1 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM 1. Mata pelajaran Pendidikan Islam 2. Tahun 2 Abu Bakar 3. Bilangan murid 32 orang (Lelaki: 17, Perempuan: 15) 4. Tarikh & hari 23 Shaaban 1445 H/4 Mac 2024/Isnin 5. Masa 9.50-10.50 pagi (60 minit) 6. Tajuk Berkati Rezekiku 7. Pengetahuan sedia ada Murid pernah membaca doa sebelum makan dan minum. 8. Standard Kandungan 5.1 menaakul dan mengamalkan adab-adab makan dan minum mengikut sunnah Rasulullah s.a.w 9. Standard Pembelajaran 5.1.1 Menerangkan adab-adab makan dan minum 5.1.2 Membaca dalil naqli yang berkaitan adab makan dan minum 5.1.3 Mengaplikasikan adab-adab makan dan minum mengikut sunnah Rasulullah s.a.w dalam kehidupan harian 10. Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1. Menjelaskan adab-adab makan dan minum dengan tepat 2. Menyebut hadis berkaitan adab makan dan minum dengan lancar. 3. Mempraktikkan adab-adab makan dan minum mengikut sunnah Rasulullah s.a.w
2 dalam kehidupan harian secara berterusan. 11. Kriteria Kejayaan Murid dapat: 1. Menjelaskan adab-adab makan dan minum dengan tepat selepas aktiviti Fan-NPick. 2. Menyebut hadis berkaitan adab makan dan minum dengan lancer selepas perbincangan dilakukan. 3. Mempraktikkan adab-adab makan dan minum mengikut sunnah rasullullah s.a.w dalam kehidupan harian secara berterusan selepas aktiviti simulasi atau penggayaan. 12. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Murid dapat membanding beza antara adab yang baik dan perkara yang tidak baik Ketika makan dan minum (Kemahiran berfikir Kritis) 13. Gabung jalin Hadis 14. Penyerapan Pendidikan Jasmani & kesihatan 15. Elemen Merentas Kurikulum Nilai murni: kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan 16. Penerapan Nilai Kesyukuran, kerjasama dan hemah tinggi 17. Kemahiran Insaniah Etika dan moral profesional 18. Amalan Pedagogi 1. Kompetensi 6C: kritis, kolaborasi dan komunikasi
3 2. Pembelajaran kooperatif: FanN-Pick dan Mix,Pair, Share 19. Bahan Bantu Mengajar Projektor, gambar, kad cantuman, filem tayangan dan slaid 20. Pentaksiran PdP 3 aspek pentaksiran: Tulisan: lembaran kerja Lisan: soal jawab Pemerhatian: senarai semak Langkah Isi Kandugan Cadangan Aktiviti Catatan Mukadimah (3 minit) Bacaan doa: 1. Seorang murid diminta oleh guru untuk memimpin bacaan doa 2. Murid lain diminta untuk mengikut bacaan doa Bersama-sama. Langkah Isi Kandugan Cadangan Aktiviti Catatan Set induksi ( 5 minit) Dua gambar (kanakkanak makan dan minum) Soalan: 1. Apakah yang kamu lihat berdasarkan gambar yang ditunjukkan tadi? 2. Apakah yang akan dilakukan oleh kamu sebelum makan dan minum? 1. Murid melihat dua gambar yang ditunjukkan oleh guru di hadapan kelas. 2. Murid menjawab soalan guru berkaitan gambar tersebut. 3. Guru mengaitkan jawapan murid Kaedah: soal jawab Bahan bantu mengajar: gambar dan projector Penerapan nilai: hemah tinggi
4 3. Apakah adab yang sering kamu amalkan ketika makan dan minum? dengan topik yang akan dipelajari. 4. Murid diminta oleh guru untuk menyebutkan kriteria kejayaan yang dipaparkan di hadapan kelas. Langkah Isi Kandungan Cadangan Aktiviti Catatan Langkah 1 (18 minit) Paparan slaid 1. Seorang murid membaca paparan slaid berbentuk peta minda berkaitan adab sebelum, semasa dan selepas makan dan minum diikuti murid lain. 2. Murid mendengar penjelasan dan arahan guru berkaitan aktiviti seterusnya. Kaedah: soal jawab Bahan bantu mengajar: slaid, projector dan kad cantuman Penerapan nilai: kerjasama
5 Adab Sebelum Makan dan Minum: - Membasuh tangan - Membaca basmalah - Duduk dengan tertib - Membaca doa makan. Adab semasa makan dan minum: - Gunakan tangan kanan - Tidak mencela makanan - Jika terlupa membaca doa makan, bacalah: َوآ ِخ َرهُ هولَهُ َ ِب ْسِم هَِّللا أ - Tidak gelojoh 3. Murid dibahagikan kepada 7 kumpulan kecil. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang. 4. Seorang murid dikehendaki menyusun kad dan dibentukkan seperti kipas. 5. Murid yang kedua diminta untuk memilih kad dan membacakan soalan berdasarkan tayangan slaid sebentar tadi kepada orang ketiga dengan bimbingan guru. 6. Murid ketiga mengemukakan adab makan dan minum seperti yang dinyatakan dalam slaid tersebut. 7. Murid keempat memberi respons dan pujian kepada jawapan yang betul.
