2
ISI KANDUNGAN m/s
5 9
10
PRAKATA 11
Maklumat Peribadi 12
Jawatankuasa Penyediaan Manual Pengurusan Sekolah 2022 13
Carta Organisasi Jawatankuasa Penyediaan Manual Pengurusan Sekolah 2022
Surat Penurunan Kuasa 14
BAB 1 : PENGENALAN 15
1.1 Pengenalan 16
1.1.1 Sekapur Sirih Seulas Pinang Pengetua SAMT Kuala Kubu Bharu 24
1.1.2 Pentadbiran Am Untuk Guru dan Ahli Kumpulan Pelaksana 25
1.1.3 Maklumat Lencana Sekolah 26
1.1.4 Lagu Sekolah
1.1.5 Pelan Lokasi Sekolah 28
29
1.2 Hala Tuju Sekolah 31
1.2.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Visi dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia 32
1.2.2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 33
1.2.3 Visi, Misi dan Moto SAMT Kuala Kubu Bharu
1.2.4 Piagam Pelanggan 34
1.2.5 Matlamat dan Objektif Sekolah 35
36
1.3 Takwim Persekolahan 37
1.3.1 Takwim Persekolahan – Lampiran B
1.3.2 Cuti Perayaan – Lampiran C 68
1.3.3 Hari Kelepasan Am dan Negeri 71
1.3.4 Takwin Sekolah 72
76
1.4 Senarai Nama Guru / Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) / Jadual Pembayaran Gaji 79
1.4.1 Senarai Nama Guru 81
1.4.2 Senarai Nama Anggota Kumpulan Pelaksana
1.4.3 Senarai Guru Kelas dan Penyelaras Tingkatan
1.4.4 Jadual Guru Bertugas Mingguan
1.4.5 Jadual Gaji Minimum – Maksimum
1.4.6 Jadual Pembayaran Gaji Bulanan 2022 / Tempoh Kenaikan Pangkat Secara Time
Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK)
3
BAB 2 : KOMPONEN A ̶ PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 82
2.1 Carta Organisasi Pengurusan dan Pentadbiran 83
2.2 JM01 JAWATANKUASA PENGURUSAN SEKOLAH 84
87
• Perancangan Strategik 88
• Program Kecemerlangan Sekolah
• Takwim Sekolah 89
• Penyelenggaraan Fizikal
• Pengurusan Bilik Khas 90
• Laman Sesawang
• Pengurusan Majlis dan Program 91
• Perhubungan Luar 92
• Dokumentasi / Laporan 95
• Kontrak Syarikat Keselamatan dan Kebersihan 96
• Pengurusan Bilik Kebal (bagi sekolah yang terlibat)
2.3 Carta Organisasi Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah 97
2.4 JM02 JAWATANKUASA PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH 98
2.5 JM03 JAWATANKUASA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 99
• Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Perjawatan
• Penilaian Prestasi 100
• Pengurusan Kaunseling Staf Bermasalah
• Latihan Profesionalisme (Guru dan Bukan Guru) 102
• Pembangunan Program Guru Baharu 103
• Urusan Naik Pangkat 104
• HRMIS
• Pemimpin Pertengahan 105
• Perkhidmatan 108
2.6 JM04 JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN, AKAUN DAN ASET SEKOLAH 109
• Pengurusan Bajet 111
• Pengurusan Perakaunan
• Pengurusan Perolehan 113
• Pengurusan Aset dan Stor
2.7 JM05 JAWATANKUASA STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA 115
2.8 JM07 JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA SEKOLAH
2.9 JM08 JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA GURU (PIBG)
• Bidang tugas
• Senarai tugas AJK PIBG
• Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK)
• Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB)
2.10 JM09 JAWATANKUASA KELAB KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN
4
2.11 JM11 JAWATANKUASA PENGURUSAN TINGKATAN ENAM 116
117
• Ketua Unit Pengurusan Kurikulum
• Ketua Unit Hal Ehwal Murid 118
• Guru Kokurikulum Tingkatan Enam
• Ketua Unit Kerja Kursus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 119
120
2.12 JAWATANKUASA TAKLIMAT DAN MESYUARAT GURU 121
2.13 JAWATANKUASA PENGURUSAN SIARAYA 122
2.14 JAWATANKUASA TENDER KANTIN 123
2.15 JAWATANKUASA TINDAKAN DAN PENYELIDIKAN 124
2.16 Carta Organisasi Anggota Kumpulan Pelaksana AKP
2.17 JAWATANKUASA AHLI KUMPULAN PELAKSANA
BAB 3 : KOMPONEN B ̶ PENGURUSAN KURIKULUM 137
3.1 Dasar Pengoperasian Kurikulum 138
3.2 Carta Organisasi Pengurusan Kurikulum 140
3.3 JM21 JAWATANKUASA PENGURUSAN KURIKULUM 141
• Perancangan Kurikulum - Jadual Waktu 144
• Pembelajaran Maya
147
3.4 JM22 JAWATANKUASA PANITIA MATA PELAJARAN
150
• Pengurusan Panitia
• Pengoperasian Pengajaran dan Pembelajaran (Pdp) 155
• Program Kecemerlangan Akademik 156
157
3.5 JM23 JAWATANKUASA PENTAKSIRAN DAN PEPERIKSAAN 159
160
• Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 161
• Pentadbiran Pentaksiran Pusat 162
164
3.6 JM24 JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH
• Senarai Tugas Jawatankuasa Induk
