The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

minit mesyuarat pendidikan khas kali ke3 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tepung talam, 2021-10-02 12:36:49

minit mesyuarat pendidikan khas kali ke3 2021

minit mesyuarat pendidikan khas kali ke3 2021

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN AMAN
ANAK BUKIT, 06550 ALOR SETAR
KEDAH DARULAMAN

_______________________________________________________________

MESYUARAT INDUK PENDIDIKAN KHAS KALI 3/ 2021

TARIKH : 12 JULAI 2021

HARI : ISNIN

MASA : 3.00 HINGGA 4.10 PETANG.

TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING

APLIKASI : GOOGLE MEET- https://meet.google.com/vdj-ixwg-aar

PENGERUSI : PK PENDIDIKAN KHAS

KEHADIRAN:

1. Pn Khazaimah binti Hj Ismail -Penolong Kanan Pendidikan Khas

2. Pn. Juriah binti Said -Setiausaha

3. Pn. Normimah binti Othman - Bendahari

4. Pn. Nor Aishah binti Ibrahim -Penyelaras Kurikulum

5. Pn. Noor Azila binti Abdullah -Penyelaras HEM

6. En. Muhammad Khairuddin bin Abdul Rahman -Penyelaras Kokurikulum

7. Ust. Mohaludin bin Mansor -Guru Pendidikan Khas

8. Pn. Rokiah binti Hashim -Pembantu Pengurusan Murid

9. Pn. Masliyah binti Kamarul Jaman -Pembantu Pengurusan Murid

10. Pn. Khairiah binti Khairudin -Pembantu Pengurusan Murid

1

Agenda 1.0 : Aluan Pengerusi
1.1 PK Pendidikan Khas mengucapkan terima kasih kepada semua rakan guru
dan PPM kerana dapat meluangkan masa menghadiri mesyuarat secara
dalam talian.
1.2 Mesyuarat bertujuan untuk membincangkan isu-isu berkaitan murid
dalam melaksanakan pdpr.

Agenda 2.0 : Aluan Penasihat
2.1 Tiada

Agenda 3.0: Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat 2/2021
3.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat 2/2021
3.2 Pn. Aishah binti Ibrahim mencadangkan minit mesyuarat disahkan dan
disokong oleh Pn. Khairiah binti Khairudin

Agenda 4.0: Perkara Berbangkit
4.1 Tiada

Agenda 5.0: Kurikulum
5.1 PK Pendidikan Khas mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada
semua guru kerana dapat melaksanakan PdPR mengikut jadual yang
telah ditetapkan.
5.2 Semua guru diharapkan dapt mengisi Pelaporan Pengajaran dan
Pembelajaran daalam Sistem Pelaporan Pengajaran dan Pembelajaran Di
rumah (SPdPR) yang baru dilaksanakan mulai Julai.

5.3 RPI
5.3.1 Jumlah murid PPKI yang terkini ialah 30 orang.
5.3.2 Muhammad Saifulasri bin Mohd Nasri yang berpindah sekolah
diganti dengan kemasukan Faris Ikwan bin Zairul Anuar
5.3.3 Pengisian borang RPI dan surat persetujuan waris telah siap
dibuat sebelum cuti sekolah.
5.3.4 PK Pendidikan Khas mencadangkan penilaian RPI dibuat secara

2

online iaitu sama ada guru menghubungi waris menggunakan
telefon atau whatsapp. Ini disebabkan oleh kekangan yang
dihadapi ketika ini dan cara paling praktikal yang boleh digunakan
untuk memantau dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

5.3.5 Jadual pelaksanaan RPI adalah seperti berikut:

Bil Perkara Tarikh
1 Pra Sidang 5 – 8 April 2021

(Penetapan Isu Major) 2 -22 Mei 2021
2 Sidang 1 (Mesyuarat Waris) 15 Jun – 20 September 2021
3 Pelaksanaan RPI 3 – 28 Oktober 2021
4 Sidang 2 (Penilaian RPI)

5.3.6 Segala maklumat berkaitan RPI boleh didapatkan melalui link yang
telah disediakan oleh Puan Juriah binti Said

https://mylink.la/pkhasskta

5.4 PBD

5.4.1 Pelaporan PBD telah selesai. Namun terdapat penambahbaikan
yang perlu dibuat mengikut Encik Abdul Razak bin Man, Ketua
Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Khas , JPN Kedah. Template
PBD yang terbaru boleh diperolehi di dalam group PPKI SKTA.

