MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI 3 2020
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN AMAN
ANAK BUKIT, 06550 ALOR SETAR
KEDAH DARULAMAN
MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI 3/ 2020
Tarikh : 10 Ogos 2020 ( Isnin )
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Puteri SK Taman Aman
Pengerusi : YDP PIBG SK Taman Aman
Hadir: JAWATAN SUHU(C)
EX-OFFICIO/GURU 36.4
BIL NAMA BESAR/ PENASIHAT
36.6
1 TUAN HAJI NOOR AZAM BIN HAJI YDP
MAHAMUD 36.3
NYDP 36.4
2 ENCIK SHAIFUL REDHA BIN MOHD PK PENTADBIRAN 36.7
RAJAB 36.6
PK HEM
3 ENCIK NAZAHUDDIN BIN YAHYA PK KOKURIKULUM 36.6
4 PUAN WAN AZWA BINTI MOHD YUSUF 36.6
5 PUAN NOR HAFIZOH BINTI HASHIM PK PENDIDIKAN KHAS 36.7
S/U 36.7
6 ENCIK MOHAMMAD HAFIZ BIN ABDUL 36.6
HAMID BENDAHARI 36.6
AJK GURU
7 PUAN KHAZAIMAH BINTI HAJI ISMAIL AJK GURU 36.3
AJK GURU 36.5
8 PUAN JURIAH BINTI SAID 36.6
9 PUAN AYU ADIBAH BINTI ABD KARIM JURU AUDIT 36.5
JURU AUDIT 35.8
10 PUAN NOR’AINI BINTI MAT AJK WARIS 36.4
11 PUAN NOOR ZIANA BINTI AHMAD AJK WARIS 36.5
12 PUAN KHAIRUN NISAA’ BINTI ABD AJK WARIS
AJK WARIS
RAHMAN AJK WARIS
13 CIK NORHAYATI BINTI BAHAROM
14 ENCIK MOHD FIRDAUS BIN MOHD NOR
15 PUAN NORAZAH BINTI SAMAD
16 ENCIK MOHD NOOR BIN SHOID
17 ENCIK ZAKRI BIN SAAD
18 PUAN SUHARTINI BINTI ABDULLAH
19 PUAN HABSAH BINTI MD ZUKI
Tidak hadir bersebab: JAWATAN
AJK GURU KAFA
BIL NAMA
AJK GURU
1 PUAN HALIZA BINTI CHE HALIM
2 ENCIK AHMAD ASYRAF BIN ABDUL AJK GURU
WAHAB
3 ENCIK ABDUL QAYYUM BIN ABDULLAH
1
MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI 3 2020
4 ENCIK ABDUL SHOMAD BIN JAAFAR AJK WARIS
5 ENCIK NAZRIN AZAMI BIN YAHYA AJK WARIS
6 PUAN SHAFINAZ BINTI ABDUL AJK WARIS
7 PUAN ASMA BINTI ABDUL AJK WARIS
Agenda 1 : Aluan Pengerusi/YDP
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG dan guru-guru yang
hadir. Beliau meminta semua berhati-hati dengan virus covid 19 yang semakin
menular. Virus kali ini begitu cepat merebak.
Agenda 2: Ucapan Penasihat/Guru Besar
2.1 Penasihat mengucapkan terima kasih kepada barisan Penolong Kanan, YDP PIBG,
guru dan AJK waris yang hadir.
Agenda 3: Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat AJK PIBG kali 2/2020
3.1 Encik Mohammad Hafiz Bin Abdul Hamid mencadangkan agar minit mesyuarat
2/2020 diterima dan disokong oleh Encik Mohd Firdaus Bin Mohd Nor.
Agenda 4: Perkara Berbangkit
4.1 Agenda 5.9 : PKKO membangkitkan isu ganjaran yang akan diperolehi oleh 2
orang murid yang berjaya mewakili Malaysia di Pusat Kokurikulum Melaka.
Cadangan:
1. YDP: Bayaran yuran penyertaan diperuntukan RM100
2. Nazahuddin: RM150 seorang
3. PKHEM: RM50 seorang
4. Firdaus: Tshirt atau RM50 seorang
5. PKHEM: Lonjakan Saujana untuk Anugerah Kecemerlangan
Kokurikulum
6. PKKO: Lawatan atau rombongan untuk murid yang memberi
sumbangan kepada sekolah.
Keputusan: Sumbangan atau ganjaran RM50 seorang dan berhubung terus
dengan PKKO
Agenda 5: Membentang Penyata Kewangan Semasa Berakhir 31 Julai 2020
5.1 Encik Nazahuddin bin Yahya mencadangkan agar penyata kewangan semasa
bermula 1 Januari 2020 sehingga 31 Julai 2020 diterima dan disokong oleh Encik
Zakri Bin Saad
2
MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI 3 2020
Agenda 6: Perancangan Aktiviti Semasa
6.1 Budaya Buka Sekolah Pasca Covid 19.
6.1.1 Taklimat diberikan kepada semua PK, guru, cleaner dan waris pada 14
Julai 2020. Sebelum itu pada 1 Julai 2020 adalah taklimat untuk waris
Prasekolah.
