SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN
ISMAIL JOHOR BAHRU
Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3
Kajian Amalan Sekitar Semula di
Taman Pelangi Indah
Nama : Wong Yan Xin
Tingkatan : 3 Sapphire
Nama Guru : Puan Hanifah binti Jamaluddin
Isi Kandungan m/s
1
Bil Tajuk 2
1.0 Penghargaan 3
2.0 Pendahuluan 4
3.0 Objektif kajian 6
4.0 Kawasan kajian 8
5.0 Kaedah kajian 12
6.0 Hasil kajian 14
7.0 Rumusan 15
8.0 Rujukan
9.0 Lampiran
1.0 Penghargaan
Saya ingin merakamkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu saya untuk menjayakan kajian ini.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail iaitu Encik Razali bin Tamadi,
kerana beliau telah memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja
kursus ini. Selain itu, kepada guru mata pelajaran geografi saya Pn. Hanifah
binti Jamaluddin, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana
beliau telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami sepanjang
kajian ini dijalankan.
Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada ibu saya Teh Soon Hee dan bapa
saya Wong Pheng Soon, mereka telah banyak memberi sokongan dan dorongan
kepada saya demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Seterusnya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih juga kepada tiga rakan,
iaitu Liaw Yi Ning, Edrinaz binti Muhammad Alias dan Rohan a/l Venugopal
yang telah banyak membantu saya dalam mengumpul dan merekod maklumat
kajian ini.
Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 3 orang responden
yang telah sanggup memberi kerja sama yang baik terhadap saya semasa kajian
ini dijalankan. Sesungguhnya dengan bantuan daripada semua pihak sama ada
secara lansung atau tidak lansung maka kerja khusus ini dapat disiapkan dengan
jayanya.
2.0 Pendahuluan
Saya Wong Yan Xin, Tingkatan 3 Sapphire dari Sekolah Menengah
Kebangsaan Sultan Ismail (SSI) telah menjalankan Kerja Lapangan Geografi
Ttingkatan 3 yang bertajuk Amalan Kitar Semula dalam kalangan masyarakat di
Taman Pelangi Indah.
Tujuan saya memilih Kawasan Taman Pelangi Indah sebagai kawasan kajian
adalah kerana ini ialah tempat tinggal saya. Jadi, Kawasan kajian ini
memudahkan saya membuat kajian ini.
Saya memulakan kerja lapangan ini pada 17 November 2021. Tempoh kajian
yang diberikan kepada saya adalah sebulan, iaitu 17 Disember 2021. Tempoh
masa ini telah saya manfaatkan untuk mendapatkan maklumat dan menyiapkan
tugasan ini.
Saya amat bersyukur atas rhamat yang diberkatkan oleh Tuhan dan semua pihak
yang telah memberikan kerjasama kerana membolehkan saya menyiapkan
kajian ini dengan lancar sehingga sempurna.
3.0 Objektif Kajian
Objektif kerja lapangan ini dibuat adalah untuk memenuhi kehendak tugasan
kajian peta melalui aspek dan perkara yang berikut:
(a) Menyatakan konsep dan takrifan kitar semula
(c) Menerangkan latar belakang kawasan kajian
(b) Menghuraikan kepentingan amalan kitar semula
(c) Menjelaskan kesan sekiranya mengabaikan amalan kitar semula
(d) Mentakrif cadangan usaha meningkatkan amalan kitar semula yang
bersesuaian
4.0 Kawasan Kajian
Kawasan kajian yang telah saya pilih ialah Taman Pelangi Indah, 81800 Ulu
Tiram,, Johor Darul Takzim.
Kawasan ini mempunyai tasik yang berlokasi di Taman Tasik Pelangi Indah.
Banyak kemudahan yang terdapat di kawasan kajian ini. Antaranya ialah
sekolah rendah, sekolah menengah, masjid, balai polis, pusat membeli-belah
dan lain-lain.