• Senarai Tugas Jawatankuasa Kerja
• Senarai Tugas Pembantu Pusat Sumber Sekolah (PSS)
3.7 JAWATANKUASA PENCERAPAN PdPc
3.8 JAWATANKUASA KELAS IMTIYAZ (PIBG)
3.9 JAWATANKUASA PEMBUDAYAAN KBAT
3.10 JAWATANKUASA UNIT ICT/DELIMA
3.11 JAWATANKUASA JADUAL WAKTU
3.12 JAWATANKUASA GURU GANTI/MMI
3.13 JAWATANKUASA PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
3.14 JAWATANKUASA MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA
INGGERIS (MBMMBI)
5
3.15 JAWATANKUASA HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMM 165
3.16 JAWATANKUASA PROGRAM KHAS AL-LUGHATUL AL-ARABIAH AL-MU’ASIRAH 166
167
(TAKALLAM) 168
169
BAB 4 : KOMPONEN C ̶ PENGURUSAN HAL EHWAL MURID (HEM)
4.1 Carta Organisasi Pengurusan Hal Ehwal Murid 170
4.2 JM25 : JAWATANKUASA PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
178
(A) Pengurusan Kelas 179
(B) Pembangunan Modal Insan 180
(C) Pendaftaran, Pertukaran dan Berhenti Sekolah 181
(D) Bantuan dan Kebajikan 182
183
(D1) Tugas Umum Jawatankuasa 184
(D2) Bantuan Kewangan 185
(D3) Bantuan Pakaian Seragam
(D4) Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia 186
187
(E) Kantin 188
(F) Skim Pinjaman Buku Teks 189
(G) Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
(H) Program Pendidikan Pencegahan Denggi (PPDe) 190
(I) Amalan Guru Penyayang
4.3 JAWATANKUASA BADAN DAKWAH DAN ROHANI (BADAR)
4.4 JAWATANKUASA SAHSIAH UNGGUL MURID (SUMUR)
4.5 JAWATANKUASA SURAU SEKOLAH
4.6 JM26 : JAWATANKUASA PENGURUSAN DISIPLIN MURID
(A) Pengurusan Disiplin
(B) Pengurusan Pengawas
4.7 JM27 : JAWATANKUASA PENGURUSAN 3K
(A) Tugas Utama Jawatankuasa 3K
(B) Kebersihan dan Keceriaan
(C) Kesihatan
(D) Keselamatan
(D1) Keselamatan Diri Murid
(D2) Keselamatan Bangunan dan Pencegahan Kebakaran
(D3) Program Sekolah Selamat
4.8 JM28 : JAWATANKUASA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
4.9 JM29 : JAWATANKUASA PENGURUSAN ASRAMA
(A) Tugas Guru Besar (PGB)
(A1) Pengurusan dan Pentadbiran Asrama
(A2) Pengurusan dan Pentadbiran Kewangan
(A3) Pengurusan Murid Asrama - Akademik 6
(A4) Pengurusan Disiplin
(A5) Pengurusan Kokurikulum dan Sukan 191
(A6) Pengurusan Pembangunan Sahsiah
(A7) Pengurusan Kebajikan 192
(B) Tugas Guru Penolong Kanan Pentadbiran
(C) Tugas Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 193
(D) Tugas Guru Penolong Kanan Kokurikulum 194
(E) Tugas Guru Bimbingan dan Kaunseling 195
196
BAB 5 : KOMPONEN D ̶ PENGURUSAN KOKURIKULUM 197
5.1 Carta Organisasi Pengurusan Kokurikulum 198
5.2 Carta Organisasi Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum 199
5.3 JM30 JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM 200
201
(A) Pelaksanaan Kokurikulum 202
(B) Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) 204
(C) Pengurusan Kokurikulum Tambahan 205
(D) Lawatan 206
(E) Redaksi Sekolah 208
(F) Pengiktirafan, Penyertaan dan Penganjuran
5.4 JAWATANKUASA PENILAIAN DAN MARKAH KOKURIKULUM 209
5.5 JAWATANKUASA BADAN BERUNIFORM 210
5.6 JAWATANKUASA KELAB PERSATUAN 211
5.7 JAWATANKUASA SUKAN DAN PERMAINAN
5.8 GURU PEMBIMBING IHTIFAL SEKOLAH / PROGRAM KOAKADEMIK
5.9 JM31 : JAWATANKUASA PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH
• Jawatankuasa Kecil Pembangunan Fizikal Sukan Sekolah
• Jawatankuasa Kecil Penggalakan Sukan
• Jawatankuasa Kecil Sumber Manusia Sukan Sekolah
• Jawatankuasa Kecil Pemantauan dan Penilaian
• Jawatankuasa Kecil Peningkatan Profesionalisme
• Jawatankuasa Kecil Kewangan
• Jawatankuasa Kecil Teknikal
5.10 JM32 : JAWATANKUASA SUKAN TAHUNAN SEKOLAH
(A) KETUA GURU RUMAH SUKAN
(B) GURU RUMAH SUKAN
(C) JAWATANKUASA KEJOHANAN
(C1) Pengerusi
(C2) Timbalan Pengerusi
(C3) Setiausaha 7
(C4) Naib Setiausaha
(C5) Bendahari 212
(C6) Pengurus Kejohanan
(C7) Penolong Pengurus Kejohanan 213
(C8) Publisiti Dan Buku Program
(C9) Perasmian Dan Penutupan 214
(C10) Kepegawaian
(C11) Teknikal 215
(C12) Hadiah dan Cenderamata 217
(C13) Juruacara
(C14) Jurugambar dan Dokumentasi 221
(C15) Rekod dan Stastistik 222
(C16) Penjaga Masa 223
(C17) Penyelia Peserta
(C18) Pengadil Lorong
(C19) Pelepas
(C20) Pelepas Panggil Balik
(C21) Penolong Pelepas
(C22) Hakim Penamat
(C23) Pencatat
(C24) Pengadil
(C25) Pengurus Pemenang
5.11 JAWATANKUASA RUMAH SUKAN
5.12 JM33 : JAWATANKUASA KOPERASI SAMT KUALA KUBU BHARU BERHAD
(A) TUGAS JAWATANKUASA
(A1) Pengerusi
(A2) Setiausaha
(A3) Bendahari
(A4) Pengurus Belian
