Universiti utara malaysia
MAJLIS
KONVOKESYEN
"ILMU, BUDI DAN BAKTI"
E-MAJALAH EDISI 1/2022
ISI KANDUNGAN
03 VISI, MISI DAN MOTO UUM 12 RUANGAN KREATIF
04 LAGU BIRU WARNA - SELOKA MEMORI
05 SIDANG REDAKSI - SAJAK: IBUKU KAULAH
06 TINDA EDITOR INSPIRASIKU
07 ARTIKEL UTAMA 14 BERITA SEMASA
- MAJLIS KONVOKESYEN UUM KE-32 - UUM TANGGUH MAJLIS
- ANUGERAH PELAJARAN DIRAJA & KONVOKESYEN KE-33
PINGAT EMAS CANSELOR
16 RUANGAN IKLAN
09 ARTIKEL SAMPINGAN
- PHOTO BOOTH
- ROMANTIK FOTOGRAFI
- KONSERT KONVO UUM
VISI
"Menjadi Universiti Pengurusan Yang Terkemuka"
To Be An Eminent Management Universiti
MISI
"Mendidik Pemimpin Berperwatakan Holistik Untuk
Berbakti Kepada Komuniti Global"
We Educate Leaders With Holistics Characteristics To Serve
The Global Community
MOTO
"Ilmu, Budi, Bakti"
Knowledge, Virtue, Service
UUM Kampus Induk (Sintok, Kedah) 03 UUM Kampus KL
Tel: 04-9284000 Fax: 04-9283053 Tel: 03-26103000 Fax: 03-2694922
Emel: [email protected] Emel: [email protected]
Lagu rasmi uum - biru warna
Kami anak alam insan Tuhan
Mengembara langit biru mencari ilmu
Berteman kebudimanan
Bina nusa bina dunia sejahtera
UNIUTAMA ibu yang tercinta
Kami doa lanjut usia bahagia
Kami janji hormati pesanmu
Ilmu, Budi dan Bakti
Kami anak alam insan Tuhan
Mengembara langit biru mencari ilmu
Berteman kebudimanan
Bina nusa bina dunia sejahtera
UNIUTAMA ibu yang tercinta
Kami doa lanjut usia bahagia
Kami janji hormati pesanmu
Ilmu, budi dan bakti
Ilmu, budi dan bakti
04
SIDANG REDAKSI
KETUA EDITOR
Sia Kah Shyuen
P. KETUA EDITOR FOTOGRAFI
Nuraisya Imani Binti Mohd Zamri Siti Shahira Saffiya Binti Rosdi
AHLI ARTIKEL AHLI ARTIKEL IKLAN
Lee Zi Tian
Ng Jue Si Nur Farahin Afiqah Binti Nordin
Ikuti Kami: uum_emajalah UUM E-Majalah 05
UUM E-Majalah
TINTA EDITOR
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Bersyukur kepada Tuhan, e-majalah
bagi edisi pertama dapat diterbit dengan jayanya. Terlebih dahulu, saya
ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada sidang redaksi 2022 yang
telah bekerjasama, menggembleng tenaga serta menunjukkan komitmen
yang tinggi bagi menghasilkan e-majalah yang lebih kreatif dan berkualiti.
Selain itu, saya mewakili sidang redaksi 2022 untuk mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pihak universiti atas sokongan dan keyakinan terhadap
kami untuk menghasilkan e-majalah yang berkualiti.
E-majalah ini mengandungi artikel utama, artikel sampingan, ruangan
kreatif, berita semasa dan ruangan iklan yang berkaitan dengan Majlis
Konvokesyen UUM. E-majalah ini merupakan sarana kenangan dan perakam
peristiwa Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) setiap tahun
kepada seluruh warga UUM. E-majalah ini juga dapat diibaratkan sebuah
buku catatan yang penuh dengan segala maklumat dan aktiviti lain
sepanjang Konvokesyen UUM setiap tahun.
