The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Irfan Hakimi, 2020-10-23 10:05:01

E - MAJALAH FINAL

E - MAJALAH FINAL

AHLI KUMPULAN:
1. PRAVEEN PARAMESWARAN (21DDT20F1120)
2) MUHAMMAD ZIKRI BIN MOHD ZAKI
(21DDT20F1106)
3) MUHAMMAD IRFAN HAKIMI BIN IBRAHIM
(21DDT20F1118)
4) DHEEPEN MANIVASAGAN (21DDT20F1116)

1|Page

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1) Pengenalan…..……………………………………………..3
2) Penghargaan………………………………………………. 4
2) Inisiatif Kerajaan

>POLITIK……………………………………………………5
>EKONOMI ………………………………………………..6
>SOSIAL….………………………………………………….8
>SUKAN……………….……………………………………10
>PENDIDIKAN………………………………………………..14

>KESIHATAN..…………………………………………………18
3) TEKA SILANG KATA……………………………………….22
4)KESIMPULAN……………………………………………….23
5) RUJUKAN……………………………………………..……..24

2|Page

PENGENALAN
Secara umum, perpaduan bermaksud satu proses atau
sistem hidup yang menyatupadukan seluruh anggota
masyarakat dan negara menerusi ideologi negara supaya
setiap anggota masyarakat itu dapat membentuk satu identiti
dan nilai bersama serta semangat kebangsaan bersama di
kalangan mereka.

3|Page

PENGHARGAAN
Sekalung penghargaan untuk , “PN, NURUL ADHA BT
RAJALI” selaku pensyarah subjek Penghayatan Etika Dan
Peradaban kerana telah banyak memberikan bimbingan, dan
tunjuk ajar kepada kami.
Tidak lupa juga jutaan terima kasih juga kepada rakan-
rakan yang telah banyak membantu dan memberikan tunjuk
ajar kepada kami.. Bantuan kalian amat saya hargai..
Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah
membantu kami secara langsung atau tidak langsung dalam
menyiapkan majalah ini.

4|Page

Inisiatif – inisiatif kerajaan
POLITIK

“Malaysia adalah sebuah kerajaan yang mengamalkan
demokrasi berparlimen.” Dalam Kerajaan Demokrasi
Berparlimen Malaysia, rakyat akan memilih pemerintah
negara melalui pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali
dengan parti politik yang memenangi majoriti kerusi dalam
pilihan raya akan menjadi pemerintah negara.

Pilihan raya ini menyebabkan rakyat Malaysia dapat memilih
pemerintah negara yang berkaliber. Contohnya, rakyat
Malaysia memilih Parti Pakatan Harapan untuk memerintah

5|Page

negara melalui pilihanraya iaitu “PRU14” yang diadakan pada
9 Mei 2018.
Penggabungan parti – parti politik ini menimbulkan semangat
perpaduan politik di bawah satu ideologi yang sama walaupun
terdiri daripada pelbagai kaum serta menggalakkan
kerjasama, interaksi, dan saling tolak ansur sesama ahli.

Menurut Prof.Madya Dr Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly
(2006) “ satu cara untuk mewujudkan perpaduan politik
negara adalah menerusi konsensus atau persetujuan.” Ini
bermakna kerajaan yang memerintah atas pilihan dan
persetujuan rakyat melalui pilihan raya.

EKONOMI
Proses perkembangan ekonomi dirangka untuk membolehkan
semua kaum menyertai semua bidang dan peringkat kegiatan
ekonomi.
Menurut Yani Yahaya dan Mary Tan Swee Ee (2004) “proses
ini telah dilaksanakan oleh kerajaan menerusi Dasar Ekonomi
Baru (DEB) yang mempunyai objektif untuk membasmi
kemiskinan dan untuk menyusun semula masyarakat.”