(A5) Pengurus Jualan
(A6) Pengurus Promosi
(A7) Pengurus Pendaftaran Ahli
(A8) Juruaudit Dalaman
BAB 6 : PENGURUSAN TINGKATAN ENAM
6.1 Carta Organisasi Pengurusan Tingkatan Enam
6.2 Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum Tingkatan Enam
(A) Perancangan Kurikulum - Jadual Waktu
6.3 (B) Pembelajaran Maya 8
Unit Mata Pelajaran Tingkatan Enam
6.4 (A) Pengurusan Unit Mata Pelajaran 226
(B) Pengoperasian Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
6.5 Jawatankuasa Pentaksiran Dan Peperiksaan 228
6.6 (A) Pentaksiran Dan Penilaian Kerja Kursus
6.7 (B) Pentadbiran Pentaksiran Pusat 230
6.8 Jawatankuasa Kajian Tindakan Tingkatan Enam 231
6.9 Pengurusan Hal Ehwal Murid 232
6.10 PM01 : Guru Kelas Tingkatan Enam 2022 233
6.11 Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum 235
6.12 Jawatankuasa Kerja Kursus Tingkatan Enam 236
6.13 Garis Panduan Pengurusan Tingkatan Enam 237
6.14 Bidang Tugas dan Tanggungjawab Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam 241
Bidang Tugas Guru Tingkatan Enam (Akademik) 242
Bidang Tugas Guru Tingkatan Enam (Kokurikulum) 243
Garis Panduan dan Tanggungjawab Guru Akademik Tingkatan Enam (STPM)
9
10
Nama Penuh AKUAN PERIBADI
Nombor Jabatan
Nombor MyKad Senarai Tugas Tahun Semasa
Jawatan
Alamat Rumah
No. Telefon Bimbit
No. Telefon YES
No. Telefon Rumah
Tugas-tugas Pentadbiran
Tugas-tugas Kurikulum
Tugas-tugas HEM
Tugas-tugas Kokurikulum
Bahawasanya saya menerima Manual Pengurusan Sekolah 2021 dan telah meneliti dan memahami
semua maklumat dan bersetuju menerima pelantikan yang terkandung di dalamnya dan akan
melaksanakan dengan penuh tanggungjawab, amanah, iltizam dan istiqamah bagi melonjakkan kualiti
kerja yang cemerlang untuk mencapai visi dan misi sekolah.
…….………………… Tarikh : ………………….………
(Tandatangan)
11
JAWATANKUASA PENYEDIAAN
MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2022
Pengerusi : PUAN HAJAH MARIAHTOL KIFTIAH BINTI DARUS, PPT
Timbalan Pengerusi Pengetua SAMT Kuala Kubu Bharu
Naib Pengerusi I
Naib Pengerusi II : ENCIK MOHD HARNAIN BIN JAJULI
Naib Pengerusi III Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Penyelaras
Setiausaha : PUAN NORSHIHAN BINTI OMAR
Penolong Setiausaha (1) Guru Penolong Kanan HEM
Penolong Setiausaha (2)
Ahli Jawatankuasa : ENCIK NAJAHSALLAM BIN MOHD GHAZALI
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
: PUAN NORAIZAH BINTI ABU HASSAN
Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam
: ENCIK MOHD HARNAIN BIN JAJULI
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
: PUAN AZIAN HANIM BINTI AMAT
Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik & Vokasional
: ENCIK SUZAIMY BIN HAJI TUSLAMUN
Penolong Setiausaha Hal Ehwal Murid (HEM)
: CIK NORHAMIZAH BINTI ILIAS
Setiausaha Hal Ehwal Murid (HEM)
: PUAN NUREZIANTY BINTI ROSLY
Guru Kanan Mata Pelajaran Bahasa
: PUAN SHARMILLA BINTI MOHAMED SAAT
Guru Kanan Mata Pelajaran Pendidikan Islam & Bahasa Arab
: PUAN NORHASIMA BINTI SAID
Guru Kanan Mata Pelajaran Sains & Matematik
: PUAN ASIAH YANTI BINTI BAHARUDIN
Guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusiaan
: TUAN HAJI MOHAMAD BIN SAID
Guru Tingkatan Enam Kokurikulum
PUAN MOZIRISAH BINTI MOHD ZAIN
: Penyelaras Sijil Menengah Agama Dini (SMAD)
12
13
14
15
KATA ALU-ALUAN
PENGETUA SAMT KUALA KUBU BHARU
Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh.
Segala pujian bagi Allah s.w.t, serta selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., kerana
Manual Pengurusan Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu 2022 telah berjaya dihasilkan. Saya
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Manual
Pengurusan 2022 yang telah berusaha dan bekerjasama merancang dan menyusun manual pengurusan ini
untuk dijadikan panduan kepada semua warga SAMT Kuala Kubu Bharu dalam melaksanakan amanah
mendidik anak bangsa.
Manual pengurusan ini merupakan satu dokumentasi yang sangat penting bagi sesebuah sekolah sebagai
rujukan dan juga panduan kepada seluruh warganya dalam melaksana dan menyempurnakan amanah
yang digalas. Saya sangat berharap manual ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh warga sekolah ini,
khususnya bagi merujuk senarai tugas yang disediakan agar segala amanah dapat diuruskan dengan lebih
terancang dan teratur sekali gus meningkatkan kualiti tugasan masing-masing.
