The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FINAL BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL KUALA KRAI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2018-11-21 13:46:53

FINAL BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL KUALA KRAI

FINAL BUKU PERATURAN KOLEJ VOKASIONAL KUALA KRAI

KOLEJ VOKASIONAL KUALA KRAI
18000 KUALA KRAI, KELANTAN
Tel : 09-9602400 Faks : 099669677

BUKU PERATURAN DAN PANDUAN MURID

BUTIR-BUTIR DIRI

Nama : Tempat Lahir :

No. Kad Pengenalan : Alamat :

Gambar Kursus : Poskod :
Pelajar Jantina : Nama Ibu/ Bapa/ Penjaga

Tarikh Lahir : No. Telefon (R):
No HP Ibu/Bapa:

No HP Pelajar :

IKRAR PELAJAR

Maka kami,
Pelajar Kolej Vokasional Kuala Krai,

Dengan ini berikrar,
Akan mematuhi segala peraturan sekolah,

Menghormati ibu bapa,
Guru – guru,

Dan seluruh warga kolej,
Berusaha mencapai kecemerlangan sahsiah,

Akademik dan kokurikulum,
Menjaga dan menjulang imej kolej.

SENARAI KANDUNGAN HALAMAN
PERKARA i
Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaaan ii
Visi , Misi dan Lambang Kolej 1
Peraturan Kolej 26
Peraturan Asrama 37
Hukuman dan Tindakan
Lampiran:
Lampiran 1A : Pakaian Pelajar SVM
Lampiran 1B: Pakaian Pelajar DVM
Lampiran 2 : Rambut Pelajar Lelaki
Lampiran 3 : SOP Hukuman Salahlaku Asrama Kes Kecil
Lampiran 4 : SOP Hukuman Salahlaku Kes Sederhana Dan Berat

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA NEGARA KITA Maka kami,
MALAYSIA MENDUKUNG CITA-CITA Rakyat Malaysia berikrar,

HENDAK Akan menumpukan seluruh tenaga
Dan usaha kami untuk mencapai
Mencapai perpaduan yang lebih erat
Di kalangan seluruh masyarakat yang Cita – cita tersebut
Adil di mana kemakmuran negara akan Berdasarkan atas prinsip – prinsip
Dapat dinikmati bersama secara adil
Yang berikut :
Dan saksama
1. Kepercayaan kepada tuhan,
Menjamin satu cara yang liberal 2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara,
Terhadap tradisi – tradisi kebudayaan 3. Keluruhan Perlembagaan,
4. Kedaulatan Undang-undang,
Yang akan menggunakan sains dan 5. Kesopanan dan Kesusilaan.
Teknologi moden.

FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
Berterusan ke arah lebih

Memperkembangkan potensi individu
Secara menyeluruh dan bersepadu untuk

Melahirkan insan yang seimbang dan
Harmonis dari segi intelek, rohani, emosi,
Dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

Kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bertujuan untuk
Melahirkan warganegara Malaysia yang
Berilmu pengetahuan, berketerampilan ,berakhlak mulia,
Bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

Serta memberi sumbangan terhadap
Keharmonian dan kemakmuran keluarga,

Masyarakat dan Negara.

i

Visi Kolej

Peneraju Pendidikan Vokasional Yang Unggul
Misi Kolej

Memperkasa Pendidikan Teknik dan Vokasional melalui
perlaksanaan program yang berkualiti

Lambang/ Warna Maksud

Roda gear Kursus Kejuruteraan Mekanikal dan Vokasional.

Jangka Ukur Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

Komputer Mata pelajaran komputer dan kemajuan teknologi ICT

Batu Bata Kejuruteraan Awam dan Binaan Bangunan.

Lambang kolej Buku Sumber pengetahuan

Kuning Melambangkan keharmonian tinggi yang dipancarkan
melalui akhlak dan nilai-nilai murni berteraskan
kepatuhan kepada Tuhan.

Warna Biru Melambangkan keharmonian serta kesepaduan cita-cita
ke arah kecemerlangan.

Warna Merah Melambangkan keberanian menghadapi sebarang
cabaran dengan minda yang cerdas dan fizikal yang

cergas.

Warna Oren Melambangkan kerjasama antara warga kolej dan
pelajar dalam mencapai cita-cita dan kejayaan yang
gemilang.

ii

PERATURAN KOLEJ

1. WAKTU PEMBELAJARAN KOLEJ : 08.00 pagi – 05.00 petang
1.1 Ahad hingga Rabu : 08.00 pagi – 02.30 tengahari
Khamis

Nota : Waktu pembelajaran tersebut di atas tertakluk kepada sebarang pindaan yang akan
dimaklumkan dari masa ke semasa.

1.2 Pelajar mesti berada di kolej 15 minit sebelum waktu pembelajaran bermula.

1.3 Pelajar yang datang lewat ke kolej tanpa sebab yang munasabah akan diambil
tindakan disiplin.

1.4 Pelajar yang lewat perlulah melapor diri kepada Pengarah Kolej / Pensyarah yang
dipertanggungjawabkan untuk mendapatkan slip kebenaran masuk ke kelas.

1.5 Slip kebenaran ini perlu ditunjukkan kepada pensyarah yang sedang mengajar dan
seterusnya diserahkan kepada penyelaras kelas.

1.6 Pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan kolej melainkan dengan kebenaran
bertulis daripada Pengarah Kolej/ Timbalan Pengarah semasa waktu pembelajaran.

1.7 Pelajar yang tidak hadir ke kolej mestilah membawa sijil sakit. Jika tidak, ibu bapa/
penjaga pelajar tersebut mesti datang ke sekolah untuk menyerahkan surat
ketidakhadiran sebagai pengesahan. Ibu bapa/ penjaga yang gagal berbuat demikian
akan menyebabkan anak jagaannya dianggap sebagai ponteng.

1.8 Pelajar yang hendak balik ke rumah atas sebab sakit, kematian atau kecemasan
hendaklah mengisi borang di bilik disiplin dan diserahkan kepada pensyarah bertugas.

2. WAKTU PERHIMPUNAN
2.1 Perhimpunan Rasmi

2.1.1 Perhimpunan rasmi diadakan pada setiap hari Isnin di Dewan Anggerik jam
08.00 pagi.

2.1.2 Sebulan sekali pada hari Isnin di adakan solat Dhuha dan Hajat di Surau
Al-Hidayah.

2.2 Perhimpunan Harian

2.2.1 Perhimpunan Harian diadakan pada setiap hari bermula pada jam
07.45 pagi. (Ahad, Selasa, Rabu dan Khamis, bacaan surah pilihan)

1

2.2.2 Perhimpunan diadakan di Dewan Anggerik.
2.2.3 Kehadiran harian akan diambil oleh pensyarah penasihat atau ketua kelas

2.3 Semua pelajar mesti berbaris lurus dalam keadaan senyap mengikut kelas masing-
masing.

2.4 Pelajar mesti berdiri tegak, senyap dan meletakkan beg di bawah semasa lagu
kebangsaan, lagu negeri dan lagu kolej dinyanyikan.

2.5 Semua pelajar diwajibkan hadir pada setiap perhimpunan dan tindakan disiplin akan
diambil sekiranya tidak hadir tanpa sebab yang munasabah.

2.6 Semua pelajar mesti menyanyi dan bacaan ikrar dengan kuat dan bersemangat.
2.7 Semua pelajar mesti beratur dalam keadaan senyap ketika bersurai daripada

perhimpunan dan terus ke kelas masing-masing.

3. WAKTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
3.1 Keluar masuk kelas adalah dilarang sama sekali semasa ketiadaan pensyarah.
3.2 Pelajar perlu menjaga kebersihan kelas/ bengkel/ makmal masing-masing.
3.3 Pelajar perlu sentiasa bersedia untuk belajar dan melakukan aktiviti berfaedah
seperti membaca semasa menunggu pensyarah masuk ke kelas.
3.4 Pelajar tidak dibenarkan pergi ke tandas pada waktu pertama, waktu sebelum/
selepas rehat dan waktu terakhir kecuali mereka benar-benar dalam kecemasan.
3.5 Pelajar SVM perlu berada di dalam kelas yang telah ditetapkan sepanjang tempoh
PdP kecuali ke bengkel atau makmal.

4. WAKTU PENDIDIKAN JASMANI
4.1 Semua pelajar perlu berpakaian pendidikan jasmani seperti surat rujukan
Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. (49) bertarikh 26 Julai 2010.
4.2 Semua pelajar tidak boleh berada di kelas/ bengkel/ makmal ketika aktiviti
Pendidikan Jasmani dijalankan.
4.3 Semua barang berharga hendaklah diserahkan kepada pensyarah.
4.4 Pelajar yang menghidap penyakit kronik dan telah disahkan oleh doktor dikecualikan
dari mengikuti aktiviti yang dijalankan.

2

5. WAKTU REHAT
5.1 Ahad - Khamis : 10.00 pagi – 11.00 pagi
5.2 Waktu senggang hendaklah diisi dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat dan berkaitan
dengan pembelajaran.
5.3 Pelajar perlu beratur ketika membeli makanan dan tidak berebut-rebut. Pelajar
dilarang berlari-lari dan membuat bising di kantin.
5.4 Pelajar hanya dibenarkan membeli makanan dan minuman dari kantin kolej pada
waktu rehat atau dengan kebenaran Pengarah/ Timbalan Pengarah/ Pensyarah.
5.5 Makanan dan minuman perlulah dibeli di kantin sahaja.
5.6 Setiap pelajar perlu mengamalkan adab sopan semasa makan dan minum.
5.7 Pelajar dilarang sama sekali membawa makanan ringan, minuman berkarbonat dan
minuman yang mengandungi alkohol/ bahan yang mengkhayalkan.
5.8 Semua sampah sarap dan sisa makanan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah.

6. WAKTU BALIK
6.1 Pelajar perlu memastikan kelas/ bengkel/ makmal berada di dalam keadaan yang
kemas dan bersih. Kerusi dan meja disusun dengan teratur. Kelas/ bengkel/ makmal
disapu dan sampah dibuang dalam bakul sampah. Papan putih telah dibersihkan.
6.2 Pastikan semua kipas, lampu dan pintu serta tingkap ditutup sebelum ditinggalkan.
6.3 Pastikan semua buku-buku/ peralatan-peralatan disimpan loker atau di tempat yang
telah disediakan.
6.4 Pelajar perlu mematuhi peraturan lalu lintas di jalan raya.

7. WAKTU KOKURIKULUM
7.1 Masa aktiviti ko-kurikulum adalah pada hari Rabu, dari jam 3.00 petang – 5.00 petang.
7.2 Setiap pelajar digalakkan mengambil bahagian dalam kegiatan ko-kurikulum
melainkan mendapat pengesahan dari doktor.
7.3 Pelajar digalakkan menyertai tiga (3) gerak kerja kokurikulum iaitu :
7.3.1 Persatuan / Kelab
7.3.2 Badan Beruniform
7.3.3 Sukan dan permainan
7.4 Pihak kolej akan mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir tanpa sebab
yang munasabah.

3

8. KAWASAN LARANGAN BAGIPELAJAR
8.1 Dalam Kawasan Kolej
8.1.1 Pejabat kecuali dengan urusan rasmi.

8.1.2 Bilik Pengarah Kolej, bilik pensyarah, tandas pensyarah, bilik perwakilan
pelajar kecuali dengan kebenaran pihak yang berkenaan.

8.1.3 Bilik Makmal Sains, bengkel-bengkel, bilik sukan, bilik rawatan, bilik
kaunseling, bilik eletrik, bilik stor, dan pentas kecuali dengan kebenaran.
8.1.4 Kawasan rumah warden.
8.1.5 Pondok pengawal.
8.1.6 Tempat letak kereta atau motosikal pensyarah dan pelajar

8.1.7 Dalam kawasan kolej setelah jam 5.30 petang melainkan ada aktiviti
bersama pensyarah.

8.2 Luar Kawasan Kolej

8.2.1 Pejabat Pendidikan Negeri, Kementerian Pelajaran kecuali dengan ibu bapa/
penjaga atau dengan kebenaran bertulis daripada Pengarah dan dengan
pakaian rasmi kolej yang lengkap.

8.2.2 Kawasan hiburan seperti Kelab-kelab Disko, Arked Video, Pusat Snoker dan
sebagainya pada bila-bila masa.

9. PAKAIAN SERAGAM
9.1 Pakaian Seragam Pelajar Lelaki
9.1.1 Baju

9.1.1.1 Baju kemeja korporat berwarna oren (SVM) berlengan
pendek (Rujuk lampiran 1A) dan merah (DVM) berlengan
pendek (Rujuk Lampiran 1B).

