1 KERTAS KONSEP PROGRAM MEWARNA KEMERDEKAAN MALAYSIA MADANI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAN PPKI DAERAH BAGAN DATUK TAHUN 2023 DIANJURKAN OLEH: PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL DAERAH BAGAN DATUK DENGAN KERJASAMA SK RUNGKUP
2 1. NAMA PROGRAM Program Mewarna Kemerdekaan Malaysia Madani Sekolah Rendah dan PPKI Peringkat Daerah Bagan Datuk Tahun 2023. 2. PENGENALAN Pertandingan mewarna bertemakan Kemerdekaan merupakan salah satu medium bagi para guru untuk memberi kesedaran dan menanam semangat patriotisme dalam kalangan muridmurid bersempena bulan Kemerdekaan ini. Pertandingan mewarna ini turut memberi peluang kepada murid-murid untuk meningkatkan kemahiran motor halus dan kasar mereka menjadi lebih baik. Pertandingan mewarna ini dapat mengembangkan lagi bakat murid dalam aktiviti mewarna yang banyak manfaatnya seperti dapat mengurangkan tekanan dan memberikan keseronokan. Pertandingan mewarna ini juga diharapkan dapat membina semangat perpaduan antara murid-murid dan para guru sekolah-sekolah di daerah Bagan Datuk. Lantaran itu, bagi menyemarakkan lagi Bulan Kemerdekaan ini Panitia Pendidikan Seni Visual dengan Kerjasasama SK Rungkup akan mengelola Program Pertandingan Mewarna Kemerdekaan ke – 66 ini. 3. OBJEKTIF Program Mewarna Kemerdekaan Malaysia Madani ini diadakan bertujuan untuk mencapai objektif-objektif seperti berikut: 3.1 Menonjolkan bakat mewarna murid-murid sekolah rendah daerah Bagan Datuk. 3.2 Memupuk perpaduan antara murid-murid dan guru-guru. 3.3 Menyemai semangat patriotisme dan jati diri murid-murid. 3.4 Memupuk nilai-nilai murni dalam diri murid-murid.
3 4. SYARAT PERTANDINGAN ➢ Pertandingan terbuka kepada murid Tahap 2 Sekolah Rendah dan murid PPKI. ➢ Setiap sekolah perlu menghantar 2 orang wakil murid ke pertandingan ini. ➢ Peserta perlu membawa sendiri alat tulis dan peralatan mewarna. ➢ Alatan mewarna yang dibenarkan hanyalah pensel warna dan krayon. ➢ Kertas Mewarna akan disediakan oleh Penganjur. ➢ Keputusan Hakim MUKTAMAD. 5. KUMPULAN SASARAN Murid 2 orang wakil murid Tahap 2 Sekolah-sekolah Rendah dan 2 orang wakil murid PPKI Daerah Bagan Datuk 6. ANJURAN Panitia Pendidikan Seni Visual Bagan Datuk dan SK Rungkup. 7. KELOLAAN Guru-guru Panitia Pendidikan Seni Visual Daerah Bagan Datuk dan SK Rungkup.
4 8. JAWATANKUASA INDUK Penaung : Pn. Kasmiyati Binti Katiman (Pegawai Pendidikan Daerah Bagan Datuk) Penasihat : Pn. Siti Rusziyatun Binti Ngasri (SISC+ Sains Sosial) Setiausaha : En Rozeli Bin Mohammed Royani (Penolong PPD Bagan Datuk (Bakat Murid)) Bendahari : Tn Hj Arsat Bin Abd Malek (Guru SK Sungai Tiang Darat) AJK : Semua Guru Besar Sekolah Rendah Daerah Bagan Datuk : Semua Ahli Jawatankuasa Pertandingan Mewarna Daerah Bagan Datuk JAWATANKUASA PELAKSANA: Penasihat : Pn. Siti Rusziyatun Binti Ngasri (SISC+ Sains Sosial) Pengerusi : Tn Hj. Arsat Bin Abd Malek (Guru Besar SK Sungai Tiang Darat) Timbalan Pengerusi : Pn. Noryatimah Binti Mat Kasiri (Guru Besar SK Rungkup) : En. Lim Chong Boon (Guru Besar SJKC Yong Seng) : En. Gopal A/L Govindaraju (Guru Besar SJKT Barathi) Pegawai Teknikal : En. Fahrul Azwan Bin Saharudin (PK HEM SK Rungkup) Setiausaha : Pn. Farhana Binti Rashid (Ketua Panitia Seni Visual SK Sungai Batang) Bendahari : Pn Salwah Binti Adnan (Ketua Panitia Seni Visual SK Sungai Tiang Darat) AJK : Semua Guru Besar Sekolah Rendah Daerah Bagan Datuk : Semua Ahli Jawatankuasa Pertandingan Mewarna Daerah Bagan Datuk
