The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sabrina.c19b0559, 2023-01-16 23:05:59

NASI TUMPANG SAB LATEST

NASI TUMPANG SAB LATEST

Menceritakan berkenaan tokoh warisan Puan Che Faridah yang dipilih. Beliau merupakan pembuat makanan tradisional Kelantan yang dikenali sebagai Nasi Tumpang atau dalam dialek Kelantan Nasi Tupe. T O K O H W A R I S A N Che Faridah Binti Che Yakob


ISI KANDUNGAN Biodata Latar Belakang Sejarah Nasi Tumpang Proses Membuat Nasi Tumpang Sumbangan Tokoh


BIODATA Nama tokoh warisan yang dipilih, Puan Che Faridah Binti Che Yakob atau lebih dikenali dengan panggilan Che Dah. Berusia 56 tahun lahir pada 18 Februari 1967. Beliau merupakan anak jati Kota Bharu, Kelantan. Puan Che Faridah Binti Che Yakob Beliau telah mendirikan mahligai cinta bersama Encik Sazali Bin Yusof yang telah berusia 62 tahun. Pasangan ini telah dikurniakan 6 orang cahaya mata. Mahligai cinta di antara mereka masih kuat sehingga ke hari ini.


L A T A R B E L A K A N G Puan Faridah merupakan seorang pewaris nasi tumpang yang asalnya merupakan resepi daripada nenek beliau pada suatu masa dahulu. Seawal usia 13 tahun lagi Puan Faridah telah mula menimba ilmu mengenai Nasi Tumpang ini. Kira-kira sudah hampir cecah 40 tahun Puan Faridah telah membuat Nasi Tumpang. Namun demikian, pada usia 16 tahun, Puan Faridah telah menjalankan perniagaan Nasi Tumpang ini secara sepenuh masa. Puan Faridah telah menjadikan perniagaan Nasi Tumpang sebagai salah satu sumber pendapatannya dalam meneruskan kehidupan Secara lazimnya, para pelanggan Nasi Tumpang akan membuat tempahan melalui telefon jika mereka ingin membuat tempahan dan terus mengambil di rumah Puan Faridah. Puan Faridah melakukan proses pembuatan Nasi Tumpang ini hanyalah di rumahnya sahaja dan tidak mempunyai sebuah kedai. Namun, untuk menambahkan pendapatan Puan Faridah, beliau juga telah menghantar nasi tumpangnya di beberapa kedai yang bertempat di sekitar Kota Bharu iaitu Kedai Ayang Cafe dan Whitehouse. Puan Faridah tidak menghadkan jumlah Nasi Tumpang ini kepada para peniaga yang membeli nasi ini. Pembuatan Nasi Tumpang ini akan dibuat mengikut dapatan daun pisang yang diperolehi oleh beliau kerana daun pisang tersebut dibeli daripada orang lain. Ini kerana, beliau tidak mempunyai sebarang pembekal daun pisang secara tetap.


Nasi Tumpang yang berharga RM3.50 ini mengandungi nasi + serunding ikan + telur. Manakala, Nasi Tumpang yang berharga RM6.00 pula mengandungi nasi + serunding ikan + sambal udang yang dicampur bersama telur + ayam goreng. Seterusnya, Nasi Tumpang yang berharga RM 8.00 ini mengandungi nasi + serunding ikan + sambal udang yang dicampur bersama telur + ayam goreng + ikan tongkol goreng. Pendapatan seharian Nasi Tumpang ini dianggarkan berjumlah RM 600 sehingga RM 800 dan kadangkala boleh mencecah RM1000 sehari Selain itu, Nasi Tumpang Puan Faridah ini terkenal dalam kalangan warga Istana Kelantan. Hal ini kerana, Puan Faridah telah selalu menerima tempahan daripada warga Istana. Di samping itu, Nasi Tumpang ini juga mempunyai pesanan dari peniaga dan dibeli oleh peniaga daripada Kuala Lumpur untuk dijual di sekitar Kuala Lumpur. Setiap Nasi Tumpang yang dijual adalah bermula daripada harga RM3.50 hingga RM8.00. Namun, setiap peniaga yang mengambil Nasi Tumpang daripada Puan Faridah tidak dihadkan harga untuk dijual semula.


