The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU & ISU KESALAHAN KATA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by chenurellyanadhirah, 2024-03-24 23:09:25

PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU & ISU KESALAHAN KATA

PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU & ISU KESALAHAN KATA

PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU & ISU KESALAHAN KATA DARI SUDUT MORFOLOGI PEMBENTUKAN PERKATAAN BAHARU & ISU KESALAHAN KATA DARI SUDUT MORFOLOGI NAMA : CHE NUR ELLYA NADHIRAH BINTI CHE AZWAN KELAS : PT1S2-9 NO ANGKA GILIRAN : 2022172440076 NAMA PENSYARAH : Dr AMAT TAROP BIN SUMO BBMMMMBB33220033 MMOORRFFOOLLOOGGII BBAAHHAASSAA MMEELLAAYYUU


KESALAHAN KATA Kesalahan kata boleh berlaku disebabkan banyak perkataan yang membawa maksud yang hampir sama sehingga gagal memilih perkataan yang sesuai Mengapakah kesalahan kata boleh wujud?


Peguambela Peguam bela Peguamcara Peguam cara terdapat kesalahan pada penggunaan kata majmuk yang tidak dijarakkan antara dua perkataan iaitu perkataan peguambela dan peguamcara Perkataan perlu dijarakkan sekiranya perkataan kedua tersebut boleh berdiri sendiri dan mempunyai makna Penggunaan kata majmuk yang betul ialah peguam bela dan peguam cara ISU MMEEDDIIAA CCEETTAAKK KESALAHAN KATA MAJMUK


Ya, ejaan klinik itu salah. Penulis telah melakukan kesalahan ejaan. Perkataan yang tepat ialah ‘klinik’ Ibu, bukan ke ejaan klinik itu salah? ISU MEDIA CETAK KELINIK KLINIK Berikut merupakan gambar papan tanda perniagaanyang mempunyai kesalahan dari segi ejaan. Perkataan ‘kelinik’ merupakan sistem ejaan yang lama dan sepatutnya dieja sebagai ‘klinik’ Huruf e digugurkan dalam sistem ejaan baharu menjadi perkataan klinik


ISU MEDIA ELEKTRONIK Kesalahan yang dapat dikenalpasti dalam gambar di sebelah ialah ‘lupa dataran’ Kebiasaannya, kesalahan ini berlaku kerana istilah yang digunakan memiliki bunyi yang hampir sama dengan istilah yang betul Kesannya, ayat yang ditulis membawa makna yang berbeza dan dapat mengelirukan para pembaca. Oleh itu, istilah yang betul ialah ‘lupa daratan’ yang membawa maksud lupa akan asal-usul kkeessaallaahhaann ppeenngggguunnaaaann IISSTTIILLAAHH


isu media elektronik Gambar tersebut menunjukkan penggunaan kata pemeri ‘ialah’ dalam satu siaran di Facebook. Kata pemeri ‘ialah’ seharusnya diletakkan di hadapan kata nama, frasa nama, atau kata kerja dan kata adjektif yang dapat berfungsi sebagai frasa nama Kata pemeri ‘adalah’ pula seharusnya diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Oleh itu, kata pemeri ‘ialah’ yang digunakan dalam ayat tersebut sepatutnya digantikan dengan kata pemeri ‘adalah’ kerana perkataan ‘untuk’ merupakan frasa sendi nama kkeessaallaahhaann ppeenngggguunnaaaann kkaattaa ppeemmeerrII


ISU HAK ASASI MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR PENDIDIKAN Bahasa yang mampu mendukung perkembangan ilmu dan pemikiran dalam segala lapangan alat yang dapat membentuk dan mengembangkan identiti kebangsaan, sebagai alat komunikasi masyarakat, alat perpaduan dalam negara berbilang bangsa.


PERCAMPURAN KOD Percampuran kod merupakan penggunaan dua atau lebih bahasa sama ada bahasabahasa besar seperti bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil atau dialek-dialek yang terdapat di Malaysia Gambar di sebelah menunjukkan percampuran kod antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Oleh itu, ayat yang betul dengan menggunakan bahasa Melayu sahaja ialah : Saya dapat mimpi yang lain tentang “lelaki” di dalamnya. Sambungan mimpi tu mumpi ke-3 Saya rasa gembira tetapi dalam waktu yang sama, saya rasa risau. sumber : twitter


DIALEK Jadi? aku kecek doh dengan dio semaley Pengguna tersebut telah menggunakan beberapa bahasa dialek Kelantan iaitu ‘kecek’ yang merujuk kepada bercakap, ‘ semaley ’ merujuk kepada semalam. Bahasa Melayu Standard : ‘ aku cakap dah dengan dia semalam ’ Penggunaan bahasa dialek ini telah menimbulkan isu makna yang berbeza. Keracunan Bahasa dikaitkan dengan daerah penggunaannya merupakan bentuk yang menyimpang daripada bentuk bahasa standard atau bentuk baku


Bahasa Melayu Baku kebiasaanya kita melihat penggunaan istilah ‘goreng pisang’ untuk merujuk kepada frasa nama ‘pisang yang digoreng’ , tetapi penggunaan istilah tersebut telah menyalahi hukum D-M. Hukum D-M digolongkan dalam frasa nama. Menurut Tatabahasa Dewan, hukum D-M adalah singkatan bagi (D) diterangkan dan (M) menerangkan. dalam hukum ini, unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua. seharusnya bentuk yang betul ialah ‘pisang goreng’ kerana merujuk kepada kata nama ‘pisang’ sedangkan kata ‘goreng’ merujuk kepada kata kerja. goreng pisang atau pisang goreng? Kesalahan penggunaan istilah


KATA PINJAMAN ASING Penyerapan bahasa asing wujud dalam tatabahasa Melayu. Namun terdapat perkataan yang diserap tidak sepenuhnya menggunakan ejaan yang sama. Oleh itu, ejaan perkataan dalam bahasa Melayu dan ejaan perkataan dalam Bahasa Arab adalah berbeza. infaq infak


Terima Kasih


Click to View FlipBook Version