Darjah ketersampaian bagi kawasan ini pula adalah tinggi. Jarak antara kawasan
kajian ini dengan Lebuhraya Johor Bahru-Kota Tinggi adalah 4.1 km ataupun 6
minit sahaja.
Pola petempatan di kawasan kajian ini ialah pola berpusat. Hal ini adalah kerana
terdapat banyak kedai dan pusat membeli-belah dibuka di kawasan ini.
Disamping itu, darjah ketersampaian yang tinggi, peluang pekerjaan dan
kemudahan asas yang lengkap telah menarik perhatian ramai penduduk
berpindah ke kawasan ini.
Peta Lakar Kawasan Kajian Taman Pelangi Indah
5.0 Kaedah Kajian
Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian untuk mengumpulkan maklumat
yang tepat dan sesuai.
1. Pemerhatian
Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian untuk memerhati dan meninjau
kawasan yang bersesuaian dan berpotensi untuk menjadi kawasan kajian saya.
Saya telah membuat pemerhatian tentang kemudahan asas di kawasan kajian
saya seperti taman rekreasi, sekolah dan balai polis untuk menyiapkan kerja
lapangan ini. Selain itu, saya juga melaksanakan kaedah ini untuk mendapatkan
maklumat amalan kitar semula dalam kalangan penduduk di kawasan kajian
saya demi menyempurnakan kajian ini.
2. Temu bual
Saya telah menggunakan kaedah temu bual. Kaedah ini telah melibatkan pihak
responden dan pengkaji. Saya telah menemu bual 3 orang responden yang
tinggal di Taman Pelangi Indah untuk mengumpul data demi melengkapkan
kajian saya. Dengan kaedah ini, saya dapat mendapatkan pendapat daripada
penduduk dari perpektif yang berbeza. Salah satu responden yang telah saya
temu bual bernama Sharmine Lee yang berumur 17 dan tinggal di Jalan Jelita
15, Taman Pelangi Indah. Beliau merupakan seorang murid yang sedang
belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pelangi Indah. Berikut
merupakan contoh temu bual antara saya dengan Cik Sharmine Lee:
Saya: Pada pendapat anda, apakah usaha yang boleh dilakukan untuk
meningkatkan amalan kitar semula di kawasan kita?
Sharmine Lee: Saya rasa kita boleh mengadakan kempen kitar semula setiap
di
samping dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
3. Soal selidik
Saya telah menjalankan kaedah soal selidik. Sebelum kaedah ini dijalankan,
saya telah menyediakan boring soal selidik. Selepas itu, saya telah
mengagihkan 15 helai borang soal selidik kepada 15 orang responden di
kawasan kajian saya. Dalam borang soal selidik ini, saya Berjaya mendapat
maklumat melalui pelbagai aspek. Contohnya ialah bahan yang dikitar semula
dalam kalangan penduduk, kesan mengabaikan amalan kitar semula dan
cadangan usaha meningkatkan amalan kitar semula dalam kalangan penduduk.
4. Rujukan
Saya telah menggunakan kaedah rujukan. Saya telah membuat kaedah ini
melalui Internet dan buku teks untuk mendapatkan maklumat bagi menyiapkan
kajian ini.
6.0 Hasil Kajian
6.1 Konsep dan Takrifan Kitar Semula
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, kaedah atau
teknik memproses bahan seperti tin, botol yang yang telah digunakan supaya
dapat digunakan semula.
Selain itu, menurut Buku Teks Geografi Tingkatan 3, elemen kitar semula pula
bererti memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan
keluaran.
Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, kitar smeula bermaksud proses
menukar bahan buangan menjadi bahan dan objek baharu. Kitar semula bahan
bergantung pada kemampuannya untuk mendapatkan semula sifat yang ada
pada keadaan asli atau asal.[1] Ini adalah alternatif untuk pembuangan sampah
"konvensional" yang dapat menjimatkan bahan dan membantu menurunkan
pelepasan gas rumah hijau.