6.1.2 Alhamdulillah sehingga sekarang, persekolahan berjalan lancar dengan
norma baru dan tiada masalah yang timbul.
6.2 Pembelajaran Semasa Covid dan Pasca Covid
6.2.1 Pembelajaran secara maya tetap berlangsung semasa PKP tetapi hanya
beberapa peratus murid sahaja yang terlibat.
6.2.2 Apabila sekolah dibuka pembelajaran secara bersemuka dijalankan. Ini
lebih praktikal sebab guru boleh berhubung secara langsung dengan
murid.
6.3. Inovasi – iTEMP
6.3.1 SK Taman Aman telah menggunakan aplikasi iTEMP untuk memudahkan
perjalanan persekolahan pasca covid . Aplikasi ini memudahkan guru
untuk mencatat suhu dan merekod kehadiran murid.
6.3.2 Kad iTEMP ini juga mempunyai pelbagai fungsi. Antaranya untuk rekod
PBD dan PAJSK.
6.3.3 Semua murid terlibat dalam penggunaan iTEMP termasuk murid baru.
6.3.4 Mesyuarat SLT telah bersetuju untuk mengutip RM5.00 setiap murid bagi
bayaran iTEMP.
6.3.5 Sebanyak 3 keping kad diperuntukan kepada setiap murid. 1 salinan
untuk simpanan sekolah. 1 salinan untuk simpanan waris dan 1 salinan
untuk dibawa oleh murid setiap hari persekolahan.
6.4 Kelas KAFA
6.4.1 Pada 14 Ogos 2020 yang lalu Guru Besar telah menghadiri taklimat
pembukaan kelas KAFA di Pejabat Tanah dan Galian bersama wakil PIBG.
6.4.2 JAKIM membenarkan pembukaan kelas KAFA mulai Ogos. Oleh itu, Majlis
Agama Kedah telah memutuskan untuk kelas KAFA di negeri Kedah
bermula 6 September 2020.
6.4.3 Guru KAFA telah mula bekerja pada 3 Ogos 2020.
3
MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI 3 2020
6.4.4 Modul 5 yang dipilih membolehkan pembelajaran secara maya. Oleh itu,
pihak sekolah telah membeli kotak untuk diletakkan buku atau kerja
sekolah.
6.5 Peperiksaan pasca covid
6.5.1 Guru Besar mendapat maklumat daripada kumpulan MGB bahawa
peperiksaan perlu dilaksanakan untuk menguji tahap IQ murid.
6.5.2 Peperiksaan dilaksanakan untuk memberi pengiktirafan kepada murid.
6.5.3 Jenis Anugerah Covid 19 adalah seperti berikut
i. Platinum
ii. Emas
iii. Perak
iv. Gangsa
6.5.4 Peperiksaan akan diadakan pada bulan November
6.6 Mesyuarat Agung PIBG
6.6.1 Mesyuarat Agung PIBG yang telah dirancang pada 11 April lalu terpaksa
ditunda kerana Covid 19. Kemudian perancangan untuk mengadakan
Mesyuarat Agung PIBG sebelum 30 September juga terpaksa dibatalkan.
JPN Kedah telah mengeluarkan surat rasmi sebagai punca kuasa untuk
tidak memberi kebenaran melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG dalam
masa terdekat sehingga ke satu tarikh yang belum ditetapkan.
6.7 Hari Anugerah Cemerlang
6.7.1 Hari Anugerah Cemerlang pada tahun ini diadakan agak berbeza. Murid
hanya akan diberi hadiah semasa perhimpunan tidak rasmi demi menjaga
SOP.
6.7.2 Kehadiran murid sesi persekolahan pasca covid agak merosot. Justeru itu,
Guru Besar mencadangkan agar diadakan hadiah untuk peperiksaan
pertengahan tahun.
Sokongaan: Sebulat suara
6.8 Kutipan Darjah 6
6.8.1 Perjumpaan bersama waris tahun 6 akan diadakan pada hari Khamis, 13
Ogos 2020. Seramai 88 orang murid yang terlibat bersama waris masing-
masing.
6.8.2 Guru tahun 6 telah membuat bancian untuk mengenalpasti bilangan waris
yang akan hadir. Jika peratus kehadiran tinggi, maka perjumpaan akan
diteruskan.
4
MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI 3 2020
6.7 Pemulangan Wang
6.7.1 Wang PSPA yang telah dikutip sebanyak RM200 seorang akan
dipulangkan balik separuh sahaja bagi waris yang telah membayar penuh.
Ini kerana wang baki itu telah dan akan digunakan untuk keperluan
murid tahun 6.
6.7.2 Kutipan wang untuk aktiviti lawatan ke perpustakaan akan dipulangkan
kembali kepada murid
6.7.3 Kutipan wang untuk aktiviti Pameran Sains juga akan dipulangkan
kepada murid kerana aktiviti tidak dapat dilaksanakan.
