The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iyzzaty, 2023-05-10 16:34:58

bincangkan perpaduan di malaysia

EFOLIO GROUP6

1 MPU21032 : PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN TAJUK TUGAS : BINCANGKAN PERPADUAN DI MALAYSIA NAMA PENSYARAH : USTAZ KAMAL HISAM BIN ABDUL HALIM NAMA PELAJAR : NUR IZZATI ATHIRAH BINTI YUSRI 02DTM22F2034 SITI ROKIAH BINTI MD GHAZALI 02DTM22F2038 RUSSHAFIZWAN BIN RUSLAN 02DTM22F2063 NURUL IZZATI BINTI ABDUL WAHID 02DTM22F2032


2 ISI KANDUNGAN UNIT ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. PENGENALAN 3 2. 1.1 KEPENTINGAN PERPADUAN DI MALAYSIA 1.1.1 MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG HARMONI 1.1.2 MEMAJUKAN EKONOMI NEGARA 1.1.3 MENARIK KEDATANGAN PELANCONG KE MALAYSIA 4-5 3. 1.2 USAHA MEMUPUK PERPADUAN DI MALAYSIA 1.2.1 MENYATUKAN INTITUSI PENDIDIKAN DARI PERINGKAT RENDAH 1.2.2 MENYAMBUT HARI PERAYAAN BERSAMA-SAMA 1.2.3 AKTIVITI SUKAN DAN REKREASI DALAM KOMUNITI 6-7 4. KESIMPULAN 8 5. RUJUKAN 9 6. LAMPIRAN 10-11


3 PENGENALAN Malaysia telah melalui pelbagai pengalaman pahit sebelum berdiri teguh dan kukuh sebagai negara membangun. Pasti pengalaman dijajah oleh negara asing tidak akan diulangi lagi sepertimana yang kita ketahui penjajahan Malaysia dimulai dengan Portugis, Inggeris, Belanda, Jepun, kemudian Inggeris lagi selepas itu. Teriakan dan sorakan keramat ‘Merdeka’ pada 31 Ogos 1957 adalah tidak semudah yang disangka untuk dilalui dan memaknakan kemerdekaan tersebut. Bagi memastikan negara tidak dijajajah dan digugat oleh negara asing, perpaduan kaum sangat penting demi menjamin ketenteraman negara ini. Kita tiada seorang pahlawan seperti Rentap yang menentang kubu Raja Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1983, ataupun Dol Said yang melakukan penentangan terhadap kemaraan penjajah pada tahun 1826 di Naning, atau gerakan penentangan Inggeris di Sabah yang gagah diketuai oleh Mat Salleh pada tahun 1884 hingga 1900. Yang kita ada adalah Dato Seri Najib Tun iaitu ketua barisan pemimpin negara yang merangkap sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tanpa kegagahan seperti tokoh zaman dulu-kala, yang perlu hanyalah semangat Malaysia yang bersatu padu tanpa mengira kaum dan agama seperti kata pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Oleh itu, peganglah pepatah ini sebagai prinsip di dalam hidup demi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.


4 1.1 KEPENTINGAN PERPADUAN DI MALAYSIA 1 . Dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni Kepentingan mengamalkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat ialah dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni. Keharmonian sesebuah negara pastinya sentiasa disokong oleh kestabilan politik yang jelasnya akan membuka ruang untuk masyarakat dan pemimpin bersatu tenaga dan idea bagi memajukan negara. Hal ini pastinya mampu mewujudkan sebuah entiti masyarakat yang mementingkan kerjasama bak kata pepatah, “ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni”, serta secara tidak lansung dapat mengikis sikap individualistik. Tamsilnya, organisasi masyarakat yang berbeza latar belakang, agama dan adat resam mampu duduk semeja berjuang mempertahankan keharmonian negara daripada dicabuli pihak tertentu. Hal ini pastinya, dapat mengeratkan perpaduan kaum di negara kita dn negara bertambah gah di persada dunia.


5 2. Dapat memajukan ekonomi negara Dapat memajukan ekonomi negara dan seterusnya ekonomi Malaysia pasti bertambah mantap apabila perpaduan kaum dapat dikekalkan. Sektor ekonomi Malaysia yang mantap dan masih mampu bertahan jika dibandingkan dengan negara serantau yang berhempas pulas menghadapi kepincangan ekonomi. Seterusnya, pelabur asing tidak bimbang untuk melabur di Malaysia kerana keadaan negara kita yang aman dan damai, sekali gus dapat menaja ekonomi supaya terus berkembang. Sebagai contohnnya, rakyat yang bersatu padu akan berusaha mengerah keringat bagi memastikan negara terus maju dan menggembeleng tenaga memulihkan ekonomi negara. Oleh itu, rakyat Malaysia amat diharapkan agar asas perpaduan yang telah lama bertapak mampu diperkukuhkan dan diperkasakan lagi. 3. Dapat menarik kedatangan pelancong ke Malaysia. kepentingan mengamalkan perpaduan kaum dalam masyarakat juga dapat menarik kedatangan pelancong ke Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh, salah satu sumber ekonomi negara adalah sektor pelancongan yang dapat menjana ekonomi negara. Asas perpaduan yang kukuh dan kebudayaan yang unik di samping kepelbagaian adat resam yang membentuk identity sesebuah masyarakat dapat memikat hati pelancong untuk berkunjung. Sebagai tamsilnya, pelancong amat tertarik dengan kepelbagaian kaum di negara kita iaitu terdiri daripada tiga kaum yang terbesar iaitu, Melayu, Cina dan India yang dapat menonjolkan imej negara. Hal ini seterusnya mampu menarik kedatangan pelancong dan dapat menjana ekonomi Malaysia secara tidak lansung.


