ini telah dibuktikan secara
saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Kajian telah menunjukkan bahawa

otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu
otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca perkataan
itu. Kaedah lain bukan sahaja tidak sesuai untuk kanak-kanak bahkan menyusahkan
mereka, lambat, mengelirukan dan membebankan memori.

Kaedah Fonik juga hanya mensyaratkan kanak-kanak mengenal dan mengingat hanya 25
huruf dan bunyinya sahaja. Ini berbeza dengan kaedah suku kata atau mengeja yang
mana kanak-kanak perlu mengenal nama huruf atau mengingat berpuluh-puluh pola
sukukata yang sangat membebankan mereka. Kaedah fonetik sebaliknya lebih mudah,
cepat, lancar dan sejiwa dengan kanak-kanak.

Kami melakukan aktiviti bacaan ini selama lebih kurang 20 hingga 30 minit setiap kali
program dijalankan. Murid-murid yang lemah dalam bacaan ini diberikan aktiviti bacaan
ini berulang-ulang.
Buku “ Bacalah Anakku” ini saya gunakan mengikut panduan yang diberikan iaitu
dengan cara ;
a. Memperkenalkan bunyi (fonik) huruf sahaja.
b.Tidak mengajar nama-nama huruf terus kepada sebutan bunyi huruf.
c.Tidak mengeja mana-mana sukukata, perkataan atau ayat.
d.Membaca buku panduan sebelum mula mengajar bacaan kepada murid kami.
Terbukti bahawa kanak-kanak yang dapat membaca awal dapat didedahkan dengan
bahan-bahan bacaan yang baik, dapat menguasai ilmu dengan mudah dan
terkehadapan dalam pembelajaran.

Langkah-langkah pengajaran bacaan kepada murid lemah yang langsung tidak tahu
membaca , kami mulakan dengan Buku Bacalah Anakku Buku 1;

1. Perkenalkan bunyi vokal a,i , dan u

2. Memperkenalkan satu bunyi konsonan dulu pada satu-satu masa contohnya b...i
konsonan /b/.Gabungkan dengan vokal tadi menjadi sukukata KV cth: b..a.. = ba
= bi

b...u = bu.Kita boleh teruskan dengan menggabungkan sukukata tadi menjadi perkataan
KVKV cth : baba , bibi,bubu .Buku ini juga menggunakan kaedah menggabungkan
perkataan menjadi ayat mudah contoh : ibu, abu, ubi, ani.
3. Setelah murid menguasai, baru perkenalkan bunyi konsonan seterusnya. Langkah-
langkah seperti tadi murid saya ikuti sehingga semua bunyi konsonan selesai
diperkenalkan.

Bacaan sukukata KVK.
1. Biasanya murid kita sudah boleh menyebut terus gabungan bunyi sukukata KV yang
telah dipelajari sebelumnya dalam Buku 1, Buku 2 dan Buku 3. Contohnya : menyebut
/ba/ terus, bukan b..a = ba ( guru mungkin perlu membantu ).
2. Saya mulakan dengan semua bunyi konsonan yang digabungkan dengan bunyi vokal
/a/ dulu. kemudian gabungkan bunyi KV tersebut dengan satu bunyi konsonan ( yang
biasa di hujung sukukata KVK seperti konsonan n,m,p,r,s,t ,k dan l ).
contoh :
ba..n = ban ( yang merah perlu disebut terus bunyinya)
ca..n = can
da..n = dan

3. Kemudian bentuk perkataan menggabungkan bunyi-bunyi sukukata yang telah
dipelajari dengan bunyi KVK yang baru dipelajari contoh :
bantu
candi
badan
4. Bentuk ayat mudah dengan menggunakan sukukata KVK yang telah dipelajari.

3.5 Teknik

Kejayaan murid kita membaca bergantung kepada banyak faktor seperti penggunaan
bahan yang sesuai, kaedah yang tepat,kesungguhan kita sebagai guru dan kesediaan
membaca dalam diri kanak-kanak tersebut.Kita harus sedar bahawa ‘ Celik huruf
bukanlah anugerah, tetapi adalah menjadi hak setiap kanak-kanak ’ yang harus
ditunaikan oleh setiap ibubapa dan juga guru.

Berlandaskan kesedaran ini teknik bacaan secara individu, berpasangan dan kumpulan
kami praktikkan dalam mengajar kemahiran membaca menggunakan asas buku Bacalah
Anakku ini.

Melalui Buku bacalah anakku ini murid dapat menguasai kemahiranmembaca melalui
teknik

a. Mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat.

b. Mengaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi atau makna.

c. Menterjemah makna perkataan itu dengan mengaitkannya dengan apa yang sedia
ada di kepala mereka.

d. Mengumpulkan dan mencantumkan idea, perkataan dan ayat hingga menjadi sebuah
idea yang lengkap.

e. Mencuba menghurai atau menjelaskan idea yang didapati kepada diri sendiri, kawan,
guru atau ibubapa.