6|Page

DEB mempunyai dua matlamat yang utama iaitu pengambilan
pekerja-pekerja di pelbagai sektor ekonomi dan di semua
peringkat pekerjaan serta hak milik harta – harta produktif
yang terdapat di dalam Negara ini disusun semula supaya
pada tahun 1990 orang Melayu akan dapat memiliki
sekurang- kurangnya 30% daripada jumlah hak milik tersebut.

Melalui DEB, peluang pekerjaan yang luas diwujudkan dan
pendapatan rakyat diseimbangkan untuk mengurangkan
jurang perbezaan diantara etnik – etnik dan kawasan bandar
dengan luar bandar.

7|Page

SOSIAL

Menurut Yani Yahaya dan Marry Tan Swee Ee (2004)
“pembangunan sosial adalah penting kearah pembangunan
dan perpaduan negara. Pembangunan social dijalankan
dalam bentuk pendidikan dan penglibatan aktiviti sosial.”
Maka kerajaan perlulah memastikan pembangunan social
dijalankan dengan sempurna iaitu melalui aplikasi Rukun
Negara, Pendidikan dan Pembangunan Kebudayaan
Kebangsaan.

Menurut Yani Yahaya dan Marry Tan Swee Ee (2004) “Untuk
manyatupadukan rakyat, negara memerlukan satu ideologi

8|Page

iaitu Rukun Negara di mana ia dapat didefinisikan sebagai
Ideologi Negara Malaysia.”

Rukun Negara penting kerana ia merupakan asas perpaduan
rakyat. Ia juga merupakan landasan yang menentukan
hubungan rakyat sesama mereka selain menjadi satu
lambang yang merupakan bentuk rupa masyarakat dan
bangsa yang dikehendaki oleh rakyat.

-Perpaduan antara kaum di Malaysia-

Melalui amalan – amalan kepada prinsip-prinsip Rukun
Negara di kalangan sistem kerajaan yang bersifat demokratik
dan stabil.

9|Page

SUKAN
Sukan merupakan aktiviti riadah yang berbentuk bebas

sebagai mengisi masa lapang dan merupakan rutin bagi atlet.
Masa dan aktivitinya tidak terhad dan juga terhad.

-Atlet diberikan insentif kerajaan untuk menjalani kejohanan sukan dunia-

Terdapat beberapa sukan yang tertakluk kepada peraturan
yang telah diguna pakai dan juga tidak tertakluk pada
peraturan. Boleh berlaku dimana-mana atau di suatu tempat
yang dikhaskan. Tidak terdapat jadual yang spesifik atau
penting. Keputusan terbahagi kepada dua iaitu penting dan
tidak penting. Keputusan penting merangkumi permainan
seperti konda kundi , galah panjang , ketingting dan kelereng.
Keputusan penting pula merangkumi permainan seperti bola
sepak , bola keranjang , badminton , bola baling dan
sebagainya.

10 | P a g e

-DATIN ROSMAH menyampaikan sumbangan kepada DATO’ LEE CHONG WEI-

Kelebihan sukan selain daripada dapat menyihatkan tubuh
badan dan mengurangkan tekanan hidup , ia juga dapat
membantu dari segi perpaduan. Perpaduan juga dapat dilihat
dari sukan. Perpaduan penting untuk mengukuhkan
kerjasama antara kaum berbilang bangsa di Malaysia.
Sebagai contoh, sukan bola sepak pada tahun 19an ,
perpaduan kaum dapat dilihat dengan pemainnya terdiri dari
bangsa melayu , cina dan india.

11 | P a g e

-Skuad kebangsaan bola sepak pada tahun 1982-

Contoh yang lain pula ialah sukan badminton yang terdapat
berbilang bangsa dari segi pelatih dan pemain iaitu Dato’ Lee
Chong Wei dan pelatih nya Misbun Sidek. Hal ini
membuktikan aktiviti sukan tidak diterajui oleh sesuatu
bangsa sahaja dan sukan juga dapat menyatu padukan
perpaduan kaum. Selain itu, pertolongan kerajaan seperti
inisiatif kerajaan juga penting .