5 AJK TUGAS JK Pendaftaran (Sekolah Rendah ) SK Sungai Batang ➢ Membuat google form untuk Pendaftaran Sekolah Rendah. ➢ Menyediakan borang kehadiran peserta dan guru pembimbing. ➢ Mengambil kehadiran peserta semasa pertandingan. JK Pengurusan Pertandingan Mewarna (PPKI) SK Rungkup ➢ Membuat Pendaftaran peserta PPKI. ➢ Menyediakan borang kehadiran peserta dan guru pembimbing. ➢ Mengambil kehadiran peserta semasa pertandingan. ➢ Menyediakan Sijil untuk pemenang kategori PPKI JK Persiapan Tempat SK Rungkup ➢ Menyediakan tempat untuk pertandingan ➢ Menyediakan tempat untuk ruang menunggu guru pembimbing JK Siaraya SK Tanah Lalang ➢ Menyediakan seorang Pengacara Majlis ➢ Menyediakan siaraya dan peralatan berkaitan JK Bacaan Doa SK Rungkup ➢ Menyediakan pembaca doa ➢ Menyediakan teks bacaan doa JK Fotografi / Dokumentasi SK Sungai Tiang Baroh ➢ Mengambil gambar-gambar semasa pertandingan ➢ Menyediakan laporan JK Makanan dan Minuman Murid SK Bagan Pasir / SK Selekoh ➢ Menyediakan makan dan minuman seperti roti dan minuman. ➢ Mengagihkan makanan kepada murid JK Jamuan VIP dan Guru SK Matang Kunda ➢ Membuat tempahan makanan VIP dan guru-guru ➢ Menghidangkan makanan kepada VIP JK Bahan Mewarna (Sekolah Rendah) SK Sungai Pulau ➢ Menyediakan gambar untuk pertandingan mewarna ➢ Memperbanyakkan kertas mewarna ➢ Saiz kertas A3 ➢ Mesti ada logo Malaysia Madani : Tekad Perpaduan Penuhi Harapan
6 JK Bahan Mewarna (PPKI) SK Sungai Buluh ➢ Menyediakan gambar untuk pertandingan mewarna ➢ Memperbanyakkan kertas mewarna ➢ Saiz kertas A3 ➢ Mesti ada logo Malaysia Madani : Tekad Perpaduan Penuhi Harapan JK Hadiah / Cenderahati SK Sungai Tiang Darat ➢ Menyediakan hadiah kepada pemenang ➢ Menyediakan cenderahati kepada Hakim dan Perasmi JK Sijil SK Sungai Betul ➢ Mendapatkan senarai nama peserta untuk sijil ➢ Sijil pemenang utama dan 10 saguhati dalam bentuk maujud ➢ Sijil Penyertaan (Sijil Digital) JK Hakim Pertandingan SK Tebing Rebak ➢ Memberikan taklimat kepada peserta ➢ Menilai hasil mewarna peserta ➢ Memilih pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga serta 10 Saguhati JK Majlis Penutup SK Rungkup ➢ Menyediakan tempat dan menyusun atur meja/kerusi bagi majlis perasmian penutupan. ➢ Menyediakan pembantu majlis untuk sesi penyampaian sijil, hadiah dan cenderahati. ➢ Mengurus dan menyusun atur sijil, hadiah dan cenderahati bagi sesi penyampaian hadiah. JK Banner SK Bagan Datuk ➢ Menyediakan Banner Pertandingan Mewarna Kemerdekaan Malaysia Madani Sekolah Rendah dan PPKI Daerah Bagan Datuk JK Brosur SJKC Simpang Tiga ➢ Menyediakan Brosur Pertandingan Mewarna ➢ Menyerahkan buku program brosur yang telah disiapkan kepada JK Pendaftaran. JK Keselamatan / Parking SJKT Tun Sambathan ➢ Mengawal keselamatan semasa kehadiran peserta. ➢ Menjadi pemandu arah bagi memastikan keselamatan murid-murid dan guru yang hadir.