6 Adab selepas makan dan minum: -Membasuh tangan -Membaca doa selepas makan -Kemas makanan Soalan dalam kad: 1. Sebutkan 2 adab sebelum makan dan minum. 2. Sebutkan doa sebelum dan selepas makan dan minum. 3. Kenal pasti adab semasa makan dan minum: i. Baca basmalah ii. Basuh tangan iii. Tidak gelojoh 4. Senaraikan 2 adab selepas makan dan minum. 8. Murid diminta untuk menjawab sekali lagi sekiranya memberikan jawapan yang salah. 9. Kumpulan yang paling banyak mengumpul mata akan diberi hadiah oleh guru. 10. Murid mendengar penjelasan guru mengenai adab sebelum, semasa dan selepas makan dan minum.
7 Langkah Isi Kandungan Cadangan Aktiviti Catatan Langkah 2 (16 minit) Paparan slaid Soalan: 1. Sebutkan hadis yang berkaitan adab makan dan minum beserta maknanya. 2. Tuliskan terjemahan hadis yang berkaitan adab makan dan minum. 3. Gariskan adab makan dan minum dalam terjemahan hadis tersebut. 1. Murid membaca hadis berkaitan adab makan dan minum di paparan slaid selepas guru membacanya. 2. Murid bergerak sambil lagu dimainkan dalam kelas. 3. Murid diminta untuk berpasangan dengan rakan yang paling hampir (sama jantina) setelah lagu berhenti dimainkan. 4. Murid mengucapkan salam dengan pasangan masingmasing. 5. Murid Bersama pasangannya berbincang mengenai soalan yang diberikan oleh guru mereka. 6. Murid mendapat peneguhan positif (tepukan dan pujian) Kaedah: Lembaran kerja Bahan bantu mengajar: Slaid dan projector Penerapan nilai: Hemah tinggi
8 daripada guru sekiranya berjaya menjawab dengan betul. 7. Murid mendengar penerangan dari guru berkaitan maksud hadis tersebut secara keseluruhan. Langkah Isi Kandungan Cadangan Aktiviti Catatan Langkah 3 (16 minit) Tayangan video Omar dan Hana Simulasi adab makan dan minum Adab sebelum makan: 1. Cuci tangan 2. Baca basmalah dan doa makan قتََنا، َر َز ْ َما َنا فِي ِر ْك لَ ُههم َبا " ل ه ال ِر َب الهنا َوقَِنا َعذَا " 1. Murid menonton tayangan video Omar dan Hana. Video berkaitan adab bermula pada minit 0.49. 2. Setiap murid diberikan sepaket roti dan sebotol air. 3. Murid perlu menggayakan adab makan dan minum berdasarkan tayangan video tadi menggunakan roti dan air yang disediakan oleh guru. Kaedah: senarai Semak Bahan bantu mengajar: Slaid, projector dan tayangan video Penerapan nilai: Kesyukuran
9 Adab semasa makan dan minum: 1. Duduk bila makan 2. Guna tangan kanan 3. Kongsi makanan 4. Jangan gelojoh 5. Bila terlupa doab oleh baca: َو " ِب ْسِم هَِّللا آ ِخ َرهُ هولَهُ أ " َ Adab selepas makan: 1. Kemas makanan 2. Makanan berlebihan boleh disimpan 3. Baca doa َو " َسقانا ْطعَ َمَنا ذي أ ه َح ْمُد ِهَِلِل ال ال لَنا ُم ْسِل ِمي َن َو َجعَ " Isi kandungan video: “Nabi melarang kita minum berdiri” “Haruslah kita duduk Duduk bila makan Rezeki depan kita Terima kasih Allah Sedapnya Alhamdulillah” 4. Murid diminta untuk merumuskan adabadab makan dan minum melalui simulasi yang dilakukan oleh mereka tadi dengan bimbingan guru.
10 Soalan: 1. Nyatakan beradab dan tidak beradab pada gambar berikut. 2. Rumuskan adab yang terdapat dalam video tersebut. Langkah Isi Kandungan Cadangan Aktiviti Catatan Penutup (2 minit) Penutup kognitif: -Adab makan dan minum. -Hadis berkaitan adab makan dan minum. Penutup sosial: -Sentiasa makan dan minum dengan sopan, menjauhi sifat membazir serta bersyukur dengan rezeki yang telah dikurniakan Allah s.w.t Lembaran kerja 1. Murid menyebut semula isi Pelajaran tentang adab sebelum, semasa dan selepas makan dan minum. 2. Murid dinasihatkan agar mengamalkan adab makan dan minum dalam kehidupan seharian. 3. Murid diberi lembaran kerja sebagai pengukuhan pemahaman. Kaedah: Lembaran kerja Bahan bantu mengajar: Projector dan slaid Penerapan nilai: kesyukuran, kerjasama dan hemah tinggi
11 Refleksi PdP: Kekuatan: 1) Sesi PdP telah mencapai objektif yang diingini 2) Murid dapat menguasai aras satu dan dua daripada hasil pembelajaran. 3) Murid telah menyertai PdP dengan jayanya. Kelemahan: 1) Sebahagian murid tidak terlibat dalam aktiviti PdP kerana tidak hadir ke sekolah. 2) Kekurangan bahan teknologi menyukarkan guru untuk melibatkan semua pelajar dalam aktiviti berbentuk kuiz secara atas talian secara menyeluruh. Cadangan penambah baikkan: 1) Memberikan lembaran kerja kepada pelajar yang tidak hadir ke sekolah serta menetapkan tarikh penghantaran. 2) Pihak sekolah boleh bekerjasama dengan agensi kerajaan untuk mendapatkan bantuan alat teknologi seperti peranti mudah alih di dalam kelas.