9.1.1.2 Baju perlu sentiasa dimasukkan ke dalam seluar dan lengan baju
tidak boleh dilipat.

9.1.1.3 Butang baju perlu dikancing sehingga butang kedua dari atas dan
tidak melebihi 4 cm dari pangkal leher.

9.1.1.4 Pelajar dilarang memakai kemeja T (T-shirt) dalam kemeja korporat.
Hanya T-shirt bengkel masing-masing tanpa sebarang corak sahaja
dibenarkan untuk dipakai di dalam kemeja korporat.

4

9.1.1.5 Baju yang ketat dan mengikut susuk tubuh adalah dilarang. Segala
bentuk peralatan perhiasan tidak boleh dilekatkan pada kemeja
korporat.

9.1.1.6 Baju korporat mestilah lengkap dengan lencana kolej .
(Rujuk Lampiran 1A).

9.1.2 Seluar
9.1.2.1 Seluar bagi pelajar lelaki adalah seluar panjang (straight cut)
berwarna hitam (Lampiran 1B).
9.1.2.2 Seluar potongan jeans/seluar jean dan berfesyen adalah tidak
dibenarkan.
9.1.2.3 Seluar yang singkat, ketat, sempit, terlalu longgar, serta berkaki
lebar, berfesyen dan ‘plit’ yang melebihi 4 (2 kiri dan 2 kanan) tidak
dibenarkan.
9.1.2.4 Ukur lilit kaki seluar mestilah di antara 16-17 inci atau 42 cm.
9.1.2.5 Poket yang bertampal tidak dibenarkan.
9.1.2.6 Sebarang pelekat atau tampalan lukisan, hiasan atau contengan
pada seluar adalah dilarang.
9.1.2.7 Poket seluar tidak boleh melebihi dari empat (4). Dua bahagian sisi
pinggang dan dua poket lagi di bahagian belakang.
9.1.2.8 Pelajar tidak dibenarkan memakai seluar yang mempunyai poket di
sisi lutut.
9.1.2.9 Poket-poket tambahan selain yang disebutkan adalah tidak
dibenarkan.

9.1.3 Tali Pinggang
9.1.3.1 Pelajar lelaki mestilah memakai tali pinggang ketika memakai
uniform korporat kolej.
9.1.3.2 Tali pinggang mestilah berwarna hitam atau gelap dan tidak
bercorak serta kepalanya tidak terlampau besar ataupun berhias.
9.1.3.3 Lebar kepala tali pinggang mestilah tidak melebihi dari 3.5 cm.

5

9.2 Pakaian Seragam Pelajar Perempuan
9.2.1 Baju dan kain
9.2.1.1 Baju uniform korporat berwarna oren (SVM) (Rujuk Lampiran 1A)
dan merah/maroon (DVM) (Rujuk Lampran 1B).
9.2.1.2 Baju perlu sentiasa dibiarkan keluar.
9.2.1.3 Butang baju perlu dikancing sehingga butang atas.

9.2.1.4 Pelajar dilarang memakai kemeja T (T-shirt) dalam uniform korporat.
Hanya T-shirt bengkel masing-masing tanpa sebarang corak sahaja
dibenarkan untuk dipakai di dalam uniform korporat.

9.2.1.5 Baju yang ketat adalah dilarang. Segala bentuk peralatan perhiasan
tidak boleh dilekatkan pada uniform korporat.

9.2.1.6 Uniform korporat mestilah lengkap dengan lencana
kolej (Rujuk Lampiran 1A).

9.2.1.7 Kain adalah kain hitam potongan A atau potong A bersusun belakang.

9.2.2 Tudung

9.2.2.1 Pelajar perempuan yang beragama Islam diwajibkan memakai
tudung dengan syarat tudung berwarna hitam berbentuk segi tiga.

9.2.3 Lencana
9.2.3.1 Lencana kolej perlulah dijahit pada uniform korporat kolej.
9.2.3.2 Lencana dari institusi-institusi yang lain tidak dibenarkan dipakai.

9.3 Kasut dan Stoking

9.3.1 Pelajar ketukangan wajib memakai safety boot hitam.Manakala pelajar ict
dan seni reka wajib memakai kasut hitam bertali yang diperbuat dari kulit
atau bahan sintetik.

9.3.2 Kasut-kasut berfesyen, mempunyai lambang dan jalur yang berwarna selain
daripada hitam serta kasut sukan tidak dibenarkan.

9.3.3 Pelajar perlulah memakai stoking / sarung kaki hitam paras tengah betis.

Sarung kaki hitam yang berjalur, bercorak dan berlogo tidak dibenarkan.

10. Pakaian Ketika Bersenam Dan Bersukan
10.1 Ketika menjalani aktiviti Pendidikan Jasmani dan bersukan, murid digalakkan
memakai seluar panjang jenis track-bottom berwarna hitam atau biru tua.

6

10.2 Pakaian yang tidak sopan dan mencolok mata seperti terlalu ketat, singkat dan
mendedahkan bahagian badan yang tidak sepatutnya tidak dibenarkan.

10.3 Pemakaian pakaian bersenam dan bersukan di luar masa senaman, sukan dan aktiviti
kokurikulum tidak dibenarkan.

11. RAMBUT
11.1 Pelajar Lelaki
11.1.1 Rambut mestilah selalu bersih dan kemas.
11.1.2 Tidak dibenarkan mengerinting, mewarna atau menggayakannya.

11.1.3 Panjang rambut tidak boleh dari paras yang ditetapkan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia (Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1976).

Istilah rambut panjang adalah seperti berikut :

(a) Di belakang : Rambut jatuh melebihi garisan di bawah cuping dua telinga.

(b) Di depan : Rambut menutup garisan tengah dahi.

(c) Di sebelah : Rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagian

daripadanya ‘sideburn’ melebihi garisan tengah hidung.

(d) Di atas : Rambut lebih daripada 4 inci/ 12 cm panjang.

(Rujuk Lampiran 2)

11.1.4 Murid lelaki beragama Sikh boleh berambut panjang jika mereka memakai

serban (turban); yang tidak berserban, peraturan adalah sama seperti yang

ditetapkan.

11.1.5 Potongan rambut tidak boleh mengikut fesyen semasa seperti punk, berekor,

skin cut, dan sebagainya (Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1976).

11.1.6 Pakaian seragam yang melambangkan identiti khas seperti lencana

dan pakaian yang menjadi tradisi sesebuah kolej hendaklah dipakai dengan

kemas.

11.2 Pelajar Perempuan
11.2.1 Rambut mesti selalu bersih dan kemas.
11.2.2 Tidak dibenarkan mewarna atau menggayakan rambut.

11.2.3 Rambut perlulah jangan jatuh sehingga ke bahu. Pelajar yang berambut
panjang perlulah mengikatnya sebagai tocang (plait) atau ponytail dengan
menggunakan reben putih, biru, atau hitam sahaja.

7

11.2.4 Potongan rambut tidak boleh mengikut fesyen semasa seperti punk,
berekor, skin cut dan sebagainya (Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1976).

11.2.5 Pelajar perempuan Islam diwajibkan memakai tudung/ mini telekung seperti
mana dinyatakan dalam Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1983, para 2.1.2 dan 2.2.2.

11.2.6 Pelajar tidak dibenarkan mencukur/ mencabut bulu kening.

12. KEKEMASAN DIRI
12.1 Misai dan Janggut
12.1.1 Pelajar lelaki tidak boleh menyimpan/ memakai misai atau janggut atau
jambang atau ketiga-tiganya. Istilah misai tidak termasuk bulu roma yang
mula tumbuh di atas bibir pelajar-pelajar lelaki yang beransur balig
12.2 Kuku
12.2.1 Pelajar mesti berkuku pendek dan dilarang memakai pengilat atau pewarna
kuku.

12.3 Alat Solek
12.3.1 Penggunaan alat solek (make-up) adalah dilarang sama sekali.

12.4 Subang
12.4.1 Hanya dibenarkan kepada pelajar perempuan sahaja.
12.4.2 Ukuran subang tidak melebihi diameter 0.5 cm dan berwarna putih atau
emas sahaja.
12.4.3 Hanya satu subang sahaja yang dibenarkan pada setiap telinga dan perlulah
dipakai di bahagian bawah cuping telinga.
12.4.4 Subang berfesyen tidak dibenarkan.

12.5 Barang Kemas/ Perhiasan
12.5.1 Pelajar tidak dibenarkan memakai/ membawa barang kemas atau perhiasan
ke kolej.

8

13. Umum
13.1 Pelajar mesti menampilkan keceriaan, kekemasan dan kerapian dalam berpakaian.

13.2 Pelajar mesti menunjukkan tahap pengurusan diri yang tinggi (Pekeliling
Ikhtisas 2/1996).

13.3 Pelajar lelaki dibenarkan memakai songkok atau kupiah keras yang berwarna hitam
sahaja.

14. ADAB SOPAN / KEPERIBADIAN /TINGKAH LAKU
14.1 Tingkah laku pelajar yang dilarang di Kolej
14.1.1 Tingkah laku lucah atau biadap
14.1.2 Tidak menghormati Pengarah Kolej/ Pensyarah/ Perwakilan Pelajar/
Pelawat/ Kakitangan Kolej.
14.1.3 Memiliki, membawa atau menyebarkan bahan bacaan atau gambar lucah.
14.1.4 Bercumbu-cumbuan.
14.1.5 Melukis atau memiliki gambar lucah atau menulis kata-kata lucah.
14.1.6 Melakukan perbuatan yang boleh dirangkumkan sebagai sumbang atau lucah.
14.1.7 Melayan pelajar berlainan/ sama jantina di tempat-tempat terpencil/
tersembunyi.
14.1.8 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh
Pengarah Kolej/ Unit Hal Ehwal Pelajar/ Unit Disipilin Kolej.

14.2 Tingkah laku anti sosial
14.2.1 Mencemarkan kawasan dan bangunan kolej.
14.2.2 Bergaduh dan berkelahi.
14.2.3 Menyalahgunakan kuasa/ kemudahan kolej yang diamanahkan.
14.2.4 Bermain dengan alat-alat permainan di dalam kelas.
14.2.5 Membaling atau melambung barang-barang yang membahayakan.
14.2.6 Meludah merata-rata.
14.2.7 Menarik diri daripada kegiatan kokurikulum atau daripada mewakili kolej/
negeri/ Negara dalam sebarang aktiviti.
14.2.8 Tidak menghadiri sebarang rancangan kokurikulum yang telah diatur
(Mesyuarat Agung, mesyuarat jawatankuasa, kegiatan amal, latihan dan
lain-lain).

9

14.2.9 Bersubahat/ menyuruh pelajar lain keluar dari kawasan kolej tanpa
kebenaran.

14.2.10 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh
Pengarah Kolej/ Unit Hal Ehwal Pelajar/ Unit Disiplin Kolej.

14.3 Perbuatan curang atau tingkah laku tidak jujur
14.3.1 Meniru dalam ujian atau peperiksaan.
14.3.2 Meniru tandatangan ibubapa/ penjaga/ Pengarah Kolej/ pensyarah.
14.3.3 Bercakap bohong.
14.3.4 Mengubah markah ujian/ peperiksaan.
14.3.5 Memiliki atau menggunakan alat-alat kepunyaan kolej tanpa kebenaran.
14.3.6 Menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi agen perniagaan.
14.3.7 Masuk ke bilik pensyarah tanpa kebenaran.
14.3.8 Tidak menyelesaikan kerja/ tugasan yang diberikan oleh pensyarah.
14.3.9 Membawa keluar sebarang peralatan kelas seperti meja, kerusi dan lain-lain
kecuali dengan arahan dan kebenaran.
14.3.10 Menyalahgunakan nama Pengarah Kolej untuk kepentingan diri.
14.3.11 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh
Pengarah Kolej/ Unit Hal Ehwal Pelajar/ Unit Disiplin Kolej.