6.8 e-kehadiran pasca covid19
6.8.1 Kehadiran murid selepas pembukaan semula sekolah agak merosot.
6.8.2 Pihak sekolah tidak pernah mengeluarkan arahan agar murid tidak perlu
hadir ke sekolah. Pengarah JPN Kedah telah memberi teguran tentang
sekolah yang mengeluarkan arahan supaya murid tidak hadir ke sekolah.
6.8.3 Ibu bapa yang tidak membenarkan anak hadir ke sekolah perlu membuat
surat untuk makluman kepada pihak sekolah.
6.9 Belanjawan covid19
6.9.1 Guru Besar mencadangkan permohonan belanjawan baharu untuk
covid19. Antaranya adalah seperti berikut:
Bil Perkara Peruntukan
1 (RM)
Kad iTemp 500.00
2 - Kutipan waris (RM5.00)
3 - Sumbangan PIBG (RM1.00) 500.00
4 1,500.00
Buku
Peperiksaan Akhir Tahun 500.00
Hal-hal lain 3,000.00
JUMLAH
5
MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI 3 2020
6.9.2 YDP PIBG mencadangkan agar jumlah sumbangan kad iTemp sebanyak
RM589.00 mengikut jumlah murid. Peruntukan yang dicadangkan adalah
seperti berikut:
Bil Perkara Peruntukan (RM)
589.00
1 Kad iTemp
- Kutipan waris (RM5.00) 500.00
- Sumbangan PIBG (RM1.00) 1,500.00
2,589.00
2 Peperiksaan Pertengahan Tahun
3 Peperiksaan Akhir Tahun
JUMLAH
Sokongaan: Sebulat suara
6.10 Whatsapp Group
6.10.1 Guru Besar memaklumkan bahawa whatsapp group sangat perlu
diwujudkan untuk guru berinteraksi dengan murid bagi pembelajaran
online walaupun ada kesan positif dan negatif.
6.10.2 YDP memohon agar semua yang terlibat mengambil yang positif. Beliau
turut berpesan, jika ada yang negatif, boleh hantar kepada YDP untuk
tindakan lanjut.
6.11 Tandas
6.11.1 Isu tandas tersumbat belum ada penyelesaian. Justeru itu, YDP meminta
AJK mencari sebut harga bagi penambahbaikan tandas untuk
dipertimbangkan.
Agenda 7: Hal-hal Lain
7.1 Isu berkaitan jualan dihadapan pagar sekolah telah selesai. Oleh itu, cadangan
untuk meletakkan papan tanda dilarang menjaja adalah tidak perlu.
7.2 Isu berkaitan kantin tentang makanan yang boleh dan tidak boleh dijual kepada
murid juga telah selesai.
7.3 PK Pendidikan Khas memaklumkan bahawa SK Taman Aman telah menjadi
pusat rujukan untuk 4 buah sekolah iaitu SMK Alor Merah, Kolej Tingkatan 6, SK
Hutan Kampung dan SJKT Thiluvalluvar bagi perkongsian maklumat berkaitan
Inklusif Holistik.
7.4 PK HEM meminta pihak PIBG membuat papan tanda had limit kelajuan di dalam
kawasan sekolah. Beberapa bonggol perlu diwujudkan bagi menghalang
pemanduan yang laju. Selain itu, garisan melintas (zebra crossing) juga sudah
pudar dan perlu di cat semula.
6
MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI 3 2020
7.5 YDP mencadangkan agar AJK bekerjasama bergotong-royong membuat bonggol
dan mewarna garisan melintas (zebra crossing)
Sokongaan: Sebulat suara
7.6 Bendahari memaklumkan telah menempah cenderahati untuk AJK PIBG
sebanyak RM400.00 seperti peruntukan yang telah dilluluskan sebelum ini.
7.7 PK Kokurikulum memaklumkan bahawa Kelab Doktor Muda PPKI telah berjaya
mendapat Anugerah Emas dalam Pertandingan Buku Info Kesihatan. Manakala,
Pasukan TKRS telah berjaya menjadi Johan Peringkat Daerah dan terpilih ke
Peringkat Kebangsaan. Oleh itu, PK Kokurikulum telah memohon sumbangan
PIBG untuk pembikinan video TKRS untuk ke Peringkat Kebangsaan.
7.8 Puan Habsah Binti Md Zuki mencadangkan peruntukan bagi pembikinan video
TKRS sebanyak RM1,000.00.
Sokongaan: Sebulat suara
7.9 YDP mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga PIBG dan mengingatkan
tentang surat murid tidak hadir yang menjadi isu. Oleh itu, semua pihak harus
berhati-hati dalam menggunakan kecanggihan teknologi.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.06 petang.
Disediakan oleh: Disahkan oleh:
Juriah (SHAIFUL REDHA BIN MOHD RAJAB)
Yang Di Pertua PIBG
(JURIAH BINTI SAID) SK Taman Aman sesi 2018/2020
Setiausaha PIBG
SK Taman Aman sesi 2018/2020
7