6 1.2 Usaha Memupuk Perpaduan Di Malaysia 1. Menyatukan institusi pendidikan dari peringkat rendah. Salah satu usaha yang pasti membuahkan perpaduan antara kaum di Malaysia adalah dengan menyatukan institusi pendidikan dari peringkat rendah. Umum mengetahui kita mempunyai sekolah vernakular yang dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SJKC) dan Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil (SJKT). Pembahagian ini bukan sahaja mejejaskan perpaduan antara kanak-kanak malah mewujudkan jurang pendidikan antara mereka kerana pelaksanaan kurikulum yang tidak sama. Oleh itu, kita hendaklah mewujudkan satu jenis sahaja sekolah kebangsaan yang menghimpun kanak-kanak dan remaja tanpa mengira latar belakang mereka dan memberikan pendidikan yang terbaik. Secara langsung dan tidak langsung, mereka akan berinteraksi dan bergaul sesama mereka dan melahirkan kesefahaman serta kekitaan dalam menghadapi persekolahan. Tegasnya, dengan menyatukan institusi pendidikan di bawah satu sistem sahaja semangat perpaduan antara kaum dapat dilahirkan persis kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya.


7 2. Menyambut hari perayaan bersama-sama Usaha lain yang dapat direncana untuk memupuk perpaduan antara kaum di Malaysia adalah dengan menyambut hari perayaan bersamasama. Konsep ini sebenarnya telahpun diperkenalkan iaitu penganjuran rumah terbuka. Negara kita merupakan antara masyarakat yang banyak meraikan perayaan sepanjang tahun daripada Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, Deepavali, Wesak, Hari Gawai, Pesta Kaamatan dan Hari Natal. Dengan pengajuran rumah terbuka, bangsa lain yang tidak mengetahui budaya dan tradisi kaum yang menyambut perayaan tersebut boleh memepelajari dan menikmati hidangan yang lazimnya dihidangkan. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Pada masa yang sama, aktiviti kunjung mengunjung semasa hari perayaan dapat mengeratkan hubungan antara jiran tetangga dan komuniti. Jelasnya, penganjuran rumah terbuka dapat memupuk perpaduan antara kaum menerusi perayaan yang disambut. 3. aktiviti sukan dan rekreasi dalam komuniti Dari kaca mata yang lain, perpaduan antara kaum boleh dipupuk dengan memperkasa aktiviti sukan dan rekreasi dalam komuniti. Selain manfaat kesihatan, aktiviti sukan dan rekreasi juga mampu melahirkan sifat bekerjasama dan toleransi antara satu sama lain. Nilai ini penting bagi kita untuk saling memahami budaya dan adat resam yang diamalkan oleh setiap kaum dan bangsa di Malaysia. Aktiviti sukan dan rekreasi sangat mudah untuk disertai dan boleh dilakukan pada setiap hari tanpa mengira waktu dan lapisan umur masyarakat. Oleh itu, pihak berkuasa tempatan dan kerajaan persekutuan hendaklah berganding bahu bagai aur dengan tebing dalam menyediakan dan menyelenggara infrastruktur rekreasi dan sukan untuk masyarakat umum.


8 KESIMPULAN Jika kita semua berganding bahu menggunakan konsep pepatah ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, dengan izin Tuhan perkara ini dapat dijayakan dengan cemerlang dan direalisasikan lebih awal daripada sangkaan kita. Dalam mewujudkan perpaduan kaum rakyat Maaysia, konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita sememangnya sangat berbaloi. Sudah terang lagikan bersuluh, terdapat banyak manfaat dan kepentingan kepada masyarakat dan negara dalam usaha pemupukan perpaduan kaum. Konklusiya, terdapat pelbagai kepentingan mengamalkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat di negara ini. Rakyat Malaysia amat diseru agar mempertahankan maruah bangsa hingga ke titisan darah yang terakhir dan memakmurkan bumi Malaysia melalui perpaduan. Ingatlah, “Keranamu Malaysia”, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Oleh itu, semua pihak perlu menggembeleng tenaga bagi memurnikan dan mengekalkan perpaduan antara kaum. kita dapat simpulkan bahawa banyak usaha yang boleh dijalankan untuk memastikan perpaduan antara kaum kekal utuh. Seperti lirik lagu yang dipopularkan oleh penyanyi Adibah Noor, ikan di laut, asam di darat, dalam periuk, bikin muafakat. Kita sebenarnya mempunyai banyak perbezaan tetapi jika disatukan dalam prinsip dan nilai kemanusiaan yang baik, pastinya perpaduan dapat dilahirkan dan dikekalkan. Ahli-ahli politik hendaklah menghentikan diskriminasi antara kaum yang mereka jaja henya demi kepentingan diri sendiri. Masyarakat hari ini sudah mempunyai minda yang terbuka dan luas pengetahuan untuk menerima dan menghormati kaum atau bangsa lain serta hidup dengan aman dan harmoni di bawah satu bendera. Semoga usaha-usaha di atas dapat direalisasikan dan menjadi tunjang kemajuan negara untuk duduk sma rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain.


9 RUJUKAN • https://mypt3.com/karangan-perpaduan-kaum-pt3 • https://www.irujukan.my/perpaduan-kaum/ • https://5ce5582a8d3b9.site123.me/blogsaya/karangan-kepentingan-perpaduan-di-malaysia • https://5ce5582a8d3b9.site123.me/blogsaya/karangan-kepentingan-perpaduan-di-malaysia


10 LAMPIRAN 1. 2.


11 3.


Click to View FlipBook Version