14.4 Tingkah laku jenayah/ salah laku berat
14.4.1 Pelajar dilarang melakukan tingkah laku jenayah.
14.4.2 Menjadi anggota pertubuhan haram.
14.4.3 Membawa atau memiliki senjata berbahaya.
14.4.4 Memukul pelajar/ perwakilan pelajar/ kakitangan kolej/ pensyarah/
Pengarah Kolej.
14.4.5 Mengancam, mengugut Pengarah Kolej/ pensyarah/ perwakilan pelajar atau
pelajar lain.
14.4.6 Melibatkan diri dengan dadah/ inhalan.
14.4.7 Membawa, memiliki, atau meminum minuman yang mengandungi alkohol.
14.4.8 Melakukan pelacuran/ ragging.
14.4.9 Menulis kepada akhbar tanpa kebenaran dari pihak Pengarah Kolej.
14.4.10 Mencuri.
14.4.11 Membawa, memiliki atau menghisap rokok.

10

14.4.12 Melibatkan diri dengan sebarang bentuk perjudian.
14.4.13 Menimbulkan isu sensitif yang boleh menimbulkan kacau-bilau.

15. KELAKUAN PELAJAR DI KOLEJ
15.1 Kelakuan tidak sopan dan memalukan
15.1.1 Berbahasa kasar dan mencarut.
15.1.2 Tidak memberikan perhatian ketika pensyarah mengajar.
15.1.3 Berbual-bual tanpa memberikan perhatian ketika berada di dalam majlis/
ceramah/ syarahan/ seminar yang dianjurkan oleh persatuan atau pihak
kolej.
15.1.4 Berkelakuan sumbang (berpeluk, bercium, berdua-duaan dan lain-lain) di
dalam sebarang keadaan.
15.1.5 Mengambil makanan pelajar lain di kantin atau makan tanpa membayar
wang.
15.1.6 Keluar dari kelas tanpa kebenaran.
15.1.7 Makan atau minum di dalam kelas tanpa kebenaran.
15.1.8 Berpakaian mencolok mata.
15.1.9 Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh
Pengarah Kolej/ Pensyarah yang diberi kuasa.

16. ADAB
16.1 Adab Belajar
16.1.1 Belajar adalah suatu ibadah.
16.1.2 Gunakan setiap kesempatan yang ada untuk mendapatkan sesuatu ilmu
pengetahuan yang berguna.
16.1.3 Layani ilmu itu sebagaimana melayan seseorang yang mencari faedah.
Biasakan mempelajari ilmu itu dengan perbuatan terpuji.
16.1.4 Berikan sepenuh perhatian ketika pensyarah sedang mengajar.
16.1.5 Jangan melakukan tingkah laku yang kurang sopan, berbual-bual, membuat
bising, mengelamun, dan lain-lain perkara yang tidak berkaitan dengan
pelajaran ketika itu.

11

16.1.6 Jika ada sesuatu yang tidak faham, minta dengan hormat kepada pensyarah
agar dia mengulangi/ menjelaskan semula apa yang tidak difahami.

16.1.7 Peliharalah adab ketika bercakap dengan pensyarah/ kakitangan kolej.
16.1.8 Jangan bercakap dengan suara yang keras atau jangan membantah

sekiranya pensyarah mengabaikan permintaan anda.

16.2 Adab Bertemu Pensyarah
16.2.1 Dahulukan dengan ucapan salam apabila bertemu dengan pensyarah.
16.2.2 Jangan banyak bercakap di hadapan pensyarah, kecuali dengan izin/
permintaan pensyarah.
16.2.3 Bertanya apabila diizinkan oleh pensyarah.
16.2.4 Elakkan dari membantah pendapat pensyarah kecuali dibenarkan.
16.2.5 Elakkan memberi sebarang petanda bahawa anda lebih tahu dari pensyarah
kerana ini kurang sopan dan kurang berkat.
16.2.6 Tidak berpaling ke kiri dan kanan dengan tiada sebab.
16.2.7 Berdiri apabila pensyarah masuk ke kelas atau pensyarah datang
menghampiri atau apabila bertanya.
16.2.8 Jangan ada sifat buruk terhadap pensyarah.

16.3 Adab Perhimpunan/ Majlis Rasmi
16.3.1 Pelajar mestilah berada di dalam barisan kelas masing-masing dan
memelihara barisan agar teratur sepanjang masa.
16.3.2 Tidak dibenarkan bercakap/ bergurau/ membuat bising/ membaca bahan
yang tiada kaitan dengan acara perhimpunan atau majlis.
16.3.3 Memberikan tumpuan penuh kepada acara perhimpunan/ majlis.
16.3.4 Berpakaian kemas dan lengkap.
16.3.5 Tidak memberikan reaksi berlebihan dan melewati batas sopan santun.
16.3.6 Bersegera apabila nama dipanggil untuk sesuatu upacara/ penganugerahan.
16.3.7 Tidak meninggalkan perhimpunan/ majlis sehingga dibenarkan berbuat
demikian.
16.3.8 Hendaklah bergerak meninggalkan perhimpunan/ majlis dalam barisan,
kelas demi kelas.
16.3.9 Mematuhi segala arahan mengikut kesesuaian majlis.
16.3.10 Penggunaan telefon bimbit tidak dibenarkan.

12

17. KEMUDAHAN DAN HARTA BENDA KOLEJ
17.1 Kawasan Kolej
17.1.1 Semua pelajar perlu sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan kolej.
17.1.2 Sampah yang dijumpai hendaklah dipungut dan dibuang ke dalam tong
sampah yang disediakan.
17.1.3 Semua pelajar dilarang meludah di merata-rata tempat.
17.1.4 Semua pelajar dilarang menconteng dinding dengan sebarang bahan.
17.1.5 Semua pelajar dilarang mengotorkan kawasan kolej.
17.1.6 Dilarang memijak rumput di kawasan-kawasan larangan tertentu.

17.2 Bilik Kuliah/ Bengkel/ Makmal
17.2.1 Semua pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik kuliah/ makmal/
bengkel dan keselamatan alatan di dalamnya.
17.2.2 PIC perlu memastikan bilik kuliah/ bengkel/ makmal mempunyai jadual
tugas, jadual waktu, kedudukan pelajar masing-masing, inventori dan laluan
kecemasan semasa kebakaran.
17.2.3 Segala kerosakan dilaporkan segera kepada pensyarah penasihat/ PIC /
pensyarah bertugas.
17.2.4 Sebelum meninggalkan bilik kuliah/ makmal/ bengkel, kerusi/ meja mesti
disusun dengan teratur. Lampu dan kipas ditutup suisnya.
17.2.5 Semua pelajar tidak dibenarkan memindahkan kerusi/ meja perabot antara
bengkel/makmal/ bilik kuliah.
17.2.6 Tidak dibenarkan berada di dalam bilik kuliah/ makmal/ bengkel semasa
waktu rehat dan selepas sesi pembelajaran, kecuali dengan kebenaran
Pengarah, Timbalan Pengarah dan pensyarah.
17.2.7 Jangan menulis di papan putih dan bermain-main tanpa kebenaran
pensyarah. Bersihkan semua papan putih selepas digunakan.
17.2.8 Alatan di dalam bilik kuliah/ bengkel/ makmal tidak dibenarkan diubah
kedudukannya kecuali dengan kebenaran Pengarah/ Timbalan Pengarah
atau pensyarah.
17.2.9 Kerusi dan meja yang digunakan perlu dijaga kebersihannya dan tidak
diconteng.

13

17.2.10 Dilarang makan dan minum pada sebarang masa di dalam bilik kuliah/
bengkel/ makmal.

17.2.11 Ketua kelas harus menjaga ketenteraman dan keselamatan harta benda
dalam bilik kelas terutama semasa ketiadaan pensyarah.

17.3 Bilik-bilik Khas
17.3.1 Para pelajar perlu mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh
pihak kolej tentang penggunaan bilik-bilik khas.
17.3.2 Para pelajar perlu menghargai dan menjaga segala kemudahan yang
disediakan oleh pihak kolej.
17.3.3 Semua penyelaras bilik-bilik khas kolej hendaklah mencetak dan
mempamerkan peraturan bagi bilik-bilik khas di tempat yang mudah dilihat.

17.4 Peraturan Pusat Sumber
17.4.1 Semua pelajar perlu menjadi ahli pusat sumber. Semua pelajar perlu
mempunyai kad pinjaman sendiri yang tidak boleh dipindah milik.
17.4.2 Pelajar tidak dibenarkan membawa masuk beg atau buku ke pusat sumber.
17.4.3 Pelajar-pelajar dilarang :
 Membuat bising atau tidur.


  Makan atau minum.

 Membawa gunting atau pisau atau senjata-senjata tajam yang lain.


 Memasuki kaunter dan bilik kerja/ operasi Pusat Sumber.
17.4.4 Pelajar tidak dibenarkan mengambil mana-mana bahagian dalam buku-buku

di pusat sumber.
17.4.5 Buku bertanda merah (red spot) hanya boleh digunakan oleh pelajar di

dalam pusat sumber sahaja.
17.4.6 Buku yang dikeluarkan dari rak, mesti diletakkan ke tempat yang disediakan

selepas membaca.
17.4.7 Pelajar perlu memulangkan semula buku yang dipinjam dalam tempoh yang

ditetapkan.

14

17.4.8 Pihak pusat sumber akan mengenakan tindakan terhadap pelajar yang lewat
memulangkan buku, menghilangkan buku serta merosakkan harta benda
pusat sumber.

17.4.9 Kelas yang memasuki pusat sumber perlu diiringi oleh pensyarah.

17.5 Peraturan Makmal Sains/ Bengkel-bengkel/ Makmal Komputer/ Bilik Media
17.5.1 Sentiasa beratur ke Makmal/ Bengkel/ Bilik Media.
17.5.2 Beg tidak dibenarkan dibawa masuk.
17.5.3 Pelajar tidak dibenarkan masuk ke Makmal/ Bengkel/ Bilik Media tanpa
kehadiran/ kebenaran pensyarah.
17.5.4 Pelajar perlu sentiasa mematuhi peraturan keselamatan dan cara
penggunaan Makmal/ Bengkel/ Bilik Media.
17.5.5 Penggunaan peralatan adalah dibawah pengawasan/ kebenaran pensyarah.

17.6 Bilik Rawatan
17.6.1 Pelajar perlulah mendapatkan kebenaran bertulis dari Pengarah/ Timbalan
Pengarah atau pensyarah bertugas.
17.6.2 Sesiapa didapati berada di dalam bilik sakit tanpa kebenaran akan dikenakan
tindakan.
17.6.3 Pelajar yang sakit tidak boleh ditemani oleh pelajar lain kecuali dengan
kebenaran pensyarah/ kes-kes khas.

17.7 Stor Sukan/ Bilik PJK
17.7.1 Hanya pensyarah sahaja yang dibenarkan membuat pinjaman alatan dan
bertanggungjawab ke atas penggunaan dan pemulangan semula alatan
tersebut.
17.7.2 Peminjaman alatan hendaklah direkodkan ke dalam buku pinjaman alatan.
17.7.3 Alatan di stor harus disusun dan disimpan dengan kemas dan rapi.

17.8 Kantin Kolej
17.8.1 Semua jenis makanan sama ada dibawa dari rumah atau dibeli dari kantin
perlulah dimakan di kantin sahaja.
17.8.2 Perkakas-perkakas kantin yang digunakan seperti sudu, garfu, pinggan, gelas
dan lain-lain perlulah diletakkan dengan baik di tempat yang disediakan.

15

17.8.3 Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan memasak atau menjual
makanan dan minuman.

17.8.4 Pelajar dibenarkan membawa makanan yang HALAL sahaja.

17.9 Tandas
17.9.1 Semua pelajar perlu menggunakan tandas dengan betul, menjaganya serta
dilarang membuang sampah/ tuala wanita ke dalam lubang tandas atau di
merata-rata tempat.
17.9.2 Pelajar perlu berjimat-cermat menggunakan elektrik dan air.
17.9.3 Semua pelajar dilarang menconteng tandas dengan sebarang bahan.
17.9.4 Kebersihan tandas adalah tanggungjawab semua pelajar.

17.10 Harta Benda Sekolah
17.10.1 Menjadi tanggungjawab semua pelajar menjaga harta benda kolej yang
terdapat di dalam bengkel, makmal, bilik kuliah, bilik-bilik khas, tandas,
kantin dan di mana-mana tempat dalam kawasan kolej.
17.10.2 Sebarang kerosakan perlu dilaporkan dengan segera kepada pensyarah
bertugas.
17.10.3 Ganti rugi bagi kerosakan yang dilakukan oleh pelajar adalah tertakluk
kepada budi bicara Pengarah.
17.10.4 Semua bentuk harta benda yang dipinjam perlulah dipulangkan/ diletakkan
ke tempat asalnya dalam keadaan baik.