Mengajar kemahiran membaca kepada kanak-kanak hendaklah dibuat secara
berperingkat – peringkat supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca dengan
baik.Kamarudin Hj. Husin (1988) dan beliau membahagikan pengajaran bacaan kepada
lima peringkat;
i. peringkat menyediakan murid
ii. peringkat mendirikan asas
iii.peringkat melatih membaca dan memahami
iv.peringkat melatih membaca untuk hiburan atau mencari maklumat
v. peringkat membina dan mengukuhkan sikap gemar membaca.

Kebolehan membaca kanak-kanak wujud sekiranya kanak-kanak itu memahami dan
bertindak secara bersesuaian apabila melihat perkataan-perkataan yang
ditulis.Maknanya kanak-kanak berkeupayaan memahami konsep iaitu;
a. Semua benda mempunyai nama
b. Nama benda boleh ditulis dengan perkataan
c. Kedua-dua saling bertukar
d.Simbol-simbol perkataan boleh dibaca (Mechado,1985)

Kanak-kanak boleh menjadi cepat menguasai kemahiran membaca sekiranya
persekitaran hidup mereka berada dalam suasana intelektual yang sentiasa berfaedah
dengan tulisan seperti buku, surat khabar, yang majalah dan sebagainya.Kanak-kanak
yang kaya dengan pengalaman persekitaranseperti ibubapa mereka sentiasa membawa
mereka ke tempat-tempat seperti pasar raya, pameran atau ke pusat-pusat peranginan
dan juga kanak-kanak yang mempunyai banyak peluang untuk berinteraksi dengan
orang lain.

PELAKSANAAN PROGRAM

Pelaksanaan Program bermula pada hari Ahad 7 April 2019 dengan penyampaian fail
dan penyerahan mentee kepada mentor masing-masing dalam majlis rasmi
perhimpunan mingguan.Mentor akan menerima mentee mereka dan fail serta jadual
program.Penyerahan mentee dilakukan oleh Tuan Guru Besar En. Zakaria bin Omar
,Guru Besar Sekolah kebangsaan Seberang Marang.

JADUAL KELAS ” PROGRAM BACALAH ANAKKU SAYANG “
2019

BULAN APRIL
MASA : 1.15 – 1.45 PETANG

HARI TARIKH GURU T/TANGAN MURID T/TANGAN
AHAD 7/4/2019
1.
ISNIN 8/4/2019 2.
3.
RABU 10/4/2019 4.
1.
2.
3.
4.
1.
2.
3.
4.

GAMBAR SEMASA AKTIVITI DIJALANKAN

Program Motivasi KeibuBapaan Murid-murid Program Bacalah Anakku Sayang

Panitia Bahasa Melayu dengan kerjasama Bimbingan Dan Kaunseling serta Pemulihan
juga mengadakan Program Motivasi KeibuBapaan kepada ibubapa murid-murid yang
terlibat dengan Program Bacalah Anakku Sayang ini.Program motivasi ini diadakan pada
hari Khamis 19 September 2019 di Makmal Komputer.

Program motivasi ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada ibubapa tentang
pentingnya kemahiran membaca perlu dikuasai oleh anak-anak agar mereka tidak
ketinggalan dalam pelajaran dan kehidupan mereka. Rata-rata ibu bapa menyatakan
perasaan gembira dan terharu kepada pihak sekolah kerana member perhatian kepada
anak-anak mereka walaupun mereka terdiri daripada murid-murid yang lemah.

Ini menunjukkan bahawa sekolah bukan sahaja mengadakan kelas tambahan kepada
murid-murid yang cemerlang namun juga memberi tumpuan yang lebih kepada murid-
murid yang ketinggalan dalam pelajaran contohnya seperti Program Bacalah Anakku
Sayang ini.

KERTAS KERJA
PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAAN
”Ibu bapa Prihatin, Anak Cemerlang”
SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG MARANG

1.0 Muqadimah

Ibu bapa mempunyai peranan yang besar dalam pendidikan terhadap anak-anak di bawah jagaan mereka
selain guru yang merupakan tugas utama mereka mendidik dan memimpin pelajar ke arah perubahan dalam
kehidupan dengan lebih baik. Antara rumah dan sekolah maka rumah merupakan tempat yang paling lama pelajar
berada dan di situ terdapat peranan ibubapa yang mesti dijalankan selepas guru menjalankan amanah dan tugasnya
di sekolah. Sehubungan dengan itu ibubapa perlu dijelaskan peranan mereka agar paduan antara ibubapa dan guru
dapat menjadikan pelajar insan yang berjaya.

2.0 Objektif

2.1 Memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibubapa betapa pentingnya anak supaya boleh membaca
dan menulis dengan baik.

2.2 Mengeratkan lagi hubungan antara ibubapa dan guru di sekolah
2.3 Memberi peluang dan ruang kepada ibubapa untuk menyedari dan mengimbau kelemahan dan

kekuatan yang ada pada anak.
2.4 Supaya mencapai 100% anak mereka boleh membaca dengan baik di sekolah.