Terdapat tiga elemen kitar semula, iaitu Reduce (Kurangkan), Reuse (Guna
semula) dan Recycle (Kitar semula).
Reduce ialah amalan mengurangkan sisa pepejal untuk meminimumkan
penggunaan sumber semula jadi. Gunakan sesuatu sumber itu mengikut
keperluan sahaja.
Reuse pula bermaksud tindakan penggunaan semula barangan secara berulang
kali untuk mengurangkan penghasilan sisa. Penggunaan sesuatu barangan
secara maksimum dapat mengelakkan pembaziran.
Recycle ialah amalan mengasingkan barangan mengikut jenis untuk
menghasilkan produk yang sama jenis atau baharu semula. Pengasingan
mengikut jenis sisa menjimatkan masa dan memudahkan proses kitar semula.
6.2 Amalan Kitar Semula di Kawasan Kajian
Penduduk di kawasan kajian saya, Taman Pelangi Indah menjalankan amalan
kitar semula di rumah masing-masing.
Mereka mengasingkan sampah sarap mengikut kategori seperti kertas, kaca dan
tin. Selepas itu, mereka akan memasukkannya ke dalam tong kitar semula atau
kotak.
Pada hari pengumpulan barang kitar semula, penduduk akan memunggah
barang-barang tersebut ke luar rumah untuk dihantar ke kilang pengumpulan
barang kitar semula.
Bagi sisa makanan, sesetengah penduduk menggunakannya untuk menjadikan
baja kompos. Menurut salah satu responden, beliau menyatakan penggunaan
sisa makanan seperti kulit buah-buahan dan kulit telur boleh membekalkan
nutrient yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan yang ditanam olehnya. Bukan
itu sahaja, kaedah ini dapat menjimatkan kos untuk membeli baja di kedai.
6.3 Kepentingan Amalan Kitar Semula
Melalui pemerhatian saya, amalan kitar semula akan mendatangkan beberapa
kepentingan. Antaranya ialah amalan kitar semula boleh membentuk persekitaran
yang lebih sihat dan bersih. Hal ini dikatakan demikian kerana sampah boleh
menjejaskan kesihatan dan keselamatan. Sekiranya ia dibiarkan, longgokan sampah
akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti tikus yang membawa virus
leptospirosis. Oleh itu, dengan melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah
yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.
Seterusnya, amalan kitar semula boleh mengurangkan pencemaran alam sekitar. Hal
ini adalah kerana terdapat beberapa jenis sampah yang tidak boleh direput akan
menyebabkan pencemaran darat. Contohnya, plastik, polisterin dan kaca. Jika bahan-
bahan ini dikitar semula, ia akan diurus secara sistematik dan secara langsung
mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Selain itu, kos penyelenggaraan boleh dijimatkan. Hal ini dikatakan demikian kerana
usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah boleh dielakkan. Amalan kitar semula
yang berkesan menyebabkan sampah yang perlu dilupus akan semakin berkurangan.
Dengan ini, caj untuk pelupusan sampah akan dikurangkan.
Selanjutnya, amalan ktar semula boleh meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan.
Hal ini adalah disebabkan kebanyakkan kawasan tanah di negara kita didapati kurang
sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian besar meliputi
kawasan tadahan air.
Denagn mangamalkan amalan kitar semula, kita boleh memelihara sumber alam
semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula mengurangkan penggunaan
bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding pemprosesan bahan dari
sumber asli. Oleh itu, alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi yang akan
dating.
6.4 Kesan Sekiranya Mengabaikan Amalan Kitar Semula
Menurut pemerhatian saya, pengabaian amalan kitar semula akan menyebabkan
beberapa kesan negatif terhadap alam sekitar mahupun masyarakat. Antaranya ialah
peserkitaran kita akan menadi kotor. Hal ini adalah kerana sampah sarap tidak dapat
diurus secara sistematik. Dengan ini, kualiti kehidupan kita juga akan terjejas.
