The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhaimin_adli, 2019-05-29 23:46:13

SEJARAH SEKOLAH INDAHPURA

SEJARAH SEKOLAH INDAHPURA

SEJARAH SEKOLAH INDAHPURA

Sekolah Agama Indahpura ditubuhkan pada tahun 2008. Pada asalnya sekolah ini
menumpang belajar di bangunan Sekolah Kebangsaan Indahpura 1(SKIP BLOK a Aras
4).Sekola ini asalnya adalah cawangan daripada Sekolah Agama Bandarputra yang terletak
kira-kira 5 kilometer daripada sekolah ini. Guru Besar yang pertama ialah Ustazah Siti
Zulaiha Binti Togiman.

Mulai 1 Januari 2009, sekolah ini mula ditadbir secara berasingan dan Guru Besar
kedua yang bertugas ialah Ustazah Tumini Binti Hj. Salam. Pada ketika itu, pengambilan
pelajar pertama berjumlah 445 orang murid dan 7 orang guru. Sekolah ini hanya beroperasi
pada sesi petang sahaja.

Pada 2 November 2014, Guru Besar ketiga mula menjalankan tugas di sekolah ini
iaitu Hjh Mazni Binti Hj. Ali Akhbar hingga 16 December 2019 berpindah ke Kota Tinggi, kini
tempatnya diganti oleh Umimuroah binti Sodikan .Guru yang bertugas seramai 10 orang dan
murid berjumlah 380 orang. Sehinggalah pada hari ini, di sekolah Agama Pekan Layan-
Layang berlaku Majlis Penyerahan Kunci Bangunan Baru Sekolah Agama Indahpura di
bawah kelolaan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor dan Jabatan Agama Islam Johor telah
disampaikan oleh YB HJ. Mutalip Bin Abd. Rahim , Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri
Johor. Bermula proses perpindahan ke bangunan baru pada hari Jumaat (27 hb Mei 2016).

Sekolah mula beroperasi sepenuhnya di bangunan baru pada 12 Jun 2016 dengan
keadaan bangunan yang di terima sebanyak 3 Blok, 12 buah bilik darjah, 2 kelas Tadika dan
pejabat, Bilik Guru, Bilik Mesyuarat serta Dewan Makan Tadika , dewan sekolah, kantin ,
pondok jaga, suarau serta kawasan parking. Buat masa ini sekolah hanya beroperasi pada
sei petang sahaja.

Seterusnya Majlis Perasmian bangunan baru Sekolah Agama Indahpura telah
disempurnakan oleh Y.B. Tuan Hj. Abd Mutalip Bin Abd. Rahim pada 12 Julai 2016 ( 07
Syawal 1437H) . Jumlah murid terkini seramai 390 orang dan guru seramai 10 orang.
Pelajar yang ada dari darjah 1 hingga Darjah 6 sahaja .
.

Pada 4 Januari 2017, sekolah mula beroperasi pada sesi pagi dengan jumlah
murid seramai 11 orang 2018 15 orang dan 2019 seramai 08 oramg.

Harapan kami semuga Sekolah Agama Indahpura sentiasa cemerlang dimasa
akan dating

Visi

“ Sekolah Agama Indahpura akan cemerlang pada 2021“

Misi

Mewujudkan persekitaran sekolah yang harmoni mengutamakan program
pembangunan pelajar yang seimbang bagi lahirkan pelajar yang berilmu,
berketrampilan, berdisiplin dan bertakwa berpandukan al-quran dan al-hadis agar

memenuhi ciri-ciri “ Khairyl Ummah “

MAKLUMAT GURU TEMPOH

BIL NAMA GURU BESAR 1.2008-31.12.2008
2.1.2009-1.11.2014
1. Ustazah Siti Zulaiha Binti
Togiman

2. Ustazah Tumini Binti Hj Salam

3. Ustazah Hjh.Mazni Binti Hj.Ali 3.11.2014 – 16.12.2019
Akhbar
4.16.12.19 hingga kini
4. Ustazah Umimuroah Binti Sodikan


Click to View FlipBook Version
Previous Book
2. ADAB JUARA A+
Next Book
CATALOGO 2018 PDF (1)