KERTAS KERJA
BANTUAN KEMANUSIAAN
OLEH
AINUL MARDHIAH BINTI MOHAMAD SOFI
31 MAC 2022
MRSM BALIK PULAU
KERTAS KERJA PROGRAM BANTUAN BERBUKA UNTUK GELANDANGAN DI
KAMPUNG BARU, KUALA LUMPUR
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon kelulusan Tuan Pengetua MRSM Balik Pulau
untuk mempertimbangkan dan bersetuju dengan permohonan program bantuan makanan
kepada mangsa gelandangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
2.0 LATAR BELAKANG
Program ini diadakan untuk menyerahkan sumbangan hasil kutipan yang diperolehi
daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM). Pertubuhan ini telah
berkuatkuasa pada April 2022, mereka telah banyak membantu warga emas, anak yatim,
ibu tunggal dan lain-lain. Mereka juga telah menyumbangkan sebanyak RM2,220.00 untuk
membantu menyalurkan sumbangan kepada mangsa gelandangan di Kampung Baru, Kuala
Lumpur.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Program ini dilaksanakan untuk meringankan beban gelandangan yang terjejas
teruk di Kuala Lumpur.
3.2 Perlaksanaan program ini dapat menanam rasa tanggungjawab dalam diri pelajar
untuk membantu golongan yang memerlukan.
3.3 Program ini dilaksanakan untuk memberi pengalaman kepada pelajar untuk
berkomunikasi dengan orang luar.
4.0 BUTIRAN PROGRAM
Tarikh program dicadangkan seperti berikut :
Tarikh : 3 April 2022
Tempat : Kampung Baru, Kuala Lumpur
Masa : 8.00 pagi – 5.30 petang
Penglibatan : Rujuk Lampiran 1
5.0 KUMPULAN SASARAN
50 orang yang terjejas teruk dari gelandangan akibat kehilangan pekerjaan semasa PKP
di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
6.0 ATUR CARA/ TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran 2
7.0 KEWANGAN
Rujuk Lampiran 3
8.0 PENUTUP
Pihak kami berharap agar tuan dapat mempertimbangkan dan memberi kelulusan
untuk melaksanakan program ini. Semoga dengan terlaksananya program ini dapat
membuka mata pelajar tentang kehidupan dunia luar dan juga memberikan mereka
pengalaman baru serta dapat meringankan beban yang dihadapi oleh mangsa gelandangan
di Kuala Lumpur.
Disediakan oleh,
______________________
AINUL MARDHIAH BINTI MOHAMAD SOFI
Setiausaha
Kelab Kebajikan
MRSM Balik Pulau
Disokong oleh,
______________________
SITI NORAKMA BINTI MUHAMMAD ARIFFIN
Guru Penasihat
Kelab Kebajikan
MRSM Balik Pulau
Diluluskan oleh,
______________________
ENCIK MOHD ALI BIN MOHD YUSUF
Tuan Pengetua
MRSM Balik Pulau
LAMPIRAN 1 ( Penglibatan )
Guru Pengiring
Bil Nama No. telefon
1. PUAN SITI NORAKMA BINTI MUHAMMAD 012-2524035
ARIFFIN
2. ENCIK SHURDI BIN SHUIB 019-4565826
Pelajar (Homeroom sahaja)
Bil Nama No. maktab
1. AINUL MARDHIAH BINTI MOHAMAD SOFI PB190087
2. EL FARISH KAMIL BIN KHAIRI PB190026
3. FARAH NAJWA BINTI MOHAMAD SABRI PB190063
4. MOHAMAD HAIKAL BIN KAMARUDDIN PB190242
5. MOHAMAD AFIF BIN AHMAD ZAMANI PB190193
6. MUHAMMAD ASYRAF NAFIS BIN MOHD PB190118
AZLAN
7. MUHAMAD DANISH AIMAN BIN MOHD SABRI PB190219
8. MOHAMAD FARIS SAFWAN BIN MOHD PB190101
FAISAL
9. NURIN ALYSA AMNA BINTI MUHAMAD AZLI PB190104
10. TANUJAA A/P DARSON PB190181
LAMPIRAN 2 ( Atur cara / Tentatif Program )
ATURCARA PROGRAM SUMBANGAN KEPADA GELANDANGAN DI KAMPUNG
BARU, KUALA LUMPUR
8.00 pagi Semua pelajar berkumpul di hadapan bas maktab
8.30 pagi Bacaan doa oleh wakil pelajar agar perjalanan dipermudahkan
10.30 pagi Berhenti di perhentian Rehat Dan Rawat (RNR) Sungai Buloh untuk
bersarapan
12.00 tengah hari Dijangka sampai di Kampung Baru
12.15 tengah hari Bertemu dengan ketua kampung
12.30 tengah hari Mula mengagihkan bantuan makanan di kawasan-kawasan tertentu
1.30 petang Berkumpul di dewan utama Kampung Baru untuk menikmati makan
tengah hari yang disediakan oleh penduduk kampung
2.00 petang Berkumpul di masjid berdekatan untuk menunaikan solat Zohor
2.30 petang Berkumpul semula di dewan utama untuk penutupan dan pemberian
cenderamata daripada pihak yang sudi menghulurkan bantuan sebagai
tanda terima kasih kepada pihak maktab
3.00 petang Memulakan perjalanan untuk pulang ke maktab
7.30 petang Dijangkakan sampai di maktab
LAMPIRAN 3 (Kewangan)
Sumbangan yang diberikan oleh Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) -
RM2,220.00
Barangan Harga untuk satu Jumlah yang diberi Bil yang diterima
Roti RM2.60 40 2
Biskut (428 g) RM 3.20 40 1
Maggi Kari RM 3.70 40 2
Alat Tulis RM10.00 40 1
Tuala Wanita RM8.50 40 2
Selipar RM3 20 2
Selimut RM10 20 1
Pakaian RM20 20 2
Tuala RM 10.00 20 2
Bantal RM12 20 2
Jumlah keseluruhan : RM2,220.00