BULETIN RAMADAN 1444H/ 2023M PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENDETA ZA’BA TAMAN PAROI JAYA, 70400 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN. siri1
CUTI AWAL RAMADHAN DI MALAYSIA info ambang ramadan Cuti awal Ramadhan adalah termasuk Cuti Kelepasan Am Negeri di Malaysia. Mengikut jadual yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia, negeri yang mengambil cuti sempena Awal Ramadhan adalah Johor Kedah dan Melaka. Berikut dilampirkan sekali kalendar kuda bagi bulan Mac 2023 memudahkan anda membuat rujukan bagi tarikh cuti Awal Ramadan 2023.
Cara Melihat Anak Bulan / Kaedah Penentuan Tarikh Puasa Dalam takwim Hijrah, terdapat 12 bulan. Setiap bulan mengandungi 29 atau 30 hari, tetapi lazimnya tidak dalam turutan yang tetap. Secara tradisinya, hari pertama setiap bulan akan bermula setelah anak bulan (hilal) kelihatan ketika Matahari terbenam. Jika hilal tidak kelihatan selepas 29 hari pada bulan tersebut, samaada dilindungi awan atau langit di ufuk barat terlalu terang apabila Bulan terbenam, maka, hari tersebut dikira sebagai hari yang ke-30. Pencerapan atau rukyah tersebut haruslah dilakukan oleh orang yang dipercayai dan dan mengakuinya dihadapan pemimpin. Secara umumnya penetuan awal bulan hijri – terutamanya bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah adalah berdasarkan pergerakan Bulan dan Bumi mengelilingi Matahari. Dengan pencerapan begini mendorong Muslim berkecimpung dalam bidang astronomi atau dikenali di Malaysia sebagai ilmu falak, yang meletakkan Islam terkehadapan dalam sains tersebut buat beberapa kurun.
BIL AKTIVI RAMADHAN 1. Pelancaran Ihya’ Ramadan • Tayangan montaj aktiviti Ihya • Ceramah : Ramadan Madrasah Menuju Taqwa • Majlis Pelancaran Tabung Infaq Ramadan • Tautan Kasih Ramadan (agihan buah kurma untuk guru dan staf) 2. Buletin Ramadan (4 siri) 3. Tabung Infaq Ramadan 4. Tadarus Al-Quran Pelajar 5. Tadarus Al-Quran Guru 6. Radio Islami 7. Ceramah Ibrah Nuzul Quran 8. Majlis Khatam Al-Quran / Sumbangan Hari Raya/ Anugerah Aidilfitri 9. Pameran Ramadhan 10. Fidyah 11. Quiz Ramadan Online (3 siri) 12. Diambang Eidul Fitri هسا الها اي ر اي
DOA MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL MUBARAK ل ل ّ َ ّم ّ ه ل ّ ه ّ ّ ل ه َ ه ُ ع َ ل َ ل ْ ن ه ا ل ِ ع ل ل مََ ال ْه ّ ِ ل ّ مَ ه ِ َ ل ه َ ْه ل مَل ه ِ ل ّ ه لا ل ّ مَ ه ِ ر بع يه و ه ر ه ِ ُ ل ْ ه ر Ya Allah, munculkanlah ia (anak bulan Ramadan) ke atas kami beserta dengan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan. Allah adalah Tuhanku dan Tuhanmu. (Riwayat ad-Darimi)
شلا ه ر لا ابم كر “RahmatMu dicari, AmpunanMu didamba, SyurgaMu dinikmati”
KELEBIHAN ORANG YANG BERPUASA 1. Bau mulut orang yang berpuasa di sisi Allah itu lebih wangi dari bau kasturi. 2. Para malaikat beristighfar untuk mereka yang berpuasa sehingga mereka berbuka 3. Allah memperindahkan syurga-Nya setiap hari 4. Syaitan-syaitan dibelenggu (diikat) 5. Mereka akan mendapat keampunan daripada Allah
SEKIAN TERIMA KASIH BERTEMU LAGI DALAM SIRI 2