Selain itu, pengabaian amalan kitar semula juga akan menyebabkan pembaziran
sumber semula jadi. Hal ini dikatakan demikian kerana banyak bahan yang dibuat
oleh sumber semula jadi seperti kertas boleh dikitar semula untuk diproses dan
menjadikan produk yang baharu. Jika bahan-bahan ini hanya digunakan sekali sahaja,
pembaziran sumber semula jadi akan berlaku.
Seterusnya, jika amalan kitar semula diabaikan, banjir kilat akan kerap berlaku. Hal
ini adalah kerana banyak sampah yang tidak dapat direput akan menyumbat longkang.
Contohnya, botol plastik, kaca dan tin aluminium. Banjir kilat yang berlaku bukan
sahaja mengotorkan persekitaran kita, mahupun akan mendatangkan kerugian
terhadap manusia dan alam sekitar.
Selanjutnya, pengabaian amalan kitar semula menyumbang kepada penghasilan air
larut resap dan pelepasan gas metana yang dihasilkan daripada sisa pepejal yang
terurai di tapak pelupusan. Walau bagaimanapun, kitar semula dapat membantu
mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.
Kemudian, pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada
pemusnahan hutan. Kitar semula dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan
mentah, oleh itu sumber asli seperti kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan.
Jika amalan kitar smeula diabaikan, pemanasan global akan terus berlaku dan
mendatangkan keburukan kepada hidupan di bumi.
6.5 Cadangan Usaha Meningkatkan Amalan Kitar Semula yang Bersesuaian
Melalui pemerhatian saya, terdapat beberapa usaha yang berefektif boleh dijalankan
untuk meningkatkan kitar semula yang bersesuaian. Antaranya usaha adalah dengan
mengadakan pameran tentang amlan kitar semula. Halini dalah kerana masyaraakat
akan mengetahui kepentingan amalan kitar semula kepada hidupan di dunia dan alam
sekitar. Mereka juga akan mengetahui kesan-kesan negatif yang akan berlaku jika kita
tidak mengamalkan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian.
Selain itu, ibu bapa mestilah mendidik anak-anak mereka cara mengitar semula di
rumah sejak kecil lagi, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Contohnya, ibu bapa bolehlah melatih anak-anak untuk mengasingkan sampah sarap
mengikut kategori. Ibu bapa juga berperanan menjadi teladan yang baik untuk anak-
anak dnegan sentiasa mengitar semula dan mengamalkan amalan 3R kerana
bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
Seterusnya, sektor perfilemenan bolehlah mengeluarkan dokumentari tentang impak
negatif pengabaian amalan kitar semula di seluruh dunia. Dokumentari ini juga
perlulah disebarkan luas dalam media sosial. Dengan ini, masyarakat akan terdedah
kepada kepentingan mengamalkan amalan kitar semula di samping meningkatkan
kesedaran mereka.
Selanjutnya, pihak kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang demi
meningkatkan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat. Hal ini adalah kerana
kebanyakan masyarakat takut dikenakan hukuman dan akan mematuhi peraturan yang
ditetapkan. Contohnya, pihak kerajaan bolehlah menyaman penduduk yang tidak
mengasingkan barang mengikut kategori sebagai tanda amaran. Secara langsung,
amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.
Pihak berkuasa juga boleh memberi ganjaran atau hadiah kepada penduduk yang
mengamalkan kitar semula. Hal ini adalah kerana mereka akan menjadi gembira
selepas mengitar semula. Ganjaran atau hadiah yang diberikan juga boleh dijadikan
sebagai galakkan untuk meneruskan amalan kita semula dalam kehidupan seharian.
7.0 Rumusan
Kesimpulannya, saya telah memahami dengan lebih mendalam tentang konsep
kitar semula melalui kajian ini. Saya juga dapat menghuraikan kepentingan
amalan kitar semula demi kelestarian alam sekitar mahupun hidupan di dunia.