Melalui e-majalah ini, warga UUM dan anggota masyarakat dapat
mengenali Majlis Konvokesyen yang dianjurkan di UUM dengan lebih
mendalam. Akhirnya, saya turut berharap agar tradisi kecemerlangan UUM
dapat dikekalkan dan akan terus maju untuk mencapai kejayaan dalam
semua bidang pada masa yang akan datang.
Sekian, Terima Kasih.
KahShyuen
Sia Kah Shyuen,
Ketua Editor E-Majalah 2022
06
MAJLIS KONVOKESYEN UUM KE-32
Pada 19 hingga 23 Oktober 2019 iaitu selama lima hari, telah berlangsungnya Majlis
Konvokesyen yang ke-32 bagi Universiti Utara Malaysia (UUM). Majlis tersebut
telah diadakan di kampus induk universiti di Sintok, Kedah di Dewan Mu'adzam
Shah, Universiti Utara Malaysia. Seramai 5,779 graduan telah menerima ijazah
masing-masing pada Majlis Konvokesyen Ke-32 Universiti Utara Malaysia (UUM).
Majlis konvokesyen ini diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar yang sudah berjaya
menamatkan pengajian di peringkat diploma mahupun Ijazah. Detik ini sangat
dinanti-nantikan oleh semua graduan setelah berhempas pulas membanting tulang
dalam pelajaran.
Sultan Kedah
Universiti diminta lahirkan graduan SULTAN Kedah, Sultan Sallehuddin
berilmu, beradab- Sultan Kedah Almarhum Sultan Badlishah telah
menyampaikan ijazah kepada 89
graduan Universiti Utara Malaysia
(UUM) dalam istiadat Konvokesyen UUM
yang ke-32.
UUM telah menyediakan sebuah aplikasi mobile Aplikasi Mobile
iaitu, UUM Konvo 2019 yang mengandungi
maklumat lengkap mengenai Majlis Konvokesyen
UUM yang ke-32. Antara ciri istimewa aplikasi ini
adalah dapat melihat ucapan penghargaan dari
setiap graduan dan boleh melayari buku rasmi
Majlis Konvokesyen ke-32 dan banyak lagi.
07
Anugerah Pelajaran Diraja & Pingat
EMAS CANSELOR
Pada Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia
(UUM) yang ke-32, dua graduan telah menerima
Anugerah Pelajaran Diraja dan seorang graduan
telah menerima Pingat Emas Canselor.
Penilaian adalah berdasarkan pencapaian akademik
yang cemerlang, penglibatan dalam aktiviti Ko-
Kurikulum, sumbangan pada masyarakat,
mempunyai ciri-ciri kepemimpinan, sahsiah dan
latar belakang yang baik.
Video kejayaan salah seorang graduan penerima
Anugerah Pelajaran Diraja-Pingat Jaya Cemerlang
telah tular di media sosial dan telah berjaya menarik
perhatian ramai pihak termasuklah pelakon dan
usahawan terkenal iaitu Noor Neelofa.
Anugerah Pelajaran Diraja-Pingat Jaya Cemerlang
Nur Athirah Binti Rushami Zien
23 Tahun
PMK 3.99
Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Undang-Undang dan
Perniagaan
Loh Mei Chwin
23 Tahun
PMK 3.97
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
Pingat Emas Canselor
Muhammad Taqi'uddin Bin Mohd Hamzah
Mughayah
28 Tahun
PMK 3.92
Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perbankan Islam
08
PHOTO BOOTH - FOTOGRAFI - KONSERT
ARTIKEL
SAMPINGAN
Photo Booth
MAJLIS KONVOKESYEN 2019
NG JUE SI
Suprise Delivery
TheGirlSupriseDelivery- Mereka menyusun atur dan menjual pelbagai
hadiah kepada graduan pada hari graduasi. Pelanggan boleh memilih
bunga untuk diberikan kepada graduan sama ada bunga palsu atau bunga
yang segar. Mereka juga mempunyai pelbagai patung yang comel dan belon
yang mempunyai ucapan tahniah kepada para graduan. Di samping itu,
penghantaran hadiah adalah percuma! Pelanggan juga boleh mendapat kad
ucapan dan hadiah tamabahan yang percuma!