17.11 Harta Pelajar
17.11.1 Pelajar perlulah menjaga harta sendiri dengan cermat. Kehilangan barang-
barang berharga perlulah dilaporkan dengan segera kepada pihak kolej.
17.11.2 Pelajar tidak dibenarkan membawa komik, majalah hiburan, kaset, video,
gambar-gambar artis dan barangan berharga tanpa kebenaran pihak kolej.
17.11.3 Dilarang menunggang basikal/ motosikal melepasi kawasan pondok
pengawal. Kenderaan ini hendaklah disusun dengan kemas di tempat yang
dibenarkan. Pelajar perlu memiliki insurans, lesen memandu dan cukai jalan
yang sah.

16

17.12 Padang/ Gelanggang Permainan
17.12.1 Penggunaannya mesti mendapat kebenaran dan dibawah pengawasan
pensyarah.
17.12.2 Semasa menggunakan padang/ gelanggang permainan, pelajar mesti
berpakaian sukan lengkap.
17.12.3 Pelajar dilarang menggunakan padang/ gelanggang permainan semasa hari
hujan.
17.12.4 Semua peralatan yang digunakan mesti disimpan semula selepas digunakan.

17.13 Papan Kenyataan
17.13.1 Setiap pelajar digalakkan membaca segala notis/ kenyataan berkaitan
aktiviti kolej.
17.13.2 Segala penyataan yang ditampal mesti mendapat kebenaran/ kelulusan
Pengarah.
17.13.3 Hanya gambar-gambar dan berita yang bersesuaian sahaja yang boleh
ditampal.
17.13.4 Kenyataan yang lama dan sudah tamat tempohnya perlulah diturunkan dari
papan kenyataan.

18. PERATURAN UMUM
18.1 Merokok
18.1.1 Kawasan sekolah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok.
(Pekeliling Ikhtisas Bil. 75/1007)

18.2 Kecemasan/ Kebakaran
18.2.1 Arahan-Arahan AM
18.2.1.1 Sesiapa sahaja yang mengetahui berlakunya kebakaran di bangunan
kolej, hendaklah melaporkan dengan segera kepada perwakilan
pelajar/ pensyarah bertugas.
18.2.1.2 Apabila loceng kolej dibunyikan secara pendek dan berturut-turut
semua kakitangan dan murid mesti meninggalkan kelas tanpa beg.
18.2.1.3 Pelajar mesti beratur dan menuju ke arah padang dengan
diawasi guru.
18.2.1.4 Pihak sekolah perlu serta merta berhubung dengan pihak bomba

17

atau penyelamat dan polis melalui nombor 999.
18.2.1.5 Jangan memekik-mekik atau merasa takut atau cemas. Ini

untuk mengelak kekecohan dan kelam kabut.
18.2.2 Arahan-arahan Untuk Pelajar

18.2.2.1 Hendaklah keluar dari bangunan kolej atau kelas dengan cepat
dan senyap tetapi dalam keadaan tenang ke tempat berkumpul.

18.2.2.2 Jalan-jalan tertentu perlu mengikut pelan yang telah diedarkan.
18.2.2.3 Semasa berada di tangga atau di tempat sempit jangan bertolak

dan berasak-asak.
18.2.2.4 Semasa sampai di padang hendaklah berkumpul seperti

yang diarahkan dalam latihan kebakaran.
18.2.2.5 Pensyarah pembimbing atau pensyarah yang mengajar

hendaklah mengambil kedatangan pelajar kelas tersebut.
18.2.2.6 Bersurai/ balik ke bengkel/ makmal/ bilik kuliah apabila

loceng dibunyikan.

18.2.3 Tindakan Pensyarah dan Pelajar
18.2.3.1 Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu
diberhentikan sebaik loceng kebakaran dibunyikan.
18.2.3.2 Semua pelajar perlu keluar dari kelas, makmal, perpustakaan dan
lain-lain tempat dengan seta merta dan beratur baik menghala
ke tangga yang akan digunakan untuk meninggalkan tempat itu.
Pastikan semua suis, gas, pintu kelas ditutup.
18.2.3.3 Perwakilan pelajar bertanggungjawab mengawal
ketenteraman semasa murid keluar ke tempat perhimpunan.
18.2.3.4 Dengan kawalan pensyarah, semua pelajar mesti berjalan dengan
cepat ke padang mengikut jalan kecemasan yang ditetapkan.
18.2.3.5 Kerani kolej akan menghantar buku kedatangan pelajar kepada
pensyarah-pensyarah melalui pembantu pejabat. Pensyarah
memanggil nama pelajar dan menulis senarai nama pelajar yang
hilang dan masih berada di kelas. Senarai nama itu mesti dihantar
kepada pensyarah yang bertanggungjawab mencegah kebakaran.

18

18.2.3 Tindakan Pensyarah Bertugas
18.2.3.1 Berada segera di tempat berkumpul.
18.2.3.2 Bekerjasama dengan pensyarah penasihat mengawal
dan mententeramkan pelajar masing-masing.
18.2.3.3 Mengambil butir-butir mengenai bilangan murid dan nama murid-
murid yang tercicir dalam tiap-tiap kelas daripada pensyarah
penasihat.

18.2.4 Tindakan Kakitangan Kolej
18.2.4.1 Mestilah bersedia untuk menunjuk arah kereta bomba yang
datang memberi bantuan.
18.2.4.2 Bersedia juga dengan kunci-kunci yang diperlukan.
18.2.4.3 Bertindak dengan segera dan pantas untuk memadamkan api sebelum
kedatangan bomba dengan menggunakan alat-alat pemadam api (alat
itu mesti sentiasa dipastikan dalam keadaan baik).

19. Keselamatan
19.1 Pelawat
19.1.1 Pelawat-pelawat mesti melaporkan diri di pondok keselamatan dahulu,
mendapatkan pas pelawat dan berurusan di pejabat sahaja.
19.1.2 Pelawat-pelawat mesti berurusan di pejabat sahaja atau bilik khas.
19.1.3 Kenderaan pelawat tidak dibenarkan dibawa masuk ke kawasan kolej.
19.1.4 Ibu bapa/ penjaga mesti melaporkan diri di pondok keselamatan dan
mendapat kebenaran Pengarah atau Timbalan Pengarah untuk berjumpa
dengan anak dan dilarang sama sekali terus masuk ke kelas untuk mencari
atau menunggu anak.

19.2 Pelajar
19.2.1 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan bercakap-cakap dengan orang luar, bekas
pelajar atau pelawat sewaktu persekolahan kecuali kebenaran Pengarah.
Kehadiran orang luar yang disyaki perlu dilaporkan segera kepada pensyarah
atau pegawai keselamatan.
19.2.2 Pelajar dilarang membawa orang luar termasuk bekas pelajar untuk
menggunakan kemudahan-kemudahan kolej.

19

19.2.3 Pelajar tidak dibenarkan berada dalam kawasan kolej pada waktu cuti
semester, cuti am, atau cuti hujung minggu kecuali dengan kebenaran
Pengarah.

19.2.4 Pelajar tidak dibenarkan bermain di luar bangunan kolej jika cuaca buruk.
19.2.5 Pelajar mesti mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah untuk

sebarang penglibatan aktiviti di luar kelas semasa pengajaran dan
pembelajaran.
19.2.6 Elakkan diri daripada berada di kawasan gelap dan sunyi.
19.2.7 Melaporkan sebarang kecederaan/ kemalangan kepada Pengarah.
19.2.8 Pelajar hendaklah berjalan dalam kumpulan semasa datang dan balik ke
kolej dan berjalan mengikut arah yang bertentangan dengan arah
kenderaan.
19.2.9 Pelajar tidak dibenarkan membawa mercun/ bahan letupan ke kolej.

19.3 Kenderaan
19.3.1 Semua jenis kenderaan tidak dibenarkan menghalang di tengah-tengah pintu
pagar kolej dan lalu lintas.
19.3.2 Semua kenderaan yang menghantar pelajar tidak dibenarkan masuk ke
kawasan kolej kecuali hari hujan atau dengan kebenaran Pengarah.
19.3.3 Semua pelajar yang membawa kenderaan ke kolej mesti memiliki lesen
memandu yang sah dan mematuhi undang-undang lalu lintas.
19.3.4 Kenderaan mesti diletakkan di tempat yang disediakan atau dikhaskan.
19.3.5 Kenderaan pelajar tidak dibenarkan memasuki kawasan kolej kecuali dengan
kebenaran Pengarah dan mempunyai pelekat kolej.
19.3.6 Pelajar yang membawa basikal/ motosikal dikehendaki turun daripada
kenderaan dan menolak sebaik sahaja memasuki kawasan kolej.

20. Bayaran Khas Kolej
20.1 Setiap murid dikehendaki membayar sejumlah bayaran khas yang telah ditetapkan
oleh pihak kolej, derma PIBG, koperasi, asrama dan lain-lain.
20.2 Bayaran Khas, derma PIBG dan bayaran koperasi perlu dijelaskan oleh semua pelajar
selewat-lewatnya pada penghujung semester pertama pengajian.
20.3 Bagi murid yang ingkar atau tidak menjelaskan sebarang bayaran yang telah
ditetapkan, pihak kolej berhak menahan keputusan peperiksaan serta dokumen
dokumen lain yang berkaitan seperti sijil kolej, surat akuan dan lain-lain. Pelajar juga

20

perlu menjelaskan bayaran yang tertunggak sebelum berpindah.

21. Kegiatan Luar
21.1 Gerak Kerja Kokurikulum
21.1.1 Pelajar digalakkan menyertai 3 jenis gerak kerja kokurikulum iaitu, satu
aktiviti kelab/ persatuan, satu pasukan pakaian seragam dan satu lagi sukan
dan permainan.
21.1.2 Borang penyertaan aktiviti kokurikulum akan diedarkan kepada pelajar pada
awal semester satu. Pelajar dikehendaki mengisi borang tersebut. Borang
tersebut kemudiannya mesti diserahkan kepada pensyarah penasihat untuk
ditandatangani dan dicatatkan dalam buku kedatangan pelajar. Pelajar
kemudiannya menyerahkan borang tersebut kepada pensyarah penasihat
kelab/ persatuan/ pasukan pakaian seragam /sukan dan permainan pada
mesyuarat pertama selepas pendaftaran ahli dijalankan. Borang penyertaan
itu akan disimpan oleh pensyarah sepanjang tahun sebagai bukti kebenaran
ibu bapa/ penjaga.
21.1.3 Pendaftaran ahli akan dijalankan pada minggu kedua dan ketiga semester
pertama setiap tahun.
21.1.4 Semua ahli bagi setiap gerak kerja kokurikulum perlulah hadir dalam setiap
mesyuarat/ perjumpaan yang telah ditetapkan, kecuali dengan kebenaran
pihak yang berkenaan.
21.1.5 Ahli-ahli tidak dibenarkan mengadakan perjumpaan pada hari kelepasan am
hari Jumaat atau Sabtu kecuali dengan kebenaran khas daripada Pengarah
dan guru penasihat.
21.1.6 Pada masa perjumpaan, ahli-ahli mestilah memakai pakaian yang telah
ditetapkan oleh pihak kolej, termasuklah semasa pertandingan di luar kolej
dan semasa lawatan. Pelajar juga mestilah menjaga tatatertib semasa
manjalankan aktiviti kokurikulum.
21.1.7 Pelajar yang terpilih mewakili kolej dalam pertandingan tertentu di luar kolej
mestilah mendapat kebenaran daripada ibu bapa/ penjaga terlebih dahulu.
21.1.8 Semua aktiviti akan dijalankan pada hari Rabu, jam 3.00 petang hingga 5.00
petang.

21

21.2 Lawatan ke Luar Kolej
21.2.1 Pelajar perlu berkelakuan baik dan berpakaian seragam kolej sepanjang masa.
21.2.2 Jika terdapat pelajar yang melanggar arahan, tindakan disiplin akan
dikenakan.
21.2.3 Tempat-tempat seperti pub, pusat video, disko, dan kelab malam tidak
boleh dilawat/ dikunjung pelajar.
21.2.4 First Aid Kit yang sempurna disimpan oleh pensyarah yang mengawas.
21.2.5 Rombongan ke tempat-tempat berenang mestilah ada penyelamat yang
bertauliah.
21.2.6 Alat-alat atau barang-barang berharga tidak dibenarkan dibawa bersama.
21.2.7 Pelajar mestilah mengikut arahan pensyarah. Sekiranya ingin melakukan
sesuatu mestilah meminta kebenaran terlebih dahulu daripada pensyarah
berkenaan.
21.2.8 Laporan ringkas megenai sesuatu rombongan itu hendaklah dibuat dan
diserahkan kepada Pengarah Kolej.
21.2.9 Perlu mendapat kebenaran ibu bapa/ penjaga.

