Notis Panggilan Mesyuarat
Minit Mesyuarat
Maklum Balas
SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG MENORA
13310 TASEK GELUGOR, SEBERANG PERAI UTARA.
Email : [email protected]
Tel : 04-5733376 Fax : 04-5731071
Ruj. Kami : SKPM/
Tarikh : 1 Julai 2022
Kepada:
Semua Guru,
Sekolah Kebangsaan Padang Menora.
Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT KURIKULUM BIL. 2 SESI AKADEMIK 2022/2023
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat Kurikulum Bil. 2 Sesi 2022/2023 akan diadakan mengikut
ketetapan berikut :
2.1. Tarikh : 4 Julai 2022
2.2. Hari : Isnin
2.3. Masa : 1.45 petang
2.4. Tempat : Bilik Mesyuarat
3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
3.1. Perutusan pengerusi
3.2. Pengesahan minit
3.3. Perkara berbangkit/maklum balas
3.4. Pengurusan panitia :
3.4.1. RPT/RPH
3.4.2. Laporan aktiviti panitia dan unit kurikulum
3.4.3. Kecemerlangan tahun 6
3.5. Buku teks digital
3.6. Hal-hal lain
3.7. Penutup
4. Kehadiran adalah wajib. Ketepatan masa amat dihargai. Segala kerjasama dan sokongan yang diberikan,
saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah,
(ASHRI BIN ABDULLAH)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Padang Menora.
SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG MENORA
13310 TASEK GELUGOR, SEBERANG PERAI UTARA.
Email : [email protected]
Tel : 04-5733376 Fax : 04-5731071
MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL. 2 SESI AKADEMIK 2022/2023
Tarikh : 4 Julai 2022
Hari : Isnin
Masa : 1.45 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
KEHADIRAN Pengerusi
Hadir : Ahli
Ahli
1. Encik Ashri bin Abdullah Ahli
Ahli
2. Puan Hafizoh binti Abdul Wahab Ahli
Ahli
3. Encik Zulkifli bin Salleh Ahli
Ahli
4. Encik Mohd Shukri bin Jaafar Ahli
5. Encik Mohd Aliff Imran bin Ziani Ahli
6. Encik Mohd Salleh bin Marhat Ahli
7. Encik Mohd Rifhan bin Awang Shaari Ahli
Ahli
8. Encik Mazlan bin Baharum Ahli
Ahli
9. Encik Mohamad bin Omar Ahli
Ahli
10. Puan Najah Syakirah binti Md Nayan Ahli
Ahli
11. Puan Nor Suhaida binti Saad Ahli
Ahli
12. Cik Nor Ainun binti Razak Ahli
Ahli
13. Puan Juzaida binti Jamil Ahli
Ahli
14. Puan Rodziah binti Zainol Abidin Ahli
15. Puan Jalilah binti Ahmad Hijazi Ahli
16. Puan Nor Hayati binti Wan Nek
17. Puan Siti Noorjannah binti Abd Gani Setiausaha
18. Puan Nur Suzieyani binti Mohd Dahlan
19. Puan Atikah Izzati binti Zainol
20. Puan Faridah binti Ismail
21. Puan Afida binti Md Zain
22. Puan Noraniza binti Abd Rani
23. Puan Wan Mariati binti Wan Ahmed
24. Puan Siti Azliha binti Abdillah
25. Puan Maisarah binti Abdul Latib
26. Puan Shamsiah binti Romli
27. Puan Siti Fatimah binti Ismail
28. Puan Rafidah binti Ismail
29. Puan Siti Khatijah binti Safii
Tidak hadir: Encik Azman bin Ismail
1. Puan Maizatul Azira binti Ahmad
2. Puan Zauyah binti Hasan
3. Encik Mohd Husaini bin Muhamad Hilmi
4.