7 9. SENARAI NAMA KETUA HAKIM/HAKIM/ PERTANDINGAN MEWARNA BIL NAMA PEGAWAI BIDANG TUGAS NAMA SEKOLAH 1. Mohamed Danial Bin Mohamed Khair Ketua Hakim SK Tebing Rebak 2. Asyraf Bin Ahmad Hakim 1 SK Khir Johari 3. Nanthini A/P Vasudevan Hakim 2 SJKT Ladang New Coconut 4. NoorShairah Binti Ramli Hakim 3 SK Sungai Pergam 5. Chan Chiou Tong Hakim 4 SJKC Simpang Tiga 10. CADANGAN TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN (Peringkat Daerah) Tarikh : 14 September 2023 / Khamis Masa : 09:00 pagi – 12:30 tengah hari Tempat : Masjid Tuminah Hamidi Bagan Datuk 11. ATUR CARA PERTANDINGAN 08:00 pagi : Kehadiran Peserta dan guru pembimbing 09:00 pagi : Taklimat pertandingan 09:10 pagi : Murid-murid mula mewarna 11:10 pagi : Pertandingan Mewarna Tamat/ Rehat 11:45 pagi : Penutup dan Penyampaian Hadiah 11. MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH Perasmi : YB Dato Shahrul Zaman Bin Dato Yahya (Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Rungkup) Masa : 11:45 pagi – 01:15 tengah hari Tempat : Masjid Tuminah Hamidi Bagan Datuk
8 12. ATUR CARA MAJLIS PENUTUPAN 11.45 Pagi : Ketibaan tetamu-tetamu jemputan 12.00 tengahari : Ketibaan Perasmi Pegawai Pendidikan Daerah Bagan Datuk : Nyanyian Lagu Negaraku : Bacaan Doa : Ucapan aluan Pengerusi Pengelola Pertandingan : Ucapan Perasmian Majlis Penutupan oleh Perasmi : Pengumuman Pemenang dan Penyampaian Hadiah, Sijil dan Cenderahati 1.15 petang : Bersurai 13. ANALISIS BILANGAN HADIAH DAN SIJIL PENYERTAAN PESERTA HAKIM BIL PERKARA CATATAN PERKARA CATATAN Sijil Hadiah Sijil Cenderahati 1. Johan SR 1 1 Ketua Hakim 1 1 2. Naib Johan SR 1 1 Hakim 1 1 1 3. Ketiga SR 1 1 Hakim 2 1 1 4. Saguhati (10x) SR 10 10 Hakim 3 1 1 5. Johan PPKI 1 1 Hakim 4 1 1 6. Naib Johan PPKI 1 1 7. Ketiga PPKI 1 1 8. Saguhati PPKI 7 7 9. Sijil Penghargaan (Sekolah Rendah) 58 Sijil Penghargaan (PPKI) 10 JUMLAH 91 23 6 6
9 14. IMPLIKASI KEWANGAN Sumber Kewangan : Bayaran sumbangan penyertaan / individu / Panitia Pendidikan Seni Visual PERKARA JUMLAH (RM) Sumbangan penyertaan 10.00 Sumbangan TBD RM 50 X 4 200.00 Anggaran perbelanjaan untuk Pertandingan Mewarna Kemerdekaan Ke- 66 SekolahSekolah Rendah Daerah Bagan Datuk Tahun 2023 seperti berikut: PERKARA AMAUN / KUANTITI JUMLAH (RM) Hadiah pemenang acara Johan x RM 20.00 X 2 Naib Johan x RM 15.00 X 2 Ketiga x RM 10.00 X 2 17 Saguhati x RM 5.00 175.00 Pegawai Teknikal & Hakim 5 orang x RM 10.00 50.00 Jamuan Hakim: RM 10.00 x 5 orang = RM 50.00 VIP: RM 10.00 x 10 orang = RM 100.00 Guru : RM 5.00 X 100 ORANG = RM 500.00 650.00 Banner 1 unit x RM 50.00 50.00 Kertas Mewarna 150 unit x RM 0.50 75.00 Air Mineral + Roti 70 x RM2.00 140.00 Lain-lain kos RM 30.00 30.00 JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN (RM) 1,170
LAMPIRAN 1 PERATURAN UMUM PERTANDINGAN 1. Syarat umur peserta adalah seperti mana yang terkandung di dalam Kertas Konsep Pertandingan Mewarna Kemerdekaan Ke - 66 Sekolah-Sekolah Rendah Bagan Datuk Tahun 2023. 2. Semua peserta yang didaftarkan perlu hadir pada setiap pertandingan. Pertukaran peserta tidak dibenarkan. 3. Semua peserta perlu menyerahkan salinan MyKad / MyKid / Sijil Kelahiran semasa pertandingan untuk pengesahan semasa pendaftaran (Dilampirkan bersama Borang Kebenaran). 4. Semua peserta hendaklah menepati masa semasa pendaftaran dan semasa pertandingan. 5. Semua peserta dikehendaki berpakaian kemas semasa hari pertandingan. 6. Setiap pasukan perlu menyediakan peralatan dan bahan-bahan keperluan sendiri seperti yang disenaraikan di dalam Syarat-syarat Pertandingan kecuali bahan-bahan yang akan disediakan oleh Urus Setia Pertandingan. 7. Pihak penganjur berhak membatalkan keputusan pertandingan sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan dan keraguan. 8. Keputusan Hakim adalah MUKTAMAD. 9. Pihak Urus Setia tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan yang disebabkan oleh kecuaian peserta dan guru pembimbing. 10. Pihak penganjur berhak meminda sebarang syarat dan kriteria pertandingan dari semasa ke semasa demi kepentingan pengurusan serta objektif pertandingan.