The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2021-01-11 11:09:22

MANUAL PROSEDUR KERJA SMKBE 20 1 2021

MANUAL PROSEDUR KERJA SMKBE 20 1 2021

1

KANDUNGAN

Muka Surat Perkara

1 KANDUNGAN

2 JAWATANKUASA
MANUAL PROSEDUR KERJA

3 PRAKATA

5 - 11 UNIT 1 :
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

13 - 19 UNIT 2 :
PENGURUSAN KURIKULUM

21 - 31 UNIT 3 :
PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

33 - 37 UNIT 4 :
PENGURUSAN KOKURIKULUM

1

MANUAL PROSEDUR KERJA
SMK BANDAR ENSTEK

JAWATANKUASA

Perunding Penerbitan :

JOHARI BIN JAAFAR

Pengetua
Pengurus Penerbitan :

NOR HASLIZA BINTI OMAR

PK Pentadbiran

Ketua Perolehan :

KALAICHELVAN A/L G. M. KANNAN

PK Hal Ehwal Murid

MOHD KHIRRANI BIN MOHAMED YASIN

PK Kokurikulum

Ahli Panel :

MAS AYU BINTI MUSTAPA

GKMP Bahasa

SHALIZA BINTI MOHD YUSOF

GKMP Sains Matematik

SITI ROHANA BINTI MAT SAARI

GKMP Kemanusiaan

SITI AISHAH BINTI YAHYA

GKMP Teknik Vokasional

2

PRAKATA

Alhamdulillah,syukur kehadrat Allah SWT yang Maha Esa,ucapan selawat
dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW kerana dengan
izinNya pihak pengurusan telah berjaya menerbitkan buku ‘ Manual
Prosedur Kerja ’sebagai rujukan yang komprehensif untuk warga
sekolah. Buku ini secara khususnya mencakupi bidang Pengurusan &
Pentadbiran , Kurikulum , Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum.

Amatlah wajar kita terus mengekalkan semangat kerja sepasukan
dan menyusun strategi serta tindakan yang berfokus dalam usaha
meningkatkan kualiti sekolah.Seharusnya dari semasa ke semasa kita
hendaklah membuat penilaian kendiri dan berkhidmat dengan lebih
cemerlang sekali gus menjana potensi dan kemenjadian murid ke tahap
optimum berdasarkan 6 aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 - 2025. Justeru sebagai warga kerja bidang pendidikan
kita hendaklah lebih peka menguasai teknologi dan pengetahuan serta
kemahiran baharu sesuai dengan perkembangan semasa serta perlu
menggembleng tenaga dalam usaha merealisasikan visi dan misi
Kementerian Pendidikan Malaysia. Selari dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia Gelombang 3 (2021-2025) fasa terakhir : pada
fasa ini, kebanyakan sekolah, jika tidak semua, bersedia memikul
autonomi dan melaksanakan pengurusan berasaskan sekolah yang lebih
luas.

Diharapkan Warga SMK Bandar Enstek menjelang 2021 dapat
mengekalkan budaya kecemerlangan profesional melalui teladan rakan
setugas sekaligus sebagai pemikir strategik , holistik, kreatif dan
inovatif. Komited dan sederap asas kunci peneraju perubahan dalam usaha
mempertingkatkan kualiti sekolah selari dengan Program Transformasi
Sekolah TS25 ‘ Penggerak Pembelajaran Bermakna ’.Akhir kalam saya
optimis usaha warga SMK Bandar Enstek khasnya guru-guru mampu
memartabatkan profesion perguruan demi kecemerlangan murid.Semoga
segala inspirasi murni ini dapat direalisasikan dengan bertunjangkan
sifat ikhlas serta amanah yang menjiwai setiap warga SMK Bandar
Enstek. Insya-Allah.
Sekian,terima kasih.
JOHARI BIN JAAFAR,
Pengetua,
SMK Bandar Enstek ,71760, Bandar Enstek , NSDK.

3

4

1.1 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

SENARAI TUGAS

• Menyedia dan mengawal polisi sekolah selaras dengan kepentingan KPM
(Akademik, HEM dan Kokurikulum).

• Menentukan sasaran sekolah dan merancang peningkatan akademik, ko
kurikulum dan sahsiah selaras visi, misi dan piagam pelanggan sekolah.

• Menentukan polisi-polisi penilaian dan peperiksaan dilaksanakan.

• Melaksanakan penyeliaan dan pencerapan PdP dan mengurus tindakan
penambahbaikan.

• Memastikan panitia mata pelajaran melaksanakan strategi dan program
pendidikan dengan berkesan.

• Membantu guru dan staf sokongan menentukan sasaran kerja dan
memberikan perkhidmatan bermutu.

• Memastikan program kokurikulum dilaksanakan dengan berkesan dan
mencapai matlamat.

• Memastikan program HEM, program kebajikan murid dilaksanakan dengan
berkesan.

• Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan.

• Menentukan proses pendaftaran, pelantikan, pengesahan jawatan,
pengurusan pencen dan urusan cuti guru dan staf sokongan mengikut
peraturan.

• Memastikan penyediaan buku akaun sekolah yang belum diaudit dan
dokumen sokongan dan membuat tindakan susulan.

• Mengawal dan menyemak pemberian perkapita, gaji, laporan penyata
kewangan dan punca kewangan sekolah.

• Membantu menyelaras hal-ehwal perpustakaan, kursus dan latihan guru.

• Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data dan maklumat serta
segala jenis perangkaan yang berkaitan dengan bidang kawalannya.

• Menjaga dan menyemak stok/ inventori peralatan, barang / bahan yang
berkaitan.

• Menentukan aspek-aspek penyemaian nilai-nilai murni diamalkan di
bilik darjah dan di sekolah.

1.2 PERANCANGAN STRATEGIK SEKOLAH

SENARAI TUGAS

• Membuat perancangan strategik sekolah berdasarkan PPPM.
• Merancang Takwim Sekolah.
• Merancang program-program untuk meningkatkan kualiti dan keberkesanan

pengurusan dan pentadbiran sekolah.
• Merancang Pembangunan Kerohanian dan Sahsiah.

• Merancang, memantau dan memastikan program yang berkaitan dengan
Pengurusan Kurikulum , Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum mencapai
prestasi yang maksimum.

• Menyelaras program yang dijalankan di peringkat sekolah mengikut
teras.

• Memantau pelaksanaan program dan memastikan post mortem dilaksanakan.
• Mencadangkan tindakan susulan bagi meningkatkan keberkesanan program.
• Menubuhkan Jawatankuasa Kecil dan melantik ahli / AJK.
• Memastikan semua yang berkaitan dengan Pengurusan Pejabat dan Kewangan

diurus dengan baik.
• Memantau serta memberi nasihat kepada Pengurusan Jawatankuasa yang

berkaitan

5

1.3 KEWANGAN

SENARAI TUGAS

• Memastikan segala perbelanjaan mengikut arahan jabatan.
• Merekod dan mengemaskinikan segala perbelanjaan yang dilakukan.
• Memastikan segala butiran perbelanjaan adalah benar.
• Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan dan menyediakan minit

mesyuarat berkenaan.
• Bermesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

1.4 PENGURUSAN ASET KERAJAAN

SENARAI TUGAS

• Membaca dan memahami dan melaksanakan semua arahan yang dihantar
oleh KPM,JPN dan PPD.

• Semua penerimaan/pembelian mesti direkodkan dalam Kad Harta Modal,
Kad Inventori dan Buku Bekalan Pejabat.

• Mengurus semua harta benda sekolah yang hendak dihapuskira mengikut
peraturan.

• Mengenal pasti keperluan perabut.

• Memastikan sistem inventori dilaksanakan.

• Memastikan semakan inventori dibuat pada pertengahan dan akhir
tahun.

• Mengurus semua Harta Modal termasuk membaiki dan menyelenggara bila
perlu.

• Memastikan semua harta benda sekolah disimpan dengan selamat.
• Menetap dan melaksanakan peraturan, menjaga keselamatan dan harta

benda sekolah serta jenis denda yang akan dikenakan kepada murid.

• Memastikan semua murid memulangkan alat- alat sekolah yang dipinjam
sebelum mereka menerima sijil berhenti sekolah.

1.5 PERANCANGAN PEMBANGUNAN FIZIKAL SEKOLAH

SENARAI TUGAS

• Memastikan kawasan fizikal sekolah selamat untuk digunakan.
• Membuat pemantauan terhadap keselamatan fizikal sekolah.
• Setiausaha hendaklah menerima laporan berkaitan kerosakan peralatan

dan bangunan sekolah termasuk elektrik dan kemudahan yang ada dan
melaporkan kepada pengurusan sekolah untuk tindakan selanjutnya.
• Mewujudkan inventori perkakasan kemudahan komputer bagi pengurusan
maklumat.
• Mengisi dan mengemas kini data secara online sebelum tarikh tutup.
• Mengemukakan laporan kepada Pengetua.

6

1.6 SKPMg2

SENARAI TUGAS

• Menyediakan Rancangan Pemajuan Sekolah.

• Menilai keberkesanan program atau aktiviti yang dilaksanakan.

• Memahami dan mengkaji SKPMg2 standard 1 hingga 5.

• Berbincang dan melaksanakan Penarafan Kendiri Sekolah (PKS).

• Merumus dan memutuskan keputusan dan mendokumentasikan PKS.

• Menyedia,melaksana dan memantau Rancangan Kemajuan Sekolah (RKS).

• Menilai pencapaian Standard Kualiti Sekolah.