5. Puan Rohaya binti Hashim
6. Puan Rasilah binti Hashim
7. Puan Siti Nazura binti Mohd Salleh @ Elias
1
AGENDA :
1. Perutusan Pengerusi
Encik Ashri mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang telah hadir. Beliau turut berasa bangga atas
usaha semua guru dalam mendidik murid tanpa rasa jemu. Beliau menyeru semua guru saling bekerjasama dalam
melaksanakan pelbagai aktiviti sekolah yang bertujuan meningkatkan keterampilan diri semua murid.
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Kurikulum Bil. 1 Sesi Akademik 2022/2023
2.1 Cadangan pengesahan : Cik Nur Ainun binti Razak
Sokongan : Encik Mohamad bin Omar
3. Perkara berbangkit / maklum balas
3.1 Per. 4.5.3 - Kadar bacaan tertinggi sehingga 4.7.2022 ialah 63 buah buku. Guru Penyelaras Media
memaklumkan akan menambahbaik syarat-syarat bagi penerima hadiah. Guru Besar meminta guru penyelaras
NILAM menyemak pengetahuan murid tentang bahan bacaan mereka.
Tindakan : Guru Penyelaras Media (GPM)
4. Pengurusan RPT dan RPH
4.1 Ketua panitia (KP) atau setiausaha panitia perlu muatnaik RPT terkini di dalam e-Prema.
4.2 Ketua panitia perlu memastikan RPH dan RPT selaras. Sekiranya berlaku sebaliknya, guru boleh menulis
catatan di ruang Catatan/Impak.
4.3 Semua guru perlu memastikan ejaan di dalam RPH adalah betul.
5. Pengurusan Panitia/Unit Kurikulum
5.1 Panitia Bahasa Melayu :
5.1.1 Program Selamat Pagi SKPM dan Sehari Sepatah Perkataan telah dilaksanakan mulai bulan Jun 2022.
5.1.2 Sudut Literasi Bahasa telah dinaiktaraf dengan menukar alas lantai dan menambahbaik bahan bacaan.
5.1.3 Minggu Bahasa telah dilaksanakan bersama-sama panitia Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
5.1.4 PLC teknik menulis abjad telah dilaksanakan secara kolaboratif bersama-sama panitia Bahasa Inggeris
dan pra sekolah.
5.2 Panitia Bahasa Inggeris :
5.2.1 PLC (program kolaboratif bersama-sama Panitia Bahasa Melayu)
5.2.2 Good Morning SKPM telah dilaksanakan.
5.2.3 Minggu Bahasa telah dilaksanakan secara kolaboratif bersama-sama panitia Bahasa Melayu dan
Bahasa Arab.
5.2.4 Ketua Panitia memaklumkan ahli panitia sedang membuat persediaan choral speaking untuk Karnival
Bahasa Inggeris.
Tindakan : KP BI
5.2.5 Laluan HIP akan ditambahbaik manakala ruang Interactive Reading Corner (IRC) masih menunggu
kelulusan geran.
Tindakan : Penyelaras HIP
5.2.6 Pertandingan Virtual Scrabble akan diadakan pada 5.7.2022.
Tindakan : Guru penyelaras peserta
2
5.3 Panitia Matematik :
5.3.1 Telah melaksanakan 2 PLC.
5.3.2 Jadual hafalan sifir telah ditampal di dalam kelas untuk tujuan pertandingan.
5.3.3 Murid tahun 4 - 6 telah menyertai pertandingan MyGuru Math Genius Challenge 2022 yang diadakan
secara atas talian. Sijil akan dihantar ke alamat emel yang didaftar oleh murid.
Tindakan : Penyelaras peserta
5.4 Panitia Sains :
5.4.1 Program Akil Baligh (program kolaboratif bersama Panitia Agama Islam).
5.4.2 Pertandingan Kitar Semula (program kolaboratif bersama PSS).
5.4.3 Program yang akan dilaksanakan - Selamat Pagi SKPM, minggu panitia dan penyediaan baja asli
daripada sisa makanan.