3.0 Anjuran

Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Kerjasama Panitia Bahasa Melayu dan Pemulihan.

6.0 Tarikh

Program ini akan diadakan pada 19 September 2019 – Hari Khamis

7.0 Tempat
Program ini akan diadakan di MAKMAL KOMPUTER SK SEBERANG MARANG
8.0 Sasaran
Program ini mensasarkan ibu bapa yang anak mereka tidak boleh membaca dari Tahun 1 hingga 5 (SERAMAI 100
ORANG)

9.0 Struktur Organisasi
(Sila lihat lampiran A)

10.0 Aturcara Program
(Sila lihat lampiran B)

11.0 Anggaran Belanjawan
(Sila lihat lampiran C)

12.0 Penutup

Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan jayanya
dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari semua sudut sama
ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia dan dengan Maha Pencipta. Semoga apa
jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala perancangan,
pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancar
berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.

Lampiran A

JAWATANKUASA PELAKSANA

AHLI MAJLIS TERTINGGI ZAKARIA BIN OMAR
PENASIHAT MOHD YASIN BIN ALI
PENGERUSI ZUNAIDI BIN DAUD
NAIB PENGERUSI MOHD FADILLAH BIN MAT NOR

SETIAUSAHA MAHERAN BINTI MUSA (GURU BIMBINGAN DAN
KAUNSELING)

AHLI JAWATANKUASA KERJA

PENYELARAS PROGRAM ANU@ ZAINUN BT ABD GHANI

PEMBACA DOA SALIM BIN ISMAIL

PENGACARA MAJLIS HAFRA EMA BT OMAR

JAMUAN IBU BAPA ROSLAINI BT MD ZAIN
SINAWATI BT JUSOH

TEKNIKAL DAN PA SISTEM MOHD RAMZI BIN ABDULLAH
PENDAFTARAN NURUL HUDA BT HJ ANUAR
PERSIAPAN TEMPAT NURUL AKMAR BT AHMAD ZAKI

PERSIAPAN HADIAH MURID AHMAD SYAZWAN BIN MOHAMAD
ROKIAH BT KASSIM
ROSMANIZA BT MOHAMAD

PN MAZNAH BT ABDUL GHANI
PN ROHANI BINTI ABU BAKAR

PN NORMIMI BT AB GHANI

PUBLISTI/GAMBAR/DOKUMENTASI TUAN MOHD FAUZI BIN TUAN PUTEH
MAHERAN BT MUSA

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA

1. PENGERUSI
▪ Membentuk jawatankuasa pelaksana
▪ Mempengerusi dan mengendalikan mesyuarat

2. NAIB PENGERUSI
▪ Membantu pengerusi
▪ Mengendali dan mempengerusikan mesyaurat semasa ketiadaan pengerusi

3. SETIAUSAHA
▪ Menguruskan surat menyurat
▪ Menyelaras dan menyelia persiapan jawatankuasa program
▪ Membentuk jawatankuasa kecil, mencatat dan menyediakan minit mesyuarat
▪ Mengeluarkan surat kebenaran ibu bapa
▪ Menyelaras dan menyelia pelaksanaan program
▪ Menyediakan laporan penuh program

4. BENDAHARI
▪ Menyediakan anggaran perbelanjaan
▪ Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa
▪ Mengurus dan menyelia perolehan serta perbelanjaan
▪ Menyediakan laporan perbelanjaan

5. UNIT PROGRAM DAN PENDAFTARAN
▪ Menyediakan borang penghakiman setiap pertandingan
▪ Menyediakan pamphlet aturcara program
▪ Menguruskan pertandingan
▪ Mengatur jadual hakim pertandingan

6. UNIT TEKNIKAL DAN PERALATAN
▪ Menyedia dan menyusun tempat pertandingan
▪ Memastikan kebersihan dan kekemasan tempat aktiviti
▪ Menyediakan alternatif tempat, alatan dan bahan jika ada kegunaan
▪ Menyenaraikan senarai barangan keperluan peserta

7. UNIT JAMUAN
▪ Menyediakan anggaran perbelanjaan
▪ Menyediakan tempat jamuan dan menguruskannya
▪ Menguruskan bil pembayaran tempahan makanan melalui bendahari

8. UNIT PUBLISITI
▪ Menyediakan kain rentang dan backdrop

Lampiran B
Aturcara Program

19 SEPTEMBER 2019 (RABU)

10.45 pagi : Ibu bapa mengambil tempat di makmal dan Pendaftaran

11.00 pagi : Ucapan pengerusi majlis

11.20 pagi : Bacaan doa

11.25 pagi : Ucapan oleh Zakaria Bin Omar (Guru Besar)

- Ceramah Motivasi Ibu Bapa oleh : Puan Anu @ Zainun Bt Abd Ghani (Ketua Panitia
Bahasa Melayu)

Tajuk : ”CERAMAH MOTIVASI KEIBUBAPAAN ”

-SLIDE SHOW DAN VIDEO PROGRAM BACALAH SAYANG oleh

Guru bimbingan dan Kaunseling : Puan Maheran Binti Musa

12.25 tengah hari :Penyampaian hadiah motivasi kepada murid yang melepasi KPI membaca dan dapat
Membaca dengan baik (memberi inspirasi kepada murid lain untuk boleh membaca
dengan lancar).