• Mengenal pasti kekuatan dan kelompongan yang wujud di sekolah.

• Meningkatkan kekuatan dan mengambil tindakan bagi mengisi

kelompongan.

• Merancang dan bertindak memajukan sekolah.

• Menentukan strategi yang spesifik dalam pelaksanaan Rancangan

Pemajuan Sekolah & Memantau pelaksanaan Rancangan Pemajuan Sekolah.

1.7 TRANSFORMASI SEKOLAH (TS25 )

SENARAI TUGAS

• Mengadakan mesyuarat sekurang- kurangnya 4 kali setahun dan jika
ada keperluan mendesak.

• Merangka dan merancang Pelan Intervensi program Transformasi sekolah
2020.

• Merancang pemantauan dan pelaksanaan Program TS25.

• Melaksanakan bimbingan pemantauan menggunakan sistem pengesanan dan
penilaian.

• Melaksanakan peningkatan pedagogi guru bersama PGB, MLT dan Rakan
Elit.

• Melaksanakan pencerapan PdP guru.

• Menganalisis data daripada maklum balas guru ( teachervoice / Borang
Responden Guru TS25) dan data maklum balas murid (student voice /
Parking Lot) untuk penambahbaikan berterusan.

• Mendokumenkan semua aktiviti PLC dan PdP untuk penambahbaikan
berterusan dalam PdP.

• Memastikan penyebaran maklumat TS25 disampai dan dilaksanakan oleh
seluruh warga sekolah.

1.8 PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D)

SENARAI TUGAS

• Mengadakan mesyuarat sekurang- kurangnya 2 kali setahun untuk
membincangkan program atau aktiviti kreatif dan inovatif di
peringkat sekolah.

• Mengenal pasti aktiviti atau program yang sesuai untuk dijadikan
projek kreatif dan inovatif sekolah.

• Menyelaras, memantau dan membuat penilaian aktiviti / program
kreatif dan inovatif sekolah.

• Menyediakan laporan / penilaian / dokumentasi untuk dihantar ke PPD/
JPN.

7

1.9 PENGURUSAN PEJABAT

SENARAI TUGAS

• Menguruskan hal ehwal surat menyurat, urusan perjalanan fail termasuk
pembukaan dan penutupan fail.

• Mengendali segala aspek pengurusan pentadbiran pejabat.
• Menyedia dan menguruskan segala laporan kewangan.
• Membantu dalam penyediaan anggaran peruntukan tahunan.
• Mengemaskini rekod-rekod cuti dan perkhidmatan.
• Pengurusan hal ehwal kakitangan berhubung perjawatan, pentadbiran dan

perkhidmatan.

1.10 LEMBAGA TATATERTIB STAF SEKOLAH
SENARAI TUGAS

• Merangka dan menentukan dasar disiplin dan peraturan sekolah selaras
dengan perintah am yang mesti dipatuhi oleh guru dan kakitangan bukan
guru.

• Membantu menyelesaikan disiplin guru dan kakitangan bukan guru.
• Mengambil tindakan ke atas guru dan kakitangan bukan guru yang melanggar

disiplin walaupun telah diberi amaran.
• Merangka dan menentukan dasar disiplin dan peraturan sekolah selaras

dengan perintah am yang mesti dipatuhi oleh guru dan kakitangan bukan
guru.
• Membantu menyelesaikan disiplin guru dan kakitangan bukan guru.
• Mengambil tindakan ke atas guru dan kakitangan bukan guru yang melanggar
disiplin walaupun telah diberi amaran.
• Mengadakan mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat berkenaan serta
melaporkan kepada JPN.

1.11 KEHADIRAN DAN PERGERAKAN GURU DAN STAF
SENARAI TUGAS

• Menyelenggara rekod kehadiran mengikut kaedah yang sesuai.
• Memantau rekod kehadiran staf guru dan bukan guru.
• Merekod waktu sampai dan waktu meninggalkan pejabat.
• Mencetak pelaporan kehadiran guru dan AKP untuk semakan pengetua untuk

tujuan pemantauan.

8

1.12 MESYUARAT SEKOLAH

SENARAI TUGAS

• Menyediakan jadual tugasan pencatat minit.

• Mencatat minit mesyuarat setiap kali diadakan mesyuarat dalam buku
khas yang disediakan.

• Mengedarkan senarai semak kehadiran guru dan mendapatkan maklumat
tentang sebab guru tidak menghadiri mesyuarat.

• Memastikan Bilik Mesyuarat dalam keadaan sedia sebelum mesyuarat
bermula.

• Membantu Pengetua mengedarkan minit mesyuarat /bahan edaran kepada
guru- guru.

• Mengemukakan laporan kepada Pengetua.

1.13 ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP)

SENARAI TUGAS

• Menyelia kakitangan sekolah.
• Memastikan kesemua kakitangan sekolah dapat bertugas dan melaksanakan

tanggungjawabnya.
• Memastikan segala tugas dilaksanakan dengan sempurna dan berkualiti.
• Mengenalpasti masalah dan memberi khidmat nasihat, bimbingan dan

bantuan yang sewajarnya.
• Menjaga kebajikan semua kakitangan.
• Mengadakan mesyuarat sekurang- kurangnya 2 kali setahun.

1.14 DOKUMENTASI

SENARAI TUGAS

• Menyusun atur bilik dokumentasi (BIlik Nukleus Enstek).
• Mewujudkan sistem dokumentasi yang cekap dan tersusun.
• Mengumpul dokumentasi setiap unit ( Kurikulum , HEM & Kokurikulum)

untuk simpanan sekolah.
• Memberi salinan dokumentasi jika dikehendaki oleh PPD dan JPNS.

9

1.15 LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

SENARAI TUGAS

• Mengadakan mesyuarat sekurang- kurangnya 2 kali setahun.
• Membuat analisis keperluan tentang kursus yang diperlukan oleh staf.
• Meninjau program terbaik yang dilaksanakan di organisasi lain yang boleh

dijadikan penanda aras.
• Penyelaras perlu merancang program , menyusun jadual , menyediakan

kertas kerja , membentuk jawatankuasa & membuat anggaran perbelanjaan.

• Melantik dan memastikan AJK sesuatu program menjalankan tugas yang
dipertanggungjawabkan.

• Mengenal pasti guru-guru yang menghadiri kursus.

• Mengatur “in house training” untuk disampaikan oleh guru-guru.
• Memastikan guru-guru mengisi minit curai setiap kali mengikuti kursus

atau mesyuarat di luar.

1.16 PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP)

SENARAI TUGAS

• Merancang, menyelaras dan memantau aktiviti penilaian di peringkat
organisasi.

• Mencadang dan mengemukakan senarai penilai untuk diperakukan mengikut
kriteria yang ditetapkan.

• Merancang dan melaksanakan latihan dalaman kepada penilai di peringkat
organisasi.

• Menyediakan laporan pelaksanaan penilai di peringkat organisasi.
• Menentukan proses tindakan pelaksanaan PBPPP mengikut jadual yang telah

ditetapkan.
• Mengarahkan pegawai penilai yang akan bertukar ke jabatan lain, bersara

atau meletakkan jawatan menyediakan penilaian dengan serta merta bagi
PYD di bawah penyeliaan mereka jika tempoh penyeliaan tidak kurang enam
bulan.
• Menjaga kerahsiaan markah PYD dan dokumen yang diperingkatkan
sepanjang masa.

10

1.17 PENGURUSAN BENCANA

SENARAI TUGAS

• Menubuhkan Jawatankuasa Bencana di peringkat sekolah (Surat

Pekeliling Ikhtisas Bil.9/2009) untuk menyediakan perancangan

serta mengatur strategi menghadapi bencana.

• Memaklumkan kepada semua warga sekolah tentang pelan tindakan

menghadapi banjir semasa perhimpunan sekolah atau mesyuarat guru atau

staf sokongan.

• Mendapatkan maklumat terkini tentang bencana melalui siaran radio,

televisyen, akhbar dan laman web rasmi.

• Menyimpan dokumen dan alat berharga di tempat tinggi dan selamat.

• Memastikan bilik menyimpan buku teks di tempatkan di tingkat atas.

• Menyediakan papan maklumat yang mengandungi senarai nama dan nombor

telefon jabatan-jabatan atau individu- individu yang perlu dihubungi

semasa bencana.

• Menyediakan kelengkapan yang perlu digunakan sekiranya kecemasan atau

bencana.

• Menjemput Pegawai Kesihatan dari Klinik Kesihatan yang berhampiran

untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan kepada murid-murid sekolah.

• Menyediakan laporan terperinci untuk dihantar ke PPD dan JPN.

(Rujukan : Garis Panduan Menghadapi Banjir KPM)

11

12

2.1 JAWATANKUASA KURIKULUM

SENARAI TUGAS

• Mengesan dan memastikan bahawa semua aspek program kurikulum sekolah
dilaksanakan dengan sempurna.

• Mengemukakan dan mengambil keputusan dan melaksanakan cadangan-
cadangan berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran.

• Membuat penilaian strategik dengan tujuan untuk membaiki kualiti
pendidikan.

• Merancang dan melaksanakan kegiatan-kegiatan peperiksaan.

• Merancang dan mengadakan taklimat/kursus (in house training) kepada
semua guru tentang perkara-perkara baru dalam pendidikan.

• Mendapatkan bahan-bahan rujukan berhubung dengan pendidikan untuk
disebarkan kepada semua guru.

• Menganalisis laporan akademik selepas setiap kali proses peperiksaan
/ penilaian dijalankan.

• Mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkan prestasi akademik
berasaskan analisa peperiksaan.

2.2 PANITIA MATA PELAJARAN

SENARAI TUGAS

• Mendapatkan DSKP terkini untuk kegunaan ahli panitia.
• Menyediakan rancangan pengajaran yang diselaraskan antara guru dalam

sesuatu tingkatan berkaitan.

• Menetapkan TOV (Take off value) bagi setiap murid mata pelajaran
berkaitan.

• Menentukan pembahagian masa bagi penyediaan jadual waktu.
• Memilih atau mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan yang

sesuai dengan keperluan kegunaan murid-murid dan guru- guru untuk
dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah.
• Menyelaras soalan-soalan ujian dan peperiksaan berasaskan sekolah /PBD
yang disediakan bagi tiap-tiap tingkatan dan mewujudkan bank soalan.
• Mengkaji dan menganalisa keputusan pelajaran murid dan mengambil
langkah untuk mengatasi kelemahan pengajaran dan pembelajaran.
• Mengadakan perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia
(formal/tak formal)
• Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala sekurang-kurangnya 4 kali
setahun.
• Bekerjasama atau bertukar-tukar pengalaman dengan panitia sekolah
berhampiran.
• Menyelenggara fail panitia, minit mesyuarat, surat-menyurat dan rekod-
rekod berkenaan.
• Menyampaikan laporan prestasi dan analisis pencapaian mata pelajaran
kepada pengetua.
• Menyediakan senarai nama guru dalam panitia.

• Menyediakan kertas soalan peperiksaan dan memeriksa skrip murid bagi
setiap peperiksaan yang diadakan.

• Menjaga keselamatan dan kebersihan bilik-bilik khas dan peralatan bagi
mata pelajaran yang ada serta menyediakan peraturan penggunaannya.

• Menyediakan Perancangan Strategik Akademik 3 – 5 tahun.

• Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarah dari semasa ke semasa.

13

2.3 JADUAL WAKTU & JADUAL GURU GANTI

SENARAI TUGAS

• Mengkaji keperluan guru pada sesuatu masa berpandukan bilangan mata
pelajaran dan opsyen guru mata pelajaran.

• Memaklumkan kepada pengetua lebihan atau kekurangan guru pada sesuatu
masa untuk tindakan beliau.

• Merancang dan menyediakan senarai nama guru, mata pelajaran yang diajar,
jumlah waktu mengajar dan kelas yang diajar kepada pengetua untuk
diluluskan.

• Menentukan penggunaan bengkel dan makmal.

• Menyusun jadual waktu.

• Menentukan guru tingkatan berdasarkan kelas yang diajar.

• Menyebarkan jadual waktu kepada semua guru.

• Membuat pindaan jadual waktu apabila perlu.
• Menyerahkan kepada pengetua jadual waktu peribadi dan jadual kelas

sebanyak 3 salinan bagi setiap kelas untuk disahkan.langkah untuk
mempertingkatkan prestasi akademik berasaskan analisa peperiksaan.

2.4 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) / KSSM
SENARAI TUGAS

• Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali.
• Menyelaras pelaksanaan PBD/KSSM bagi semua mata pelajaran yang

berkenaan.
• Mengemaskini data murid pindah masuk dan pindah keluar
• Memastikan guru PBD/KSSM mengendalikan Fail Pengurusan dan Pentaksiran
• Mengemaskini fail-fail pentaksiran mata pelajaran.
• Mengumpul dan merekodkan markah PBD/KSSM.
• Memastikan semua guru PBD/KSSM melaksanakan PBD/KSSM mengikut kriteria

yang telah ditetapkan.
Melaksanakan tugas-tugas lain atas arahan pihak pentadbir sekolah.

2.5 PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN

SENARAI TUGAS

Peperiksaan Dalaman;
• Merancang pelaksanaan semua jenis peperiksaan dalaman , peperiksaan
semester, ujian bulanan/formatif , ujian lisan, peperiksaan percubaan dengan
menentukan tarikh dan jadual waktu peperiksaan.
• Menyediakan senarai guru yang menyediakan soalan dan memeriksa kertas
jawapan setelah ditentukan oleh panitia.

• Menguruskan percetakan , pembahagian dan tempat menyimpan kertas soalan
serta memastikan keselamatan.
• Menentukan satu sistem pengawasan peperiksaan dan mengambil langkah
tertentu jika terdapat guru yang tidak dapat mengawas.
• Memastikan kertas soalan diedarkan kepada pengawas peperiksaan sebelum
peperiksaan dijalankan dan susunan mengikut seperti mata pelajaran ,
tingkatan dan lain-lain.
• Memastikan skema jawapan disediakan oleh panel penggubal soalan.
• Memastikan jadual waktu pemeriksaan kertas jawapan mengikut jangka masa
yang ditetapkan.
• Memastikan kertas soalan disimpan untuk rujukan.
• Menetapkan tarikh perjumpaan ibubapa dengan guru untuk membincangkan
kemajuan murid.

14

SPM;
• Memberi penerangan hal-hal yang berkaitan dengan peperiksaan kepada

guru tingkatan.
• Mengedarkan borang-borang kemasukan peperiksaan (Borang Sekolah /

Borang Sementara) untuk diisi oleh murid dengan kerjasama dari guru
tingkatan.
• Menghadiri taklimat peperiksaan yang berkaitan oleh JPN dan Lembaga
Peperiksaan Malaysia.
• Mengumpul dan menyemak borang-borang kemasukan (Borang Sementara)
dengan kerjasama dari guru tingkatan.
• Mengisi borang komputer kemasukan peperiksaan SPM & memasukkan data
murid ke dalam komputer dan membuat salinan untuk Lembaga
Peperiksaan, JPN dan salinan sekolah.
• Menguruskan borang-borang yang berkaitan dengan peperiksaan SPM.
• Menentukan dewan/bilik-bilik darjah yang akan digunakan sebagai
bilik peperiksaan bertulis dan peperiksaan lisan.
• Menyediakan pelan tempat duduk calon bagi dewan/bilik peperiksaan
dalam 4 salinan.
• Mengedarkan jadual waktu peperiksaan kepada semua calon dan
memaparkannya di papan kenyataan peperiksaan.
• Menyediakan label meja calon untuk ditampal di atas meja (selepas
kerusi dan meja siap disusun).
• Slip peperiksaan SPM ‘dilaminate’ sebelum diedar kepada calon untuk
mengelakkan dari rosak tempoh masa peperiksaan yang panjang.
• Menyediakan papan tunjuk arah untuk digunakan semasa peperiksaan di
dewan / bilik peperiksaan.
• Menyediakan jadual pelaksanaan Ujian Lisan Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris .
• Bekerjasama dengan GKMP /Ketua Panitia dalam menentukan kelancaran
perjalanan Peperiksaan Amali.
• Mesti berada di sekolah pada hari terakhir peperiksaan dan pastikan
bilik-bilik darjah ditutup dan barang-barang yang dipinjamkan
dikembalikan ke pejabat atau disimpan di bilik peperiksaan.
• Mendapatkan set soalan SPM untuk rujukan sekolah.
• Menyelaras penyediaan sijil untuk Penilaian Kendalian Sekolah
Menengah (PKSM).
• Menganalisis keputusan peperiksaan dengan kerjasama Ketua Panitia.
• Mengedar analisis keputusan peperiksaan / ujian untuk tindakan
susulan oleh guru-guru bagi pemulihan dan peningkatan pengajaran dan
pembelajaran
(program intervensi).

15

2.6 PENCERAPAN PdP DAN TUGASAN MURID

SENARAI TUGAS

• Menyediakan jadual waktu pencerapan dan penyeliaan berdasarkan SKPMg2.
• Menentukan senarai pencerapan dan guru- guru seliaannya.
• Menentukan waktu pencerapan sekurang- kurangnya dua kali setahun.
• Berbincang dengan guru seliaan mengenai kesesuaian masa pencerapan.
• Memastikan salinan jadual waktu dihantar kepada pengetua dan para

pencerap yang terlibat.
• Memaparkan jadual waktu pencerapan untuk makluman semua guru.
• Memastikan salinan pencerapan diserahkan kepada guru seliaan dan satu

salinan difailkan.
• Memastikan penyeliaan dan pencerapan dapat dilaksanakan mengikut

jadual.
• GKMP memastikan guru-guru MP menghantar buku-buku latihan untuk semakan

dua kali setahun.
• Memastikan matlamat penyeliaan dan pencerapan tercapai.

2.7 KECEMERLANGAN AKADEMIK

SENARAI TUGAS

• Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
• Menyediakan plan tindakan bagi semua kelas tambahan.
• Menyediakan kertas konsep setiap program pada awal tahun dan diserahkan

kepada Pengetua untuk diluluskan.
• Menyelaras dan merancang pelaksanaan yang berkesan bagi setiap program.
• Memastikan guru-guru dan murid mengikuti program yang dirancang.
• Mengambil tindakan ke atas murid yang tidak hadir 3 kali berturut-turut.
• Memantau keberkesanan / impak program.
• Menyediakan laporan program dari semasa ke semasa.
• Melengkapkan rumusan laporan tahunan dan diserahkan kepada pengetua.
• Menerima arahan pengetua dari semasa ke semasa.