Sebagai mana yang diketahui, guru hari ini berdepan dengan pelbagai cabaran dan tanggungjawab bagi
merealisasikan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang telah menjadi agenda
penting negara untuk membangunkan satu sistem pendidikanbertarafdunia.Hasrat ini akan tercapai apabila
setiap warganya sentiasa bekerjasama, berintegriti, membudayakan kemahiran berfikir aras tinggi dan
mengutamakan kualiti dalam tindakan.
Marilah kita sama-sama melaksanakan amanah yang diberi dengan sempurna serta mendidik anak bangsa
dan mengurus organisasi dengan penuh ikhlas kerana hanya dengan keikhlasan bekerja akan menyerlahkan
lagi kemuliaan diri kita sebagai guru dan ahli kumpulan sokongan yang dedikasi, dihormati, diteladani
masyarakat dan seterusnya akan memartabatkan profesion yang kita cintai.Harapansayasemoga dengan
adanya kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada semua, kita dapat menjadikan sekolah ini sekolah
yangcemerlang dari pelbagai aspek dan sekali gus dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dunia dan
akhirat. Mudah-mudahan usaha murni kita mendapat keredaan Allah S.W.T.
Sekian. Wassalam
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA KERANA ALLAH
Saya yang menjalankan amanah,
........................................................................................
PUAN HAJAH MARIAHTOL KIFTIAH BT DARUS, PPT
Pengetua
SAMT KUALA KUBU BHARU
16
PENTADBIRAN AM UNTUK GURU
DAN AHLI KUMPULAN PELAKSANA SAMT KUALA KUBU BHARU
1. ARAHAN AM
• Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada arahan yang terdapat dalam Perintah
Am Kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami dan juga mematuhi
Perintah Am tersebut.
• Guru dan kumpulan pelaksana sekolah dinasihati supaya membaca, memahami dan boleh
mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain.
• Guru hendaklah menghayati tatasusila profesional keguruan dan menjunjungnya sebagai satu
profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata.
• Semua guru dan kumpulan pelaksana hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip
perkhidmatan cemerlang.
• Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Moto, Visi, Misi, Falsafah, Objektif dan Piagam
Pelanggan Sekolah, Falsafah Pendidikan Islam, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia.
• Semua guru dan kumpulan pelaksana dikehendaki meletakkan kepentingan pelajar dan sekolah
lebih daripada kepentingan diri ketika bertugas.
• Semua guru dan kumpulan pelaksana dikehendaki bertanggungjawab menjaga dan menjamin
keselamatan pelajar ketika belajar di sekolah dan menjaga harta benda sekolah.
• Semua guru dan kumpulan pelaksana hendaklah sentiasa mengamalkan kepimpinan yang
berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.
2. WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN
• Waktu rasmi persekolahan adalah seperti yang tercatat dalam jadual waktu persekolahan.
• Semua guru wajib berada dalam kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan kecuali
menjalankan tugas rasmi di luar.
3. MASA TIBA SEKOLAH
• Semua guru hendaklah sampai dan berada di sekolah sebelum jam 7.20 pagi.
• Guru bertugas harian dikehendaki berada di sekolah jam 7.00 pagi dan berada di tapak
perhimpunan untuk mengendalikan perhimpunan pelajar dan mengawal disiplin mereka.
• Waktu balik bagi guru bertugas harian adalah jam 4.30 petang.
• Semua guru WAJIB mengetik kad perakam, masa tiba ke sekolah dan masa balik.
4. PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH
• Semua guru WAJIB menghadiri perhimpunan rasmi sekolah pada masa dan hari yang
ditetapkan.
• Guru lelaki hendaklah memakai kemeja berlengan panjang dan bertali leher. Guru perempuan
WAJIB memakai pakaian yang menutup aurat. Semua guru digalakkan memakai kot.
• Guru-guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan Lagu Asmaul-Husna, Negaraku, Lagu
Negeri dan Lagu Sekolah.
• Guru bertugas harian hendaklah merekod, melapor dan mencatat semua aktiviti yang berlaku
sepanjang hari bertugas di dalam buku laporan harian yang disediakan di pejabat sekolah.
5. MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH WAKTU BERTUGAS
• Guru dan kumpulan pelaksana tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam
waktu persekolahan kecuali mendapat kebenaran daripada Pengetua.
• Guru yang mendapat arahan PPD/JPN/JAIS/KPM/LPM/MPM dan lain-lain mesti memaklumkan
kepada Pengetua terlebih dahulu.
17
• Guru dan Kumpulan Pelaksana juga dikehendaki mengisi dua salinan Borang Kebenaran Keluar
dan dapatkan tandatangan Pengetua / Guru Penolong Kanan. Satu salinan disimpan dalam fail
di pejabat manakala satu salinan lagi diserahkan kepada Pengawal Keselamatan bertugas di
pos pengawal untuk direkodkan.
• Guru yang mendapat kebenaran daripada Pengetua hendaklah merakamkan waktu keluar dan
waktu kembali semula ke sekolah.
• Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta mendapatkan guru ganti untuk kelas yang
ditinggalkan dan hendaklah memaklumkan kepada Pengetua / Penolong Kanan.
• Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan
kecemasan.
6. PAKAIAN GURU SEMASA BERTUGAS
• Guru wajib mematuhi Surat Pekeliling Bil. 6/1995 (rujuk salinan surat yang dilampirkan).
7. KAD PERAKAM WAKTU
• Rakaman kehadiran guru / catatan kehadiran guru adalah dokumen yang membantu Pengetua
untuk membuat penilaian ‘ Prestasi Tahunan‘.
• Guru yang hadir untuk kegiatan kokurikulum dan kelas tambahan juga dikehendaki
menandatangani buku kehadiran kokurikulum / kelas tambahan.
• Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberi kenyataan atau
sebab-sebab yang munasabah dan mendapatkan tandatangan Pengetua dengan segera.
8. KEHADIRAN MESYUARAT / PROGRAM RASMI SEKOLAH / KURSUS DALAMAN
• Guru wajib menghadiri semua mesyuarat dan program rasmi sekolah.
• Guru yang tidak hadir hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengetua dengan permohonan
secara rasmi. Bukti ketidakhadiran hendaklah disertakan.
• Semua mesyuarat mesti mempunyai agenda dan minit. Keputusan mesyuarat mesti
disampaikan kepada pihak berkenaan dan diambil tindakan.
• Pakaian semasa menghadiri mesyuarat hendaklah pakaian rasmi. Kemeja T, pakaian sukan,
sandal dan selipar tidak dibenarkan.
9. KEGIATAN KOKURIKULUM
• Semua guru akan ditugaskan menjadi Penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah
dijalankan dengan cekap.
• Semua guru wajib menghadiri kegiatan kokurikulum dan menulis nama dalam buku kehadiran
kokurikulum yang disediakan di pejabat sekolah.
• Guru hendaklah memastikan buku laporan aktiviti kokurikulum diisi oleh pelajar dan
mengesahkan laporan tersebut.
• Buku laporan tersebut hendaklah dihantar kepada Penyelaras setiap minggu untuk disemak dan
dihantar sebulan sekali kepada Pengetua / PK Kokurikulum untuk disahkan.
10. MELAKUKAN KERJA LUAR
• Penjawat awam tidak dibenarkan melakukan kerja luar kecuali dengan mematuhi Perintah Am
Bab ‘D’ seperti berikut :-
▪ Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan.
▪ Tidak dilakukan semasa waktu pejabat.
▪ Tidak menjejaskan kredibiliti sebagai penjawat awam.
▪ Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan jabatan.
• Berhubung dengan menjalankan tuisyen di luar, guru-guru diingatkan bahawa tindakan tersebut
adalah melanggar Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ) subseksyen 79 ( e ) dan subseksyen 132
( g ) di mana boleh didenda tidak melebihi RM 50,000 ( Ringgit Malaysia : Lima Puluh Ribu )
atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
18
11. CUTI Cuti Rehat / Cuti Penggal
11.1
• Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046.SJ/A(30) bertarikh 24
Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk
menggantikan cuti rehat. Namun guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak
melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas
seharian daripada tugas mengajar.
11.2 Cuti Rehat Khas ( CRK )
11.3
• Tidak melebihi daripada tujuh (7) hari yang diberi kepada Pegawai Perkhidmatan
11.4 Pendidikan di perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 1977 diganti
11.5 dengan Cuti Rehat Khas sebanyak tujuh (7) hari dalam satu tahun kalender.
11.5
11.7 • ( rujuk Perintah Am 1 ( ix ) bab C ).
11.8
Cuti Sakit
• Guru-guru yang tidak dapat hadir bertugas kerana sakit hendaklah memaklumkan
kepada Pengetua atau Penolong Kanan / Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan
KoKurikulum mengikut tatacara berikut :
− Menelefon segera kepada Pengetua.
• Sijil Perakuan Doktor mesti diserahkan segera kepada Pengetua atau Penolong Kanan
apabila datang bertugas kembali (tidak melebihi 2 hari). Jika tidak, cuti tersebut akan
dianggap sebagai Cuti Rehat Khas (CRK).
Cuti Kecemasan / Cuti Rehat Khas
• Untuk memohon cuti ini, sila baca surat Pekeliling KPM yang dilampirkan bersama.
• Dapatkan borang permohonan daripada Pejabat Sekolah.
• Serahkan borang yang siap diisi untuk kelulusan.
Cuti Keluar Negara
• Guru-guru mesti mengisi borang kebenaran ke luar negara sama ada semasa cuti
sekolah atau semasa penggal persekolahan. Sila isikan borang permohonan yang ada
di pejabat sekolah selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.
Cuti Tanpa Rekod
• Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa, cuti
latihan pasukan sukarela menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan /
persatuan latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan
ikhtisas mengambil bahagian sukan, tugas khas perubatan.
Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat
• Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli terdekat selama tiga (3) hari sebagai
cuti tanpa rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah : suami atau isteri, anak-anak,
ibu dan bapa kandung. Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan kelepasan am.
Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
Cuti Khas – Isteri Bersalin
• Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan
awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan
ini dihadkan kepada lima (5) kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
19
11.9 Cuti Tanpa Gaji
• Cuti ini tidak digalakkan kecuali tidak dapat dielakkan.
12. BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR
• Buku persediaan mengajar ialah dokumen rasmi dan harta kerajaan. Semua butiran hendaklah
disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap.
• Fail / Buku ini hendaklah diserahkan kepada Pengetua / Penolong Kanan / Guru Kanan Mata
Pelajaran pada setiap minggu mengikut jadual untuk disemak dan ditandatangan. (rujuk jadual).
• Semua guru perlu melengkapkan semua maklumat yang ditetapkan iaitu : Sukatan Pelajaran,
Rancangan Pengajaran, Jadual Waktu Kelas Dan Persendirian, Senarai Buku Rujukan, Biodata
Diri, Senarai Nama Pelajar, Markah Ujian, TOV dan ETR Pelajar dan maklumat-maklumat lain
di ruangan yang disediakan.
• Guru Kanan Mata Pelajaran akan menyemak rancangan pengajaran dan sukatan pelajaran di
dalam buku persediaan mengajar.
• Format terkini KSSM hendaklah digunakan untuk menyediakan rancangan pengajaran.