SEJARAH NASI TUMPANG Nasi Tumpang RM 3.50 SEJARAH NASI TUMPANG, PASIR HOR, KELANTAN Nasi Tumpang RM 6.00 Nasi Tumpang merupakan sejenis makanan yang amat terkenal di sekitar bandar Kota Bharu, Kelantan. Bagi masyarakat di Kelantan, Nasi Tumpang ini dikenali sebagai “Nasi Tupe”. Menurut Encik Sazali, suami kepada Puan Faridah mengatakan bahawa Nasi Tumpang ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri iaitu Nasi Tumpang merupakan makanan yang dibawa oleh masyarakat yang bekerja khususnya nelayan dan juga pesawah padi. Kebanyakan masyarakat di Kelantan pada masa dahulu mencari rezeki dengan menjadi nelayan dan belayar di lautan sehingga berhari-hari lamanya. Nasi Tumpang yang berharga RM 3.50 ini terdiri dari nasi, serunding ikan dan sambal yang digaul bersama telur dadar dan udang Nasi Tumpang yang berharga RM 6 ini pula terdiri dari bahan yang sama namun ada penambahan ikan didalamnya.


SEJARAH NASI TUMPANG Oleh kerana pekerjaan golongan lelaki ini memerlukan mereka untuk berada lama di tengah lautan bagi menangkap ikan, maka mereka harus mempunyai bekalan makanan yang mencukupi bagi menampung kehidupan sewaktu bekerja. Para isteri ini telah memikirkan satu cara yang cukup bijak bagi memastikan makanan yang dibawa oleh suami-suami mereka cukup, tahan lama serta tidak memakan ruang yang banyak sewaktu mereka bekerja di lautan. Disebabkan inilah terhasilnya nasi tumpang, di mana para isteri tersebut telah menyusun pelbagai jenis lauk pauk sekaligus bersama dengan nasi yang telah dimasak dan diisikan di dalam kelongsong kon yang diperbuat daripada daun pisang. Kaedah balutan dengan menggunakan daun pisang ini bertujuan agar nasi yang dibawa itu dapat kekal dan tahan lebih lama sepanjang berada dalam perjalanan tersebut. Selain itu, kaedah susunan lauk yang berselang seli dengan nasi juga dilakukan agar lauk tersebut tidak perlu diisi di dalam bekas yang berasingan dan sekaligus dapat menjimatkan ruang. Dikatakan timbulnya nama bagi Nasi Tumpang ini adalah disebabkan nasi itu sendiri Nasi Tumpang dan lauknya juga menumpang Kelebihan Nasi Tumpang ini adalah ia sejenis makanan yang lambat basi yang mana dikatakan nasi tumpang ini boleh bertahan sehingga tiga hari. Lebih menarik lagi, Nasi Tumpang dimakan ketika ia telah sejuk. Nasi kelihatan menarik di dalam bentuk kon yang dibungkus menggunakan daun pisang


CARA MAKAN NASI TUMPANG Cara untuk makan Nasi Tumpang ini adalah kita perlu membuka daun pisang terlebih dahulu kemudian setiap nasi serta lauk yang ada di dalam daun pisang tersebut perlu diambil sedikitsedikit secara bersama.