2.8 PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

SENARAI TUGAS

• Menentukan polisi dan objektif Pusat Sumber Sekolah.
• Meluluskan program-program media yang dicadangkan oleh Ketua panitia

mata pelajaran dan JK Kerja Pusat Sumber.
• Mendapatkan bahan yang diperlukan oleh setiap mata pelajaran.
• Menentukan sumber dan cara perbelanjaan.
• Mengagihkan dan menyelaraskan peruntukan pembelian bahan.
• Merangka strategi perkembangan PSS dan aktivitinya.
• Mengkaji dan menilai perkhidmatan yang diberikan untuk mengetahui

keberkesanannya.
• Menyediakan keperluan pejabat yang diperlukan.
• Mengagihkan dan menyelaraskan peruntukan pembelian bahan.
• Merangka strategi perkembangan PSS dan aktivitinya.
• Mengkaji dan menilai perkhidmatan yang diberikan untuk mengetahui

keberkesanannya.
• Menyediakan keperluan pejabat yang diperlukan.

16

2.9 JAWATANKUASA KERJA PSS

SENARAI TUGAS

● Menguruskan pelbagai perkhidmatan PSS untuk faedah pengguna iaitu guru
dan murid.

● Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan PSS.

● Merancang dan mengurus belanjawan tahunan PSS.
● Merancang pemerolehan dan penambahan koleksi yang komprehensif, seimbang

dan kemaskini.

● Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan
PSS yang dapat menyokong PdP.

● Mengemukakan laporan perjalanan setiap penggal untuk dikaji dan dinilai
oleh jawatankuasa pentadbiran PSS.

● Bertindak sebagai penghubung di antara pihak sekolah dengan masyarakat
dan agensi luar.

● Mengumpul dan mengedar maklumat tentang penggunaan pelbagai media yang
terkini.

● Menghantar data dan laporan pelaksanaan program PSS khasnya laporan PSS
dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan PSPN.

Perpustakaan;

● Menghantar data dan laporan pelaksanaan program PSS khasnya laporan PSS
dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan PSPN.

2.10 PENGURUSAN BILIK-BILIK KHAS

SENARAI TUGAS

• Mengadakan mesyuarat 2 kali setahun.
• Melantik AJK dalam kalangan murid jika perlu.
• Menyelia dan menyelenggarakan bilik.
• Memastikan bilik sentiasa ceria, selesa dan sedia untuk digunakan.
• Menyelia peralatan supaya sentiasa boleh diguna pakai.
• Merancang penambahan peralatan baru.
• Mengendalikan stok.
• Melaksanakan kerja-kerja yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke

semasa.
• Menyediakan brosur bilik.
• Menyediakan tatacara penggunaan bilik.
• Menyediakan carta keselamatan.
• Menyelaras, merekod dan menyediakan jadual penggunaan bilik.
• Menyediakan Carta Organisasi bilik.
• Memperbanyakan bahan-bahan pembelajaran.
• Melabelkan semua bahan di makmal dan studio RBT.
• Menguruskan penggunaan peralatan secara berterusan dan menentukan bahawa

alat-alat sentiasa selamat dan tidak rosak selepas digunakan (Makmal).
• Memastikan alat-alat di dalam makmal sentiasa dalam keadaan baik dan

melaporkan sebarang kerosakan kepada pengerusi.

17

2.11 PELAKSANAAN MBMMBI & HIP (HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME)

SENARAI TUGAS

• Mengadakan mesyuarat sekurang- kurangnya 2 kali setahun.
• Memastikan program MBM/MBI berjalan dengan lancar dan berkesan
• Memastikan rekod penggunaan peralatan MBM/MBI diwujudkan.
• Memastikan pengajaran dan pembelajaran di bawah program MBM/MBI berjalan

selari dengan perancangan.
• Memastikan semua murid dibawah program MBM/MBI menguasai Bahasa Melayu dan

Bahasa Inggeris dalam sukatan pelajaran Sains dan Matematik dengan
memuaskan.
• Mengedar borang soal selidik 2 kali setahun kepada Pengetua, guru, murid
dan ibu bapa.
• Membuat rumusan hasil daripada dapatan soal selidik dan dihantar kepada PPD.
• Mengadakan kolaborasi bersama-sama NGO.

2.12 PENGURUSAN ICT

SENARAI TUGAS

• Mengadakan mesyuarat 3 kali setahun.
• Menyusun dan merancang aktivitI LDP untuk guru dan murid sepanjang tahun.
• Memastikan alatan berada dalam keadaan baik.
• Sebagai penghubung tunggal (single point of contact) bagi pihak sekolah.
• Mengurus dan menyelenggara kemudahan ICT dan perisian aplikasi yang

dibekalkan serta menyelesaikan masalah teknikal yang mungkin timbul.
• Menggalakkan penggunaan makmal seoptimum mungkin.
• Menyediakan stok / inventori dan buku laporan penggunaan.
• Mengurus dan memastikan rangkaian LAN dan WAN berjalan dengan baik setiap

hari termasuk peralatan rangkaian.
• Melatih guru menggunakan kemudahan ICT secara efektif di samping

menggalakkan penggunaannya dalam PdP.
• Memastikan laman web sekolah dikemaskini.
• Menerima arahan daripada Pengetua dan pentadbir dari semasa ke semasa.

2.13 GOOGLE CLASSROOM

SENARAI TUGAS

• Memastikan semua guru, murid dan ibubapa mengakses kepada Google Classroom.

• Membantu semua guru, murid dan ibubapa mengenali Google Classroom.
• Menyebarkan berita-berita terkini melalui Google Classroom untuk guru-guru,

murid- murid dan ibubapa.
• Menjalin kerjasama dengan KPM, JPNS, PPD, PKG dalam meingkatkan penggunaan

Google Classroom.
• Menyediakan jadual penggunaan untuk murid dan semua guru.
• Memantau dan melaporkan penggunaan Google Classroom dalam Pdpc oleh guru-

guru, murid dan ibubapa dari semasa ke semasa kepada pihak berkenaan.

18

2.14 DASAR 60: 40 & STEM

SENARAI TUGAS

• Mengadakan mesyuarat, membincangkan program peningkatan Sains &
Matematik dalam kalangan murid.

• Melaksanakan program-program bagi menepati dasar 60:40
• Menyebarluas program tersebut kepada semua murid , ibubapa dan komuniti.
• Membuat laporan kepada PPD dan JPN.

2.15 PEMBELAJARAN ABAD 21 (PAK 21)

SENARAI TUGAS

• Menjalankan program kepada guru dan murid.
• Memberi kefahaman kepada semua guru untuk pelaksanaan.
• Menyebarluaskan maklumat untuk dibudayakan.
• Memastikan semua kelas berada dalam kedudukan mengikut kedudukan kelas

PAK21.
• Memantau pelaksanaan bilik dan membuat penilaian keperluan kelas PAK21.
• Menyediakan laporan pelaksanaan program.

19

20

3.1 JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID

SENARAI TUGAS

• Melahirkan generasi murid yang berpegang teguh dengan Islam,
memiliki akhlak mulia dan mampu melaksanakan amanah.

• Menguatkuasa disiplin dan peraturan sekolah, menangani masalah
disiplin dan melantik pengawas bagi membantu sekolah.

• Merancang dan mengurus semua aktiviti berkaitan pengurusan bantuan
buku teks.

• Memberi khidmat nasihat, membangun potensi murid dan memberi panduan
peluang kerjaya.

• Memastikan khidmat kantin memuaskan, mengikut prosedur keselamatan
dan kesihatan.

• Memastikan kawasan sekolah sentiasa selamat, bersih dan ceria untuk
keselesaan warga sekolah.

• Memastikan semua urusan berkaitan pengurusan murid berjalan lancar
dan kemas kini.

3.2 LEMBAGA DISIPLIN MURID

SENARAI TUGAS

Pengurusan Peraturan Sekolah
• Merangka dan menentukan dasar disiplin dan peraturan sekolah

berpandukan pekeliling Kementerian dan Jabatan Pendidikan.
• Merangka dan melaksana aktiviti penghayatan peraturan sekolah secara

berkesan.
• Membina mekanisme untuk memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan

dan dipatuhi.
• Membina komunikasi berkesan antara murid, guru dan pentadbir sekolah

supaya melicinkan pengurusan peraturan sekolah.

• Sentiasa membuat pelaporan maklumat dan data disiplin sekolah
kepada pihak pengetua, PPD, JPN dan KPM.

• Mewujudkan sistem rekod disiplin dan pemantauan yang berkesan.

Menangani Masalah Disiplin Sekolah
• Sentiasa bersedia dipanggil mengadakan mesyuarat tergempar untuk
membincangkan kes-kes berat mengenai disiplin.

• Bersedia menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh
pengetua.

• Mengambil tindakan segera terhadap kes-kes salahlaku murid yang
tidak berat dan merekodkan semua kes disiplin.

• Melaporkan kes disiplin yang telah diambil tindakan kepada PK HEM
seminggu sekali.

• Memastikan semua prosedur tindakan hukuman disiplin mengikut
kaedah yang ditetapkan oleh pekeliling KPM dan JPN.

• Menjadi pegawai perhubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa /
penjaga dalam menangani masalah disiplin.

21

3.3 PENGURUSAN DISIPLIN DAN SAHSIAH MURID

SENARAI TUGAS

• Membantu menyelesaikan masalah disiplin yang tidak dapat diselesaikan
oleh pemimpin murid sekolah.

• Mengesan dan mengesahkan kesalahan- kesalahan serius yang boleh membawa
kepada hukuman penggantungan sementara atau hukuman buang sekolah
berpandukan Surat Pekeliling ikhtisas Bil.9/1975.

• Bekerjasama dengan pemimpin murid untuk menguruskan kawalan disiplin
dalam semua majlis sekolah.