12 | P a g e

Inisiatif kerajaan dapat menaikan moral para atlet untuk lebih
berusaha demi mencapai matlamat serta kejayaan dan dapat
mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Contoh inisiatif
kerajaan seperti memberi bantuan kepada atlet dari segi
kebajikan iaitu makanan,tempat tinggal dan pengangkutan.
Contoh yang lain ialah memberi hadiah seperti wang tunai jika
terdapat atlet yang memenangi pingat di kejohanan dunia
seperti mendapat pingat di sukan olimpik.

Ini dapat menaikan moral atlet untuk lebih berusaha dan
sebagai penghargaan kepada atlet kerana berjaya
mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia. Inisiatif yang
diberikan itu tidak memandang sesuatu bangsa seseorang
atlet itu, inisiatif ini diberikan kepada seseorang atlet yang
berjaya mengharumkan nama negara. Akhir sekali, inisiatif
kerajaan untuk memupuk perpaduan kaum ialah dengan
mengadakan acara atau kempen sukan yang dapat disertai
oleh pelbagai kaum .

13 | P a g e

Hal ini dapat, memupuk semangat perpaduan antara kaum
apabila sukan itu dimainkan dengan semangat kesukanan
yang tinggi oleh pelbagai bangsa serta dapat bekerjasama
untuk memenangi sesuatu sukan. Contohnya , bola sepak
tidak hanya dimainkan oleh bangsa melayu malah turut
dimainkan oleh bangsa india dan cina dan juga permainan
seperti sukan badminton juga diterajui oleh pelbagai bangsa.

PENDIDIKAN

Pendidikan adalah perkara penting bagi Malaysia untuk
memupuk dan menanam semangat perpaduan di kalangan
generasi muda terutamanya bagi kanak-kanak di bangku
sekolah. Kewujudan sekolah berbilang bangsa telah
menyulitkan proses pencapaian perpaduan. Ini kerana hanya
terdapat satu bangsa sahaja yang terdapat dalam sekolah
itu. Dasar Pendidikan Kerajaan telah termaktub di dalam Akta
Pelajaran 1961 adalah berasaskan Laporan Razak 1956 dan
Laporan Rahman Talib 1960.

14 | P a g e

Dasar
Pendidikan Kerajaan adalah bertujuan untuk
menyatupadukan semua kaum dan menyediakan tenaga
kerja yang mencukupi untuk perpaduan negara. Melalui
Dasar Pendidikan Kebangsaan , kerajaan telah menjadikan
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan dijadikan
sebagai bahasa penghantar utama. Bahasa Kebangsaan
penting kerana merupakan alat perpaduan dan perhubungan
yang penting bagi negara yang berbilang bangsa seperti
Malaysia.

15 | P a g e

Pada tahun 1957, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah
ditubuhkan bagi memaju dan memperkayakan Bahasa
Melayu. Selain itu, kerajaan juga telah menjalankan Kempen
Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa bagi menggalakan
penggunaan Bahasa Melayu oleh semua kaum. “Bahasa Jiwa
Bangsa” merupakan cogan kata yang dilancarkan pada tahun
1960. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah memperuntukkan
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi perpaduan integrasi
nasional. Kerajaan telah menerapkannya di sekolah dimana
pelajar akan belajar semua mata pelajaran dalam Bahasa
Melayu kecuali mata pelajaran yang menggunakan Bahasa
inggeris.

Penggunaan Bahasa Melayu yang baik dapat menggalakkan
perpaduan di antara para pelajar yang berbilang kaum
apabila menggunakan bahasa komunikasi yang sama.
Sebagai contoh, pelajar cina berkomunikasi dengan pelajar
india dan pelajar melayu dengan menggunakan bahasa
melayu untuk berkomunikasi.

