RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM 1. MATA PELAJARAN Pendidikan Islam 2. BIDANG Adab 3. KELAS 3 Kenanga 4. MINGGU 42 5. HARI/TARIKH Selasa, 2 Januari 2024 6. MASA 3:10 petang - 2:10 petang 7. BILANGAN MURID 34 orang: - 19 orang murid lelaki - 15 orang murid perempuan 8. TAJUK Cintakan Sunnah Rasulullah s.a.w. 9. PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID Murid pernah melakukan sunnah Rasulullah s.a.w dalam rutin harian mereka seperti memotong kuku pada hari Jumaat, menutup kepala menggunakan kopiah atau serban dan sebagainya. 10. STANDARD KANDUNGAN Merumus konsep mengikut sunnah Rasulullah s.a.w dari aspek perkataan dan perbuatan dalam kehidupan harian sebagai bukti mentaati dan mengasihi baginda secra beradab dan istiqamah. 11. STANDARD PEMBELAJARAN 6.4.1 Menyatakan pengertian sunnah Rasulullah s.a.w. 6.4.2 Membaca dalil naqli yang berkaitan berpegang dengan sunnah Rasulullah s.a.w. 6.4.3 Menerangkan sunnah Rasulullah s.a.w dari aspek perkataan dan perbuatan. 6.4.4 Merumuskan kepentingan mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w dalam kehidupan harian. 6.4.5 Mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w dalam kehidupan harian. 12. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1. Menyatakan pengertian sunnah Rasulullah s.a.w. 2. Membaca dalil naqli yang berkaitan berpegang dengan sunnah Rasulullah s.a.w. 3. Menerangkan sunnah Rasulullah s.a.w dari aspek perkataan dan perbuatan. 4. Merumuskan kepentingan mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w dalam kehidupan harian. 5. Mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w dalam kehidupan harian. 13. KEMAHIRAN BERFIKIR 1. Mengingat 2. Memahami 3. Mengaplikasi 4. Menganalisis 5. Menilai 6. Merumus
14. GABUNG JALIN 1. Al-Quran 2. Ibadah 15. PENYERAPAN 1. Bahasa Arab 2. Sains 16. PENERAPAN NILAI Nilai: 1. Patuh 2. Bertanggungjawab 3. Bersungguh-sungguh 4. Tawakkal Kompetensi 6C: 1. Karakter 2. Kewarganegaraan 3. Kolaboratif 4. Komunikasi 5. Kreativiti 6. Pemikiran Kritis Kompetensi 3E: 1. Keterlibatan 2. Peningkatan 3. Lanjutan 17. AMALAN PEDAGOGI MASA KINI 1. Teknologi maklumat dan komunikasi 2. Kecerdasan buatan 18. KEMAHIRAN INSANIAH 1. Pembelajaran secara berkumpulan 2. Pembelajaran kendiri 3. Pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah 19. E.M.K 1. Pendidikan Kesihatan - Sunnah yang diamalkan dapat menjaga kesihatan mental dan fizikal. 2. Sains - Sunnah yang diiamalkan selari dengan saranan dalam bidang sains, seperti sunnah sentiasa dalam keadaan berwudhu’ dapat membersihkan diri dari penyakit, virus dan bakteria yang banyak merebak pada masa kini. 20. PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Kuiz(melalui platform permainan interaktif) 2. Ujian(melalui platform permainan interaktif) 3. Membuat kesimpulan(melalui platform permainan interaktif) 21. BAHAN / ALAT BANTU MENGAJAR 1. Quizziz 2. Google Slide 3. Google Form 4. Padlet 5. Wordwall 6. Quizziz 7. Liveworksheets 8. Mentimeter 9. Jamboard 10. Hotpotatoes 11. Youtube
AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN 1. PENDAHULUAN Bacaan doa: 2. SET INDUKSI 1. Guru menayangkan video kepada murid di Youtube. ( https://www.youtube.com/watch?v=eJbMixALHdk ) 2. Murid menyatakan apa yang mereka faham dari video yang ditonton di Jamboard. 3. Murid membuat aktiviti di Hotpotatoes untuk menjawab soalan berkaitan video yang ditayangkan. Kompetensi 6C: Komunikasi Kompetensi 3E: Keterlibatan 3. LANGKAH 1 1. Murid diterangkan objektif pembelajaran. Kemudian murid ditayangkan video berkaitan sunnah Nabi Muhammad s.a.w di Youtube. ( https://www.youtube.com/watch?v=1HTFB1_Vmw0 ) 2. Berdasarkan video tersebut, Murid diminta menulis apa yang mereka faham berkaitan pengertian sunnah dan dalil naqli berkaitan sunnah di Padlet. 3. Murid membuat aktiviti berkaitan pengertian sunnah dan dalil naqli berkaitan sunnah di Quizziz. Kompetensi 6C: Kreativiti Kompetensi 3E: Keterlibatan 4. LANGKAH 2 1. Murid diletakkan di dalam kumpulan dan menonton sambungan video pada langkah 1. 2. Murid Diminta untuk mengelaskan sunnah perkataan dan sunnah perbuatan secara berkumpulan di Liveworksheet. 3. Murid menyelesaikan aktiviti berkaitan sunnah perkataan dan sunnah perbuatan di Wordwall secara berkumpulan. Kompetensi 6C: Kolaboratif Kompetensi 3E: Peningkatan 5. LANGKAH 3 1. Guru memaparkan video berkaitan cinta sahabat terhadap Nabi Muhammad s.a.w.(Bilal Bin Rabah). ( https://www.youtube.com/watch?v=6djcQ8dL170 ) 2. Murid diberi gambar yang mengandungi nota berkaitan dengan kepentingan mengamaklkan sunnah. Guru menerangkan nota ini kepada murid sebelum murid melakukan aktiviti dalam kumpulan. 3. Dalam kumpulan yang sama, murid diminta untuk mengisi Padlet untuk membuat rumusan berkaitan kepentingan mengamalkan sunnah.
4. Murid menggunakan Google Slide untuk membuat peta ithink berkaitan mengamalkan sunnah dalam kehidupan. Kompetensi 6C: Kolaboratif Kompetensi 3E: Lanjutan 6. PENTAKSIRAN Murid menjawab soalan di Google Form. 1. Objektif 2. Struktur Kompetensi 6C: Pemikiran kritis Kompetensi 3E: Peningkatan 7. PENUTUP Murid berkongsi tentang pengalaman yang mereka lalui dalam sesi pembelajaran berkaitan tajuk ini di Padlet. 8. REFLEKSI Murid membuat maklum balas terhadap pembelajaran hari ini menggunakan Mentimeter.