The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU SKRAP TOKOH PEMIMPIN JOHOR SOH ZHONG YOU SJKC JABI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-10263839, 2021-04-14 05:14:34

BUKU SKRAP TOKOH PEMIMPIN JOHOR SOH ZHONG YOU SJKC JABI

BUKU SKRAP TOKOH PEMIMPIN JOHOR SOH ZHONG YOU SJKC JABI

DATO' SIR ONN BIN
DATO' JAAFAR

Nama: Soh Zhong You
Kelas: 5M

Alamat email: [email protected]
Alamat Sekolah: SJKC JABI, Pekan Jabi, 85000 Segamat, Johor

Pendahuluan

Buku Skrap Digital Tokoh Pemimpin Johor ini bertajuk Dato' Sir Onn Bin Dato’ Jaafar. Penulis telah
menghuraikan secara ringkas mengenai latar belakang dan kisah sejarah tokoh pemimpin ini dalam buku skarp ini.

Biodata Tokoh Pemimpin

 Nama: Dato’ Sir Onn Bin Dato’ Jaafar
 Tarikh Lahir: 12 Februari 1895

 Tempat Lahir: Jalan Gertak Merah, Bukit Gambir, Johor Bahru, Johor. Malaysia
 Tarikh Meninggal Dunia: 19 Januari 1962 (umur 66)

 Beliau merupakan pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
 Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Jun 1947 tetapi beliau telah meletakkan jawatan tiga tahun

kemudian iaitu pada 18 Mei 1950 untuk menumpukan perhatiannya kepada UMNO.

Pendidikan Tokoh Yang Dipilih

 Pada tahun 1901 , beliau menjadi anak angkat Sultan Ibrahim dan menghabiskan masa di Istana Johor. Beliau
mempelajari Bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris.

 Beliau belajar di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England pada tahun 1903. Beliau ke sana sebagai pengiring
putera-putera Sultan Johor.

 Beliau kembali ke Johor dengan perawakan Barat pada 25 Mac 1910.
 Beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Pada tahun 1910 sehingga1911.

Kerjaya Tokoh Yang Dipilih

 1911: Kerani sambilan di Jabatan Setiausaha Kerajaan Johor .
 1917: Menyertai Pasukan Tentera Johor dan ditempatkan di Pulau Belakang Mati, Singapura- markas JMF. Pangkat

Leftenan.
 1920: Bekerja semula di Pejabat Penasihat Johor tetapi dipecat oleh Sultan Ibrahim pada 31 Jun 1920 kerana

membidas baginda tanpa berselindung berkaitan isu harta.
 1922: Diterima bekerja semula sebagai penolong pegawai di Pejabat Tanah Johor kerana pujukan Tengku Ismail.
 1923: Pegawai di Pejabat Tanah Muar.
 1924: Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dengan gaji RM1440.00.
 1927: Pindah ke Johor Bahru dengan jawatan yang sama. Pegawai British menahan elaun RM200.00 setahun, tidak

diberi motokar kerajaan dan tidak disediakan rumah kerajaan sedangkan pegawai British mendapat pelbagai
kemudahan.

Kerjaya Tokoh Yang Dipilih

 1927-1936: Dibuang negeri ke Singapura oleh Sultan Ibrahim kerana menyiarkan berita Sultan Ibrahim
memperalatkan JMF sebagai buruh paksa dalam akhbar Sunday Mirror. Sultan Ibrahim membina padang
lumba kuda dan membuka ladang di Pagoh, Tasek Utara dan Pasir Pelangi menggunakan JMF.

 1930-1936 (umur 35): Bertugas sebagai wartawan akhbar-akhbar Melayu di Singapura
 1934 (umur 39): Menjadi pengarang Lembaga Malaya dan harian Lembaga.
 1936-1941: Menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor
 1942 – 1945: Menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor
 1945-1946: Menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat
 1946-1949: Memimpin Pergerakan Melayu Semenanjung, Johor.
 1946: Menganjurkan Kongres Melayu 1946

Kerjaya Tokoh Yang Dipilih

 1946-1951: (umur 52): Menubuhkan UMNO dan menjadii presidennya yang pertama. Beliau dilantik sebagai Menteri
Besar Johor pada 1 Jun 1947.

 1949 : (umur 54): Meletakkan jawatan Menteri Besar Johor dan menumpukan perhatian kepada UMNO.
 1951: Pengerusi Rural and Industrial Development Authority (RIDA).
 1951 (umur 56): Cadangan membuka keahlian UMNO kepada semua kaum telah ditolak. Maka Dato' Onn

meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dalam persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam pada 25 dan 26
Ogos 1951.
 1951: Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
 1954 (umur 59): Menubuhkan Parti Negara mengganti Parti Kemerdekaan Malaya. Tujuan penubuhan parti tersebut
adalah untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1955.