Tindakan : KP Sains
5.5 Panitia Agama Islam :
5.5.1 Program yang telah dilaksanakan ialah program Ihya’ Ramadhan dan Ceramah Akil Baligh.
5.5.2 Program yang akan dilaksanakan ialah Kem Bestari Solat (27/7/2022). Tuan Guru Besar mengizinkan
pelibatan semua guru. Bahan-bahan berkaitan program akan disediakan oleh Panitia Agama Islam.
Tindakan : KP Agama Islam
5.5.3 Dialog prestasi berkaitan data Al-Quran akan ditumpukan pada murid tahun 6 kerana terdapat 12
orang murid yang masih membaca Iqra’. Program intervensi akan dilaksanakan dalam waktu Qur’an.
Panitia akan berusaha mencapai KPI JPNPP yang menyasarkan sekurang-kurangnya 70 orang murid
dapat membaca Al-Qur’an.
Tindakan : KP Agama Islam
5.6 Panitia Bahasa Arab :
5.6.1 Panitia telah melaksanakan minggu bahasa secara kolaboratif bersama-sama Panitia Bahasa Inggeris
dan Bahasa Melayu.
5.7 Panitia Sejarah :
5.7.1 AJK panitia sedang menaiktaraf sudut panitia. Sebuah whiteboard telah diletakkan untuk mencatat
peristiwa penting.
5.7.2 Panitia Sejarah akan melaksanakan program intervensi dengan memberi nota poket kepada semua
murid tahap 2.
Tindakan : KP Sejarah
5.7.3 Minggu panitia akan dilaksanakan dalam bulan Ogos.
Tindakan : KP Sejarah
5.8 Panitia Pendidikan Seni Visual :
5.8.1 Program kolaboratif yang telah dilaksanakan bersama-sama Panitia Agama Islam dan AADK ialah
menghasilkan poster sempena bulan Ramadhan dan mewarna gambar masing-masing.
5.8.2 Penyelenggaraan Bilik Seni masih diteruskan. Encik Rosman bersetuju melukis mural pada dinding
bilik seni.
Tindakan : KP PSV
5.8.3 Panitia akan menjalankan pertandingan melukis Sekolahku Sejahtera. Guru mata pelajaran PSV
diminta menyampaikan maklumat kepada semua murid.
Tindakan : KP PSV
3
5.9 Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan :
5.9.1 Ujian SEGAK telah dilaksanakan untuk murid tahun 6 manakala ujian bagi murid tahun 4 dan 5 akan
disambung kemudian bagi memberi laluan kepada beberapa program lain.
5.9.2 Ujian BMI telah dilaksanakan ke atas semua murid. Tahap BMI murid telah direkodkan secara atas
talian. Guru PJK perlu memantau gaya hidup murid yang mengalami obesiti.
Tindakan : KP PJK
5.10 Pusat Sumber Sekolah :
5.10.1 Murid tahun 6 disarankan supaya memperbanyakkan bacaan dan mencatat di dalam rekod NILAM
masing-masing. Contoh bacaan yang paling mudah ialah membaca poster. Guru besar mencadangkan
supaya pihak PSS membuat penetapan hari untuk pelaksanaan NILAM.
Tindakan : GPM
5.11 Pra sekolah :
5.11.1 Program yang telah dilaksanakan ialah Wonder Kid (tempat ke-5 terbaik di peringkat daerah dan
saguhati di peringkat negeri) dan penyertaan dalam minggu bahasa.
5.11.2 Permohonan kemasukan ke pra sekolah pada Sesi Akademik 2023/2024 telah ditutup. Keputusan
permohonan boleh disemak selepas bulan Julai. Permohonan yang layak akan dimaklumkan melalui
surat rasmi.
5.11.3 Program yang akan dilaksanakan ialah pertandingan sempena bulan kemerdekaan dan aktiviti-aktiviti
panitia.