Sesiapa yang ingin memberikan hadiah kepada profesor, kawan atau ahli
keluarga boleh menghubungi mereka melalui laman Facebook mereka:
TheGirlSupriseDelivery
Sekiranya mempunyai bajet yang rendah, boleh membuat pra-
pesanan daripada Crystal dan Hui Teng dari laman Facebook dan
WhatsApp mereka. Kebanyakan harga hadiah dan sejambak
bunga ialah RM10 hingga RM50 sahaja. Penghantaran hadiah
juga percuma!
09
ROMANTIKA
FOTOGRAFI
NG JUE SI
Romantika Fotografi telah membantu
ramai graduan UUM mengambil
gambar yang kreatif dan unik untuk
dijadikan kenangan dan memori yang
baik kepada mereka.
Juru gambar akan memberikan
konsep kepda graduan untuk
mengambil gambar yang bermakna.
Sekiranya para graduan ingin
membuat album graduasi, juru
gambar akan membantu mereka
untuk mengambil gambar dengan
tema tertentu supaya proses
pengambilan gambar akan menjadi
lebih menarik.
10
KONSERT SINTOK: Satu konsert telah dianjurkan di
KONVO UUM Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok,
Kedah bermula 16 hingga 23 Oktober 2019.
NG JUE SI
Para graduan UUM serta orang awam telah
dijemput hadir ke konsert ini untuk
memeriahkan Majlis Konvokesyen Ke-32
UUM.
Menurut pelajar dari UUM, Rohana, seramai
23 orang artis telah dijemput ke konsert ini
seperti Awie, Nabila Razali, Xpose dan
sebagainya. Setiap malam, beberapa artis
akan membawa persembahan yang menarik
agar dapat memeriahkan suasana program.
Terdapat juga pelajar UUM yang membuat
persembahan daripada pelbagai persatuan
dan kelab. Selain itu, Pesta Konvokesyen
UUM Ke-32 (PESKON 32) telah
mengadakan pelbagai aktivti menarik seperti
pertandingan Mobile Lagend Bang Bang dan
Kids Fun Zone di sekeliling pentas.
11
SERLAHKAN
POTENSI
ANDA
RUANGAN
KREATIF
KARYA INDAH
MUTIARA HATI
PEMBUKA BICARA
Seloka Memori
KARYA : AISYA IMANI
KISAHNYA BERMULA SEMUANYA DI SINI,
UUM TEMPAT SEGALANYA DIPERTARUHKAN,
PELBAGAI KISAH BERLAKU DI SINI,
JARANG SEKALI AKAN DILUPAKAN.
KU TEKADKAN DIRI HARUS BERANI,
JATUH BANGUN SEORANG DIRI,
SEGALA KEPERITAN KU TELAN DI SINI,
AGAR IA MENJADI MEMORI.
SEIRING WAKTU BERLALUNYA MASA,
SIANG MALAM SENTIASA BERJAGA,
JANGAN PERNAH BERPUTUS ASA,
NIKMAT NANTI TIADA SIAPA DUGA.
12
SAJAK:IBUKU
KAULAH
INSPIRASIKU
DARI ANAKANDAMU
Ibuku...
Hadirmu bagaikan mentari yang menyinariku,
Yang sentiasa mewarnai setiap sudut hatiku,
Yang melayaniku tidak kira waktu,
Yang sentiasa menasihatiku selalu.
Ibuku...