• Memasukkan maklumat murid yang melakukan kesalahan disiplin ke dalam
data Data SSDM.

• Menerima laporan dari pemimpin murid/guru bertugas dan guru-guru untuk
mengambil tindakan yang sewajarnya.

• Menjalankan tindakan disiplin sekiranya diwakilkan oleh Pengetua.

• Menjalankan rondaan pemantauan untuk mengesan murid yang ponteng
kelas / ponteng sekolah/ ponteng perhimpunan serta lain-lain
kesalahan disiplin.

• Menjadi pegawai perhubungan di antara ibubapa/penjaga dalam
menangani masalah disiplin.

3.4 BADAN PENGAWAS

SENARAI TUGAS

• Menyenarai dan mengemukakan calon pengawas kepada PK HEM.
• Mengadakan majlis penyampaian watikah perlantikan pengawas sekolah.
• Menyedia dan menerangkan bidang tugas dan jadual tugas pengawas.
• Membimbing dan membantu pengawas dalam menjalankan tugas secara

berkesan.
• Menyampaikan Sijil Penghargaan kepada pengawas.
• Mengendalikan perhimpunan rasmi sekolah serta perhimpunan biasa .

22

3.5 BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SENARAI TUGAS

• Merangka rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Unit
Bimbingan dan Kaunseling (UBK).

• Mengenalpasti keperluan perkhidmatan UBK melalui kajian keperluan, soal
selidik, temu bual dan perbincangan bersama murid, guru, pentadbir,
kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas murid.

• Merancang, mengawal selia dan mengemaskini buku rekod murid.
• Mengenalpasti keperluan, mengelola dan melaksanakan aktiviti UBK/PKKL.
• Merancang, melaksana dan mengawal selia aktiviti kemahiran belajar

murid.
• Merancang, melaksana, mengawal selia dan menilai program/aktiviti

pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan PT3 dan SPM.
• Merancang, melaksana, mengawal selia dan menilai program/aktiviti

perkhidmatan konsultasi dan rujukan berhubung dengan bimbingan dan
kaunseling, pendidikan,kerjaya dan pencegahan dadah.
• Merancang, melaksana, mengawal selia dan menilai program/aktiviti
koferens dengan ibubapa, guru, kakitangan bukan guru, agensi kerajaan
dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan
murid.
• Merancang, menyelaras dan menilai sumber/ bahan perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling.
• Mengenalpasti keperluan, menyelaras, melaksanakan dan menilai
program/aktiviti pembangunan murid seperti kolokium motivasi, kem jaya
diri, ketatanegaraan dan sebagainya.

3.6 SKIM PINJAMAN BUKU TEKS

SENARAI TUGAS

• Mengadakan mesyuarat JK buku teks.

• Mengurus permohonan bantuan buku teks.

• Menyelia dan mengurus bilik operasi buku teks (BOSS).

• Mengedar senarai nama murid yang layak dan gagal kepada guru tingkatan.

• Mengurus semua perkara berkaitan pesanan buku teks.

• Mengedar buku kepada murid yang layak.

• Menyelenggara fail, buku stok dan rekod berkaitan buku teks.

• Memastikan murid membalut buku dengan plastik.

• Memastikan buku-buku yang hilang diganti.

• Merekod dan menyimpan buku-buku tambahan.

• Mengemaskini inventori SPBT.

23

3.7 e-KEHADIRAN MURID DAN APDM

SENARAI TUGAS

• Menyemak nama dan butiran lain murid diisi dengan betul dan lengkap.
• Memastikan guru kelas menghantar surat amaran 1,2 dan akhirnya membuang

sekolah bagi murid ponteng berturut dan berkala.
• Memastikan Key in eKEHADIRAN MURID sebelum jam 9.00 pagi.

• Menyelaras dan melaporkan kehadiran murid setiap hari dan mencetak 3
salinan untuk fail.

• Mengemaskini data Sistem Maklumat Murid (SMM).

• Mengemaskini analisa kehadiran murid.
• Merujuk segala masalah kepada pengetua.

• Menyemak dan menyelia buku RKBH (Rekod Kehadiran Belajar Harian) serta
melaporkan masalah disiplin kepada Badan Disiplin.

3.8 BIASISWA / KWAMP

SENARAI TUGAS

Pengurusan biasiswa
• Meneliti pekeliling dari KPM /JPN dan pihak penaja untuk memastikan syarat

dipatuhi.

• Menyimpan rekod pemegang biasiswa mengikut jenis dan tingkatan.

• Mengedarkan borang biasiswa kepada murid tingkatan satu dan empat
mengikut masa tawaran.

• Menyemak permohonan biasiswa, menentukan tarikh penghantaran, membuat
penilaian dan perakuan.

• Memastikan bantuan biasiswa dibankkan dan diagihkan dengan segera.
• Menyemak daftar pemegang biasiswa mengikut tingkatan setiap penggal.

• Memberitahu ibubapa /penjaga murid yang dapat biasiswa.

• Menentukan semua pemegang biasiswa mempunyai Akaun Simpanan GIRO (tanpa
kad) di Bank Simpanan sebelum akhir bulan
September tahun semasa.

• Menentukan daftar buku / rekod penerimaan cek / baucer di
pejabat.

• Mewujudkan borang kawalan pengeluaran dan penggunaan wang biasiswa.

• Memastikan semua buku akaun pemegang bisiswa disimpan di pejabat

sekolah.

• Menentukan semua dokumen disimpan dengan selamat.

• Menguruskan bantuan kepada murid-murid yang ditimpa musibah.

• Prestasi pemegang biasiswa.
• Menyemak prestasi pemegang biasiswa dan menyampaikan laporan kepada

Penolong Kanan HEM.

• Menghantar surat amaran kepada ibubapa/penjaga bagi pemegang
biasiswa yang prestasinya merosot

24

3.9 KESIHATAN & PENCEGAHAN DENGGI

SENARAI TUGAS

• Mengurus bilik rawatan dan peti ubat.

• Mengumpul dan menguruskan kad kesihatan murid dengan kerjasama guru
tingkatan.

• Merancang dan melaksana program kesihatan.

• Memastikan kawasan sekolah sentiasa bersih.

• Memastikan kawasan sekolah bebas dari pembiakan nyamuk aedes atau
sebarang makhluk perosak.

• Memastikan papan kenyataan dimanfaatkan dengan maklumat terkini
dan menarik.

• Mendapatkan khidmat dan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri.

• Menguruskan program bersama Klinik Kesihatan setempat

3.10 KEBAJIKAN

SENARAI TUGAS

• Mengurus hal ehwal kebajikan murid, antara yang diutamakan:
-Murid yang miskin
-Murid yang ada penyakit
-Murid yang tertimpa kemalangan @ bencana

-Murid yang kecemasan
-Murid yang kematian ibubapa

• Mengurus takaful/perlindungan murid secara berkesan.

• Merancang program untuk mendapat bantuan dan sumbangan dari pelbagai
pihak untuk kebajikan murid
Membina satu mekanisme pengurusan kebajikan murid yang berkesan,
antaranya:

• Menyusun senarai nama murid yang layak dan mengikut keutamaan.
• Mengadakan rekod senarai penderma/ penyumbang.

• Mencatat penerima derma/sumbangan yang selalu dikemaskinikan dari semasa
ke semasa.

• Mengurus Tabung/Dana Kebajikan Murid dan Unit Hilang/Jumpa.

• Menggalakkan murid melibatkan dalam aktiviti membantu badan kebajikan
luar.

• Merancang dan menerap serta mengamalkan budaya kasih sayang di sekolah.

3.11 KECERIAAN , LANDSKAP & KEBERSIHAN

SENARAI TUGAS

• Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa peringkat sekolah.
• Merancang dan mengemaskini program 3K Peringkat sekolah.
• Memastikan warga sekolah melaksanakan program 3K.
• Mendapatkan kerjasama daripada PIBG dan agensi berkaitan untuk menyokong

pelaksanaan program 3K Peringkat sekolah.
• Mengadakan mesyuarat dan jadual pembersihan mengikut kawasan.
• Memastikan kawasan sekolah berada dalam keadaan sentiasa bersih.
• Mengindahkan persekitaran sekolah.
• Menerima dan melaksanakan segala arahan yang diberikan oleh Pengetua.

25

3.12 KESELAMATAN

SENARAI TUGAS
• Menyediakan papan makluman untuk memberitahu pelawat supaya mendapat

kebenaran Pengetua sebelum berurusan di sekolah.
• Mendapatkan kerjasama pihak polis untuk mengawal keselamatan lalulintas

jika perlu).
• Merancang dan melaksanakan program keselamatan warga sekolah.
• Menyediakan pelan laluan kecemasan dan mempamerkannya.
• Menetapkan laluan pergerakan lalulintas dan tempat letak kenderaan pada

masa majlis rasmi sekolah.
• Memastikan semua suis, alat eletrik dan pendawaian dalam keadaan selamat.
• Memastikan murid sentiasa selamat semasa pergi dan balik sekolah.
• Memastikan murid tidak balik lebih awal dari masa yang ditetapkan.
• Memastikan murid mengikut laluan yang ditetapkan.
• Berada di pintu masuk sekolah mengikut jadual yang telah ditetapkan.
• Merekodkan jenis kenderaan / pengangkutan murid ke sekolah.
• Memastikan murid sentiasa menepati masa ( tidak lewat) pada waktu.