12.45 pagi : Jamuan ringan dan bersurai

LAMPIRAN C
1. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA BUTIR JUMLAH

1. BANNER RM60.00 RM60.00
2. MAKAN MINUM RM1.50 X100 ORANG= RM150.00 RM150.00

3. HADIAH MURID RM1.00X100 ORANG = RM100.00 RM100.00
4. SIJIL
RM 32.00 RM 32.00

JUMLAH KESELURUHAN RM342.00

PERUNTUKAN DARI PCG KAUNSELING
=RM342.00

Disediakan oleh

..........................................
Maheran Binti Musa
Setiausaha
SK Seberang Marang

Diluluskan oleh

…………………………………
Zakaria Bin Omar
Guru Besar
SK Seberang Marang

Program motivasi keibubapaan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan
dengan kehadiran ibubapa yang amat menggalakkan. Alhamdullilah.

Suasana Pada Hari Motivasi Ke Ibubapaan

Penyampaian Hadiah oleh Tuan Guru Besar Encik Zakaria Bin Omar kepada
murid-murid yang melepasi Fasa Bacaan Tahap 1

ANALISA PENINGKATAN PRESTASI

ANALISA PENCAPAIAN TAHAP BACAAN MURID 2019

TAHUN JUMLAH MELEPASI BUKU 1 MELEPASI BUKU 2 CATATAN
MURID

BILANGAN PERATUS BILANGAN PERATUS

MURID MURID

TAHUN 1 33 ORANG 13/33 39.39%

TAHUN 2 26 ORANG 8/26 30.77%

TAHUN 3 12 ORANG 10/12 83.3%

TAHUN 4 16 ORANG 7/16 43.75%

TAHUN 5 10 ORANG 2/10 20%

KESELURUHAN 97 ORANG 40/97 43.4%

Analisa pencapaian tahap bacaan murid bagi tahun 2019 menunjukkan peningkatan
paling minima sebanyak 20% dan maksima 83.3%.Pencapaian paling tinggi dicapai oleh
murid tahun 3 iaitu 83.3%.Fokus pembacaan yang berterusan dan pengalaman 3 tahun
di alam persekolahan rendah untuk Tahun 3 merupakan faktor utama peningkatan
peratus murid dalam melepasi Pembacaan Buku 1.Pencapaian paling minima dalam
kalangan murid Tahun 5 iaitu 20% sahaja disebabkan oleh aras pemikiran rendah dan
faktor usia murid yang semakin meningkat .

Secara keseluruhannya bilangan murid yang dapat menguasai Buku 1 adalah seramai 40
orang daripada 97 orang dengan peratus peningkatan sebanyak 43.4% secara
keseluruhan.Namun begitu terdapat kekangan dan masalah dalam kalangan murid yang
sedikit sebanyak menganggu perjalanan aktiviti bacaan ini dijalankan

sepenuhnya.Masalah kehadiran murid ke sekolah dan masalah kehadiran murid ke
program bacaan sedikit sebanyak mengurangkan fokus dan kekerapan murid membaca
bersama mentor mereka.

Kekangan Program

1. Sebilangan murid ingin pulang awal kerana diambil oleh ibubapa yang mengejar
masa untuk ke tempat kerja.

2. Kehadiran murid-murid yang terlibat dengan program ini agak
mengecewakan.Program ini sangat memerlukan murid hadir ke sekolah tiap-tiap
hari untuk proses pengulangan bacaan supaya murid tidak lupa.

3. Kekangan di pihak guru yang terlibat dengan kursus,mesyuarat dan urusan lain
menyebabkan program tidak dapat dijalankan sepenuhnya.

4. Masa yang agak terhad iaitu 30 minit termasuk masa menunggu mentee datang
berjumpa mentor.

5. Kesungguhan murid untuk membaca kurang memuaskan dan perlu bimbingan yang
sangat kuat daripada guru.

6. Tiada kesinambungan membaca di rumah menyebabkan murid agak sukar untuk
menguasai kemahiran membaca.

7. Kekurangan bahan bacaan yang menarik seperti buku cerita pendek yang berwarna-
warni yang dapat menarik minat murid untuk lebih tertarik untuk membaca.

