1 KAMPUS TAWAU, KM 36 JALAN BALUNG, BEG BERKUNCI NO. 27, 91009 TAWAU, SABAH PROJEK INDIVIDU (EDUP 2122) PENTAKSIRAN DALAM BILIK DARJAH NAMA SISWA PENDIDIK : MUHAMMAD LUTFILHADI BIN MOHD ZAIDI NO. ANGKA GILIRAN : 2020052420022 NO. KAD PENGENALAN : 970416-08-6117 KUMPULAN/UNIT : PDPP PAI 1 KOD DAN NAMA KURSUS : EDUP 2122 PENTAKSIRAN DALAM BILIK DARJAH NAMA PENSYARAH : DR ISMAIL BIN HUSIN TARIKH HANTAR : 30 NOVEMBER 2022
2 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS Nama : Muhammad Lutfilhadi bin Mohd Zaidi Angka Giliran Pelajar : 2020052420022 Kod : EDUP2122 Nama Kursus: Pentaksiran Dalam Bilik Darjah: Tugasan 2 - Projek Pensyarah : Dr. Ismail bin Husin Tarikh Hantar : 30 November 2022 Tarikh Diterima ( Diisi oleh pensyarah) Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: Lutfilhadi (Muhammad Lutfilhadi bin Mohd Zaidi) Tarikh 30 November 2022 Perincian Maklum Balas Kerja Kursus Pemeriksa Moderator (jika berkaitan) Kekuatan: Kekuatan: Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki: Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh: Pengesahan Pelajar Terhadap Maklum balas Yang Diberikan Pensyarah. Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan fahami. Catatan (jika ada) Tandatangan Pelajar : Lutfilhadi Tarikh : 30/11/2022
ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 Borang Maklum Balas Kerja Kursus 1 2 Pengenalan 3 3 Carta Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Pendidikan Islam 4 4 Instrumen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Pendidikan Islam 5 - 11 5 Rumusan 12 6 Rujukan 13
4 1.0 PENGENALAN Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan proses yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi mendapatkan maklumat berkenaan perkembangan, kemajuan, kebolehan dan penguasaan murid terhadap matlamat kurikulum yang dihasratkan. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) melibatkan proses mengumpul dan menganalisis maklumat serta membuat refleksi yang berterusan terhadap PdP dalam membuat pertimbangan secara berterusan ke arah menambah baik PdP tersebut. Oleh itu, pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang betul akan memberi gambaran yang jelas tentang penguasaan murid terhadap Standard Pembelajaran yang ditetapkan dalam kurikulum. Semua maklumat yang diperoleh dari pentaksiran bukanlah bertujuan untuk perbandingan atau persaingan antara murid. Sebaliknya maklumat tersebut hendaklah digunakan untuk membantu pihak sekolah dan ibu bapa untuk merancang tindakan susulan ke arah menambah baik penguasaan dan pencapaian murid dalam pembelajaran.
5 1.1 CARTA PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) PENDIDIKAN ISLAM Rajah 1: Carta Alir Pelaksanaan PBD Pendidikan Islam Merancang PdP dan Kaedah Pentaksiran Melaksanakan PdP dan Pentaksiran Mula Merekod dan Menganalisis Penguasaan Murid Perlu Tingkatkan Tahap Penguasaan? Tidak Ya Tindakan Susulan Melapor Tahap Penguasaan Murid Tamat
6 1.2 INSTRUMEN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) PENDIDIKAN ISLAM a) INSTRUMEN PENTAKSIRAN SENARAI SEMAK Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 2 Objektif Pembelajaran Murid dapat menyatakan rukun tayamum yang terdapat dalam tata cara tayamum. Penerangan Aktiviti: Murid secara individu melakukan tata cara bertayamum di hadapan guru. Kemudian, murid dikehendaki menyatakan semua rukun tayamum yang terdapat dalam tata cara tayamum pada buku tulis masing-masing. Guru boleh melaksanakan PBD melalui pemerhatian sepanjang proses aktiviti yang dijalankan dalam kelas berdasarkan senarai semak yang disediakan. Jadual Senarai Semak - Tandakan (/) bagi rukun yang berkaitan. BIL NAMA MURID R1 R2 R3 R4 CATATAN 1 Muhammad Irfan bin Jaideh / / / Murid belum menguasai rukun tayamum yang ketiga. 2 Mohammad Hayqal bin Jasri / / / Murid belum menguasai rukun tayamum yang keempat. 3 Nur Hidayah binti Mad / / / / 4 Putra Syahir bin Razali / / Murid belum menguasai rukun tayamum yang kedua dan ketiga. Nota: R1 - Rukun tayamum yang pertama (Niat) R2 - Rukun tayamum yang kedua (Menyapu debu tanah ke muka) R3 - Rukun tayamum yang ketiga (Menyapu debu tanah ke tangan) R4 - Rukun tayamum yang keempat (Tertib)