-Kehadiran ke kelas.
-Kehadiran ke kelas selepas rehat.
-Pertukaran antara kelas, makmal, bengkel dan Pusat Sumber.
-Aktiviti Kokurikulum.
-Lain-lain perjumpaan pada waktu persekolahan.
• Membuat Pemantauan terhadap penggunaan Buku Rekod Kehadiran Murid Harian,
pas keluar serta mengambil tindakan yang sewajarnya.
• Membantu guru tingkatan/ guru mata pelajaran untuk mengawal murid supaya
tidak ponteng kelas.
• Bertindak pantas jika ada laporan mengenai murid ponteng waktu
persekolahan.
• Membuat pemantauan dan analisis ponteng kelas dan kehadiran lewat ke
sekolah secara berjadual.
• Merekod kesalahan di dalam borang salah laku dan sistem e – Disiplin.
• Memastikan murid pergi dan balik dari kantin pada waktu yang ditetapkan.
• Memastikan semua kelas dikosongkan pada waktu rehat.
• Memantau keadaan di kantin semasa murid rehat.
• Memastikan murid berdisiplin ketika berurusan di Koperasi Sekolah.
• Memantau papan maklumat untuk memberitahu pelawat supaya mendapat
kebenaran Pengetua sebelum berurusan di sekolah.
• Mencadangkan tugas-tugas tambahan pengawas sekolah kepada Pengetua.
• Merancang dan melaksanakan program keselamatan.
• memastikan peraturan keselamatan ditampal di bilik-bilik khas, bilik
darjah, makmal, bengkel, kantin dan dalam buku latihan murid.
• Meletakkan tanda amaran “BAHAYA” di tempat-tempat yang berbahaya.
• Merancang pergerakan lalulintas dan tempat letak kenderaan pada majlis
rasmi sekolah.
• Menetapkan laluan tertentu untuk murid bagi mengelakkan kesesakan.
• Memastikan semua suis, alat elektrik dan pendawaian selamat.
• Memeriksa perabot dan alatan dari semasa ke semasa untuk memastikan ianya
selamat dan dapat digunakan dengan baik.
• Meletakkan papan tanda atau label di tempat yang berbahaya dan tidak
selamat.
• Melaporkan sebarang kerosakkan alatan dan kemudahan yang disediakan
dengan segera.

26

3.13 KAWAD KEBAKARAN

SENARAI TUGAS

• Mengadakan mesyuarat JK Peringkat sekolah.

• Merancang program latihan kebakaran.
• Mengadakan latihan kawad kebakaran 2 kali setahun.

• Mengadakan pelan laluan kecemasan.
• Mengadakan latihan mengosongkan bangunan dua kali setahun.

• Memastikan pelan laluan kebakaran ditampal di bilik-bilik khas, bilik
darjah dan kantin.

3.14 KANTIN

SENARAI TUGAS

• Memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan pekeliling
Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan.

• Memastikan jenis-jenis makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat
perjanjian.

• Memastikan mutu makanan dan harga jualan berpatutan mengikut syarat-
syarat perjanjian dan senarai harga yang dipamerkan.

• Memastikan peralatan yang digunakan bersih, selamat serta menggunakan
penyepit untuk mengambil makanan.

• Memastikan keadaan dalam dan luar kantin sentiasa bersih, kemas dan
ceria.

• Memastikan semua pekerja kantin telah menjalani pemeriksaan kesihatan
dan memiliki kad kesihatan yang sah.

• Memastikan pihak pengusaha kantin berada di premis supaya mudah
dihubungi.

• Memastikan semua penjual dan kakitangan di kantin sentiasa memakai
apron, tutup kepala yang bersih dan kemas mengikut pekeliling
Kementerian Kesihatan.

• Memastikan semua makanan ditutup dengan tudung saji atau disimpan dalam
bekas yang bertutup.

• Memaklumkan kepada pihak pengusaha tentang hari-hari persekolahan
dan waktu rehat murid.

• Memastikan makanan harian yang disediakan mencukupi.

• Memastikan murid dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi,
selamat dan sesuai.

• Membuat laporan mingguan dalam buku/ borang yang disediakan.

• Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kantin tiga kali setahun dan
perbincangan dari semasa ke semasa.

• Memastikan perkhidmatan yang diberi cekap dan mesra.
• Mengemaskini maklumat sisa Makanan.

27

3.15 KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

SENARAI TUGAS

• Mengaktifkan Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah.

• Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah
• Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi dalam kalangan murid.

• Menyediakan garis panduan tentang cara- cara pencegahan dan menjalankan
aktiviti yang bersesuaian.

• Melaksanakan aktivit yang mengambil kira 5 domain pembangunan murid:
Pembudayaan adab murid Peningkatan Disiplin Murid Perpaduan Murid
Patriotisme Jatidiri

3.16 SLAD/ PPDa

SENARAI TUGAS

• Merancang dan menguruskan mesyuarat pengurusan PPDa secara berkala
(sekurang- kurangnya 3 kali setahun)

• Merancang, melaksana, mengawal selia serta menilai program dan aktiviti
Pendidikan Pencegahan Dadah, Alkohol, Rokok dan HIV/Aids.

• Merancang, mengawal selia dan menguruskan bilik / laluan / sudut PPDa.
• Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pendidikan pencegahan

dadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah.
• Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi

emosi, fizikal, mental dan rohani.
• Menyediakan kertas kerja program PPDa yang dirancang
• Menyediakan anggaran perbelanjaan program dan membentang kepada JK

Kewangan dan JK PIBG untuk kelulusan.
• Menyediakan laporan program.
• Membuat cadangan penambahbaikan atau pertukaran program yang tidak

efektif.
• Tugas-tugas lain atas arahan pihak berkuasa sekolah.

3.17 PENDAFTARAN / MASUK SEKOLAH
SENARAI TUGAS

• Membuat pendaftaran (Menentukan bilangan daftar masuk).

• Menentukan kelas bersama pengurusan sekolah.

3.18 PERABOT MURID

SENARAI TUGAS

• Mengadakan mesyuarat jawatankuasa sekurang-kurangnya 3 kali setahun.

• Mengadakan fail bilangan stok untuk mengetahui jumlah sebenarnya

perabot/peralatan di sekolah.

• Membuat senarai inventori kelas untuk ditampal di papan kenyataan setiap
kelas.

• Menguruskan jadual membaiki perabot- perabot rosak dengan menghubungi dan
berbincang dengan pihak pengurusan.

• Berusaha mendapatkan perabot /kerusi/meja baru sekiranya perabot lama
sudah tidak dapat dibaiki dengan mengemukakan permohonan kepada pengetua

untuk diajukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri.

• Membuat laporan aktiviti tahunan untuk diserahkan kepada Jawatankuasa
Dokumentasi untuk dijilid.

• Menyediakan laporan bertulis untuk didokumentasikan dan kemukakan satu
salinan kepada Pengetua.

28

3.19 PROGRAM KEROHANIAN DAN MODAL INSAN

SENARAI TUGAS

• Merancang dan melaksana program pembangunan sahsiah murid.
• Merancang dan melaksana program- program Dakwah Islamiah / Bina Insan.
• Mengadakan program sambutan Hari Kebesaran Islam.
• Mengadakan program Penghayatan Islam sepanjang bulan Ramadhan.
• Merancang dan menyelia surau sekolah serta solat berjamaah.
• Menyelaras program dakwah anjuran agensi luar.
• Membantu menyalurkan bantuan kepada murid yang kurang berkemampuan dan

menjaga kebajikan murid.

3.20 KELAS KONDUSIF

SENARAI TUGAS

Penyelaras Tingkatan ;
• Bertanggungjawab membuat pembahagian murid dalam tingkatan di bawah
jagaannya. (Persetujuan PK perlu diminta terlebih dahulu).
• Kuota murid mesti dipatuhi.

• Menerima dan membantu PK HEM untuk kemasukan murid baru dan membuat
penempatan mengikut kelulusan.
• Membantu guru tingkatan membuat pengagihan buku ( SPBT ).

• Membantu PK HEM dan Guru Biasiswa memilih murid yarg layak untuk diberi
bantuan biasiswa.
• Memaklumkan kepada Pengetua / PK HEM tentang jumlah murid dalam setiap
kelas dari semasa ke semasa.

Guru Tingkatan;
1. Pengurusan dan Organisasi Kelas
Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Tingkatan, Penolong
Ketua Tingkatan, Bendahari, AJK Kebersihan & Keceriaan; memastikan AJK
Kebersihan mengagihkan murid untuk membersihkan papan putih , menyapu lantai,
mengelap tingkap, menyusun kerusi meja dan membuang sampah.

2. Memastikan AJK Keceriaan sentiasa mengemaskini papan kenyataan dan papan
maklumat dari semasa ke semasa, menyediakan langsir dan bunga (jika perlu)
untuk kelas.

3. Menentukan perkara- perkara berikut ada di dalam kelas: jadual waktu,
jadual tugas, perabot kelas seperti kerusi dan meja murid, meja guru dan
papan hitam diinventorikan, motto kelas, alatan pembersihan seperti penyapu,
bakul sampah dan penyodok sampah.

4. Menentukan kawat elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan
selamat diguna pakai.

5. Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru yang
berkenaan.

6. Membimbing organisasi kelas yang dilantik terdiri daripada Ketua
Tingkatan, Penolong Ketua Tingkatan, Bendahari, AJK Kebersihan & Keceriaan;
memastikan AJK Kebersihan mengagihkan murid untuk membersihkan papan putih
, menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun kerusi meja dan membuang sampah.