5.11.4 Ujian BMI bagi murid-murid pra sekolah akan dilaksanakan setelah mendapat kebenaran dari waris.
Ketua Panitia PJK akan menyediakan surat tersebut.
Tindakan : KP PJK
5.12 Unit Pemulihan :
5.12.1 Bilangan murid pemulihan ialah 43 orang.
5.12.2 Program Mentor Mentee akan dilaksanakan pada setiap pagi.
5.12.3 Pada 5.7.2022, guru pemulihan akan membawa beberapa orang murid untuk pemeriksaan kesihatan.
Sekiranya mereka disahkan sebagai Murid Berkeperluan Khas (MBK), mereka akan meyertai Program
Outreach.
Tindakan : Guru Pemulihan
5.13 Unit Bimbingan dan Kaunseling :
5.13.1 Program motivasi untuk murid tahun 6 telah dilaksanakan pada 25 Jun 2022.
5.13.2 Program yang akan dilaksanakan seterusnya akan melibatkan bekas murid SKPM yang sedang
menuntut di Perancis.
5.13.3 Ujian psikometrik bagi murid tahap 2 akan dimasukkan ke dalam jadual pentaksiran.
5.14 Kecemerlangan Tahun 6
5.14.1 Memandangkan UPSR telah dimansuhkan, pihak kurikulum akan mengambil kira enrolmen murid ke
sekolah khas sebagai KPI tahunan.
5.14.2 Semua guru perlu mempunyai maklumat yang luas tentang sekolah-sekolah khas, ujian PKSK dan
UKKM.
4
6. Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk melaksanakan program buku teks digital. Usaha ini diambil bagi menangani
masalah beg sekolah yang berat. Sebagai permulaan, murid tahun 4 dan 5 akan menerima senarai QR Code bagi
semua buku teks yang berkaitan kerana mereka berada di aras paling tinggi di bangunan Zamrud.
6.1 Pelancaran akan diadakan pada 1 Ogos 2022.
Tindakan : Guru Penyelaras SPBT
7. Hal-hal Lain :
7.1 Dapatan daripada pemantauan jemaah nazir :
7.1.1 KP dan Setiausaha Panitia perlu sentiasa membimbing guru bukan opsyen yang mengajar mata
pelajaran berkaitan.
7.1.2 Dalam bimbingan PdPc, SKPMg2 (Standard 4), KP perlu peka pada aspek-aspek berikut :
a) 4.2 (Guru sebagai pengawal)
b) 4.3 (Guru sebagai pembimbing)
c) 4.4 (Guru sebagai pendorong)
d) 4.5 (Guru sebagai penilai)
Semua aspek yang telah dinyatakan perlu dibincangkan di dalam mesyuarat panitia.
7.2 Guru penyelaras ICT memaklumkan :
7.2.1 Makmal 1 boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti.
7.2.2 Penggunaan Makmal Bahasa masih di tahap minima kerana kurang selesa akibat kegagalan fungsi
pendingin hawa.
7.2.3 Semua guru diminta memantapkan penggunaan akaun Delima.
7.2.4 Guru-guru yang ingin menggunakan makmal diminta memaklumkan guru penyelaras kerana jadual
penggunaan adalah terbuka.
7.3 Pentaksiran Sumatif 1 akan diadakan pada awal bulan Ogos.
7.4 Minggu panitia yang akan diadakan pada bulan Ogos ialah STEM (Matematik, Sains dan RBT) serta Sejarah,
PJK, Muzik dan PSV.
7.5 Setiap panitia perlu menyediakan Perancangan Taktikal masing-masing.
7.6 Penilaian PBPPP yang pertama telah selesai. Pegawai Yang Dinilai boleh menghubungi Pegawai Penilai masing-
masing untuk mendapatkan markah prestasi.
7.7 Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) telah dilaksanakan sebanyak 2 kali.
7.8 Jawatankuasa Kelab Guru dan Kakitangan akan menyalurkan peruntukan membaiki kipas, pintu dan pendingin
hawa di bilik guru.