7 b) INSTRUMEN PENTAKSIRAN ANEKDOT CATATAN ANEKDOT PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 Nama : Muhammad Aiman bin Abu Kelas : 2 Bestari Tarikh : 25/11/2022 (Jumaat) Masa : 4.15 Petang Nilai : Kasih sayang Standard Kandungan : 6.6 Merumus sifat mahabbah dan mengamalkannya secara beradab dan istiqamah. Standard Pembelajaran : 6.6.9 Mengamalkan sifat mahabbah dalam kehidupan secara beradab dan istiqamah. BUTIRAN: Pada tarikh 25 November 2022 (Jumaat), murid ini telah memberikan anak kucing minum air tanpa disuruh atau dikawal selia oleh guru. Anak kucing yang diperhatikan mencari air di dalam longkang dan telah berlalu ramai pelajar di kawasan tersebut dan murid ini satu-satunya yang menunjukkan sikap kasih sayang terhadap binatang dengan memberikan anak kucing tersebut minum air dengan menggunakan air minuman di dalam botol murid tersebut. Guru lain juga pernah melihat tindakan murid ini yang memujuk seorang murid yang menangis di sekolah tanpa disuruh atau diminta. Ini menunjukkan bahawa Muhammad Aiman merupakan murid yang mengamalkan nilai kasih sayang terhadap sesama makhluk iaitu manusia mahupun binatang. Disediakan oleh: ……………………………… (Muhammad Lufilhadi bin Mohd Zaidi) Guru Pendidikan Islam
8 c) INSTRUMEN BERTERUSAN PENTAKSIRAN REKOD Nama: Alif bin Adam Umur: 15 Tahun Pemerhati: Ustaz Lutfilhadi Kelas: Tingkatan 2 Cemerlang Tarikh: 12 Oktober 2022 Masa: 8.00 - 8.15 pagi Catatan / Pemerhatian Ulasan Alif dilantik sebagai ketua kumpulan yang mana Alif perlu menjadi Imam di dalam amali solat. Alif dilihat mempunyai sikap kepimpinan ketika mana Alif menyusun rakannya untuk berada di dalam saf. Alif membaca doa ketika rakannya bersin di dalam kelas. Alif mengamalkan doa ketika mendengar orang lain bersin. Alif memberikan arahan kepada kawannya dengan intonasi yang tegas disamping lemah-lembut. Alif mengamalkan sifat lemah lembut ketika berbicara dengan orang lain. Alif meminta izin kepada guru untuk melintas di hadapan guru. Alif mengamalkan nilai menghormati guru dengan beradab. Alif membantu rakannya yang belum menyiapkan tugasan yang diberikan di dalam kelas. Alif membantu rakannya menyelesaikan tugasan walaupun itu bukan tugasannya. Alif merupakan seorang yang prihatin dan boleh membantu ketika rakannya susah.
9 d) INSTRUMEN PENTAKSIRAN SECARA LISAN ANTARA MURID DENGAN GURU Contoh di bawah merujuk kepada pentaksiran secara lisan antara guru dan murid tentang aspek pertuturan dan sikap murid melalui perbualan. Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 2 Objektif Pembelajaran 1. Menjelaskan cara menangani kemungkaran dengan tangan, lidah dan hati secara berhikmah. 2. Menerangkan hikmah menangani kemungkaran. Penerangan Aktiviti Perbincangan berlaku antara guru dan murid bagi mengetahui cara dan hikmah menangani kemungkaran. Contoh Soalan 1.1 Bagaimanakah cara anda menangani kemungkaran dengan tangan, lidah dan hati secara berhikmah? 1.2 Adakah dengan menegur kesilapan kawan anda di khalayak orang ramai merupakan cara menangani kemungkaran secara berhikmah? 2.1 Apakah hikmah menangani kemungkaran yang anda tahu? 2.2 Apakah kelebihan (menggunakan kata ganti bagi perkataan hikmah) jika anda menangani kemungkaran di sekolah?
10 e) INSTRUMEN PENTAKSIRAN ANTARA MURID DENGAN MURID Pentaksiran berlaku semasa penerangan murid kepada rakan-rakannya dalam aktiviti berkumpulan. Murid juga boleh membuat penilaian kendiri semasa berbincang dengan rakan-rakannya. Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 2 Objektif Pembelajaran Murid dapat menyatakan nama-nama Malaikat beserta tugas-tugasnya dengan betul. Penerangan Aktiviti: Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan yang mana setiap kumpulan mewakili 4 orang murid dikumpulkan di dalam bulatan. Berdasarkan aktiviti pembelajaran abad ke-21 (PAK21) iaitu Simultaneous Round Table, murid di dalam kumpulan perlu menulis nama dan tugas Malaikat di dalam kertas masing-masing dalam masa yang diperuntukkan oleh guru. Setelah itu, mereka perlu mengedarkan kertas mereka kepada murid yang lain mengikut pusingan arah jam. Kemudian, murid masingmasing akan menambah atau membetulkan apa yang rakan mereka tulis tadi berkenaan nama dan tugas Malaikat. Aktiviti diteruskan sehinggalah empat kali pusingan dan kertas tugasan murid dihantar kepada guru untuk dinilai.