PERANCANGAN PENAMBAIKAN PROGRAM BACAAN (TS 25)
Peningkatan 43% pada tahun 2019 menjadi pemangkin kepada Panitia Bahasa Melayu
untuk meneruskan lagi Program ini pada Tahun 2020 dengan murid-murid yang sama di
mana ada yang telah melepasi Buku 1 dan ada yang masih belum.Penglibatan semua
guru dapat mengurangkan bilangan murid lemah untuk dijadikan mentee oleh guru
sedikit sebanyak diharapkan dapat merangsang lagi peningkatan penguasaan bacaan
murid menjelang hujung tahun 2020.Panitia Bahasa Melayu menetapkan sasaran 70%
murid dapat melepasi buku 1 dan 50% dapat melepasi Buku 2.

Perancangan untuk meningkatkan prestasi bacaan murid telah dibincangkan dalam
Mesyuarat kali Kedua Panitia Bahasa Melayu pada 25/6/2020.Perancangan ini perlu
dibuat memandangkan murid-murid tidak dapat mengikuti program bacaan pada tahun
ini kerana penularan wabak covid 19 yang menyebabkan sesi persekolahan
ditangguhkan.

Program akan di sambung selepas semuanya kembali kepada rutin biasa
persekolahan.Namun begitu beberapa cadangan telah diusulkan bagi memantapkan lagi
program bacaan ini dengan mempelbagaikan alternatif dan tempat untuk bacaan murid
di luar sesi program ini.

1.Menaiktaraf Pondok Rehat Murid Kepada Pondok Bacaan
Mesyuarat telah mencadangkan untuk menaiktarafkan pondok sedia ada kepada
pondok bacaan murid dengan menceriakan kembali pondok tersebut sebagai tempat
bersantai murid sambil membaca bahan-bahan yang disediakan di situ.

Bahan-bahan bacaan akan disediakan oleh murid-murid ,guru-guru dan sumbangan
daripada ibubapa atau pihak tertentu.Diharapkan pondok bacaan ini akan dapat
menarik minat murid untuk membaca di situ selain daripada perpustakaan.Pondok ini
berdekatan dengan murid-murid Tahap 1 iaitu tahun 1,2 dan 3 yang sememangnya
kelompok paling ramai yang terlibat dalam Program Bacaan Bacalah Anakku Sayang Ini.

2. Pemusatan Berfokus Lokasi Program Bacaan
Pemusatan Berfokus Lokasi bacaan akan dibuat memandangkan kekangan guru-guru
yang terpaksa menghadiri kursus atau mesyuarat sedikit sebanyak menganggu
kelancaran program ini.Penambahbaikkan terpaksa dilakukan bagi mengelakkan murid-
murid tercicir daripada program ini jika ketiadaan guru atau mentor mereka.

Pemusatan Berfokus ini dilaksanakan dengan cara murid-murid di tempatkan dalam satu
lokasi mengikut aliran masing-masing contohnya Aliran Tahun 1 bertempat di Kelas
Tahun 1 untuk memudahkan guru-guru lain mengambil-alih murid-murid jika ketiadaan
guru atau mentor mereka.Jika sebelum ini lokasi bacaan murid adalah berselerak dan
mengikut pilihan guru masing-masing.

Diharapkan penambahbaikan ini akan dapat meningkatkan lagi prestasi bacaan murid-
murid Sekolah Kebangsaan Seberang Marang.

CADANGAN PROJEK / PROGRAM PENAMBAHBAIKKAN
Pondok Bacaan Yang Akan Dinaiktaraf sebagai Pondok Bacaan Bacalah Anakku Sayang

PELAKSANAAN PROJEK OLEH GURU-GURU BAHASA MELAYU

GOTONG-ROYONG MENGECAT PONDOK

PONDOK DALAM PROSES PENYIAPAN 50 %SIAP

PONDOK YANG TELAH SIAP 80% DINAIKTARAF SEBAGAI PONDOK BACAAN

SASARAN PENINGKATAN PRESTASI BACAAN MURID AKHIR TAHUN 2020

TAHUN JUMLAH MELEPASI BUKU 1 MELEPASI BUKU 1 MELEPASI BUKU 2
MURID 2019 2020 2020

BILANGAN PERATUS BILANGAN PERATUS BILANGAN PERATUS

MURID MURID MURID

TAHUN 2 33 ORANG 13/33 39.39% 28/33 78% 8/33 24.24%

TAHUN 3 26 ORANG 8/26 30.77% 21/28 80.8% 10/26 38.46%

TAHUN 4 12 ORANG 10/12 83.3% 2/12 16.67% 8/12 66.67%

TAHUN 5 16 ORANG 7/16 43.75% 7/16 43.75% 8/16 50.0%

TAHUN 6 10 ORANG 2/10 20% 6/10 60.0% 6/10 50%

KESELURUHAN 97 ORANG 40/97 43.4% 64/97 65.98& 40 41.24%

Rumusan

Budaya membaca yang diterapkan kepada semua warga sekolah terutamanya anak-
anak didik dan komuniti sekitar mampu mengupayakan sekolah untuk melahirkan
kemenjadiaan pelajar pada masa akan datang. Pendekatan dan pengisian aktiviti
galakan membaca juga perlulah sesuai dan seiring dengan perkembangan dan
pendekatan corak pembelajaran sekarang yang terarah kepada Pembelajaran Abad ke-
21 yang berfokuskan kepada pembinaan kemahiran berfikir aras tinggi, literasi digital,

komunikasi berkesan dan penghasilan kerja bermutu (produktiviti) bertujuan membina
modal insan berkemahiran dan cemerlang.