21.3 Aktiviti Pembelajaran Luar Bilik Kuliah
21.3.1 Semua pelajar perlu beratur dengan tertib, kemas dan senyap.
21.3.2 Pelajar perlu sampai ke lokasi pembelajaran tidak lewat daripada lima minit
waktu pembelajaran sebelum itu.
21.3.3 Ikuti arahan pensyarah semasa di lokasi pembelajaran.
21.3.4 Selepas tamat sesi pembelajaran, murid perlu terus kembali ke kelas/ lokasi
pembelajaran yang seterusnya secara teratur dengan tertib, kemas dan
senyap.

22. Waktu Solat Dan Rehat (Pelajar Islam)
22.1 Pelajar digalakkan menunaikan solat secara berjemaah di surau mengikut jadual
yang telah ditetapkan.
22.2 Pelajar yang sengaja melengah-lengahkan solat secara berjemaah akan diberi
nasihat dan bimbingan.
22.3 Pelajar tidak dibenarkan berbual dan bergurau sesama sendiri semasa berada
masjid.

22

22.4 Pelajar tidak dibenarkan membuat bising sehingga mengganggu ketenteraman para
jemaah lain di masjid.

23. Tatatertib Di Dalam Kelas/ Makmal/ Bengkel

23.1 Lantai di dalam kelas/ makmal/ bengkel perlu disapu pada waktu pertama dan 10
minit sebelum balik.

23.2 Cermin tingkap perlulah dilap setiap hari.

23.3 Meja dan kerusi perlulah disusun dengan lurus sebelum dan selepas tamat sesi
pembelajaran pelajar dan juga pada waktu rehat.

23.4 Papan tulis perlulah dibersihkan, terutamanya selepas suatu sesi pembelajaran
pelajar tamat.

23.5 Pelajar tidak dibenarkan menulis di papan tulis tanpa kebenaran pensyarah.
23.6 Tong sampah perlu dikosongkan pada setiap hari.

23.7 Papan kenyataan mestilah dihias dengan bahan ilmiah atau makalah yang
berfaedah. Semua maklumat pelajar dan kelas perlulah dilekatkan pada papan
kenyataan.

23.8 Pelajar digalakkan menghias kelas untuk mewujudkan suasana ceria yang boleh
membantu pengajaran dan pembelajaran.

23.9 Setiap kelas dibekalkan dengan penyapu, bakul sampah, pemadam papan tulis dan
penyodok sampah. Pelajar bertanggungjawab menjaga alat-alat tersebut.

23.10 Segala kerosakan perlu dilaporkan kepada pengurus kelas.

23.11 Kelas-kelas yang kotor atau dalam keadaan yang tidak memuaskan akan dipaparkan
di papan kenyataan.

23.12 Tindakan bagi kelas terkotor adalah tertakluk kepada sistem kebersihan yang
ditetapkan oleh Lembaga Disiplin Kolej.

24. Keluar Kelas/ Pertukaran Kelas
24.1 Kebenaran keluar hanya boleh diberi oleh pensyarah yang masuk ke kelas itu.

24.2 Pelajar perlu beratur di luar kelas terlebih dahulu sebelum setiap pertukaran kelas
ke makmal, bengkel, stor pendidikan jasmani dan sebagainya.

24.3 Semua pelajar perlu berjalan dalam keadaan beratur di dalam barisan tanpa
membuat bising.

24.4 Setiap pelajar tidak dibenarkan bersandar pada tembok kaki lima.

24.5 Pelajar perlu menyalin pakaian untuk Pendidikan Jasmani di dalam tandas/ bilik
persalinan.

23

24.6 Pelajar tidak dibenarkan keluar kelas untuk menggunakan telefon semasa
pengajaran dan pembelajaran.

24.7 Pelajar tidak dibenarkan keluar dari kelas sewaktu pertukaran pensyarah antara
waktu.

25. Tugas-tugas Ketua Kelas/ Pengawas
25.1 Ketua kelas diberi kuasa untuk menjaga ketenteraman serta keceriaan kelasnya
terutama ketika ketiadaan pensyarah.
25.2 Setiap pelajar mesti mematuhi arahan Ketua Kelas dan menghormatinya.
25.3 Memberitahu pensyarah bertugas jika ada pelajar yang sakit dalam kelas.
25.4 Melaporkan segala kerosakan di dalam kelas kepada penyelaras kelas.
25.6 Memastikan pelajar menjalankan tugas harian yang ditetapkan.
25.7 Bertanggungjawab mengambil buku/ borang kawalan disiplin dari bilik Unit Disiplin
dan menyerahkan kepada pensyarah kursus setiap waktu untuk pengisian dan
menghantar ke Unit Disiplin selepas tamat waktu pengajian.
25.8 Peranan pengawas adalah mengawasi serta membantu melaksanakan segala
peraturan dan undang-undang kolej.
25.9 Setiap pengawas diberi kuasa menahan sesiapa sahaja yang melanggar peraturan
kolej dan membawa kepada Unit Disiplin untuk diambil tindakan.
25.10 Pengawas berhak membuat pemeriksaan kepada semua pelajar yang tidak
mematuhi cara berpakaian yang ditetapkan oleh pihak pengurusan kolej :
a) Kasut dan stoking yang tidak dibenarkan dalam peraturan 2 (Peraturan
Pakaian Seragam).
b) Pakaian yang tidak mematuhi peraturan 2 (Peraturan Pakaian Seragam).
25.11 Semua harta benda pelajar yang diambil perlulah disenaraikan dan diserahkan
kepada Pengarah/ pensyarah yang diberi kuasa.

25.12 Semua pelajar perlu mematuhi dan menghormati arahan pengawas semasa tugas
yang dipertanggungjawabkan.

26. Tugas MPP (Majlis Perwakilan Pelajar)
26.1 Mewakili pelajar dalam hubungan antara pelajar dan pihak pengurusan kolej.
26.2 Bertanggungjawab sebagai duta kolej di peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat
daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

24

26.3 Menganjur aktiviti seperti khidmat masyarakat, sukan, akademik yang melibatkan
badan-kerajaan, tempatan, negeri dan persekutuan secara langsung atau tidak
langsung.

26. Benda-benda dan Perbuatan Larangan
26.1 Pelajar dilarang membawa bahan-bahan bacaan yang dianggap tidak sesuai ke kolej.
Sekiranya dibawa bahan tersebut, pihak kolej akan merampasnya.
26.2 Semua pisau lipat, pisau cukur, pemetik api, mercun atau apa sahaja alat-alat yang
berbahaya akan dirampas oleh pihak kolej.
26.3 Semua pakaian luar, disket, pita kaset, cakera padat dan video persendirian akan
dirampas.
26.4 Barang-barang berharga seperti kamera, pemain kaset/video, barang kemas dan
game watch serta alat-alat permainan tidak dibenarkan dibawa ke kolej.
26.4.1 Chewing gum tidak boleh dibawa atau dimakan di dalam kawasan kolej.
26.4.2 Pelajar tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman daripada penjaja
di luar kawasan kolej dan kantin semasa pengajaran dan pembelajaran.
26.4.3 Pelajar dilarang makan dan minum di dalam kelas.
26.4.4 Pelajar tidak digalakkan membawa wang belanja yang berlebihan.
26.4.5 Pelajar dilarang keras merokok, menghisap dadah, menghidu gam, pil khayal
atau minuman yang mengandungi alcohol dan mengkhayalkan
26.4.6 Pelajar tidak dibenarkan memakai Friendship Band atau sebarang lambang
kumpulan dan tidak dibenarkan menghias dan menconteng beg sekolah/
pakaian seragam/ anggota badan.
26.4.7 Pelajar tidak dibenarkan membawa sebarang bendera atau lambang atau
logo sesebuah parti atau kumpulan tertentu yang tiada kaitan dengan kolej.
26.4.8 Membuli, menghasut atau menimbulkan suasana yang tegang dalam
kalangan pelajar.
26.4.9 Pergaulan antara pelajar lelaki dan perempuan mesti ada had dan batas.

25

PERATURAN ASRAMA

1.0 PERATURAN KHAS ASRAMA
Adalah menjadi kewajipan semua penghuni asrama Kolej Vokasional Kuala Krai untuk

membaca dan memahami dan mematuhi segala peraturan yang terkandung di dalam Buku
Peraturan Asrama ini. Di samping itu, undang-undang kolej juga hendaklah dipatuhi oleh setiap
pelajar semasa berada di dalam kawasan kolej. Pelajar juga perlu peka dengan peraturan-
peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.0 PERATURAN AM
2.1 Semua penghuni asrama hendaklah berkelakuan baik serta menghormati mereka yang
lebih dewasa dan juga rakan.
2.2 Pelajar dilarang melakukan perkara-perkara berikut:
2.2.1 Memiliki, mengedar dan menghisap rokok.
2.2.2 Berjudi dan lain-lain pertaruhan yang melibatkan wang.
2.2.3 Menyimpan sebarang senjata yang merbahaya.
2.2.4 Mengancam, mempersenda atau mencaci rakan.
2.2.5 Minum minuman memabukkan atau mengkhayalkan.
2.2.6 Melanggar batas agama dari sudut pergaulan lelaki dan perempuan.
2.2.7 Melawan pensyarah, warden atau kakitangan kolej/ asrama.
2.2.8 Tidak membayar yuran makan dan lain-lain yuran yang diwajibkan.
2.2.9 Mencuri dan menipu.
2.2.10 Melakukan perbuatan curang atau mencolok mata.
2.2.11 Menghidu gam atau menyalahguna dadah.
2.2.12 Menjadi ahli pertubuhan haram atau kongsi gelap.
2.2.13 Merosakkan harta benda asrama dan kolej.
2.2.14 Tidak dibenarkan mengubah pendawaian eletrik di dalam dorm/asrama
2.2.15 Menimbulkan isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan kekecohan dan
kacau bilau atau pergaduhan di asrama.

26

2.2.16 Memiliki, mengedar membaca dan sebagainya sebarang bahan lucah – buku,
gambar, VCD, di dalam telefon bimbit dan sebagainya.

2.2.17 Jika terjadi sesuatu perselisihan, pelajar tidak dibenarkan mengambil sebarang
tindakan yang berbentuk kekerasan terhadap penghuni lain. Laporkan segera
kepada warden untuk siasatan dan tindakan.

2.2.18 Pelajar yang tidak berminat lagi untuk tinggal di asrama boleh membuat
permohonan untuk keluar secara rasmi dengan mengisi borang permohonan
yang telah ditandatangani dan disahkan oleh ibu bapa atau penjaga.

3.0 PERSEKOLAHAN
3.1 Semua pelajar dikehendaki mematuhi peraturan Kolej Vokasional Kuala Krai.
3.2 Pelajar mesti mengikut semua jadual waktu kolej dan tidak dibenarkan pulang ke asrama
semasa waktu pembelajaran.
3.3 Selepas sarapan pagi semua pelajar mestilah meninggalkan kawasan asrama dan terus
pergi ke kolej.
3.4 Kebenaran pengarah atau timbalan pengarah atau Warden perlu diterima sebelum
seseorang pelajar dibenarkan pulang ke asrama sebelum waktu yang sepatutnya.
3.5 Pelajar yang tinggal di luar tidak boleh dijemput masuk ke dalam dorm.