7. Memastikan AJK Keceriaan sentiasa mengemaskini papan kenyataan dan papan
maklumat dari semasa ke semasa, menyediakan langsir dan bunga (jika perlu)
untuk kelas.

8. Menentukan perkara- perkara berikut ada di dalam kelas: jadual waktu,
jadual tugas, perabot kelas seperti kerusi dan meja murid, meja guru dan
papan hitam diinventorikan, motto kelas, alatan pembersihan seperti penyapu,
bakul sampah dan penyodok sampah.

9. Menentukan kawat elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan
selamat diguna pakai.

10. Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru yang
berkenaan.

29

11. Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.

Penolong Guru Tingkatan
-Mengambil kedatangan murid dan menanda dalam buku kedatangan serta “ key
in” data kehadiran murid di atas talian setiap pagi, sekiranya guru tingkatan
tidak hadir:
-Membantu guru tingkatan untuk Perjumpaan Tiga Penjuru.
-Membantu guru tingkatan memantau disiplin dan prestasi akademik murid.
-Membantu tugas-tugas guru Tingkatan dari semasa ke semasa.

eKEHADIRAN MURID;
1. Memasukkan data ‘key in’ kehadiran murid dalam eKEHADIRAN setiap hari
sebelum jam 9.00 pagi.
2 Memastikan data murid dalam kelas setiap hari/ bulan untuk semakan
kemasukan data dan pengesahan PK HEM.
3 Laporan murid sijil berhenti, surat akuan, kad kokurikulum, kad

kesihatan dan lain-lain.
4 Memastikan setiap murid mempunyai rekod / fail murid.

a. Mengisi markah dan membuat laporan akademik, kokurikulum dan
fizikal dalam kad kemajuan murid bagi setiap penggal.

b. Menyampaikan laporan kemajuan murid kepada ibu bapa.
c. Menyediakan dan mengisi laporan pencapaian murid bagi setiap

ujian/peperiksaan sekolah, sijil berhenti sekolah, surat akuan dan
buku rekod kesihatan.
d. Masalah pembelajaran, kesihatan diri dan disiplin.
e. Memberi galakan, motivasi dan meransang murid meminati akademik.
f. Sentiasa prihatin terhadap semua masalah murid.
g. Melaporkan kepada kaunselor jika terdapat kemerosotan pelajaran
dalam kalangan murid.
h. Melaporkan kepada guru kesihatan jika terdapat murid yang
menghadapi masalah kesihatan.
i. Melaporkan kepada PK HEM/Guru Disiplin jika terdapat murid yang
melanggar disiplin sekolah (hanya kes- kes berat sahaja).
j. Melaporkan kes ponteng mengikut prosedur yang berikut:
-Mendapatkan dan mengisi dalam tiga salinan borang ' Melanggar Peraturan
Sekolah' yang dapat diperolehi di pejabat.
-Menghantar satu salinan borang tersebut kepada ibu bapa.

Buku teks, biasiswa dan bantuan;
1. Memastikan skim pinjaman buku teks diagih kepada semua murid dan

memastikan buku- buku tersebut dibalut dan ditulis nama murid.
2. Mengemaskini fail SPBT dari semasa ke semasa.
3. Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan menyenaraikan nama

murid yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan memberikan
senarai itu kepada guru SPBT.
4. Menyenaraikan murid yang layak menerima sebarang bentuk bantuan yang
lain dan melaporkan kepada guru biasiswa/ kebajikan.
5. Melaporkan kepada guru biasiswa jika terdapat kemerosotan PELAJARAN
dalam kalangan murid yang mendapat biasiswa.

Kutipan derma PIBG;
1. Mengutip derma PIBG pada waktu yang ditetapkan dan menggalakkan murid

membayar sekaligus.
2. Menyerahkan kutipan derma PIBG kepada Bendahari PIBG.

30

3.21 SEKOLAH PENYAYANG

SENARAI TUGAS

• Mengadakan perjumpaan 10 kali setahun mengikut waktu yang ditetapkan.
• Menjalankan aktiviti mengikut modul (mengikut kesesuaian dan boleh

diubahsuai jika perlu).

• Menyediakan laporan aktiviti perjumpaan bersama mentee.
• Menghantar laporan setiap kali perjumpaan kepada pengetua.

3.22 PIBK (PENGLIBATAN IBU BAPA KOMUNITI)
SENARAI TUGAS

• Mengukuhkan pembelajaran murid.

• Mendapat bantuan tenaga dan kemudahan bahan PdP melalui gotong royong,
mencari dana, bengkel, menderma, mengadakan lawatan dan sebagainya.

• Mendapat kepakaran atau orang sumber untuk memberi penerangan, membuat
demonstrasi, memberi khidmat nasihat dan membantu dalam pembelajaran.

• Mendapat khidmat kebajikan seperti sumbangan untuk aktiviti sekolah,
sumbangan sukarelawan untuk aktiviti- aktiviti yang dijalankan di
sekolah.

• Membantu guru dalam semua aktiviti sekolah.

3.23 PIBG (PERSATUAN IBU BAPA & GURU)
SENARAI TUGAS
• Menyediakan perancangan strategik, pelan operasi dan taktikal.

• Menyediakan laporan tahunan untuk diserahkan kepada jawatankuasa
dokumentasi.

• Merangka program bagi melaksanakan elemen-elemen yang menyokong
pembelajaran.

• Mengadakan mesyuarat untuk menetapkan hala tuju sarana sekolah.

• Berupaya menggalakkan kerjasama ibu bapa (kumpulan sokongan
ibubapa/KSIB)dalam semua aktiviti sekolah.

• Mengurus dan menganalisis borang soal selidik berkenaan sarana kepada
semua ibu bapa.

• Mengisi data sarana secara dalam talian.

• Memastikan program sarana disediakan khas untuk keperluan pihak sekolah
dan dilaksanakan secara kerjasama dengan rakan kongsi
sekolah(PIBG,Lembaga Pengurus Sekolah, Persatuan Bekas Murid/Alumni,
Ahli Majlis Pemuafakatan Sekolah dan ahli komuniti.

• Membina rangkaian komunikasi antara ibu bapa, komuniti dan sekolah bagi
berkongsi idea dan pandangan berkaitan pembelajaran anak-anak.

• Mengenalpasti individu atau agensi yang berpotensi membantu keberkesanan
aktiviti pembelajaran di sekolah dan di luar sekolah.

• Merancang dan melaksana program untuk ibu bapa saling mengenali dan
bermuafakat dalam pelaksanaan aktiviti yang berterusan.

• Membantu pihak sekolah dalam berurusan dengan agensi-agensi pendidikan,
perubatan dan lain-lain.

• Mengumpul dana atau lain-lain sumber yang diperlukan bagi memastikan
sistem pembelajaran dapat dijayakan dengan cemerlang.

31

Page103

32

4.1 JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM
SENARAI TUGAS

• Memastikan pemantauan dijalankan dan penilaian dalam kokurikulum
dilaksanakan.

• Rujukan semua penasihat dan pemantau.

• Sentiasa bersedia berkongsi masalah dan maklumat secara profesional.

• Mengadakan mesyuarat sekurang- kurangnya 4 kali setahun.

• Merancang aktiviti kokurikulum sekolah-rancangan jangka
panjang/pendek

• Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.

• Memastikan penglibatan murid secara menyeluruh.

• Memastikan 1 murid 1 sukan &1 guru 1 sukan.

• Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum
peringkat daerah / zon / negeri / kebangsaan / antarabangsa.

• Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum.

• Menentukan tarikh Sukan Tara Sekolah, Merentas Desa, Hari Kokurikulum dan
kegiatan lain.

• Memastikan konsep sukan untuk semua dan 1M1S dilaksanakan di sekolah.

• Membuat anggaran perbelanjaan dan peruntukan kewangan yang diperlukan.

• Memastikan semua murid terlibat secara aktif dalam kegiatan sukan dan
kokurikulum untuk mendapat markah penuh kemasukan ke universiti.

• Memastikan pengurusan kokurikulum dilaksanakan secara berkesan.

• Menilai dan memberikan markah bagi semua aktiviti kokurikulum

• Memantau semua aktiviti kokurikulum dilaksanakan mengikut takwim.

• Merancang dan menentukan pengiktirafan serta penghargaan kepada guru dan
murid yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang kokurikulum.

• Menyediakan laporan tahunan dan pendokumentasian sekolah.

4.2 MAJLIS SUKAN SEKOLAH

SENARAI TUGAS

• Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun.

• Merancang, menyediakan dan memastikan setiap kemudahan fizikal sekolah
berada dalam keadaan baik dan boleh diguna pakai.

• Memastikan kemudahan fizikal sekolah mencukupi mengikut jumlah murid.

• Merancang aktiviti yang berkaitan dengan sukan dan permainan dan
menyediakan kertas konsep untuk aktiviti sukan yang akan dijalankan.

• Memberi dorongan kepada murid supaya mempunyai minat terhadap sukan dan
permainan.

• Menentukan agihan tugas guru dan jumlah guru yang diperlukan serta
memastikan tugasan dilaksanakan dengan sebaiknya.

• Memantau, membuat post mortem dan membuat laporan semua aktiviti sukan
dan permainan yang disertai sekolah.

• Merancang aktiviti bagi meningkatkan kemajuan sukan sekolah serta
mengenalpasti guru-guru berpotensi.

• Membantu pihak sekolah mendapatkan dana dan kewangan yang diperlukan
dalam pengurusan sukan sekolah.

• Memberi bantuan kepakaran dan tenaga yang diperlukan sekolah dalam
sukan dan permainan.