Kami mengharapkan agar program yang dilaksanakan ini akan mampu membantu murid
dalam menguasai kemahiran membaca dan seterusnya menjadi kesinambungan kepada
kemenjadiaan murid di sekolah ini.Kerjasama Guru-Guru Bahasa Melayu dan juga guru-
guru lain serta pentadbir dalam merealisasikan program ini sememangnya sangat
menakjubkan.Komitmen yang sangat padu daripada semua guru tanpa mengira penat
dan lelah ditunjukkan dengan penuh keikhlasan. Sederap Sehati Gemilang Di Julang
slogan sekolah kami yang sentiasa menjadi pemangkin dalam membakar semangat i
untuk membantu murid-murid dan seterusnya meningkatkan prestasi akademik Sekolah
Kebangsaan Seberang Marang.Semoga segala kerjabuat kami semua diberkati Allah
hendaknya.

Lampiran 1

SENARAI NAMA MURID YANG TERLIBAT DENGAN PROGRAM BACALAH ANAKKU SAYANG
TAHUN 2020 - TAHUN 2

BIL GURU MURID B1 B2 KELAS

1 MUHAMMAD HAIROL DANISH ADHA B. HAIROL AMRI / 2 KAPAS

1. PN.RADHIAH BINTI 2 MUHAMMAD HARIS IKHWAN B. MOHD HISYAM / 2 KAPAS

ABU BAKAR 3 MUHAMMAD RAYYAN SYABIL B. MOHD SYAMSUDDIN / 2 KAPAS

4 MUHAMMAD ILHAM ISKANDAR B. AZRI / 2 KAPAS

5 CHE MOHAMAD AIMAN ALIFF BIN CHE MOHAMAD IBRAHIM / 2 PERHENTIAN
6
2. PN.NORMIMI 7 MUHAMMAD DANISH IKHWAN BIN MOHD SUKRI / 2 PERHENTIAN
BINTI AB GHANI
MUHAMMAD RIDZUWAN BIN ABDUL WAHAB / 2 PERHENTIAN

8 MUHAMMAD ZULHAKIMI IMAN BIN ZAINUDDIN / 2 PERHENTIAN
9
3. PN.HAFRA EMA 10 MUHAMMAD ABBASY MUADH B. MOHD ARIS / 2 PERHENTIAN
BINTI OMAR
AINUN MADHIAH BT MOHD IZWAN / 2 PERHENTIAN

11 NURDIEYNIEY AMIEYLA BINTI EYDDY HASMIZAN / 2 PERHENTIAN

4. PN.LAILA SARIPAH 12 NUR RASYA ALEEYA BINTI MOHD HAFIZ ESYAIMIE / 2 REDANG
BINTI ISMAIL
13 NURUL SAFIYYA BINTI MOHAMMAD ZEN / 2 REDANG

14 MUHAMMAD DARWISY IRHAM BIN ISMAIL / 2 REDANG

5. PN.RUHANA BINTI 15 MUHAMMAD AMILHAIKAL BIN MOHD NASIR / 2 REDANG
ISMAIL
16 NUR ALYA SOFEA BT. MOHD EDUAN / 2 REDANG

17 HARITH KAUTHAR IQWAN B. HASHIM / 2 REDANG
6. PN.NURUL AKMAL 18
MUHAMMAD DARWISY B. ROSDI / 2 REDANG
Bt AHMAD ZAKI 19
MUHAMMAD MUAZ NAJMI B. MOHD JUNAIDI / 2 REDANG

20 SYAURAH NUR IMAN BT. ABD RAZAK / 2 REDANG

7. PN.HASMA BINTI 21 MUHAMMAD FIKRI SYAHMI B. SUHAIMI / 2 REDANG

HAMZAH 22 MUHAMMAD FAKHRUL IRFAN . ZAMZURI / 2 REDANG

23 MUHAMMAD RAFIQ RIFQI B. MOHD RIZAL / 2 REDANG

8. PN.NORHASLINA 24 MUHAMMAD HADIF B. HAZRUL / 2 REDANG
BINTI MOHD
25 MUHAMMAD ADIB ARSYAD B. MOHD ASMAWI / 2 REDANG

26 MUHAMMAD AYMAN HAYKAL BIN MAHUSIN / 2 TENGGOL

9. PN.AINI SURYANTI 27. MUHAMMAD ADAM HAKIM BIN MOHD SUKRI / 2 TENGGOL
BINTI HUSIN
28. MUHAMMAD ISKANDAR MUKHRIZ BIN AMIRUDDIN / 2 TENGGOL

