The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PDPP102022 MUHAMMAD LUTFILHADI BIN MOHD ZAIDI, 2023-03-02 02:00:55

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PEDAGOGI EDUP 2093

Keywords: RPH

PEDAGOGI


1 KAMPUS TAWAU, KM 36 JALAN BALUNG, BEG BERKUNCI NO. 27, 91009 TAWAU, SABAH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (EDUP 2093) PEDAGOGI NAMA SISWA PENDIDIK : MUHAMMAD LUTFILHADI BIN MOHD ZAIDI NO. ANGKA GILIRAN : 2020052420022 NO. KAD PENGENALAN : 970416-08-6117 KUMPULAN/UNIT : PDPP1 KOD DAN NAMA KURSUS : EDUP 2093 PEDAGOGI NAMA PENSYARAH : DR JAMILAH AHMAD TARIKH HANTAR : 5 DISEMBER 2022


2 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU PENTAKSIRAN BERTERUSAN BORANG MAKLUM BALAS TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN Nama: Muhammad Lutfilhadi bin Mohd Zaidi Angka Giliran: 2020052420022 Kod: EDUP2093 PEDAGOGI Pensyarah: Dr. Jamilah Ahmad Tarikh Hantar: 5 Disember 2022 Tarikh Terima: Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar Lutfilhadi Tarikh 5 Disember 2022 Perincian Maklum Balas Pentaksiran Berterusan Pemeriksa Moderator (jika berkaitan) Kekuatan: Kekuatan: Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki: Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh: Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan fahami. Tandatangan Pelajar: Lutfilhadi Tarikh: 5 Disember 2022


3 ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Borang Maklum Balas Kerja Kursus 1 2. Penghargaan 3 3. Soalan Tugasan 4 4. Rancangan Pengajaran Harian 5 - 14 5. Refleksi 15 - 16 6. Rujukan 17


4 PENGHARGAAN Dengan nama Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, saya mengungkapkan segala kesyukuran hanya kepada-Nya kerana dengan limpahan rahmat serta nikmat daripadaNya dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah saya, Dr. Jamilah Ahmad kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan baik. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa dan isteri saya yang sentiasa memberikan segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terkira sehingga saya berjaya menyiapkan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada sahabat-sahabat yang banyak memberi peringatan serta sokongan ilmu tambahan kepada diri saya ini yang serba kekurangan. Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat di dalam menyiapkan tugasan ini mahupun secara langsung atau sebaliknya. Mudah-mudahan tugasan ini dapat memberi manfaat buat yang membaca khususnya diri ini yang masih cetek ilmu pengetahuan.


5 SOALAN TUGASAN TUGASAN 1: PENULISAN (50%) 1. Anda dikehendaki merancang satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang berkaitan dengan mata pelajaran yang anda ajar di sekolah dengan mengemukakan contoh penekanan berdasarkan penekanan kepada Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) sesuai dengan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran mata pelajaran yang telah dipilih. 2. Pemilihan aktiviti, strategi dan kaedah bersesuaian dengan konteks pembelajaran muridmurid di sekolah dengan mengaplikasi model pedagogi pembelajaran kontemporari. 3. Sila rumuskan refleksi penghasilan RPH yang digubal dengan mengaitkannya dengan kepentingan Kapasiti Pembelajaran Pedagogi Bermakna (Deep Learning) masa kini. 4. Panjang penulisan anda hendaklah 1600 patah perkataan sahaja.


