The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by irenesia1833, 2023-09-22 03:18:59

Pemerdagangan Manusia- Irene Sia Pei Ni

pemerdagangan manusia

PEMERDAGANGAN MANUSIA Penulis Irene Sia Pei Ni


Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam jangka masa yang ditetapkan. Di samping itu, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah yang dihormati, Encik Ismail Bin Jaafar kerana beliau telah memberikan tunjuk ajar serta bimbingan kepada saya. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang sering memberikan sokongan moral sehingga saya berjaya menyiapkan kertas kursus ini. Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan tugasan ini serta saya mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada mereka yang terlibat. Sekian, terima kasih. Penghargaan


ISI KANDUNGAN Pengenalan Cabaran Kehidupan Sosial Dalam Isu Pemerdagangan Manusia Cadangan Penyelesaian Terhadap Isu Pemerdagangan Analisis Rujukan 4 5-8 9-13 14 Penutup 15 16


Pemerdagangan manusia merujuk kepada perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan dan termasuklah perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang bagi tujuan eksploitasi. (Seksyen 2 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007). Antara jenis pemerdagangan manusia termasuklah eksploitasi seks, kerja atau perkhidmatan paksa, perhambaan atau amalan yang merupakan perhambahan, pengabdian, apaapa aktiviti yang menyalahi undang-undang atau pemindahan organ manusia. Menurut Utusan Malaysia, Malaysia dilaporkan kekal berada pada tahap tiga (Tier 3) dalam Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) Mengenai Pemerdagangan Orang (Us Tip Report) 2022. Menurut SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, 2013) memandangkan Malaysia merupakan destinasi popular dalam kalangan pekerja asing disebabkan oleh ekonomi atau sebagai negara transit, kumpulan pekerja ini terdedah menjadi mangsa pemerdagangan seks dan buruh. Apakah bentuk pemerdagangan manusia? PENGENALAN Pemerdagangan manusia terdiri daripada beberapa bentuk iaitu, eksploitasi seks, buruh terikat, pengabdian domestik secara paksa, penjualan organ dan pemerdagangan bayi (Wan Abdul Halim, 2015)


CABARAN KEHIDUPAN SOSIAL DALAM ISU PEMERDAGANGAN MANUSIA Cabaran kehidupan sosial dalam isu pemerdagangan manusia adalah cabaran permintaan pasaran. Permintaan pasaran untuk buruh kanak-kanak, penjualan bayi atau penjualan organ boleh mendorong pemerdagangan manusia berlaku. Misalnya, sesetengah industri mencari buruh murah untuk mengurangkan kos pengeluaran. Hal ini boleh menyebabkan penjenayah mencari individu yang berada dalam kemiskinan untuk bekerja dalam keadaan buruh yang tidak wajar atau dalam sektor yang tidak berlesen. Tambahan pula, bayi mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran gelap. Seperkara lagi, beberapa industri mungkin mencari buruh kanak-kanak kerana mereka dianggap lebih mudah diatur dan menerima bayaran yang lebih rendah. Situasi ini adalah kesalahan serius yang berlaku dalam banyak sektor seperti pembuatan dan pertanian. 1. buruh kanak-kanak penjualan bayi penjualan organ


Di samping itu, cabaran kehidupan sosial dalam isu pemerdagangan manusia adalah cabaran kekurangan pendidikan dan kesedaran tentang pemerdagangan manusia. Sistem pendidikan yang tidak memasukkan topik pemerdagangan manusia dalam buku teks Pendidikan Moral. Dalam konteks ini, individu yang kurang didedahkan isu pemerdagangan manusia mungkin tidak dapat mengenal pasti situasi yang mencurigakan atau tawaran pekerjaan palsu yang sebenarnya adalah penipuan pemerdagangan manusia. Hal ini dikatakan demikian kerana penjenayah yang terlibat dalam pemerdagangan manusia sering menggunakan manipulasi dan janji palsu untuk menarik mangsa. Individu yang tidak memahami risiko pemerdagangan manusia mungkin mudah mempercayai penjenayah pemerdagangan manusia dan akhirnya menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Malaysia. Mangsa pemerdagangan manusia mungkin juga tidak tahu di mana mencari bantuan jika mereka mendapati diri mereka terjebak dalam situasi tersebut. 2. CABARAN KEHIDUPAN SOSIAL DALAM ISU PEMERDAGANGAN MANUSIA