PROSES PROSES MEMOTONG DAN MEMBALUT DAUN PISANG BAHAN-BAHAN NASI TUMPANG MEMBUAT NASI TUMPANG SETERUSNYA Puan Faridah memulakan dengan proses membersih dan memotong daun pisang yang telah dipilih. Kemudian proses membentuk daun pisang dibuat sendiri oleh tangan Puan Faridah. Setelah daun pisang siap dibentuk seperti kon, daun tersebut akan di salai. Proses seterusnya, proses penyediaan lauk pula, Puan Faridah menyatakan bahawa beliau akan mula memasak pada waktu petang. Antara lauk yang dimasak adalah sambal yang berisi udang bersama telur dadar serta serunding ikan. Antara ikan yang digunakan untuk menghasilkan serunding ikan ini adalah ikan selayang. Proses bagi menyiapkan serunding ikan mengambil masa hampir 5 hingga ke 6 jam. Lauk-lauk ini akan dibiarkan dahulu sehingga sejuk sebelum di masukkan ke dalam kon daun pisang. Anggaran masa bagi menyiapkan proses memasak nasi serta lauk ini adalah sekitar jam 8 malam.


PROSES MEMBUNGKUS Cara pembungkusan Nasi Tumpang ini juga memerlukan teknik yang cekap. Menurut Wafi selaku anak kepada Puan Faridah, cara pembungkusan Nasi Tumpang ini mempunyai beberapa lapisan. Lapisan pertama, nasi yang telah sejuk tadi akan dimasukkan terlebih dahulu ke dalam daun pisang berbentuk kon. Nasi tersebut akan ditekan sehingga ia berada pada kedudukan paling bawah kelosong kon pisang tersebut. Pada lapisan kedua pula, serunding ikan akan dimasukkan diikuti dengan pengisian nasi semula. Pada lapisan ketiga adalah memasukkan lauk sambal yang berisi udang bersama telur dadar dan diikuti juga dengan pengisian nasi pada lapisan yang terakhir. Setiap proses pembungkusan ini dilakukan dengan cermat supaya nasi dan lauk dibungkus dengan kemas selain mengelak daun pisang terkoyak yang mengakibatkan nasi terkeluar. SAMBUNGAN..


Puan Faridah telah menjadi salah satu jemputan bagi sebuah segment di AWANI Pagi. AWANI Pagi merupakan sebuah rancangan yang menampilkan topik-topik menarik dan Nasi Tumpang merupakan pilihan tajuk pada minggu itu. Memperkenalkan Nilai Warisan Nasi Tumpang Sumbangan Tokoh Puan Faridah ditemuramah oleh Nur Syazwani dan Hafizi Rosli dan beliau memperkenalkan warisan makanan tradisional Kelantan ini kepada mereka dan secara tidak langsung pada seluruh negara. SUMBER : ASTRO AWANI


Membuka Peluang Pekerjaan Puan Faridah merupakan salah satu pembuat Nasi Tumpang yang ada dan terkenal pada masa kini. Beliau merupakan anak didik neneknya yang meneruskan dan mengekalkan warisan Nasi Tumpang sebagai warisan Kelantan serta proses pembuatan Nasi Tumpang yang masih asli sehingga masa kini. Adanya pembuatan Nasi Tumpang ini memberikan ruang dan peluang bagi anak-anak muda yang ada di sekitar Kampung Pasir Hor, Kelantan ini. Menurut Puan Faridah, kebiasaannya pekerja yang membantu membungkus Nasi Tumpang ini adalah anak-anaknya namun beliau juga mengambil 3 orang pekerja terdiri dalam kalangan penduduk kampung tersebut. SUMBER : RTM, TV1 SUMBER : DESTINASI TV Mengekalkan Warisan Makanan Tradisional Kelantan


NUR SABRINA BINTI ARIFFIN KUSETIAWAN C19B0559 NURALIA IRDINA BINTI MUKRI C19A0600 biodata penulis NUR SYAZLIN BINTI WASIMAN C19A0586 NUR ZAFEEQAH BINTI ZAHARUDDIN C19A0592


Terima Kasih kami ucapkan kepada Puan Che Faridah dan suami kerana sudi ditemubual bagi kajian lapangan ke atas tugasan Seminar Isu Semasa, Tokoh Warisan Makanan Tradsional 'Nasi Tumpang' di Kampung Pasir Hor, Kota Bharu, Kelantan. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjalankan tugasan ini.


Click to View FlipBook Version