The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ebook etika dan peradaban.pdf (1).pdf_20240507_094427_0000

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nor Syazlinda, 2024-05-07 00:58:36

Peristiwa 13 Mei 1969

ebook etika dan peradaban.pdf (1).pdf_20240507_094427_0000

E - FOLIO PERISTIWA 13 MEI NAMA PENSYARAH: TN. MOHD KHAIRI BIN SHAFIE MPU21023T PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN


01 NOR SYAZLINDA BINTI NOR AZHAR [03DKA23F2996] QURRATUL AINI BINTI ZAKRIE (03DKA23F2999) NUR DANIA AQHASYAH BINTI MUHAMAD ADAM (03DKA23F2006) NURUL ATEEQAH MIRZA BINTI ABDUL RAHMAN (03DKA23F2007) AHLI KUMPULAN


68245371No Objektif Maksud Rukun Negara Pengajaran Langkah-langkah Pengenalan Cara Kerajaan Mengatasi Ideologi Rukun Negara Penerangan Punca-punca Kata-kata aluan 4531316 14-15 11-12 6-10 Muka surat ISI KANDUNGAN 02 9 Kesimpulan 17 10 Refleksi 18 11 Rujukan 19


KATA-KATA ALUAN Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdullillah kepada Ilahi kerana melimpahkan rahmah dan berkatnya kepada kami sepanjang proses tugasan ini. Dengan keizinan-Nya kami berjaya menyiapkan E-majalah ini. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami, Tuan Mohd Khairi bin Shafie kerana telah memberi tunjuk ajar dan teguran kepada kami yang masih serba kurang. Beliau juga banyak memberi banyak sokongan sebagai seorang pensyarah sepanjang proses penyiapan tugasan ini. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada raka-rakan kami dalam memberi kerjasama dan idea dalam pembuatan E-majalah ini. Semestinya tanpa bantuan mereka, E-majalah ini tidak akan seberjaya ini. SHAWN GARCIA Akhir kata, kami sekumpulan inigin memohon maaf sekiranya terdapat salah silap dan kekurangan dalam E-majalah ini. Kami amat berharap agar para pembaca dapat mesej utama yang ingin kami sampaikan menerusi media ini. 03


Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banayak meninggalkan kesan, baik dan buruk, terhadap politik, ekonomi dan sosial masayarakat Malaysia. Peristiwa ini menyebabkan banyak rusuhan kaum yang berlaku dan merupakan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Malangnya, tra di ini telah meragut nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969". Namun begitu, tragedi ini bukan sesuatu kejadian yang berlaku secara mengejut, namun merupakan hasil daripda rentetan peristiwa sedih yang berlaku sebelumnya. Tragedi ini tetap menjadi slah satu titik hitam besar dalam sejarah perpaduan Malaysia sehingga ke hari ini. PENGENALAN 04


01 03 04 02 05 MEMAHAMI ERTI SEBENAR PERISTIWA MEI 13 MEMAHAMI KRONOLOGI PENUH PERISTIWA MEI 13 MENGENALPASTI SERTA MENGKAJI PENGAJARAN DAN IKHTIBAR DARIPADA PERISTIWA MEI 13 MENGENALPASTI SERTA MENGKAJI PUNCA-PUNCA DAN FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEJADIAN PERISTIWA MEI 13 OBJEKTIF APAKAH OBJEKTIF DALAM KAMI MENGKAJI MENGENAI PERISTWA MEI 13?


PUNCA-PUNCA Askar jepun membuat rondaan untuk mengawal masyarakat 1.LAYANAN BERAT SEBELAH OLEH TENTERA JEPUN Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina Punca-punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei 1969.Peristiwa ini merupakan rusuhan kaum yang paling tragis dalam sejarah di negara yang terjadi di antara orang Melayu dan orang Cina. Berikut merupakan punca-punca yang dapat dikenalpasti: Share an interesting target description to your readers. 06


01 04 07 2. PERASAAN TIDAK PUAS ISITMEWA ORANG MELAYU HATI TERHADAP keratan akhbar menyatakan untuk menghapuskan hak istimewa kaum Melayu HAK PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia ", isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina.


Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan, Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan. Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail. 3. BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI NEGARA Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei. Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Kempen Minggu Bahasapada tahun 1960 08


Perhimpunan orang melayu yang mengadu mengenai masalah ekonomi negara 5. MASALAH EKONOMI Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza antara kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara tidak sihat. Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu sama lain. Orang melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang cina manakala orang cina dan india mencemburui kelebihan orang melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran. 4. PERBEZAAN AGAMA DAN BUDAYA Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam Kaum cina beragama Buddha, Lao-Tza, Taoisme, Conficius manakala kaum india beragama hindu. Di samping itu terdapat juga yang beragama kristian. Setiap kaum juga mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama lain tetapi akibat dari sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969. Perarakan protes oleh kaum Cina terhadap kaum Melayu 09


7. LATAR BELAKANG PENDIDIKAN YANG BERBEZA Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnyaperistiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdekaterbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empataliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membacadan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pulamasing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telahdibawa dari Negeri China dan India .4 Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yangtelah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal dibandar-bandar sahaja 6. DASAR PECAH DAN PERINTAH PENJAJAH INGGERIS Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yangberkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan jugapolarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandarbandar menjalankan perniagaan dan juga dikawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalamekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani ataunelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.1 Padahakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan inimenyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan.Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang. 10


1.Pengisytiharan Darurat: Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat pada 16 Mei 1969. Ini bertujuan untuk mengembalikan keamanan dan undang-undang di negara. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN): Kerajaan membentuk MAGERAN untuk mengkoordinasikan usaha-usaha pemulihan dan memastikan keharmonian dan kepercayaan antara kaum dalam negara. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan titik hitam dalam sejarah Malaysia, di mana terjadi rusuhan kaum yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda. Bagaimana kerajaan mengatasi masalah ini? Berikut adalah beberapa langkah yang diambil: 11 LANGKAH-LANGKAH 2.Penerbitan Akhbar: Semua penerbitan akhbar dihentikan sementara sehingga keadaan negara kembali tenang. Ini bertujuan untuk mengurangkan ketegangan dan mencegah penyebaran berita palsu.


12 Semua langkah ini diambil untuk mengembalikan keharmonian dan memastikan keselamatan serta kesejahteraan rakyat Malaysia. Peristiwa 13 Mei mengingatkan kita akan pentingnya menjaga perpaduan dan toleransi antara kaum dalam negara kita. 4.Pembangunan Ekonomi: Kerajaan mempelbagaikan pertanian komersial seperti kelapa sawit, getah, dan koko. Peluang ekonomi juga dibuka kepada penduduk untuk menyertai kegiatan berkaitan dengan petroleum12. 3.Menguatkuasakan Akta Hasutan 1948: Langkah ini bertujuan untuk mengawal perbuatan yang boleh menghasut dan merencatkan perpaduan antara kaum.


CARA KERAJAAN MENGATASI IDEOLOGI RUKUN NEGARA 13 Rukun negara kepercayaan kepada tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan undangundang Kesopanan dan kesusilaan


MAKSUD RUKUN NEGARA 14 1.Pembentukan Masyarakat yang Mempunyai Sahsiah yang Pekerti. Prinsip Rukun Negara yang pertama iaitu kepercayaan kepada Tuhan akan mewujudkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu bermula dengan kepercayaan terhadap Tuhan. Ajaran setiap agama di Malaysia berbeza dan mempunyai keistimewaan yang berlainan. 2. Keamanan, Keselamatan, dan Kedamaian Negara Terpelihara Kepatuhan yang berkekalan kepada raja dan negara dapat menjauhkan rakyat daripada sebarang anasir perpecahan dan ketidakharmonian dalam kalangan rakyat. Kesetiaan kepada raja amat penting bagi memastikan taat setia kita terhadap negara terus utuh demi mengelakkan keganasan serta keadaan yang tidak diingini berlaku di Malaysia


15 3. Mempertahankan Perlembagaan Negara rakyat Malaysia perlu memastikan agar perlembagaan Malaysia dipertahan dan tidak dipertikai oleh mana-mana pihak dalam apa jua keadaan. Perlembagaan Persekutuan mengandungi prinsip-prinsip bernegara yang telah ditetapkan antaranya menjamin kedudukan setiap warganegar


PENGAJARAN 16 KUALA LUMPUR - Peristiwa berdarah rusuhan kaum paling dahsyat di negara ini pada 13 Mei 1969 perlu menjadi pengajaran betapa pentingnya masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk terus bersatu padu dan hidup dalam harmoni. Bagi felo utama Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong, pengajaran daripada peristiwa 50 tahun lepas itu penting bukan untuk rakyat sahaja dari segi kerukunan, namun bagi meningkatkan kemajuan negara. "Peristiwa 13 Mei memberi peringatan tentang kebenaran peribahasa kalah jadi abu, menang jadi arang kerana konflik itu merugikan semua kaum, selain menjejaskan imej negara di persada antarabangsa," katanya kepada Bernama. Katanya, kejadian itu turut menuntut keperluan menghormati kontrak sosial (kini Perlembagaan Persekutuan) tentang agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa kaum Melayu dan kelompok asal Sabah dan Sarawak, serta kedaulatan raja Melayu. "Peristiwa ini perlu selalu diperingat kepada rakyat agar kita semua bukan sahaja perlu muhasabah diri pada setiap masa, lebih penting lagi ialah kita hendaklah memastikan ia tidak berulang lagi dengan menentukan hubungan etnik sentiasa baik," tambahnya.


Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan titik hitam dalam sejarah Malaysia yang perlu dikenang dan tidak wajar diulang. Oleh itu, kita mestilah berwaspada dan terus mengecam tindakan semua pihak yang menunggang 13 Mei dan mengeruhkan kesangsian antara kaum dan membangkitkan kerisauan tentang kegoyahan pentadbiran negara. 13 Mei tidak sepatutnya dijadikan ancaman terhadap demokrasi di negara ini dan ianya perlu dijadikan pengajaran kepada semua rakyat Malaysia agar insiden itu tidak berulang. Dalam nada yang sama, kita rakyat Malaysia perlu mendesak semua wakil rakyat dan ahli politik untuk menoktahkan politik berdasarkan kaum yang telah sekian lama berhasil meretakkan hubungan antara kaum di Malaysia.Untuk Malaysia bergerak ke hadapan dan pulih dari luka sengketa 13 Mei, kita memerlukan perbualan yang lebih jujur mengenai peristiwa tersebut. Kronologi peristiwa, fakta yang lengkap dan menyeluruh perlu didedahkan kepada masyarakat awam untuk membentuk kefahaman yang jelas terhadap insiden yang telah berlaku dan tidak membiarkan pandangan 13 Mei dikuasai oleh naratif tempang yang dikuasai dan dijaja oleh pihak yang berkepentingan. Pihak Kerajaan perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional untuk melaksanakan peranan mediasi di antara individu atau kumpulan etnik yang mengalami konflik perkauman. Malaysia akan dapat maju ke hadapan tanpa dihantui ketakutan apabila kita dapat menerima hakikat dan pulih dari kenangan masa lampau yang mengguris perasaan mereka yang terlibat, dan peristiwa seperti rusuhan kaum 13 Mei tidak akan berlaku lagi. KESIMPULAN 17


REFLEKSI Sepanjang menyiapkan tugasan E-majalah kami sekumpulan dapat mengolah bahawa: ini, Peristiwa 13 Mei 1969 ini memberi pelbagai pengajaran kepada kita semua. Peristiwa ini mengajar betapa pentingnya perpaduan dan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum. Hal ini demikian kerana, perpaduan yang kukuh antara kaum dapat menguatkan tali persaudaraan sesama kaum. Seperti yang semua sedia maklum negara kita mempunyai pelbagagi jenis kaum. Jadi, kita hendaklah menghormati perbezaan adat resam kaum lain supaya tidak berlakunya perbalahan dan perpecahan kaum seperti yang berlaku pada peristiwa 13 Mei 1969. Daripada sepanjang tempoh kami menyiapkan tugasan ini juga, kami mengambil ikhtibar daripada peristiwa 13 Mei 1969 ini. Contohnya, peristiwa tersebut telah menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda. Hal tersebut telah memberi impak negatif kepada pelbagai pihak ketika itu. Oleh itu, kita seharusnya menjaga silaturahim sesama kaum agar dapat mengekalkan hubungan yang baik dengan kaum lain. 18


RUJUKAN Bernama. (2019, May 12). Peristiwa 13 Mei: Pengajaran perlunya masyarakat bersatu padu. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/27800/berita/nas ional/peristiwa-13-mei-pengajaran-perlunya-masyarakatbersatu-padu Salleh, S. (2022, May 13). Peristiwa 13 Mei 1969: Monumen berdarah sebagai cermin zaman. Harakahdaily. https://harakahdaily.net/index.php/2022/05/13/peristiwa -13-mei-1969-monumen-berdarah-sebagai-cermin-zaman/ Kertas. (n.d.). Peristiwa 13 Mei 1969. Scribd. https://www.scribd.com/document/132621414/Peristiwa13-Mei-1969 Prezi, S. F. O. (2019, May 10). PENGAJARAN PERISTIWA 13 MEI 1969. prezi.com. https://prezi.com/p/6aeacankyn6s/pengajaran-peristiwa13-mei-1969/ Ammar_Syafiq. (n.d.). PUNCA. https://my13mei.blogspot.com/p/punca.html Studocu. (n.d.). Peristiwa-13-Mei 1969 - Kronologi Peristiwa 13 Mei Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman - Studocu. https://www.studocu.com/my/document/intec-educationcollege/mpu-hubungan-etnik/peristiwa-13-mei1969/8089671 Contributors to Wikimedia projects. (2023, May 21). Peristiwa 13 Mei. Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas. https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei 19


Click to View FlipBook Version