Seterusnya, cabaran kehidupan sosial dalam isu pemerdagangan manusia adalah cabaran penguatkuasakan undang-undang yang lemah. Hal ini dikatakan demikian kerana kekurangnya hukuman yang berkesan dan berat yang dikenakan kepada penjenayah pemerdagangan manusia. Undangundang yang tidak memperuntukkan hukuman yang sepadan atau tidak memberikan kesan serius terhadap penjenayah pemerdagangan manusia tidak akan memberi pengaruh besar dan pengajaran yang kuat untuk menghentikan aktiviti pemerdagangan manusia. Penjenayah akan menganggap bahawa risiko pemerdagangan manusia yang dihadapi oleh mereka adalah rendah. Jadi, penjenayah pemerdagangan manusia tetap meneruskan aktiviti pemerdagangan manusia mereka. 3. CABARAN KEHIDUPAN SOSIAL DALAM ISU PEMERDAGANGAN MANUSIA


Selanjutnya, cabaran kehidupan sosial dalam isu pemerdagangan manusia adalah cabaran kekurangan pegangan agama atau nilai-nilai moral dalam masyarakat. Pegangan agama sangat penting kerana agama boleh menjadi panduan dan pedoman dalam kehidupan seharian. Hal ini dikatakan demikian kerana agama sering mengajar perkara yang baik dan menerapkan nilai-nilai murni seperti kejujuran, kasih sayang, bertanggungjawab dan sebagainya. Tanpa pegangan agama yang kukuh, individu mudah terjebak dalam masalah sosial serta melakukan tindakan yang tidak bermoral seperti menipu, mencuri, atau memperdagangkan manusia tanpa rasa bersalah. 4. CABARAN KEHIDUPAN SOSIAL DALAM ISU PEMERDAGANGAN MANUSIA masjid gereja kuil Buddha


Cadangan penyelesaian terhadap isu pemerdagangan manusia adalah memperketat undang-undang yang melarang pemerdagangan manusia serta memberikan hukuman yang lebih berat kepada penjenayah pemerdagangan manusia. Hal ini dikatakan demikian kerana hukuman yang ringan dikenakan kepada penjenayah pemerdagangan manusia tidak akan menakutkan pesalah. Misalnya, pihak kerajaan boleh mengenakan hukuman yang lebih berat seperti penjara seumur hidup atau hukuman hati. CADANGAN PENYELESAIAN TERHADAP ISU PEMERDAGANGAN MANUSIA


Selain itu, cadangan penyelesaian terhadap isu pemerdagangan manusia adalah pihak kerajaan haruslah bertanggungjawab untuk menganjurkan kempen kesedaran awam tentang isu pemerdagangan manusia. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk menyedarkan rakyat tentang cara untuk mengelakkan diri daripada isu pemerdagangan manusia dan kesan negatif pemerdagangan manusia. Tamsilnya, kempen kesedaran awam diadakan melalui media cetak dan media massa. Kempen kesedaran awam boleh diadakan di sekolah, tempat awam dan sebagainya. Di samping itu, forum juga dianjurkan untuk memberikan kesedaran kepada majikan dan pekerja asing tentang jenayah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007(ATIPSOM 2007). Mengikut Laporan TIP 2010 sehingga 2018, terdapat berbagai-bagai latihan antipemerdagangan dijalankan oleh Kerajaan Malaysia bersama-sama pegawai polis, imigresen, pendakwa, kementerian, jabatan buruh, NGO, organisasi antarabangsa dan kerajaan negara lain. Kesannya, keadaan ini dapat mengurangkan kes pemerdagangan manusia. CADANGAN PENYELESAIAN TERHADAP ISU PEMERDAGANGAN MANUSIA


Di samping itu, , cadangan penyelesaian terhadap isu pemerdagangan manusia adalah tahap kawalan keselamatan sempadan dan pemantauan yang lebih kerap haruslah ditingkatkan untuk membendung aktiviti pemerdagangan manusia. Jenayah pemerdagangan manusia biasanya berlaku dari sebuah negara ke negara lain melalui jalan darat, laut atau udara. Oleh itu, pihak polis memainkan peranan yang penting untuk menangani isu pemerdagangan manusia. CADANGAN PENYELESAIAN TERHADAP ISU PEMERDAGANGAN MANUSIA


Selanjutnya, cadangan penyelesaian terhadap isu pemerdagangan manusia adalah kerjasama antarabangsa. Dalam konteks ini, negara-negara boleh bekerjasama dalam penyiasatan tentang rangkaian pemerdagangan manusia. Negara-negara boleh bekerjasama dalam penyelerasan dasar dan undang-undang untuk meningkatkan perlindungan mangsa. Contohnya, menurut berita harian, Menteri Penyelaras Politik, Undang-undang dan Keselamatan Indonesia, Mahfud MD telah menggesa semua negara ASEAN meningkatkan usaha bagi membendung jenayah rentas sempadan terutama keganasan, dadah dan pemerdagangan manusia. Oleh itu, kerjasama antara negara dapat mengurangkan perkembangan penjenayah pemerdagangan manusia CADANGAN PENYELESAIAN TERHADAP ISU PEMERDAGANGAN MANUSIA


CADANGAN PENYELESAIAN TERHADAP ISU PEMERDAGANGAN MANUSIA Tambahan pula, cadangan penyelesaian terhadap isu pemerdagangan manusia ialah masyarakat berperanan untuk membuat aduan dan laporan apabila mendapati kes permerdagangan manusia berlaku di sekitar kawasan dengan segera. Dalam hal ini, masyarakat mungkin dapat membantu pihak polis untuk menangkap penjenayah atau menyelamat mangsa pemerdagangan manusia.


