The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Laporan Transformasi Sekolah 2025

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by elbtpntrg, 2020-07-28 22:51:30

KECERIAAN TS25 2020

Laporan Transformasi Sekolah 2025

Keywords: TS25

SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG MARANG
21600 MARANG, TERENGGANU

PROGRAM KECERIAAN
TRANSFORMASI SEKOLAH

TS25

ANJURAN:

JAWATANKUASA KECERIAAN TS25

0

1.0 PENGENALAN

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada
usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian
murid dan sekolah berkualiti. TS25 mengaplikasikan amalan terbaik dalam
pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan
pemudahcaran (PdPc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Sekolah Transformasi ini
menjadi peneraju atau model kepada sekolah lain dalam menyediakan
persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, diterajui kepimpinan
berkualiti dan berwawasan, memiliki guru yang kompeten dan beraspirasi
tinggi, dan mempunyai komitmen padu dengan komuniti.

Justeru, sebagai salah satu usaha untuk mencapai objektif TS25, pihak sekolah
telah merangka pelbagai program bagi mewujudkan kawasan sekolah yang ceria
dan indah. Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan insan
ke arah kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah
yang kondusif dapat menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada warga
sekolah sepanjang menjalankan aktiviti di sekolah tidak kira aktiviti kurikulum,
kokurikulum atau kerohanian. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di
luar bilik darjah juga dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.

2.0 RASIONAL

Keceriaan dan keindahan merupakan aspek yang penting dalam sesebuah
sekolah. Oleh itu, program keceriaan ini dijalankan dengan hasrat untuk menjadikan
sekolah sebagai organisasi pendidikan yang mempunyai persekitaran pembelajaran
yang ceria dan berseri. Persekitaran yang ceria dan berseri ini akan merangsang
suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

1

3.0 MATLAMAT

3.1 Memberikan impak keceriaan dan keindahan kepada kawasan sekolah
untuk menarik minat murid-murid hadir ke sekolah.

3.2 Mewujudkankan kawasan-kawasan menarik dan persekitaran sekolah lebih
kondusif untuk dijadikan kawasan PdPc di luar bilik darjah.

3.3 Menyumbang tenaga dan buah fikiran sebagai sumbangan untuk sekolah.
3.4 Memupuk dan membangkitkan semangat cintakan sekolah di kalangan

warga guru, ibu bapa dan murid.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Menjadikan kawasan persekitaran sekolah sebagai kawasan yang cantik
dan indah.

4.2 Merancang dan melaksanakan program yang dipersetujui oleh pihak
sekolah.

4.3 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti
dan integriti dalam melaksanakan tugas.

4.4 Mewujudkan kerjasama dan persefahaman antara warga sekolah.
4.5 Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan

secara berterusan.

5.0 ANJURAN
Jawatankuasa Keceriaan TS25

6.0 PELAKSANAAN
Tahun 2020 hingga tahun 2025

7.0 TEMPAT
Sekitar kawasan Sekolah Kebangsaan Seberang Marang

2

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : En. Zakaria bin Omar (Guru Besar)
Pengerusi : En. Zairul Hisham bin Razali (GPK Hem)
Tim. Pengerusi : En. Mohd Yasin bin Ali ( GPK Pentadbiran)

Penyelaras En. Mohd Fadillah bin Mat Nor (GPK Ko)
Setiausaha : Pn. Nurul Akmal binti Ahmad Zaki
Ajk : Pn. Norliza binti Shamsuddin
: Pn. Halimatun Saadiah binti Mohamad Supian
: Pn. Norzulaiha binti Ghazali
: Pn. Nor Haslina@ Salwati binti Mohd
: Pn. Rosmah binti Harun
: Pn. Rohaya binti Ismail
: Pn. Sharifah Nazira binti Tuan Ibrahim

9.0 CADANGAN AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN :

AKTIVITI CADANGAN PELAKSANAAN

i. Projek keceriaan infrastruktur - Mengecat bangunan
sekolah. - Mengecat pagar
- Mural
- Dinding bermaklumat
- Bunting mutiara kata guru-guru

ii. Keceriaan sudut - sudut ilmiah - Mewujudkan sudut-sudut panitia
dan pondok - pondok. - Mengecat dan menghias pondok bacaan

iii. Keceriaan kantin, bilik guru, - Membuat carta organisasi
bilik guru besar, pusat sumber - Menyediakan keperluan lengkap dalam
dan bilik - bilik khas.
bilik
- Mengindahkan dan menceriakan bilik.