11 f) INSTRUMEN PENTAKSIRAN ANTARA MURID DENGAN BAHAN PEMBELAJARAN Pentaksiran ini berlaku semasa murid membacakan teks khutbah Jumaat mengikut rukun khutbah Jumaat yang betul. Mata Pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 2 Objektif Pembelajaran Murid dapat menyampaikan khutbah Jumaat mengikut rukun khutbah Jumaat dengan betul. Penerangan Aktiviti: Berdasarkan aktiviti pembelajaran abad ke-21 (PAK21) iaitu aktiviti Role Play, guru memberikan tanggungjawab kepada murid untuk memegang peranan sebagai Khatib Jumaat yang mana murid akan membacakan teks khutbah Jumaat yang telah disediakan oleh guru. Murid akan diberikan masa untuk membuat persediaan dengan menambah rukun khutbah Jumaat yang tercicir di dalam teks tersebut. Setelah itu, murid menyampaikan khutbah Jumaat di hadapan kelas dan guru akan menilai rukun khutbah Jumaat yang dibacakan ketika murid sedang menyampaikan khutbah Jumaat tersebut. Guru membuat catatan pentaksiran berdasarkan aktiviti tersebut dengan menggunakan penyataan Standard Prestasi mengikut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi mata pelajaran Pendidikan Islam.
12 g) INSTRUMEN SKALA KADAR Nama murid : Muhammad Umar bin Ayub Tingkatan : 2 Fokus Arahan: Tandakan (/) pada skala yang sesuai dengan anda. Kemahiran dalam bacaan ayat Al-Quran Rendah Tinggi Ulasan 1 2 3 4 5 Cermat dalam bacaan. (Tartil) / Lancar sebutan huruf, lafaz dan ayat. (Fasahah) / Baris dan tashdid terpelihara. / Waqaf dan ibtida’ pada tempat yang betul. / Perlu perbaiki tempat yang betul untuk berhenti di dalam bacaan. Susunan ayat mengikut turutan. / Tidak bernafas di dalam bacaan. /
13 1.3 RUMUSAN Pentaksiran dalam Bilik Darjah (PBD) merupakan satu komponen dalam Pentaksiran berasaskan sekolah yang dilaksanakan secara berterusan di dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi mengukuhkan pembelajaran dan penguasaan murid di samping meningkatkan keberkesanan pengajaran guru. Pelaksanaan Pentaksiran dalam Bilik Darjah (PBD) yang berkesan tidak hanya tertumpu kepada murid sahaja tetapi sejauh mana seseorang guru itu di dalam merancang PdP serta kaedah pentaksiran tersebut. Terdapat pelbagai cara, teknik serta kaedah yang telah dikenalpasti dan dirangka berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya tingkatan 2 melalui instrumen pentaksiran senarai semak, instrumen pentaksiran anekdot, instrumen berterusan pentaksiran rekod, intrumen pentaksiran secara lisan antara murid dengan guru, antara murid dengan murid, dan antara murid dengan bahan pembelajaran serta instrumen skala kadar. Kesemua pentaksiran ini jika diterapkan di dalam perancangan PdP pasti akan menjadikan pentaksiran yang berlaku di dalam kelas menjadi lebih berkesan. Akhir sekali, fokus utama bagi Pentaksiran dalam Bilik Darjah (PBD) ini ialah terhadap perkembangan dan penguasaan murid dalam pembelajaran dan bukanlah untuk tujuan persaingan antara murid dengan murid yang lain. Oleh itu, pelaksanaan pentaksiran yang berterusan dalam bilik darjah dapat diperkasakan dan dibudayakan khususnya diri ini sebagai seorang guru di sekolah.
14 RUJUKAN Kalai Selvan Arumugham. (2020). Kurikulum, Pengajaran Dan Pentaksiran Dari Perspektif Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Jurnal Asian People, 3(1), 152 161. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Islam Tingkatan 2. Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum. Rosnani Hashim et al. (2022). Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Menengah Bagi Menghadapi Cabaran Pendidikan Abad Ke-21 Dari Perspektif Guru. Jurnal Pendidikan Malaysia, 47(1), 65-79. Wan Ali Akbar Wan Abdullah, Johar Seman, & Salina Busrawi. (2017). Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Pendidikan Islam Tingkatan 2. Dewan Bahasa dan Pustaka.
15