6 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BINGKOR Minggu: 29 Tarikh: 21 Oktober 2022 Hari: Jumaat Tingkatan: 2 Aspirasi Masa: 2:50 - 3:50 Petang Kehadiran Murid: 18/18 Bidang: Fiqh Topik: Rukhsah Standard Kandungan: 4.11 Merumus kefahaman tentang rukhsah serta mengamalkannya secara beradab dan istiqamah: - Menyapu balutan. Standard Pembelajaran: 1 4.11.1 Menjelaskan konsep rukhsah dalam syariat Islam. 2 4.11.2 Menyatakan maksud dan dalil menyapu balutan. 3 4.11.3 Menjelaskan cara mengangkat hadas dalam keadaan anggota wuduk berbalut. The Big Idea: Rukhsah Anugerah Daripada Allah swt Essential Questions: 1 Apakah konsep rukhsah dalam syariat Islam? 2 Apakah maksud dan dalil menyapu balutan? 3 Bagaimanakah cara mengangkat hadas dalam keadaan anggota wuduk berbalut? Objektif Pembelajaran: Diakhir pembelajaran, murid akan dapat: 1 Menghuraikan sebahagian konsep rukhsah dalam syariat Islam dengan jelas. 2 Menjelaskan sebahagian maksud dan dalil menyapu balutan dengan betul. 3 Menyatakan sebahagian cara mengangkat hadas dalam keadaan anggota wuduk berbalut dengan tepat. Kriteria Kejayaan: 1 Menghuraikan konsep rukhsah dalam syariat Islam dengan jelas. 2 Menjelaskan maksud dan dalil menyapu balutan dengan betul. 3 Menyatakan cara mengangkat hadas dalam keadaan anggota wuduk berbalut dengan tepat. Kemahiran Berfikir: Memahami: Mengingat semula maklumat dan boleh menjelaskan idea dan konsep.


7 Mengaplikasi: Menggunakan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara. Menilai: Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan nilai serta memberi justifikasi. Gabung Jalin: Akidah Penyerapan Ilmu: Kesihatan Elemen Merentas Kurikulum (EMK): Nilai Murni: Penekanan terhadap aspek kerohanian di dalam diri seorang murid melalui kefahaman konsep mengamalkan rukhsah di dalam kehidupan seharian. Penilaian PdP: Pemerhatian, lisan, bertulis Bahan Bantu Mengajar (BBM): Buku teks, projektor, laptop, kad manila, lembaran kertas, papan putih, marker pen Langkah Aktiviti PdP Catatan Pendahuluan 2:50 - 3:00 Petang (10 minit) Set Induksi 1. Murid bangun dan memberikan salam kepada guru. 2. Murid membaca doa belajar bersama-sama dan seterusnya mengeluarkan buku teks dan juga buku tulis sebagai persediaan sebelum pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilaksanakan. 3. Guru menayangkan video berkenaan situasi orang sakit yang berbalut ingin mengambil wuduk yang berdurasi 3 minit. 4. Murid diberikan masa 2 minit untuk mengaitkan video dengan topik yang akan belajar. 5. Guru menyoal respons murid dalam bentuk berpasangan berkenaan apa yang mereka perhatikan di dalam video tersebut. Soalan: - Apakah situasi yang ada lihat di dalam video tersebut? - Adakah sah wuduk orang sakit tersebut? Model KPPB: Model 3E - Engagement (Penggunaan alatan digital seperti projektor dan laptop di dalam memulakan pembelajaran.) Pendekatan: Pendekatan Induktif (Menyediakan contoh situasi yang bersesuaian sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) sebelum dikembangkan kepada konsep yang umum.)


8 - Kenapakah orang sakit tersebut tidak membasuh anggota wuduk dengan sempurna? Video: https://www.youtube.com/watch?v=Amd4o2ar2YA Strategi: Pemusatan Murid (Pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang memusatkan kepada murid seperti penyoalan kepada murid berkenaan konsep yang ingin dipelajari.) Kaedah/Teknik: Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) - Rally Robin (Murid dalam bentuk berpasangan bergilir-gilir memberikan respons tentang situasi yang ditunjukkan oleh guru secara lisan.) BBM: Buku teks, video, projektor, laptop


9 Pengembangan Langkah 1 3:00 - 3:10 Petang (10 minit) 1. Guru memulakan penerangan berkenaan konsep rukhsah di dalam syariat Islam. 2. Guru menggunakan marker pen yang berwarnawarni untuk melukis peta pemikiran i-Think pada papan putih berkenaan dengan konsep rukhsah di dalam syariat Islam. 3. Murid melukis peta pemikiran i-Think berdasarkan hasil guru tetapi mengikut kreativiti masing-masing tanpa meniru bulat-bulat apa yang telah dilukis oleh guru pada papan putih. 4. Guru kemudianya memadam isi-isi penting konsep rukhsah di dalam syariat Islam yang telah dilukis pada peta pemikiran i-Think pada papan putih tersebut. 5. Murid dipilih secara rawak untuk datang ke depan menulis apa yang mereka faham tentang Model KPPB: Kompetensi Global 6C (Creativity - Kreativiti: Murid menyediakan peta pemikiran i-Think mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan peta pemikiran i-Think yang dilukis oleh guru.) Pendekatan: Pendekatan Deduktif (Guru menggunakan


