UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SK TAUN GUSI
PANDUAN
KE SEKOLAH MENENGAH
10 PETUA
SEBELUM MELANGKAH KE SEKOLAH MENENGAH
• Cari maklumat awal sekolah yang akan dimasuki.
• Tetapkan matlamat.
• Bersedia dari segi fizikal dan mental.
• Cepat sesuaikan diri.
• Hormati senior.
• Jauhi kumpulan yang bermasalah di sekolah.
• Kenal pasti rakan yang sesuai dijadikan sahabat.
• Kuasai subjek yang diajar oleh guru.
• Setiap guru wataknya berbeza-beza.
• Segera melaporkan sekiranya anda dibuli.
1. CARI MAKLUMAT AWAL SEKOLAH
YANG AKAN DIMASUKI
• Perkara ini agak penting supaya anak murid
tidak berasa janggal ketika melangkah kaki ke
sana. Maklumat awal akan menjadikan kamu
lebih tenang kerana tempat yang baru pasti
menjadikan kamu berasa asing dan serba tidak
tahu sehinggakan kamu jadi gelisah.
2. TETAPKAN MATLAMAT
• Kamu perlu tahu apa yang hendak dicapai
supaya kamu dapat fokus kepada matlamat
tersebut. Tanpa matlamat yang jelas, kamu
akan tercari-cari jalan mana yang hendak dituju
dan apakah penghujungnya.
3. BERSEDIA DARI SEGI FIZIKAL
DAN MENTAL
• Belajar di sekolah menengah memang
mencabar. Jika di sekolah rendah subjek
utamanya terdiri daripada bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, namun
di Sekolah menengah lebih banyak lagi. Subjek
yang banyak itu sudah tentu akan memenatkan
badan dan otak anda. Pasti tekanan akan
berbeza berbanding semasa di sekolah rendah.
4. CEPAT SESUAIKAN DIRI
• Buang segera sifat keanak-anakan yang masih
dibawa daripada sekolah rendah. Tunjukkan
anda pelajar yang sudah matang dan
berkeyakinan. Budaya belajar disuap guru tidak
sesuai lagi di sekolah menengah. Para pelajar
perlu belajar membuat nota dan mencari
maklumat yang berkaitan mengenai apa yang
dipelajari untuk meningkatkan kefahaman.
5. HORMATI PELAJAR SENIOR
• Anda peru faham, para pelajar senior di
sekolah menengah lebih besar dan mencabar
ragamnya. Jangan cepat sentap apabila ditegur
mereka. Tunjukkan anda sudah matang dan
layak dilayan seperti remaja lain yang berada di
sekolah menengah. . Tunjukkan sikap yang
menggambarkan anda menghormat mereka
melalui tutur kata dan gerak badan anda.
6. JAUHI KUMPULAN YANG
BERMASALAH DI SEKOLAH
• Di mana-mana sekolah pun, mungkin ada
segolongan pelajar yang sering menimbulkan
masalah kepada pihak sekolah. Sekiranya anda
melihat kumpulan yang sebegini di sekolah,
jauhi mereka. Tumpukan kepada matlamat
anda ke sekolah. Sekiranya anda terpengaruh
dengan mereka, diri sendiri yang akan rugi.
7. KENAL PASTI RAKAN YANG
SESUAI DIJADIKAN SAHABAT
BAIK
• Di awal persekolahan, anda akan bertemu
dengan pelajar yang sudah dikenali di sekolah
rendah dan pelajar yang belum pernah
ditemui. Dalam tempoh awal persekolahan itu,
berkawanlah dengan semua orang dan dalam
masa yang sama kenalpasti mereka yang sesuai
dijadikan sahabat. Kesilapan memilih kawan,
mungkin akan membawa anda kepada jalan
yang salah dan merugikan.
8. KUASAI SUBJEK YANG DIAJAR
OLEH GURU
• Kebanyakan subjek adalah sukar dan
berkesinambungan dengan tingkatan yang akan
datang. Jika asasnya lemah, untuk jangka masa
panjang ia tidak baik untuk anda. Oleh itu, jika
tidak faham, segera bertindak untuk
menguasainya dengan cara berjumpa dengan
guru atau bertanya kepada rakan-rakan. Jangan
biarkan masalah itu berlarutan.
9. SETIAP GURU WATAKNYA
BERBEZA-BEZA
• Semua guru ingin melihat anak didiknya
berjaya. Namun begitu kita perlu faham
bahawa watak mereka tidak semestinya sama.
Atas sebab itu kita tidak boleh melayan guru
dengan cara kita. Sebaiknya, biarlah cara
berkomunikasi dengan guru itu secara formal
jika belum biasa dengannya. Jagalah tutur kata
serta sikap sepanjang berinteraksi dengan guru.
10. SEGERA MELAPORKAN
SEKIRANYA ANDA DIBULI
• Kita harap anda tidak berdiam diri andai dibuli,
diugut dan sebagainya. Segeralah melaporkan
kepada guru. Janganlah takut kerana undang-
undang akan melindungi anda. Ketangkasan
bertindak bukan sahaja dapat melindungi anda,
malah dapat melindungi pelajar lain daripada
diganggu pada masa hadapan.
SEKIAN,
TERIMA KASIH