Analisis Penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat dan hukuman yang lebih berat bagi penjenayah pemerdagangan manusia adalah langkah penting dalam menangani isu ini. Namun, penguatkuasaan undang-undang hanya akan berkesan jika dilakukan secara berkesan dan adil. Kawalan sempadan yang ketat dan pemantauan yang lebih kerap adalah penting untuk menghalang pergerakan penjenayah pemerdagangan manusia antara negara. Ini juga dapat membantu mengurangkan aktiviti pemerdagangan manusia. Kempen kesedaran awam adalah komponen penting dalam usaha untuk mengatasi pemerdagangan manusia. Peningkatan kesedaran di kalangan masyarakat dapat membantu individu mengenali tanda-tanda pemerdagangan manusia dan menghindarinya. Isu pemerdagangan manusia adalah masalah global yang memerlukan kerjasama antarabangsa. Negara-negara perlu bekerjasama dalam penyiasatan, pertukaran maklumat, dan pemulihan mangsa. Masyarakat perlu membuat aduan dan laporan kepada pihak berkuasa seperti polis apabila mereka mencurigai atau mengetahui kes pemerdagangan manusia.


PENUTUP Konklusinya, isu pemerdagangan manusia merupakan masalah bagai duri dalam daging dalam kalangan masyarakat. Negara kita menjadi negara transit yang popular kerana lokasi negara kita adalah strategik dan mempunyai peluang ekonomi yang amat luas (Nafisah 2021; Nur Zulaikha dan Yarina 2017). Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu dan berkerjasama bagai aur dengan tebing untuk membanteras masalah pemerdagangan manusia demi keselamatan serta kesejahteraan negara. Semoga isu pemerdagangan manusia dapat dikurangkan dan akhirnya dihapuskan sepenuhnya.


RUJUKAN Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran 2007. (2015, November 18). Diakses dari https://www.mmea.gov.my/artikel/Akta/Akta%20670.pdf Azmi, N. M., Hamzah, I. S., & Razali, M. M. (2023). Penyelidikan Semasa Mengenai Isu Pemerdagangan Manusia di Malaysia. SINERGI: Journal of Strategic Studies & International Affairs, 3(1), 87-94. Berita harian. (2023, May 11). ASEAN perlu mantap tangani pemerdagangan manusia. Diakses dari https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2023/05/1099659/aseanperlu-mantap-tangani-pemerdagangan-manusia Dewan Masyarakat (2023, Januari 30). Pemerdagangan Manusia: Apakah Tindakan Kita? Diakses dari https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/2023/01/30/12130/ Hamzah, N. A., Othman, N., & Musa, W. A. (2019). Pemerdagangan Manusia di Malaysia: Isu dan Usaha Membanteras. International Journal of Law, Government and Communication, 4(15), 130-140. Khairi, N. F. (2021). Upaya ASEAN dalam Menangani Masalah Perdagangan Manusia di Asia Tenggara: Asean’s Effort On Dealing With Human Trafficking Problems In Southeast Asia. Anterior Jurnal, 20(2), 84-93. Nafisah, Ilham Hussin., dan Ahmad Miqdad Shamsuddin. (2021). “Perkembangan Ekonomi di Malaysia sebagai Lubuk Jenayah Pemerdagangan Manusia untuk Eksploitasi Seksual.” Dlm Isu Kemanusiaan dalam Matlamat Pembangunan Lestari, disunting oleh Muhammad Ridhwan Sarifin dan Mohd Hairy Ibrahim, 133- 153. Batu Pahat: Penerbit UTHM. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). (2013). Pemerdagangan Manusia. Diakses dari http://www.suhakam.org.my/ms/human-trafficking/U.S. Utusan Malaysia. (2022, Julai 21). Malaysia kekal tahap 3 dalam laporan pemerdagangan manusia. Diakses dari https://www.utusan.com.my/berita/2022/07/malaysia-kekal-tahap-3-dalamlaporan-pemerdagangan-manusia/ Wan Abdul Halim Yaakob. (Ed.). (2015). Pemerdagangan Manusia. Putrajaya: Jabatan Penerangan Malaysia Kementerian Komunikasi Dan Multimedia.


Click to View FlipBook Version