Melalui kajian ini, saya telah mengetahui kesan-kesan negatif yang akan
berlaku jika amalan kitar semula diabaikan oleh masyarakat. Saya juga
mendapat cadangan usaha untuk meningkatkan amalan kitar semula yang
bersesuaian.
Amalan kitar semula merupakan amalan yang amat memanfaatkan dan harus
dipupuk dalam kalangan masyarakat demi memelihara kepentingan masing-
masing. Sekiranya amalan kitar semula berjaya disemai dalam setiap lapisan
masyarakat, persekitaran kita akan menjadi lebih indah dan bersih. Semua
hidupan akan hidup dalam keadaan yang selesa. Kualiti kehidupan kita juga
akan ditingkatkan. Oleh itu, setiap pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan
tebing untuk menjadikan amalan kitar semula sebagai sebahagian daripada
kehidupan kita.
Usaha Meningkatkan Amalan Bilangan
Kitar Semula 4
Melalui pendidikan 5
9
Pihak kerajaan menguatkuasakan 4
undang-undang
Melalui kempen kesedaran 8
Pihak berkuasa memberi ganjaran
kepada penduduk yang mengitar
semula
Pendedahan media massa
Usaha Meningkatkan Amalan Kitar Semula yang Bersesuaian
10 Melalui kempen Pihak berkuasa Pendedahan media
9 kesedaran memberi ganjaran massa
8 kepada penduduk
7 yang mengitar semula
6
5
4
3
2
1
0
Melalui pendidikan Pihak kerajaan
menguatkuasakan
undnag-undang
Melalui pemerhatian saya, terdapat paling banyak responden, iaitu 9 orang yang
menyatakan empen kesedaran dapat meningkatkan amalan kitar semula dalam
kalangan penduduk. Seterusnya, terdapat 8 orang responden berpendapat
bahawa pendedahan media massa merupakan antara Langkah untuk
meningkatkan amalan kitar semula. Selain itu, 5 orang responden menyatakan
langkah pihak kerajaan yang menguatkuasakan undang-undang boleh
meningkatkan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat. Selanjutnya, 4
orang responden telah memilih jawapan pihak berkuasa memeri anjaran kepada
penduduk yang mengitar semula sebagai Langkah untuk meningkatkan amalan
kitar semula. Akhirnya, terdapat 4 responden menyatakan Pendidikan boleh
meningkatkan amalan kitar semula dalam kalangan penduduk.
8.0 Rujukan
Sumber Internet
- https://www.google.com/maps/place/Taman+Pelangi+Indah,+%E4%B9
%8C%E9%B2%81%E5%9C%B0%E5%8D%97%E6%9F%94%E4%BD
%9B/@1.5806965,103.7885823,3863m/data=!3m1!1e3!4m5!3m4!1s0x3
1da6ee84cc2c315:0x728e63c91529f266!8m2!3d1.578286!4d103.7965
- http://hchs.edu.my/gogreen/Kitar%20Semula-1.html
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Kitar_semula
- https://puterilabkpt4033.wordpress.com/kepentingan-amalan-kitar-
semula/
Sumber buku
- Ahmad Ridzuan Bin Rahman, Buku Teks Geografi Tingkatan 3 KSSM,
2018 IMS Books Trading Sdn.Bhd
9.0 Lampiran
Bahan yang tidak boleh dikitar semula dan
bahan yang boleh dikitar semula diasingkan
di luar rumah untuk dikumpul oleh pihak
berkuasa
Bahan yang boleh dikitar semula seperti
kotak, surat khabar dan baju yang masih
elok tetapi tidak boleh dipakai
Baja kompos
Persekitaran Taman Pelangi Indah
yang bersih dan indah
Gunakan semula botol plastik untuk
membuat hiasan
Laman sesawang berkaitan
kepentingan alaman kitar semula
Laman sesawang berkaitan konsep
Laman sesawang berkaitan peta lakar
Taman Pelangi Indah
Buku teks Geografi Tingkatan 3 KSSM