3

iv. Menambahbaik Taman Herba - Menanam tanaman herba baru
sekolah. - Melabel nama setiap tanaman

v. Keceriaan lanskap sekolah. - Menceriakan kolam ikan
- Menyusun atur pasu bunga dan

tumbuhan hiasan

vi. Mercu tanda sekolah - Mencipta mercu tanda sekolah
. - Memasang mercu tanda di kawasan

vii. ‘Heritage Walk’ yang sesuai

viii. ‘Knowledge Garden’ - Melukis mural berkaitan sejarah dan
maklumat sekolah

- Menghias dengan payung gantung
- Memasang tapak gajah untuk laluan

- Membina pondok bacaan baru
- Menyusun atur tayar D.I.Y dan pokok

hiasan

4

10.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Bil Perkara Unit Perbelanjaan
1 Bunting Mutiara Kata 46 keping RM 25X46 = RM 1150
2 Cat 20 tin RM 120X20 = RM 2400
3 Berus cat 20 set RM 5X20 = RM 100
4 Batu hiasan 20 set RM 20X20 = RM 400
5 Rumput karpet 40 keping RM 12X40 = RM 480
6 Payung 30 kaki Rm 15X60 = RM 900
7 Tapak gajah 30 meter RM 800
8 Upah lukis mural 2 dinding RM 1000X2 = RM2000
9 Pondok 3 buah RM 5000X3 = RM15000
10 Pokok hiasan dan pasu RM 1000
10 Lain - lain RM 500
Rm 24730
Jumlah

11.0 PENUTUP

Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah
dikemukakan. Sesungguhnya kejayaan Program Keceriaan TS25 peringkat sekolah
yang dirancang ini bergantung kepada sikap serta komitmen yang positif daripada
semua pihak yang terlibat. Konsep permuafakatan menjadi tunjang ke arah kejayaan
program ini. Semoga semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan
kelulusan pihak Tuan.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………….. …………………
(Pn. Nurul Akmal binti Ahmad Zaki) (En. Zakaria bin Omar)
Penyelaras Jawatankuasa Keceriaan TS25 Guru Besar
SK Seberang Marang SK Seberang Marang

5

PELAKSANAAN PROGRAM
KECERIAAN TS25

SEKOLAH KEBANGSAAN
SEBERANG MARANG

Jawatankuasa Keceriaan TS25 telah merancang dan
merangka beberapa aktiviti bagi menceriakan kawasan
sekolah. Hasil kesederapan guru-guru, beberapa aktivti
telah berjaya dilaksanakan dengan lancar. Aktiviti
mengecat infrastruktur sekolah seperti bangunan, pagar
dan lain-lain telah berjaya menukarkan wajah Sk
Seberang Marang menjadi lebih gah dan kondusif. Sudut-
sudut dan pondok bacaan yang dipertanggungjawabkan
kepada setiap panitia juga sudah mendapat nafas baru
yang semestinya menarik minat murid-murid. Surau dan
makmal komputer sekolah juga ditransformasikan dengan
susun atur yang kemas dan menarik beserta dengan
pelbagai kemudahan yang disediakan untuk murid-murid.
Kesemua usaha ini diharapkan dapat memberikan
semangat kepada murid-murid untuk menimba sesuatu
daripada hasil kerja keras guru-guru.

6

BANGUNAN PENTADBIRAN
(SEBELUM)

7

BANGUNAN PENTADBIRAN
(SEMASA)

8

BANGUNAN PENTADBIRAN
(SELEPAS)

9

MAKMAL KOMPUTER
(SEBELUM)

10

MAKMAL KOMPUTER
(SEMASA)

11

MAKMAL KOMPUTER
(SELEPAS)

12

SURAU
(SEBELUM)

13

SURAU
(SEMASA)

14

SURAU
(SELEPAS)

15

PAGAR
(SEBELUM)

16

PAGAR
(SEMASA)

17

PAGAR
(SELEPAS)

18

PONDOK BACAAN
(SEBELUM)

19

PONDOK BACAAN
(SEMASA)

20

PONDOK BACAAN
(SELEPAS)

21

MERCU TANDA SEKOLAH
(SEBELUM)

22

MERCU TANDA SEKOLAH
(SEMASA)

23

MERCU TANDA SEKOLAH
(SELEPAS)

24

SEKIAN,
TERIMA KASIH.

25


Click to View FlipBook Version