4.0 ASRAMA
4.1 Penghuni asrama bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebersihan dan keceriaan
dorm masing-masing.
4.2 Pakaian basah atah kering tidak dibenarkan disidai di pagar asrama, jendela, beranda,
birai katil atau direndam di dalam sinki.
4.3 Almari, kasut, katil dan sebagainya hendaklah disusun rapi sepanjang masa.
4.4 Dilarang melekat, memaku, menconteng atau mencalarkan peralatan asrama termasuk
di dinding, almari, cermin, lantai dan sebagainya.
4.5 Jika menggunakan kelambu, kelambu hendaklah sentiasa dilipat dan disimpan dengan
kemas.(waktu siang atau sebelum waktu tidur).
4.6 Segala bahan makanan dan minuman tidak dibenarkan berada di dalam dorm kecuali

27

dengan kebenaran warden.
4.7 Lampu di dalam dorm hendaklah ditutup pada jam 11.00 malam
4.8 Pelajar hendaklah mengosongkan kawasan asrama jam 7.30 pagi (dorm akan dikunci)

dan bergerak ke Dewan Anggerik untuk bacaan Surah Pilihan. Bacaan surah akan
bermula pukul 7.45 pagi.
4.9 Pelajar dibenarkan masuk asrama jam 1.00 hingga 2.00 petang untuk makan tengahari
dan rehat.
4.10 Jam 2.00 petang pelajar hendaklah kosongkan asrama hingga jam 5.00 ptg untuk
mengikuti kelas.
4.11 Waktu larangan asrama ialah pada pukul 7.30 pagi hingga 5 petang bagi pelajar SVM
(kecuali waktu makan tengahari).Waktu larangan bagi pelajar Diploma ialah pada pukul
7.30 pagi hingga 1.00 petang
4.12 Tidak dibenarkan menduduki katil-katil kosong.
4.12.1 Amalan tidur sekatil dengan rakan lain adalah ditegah sama sekali.
4.12.2 Semua kasut dan selipar mestilah disusun kemas pada rak kasut.
4.12.3 Pelajar tidak dibenarkan menukarkan sebarang bantal, tilam dan lain-lain alat

yang disediakan tanpa kebenaran warden.
4.12.4 Peralatan elektrik seperti seterika, televisyen dan radio akan disediakan di bilik

khas asrama untuk kegunaan umum.
4.12.5 Pelajar dilarang memiliki atau menggunakan sebarang peralatan elektrik

dan elektronik persendirian seperti radio, walkman, seterika, pemanas air, dan
sebagainya. Barangan elektrik persendirian akan dirampas oleh warden dan
akan dipulangkan pada hujung tahun pembelajaran.
4.12.6 Penggunaan sarung bantal dan cadar hendaklah dipatuhi sepanjang masa.
Ini termasuk dari segi kekemasannya.
4.12.7 Semua penghuni tidak semestinya layak untuk menduduki asrama di tahun
berikutnya secara automatik. Pelajar mesti mengisi borang “borang
permohonan penempatan semula ke asrama” pada hujung tahun pembelajaran.
4.12.8 Hanya pelajar DVM sahaja yang dibenarkan membawa komputer riba.
(tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan)
4.12.9 Pakaian berjenama dan barangan berharga tidak dibenarkan dibawa ke asrama.

28

5.0 PAKAIAN

5.1 Pelajar dikehendaki sentiasa berpakaian kemas dan bersih.

5.2 Seluar jeans tidak dibenarkan bawa ke asrama sekiranya dirampas oleh warden seluar
tersebut tidak akan dikembalikan.

5.3 Topi bersudu (cap) tidak dibenarkan bawa ke asrama sekiranya dirampas oleh warden
topi tersebut tidak akan dikembalikan.

5.4 Pakaian bagi pelajar perempuan mestilah bersesuaian dengan tatasusila dan kesopanan
cara masyarakat timur.

5.5 Pelajar tidak dibenarkan memakai seluar pendek atas lutut bila berada di luar kawasan
dorm/asrama kecuali pelajar yang terlibat dengan riadah dan sukan.

5.6 Apabila keluar dari kawasan asrama, pelajar mestilah berpakaian seragam kolej atau
pakaian rasmi asrama .

5.7 Semasa sukan dan riadah :

5.7.1 Pelajar perempuan mestilah memakai pakaian sukan iaitu baju dan seluar
panjang “track bottom” berwarna gelap. Pelajar tidak dibenarkan memakai
seluar pendek dan kain.

5.7.2 Pelajar lelaki mestilah memakai kemeja-T warna putih dengan seluar panjang
sukan berwarna gelap. Pelajar tidak dibenarkan memakai kemeja-T yang
bercorak khususnya yang tiada kaitan dengan lambang kolej.

5.8 Semasa di dewan makan :

5.8.1 Pelajar lelaki mesti memakai kemeja dengan seluar panjang. Pelajar tidak
dibenarkan memakai kemeja-T semasa berada di dewan makan.

5.8.2 Pakaian bagi pelajar perempuan mestilah kemas dan menutup aurat.

6.0 BERIBADAT

6.1 Semua pelajar yang beragama Islam diwajibkan menunaikan sembahyang lima waktu
secara berjemaah di surau. (Pakaian yang ditetapkan : baju melayu sepasang, kain
pelikat dan bersongkok hitam.

6.2 Pelajar lelaki Islam diwajibkan untuk sembahyang Jumaat.

6.3 Pelajar bukan Islam boleh mendapatkan kebenaran keluar dari kawasan asrama untuk
mengerjakan upacara keagamaan masing-masing dengan kebenaran warden
bertugas.

29

7.0 KEBENARAN UNTUK KE BANDAR ATAU PULANG KE RUMAH PENJAGA
7.1 Pelajar dilarang keluar dari kawasan asrama tanpa kebenaran warden.
7.2 Pelajar hanya dibenarkan keluar ke bandar 1 kali seminggu, sekali pada hari dan
masa yang ditetapkan oleh warden.
7.3 Kebenaran pulang ke rumah penjaga / balik kampung hanya diberikan dua kali dalam
sebulan pada tarikh dan masa yang ditetapkan oleh warden. Sebelum balik, pelajar
mestilah :
7.3.1 Memberi nama kepada ketua dorm dan seterusnya ketua dorm
menyerahkan senarai nama pelajar yang akan pulang kepada warden bertugas.
7.3.2 Apabila kebenaran pulang diberi, kad kebenaran keluar masuk hendaklah
diambil oleh ketua dorm dari pejabat urusetia pada malam sebelum balik untuk
ditandatangani oleh warden bertugas.
7.3.3 Kad kebenaran hendaklah dibawa pulang oleh pelajar untuk ditandatangani oleh
ibubapa/ penjaga pelajar. (Sebagai bukti pelajar pulang kerumah)
7.3.4 Sekembalinya pelajar ke asrama, kad kebenaran keluar masuk mesti
dipulangkan untuk disimpan di pejabat urusetia asrama.
7.3.5 Pelajar tidak dibenarkan menyimpan kad keluar masuk.
7.3.6 Pelajar diwajibkan sampai di asrama SEBELUM JAM 6.00 PETANG.
7.3.7 Kad kebenaran keluar masuk hendaklah diserahkan kepada pengawal di pintu
masuk utama kolej.
7.4 Syarat khas dikenakan kepada pelajar yang ingin pulang khususnya kerana sesuatu
urusan kecemasan.
7.4.1 Ibubapa/ penjaga yang sah datang sendiri menjemput pelajar.
7.4.2 “Kad Penjaga Pelajar” mesti ditunjukkan kepada warden oleh ibubapa/ penjaga
yang datang menjemput.
7.4.3 Penjaga dikehendaki mengambil kad kebenaran keluar masuk dari pengawal di
pintu masuk utama selepas mendapat kebenaran warden.
7.4.4 Sila dapatkan tandatangan warden yang memberi kebenaran.
7.4.5 Pelajar mestilah berpakaian kolej atau asrama ketika hendak dibawa keluar oleh

30

ibubapa/ penjaga.
7.5 Pelajar dilarang bermalam di tempat lain, selain daripada yang tertulis pada kad

kebenaran keluar/ masuk.
7.6 Ibubapa/ penjaga yang datang untuk mengambil anaknya mestilah mendapat kebenaran

warden.
7.7 Ibu bapa/ penjaga dan juga pelajar dinasihatkan untuk terus berjumpa warden dan

bukannya Pengarah untuk mendapat kebenaran keluar dari kawasan asrama.
7.8 Pelajar yang tidak dapat pulang ke asrama pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan

hendaklah menelefon warden atau pihak kolej dengan segera.

8.0 DEWAN MAKAN
8.1 Pelajar mestilah menjaga dewan makan supaya sentiasa bersih, teratur dan ceria.
8.2 Makanan dan lain-lain kelengkapan dewan makan tidak boleh dibawa keluar dari dewan
makan.
8.3 Pelajar dilarang memasuki dapur kecuali exco makanan yang mengiringi warden.
8.4 Apabila loceng berbunyi, semua pelajar hendaklah beratur di luar dewan makan dan
menunggu arahan warden atau exco makanan.

9.0 KELAS PERSEDIAAN MALAM
9.1 Semua pelajar mesti berada di bilik belajar dalam kumpulan yang telah ditetapkan
semasa sesi kelas persediaan dan malam.
9.2 Dilarang membuat bising atau melakukan perkara-perkara yang boleh mengganggu
ketenteraman pelajar lain yang ingin belajar.
9.3 Ketua kumpulan belajar bertanggungjawab atas setiap disiplin ahli kumpulannya.
9.4 Lampu dan kipas dorm hendaklah dipadamkan semasa kelas persediaan dijalankan.
9.5 Pelajar yang ingin belajar lewat mestilah mendapatkan kebenaran warden.
9.6 Semua pelajar mesti berada di bilik persediaan. Grill tangga akan dikunci sepanjang
kelas persediaan malam.

31

10.0 ROLL CALL
10.1 Roll call diadakan 1 kali seminggu pada Sabtu malam atau bila-bila masa diperlukan.
10.2 Semua pelajar wajib hadir.
10.3 Berpakaian kemas.

Nota : Sekiranya didapati tidak hadir pelajar boleh dikenakan hukuman yang difikirkan perlu.

11.0 BILIK REHAT
11.1 Pelajar hendaklah menjaga kebersihan, susunan dan keceriaan bilik rehat/ bilik bacaan.
11.2 Menonton televisyen hanya dibenarkan pada hari-hari kelepasan/ cuti umum atau
masa-masa yang ditetapkan oleh warden sahaja.

12.0 PELAWAT
12.1 Ibubapa/ penjaga hanya dibenarkan datang melawat pelajar pada cuti Jumaat/ Sabtu
dan kelepasan umum sahaja mulai jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang.
12.2 Pelajar dilarang membawa pelawat masuk ke dalam dorm. Gunakan bilik rehat atau bilik
tetamu untuk pertemuan dengan pelawat.
12.3 Pelawat tidak dibenarkan membunyikan radio dengan kuat dalam kawasan asrama.
12.4 Pelawat hendaklah menunjukkan kad pelawat yang disediakan kepada pengawal
keselamatan sebelum dibenarkan masuk ke kawasan kolej/ asrama.

13.0 KESIHATAN
13.1 Ketua dorm hendaklah dengan segera memberitahu warden atau penyelia asrama
terlebih dahulu sekiranya terdapat ahli dorm yang sakit dan memerlukan rawatan
kesihatan. Warden akan memberitahu ibubapa/ penjaga sekiranya perlu.
13.2 Bilik sakit boleh digunakan untuk pesakit berehat.
13.3 Pelajar yang sakit adalah dikecualikan dari beberapa peraturan asrama dengan syarat
kebenaran warden diperolehi.

32

14.0 AKTIVITI SUKAN DAN RIADAH
14.1 Semua penghuni asrama digalakkan mengambil bahagian yang cergas dalam bidang
sukan dan riadah.
14.2 Warden hendaklah diberi senarai nama dan surat kebenaran penjaga jika terdapat
pelajar yang terpilih mewakili kolej dan akan bertanding di luar kawasan kolej.
14.3 Pakaian sukan dan riadah adalah seperti yang ditetapkan.
14.4 Sila maklumkan kepada guru permainan dan juga warden jika terdapat kemalangan
ketika sukan.

15.0 SURAT MENYURAT/ PERHUBUNGAN
15.1 Senarai surat akan ditapis terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada pelajar.
15.2 Surat atau bungkusan berdaftar hendaklah diambil sendiri oleh pelajar daripada kerani
di pejabat kolej.
15.3 Senarai nama pelajar yang menerima surat atau bungkusan akan dipamerkan di papan
kenyataan kolej.
15.4 Pelajar dibenarkan menggunakan kemudahan telefon di kawasan asrama pada hari dan
waktu yang di tetapkan.
15.5 Pelajar tidak dibenarkan menggunakan telefon awam yang terletak di luar kawasan
sekolah.