10. PN.SHARIFAH 29. MUHAMMAD AIDIL SUFYAN BIN MOHD AIFINDI / 2 TENGGOL
NAZIRA BINTI 30.
TUAN IBRAHIM 31. MUHAMMAD AFIQ AFANDI BIN AHMAD RAHMAT / 2 TENGGOL

MUHAMMAD ALIFF FIKRI BIN MOHD AZMAWI / 2 TENGGOL

PN.NORZULAIHA 32. RAHADATUL AISY ZUYYIN BT. ROHAZMI / 2 TENGGOL
11. BT. GHAZALI 33.
TENGKU NUR HAWA AISYAH BT. TG MAZLAN / 2 TENGGOL

34. NUR NAJIHAH SYAHIRAH BINTI IRWADI / 2 TENGGOL

PROGRAM BACALAH ANAKKU SAYANG
TAHUN 3

BIL GURU MURID BUKU BUKU KELAS
1 2

1 AHMAD AQID ISLAM BIN AHMAD FIKRI / 3 KAPAS
2 MUHAMMAD IFFAT RAFAEL BIN MAHMUD
12. NORUL HUDA /3
BINTI 3 MUHAMMAD NAZIRUL FARISYAM BIN MOHD NAZRI PERHENTIAN
HJ.ANUAR
/3
PERHENTIAN

13. HALIZA BINTI 4 PUTRI ARIANA DAHLIA BINTI HARIS /3
ALI PERHENTIAN
5 AHMAD MIKAIL AFIQ BIN ZAIDI
ROSMANIZA 6 MUHAMMAD ALIAS NAIM BIN MOHD AIFINDI / 3 REDANG
14. BT. MUHAMED 7 MUHAMMAD DANISH IQBAL BIN NAZRUL / 3 REDANG
8 MUHAMMAD HADIEF FIQHY AHLAWY BIN HARIF / 3 REDANG
15. HAFIZA BINTI 9 HASSAN AL-YAHYA BIN SYAMSUDDIN / 3 REDANG
MOHD AKBAR 10 MUHAMMAD ISMA HAZRIEL BIN ISMAIL / 3 REDANG
11 ABDUL QAYYUM BIN AHMAD SYAHIZAN / 3 TENGGOL
/ 3 TENGGOL

16. ROKIAH BINTI 12 MOHAMAD DANISH BIN KHAIRUL ANUAR / 3TENGGOL
KASSIM / 3 TENGGOL
13 AHMAD DARWISY KHALIEYSHAH BIN MOHD
SAIFULDIN

14 MUHAMMAD ADIKA MIKAEL BIN MUHAMMAD ARIS / 3 TENGGOL
/ 3 TENGGOL
15 MUHAMMAD ANIQ ISKANDAR BIN MAZID / 3 TENGGOL
/ 3 TENGGOL
17. SARIMAH BINTI 16 MUHAMMAD ZULKARNAIM BIN MOHD FAUZIE / 3TENGGOL
ABDUL AZIZ / 3 TENGGOL
17 MUHAMMAD AQIF HAKIMI BIN MUDA / 3 TENGGOL

18. HALIMATUN 18 NUR AYRA QALESYA BINTI MOHD NASIR
SAADIAH BINTI 19 MUHAMMAD SYAFIQ SYUKRI BIN MOHD FAIZOL
MOHD SUPIAN 20 NUR AISYAH AQILAH BINTI MOHD JUNAIDI

PROGRAM BACALAH ANAKKU SAYANG
(PEMULIHAN)
TAHUN 3

NAMA GURU MURID B1 B2 KELAS

1. AHMAD FAIZZUDIN BIN / 3 KAPAS
SHAMSOL RAZI / 3 PERHENTIAN
3 PERHENTIAN
19. PN.ROSLAINI BT. MD ZAIN
2. MUHAMMAD LUTFI BIN 3 PERHENTIAN
MOHD HADI 3 PERHENTIAN
3 PERHENTIAN
3. MUHAMMAD FARIS /
SAFWAN BIN MOHD
EDUAN

4. MUHAMMAD RIDWAN /
ADAM BIN ABDUL WAHAB

5. NUR LIYANA BINTI IZZUAN /
ALIFF

6. NUR AIMI INSYIRAH BINTI /
ROSLI

PROGRAM BACALAH ANAKKU SAYANG
TAHUN 4

BIL GURU MURID B1 B2 KELAS
20.
1 AHMAD SHAHDAN BIN MUHAMMAD / 4REDANG
PN.NIK AZURAIDA JUDIN
BT.NIK JUSOH / 4REDANG
2 MUHAMMAD AMIRUL BIN MOHD
21. PN.SALAWATY ASROL / 4REDANG
BT.MD.ISA / 4 REDANG
3 JULIZA KHAIRUNNISA BINTI JUSOH
22. PN.ROSMAH / 4REDANG
BT.HARUN 4 NUR AIRIS ARISSA BINTI MOHD
FARIZAN / 4 REDANG
23. PN.MASLIZAWATI
BT.MUKHTAR 5 MUHAMMAD ISMA ALIMIN BIN / 4 REDANG
MOHAMMAD
24. EN.HAILME BIN / 4 REDANG
ZAHARUDDIN 6 MUHAMMAD ADAM HILMIE BIN
SELAMAT / 4 REDANG
/ 4 REDANG
7 MUHAMMAD SYAFIE HANIF BIN
SULAIMAN