10 konsep rukhsah di dalam syariat Islam tanpa melihat kepada buku nota yang telah mereka lukis peta pemikiran i-Think tersebut. Jawapan murid yang menulis pada papan putih: 1. Keringanan yang Allah swt berikan kepada umat Islam. 2. Kemudahan yang diberikan jika terdapat keuzuran. 3. Ringan di dalam melakukan ibadat. Catatan: Jawapan murid yang diberikan iaitu pada perkataan “keringanan” atau “kemudahan” serta apa yang berkaitan dengan keduanya menunjukkan kefahaman murid kepada konsep rukhsah di dalam syariat Islam. kaedah mengajar yang kompleks bagi pelajar memperoleh kefahaman yang mendalam dan mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem dan peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasikan kepada contoh-contoh khusus. Strategi: Pemusatan Tugasan/Aktiviti (Guru melibatkan murid dalam aktiviti atau tugasan yang memberikan peluang kepada murid untuk melatih atau mengaplikasikan apa-apa yang dipelajari.) Kaedah/Teknik: Peta Pemikiran iThink


11 BBM: Marker pen, papan putih Langkah 2 3:10 - 3:20 Petang (10 minit) 1. Guru melekatkan potongan kad manila yang ditulis padanya potongan maksud menyapu balutan pada papan putih. 2. Murid membaca maksud tersebut secara beramai-ramai setelah guru menyebut terlebih dahulu potongan maksud tersebut. 3. Murid diminta untuk membentuk 4 kumpulan yang terdiri 4 atau 5 ahli kumpulan. 4. Murid diberikan oleh guru potongan kad manila yang bertulis maksud menyapu balutan dan mereka perlu menyusun potongan maksud menyapu balutan mengikut urutan yang betul. 5. Murid diberikan masa untuk menyiapkan susunan tersebut selama 3 minit sahaja. 6. Kumpulan yang salah di dalam menyusun potongan maksud menyapu balutan tersebut perlu menyusun kembali sehinggalah kesemua kumpulan dapat menyusun potongan maksud tersebut dengan betul. Model KPPB: Model Pembelajaran Murid - Perhubungan (Aktiviti di dalam kumpulan menyentuh asas sosial yang penting yang sentiasa memerlukan tujuan dan makna dalam hubungan dengan orang lain.) Pendekatan: Pendekatan Tematik (Berkait rapat dengan aktiviti pengajaran secara berkumpulan,


12 Potongan Kad Manila: terutamanya kumpulan mengikut pelbagai kebolehan.) Strategi: Pemusatan Bahan (Pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berpusatkan kepada bahan iaitu kad manila yang mana murid perlu menyelesaikan tugasan yang diberikan melalui bahan tersebut.) Kaedah/Teknik: Perbincangan (Murid secara berkumpulan membuat perbincangan di dalam menyiapkan tugasan bahan yang disediakan oleh guru.) BBM: Kad Manila Langkah 3 3:20 - 3:30 Petang (10 minit) 1. Murid di dalam kumpulan yang sama diberikan potongan kad manila yang ditulis dalil menyapu balutan yang di terbalikkan dahulu sebelum murid dapat melihat isi potongan kad manila tersebut. 2. Guru membacakan dalil menyapu balutan dan diulang sebanyak tiga kali. 3. Murid mula membuka potongan kad manila tersebut dan menyusun potongan kad manila mengikut susunan yang betul berdasarkan bacaan guru sebentar tadi. 4. Sekiranya terdapat kumpulan yang salah menyusun, potongan kad manila tersebut di terbalikkan semula. 5. Guru mengulang semula dengan membacakan dalil menyapu balutan sebanyak 3 kali. Potongan kad manila: Langkah 4 1. Murid sekali lagi secara berkumpulan diberikan tanggungjawab yang ditulis oleh guru pada papan Model KPPB: Menyapu air ke atas pembalut luka bagi menggantikan wuduk untuk membolehkan ibadah seperti solat dilaksanakan إمنا اكن يكفيه ميم أو يعصب أن يت عىل جرحه خرقة مث ميسح علهيا ويغسل سائر جسده