16.0 YURAN ASRAMA
16.1 Bayaran yuran asrama mesti dijelaskan segera iaitu sebelum 10 haribulan setiap bulan.
16.2 Kadar yang dikenakan mengikut surat pekeliling Kementerian Pelajaran dan akan
diberitahu oleh warden jika terdapat sebarang perubahan.
16.3 Pelajar yang gagal menjelaskan yuran tanpa alasan munasabah akan diarahkan keluar
dari asrama.
16.4 Baki yuran asrama tidak akan dipulangkan kepada pelajar yang telah keluar asrama sama
ada dikenakan tindakan buang asrama atau kehendak sendiri.

33

17.0 KECURIAN DAN KEHILANGAN HARTA BENDA

17.1 Pelajar tidak digalakkan menyimpan wang berlebihan atau barang kemas dan lain-lain
benda berharga di dalam dorm.

17.2 Pelajar tidak dibenarkan menyimpan wang melebihi RM50.00 pada sesuatu masa.
17.3 Jika terdapat wang berlebihan, pelajar perlu meminta jasa baik warden untuk

menyimpannya dengan syarat pelajar mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
17.4 Pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai barang kemas di asrama.
17.5 Keselamatan harta benda penghuni adalah merupakan tanggungjawab sendiri.
17.6 Laporkan dengan segera kepada warden mengenai kehilangan wang dan sebagainya.

Jangan terus menelefon ibubapa / penjaga terlebih dahulu dan kemudian baru
memaklumkan kepada warden.

18.0 KESELAMATAN

18.1 Penghuni yang nampak punca kebakaran boleh menggunakan budi bicaranya untuk
memadamkan terlebih dahulu dan seterusnya melaporkan kepada warden.

18.2 Gunakan laluan kecemasan seperti mana yang terdapat dalam Rajah Larian Kebakaran
yang ditampal di dorm masing-masing.

18.3 Setiap penghuni hendaklah keluar dari dorm dengan tenang tetapi pantas dan berkumpul
di tempat yang ditetapkan oleh warden.

18.4 Pengawal keselamatan dan warden perlu dimaklumkan segera jika asrama dicerobohi
oleh pihak luar. Antaranya ialah :
18.4.1 Kejadian memecah masuk ke kawasan atau ke dalam asrama.
18.4.2 Menyerang penghuni asrama.
18.4.3 Memeras ugut/ mengancam/ mengamuk.
18.4.4 Mengganggu pelajar perempuan dan sebagainya.
18.4.5 Mencuri wang atau harta benda pelajar.
18.4.6 Menyeludup masuk rokok dan sebagainya.

18.5 Penghuni adalah dilarang sama sekali membuat atau mengubah pendawaian elektrik.

34

19.0 PERATURAN-PERATURAN LAIN

19.1 Peraturan-peraturan lain yang dianggap sesuai akan dimaklumkan oleh warden dari
semasa ke semasa.

19.2 Pengarah berhak dan mempunyai kuasa untuk melaksanakan peraturan lain yang
dirasakan sesuai walaupun peraturan tersebut tidak tercatat di dalam buku panduan ini.

19.3 Pelajar bertanggungjawab bertanya kepada warden jika tidak memahami sesuatu
peraturan yang bertulis.

19.4 Sekiranya berlaku sebarang perbuatan vandalisme atau kerosakan terhadap kemudahan-
kemudahan asas dan fizikal yang disengajakan oleh penghuni asrama, maka penghuni
asrama akan bertanggungjawab dan bersama-sama menanggung kos pembaikan atau
penggantian kerosakan tersebut.

19.5 Pelajar dilarang melakukan sebarang jenis perniagaan di asrama.
19.6 Pelajar dilarang menconteng atau melukis sebarang lukisan atau tulisan pada dinding-

dinding di blok asrama.

20.0 PERATURAN KHAS

20.1 Telefon Bimbit
20.1.1 Pelajar kolej tidak dibenarkan oleh Pengarah Kolej untuk membawa dan
menggunakan telefon bimbit semasa kelas pembelajaran berlangsung.
20.1.2 Keselamatan telefon bimbit yang dibawa adalah tanggungjawab pelajar
sepenuhnya. Segala kerosakan atau kehilangan telefon bimbit tidak akan
ditanggung oleh pihak kolej.
20.1.3 Pelajar yang didapati menggunakan telefon bimbit semasa pembelajaran tanpa
kebenaran pensyarah akan dirampas telefon bimbitnya dan akan dikenakan
tindakan disiplin.
20.1.4 Pelajar juga tidak dibenarkan mengguna telefon bimbit semasa bacaan surah
atau semasa apa-apa program di dewan berlangsung.
20.1.5 Telefon bimbit yang telah dirampas tidak akan dipulangkan semua
kepada pelajar.
20.1.6 Hanya kad SIM pelajar akan dipulangkan sekiranya telefon bimbit dirampas.
20.1.7 Semua pelajar tidak dibenarkan untuk membawa telefon bimbit ke dalam
dewan peperiksaan. Penggunaan telefon bimbit ketika mana-mana peperiksaan
adalah dilarang sama sekali. Pelajar yang didapati melanggar peraturan ini akan
dikenakan tindakan keras sehingga boleh dibuang dari kolej.

35

20.1.8 Semua pelajar dilarang dari menggunakan telefon bimbit bagi tujuan merakam
perlakuan negatif yang boleh memalukan atau menjejaskan keselamatan mana-
mana pihak.

20.1.9 Semua pelajar dilarang mengecas telefon bimbit mereka menggunakan
palam yang berada di kawasan kolej.

20.2 Komputer Riba / Tablet
20.2.1 Pelajar-pelajar kolej (Diploma) diberi kebenaran oleh Pengarah Kolej untuk
membawa dan menggunakan komputer riba/tablet.
20.2.2 Keselamatan komputer riba/tablet yang dibawa adalah tanggungjawab pelajar
sepenuhnya. Segala kerosakan atau kehilangan komputer riba/tablet tidak akan
ditanggung oleh pihak kolej.
20.2.3 Komputer riba/tablet hanya boleh digunakan bagi tujuan pembelajaran.
20.2.4 Pelajar yang didapati menggunakan komputer riba/tablet bagi tujuan hiburan
(Contoh : Menonton bahan-bahan bukan ilmiah) di kawasan kolej tanpa
kebenaran pensyarah akan dirampas komputer riba/tabletnya akan disenarai
hitamkan dari membawa atau menggunakan komputer riba/tablet di kolej.
20.2.5 Komputer riba/tablet yang telah dirampas akan dipulangkan semula kepada
pelajar pada akhir semester.
20.2.6 Semua pelajar tidak dibenarkan untuk membawa komputer riba/tablet ke dalam
dewan peperiksaan. Penggunaan komputer riba ketika mana-mana peperiksaan
adalah dilarang sama sekali. Pelajar yang didapati melanggar peraturan ini akan
dikenakan tindakan keras sehingga boleh dibuang dari kolej.
20.2.7 Semua pelajar dilarang menyimpan bahan-bahan lucah, berbau politik atau
memesongkan di dalam komputer riba/tablet mereka. Tindakan keras akan
dikenakan kepada pelajar yang ingkar peraturan ini.
20.2.8 Gunakan komputer riba/tablet secara berhemah dan mengikut keperluan
sahaja.
20.2.9 Pihak kolej berhak menarik balik kemudahan ini pada bila-bila masa sahaja
tanpa notis.

20.3 Peraturan Kursus Bagi Pelajar Diploma

Syarat kemasukan ke asrama adalah berdasarkan :

i) PNGK 3.0 dan ke atas.
ii) Tiada kesalahan berat direkod.
iii) Keutamaan diberi kepada pelajar menyumbang atau mengharumkan nama kolej.

36

37

HUKUMAN DAN TINDAKAN

1.0 Pengertian Hukuman
Hukuman boleh diertikan sebagai kuasa mengenakan hukuman bagi sesuatu salah laku.
Terdapat tiga (3) unsur utama dalam pengertian hukuman :
Yang terpenting sekali ialah pengertian hukuman melibatkan salah laku yang sebenar
atau diandaikan berlaku. Ini merupakan hukuman yang bersifat memberi balasan
kepada sesuatu kesalahan yang telah dilakukan.

1.1 Hukuman hendaklah dikenakan oleh seseorang yang berkuasa ke atas yang dihukum.
1.2 Hukuman melibatkan sesuatu yang tidak menyenangkan dikenakan ke atas yang

bersalah, ia boleh jadi tindakan fizikal bersifat positif yang menyakitkan, atau menafikan
sesuatu yang disukainya.
1.3 Hukuman dalam Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar Dan Guru ialah
Pembuangan Kolej, Penggantungan Kolej, Hukuman Dera Corporal Punishment,
Penahanan (detention) dan Amaran.

(Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar Dan
Guru, Kemeterian Pendidikan Malaysia, 1988)

2.0 Pengertian pembuangan Kolej
2.1 Hukuman yang boleh dikenakan ke atas mana-mana pelajar yang didapati bersalah
dengan mana-mana kategori salahlaku berat selaras dengan Peraturan-Peraturan
Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.
2.2 Seseorang pelajar yang telah melakukan salahlaku atau tingkah laku yang mengganggu
berulangkali dan didapati tidak berubah selepas tindakan memulihnya diambil oleh
Pengarah Kolej atau tingkah lakunya mendatangkan gangguan yang serius kepada
pelajar-pelajar lain dan terhadap keseluruhan disiplin kolej, tindakan yang sesuai diambil
ialah mengarahkan pembuangannya dari kolej.

(Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar Dan
Guru, Kemeterian Pendidikan Malaysia, 1988:12)

38

3.0 Pengertian Penggantungan Kolej
3.1 Hukuman penggantungan merupakan satu arahan di mana seseorang pelajar itu dilarang
dari memasuki kawasan kolej. Penggantungan adalah bersifat sementara sahaja dalam
jangkamasa yang berpatutan sehingga tidak melebihi 14 hari persekolahan.
3.2 Dalam keadaan di mana seorang pelajar berkelakuan liar dan mengganggu sehingga
perlu diasingkan dari kolej manakala menunggu hasil siasatan mengenai cara yang
paling sesuai untuk menghadapinya, Pengarah Kolej berkuasa mengarahkan
penggantungan persekolahan pelajar itu sehingga tidak melebihi 14 hari.
3.3 Penggantungan yang dibuat kerana menunggu hasil siasatan hendaklah dibezakan sebagai
satu hukuman yang dijatuhkan oleh Pengarah Kolej seperti diperbekalkan dalam
Peraturan 8, Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.

(Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar Dan
Guru, Kemeterian Pendidikan Malaysia, 1988)

4.0 Pengertian Hukuman Dera ‘Corporal Punishment’
4.1 Hukuman dera (rotan) boleh dikenakan (kecuali ke atas pelajar-pelajar perempuan)
tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran
(Disiplin Sekolah) 1959.
4.2 Dijalankan sebaik-baik sahaja salah laku itu dilakukan oleh pelajar. Hendaklah dibuat
setelah sesuatu salah laku telah dapat disahkan.
4.3 Dijalankan oleh Pengarah Kolej sendiri atau oleh seorang pensyarah yang berdaftar yang
telah diberikan kuasa secara nyata khas iaitu mengikut keadaan (Perkara 6 Ordinan
Pelajaran, 1957, Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959).
4.4 Hukuman dera hendaklah dijalankan dengan menggunakan rotan ringan dan pukulan rotan
hanya boleh pada tapak tangan atau di bahagian punggung yang berlapik. Hukuman dera ke
atas pelajar perempuan dilarang secara nyata dalam (Perkara 6 Ordinan
Pelajaran, 1957, Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959).

(Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar Dan
Guru, Kemeterian Pendidikan Malaysia, 1988:14)

39

5.0 Pengertian Hukuman Penahanan (detention)
5.1 Hukuman penahanan adalah untuk mengawal pelajar-pelajar yang jahat (delinquent)
supaya tingkah lakunya pada masa akan datang diharap dapat dipengaruhi dan dibaiki
dengan cara menafikannya dari menikmati dan menggunakan masa lapangnya.
5.2 Arahan penahanan itu hendaklah menentukan masa dan jumlah jam ditahan seseorang
itu ditahan.
5.3 Kehadiran kelas penahanan mendatangkan kesan mencegah kepada pelajar berkenaan
dan juga pelajar lain.
5.4 Aktiviti penahanan hendaklah merupakan sesuatu yang berfaedah dan membina.

(Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar Dan
Guru, Kemeterian Pendidikan Malaysia, 1988:15)

6.0 Pengertian Hukuman Amaran
6.1 Hukuman amaran adalah sesuai apabila pengarah Kolej atau pensyarah yang diberi
kuasa setelah mempertimbangkan keadaan, jenis salah laku dan kelakuan pelajar yang
telah melakukan salah laku itu.
6.2 Hukuman amaran yang dilaksanakan adalah kurang wajar dikenakan hukuman yang
lebih berat lagi selepas itu.
6.3 Tindakan hukuman amaran merangkumi Amaran 1, 2, dan 3 bagi kategori salah laku
ringan, Amaran dan Amaran Keras bagi kategori salah laku sederhana dan Amaran
Keras bagi kategori salah laku berat.

(Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar Dan
Guru, Kemeterian Pendidikan Malaysia, 1988:16)

40

7.0 KESALAHAN DAN HUKUMAN

7.1 Pengertian Salah Laku Berat

7.1.1 Kesalahan-kesalahan yang dilarang dengan nyata adalah kesalahan-kesalahan
seperti mana yang dibekalkan dalam Peraturan-peraturab Pelajaran yang sedia ada
sepertimana Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959. Kesalahan yang
mana perbuatannya membahayakan keselamatan diri atau pelajar lain atau pihak
lain dan melahirkan tingkah laku curang yang bertentangan dengan kehendak-
kehendak peraturan dan matlamat yang hendak dicapai.

7.1.2 Lebih kuat tujuan sesuatu perbuatan salah laku, lebih meningkat bahaya yang
didatangkan, lebih kerap kesalahan berlaku atau lebih bersungguh-sungguh
pelajar melakukan tingkah laku jenayah (curang) sehingga boleh mengganggu
ketenteraman.

7.1.3 Lebih berat hukuman yang dikenakan setakat mana perbuatan itu
membahayakan sehingga boleh dibuang kolej.

7.1.4 Berat hukuman yang dikenakan setakat mana perbuatan itu membahayakan
sehingga boleh dibuang kolej.

7.1.5 Beratnya hukuman yang dikenakan jangan sampai tidak setimpal dengan salah
lakunya.

(Pekeliling Ikhtisas Bil 8/1968 dan Bil 9/1975 dan
(Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar Dan Guru,

Kemeterian Pendidikan Malaysia, 1988)

41

Kesalahan Berat (B) Hukuman
Kod Jenis Kesalahan
1. Membayar ganti rugi.
B01 Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau 2. Dibuang kolej.
bersubahat dalam kegiatan dadah berbahaya. 3. Mahkamah.

B02 Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar
bahan tembakau.

B03 Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar
minuman beralkohol atau sebarang benda yang
memabukkan/ mengkhayalkan.

B04 Menyebabkan/ melakukan pergaduhan atau
kekerasan.

B04A Membunuh/ menyebabkan kematian/ cuai
menyebabkan kematian.

B05 Mengancam, menyerang, memukul dan
mencederakan.

B06 Biadap dan tingkah laku tidak sopan terhadap
pensyarah atau kakitangan kolej

B07 Memeras ugut dan mengugut yang membawa
kepada ketakutan/ harta benda.

B08 Membawa/ menyimpan/ menggunakan senjata api,
senjata berbahaya, bahan letupan, alat berbahaya.

B09 Melakukan buli, penderaan atau paksaan terhadap
pelajar lain.

B10 Mencuri, merompak, samun, memecah masuk dan
menceroboh kawasan larangan.

B11 Menganjur/ melakukan perjudian atau membabitkan
diri dalam pertaruhan.

B12 Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau
menyimpan rencana, majalah atau pita rakaman dan
multimedia yang dilarang.

B13 Membabitkan diri dalam kumpulan haram atau
kongsi gelap/ gangsterisme.

B14 Merogol, meliwat, merangsangkan dan mencabul
kehormatan/ gangguan seksual.

B15 Melakukan zina dan hubungan luar tabi’i.
B16 Melacur/ menjadi bohsia/ bohjan/ gigolo/ lesbian/

gay dan kecelaruan gender.
B17 Bersekedudukan/ berdua-duaan atau membabitkan

diri dalam kegiatan tidak bermoral.
B18 Menulis atau mengeluarkan kenyataan media dan

perbuatan yang mencemarkan nama kolej.

42

B19 Merosakkan harta benda kolej dan kepunyaan orang 1. Amaran keras
B20 lain. 2. Dirotan 1 – 3 kali di
B21
B21a Menulis perkataan atau melukis gambar lucah. punggung berlapik
B22 Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, dengan menggunakan
B23 perhimpunan haram atau merusuh. rotan ringan.
Melakukan provokasi yang boleh menggugat 3. Membayar ganti rugi.
B24 ketenteraman kaum dan pelajar. 4. Digantung
persekolahan tidak
B25 Menyalahgunakan alat permainan, atau bahan-bahan melebihi 14 hari.
B25a multimedia. 5. Kaunseling
B26
B27 Menganjur atau membabitkan diri dalam acara 6. Dibuang kolej.
B28 kebudayaan yang bertentangan dengan nilai-nilai 7. Mahkamah.
B29
B30 mesyarakat Malaysia (gejala negatif)
Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-
B31 turut) selama 30 hari atau berkala 60 hari dalam satu
B32 tahun sesi persekolahan.

 Mengganggu/ menjejaskan kuasa Pengarah Kolej
 atau pensyarah yang menjalankan tugas.

Enggan mematuhi arahan Ahli Pemimpin Pelajar dan
pensyarah.
Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan
mempamerkan bahan lucah.
Mengeluarkan kata-kata lucah, kesat dan melakukan
perbuatan lucah.

Melakukan hubungan yang mencurigai/
menimbulkan syak.

Tidak amanah, menipu dan meniru dalam
peperiksaan.
Melibatkan diri dalam ajaran sesat/ parti-parti
politik dan menyebarkan fahaman serta mengedar
risalah atau lambing-lambang.

Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk
dalam kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Kolej.
Melakukan mana-mana kesalahan sederhana
melebihi tiga (3) kali.

 Nota : Membayar ganti rugi bagi kesalahan yang menyebabkan kerugian,
hendaklah berbincang dengan ibu bapa/ penjaga kerana pelajar tidak
mempunyai sumber kewangan sendiri untuk membayar.

 Bagi kesalahan B30 yang melibatkan parti-parti politik, perlu dibaca bersama-
sama Peraturan 7, Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Pelajar) 1959 yang

43

membenarkan Pengarah Kolej menggantung/ membuang pelajar dari kolej
di bawah Peraturan 8(b).

7.2 Pengertian Salah Laku Sederhana
7.2.1 Kesalahan yang mana perbuatannya boleh membawa kepada gangguan
ketenteraman kolej tetapi tidak sampai mendatangkan bahaya kemudaratan
kepada diri atau pelajar lain atau pihak lain.
7.2.2 Sekiranya lebih kerap kesalahan berlaku atau lebih bersungguh-sungguh pelajar
itu melakukannya, boleh membawa kepada ikutan oleh pelajar lain dan
kemudaratan serta keharmonian Sistem Pendidikan di kolej.
7.2.3 Lebih meningkat perlakuan negatif ini yang didatangkan maka lebih meningkat
pula hukuman yang patut diberi sehingga boleh digantung persekolahan.
7.2.4 Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah jangan sampai tidak setimpal
dengan salah lakunya.

(Pekeliling Ikhtisas Bil 8/1996 dan Bil 9/1975
dan Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru,

Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988)

Kesalahan Sederhana (S) Hukuman
Kod Jenis Kesalahan
S01 Sengaja membuat ganggu sumber-sumber bekalan 1. Amaran keras.
elektrik/ peralatan kolej. 2. Ganti rugi.
3. Rotan 1 – 3 kali di tapak
S02 Keluar dari kolej tanpa kebenaran.
S03 Ponteng sebarang acara rasmi kolej. tangan menggunakan
S04 Tidak menghormati lagu-lagu/ bendera/ jata kolej, rotan ringan.
4. Kaunseling
negeri dan kebangsaan. 5. Gantung kolej.
S05 Fesyen rambut keterlaluan seperti punk/ skin head/

membotakkan kepala atau mewarnakan
rambut.

S06 Mencukur bulu kening bagi pelajar perempuan.
S07 Menconteng harta benda kolej dan orang lain.
S08 Memakai barang kemas/ perhiasan diri keterlaluan,

menindik telinga/ lidah/ hidung/ bawah bibir
dan memakai subang lebih daripada satu pada
bawah cuping telinga.

S09 Melukis tatu, memakai inai pada anggota badan
(kecuali kuku).

44

S10 Membawa masuk orang lain ke dalam kawasan kolej
S10a tanpa kebenaran.
S10b Membawa barang larangan yang diwartakan oleh
S11 Pengarah Kolej.
S12
Membawa kenderaan yang tidak mematuhi akta
undang-undang Pengangkutan Jalan Raya.

Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam
kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Kolej.

Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi
tiga (3) kali.

 Nota : Membayar ganti rugi bagi kesalahan yang menyebabkan kerugian,
hendaklah berbincang dengan ibu bapa/ penjaga kerana pelajar tidak
mempunyai sumber kewangan sendiri untuk membayar.

7.3 Pengertian Salah Laku Ringan

7.3.1 Kesalahan-kesalahan salah laku yang dinyatakan sepertimana yang dibekalkan
dalam Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975. Salah laku yang tidak dinyatakan dalam
peraturan, misalnya membuat bising dalam kelas, berkeliaran (loitering) dan
pelbagai lagi perbuatan yang tidak diingini.

7.3.2 Salah laku dan kelakuan pelajar yang telah melakukan perbuatan salah laku
dilihat sebagai kurang wajar dikenakan hukuman lebih berat lagi.

7.3.3 Lebih meningkat perlakuan salah laku ini yang didatangkan, maka lebih meningkat
pula hukuman yang patut diberi sehingga boleh diberi Amaran Ketiga.

7.3.4 Beratnya hukuman yang dikenakan hendaklah jangan sampai tidak setimpal
dengan salah lakunya.

(Pekeliling Ikhtisas Bil 8/1996 dan Bil 9/1975 dan Panduan Tatacara
Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru, Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1988)

Kesalahan Ringan (R) Hukuman
Kod Jenis Kesalahan
1. Amaran pertama.
R01 Menyimpan misai, janggut atau jambang. 2. Amaran kedua.
R02 Berkuku panjang dan berambut panjang. 3. Amaran ketiga.
R03 Bermain dalam kelas, koridor atau kawasan yang 4. Kerja amal.
5. Kaunseling
dilarang di luar waktu PnP.
R04 Menggunakan dan membawa keluar sebarang

peralatan kelas/ bengkel/ makmal atau kolej
tanpa kebenaran.

45

R05 Keluar dari kelas tanpa kebenaran. 1. Amaran pertama.
R06 Berada di kantin tanpa kebenaran pada waktu 2. Amaran kedua.
3. Amaran ketiga.
pengajaran dan pembelajaran.
R07 Menyimpan atau menggunakan alat permainan 4. Kerja amal.

kepunyaan kolej tanpa kebenaran.
R08 Menggunakan harta benda kolej tanpa kebenaran.
R09 Memasuki dan tidak mematuhi arahan serta arahan

bertulis makmal/ bengkel/ bilik khas/ makmal
komputer.
R10 Memakai barangan kemas atau perhiasan atau alat
solek atau kanta lekap berwarna.
R11 Memasuki bilik khas tanpa kebenaran.
R12 Makan atau minum di kelas.
R13 Melakukan pembaziran air dan elektrik.
R14 Tidak memakai pakaian seragam kolej lengkap.
R15 Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran.
R16 Lewat ke kolej tanpa mengambil slip lewat.

R17 Lewat bergerak ke tempat-tempat yang diarahkan.

R18 Bising dalam kelas dan semua acara rasmi kolej
sehingga mengganggu.

R19 Menunggang atau memandu kenderaan persendirian
dalam kawasan sekolah.

R20 Berjalan-jalan tanpa kebenaran (berkeliaran) dalam
kawasan kolej sewaktu pengajaran dan
pembelajaran.

R21 Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan.
R22 Memasuki kawasan larangan.
R23 Mengganggu pensyarah.

R24 Lewat masuk ke kelas.
R25 Mengotorkan kelas.
R26 Tidak duduk setempat.
R27 Tidak mengikat rambut panjang dan klip rambut yang

berjuntai (pelajar perempuan).

R28 Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam
kategori ini oleh Jawatankuasa Disiplin Kolej.

 Pelajar-pelajar yang telah melakukan kesalahan dikumpulkan dikehendaki
melakukan kerja amal di luar waktu pengajaran dan pembelajaran.

46


Click to View FlipBook Version