Hadirmu bagaikan penawar bagi penyakitku,
Yang sentiasa memberiku kekuatan,
Yang sering memberiku keceriaan,
Yang tidak pernah jemu menyayangiku.
Ibuku...
Walaupun pelbagai rintangan dihadapimu,
Kau sentiasa berdiri teguh,
Kau sentiasa sabar atas segalanya,
Kau sentiasa menunjukkan sisi paling kuat,
Kau sentiasa bangun tanpa kenal erti penat.
Ibuku...
Walaupun pelbagai cabaran melandaku,
Kau sering mengajarku erti kehidupan,
Kau sering mengajarku erti kesetiaan,
Kau sering mengajarku erti kesusahan,
Kau sering mengajarku erti kebahagiaan.
Ibu...
Akan kusanjungimu,
Akan ku kuhormatimu,
Akan ku jadikan kau inspirasiku,
Hiingga hujung nyawaku,
Terima kasih ibu!
Nukilan: Aisya Imani
ILMU, BUDI DAN BAKTI
13
BERITA
SEMASA
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
UUM MELAHIRKAN
GRADUAN DINAMIK
DAN MAMPU
BERDAYA SAING
BERITA SEMASA
SITI SHAHIRA SAFFIYA BINTI ROSDI
UUM TANGGUH MAJLIS KONVOKESYEN KE-33
Majlis Konvokesyen Universiti Utara Menurut kenyataan dari
Malaysia (UUM) ke-33 yang Jabatan Hal Ehwal Akademik
dijadualkan pada bulan November (HEA) UUM, keputusan itu
setiap tahun telah dibatalkan bagi dibuat selepas menerima
menjaga kesihatan dan keselamatan saranan Majlis Keselamatan
warga UUM dan masyarakat setempat. Negara (MKN) dan
Anggaran pelajar seramai 5000 orang Kementerian Kesihatan
yang berjaya menamatkan pengajian. Malaysia (KKM).
Peredaran masa yang
berlaku telah menyebabkan
pihak pengurusan Universiti
Utara Malaysia telah
bersetuju untuk
menganjurkan Majlis
Konvokesyen ke-33 ini pada
bulan Mac 2022. 14
Semestinya setiap Walau bagaimanapun, pelbagai
langkah boleh dilakukan seperti
pelajar menginginkan pelajar boleh memakai jubah
konvokesyen bagi meraikan
majlis konvokesyen suasana konvokesyen. Selain
itu, pelajar boleh mendapatkan
diadakan bagi maklumat untuk mendapatkan
transkrip dan ijazah menerusi
membuktikan mereka laman web rasmi jabatan HEA.
Akan tetapi, ia telah membawa
sudah berjaya perubahan yang besar dengan
keadaan pandemik pada tahun
menamatkan pengajian di 2020 berbanding dengan tahun
sebelum ini. Pastinya, pelajar
UUM akan tetapi terpaksa mengharungi semua
perkara ini bagi mengelakkan
kemunculan Covid 19 sebarang kesulitan berlaku.
yang semakin berleluasa Tahniah atas kejayaan
cemerlang
menyebabkan semua anda !
aktiviti yang melibatkan Menjadi kebanggaan untuk
semua
pergerakan terpaksa
diberhentikan.
"Ungkapan yang
ingin didengari
oleh semua
pelajar"
15
RUANGAN
RUANGAN
IKLAN
IKLAN
RUANGAN IKLAN
16
17
18
E-MAJALAH
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
06010 SINTOK, KEDAH DARUL AMAN,
MALAYSIA.
TEL: 04-9284000 FAX: 04-9283053
EMEL: [email protected]
------------------------------------------------
UUM KL CAMPUS
41-3 JALAN RAJA MUDA ABDUL AZIZ,
50300 KUALA LUMPUR, MALAYSIA
TEL: 03-26103000 FAX: 03-26949228
EMEL: [email protected]
UUM E-Majalah uum_emajalah UUM E-Majalah