13 3:30 - 3:40 Petang (10 minit) putih untuk memegang watak yang terdiri daripada situasi berikut: I. Watak yang sebahagian kecil anggota wuduk tidak boleh terkena air. II. Watak yang sebahagian besar anggota wuduk tidak boleh terkena air. III. Watak yang seluruh anggota wuduk tidak boleh terkena air. 2. Murid diberikan masa untuk membuat persediaan persembahan. 3. Murid membuat persembahan dengan memainkan watak-watak tersebut bagaimana mereka melaksanakan amali mengangkat hadas berdasarkan situasi watak tersebut. 4. Guru memerhati sambil memperbetulkan amali yang dipersembahkan oleh setiap kumpulan. Kompetensi Global 6C (Collaboration - Kolaborasi: satu proses yang melibatkan kerjasama oleh beberapa murid dalam satu kumpulan atau pasukan untuk mencapai hasil yang diinginkan dan sekaligus melahirkan kepercayaan antara ahli-ahli terlibat. Pendekatan: Pendekatan Tematik (Berkait rapat dengan aktiviti pengajaran secara berkumpulan, terutamanya kumpulan mengikut pelbagai kebolehan.) Strategi: Pemusatan Murid (Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP), murid memainkan peranan yang penting sedangkan peranan guru merupakan pemimpin yang membimbing murid


14 menjalankan aktiviti tersebut.) Kaedah/Teknik: Aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21): Role Play (Murid melaksanakan aktiviti dengan membuat persembahan dengan memainkan peranan atau watak yang telah diberikan.) BBM: Marker Pen, Papan Putih Penutup 3:40 - 3:50 Petang (10 minit) 1. Guru memberikan kesimpulan berkaitan tajuk dan nilai pengajaran yang telah diajarkan pada kelas hari ini. 2. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan intipati yang mereka peroleh. 3. Guru memberikan pujian kepada murid atas penglibatan aktif mereka. Model KPPB: Model Reka Bentuk Pembelajaran (Learning Design): Persekitaran Pembelajaran (Persekitaran pembelajaran interaktif dengan


15 4. Guru memberikan coklat yang telah disediakan oleh guru kepada setiap murid sebagai tanda motivasi kepada mereka. 5. Guru meminta murid untuk bersedia dengan alat bahan yang diperlukan bagi kelas seterusnya. Pentaksiran dibuat secara lisan berdasarkan sooalan-soalan berikut: - Apakah perkara yang anda belajar harini? - Bagaimanakah cara mengangkat hadas jika anggota wuduk dalam keadaan berbalut? - Apakah nilai pengajaran yang kamu dapat melalui aktiviti berkumpulan? murid terlibat aktif dan bermakna.) Pendekatan: Pendekatan Induktif (Murid membentuk satu generalisasi daripada contohcontoh yang telah diberikan melalui aktiviti Role Play membentuk satu konsep yang umum berkenaan rukhsah.) Strategi: Pemusatan Murid (Dalam aktiviti soal jawab, murid memainkan peranan penting dalam berbincang dan menjawab soalan yang ditanya oleh guru yang berperanan sebagai pembimbing.) Kaedah/Teknik: Soal Jawab (Kaedah yang digunakan untuk menilai hasil pelajaran atau aras yang dicapai oleh murid.)


