Kejayaan Pelajar DOA & AMALAN SMK MUTIARA RINI
DENGAN MU L A K A N S E T I A P U S A H A SMK MU TI A R A R I N I
Sungguh indah keajaiban doa. Percaya dan bersangka baiklah kepada Allah dengan segala ketentuan dan rezeki yang dilimpahkan. SMK MU TI A R A R I N I
Doa untuk anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan SPM & STPM ٱلَّلِه ٱلَّرْحَمـِن ٱلَّرِحيم ِبْس ِم ٱلِّدين۞ ِم ٱْلَحْمُد ِلَّلِه َرِّب ٱْلَعـَلِمين۞ ٱلَّرْحَمـِن ٱلَّرِحيم۞ َمـِلِك َيْو َّياك َنْسَتِعيُن۞ اْهِدَنا ٱلِّصَرَط ٱْلُمْسَتِقيَم۞ َّياَك َنْعُبُد َوِإ ِإ ِّليَن۞ ٱْلَمْغُضوِب َعَلْي ِهْم َوَال ٱلَّضۤا ْنَعْمَت َعَلْي ِهْم َغْي ِر ِذيَن َأ ِصَراَط ٱَّل امين ٱلَّلِه ٱلَّرْحَمـِن ٱلَّرِحيم ِبْس ِم َاْلَحْمد ُ ِللِه َرِّب اْلَعاَلِمْيَن ْجَمعين ِبَياء َواْلُمْرَسِلْين َوَعىَل آِلِه َوَصْحِبِه َأ ْشَرِف ْا َألْن َوالَّص َالُة َوالَّس َالُم َعَىل َأ Ya Allah, Minggu ini adalah minggu anak-anak kami menduduki peperiksaan SPM. Kami mohon kepada Mu ya ALLAH, bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi. YA ALLAH, Peliharalah kesihatan anak-anak kami di hari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. YA ALLAH, Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan. SMK MU TI A R A R I N I
YA ALLAH, berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada Mu Ya Allah. YA ALLAH, Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu, Kau perbaiki akhlak anak-anak kami. Ya ALLAH, kami tidak mampu mengawasi anak-anak kami setiap waktu YA ALLAH, kami serahkan anak-anak kami untuk berada di bawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami YA ALLAH. Ya ALLAH, Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di tempat-tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai. Jauhilah mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka Mu Ya Allah. SMK MU TI A R A R I N I
YA ALLAH, Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. YA ALLAH, Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak jiran, rakan dan sahabat kami YA ALLAH. YA ALLAH, Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia & akhirat. YA ALLAH Perkenankanlah doa kami ini. ْيَن لَخاِس ِر َنُكْوَنَّنا ِمَن ْا َنا َوَتْرَحْمَنا َل ْنُفَسَنا َوِاْن لَم َْتْغِفْرَل َأ رَّبَنا َظَلْمَنا ًّال ْاِالْيَماِن َوَال َتْجَعْل ِفى ُقُلْوِبَنا ِغ لِذْيَن َسَبُقْوَن ِب َّا َنا َِوِالْخَواِنَنا رَّبَنا اْغِفْرَل ِلَّلِذْيَن آَمُنْوا َرَّبَنا ِاَّنَك َرُؤْوٌف َرِحْيٌم ِِر َيا َحَسَنًة َوِفى اآلِخَرِة َحَسَنًة َوِقَنا َعَذْاَب الَّنا رَّبَنا آِتَنا ِفى الُّدْن ْنَت الَّتَّواُب الَّرِحْيُم لَعِلْيُم َوُتْب َعَلْيَنا ِاَّنَك َأ ْنَت الَّسِمْيُع ْا رَّبَنا َتَقَّبْل ِمَّنا ِاَّنَك َأ ِدَنا ُمَحَّمٍد َوَصىَّل ُهللا َعَىل َسِِي َوَعَىل آِلِه وَصْحِبِه َوَسَّلَم. لِعَّزِة َعَّما َيِصُفْوَن ْا ِِب ِِبَك َر ُسْبَحاَن َر لَعاَلِمْيَن. ْا ِِب لَحْمُد ِللِه َر َوَس َالٌم َعىَل ْاُلمْرَسِلْيَن َوْا آمين يا رب العالمين. SMK MU TI A R A R I N I
SOLAT HAJAT Solat sunat dikerjakan apabila mempunyai hajat tertentu dengan berharap agar diperkenankan oleh Allah S.W.T. Bilangan rakaat adalah 2 dan sebanyak-banyaknya 12 rakaat SMK MU TI A R A R I N I
SUMBER Panduan Mengerjakan Solat Sunat & Surah Yasin dan Amalan Pilihan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) SMK MU TI A R A R I N I
8 tip untuk ibubapa ketika anak menghadapi peperiksaan #1 Berpuasa Sunat Antara doa yang paling mustajab dan dimakbulkan oleh Allah ialah doa mak ayah. Doa orang yang berpuasa juga amat mudah dimakbulkan oleh Allah. Mak ayah berpuasalah sambil doakan anak-anak agar dapat jawab semua soalan. #2 Solat Taubat dan Hajat Lakukan solat sunat taubat dan solat hajat memohon agar anak tenang serta dapat jawab semua soalan peperiksaan dengan cemerlang. Seminggu sebelum periksa lagi mak ayah dah boleh mula lakukan. Ajaklah anak sekali turut serta. #3 Baca Quran Ketika anak berada di dewan peperiksaan, pagi itu mak ayah bacalah Quran sepanjang masa dan niatkan pahala bacaan kepada anak yang sedang menjawab soalan. Mohon dia sentiasa terang hati dan tenang ketika menjawab. #4 Lakukan Solat Dhuha Mak ayah juga boleh lakukan solat dhuha sambil berdoa sentiasa untuk anak yang bergelut menjawab soalan. Kalau bekerja pun, mak ayah boleh ambil masa sekejap dan lakukanlah di pejabat. #5 Bersedekah Bersedekah mampu meluaskan rezeki. Begitu juga dengan rezeki anak-anak ketika menjawab soalan. #6 Berterusan Zikir dan Doa Al Fatihah 7 kali, Selawat Nabi 7 kali, Subhanaallah 44 kali, Alhamdulillah 44 kali, Allahuakhbar 44 kali, Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali dan teruskan disambung dengan doa untuk anak. #7 Hantar Gelombang Positif Sentiasa membayangkan muka anak dan sentiasa berfikir positif dan yakin anak kita dapat menjawab soalan dengan lancar dan tenang. #8 Tawakal Pada Allah Ini 8 Tip Yang Diajarkan Oleh Ustaz Don Daniyal SMK MU TI A R A R I N I
Doa Penerang Hati SMK MU TI A R A R I N I
DOA APABILA TERLUPA Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur & tidak pernah lalai. Wahai Tuhanku, ingatkanlah apa yang aku lupa. SMK MU TI A R A R I N I
Mencapai kejayaan itu tidak mudah TAPI BUKAN MUSTAHIL bagi manusia yang berusaha tanpa mengenal erti putus asa SMK MU TI A R A R I N I