• Guru yang ditugaskan menjadi guru ganti diwajibkan mencatat di dalam buku persediaan
mengajar perkara berikut :
1. Mata pelajaran yang diganti
2. Tingkatan
3. Masa
• Buku Persediaan Mengajar ialah dokumen yang membantu dalam menyedia dan melaksanakan
Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
• Jika seseorang guru bercuti, fail / buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan,
untuk urusan guru pengganti.
• Fail / Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat sekolah pada hari terakhir tahun
persekolahan.
13. WAKTU MENGAJAR
• Memastikan kehadiran dan disiplin pelajar di dalam kelas.
• Melengkapkan Buku Kawalan Kelas (BKK).
• Memastikan kelas teratur, bersih dan kondusif.
• Mencatat bilangan pelajar yang ada di dalam borang kawalan kelas.
14. GURU GANTI (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981)
• Sila lihat Pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai Masa Luang (Free Period).
Guru-guru hendaklah mematuhi jadual guru ganti yang ditetapkan.
15. BUKU LATIHAN / NOTA PELAJAR / BUKU KERJA / BUKU REKOD KOKURIKULUM
• Buku-buku tersebut hendaklah sentiasa diperiksa dengan teliti.
• Buku yang telah diperiksa hendaklah segera dikembalikan kepada pelajar.
• Sila turunkan tandatangan ringkas dan tarikh di dalam buku / nota yang telah diperiksa.
• Pengetua / Penolong Kanan / Penolong Kanan HEM / Penolong Kanan Kokurikulum / Guru
Kanan Mata Pelajaran akan menyemak buku-buku tersebut mengikut jadual.
16. GURU SEBAGAI GURU DISIPLIN (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001)
• Semua guru SAMT Kuala Kubu Bharu adalah guru disiplin dan guru bimbingan. Guru-guru
hendaklah sentiasa memberi bimbingan kepada pelajar dan mengamalkan budaya “ Sekolah
Penyayang “. Buku Peraturan Sekolah dan Diari Pelajar menjadi panduan untuk mengurus
pelajar-pelajar.
20
17. KESELAMATAN PELAJAR
• Semua guru bertanggungjawab menjaga keselamatan pelajar sepanjang waktu berada di dalam
kawasan sekolah.
• Jika berlaku kemalangan atau kecederaan guru diminta segera memaklumkan kepada pengetua
atau penolong-penolong kanan, ibu bapa atau penjaga kepada pelajar berkenaan mesti
dimaklumkan segera.
• Peraturan keselamatan yang disediakan mestilah dipatuhi
• Latihan kebakaran wajib diadakan sekali sepenggal.
18. PERHUBUNGAN SESAMA GURU DAN KUMPULAN PELAKSANA
• Guru dan Kumpulan pelaksana sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang
baik dan sihat sesama rakan dan sentiasa mengamal tutur kata, dengan harapan akan
mewujudkan perasaan kekitaan.
• Guru dan Kumpulan pelaksana tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan /
fahaman / pendapat / kepercayaan sesama rakan ataupun pelajar sekolah ini.
• Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosio
ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.
• Guru dan kumpulan pelaksana WAJIB menjadi ahli badan kebajikan dan mematuhi
perlembagaan badan kebajikan tersebut.
19. BILIK GURU
• Kebersihan, keceriaan dan keselamatan ‘Bilik Guru’ adalah menjadi tanggungjawab semua
guru. Jadikan bilik guru sebagai contoh kepada pelajar.
• Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah
dianggap ‘non-teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru hendaklah
menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran
dan pembelajaran atau berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja. Sebarang aktiviti berunsur
perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di bilik guru.
• Pelajar tidak digalakkan berada di bilik guru.
• Pelawat tidak dibenarkan menggunakan bilik guru untuk berbincang sesuatu dengan guru.
• Sebarang pertemuan ( tetamu luar ) hendaklah diadakan di luar bilik guru / kantin.
20. PERJAWATAN DAN PENGAJARAN
• Jika guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan bolehlah berurusan dengan
Ketua Pembantu Tadbir atau Pengetua.
• Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Ketua
Panitia, Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Cemerlang atau Penolong Kanan dan Pengetua.
21. TUGAS
• Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid dan
pentadbiran. Tugas tersebut mesti dilaksanakan dengan dedikasi, cekap dan
bertanggungjawab.
• Guru hendaklah melaksanakan sesuatu tugas / arahan misalnya menghadiri mesyuarat, pergi
ke Jabatan Pendidikan Negeri atau sekolah lain dengan penuh tanggungjawab. Guru yang
ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Pengetua.
• Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar, minit curai
hendaklah dikemukakan kepada Pengetua dengan menggunakan borang khas yang boleh
diperoleh di Pejabat Sekolah.
• Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seumpamanya, apabila balik ke
sekolah hendaklah menjalankan “ Kursus Dalaman “ kepada guru dan dimaklumkan kepada
Penolong Kanan / Pengetua tarikh dan masa pelaksanaannya.
21
• Guru yang melakukan tugas rasmi di luar, hendaklah menyediakan bahan tugasan untuk pelajar
dan mengisi borang maklumat tugasan dan diserahkan kepada Penolong Kanan.
22. JADUAL WAKTU
• Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran.
• Guru Kelas dan Guru Bilik Khas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk
dipamerkan di dalam kelas / bilik khas masing-masing.
23. JADUAL KEDATANGAN PELAJAR
• Setiap Guru Kelas akan diberi sebuah Buku Kedatangan Pelajar. Buku ini amat penting kepada
pihak audit dan menjadi satu kesalahan sekiranya hilang atau tidak melengkapkan dengan
sempurna. Buku ini mesti disimpan di pejabat sekolah pada setiap masa.
• Guru Kelas hendaklah mengisi maklumat-maklumat yang diperlukan dan hendaklah memahami
dan mematuhi kehendak-kehendak mengenainya yang tercetak di bahagian dalam kulit
hadapan.