8 NOR AINAA NABILA BINTI MOHD
JUHARI

9 HARITH HAZIQ BIN ZULKIFLI

10 MUHAMMAD HAZIQ ZIKRI BIN MOHD
ROSLAN

PROGRAM BACALAH ANAKKU SAYANG
TAHUN 5

BIL GURU MURID B1 B2 KELAS

25. EN.RAMZI BIN 1 AHMAD FAIZ AIMAN BIN AHMAD FIKRI / 5 TENGGOL
MOHAMAD

26. EN.MARZUKI BIN 2 AHMAD FARISH ADAM BIN AHMAD FIKRI / 5 TENGGOL
MOHD ALI

27. TUAN MOHD FAUZI BIN 3 MUHAMMAD ADAM ADHA BIN MOHD / 5 TENGGOL
TUAN PUTEH FAIZA

4 MUHAMMAD HAFIZ SHAZWAN FIKRI BIN / 5 TENGGOL
JARISMI

28. PN.NORHANIZAN 5 MUHAMMAD RIDZUAN RAMADHAN BIN / 5 TENGGOL
BT.IBRAHIM ROSLAN

6 MUHAMMAD ADAM ASYRAF BIN MOHD / 5 TENGGOL
NASIR

29. PN.TENGKU 7 MUHAMMAD ADAM HARIZ BIN RAZALI / 5 TENGGOL
NORSYAZWANI BINTI 8 ZUL IRFAN BIN ZAWAWI / 5 TENGGOL
TENGKU SAMSUL
ALANG 9 AMMAR IMAN RIZQIN BIN ROSLI / 5 TENGGOL

30. TN.HJ.ZAKARIA BIN
ABD GHANI

31. EN.MOHAMAD RAMZI 10 MUHAMMAD SYAHADAN HAIKAL BIN / 5 TENGGOL

BIN ABDULLAH MOHD JUHARI

32. PN.ZAINUN BT ABDUL 11 MUHAMMAD AFIQ DANIEL BIN MOHD / 5 TENGGOL
GHANI IZWAN

12 NUR ROSSALINDA BINTI ALI BAIS / 5 TENGGOL
/ 5 TENGGOL
33. PN.HAIRIATY BINTI 13 NURUL AINNA AMIRA BINTI MOHD NURUL
HUSIN AZMI SITI

14 EFFA INSYIRAH BINTI ZABAWI / 5 TENGGOL

PROGRAM BACALAH ANAKKU SAYANG
TAHUN 6

GURU MURID B1 B2 KELAS

34. EN.EL-GAMILLO BIN 1 MUHAMMAD ALIFF DANIEL BIN IZZUAN ALIFF 6 TENGGOL
HABIBUL TAN 6 TENGGOL
2 MUHAMMAD FAZLISHAM BIN MUHAMMAD
FAIZAL

35. PN.AINUL NABILAH 3 MUHAMMAD AMIRUL HAZIQ BIN SELAMAT / 6 TENGGOL
BT.OTHMAN 4 MUHAMMAD SULAIMAN BIN JOHAR / 6 TENGGOL

36. PN.NORHASLINA BT. 5 MUHAMMAD HAFIS HAKIKI BIN HADI 6 TENGGOL
NORHILAL 6 MUHAMMAD DANIEL BIN ISMAIL 6 TENGGOL

7 MUHAMMAD SYAKIR BIN MOHD FAIZOL 6 TENGGOL
6 TENGGOL
37. EN. AHMAD SYAZWAN 8 HAZRUL HAZIQ BIN HAR0FI
BIN MOHAMAD

38. PN.SINAWATI BT. 9 ADAWIYAH BINTI YAZIK 6 TENGGOL
JUSOH 10 NUR ZAHIRAH BINTI MOHD HALIM 6 TENGGOL

PROGRAM BACALAH ANAKKU SAYANG
TAHUN 2 - TAMBAHAN

GURU MURID B1 B2 KELAS
39. PN.MAHERAN BT.
1 HAKIMIE BIN CIK SAID / 2 PERHENTIAN
MOHAMAD
2 MOHAMAD IHTISYAM AJWAD BIN / 2 PERHENTIAN
40. PN.NORLIZA BINTI MOHD NAZRO
SHAMSUDDIN / 2 PERHENTIAN
3 MOHAMAD IHTISYAM AKID BIN MOHD
NAZRO


Click to View FlipBook Version