Kerjaya Tokoh Yang Dipilih

 1955: Tewas dalam Pilihan raya Persekutuan 1955 kepada calon Parti Perikatan, Dato' Suleiman Abdul Rahman
 1959: Ahli Dewan Rakyat - sebagai anggota pembangkang (dikatakan menyertai PAS).
 1959 (umur 64): Mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam pilihan raya

Persekutuan.

Sumbangan Tokoh Yang Dipilih

i) Pengasas UMNO

 Pada 1 - 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur untuk
menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai
ancaman terhadap hak Keistimewaan orang Melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu. Hasil daripada mesyuarat
ini, sebuah badan yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru
pada 1 Mei 1946. Disebabkan beliau amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu, kongres itu melantik beliau
sebagai presiden pertama.

 Pada 1 Jun 1947, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian, beliau meletakkan jawatan untuk
menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk
membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948
mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa
Melayu.

Sumbangan Tokoh Yang Dipilih

 Beliau kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau anggap sebagai dasar-dasar perkauman UMNO serta
mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu tanpa mengira kaum dan
nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab
cadangan itu ditentang, beliau meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis
Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 hingga 26 Ogos 1951.

Sumbangan Tokoh Yang Dipilih

ii) Pengasas Parti Kemerdekaan Malaya dan Parti Negara
 Beliau kemudiannya menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951. Malangnya, parti tersebut

tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu.
 Pada tahun 1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan

raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Parti Negara menyekatkan keahlian bukan
orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada orang-orang Melayu. Walaupun demikian,
partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu.
 Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya
Umum 1959 dengan bantuan parti PAS.



Nilai Kepimpinan Yang Boleh Dicontohi
Oleh Generasi Sekarang

Sifat-sifat kepimpinan Dato’ Sir Onn Bin Dato’ Jaafar yang boleh dijadikan teladan generasi kini seperti yang
tertera di bawah:

 Kegigihan dan kesungguhan beliau dalam penentangan Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman
terhadap hak istimewa orang Melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu.

 Sikap beliau yang sanggup berkorban dan aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu Kongres dalam
penentangan Malayan Union.

 Sikap bertanggungjawab dan kenegaraan beliau dalam usaha berjaya untuk membubarkan Malayan Union dan diganti
dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan
memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu.

Nilai Kepimpinan Yang Boleh Dicontohi
Oleh Generasi Sekarang

 Bersikap penyayang dan adil saksama di mana beliau telah mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua
penduduk Tanah Melayu tanpa mengira kaum dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan
Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Malahan beliau sanggup meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO dalam
persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 hingga 26 Ogos 1951 disebabkan cadangan beliau
telah ditolak.

Dato' Sir Onn bin Dato' Jaafar (12 Februari 1895 – 19 Januari 1962) merupakan pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Belia

Penutup / Kesimpulan

 Dato' Sir Onn bin Dato' Jaafar (12 Februari 1895 – 19 Januari 1962) merupakan pengasas dan Presiden Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

 Beliau bertanggungjawab dalam mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-
syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu.

Sumber Rujukan

1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafar
2. 'Dato Onn Jaafar, peranannya didalam politik dan pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu, 1895-1962' oleh [[Ramlah

Adam' ;Gateway Pub. House, 1987 , hlm 8.
3. Warta Malaya, penyambung lidah bangsa Melayu, 1930-1941' oleh Zulkipli bin Mahmud ;Jabatan Sejarah, Universiti

Kebangsaan Malaysia ; 1979.
4. Forgotten Armies: The Fall of British Asia, 1941-1945' oleh Christopher Alan Bayly, Timothy Norman Harper.
5. 'Across the Causeway: A Multi-dimensional Study' oleh Takashi Shiraishi ;2009 ; hlm 131.

Sumber Rujukan

6. 'Dato' Onn Ja'afar, pengasas kemerdekaan' oleh Ramlah Adam; Dewan Bahasa dan Pustaka ; 1992 ;hlm 25
7. 'UMNO, organisasi dan kegiatan, 1945-1951;Ramlah Adam ; 1978 ;hlm 102
8. Pengemudi Bahtera Merdeka Johor. Abu Bakar bin Abdul Hamid, Zam Ismail, 1943-, Kamdi Kamil, 1949- (ed.

1st). Johor Bahru, Johor: Yayasan Warisan Johor. 2012. m/s. 73. ISBN 978-983-2440-46-8. OCLC 870691698.
9. ^ "Perak honours six with posthumous awards". The Star (dalam bahasa Inggeris). 28 November 2015.

Dicapai pada 12 November 2019.


Click to View FlipBook Version