• Buku Kedatangan Pelajar hendaklah ditulis secara teratur dengan dakwat hitam sahaja atau biru
sahaja, kemas dan ditanda pada setiap hari oleh Guru Kelas pada waktu pertama. Jika Guru
Kelas tidak hadir, Buku Kedatangan Pelajar hendaklah diisi oleh Guru Kelas 2 atau Penyelaras
Tingkatan.
• Guru Kelas tidak boleh mewakilkan pelajar untuk menanda Buku Kedatangan Pelajar.
• Pelajar yang tidak hadir 3 hari berturut-turut atau berselang seli selama 10 hari dalam satu bulan,
ibu bapa / penjaganya hendaklah dihubungi secara bertulis.
• Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh Guru Penyelaras
Tingkatan.
24. KESELAMATAN DAN PENGGUNAAN HARTA BENDA SEKOLAH
• Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta
benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau
tidak sengaja hendaklah disampaikan ke pengetahuan pihak sekolah.
• Ketua Panitia / Guru Kanan Mata Pelajaran hendaklah memastikan ada peraturan –peraturan
mengenai penggunaan alat di bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain.
• Alat-alat dan harta sekolah adalah harta kerajaan. Penggunaan untuk peribadi adalah dilarang.
Sesuatu alat yang dipinjam hendaklah mendapat kebenaran guru kanan / guru yang
bertanggungjawab dengan mengisi borang pinjaman. Alat yang digunakan hendaklah
dikembalikan semula dan menandatangan buku pinjaman.
25. KEBERSIHAN
• Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas pelajar
hendaklah disediakan oleh guru kelas untuk kelas masing-masing. Alatan yang digunakan untuk
membersihkan kelas hendaklah disimpan dengan rapi dan selamat.
• Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas / tempat
khas ( bengkel , bilik kaunseling, makmal dan lain-lain ) bertanggungjawab untuk menjaga
kebersihan dan keselamatan bilik tersebut.
• Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, kumpulan pelaksana dan
pelajar.
26. SURAT RASMI
• Semua surat rasmi berkaitan dengan perjawatan atau sekolah hendaklah dihantar melalui
pengetua.
22
27. SURAT YANG DITERIMA
• Semua surat masuk yang telah diminitkan oleh Pengetua perlu diambil tindakan segera.
• Semua surat keluar hendaklah menggunakan kepala surat sekolah yang ditandatangani oleh
Pengetua.
• Sekiranya guru perlu menghantar sebarang maklumat kepada pihak-pihak berkaitan, maka
maklumat tersebut hendaklah ditaip dan menyerahkan ke pejabat. Pihak pejabat akan
menyediakan surat iringan yang ditandatangani oleh Pengetua.
28. PERGI KE JABATAN PENDIDIKAN NEGERI / PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
• Guru-guru tidak digalakkan pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah
untuk urusan peribadi.
29. PELAWAT
• Semua pelawat, penjual dan pengedar WAJIB berjumpa dengan Pengetua / Penolong Kanan
terlebih dahulu sebelum berurusan dengan guru-guru. Promosi atau mengiklan sesuatu
barangan di sekolah untuk pelajar adalah dilarang kecuali mendapat kebenaran pengetua.
30. PEMBELIAN
• Guru/staf perlu menyediakan kertas kerja sebelum membuat pembelian sesuatu barangan.
• Guru/staf yang hendak membeli barang daripada koperasi sekolah/syarikat-syarikat perlu
memohon kebenaran dengan mengemukakan nota minta yang terdapat di pejabat untuk
ditandatangan oleh Guru Kanan Mata Pelajaran/Penolong Kanan berkaitan sebelum diluluskan
oleh Pengetua.
• Pembelian barangan untuk melaksanakan aktiviti/program perlu disertakan dengan kertas kerja
dan nota minta.
31. BUKU STOK / INVENTORI
• Ketua Panitia atau ketua unit bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori dan
memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa
dikemaskini. (Setiap pembelian dan keluar masuk barang hendaklah direkodkan dengan serta
merta ).
• Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Pembantu Tadbir akan menyemak buku stok inventori ini
dari semasa ke semasa, dan dihantar ke pejabat setiap hujung tahun untuk disahkan oleh PK /
Pengetua.
32. TANDA NAMA
• Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah
atau di luar sekolah.
33. KEAHLIAN KELAB GURU / PIBG
• Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah.
• Semua guru hendaklah membayar yuran kelab guru dan mematuhi perlembagaan kelab.
34. PENGGUNAAN ALATAN
• Penggunaan alatan sekolah hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan.
• Guru/staf perlu mendapat kebenaran daripada Ketua-Ketua Bahagian/Unit atau Penjaga Stok
dan perlu direkodkan.
• Alatan hendaklah digunakan dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera dalam
berkeadaan baik.
• Alatan yang rosak hendaklah dilaporkan dengan segera.
23
35. ARAHAN DAN PEKELILING
• Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti
dan dipatuhi serta ditandatangan selepas membacanya.
• Sekiranya arahan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail khas.
36. TELEFON
• Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja dan direkodkan dalam buku
yang disediakan. Guru atau staf sekolah hendaklah menggunakan telefon awam untuk urusan
peribadi.
• Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah.
37. KUNCI
• Semua kunci mesti disimpan di pejabat, guru yang menggunakan kunci hendaklah mengisi Buku
Rekod Peminjaman di pejabat.
• Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapat kebenaran
daripada Pengetua dan mendaftarkan nama di dalam buku khas di pejabat sekolah.