33

4.3 AHLI LEMBAGA KOPERASI SEKOLAH

SENARAI TUGAS

• Menyelia secara am pentadbiran, hal ehwal dan pekerja koperasi.

• Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun.

• Mengadakan mesyuarat agung, mesyuarat lembaga dan mesyuarat
jawatankuasa.

• Mempertimbangkan laporan dan dokumen koperasi dalam mesyuarat lembaga
dan mesyuarat jawatankuasa.

• Menyelenggara dan mengemaskini semua daftar anggota, daftar penama, buku
dan laporan.

• Mengendalikan semua urusan perdagangan dan perindustrian koperasi
mengikut dasar yang ditetapkan Lembaga.

• Menyediakan penyata pendapatan dan perbelanjaan koperasi yang benar
dengan segala butiran dengan secara dibuktikan sebagaimana yang
dikehendaki oleh lembaga untuk dibandingkan dengan belanjawan bagi
tempoh berkenaan yang telah diluluskan oleh mesyuarat agung.

• Membuat tinjauan keperluan warga sekolah dan mencari peluang untuk
promosi barangan baru bagi pihak koperasi.

• Memastikan hanya guru dan murid yang bertugas sahaja berada di koperasi
semasa jualan berlangsung.

4.4 MAJALAH SEKOLAH

SENARAI TUGAS

• Membentuk biro-biro khas penerbitan majalah sekolah.

• Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun.

• Menentukan dasar mengenai percetakan, kandungan dan lain-lain aspek
majalah sekolah.

• Menentukan mutu dan bentuk majalah
• Merancang, mengumpul maklumat, menyimpan dan mengurus jadual kerja dari

awal tahun sehingga majalah dihasilkan.

• Menyelia anggaran belanjawan khas majalah sekolah.

• Menguruskan segala surat-menyurat yang diperlukan serta kata-kata aluan
daripada individu tertentu.

• Mengumpul, menilai dan memilih segala sumbangan kreatif guru @ murid
serta gambar-gambar yang sesuai untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.

• Memilih dan menghantar bahan cetakan kepada pihak pencetak (yang
terpilih melalui sebut harga) serta bertanggungjawab menyemak
kandungannya dari segi format, bahasa dan isi sehingga sempurna.

• Menguruskan penyerahan majalah kepada murid, guru, pengiklan dan lain-
lain agensi mengikut keperluan.

34

4.5 BADAN BERUNIFORM

SENARAI TUGAS

• Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun.

• Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/ kelab/badan beruniform.

• Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
• Menyelaraskan semua aktiviti.

• Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk murid memasuki
persatuan/kelab/badan beruniform.

• Memastikan surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.

• Memastikan peraturan perlembagaan dan minit mesyuarat agung direkodkan
dan difailkan.

• Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun
pada tarikh yang ditetapkan.

• Mengurus Kad Kokurikulum dan Buku Laporan.

• Mengagihkan Kad Kokurikulum kepada guru untuk diedarkan kepada semua
murid.

• Mengutip kembali dari guru pada akhir tahun untuk rekod dan disimpan
di Bilik PK Kokurikulum.

• Menyediakan borang/buku yang diperlukan untuk aktiviti;

• Borang memasuki persatuan. Borang senarai AJK dan ahli. Buku Laporan
Kegiatan.

• Fail-fail yang diperlukan.

• Mengumpulkan rancangan tahunan pada awal tahun untuk edaran, rujukan
dan rekod.

• Mengumpulkan laporan tahunan dan buku kegiatan untuk edaran, rujukan
dan rekod dan diserahkan kepada Setiausaha Kokurikulum.

• Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian
pasukan badan beruniform sekolah dan serahkan kepada S/U Kokurikulum.

• Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa
ke semasa.

Penasihat Badan Beruniform :
• Mengurus pendaftaran ahli-ahli badan beruniform.
• Menggerakkan aktiviti sepanjang tahun berdasarkan sukatan dan

peraturan di dalam Buku Laporan Aktiviti unit masing-masing.

• Memberikan taklimat kepada pasukan sekiranya perlu.
• Memantau latihan mingguan pasukan masing- masing.

• Memastikan takwim badan beruniform dipatuhi.
• Memilih peserta dan melengkapkan borang penyertaan untuk aktiviti di

peringkat luar sekolah.

• Menghantar borang-borang jawapan kepada Penyelaras Badan Beruniform.

• Membuat laporan pertandingan yang telah disertai oleh badan beruniform
masing-masing dan mengemukakan laporan kepada S/U Kokurikulum.

35

4.6 KELAB DAN PERSATUAN

SENARAI TUGAS

• Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali setahun.
• Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/ kelab.

• Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.

• Menyelaraskan semua aktiviti persatuan dan kelab.

• Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan
dengan baik.

• Memastikan peraturan perlembagaan dan minit mesyuarat agung direkodkan
dan difailkan.

• Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada
tarikh yang ditetapkan.

• Mengumpulkan rancangan tahunan pada awal tahun untuk edaran, rujukan
dan rekod.

• Mengurus Buku Kokurikulum.

• Mengagihkan Buku Kokurikulum kepada guru untuk diedarkan kepada semua
murid.

• Mengutip kembali daripada guru pada akhir tahun untuk simpanan dan
rekod.

• Menyediakan buku yang diperlukan untuk aktiviti, buku laporan kegiatan
persatuan dan kelab serta fail-fail yang diperlukan.

• Mengumpulkan laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan
pencapaian kokurikulum sekolah.

• Menyerahkan semua laporan dan rekod kepada Setiausaha Kokurikulum.
• Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa.

• Mengurus markah kokurikulum setiap murid.

• Menyediakan laporan tahunan dan pendokumentasian sekolah.
Penasihat Kelab dan Persatuan

• Membentuk jawatankuasa persatuan/kelab.

• Memastikan aktiviti persatuan selaras dengan objektif sekolah.

• Memastikan adanya peraturan/perlembagaan.

• Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti yang dicatat dalam
perlembagaan.

• Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama murid dan menyerahkannya
kepada penyelaras untuk simpanan dan rekod.

• Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

• Merancang strategi untuk peningkatan persatuan/kelab dengan cara yang
sesuai.

• Mengurus kewangan,harta benda dan peralatan persatuan/kelab.

• Memastikan minit mesyuarat dan laporan kegiatan disediakan dan
difailkan.

• Melaporkan kepada PK Kokurikulum tentang perkembangan persatuan/kelab.

• Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti Hari
Kokurikulum, Hari Sukan, Hari Ucapan, Hari Guru dan lain-lain.

• Mengurus surat-menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar
sekolah.

• Menentukan papan kenyataan digunakan sepenuhnya.

• Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar atau disebarkan dalam
kalangan ahli.

• Mencadangkan nama ahli-ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada
Jawatankuasa Kokurikulum.

36

4.7 SUKAN DAN PERMAINAN / 1M1S

SENARAI TUGAS

Penasihat Sukan dan Permainan;
• Membentuk jawatankuasa.

• Mengadakan mesyuarat sekurang- kurangnya 4 kali setahun.

• Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat murid dalam
permainan.

• Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar.

• Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.

• Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum
sekolah.

• Menganjurkan perlawanan antara rumah sukan/ kelas/ tingkatan/ sekolah.

• Mengurus pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.

• Mengurus surat kebenaran ibu bapa / penjaga untuk pertandingan luar
sekolah.

• Melaporkan dan merekodkan keputusan- keputusan pertandingan yang
disertai.

• Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.

• Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan murid.
• Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa berada dalam

keadaan baik, selamat dan mencukupi.

• Merancang aktiviti-aktiviti tahunan dengan guru rumah sukan.
• Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah untuk

mempertingkatkannya.

• Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang.

• Menghadiri kursus permainan yang dianjurkan oleh jabatan-jabatan tertentu
Majlis Sukan Negeri atau persatuan sukan.

4.8 RUMAH SUKAN SEKOLAH

SENARAI TUGAS

Guru Rumah Sukan;
• Memastikan ada senarai nama guru dan murid (ahli) yang lengkap.
• Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.
• Membentuk JK dalam kalangan ahli.
• Menjalankan mesyuarat agung tahunan Rumah Sukan.
• Sentiasa membuat perbincangan dengan SU Sukan / PK Koku / Pengetua

berkaitan dengan pengurusan Rumah Sukan.
Guru Penasihat;
• Menubuhkan Jawatankuasa Guru Rumah bagi mengurus pertandingan antara

rumah: Pengerusi (Ketua) ,Setiausaha ,Bendahari & AJK
• Menubuhkan jawatankuasa Murid Rumah Sukan bagi membantu guru rumah

mengurus pertandingan antara rumah seperti jawatan dalam perkara satu di
atas.
• Memilih dan melatih wakil atau pasukan rumah untuk menyertai pertandingan
antara Rumah dalam acara sukan, olahraga, permainan atau pertandingan
aktiviti kokurikulum yang lain pada hari yang ditetapkan. Guru dan murid
wajib hadir pada waktu latihan dan kedatangan dicatatkan dalam buku
kehadiran.
• Menghantar nama peserta yang berpotensi untuk pemilihan wakil sekolah.
• Merekodkan kedatangan murid sewaktu latihan.
• Mengawasi keselamatan murid sewaktu latihan

• Sentiasa berbincang dengan ketua rumah untuk meningkatkan prestasi rumah.

-TAMAT-

371

Diterbitkan Oleh:-
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR ENSTEK,

71760, BANDAR ENSTEK,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

Hak Cipta Terpelihara @ SMKBE2021

2


Click to View FlipBook Version