16 REFLEKSI Kelebihan: Pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan di dalam bilik darjah berdasarkan penerapan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) yang terdiri daripada Model 3E (Engagement, Enhancement, Extension) yang melibatkan khususnya aspek Engagement iaitu keterlibatan di dalam memulakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan mengintegrasikan alatan digital seperti projektor dan laptop dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Model ini dapat dilihat penerapannya menerusi murid menyelesaikan tugasan soalan yang dilontarkan oleh guru berdasarkan alatan teknologi iaitu video yang ditayangkan oleh guru. Hal ini menjadikan penggunaan alatan teknologi di dalam menjalani tugasan atau aktiviti berdasarkan masa yang ditetapkan, berfokus secara aktif kepada matlamat pembelajaran dan memberi peluang kepada murid untuk bersosial secara aktif di dalam kelas. Seterusnya, Kompetensi Global 6C juga diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) khususnya pada aspek Creativity iaitu pemikiran kreatif di dalam menggunakan minda untuk menghasilkan idea yang baru, asli, luar biasa, pelbagai dan bernilai seperti kreativiti murid menyediakan peta pemikiran i-Think. Aspek Collaboration iaitu kolaborasi yang merupakan satu proses yang melibatkan kerjasama oleh beberapa murid dalam satu kumpulan atau pasukan untuk mencapai hasil yang diinginkan dan sekaligus melahirkan kepercayaan antara ahli-ahli terlibat. Model Kompetensi Global 6C ini memberikan kesan yang positif terhadap pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid-murid kerana mereka terlibat secara aktif secara individu mahupun secara berkumpulan. Selain itu, kepelbagaian di dalam menggunakan pendekatan seperti induktif, tematik dan deduktif memainkan peranan di dalam merangsang pengetahuan murid di dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) berdasarkan aktiviti atau kaedah pengajaran yang pelbagai sekaligus melibatkan murid secara aktif. Di samping itu, strategi juga memainkan peranan yang penting di dalam menjayakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran (PdP) seperti strategi pemusatan murid, pemusatan tugasan/aktiviti dan pemusatan bahan. Perubahan pada strategi ini menjadikan murid tidak bosan kerana pengajaran dan pembelajaran (PdP) tidak tertumpu kepada satu pemusatan tetapi pelbagai pemusatan yang merangsang jasmani dan intelek murid. Kelemahan: Terdapat 4 orang murid yang dapat dikenalpasti tahap penguasaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) mereka yang sangat lemah menerusi aktiviti berkumpulan di mana murid ini tidak memainkan peranan yang memberangsangkan di dalam membantu ahli kumpulan yang lain. Menerusi aktiviti melukis peta pemikiran i-Think, terdapat 2 murid yang telah dikenalpasti tidak dapat menyiapkan tugasan tersebut mengikut waktu yang telah ditetapkan atas sebab tahap penguasaan di dalam melukis yang sangat rendah.


17 Penambahbaikan: Melaksanakan aktiviti yang melibatkan setiap ahli kumpulan perlu memainkan peranan mereka tersendiri. Oleh itu, jika terdapat seorang ahli kumpulan yang tidak memainkan peranan mereka, sesuatu tugasan tersebut tidak dapat diselesaikan. Selain itu, guru perlu memberikan pendedahan khusus berkenaan peta pemikiran i-Think kepada murid-murid sebelum guru menggunakannya di dalam kelas. Tahap penguasaan murid yang rendah terhadap peta pemikiran i-Think mungkin melibatkan faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan seperti lemah pembelajaran yang mana murid memerlukan masa yang lama untuk menguasai sesuatu kaedah atau teknik di dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Akhir sekali, guru juga perlu mempelbagaikan soalan mengikut aras kecerdasan murid supaya murid dapat memahami konsep yang sama tetapi melalui penyampaian pengajaran yang berbeza.


18 RUJUKAN Abdul Majid, N., Saari, R., Ilias, K., & Abdul Hamid, A. (2021). Pelaksanaan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) dalam pentaksiran kerja kursus program PISMP di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh (IPGKI). Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 19(2), 45-61. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jd/article/view/16577 Ellyza, K. (2019). Reka bentuk pembelajaran dalam Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna di IPG Kampus Pendidikan Teknik. Jurnal Refleksi Kepimpinan, 2(1), 144-159. Halimi. (2017, September 16). Apa itu Elemen Merentas Kurikulum (EMK). https://www.cikguhailmi.com/2017/09/apa-itu-elemen-merentas-kurikulum-emk.html Mohd Suhaimin Isnen. (2017, Jun 12). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) - High Order Thinking Skills (HOTS). http://www.cikgusuhaimin.com/2017/06/konsep-kemahiranberfikir-aras-tinggi.html


19 PEDAGOGI


Click to View FlipBook Version