24
25
26
PELAN SEKOLAH
DARI DARI TANJUNG MALIM
KUALA LUMPUR
KE PEKAN KUALA KUBU BHARU BLOK CDATARANASTAKA
KKB
BLOK B SURAU AT-TAQWA
KANTIN
BLOK A
DEWAN
MAKMALABU HURAIRAH
SAINS
BENGKEL RBT
GELANGGANG
BOLA TAMPAR PADANG
PERMAINAN
BENGKEL ASPUR A DEWAN
JAHITAN BLOK A MAKAN
A SPUR I
GELANGGANG
SEPAK TAKRAW ASPUR I
BLOK A
DEWAN MAKAN
ASPUR A ASPUR I
BLOK B
ASPUR A
BLOK B
TNB KUARTERS SEKOLAH
PONDOK PAID
PENGAWAL HULU SELANGOR
KESELAMATAN
PINTU UTAMA
SAMTKKB
KUART ER S
PAIDHS
27
GOOGLE MAP : SAMT KUALA KUBU BHARU
• Lokasi : 3.55846, 101.64294
28
29
30
31
32
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga SAMT Kuala Kubu Bharu berusaha mengurus dan
mentadbir dengan teknologi terkini dan berkesan untuk
bergerak maju bersama guru-guru , pelajar , kakitangan dan
anggota masyarakat. Sedia berkhidmat dan mengurus untuk
melahirkan pendidikan yang cemerlang , berkualiti dan
berakhlak Islam dalam memenuhi keperluan masyarakat , bangsa,
agama, dan negara.
33
MATLAMAT
SAMT KUALA KUBU BHARU
SAMT Kuala Kubu Bharu mengembangkan potensi pelajar secara
seimbang dan bersepadu melalui keimanan, keilmuan, ketakwaan
ke arah melahirkan pelajar rabbani yang berilmu, berakhlak mulia
dan berhati waja.
OBJEKTIF
SAMT KUALA KUBU BHARU
Untuk mencapai matlamat sekolah maka warga SAMT Kuala Kubu
Bharu berazam dengan penuh iltizam untuk berusaha
menyempurnakan tugas supaya,
a) Pelajar mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.
b) Pelajar menguasai ilmu fardu ain dan fardu kifayah.
c) Pelajar berusaha membina sahsiah yang tertinggi dan
beradab Islamiah.
d) Pelajar berdaya saing dan jati diri yang kental.
34
SEKOLAH-SEKOLAH DI NEGERI MELAKA, NEGERI SEMBILAN, PAHANG, PERAK, PERLIS, PULAU
PINANG, SABAH, SARAWAK, SELANGOR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR,
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN DAN WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
SESI PERSEKOLAHAN PENGGAL 3 TAHUN 2021 / 2022
Minggu Hari Minggu Hari
PENGGAL 3 Mula – Akhir Persekolahan 8 36 CUTI Cuti Akhir Penggal 3 3 23
03.01.2022 – 25.02.2022 26.02.2022 – 20.03.2022
KALENDER AKADEMIK SESI 2022 / 2023
Minggu Hari Minggu Hari
PENGGAL 1 Mula – Akhir Persekolahan 11 49 CUTI Cuti Penggal 1 19
21.03.2022 – 03.06.2022 04.06.2022 – 12.06.2022
Mula – Akhir Persekolahan 12 58 CUTI Cuti Penggal 2 1 9
03.09.2022 – 11.09.2022
PENGGAL 2 13.06.2022 – 02.09.2022
Mula – Akhir Persekolahan 13 60 CUTI Cuti Penggal 3 3 22
10.12.2022 – 31.12.2022
PENGGAL 3 12.09.2022 – 09.12.2022
Mula – Akhir Persekolahan 7 31 CUTI Cuti Akhir Persekolahan 3 23
18.02.2023 – 12.03.2023
PENGGAL 3 03.01.2023 – 17.02.2023
Jumlah 51 261
Jumlah Hari Persekolahan (2022/2023) Termasuk Cuti Am : 198 hari | Hari Cuti Penggal : 63 hari
35
CUTI PERAYAAN SESI 2022 / 2023
CUTI PERAYAAN TAMBAHAN CUTI PERAYAAN YANG DIPERUNTUKAN OLEH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
TAHUN BARU CINA
01.02.2022 (Selasa) KUMPULAN A KUMPULAN B CATATAN
02.02.2022 (Rabu)
HARI RAYA AIDILFITRI 30.01.2022 (Ahad) 31.01.2022 (Isnin) Dua (2) Hari
03.05.2022 (Selasa) 31.01.2022 (Isnin) 03.02.2022 (Khamis) Cuti Tambahan KPM
04.05.2022 (Rabu)
HARI GAWAI DAYAK 02.05.2022 (Isnin) 05.05.2022 (Khamis) Dua (2) Hari
01.06.2022 (Rabu) 05.05.2022 (Khamis) Cuti Tambahan KPM
02.06.2022 (Khamis) 06.05.2022 (Jumaat)
- Satu (1) Hari
HARI DEEPAVALI 23.10.2022 (Ahad) 03.06.2022 (Jumaat) Cuti Tambahan KPM
24.10.2022 (Isnin) 25.10.2022 (Selasa) Negeri Sarawak
(Kecuali Negeri Sahaja Dua (2) Hari
Sarawak) - Cuti Tambahan KPM
25.10.2022 (Selasa)
TAHUN BARU CINA 26.10.2022 (Rabu) Satu (1) Hari
01.02.2022 (Selasa) Cuti Tambahan KPM
02.02.2022 (Rabu) Semua Negeri
Kumpulan B Kecuali
Sarawak
24.10.2022 (Isnin)
Sarawak sahaja
24.01.2023 (Selasa) 20.01.2023 (Jumaat) Satu (1) Hari
Cuti Tambahan KPM
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50