16 | P a g e

Akhir sekali, kerajaan juga menyediakan pembelajaran secara
percuma kepada semua pelajar sekolah menengah dengan
sekolah rendah tanpa mengira kaum supaya semua orang
mendapatkan peluang pendidikan yang sama. Ini
membolehkan pelajar kurang berkemampuan untuk belajar
bersama-sama pelajar lain.

Contohnya , pelajar melayu atau india yang kurang
berkemampuan dapat belajar bersama-sama pelajar pelbagai
bangsa agar perpaduan dapat dicapai. Ini menunjukkan
bahawa pendidikan merupakan salah satu cara untuk
memastikan masyarakat Malaysia mencapai perpaduan dan
intergrasi nasional.

17 | P a g e

KESIHATAN
‘Malaysia merupakan sebuah negara yang telah maju dalam
pelbagai bidang antaranya bidang kesihatan.Pelbagai
teknologi yang canggih telah digunakan di seluruh hospital di
dalam Malaysia untuk mengurangkan penyakit yang
berbahaya mahupun penyakit biasa.Namun,pada tahun 2020
ini seluruh dunia dikejutkan dengan satu virus yang dikenali
sebagai Covid-19.Penyakit ini dikatakan bermula di sesuatu
tempat yang diberi nama Wuhan di negara China.Virus ini
tersebar dengan begitu cepat di seluruh negara dan telah
menyebabkan ekonomi seluruh dunia merosot dengan begitu
teruk.Oleh itu,kerajaan telah mengambil langkah dengan
melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada
bulan mac 2020.

18 | P a g e

Perkara ini telah menyebabkan hidup seluruh masyarakat
terjejas dan terdapat juga masyarakat yang kehilangan
sumber pendapatan.Antara inisiatif kerajaan dalam memupuk
semangat perpaduan dalam bidang kesihatan ialah kerajaan
menggalakkan pelbagai pihak untuk tampil menghulurkan
bantuan kepada golongan yang terkesan tanpa megira latar
belakang masing masing.

Masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa memberikan
kerjasama yang begitu baik dalam memerangi virus Covid-19
ini.Perkembangan ini menunjukkan betapa masyarakat kita
merupakan masyarakat yang prihatin,pemurah dan sentiasa
bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang
memerlukan bantuan

19 | P a g e

-Para petugas kesihatan merayu agar rakyat kekal berada di rumah-

-Perdana menteri Malaysia memberikan tepukan kepada barisan hadapan negara

dalam menghadapi wabak covid-19-
20 | P a g e

21 | P a g e

22 | P a g e

1) JALUR 4) KIBAR

2) NEGARAHKU 5) RUMAH

3) EMPAT 8) RASMI

7) BIRU 9) KUNING

KESIMPULAN
 Kesimpulanya , inisiatif-inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan
ini dapat menyatukan perpaduan antara kaum di dalam negara
Malaysia. Ini menunjukkan kerajaan juga memainkan peranan
penting dalam mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia agar
keadaan yang harmoni dan sejahtera dapat dikekalkan kesan
daripada inisiatif-insiatif yang dijalankan. Tanpa inisiatif-
inisiatif ini,mungkin perpaduan kaum dilihat pada masa kini
tidak dapat dicapai dengan jayanya. Oleh itu , kita harus
bersyukur dengan inisiatif-inisiatif yang telah dijalankan oleh
kerajaan kerana tanpa hal tersebut mungkin keadaan tidak
sama seperti sekarang. Kita juga harus berdoa agar perpaduan
ini dapat dikekalkan selama-lamanya.

23 | P a g e

RUJUKAN
Internet
https://anyflip.com/
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2016/09/193402/pe
rpaduan-dalam-kepelbagaian
https://malaysiadateline.com/memupuk-perpaduan-
komuniti-era-covid-19/
Buku Rujukan
Buku penghayatan etika dan peradaban

24 | P a g e

25 | P a g e


Click to View FlipBook Version