Tindakan: Puan Normimah bt Othman

5.4.2 Penggal kedua 2 akan bermula bulan Julai hingga November.
Penilaian untuk murid kelas Intan dan 2 orang murid kelas Delima
iaitu Puteri dan Safia perlu dilaksanakan mengikut 6 domain yang
telah digariskan. Template yang diberikan adalah mengikut
kategori.

5.5 Inklusif

5.5.1 Inklusif ditangguhkan sementara disebabkan oleh kekangan kelas
yang terpaksa dijalankan secara PdPR.

5.5.2 Kelas Inklusif akan dijalankan di dalam kelas secara bersemuka.
Putera Iqmal dan Putri Nur Damia Danisha akan mengikuti inklusif
di kelas 3G.

6.0 HEM

6.1 EMK

6.1.1 Penyata subsidiari untuk fasa 2 telah dihantar kepada Encik Izwan,
Unit Pendidikan Khas PPD Kota Setar. Terima kasih kepada Cikgu

3

6.2 KWAPM

6.2.1 Seramai 12 orang murid PPKI terpilih mendapat bantuan KWAPM.

6.3 Kebajikan murid

6.3.1 Murid yang layak mendapat bantuan adalah
1. Khairani
2. Hafizuddin
3. Rayyan
4. Rais

Tindakan: Puan Noor Azila bt Abdullah

7.0 Kokurikulum

7.1 eNilam

7.1.1 Pertandingan eNilam dijalankan secara online dan Putri Nur
Damia Danisha mewakili sekolah dalam pertandingan tersebut.
Pertandingan eNilam mengambilkira markah persembahan
sebanyak 60% yang akan dinilai secara langsung melalui
googlemeet dan dokumen sebanyak 40%.

7.1.2 Dokumen sebanyak 40% meliputi
1. Maklumat murid-sijil lahir/kad OKU
2. Persetujuan ibu bapa
3. Penglibatan murid- evidens
4. Salinan sijil
5. Rekod bacaan
6. Gambar
7. Ulasan buku/sinopsis

7.1.3 Jadual eNilam adalah seperti berikut:

Bil Perkara Tarikh
1 Penilaian dokumen 7-9 September 2021
2 Penilaian lisan 20-21 September 2021
3 Majlis penutup eNilam PPKI 5 Oktober 2021

Tindakan: Puan Juriah bt Said

8.0 Hal-hal lain

8.1 Pertandingan e Virtual Run adalah terbuka kepada murid PPKI dan akan
diadakan pada 13 hingga 14 Julai 2021. Jika ada murid PPKI SKTA yang
layak, boleh menyertai pertandingan tersebut.
Tindakan: Encik Mohamad Khairuddin

4

8.2 PdPR akan berlangsung sehingga akhir bulan Ogos. Justeri itu, PK
Pendidikan Khas mencadangkan agar semua murid PPKI SKTA
dibekalkan dengan alat tulis yang lengkap bagi memudahkan mereka
membuat projek dan menyiapkan kerja sekolah. Cadangan ini
dipersetujui sebulat suara.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.10 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

Juriah Khazaimah

(JURIAH BINTI SAID) (KHAZAIMAH BINTI HJ. ISMAIL)
Setiausaha Penddidikan Khas Penolong Kanan Pendidikan Khas
SK Taman Aman SK Taman Aman

5


Click to View FlipBook Version