7.9 Puan Juzaida menyarankan supaya semua panitia mengadakan sekurang-kurangnya 2 PLC dalam setahun.
7. Penutup :
Tuan Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas usaha dan pengorbanan mendidik dan
membimbing murid untuk menjadi insan yang cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah. Beliau berharap guru-
guru akan meneruskan usaha merancang dan melaksanakan program bagi meningkatkan kecemerlangan murid-murid
SK Padang Menora.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.
5
MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT BIL. 2 SESI AKADEMIK 2022/2023
Nama Mesyuarat : Mesyuarat Kurikulum Bil. 2 SESI AKADEMIK 2022/2023
Tarikh : 4.7.2022 (Isnin)
Tempat : Bilik Mesyuarat
Unit : Kurikulum
M/S RUJ. PERKARA TINDAKAN MAKLUM BALAS
2 5.2.4 Ketua Panitia memaklumkan ahli panitia KP Bahasa Inggeris
sedang membuat persediaan choral Tidak dapat dilaksanakan akibat
speaking untuk Karnival Bahasa Inggeris. kekangan masa.
2 5.2.5 Laluan HIP akan ditambahbaik manakala Penyelaras HIP Geran untuk IRC telah diluluskan dan
ruang Interactive Reading Corner (IRC) sudut tersebut telah dikemaskini pada
masih menunggu kelulusan geran. 15.9.2022.
2 5.2.6 Pertandingan Virtual Scrabble akan Penyelaras peserta Telah dilaksanakan pada 21.7.2022 di
diadakan pada 5.7.2022. SK Pokok Sena.
3 5.3.3 Murid tahun 4 - 6 telah menyertai Penyelaras peserta Semua murid tahun 4, 5 dan 6 telah
pertandingan MyGuru Math Genius didaftarkan. Pautan bengkel dan
Challenge 2022 yang diadakan secara atas soalan telah dikongsikan dari masa ke
talian. Sijil akan dihantar ke alamat emel semasa sepanjang tempoh
yang didaftar oleh murid. pertandingan. 9 orang murid telah
berjaya ke peringkat kedua. Sijil telah
disampaikan pada 31.10.2022.
3 5.4.3 Program yang akan dilaksanakan - Selamat KP Sains Program Selamat Pagi SKPM telah
Pagi SKPM, minggu panitia dan penyediaan bermula.
baja asli daripada sisa makanan.
3 5.5.2 Program yang akan dilaksanakan ialah KP Agama Islam Telah dilaksanakan.
Kem Bestari Solat (27/7/2022). Tuan Guru
Besar mengizinkan pelibatan semua guru.
Bahan-bahan berkaitan program akan
disediakan oleh Panitia Agama Islam.
3 5.5.3 Dialog prestasi berkaitan data Al-Quran KP Agama Islam 90% murid tahun 6 telah berupaya
akan ditumpukan pada murid tahun 6 membaca Al Qur’an.
kerana terdapat 12 orang murid yang Panitia sedang berusaha ke arah
masih membaca Iqra’. Program intervensi mencapai target.
akan dilaksanakan dalam waktu Qur’an.
Panitia akan berusaha mencapai KPI JPNPP
yang menyasarkan sekurang-kurangnya 70
orang murid dapat membaca Al-Qur’an.
3 5.7.2 Panitia Sejarah akan melaksanakan KP Sejarah Nota poket berbentuk QR code akan
program intervensi dengan memberi nota diedarkan kepada murid.
poket kepada semua murid tahap 2.
3 5.7.3 Minggu panitia akan dilaksanakan dalam KP Sejarah Telah dilaksanakan.
bulan Ogos.
3 5.8.2 Penyelenggaraan Bilik Seni masih KP Seni Visual Bilik seni masih dalam proses naik
diteruskan. Encik Rosman bersetuju KP Seni Visual taraf. Mural akan disiapkan
melukis mural pada dinding bilik seni. sepenuhnya pada bulan Oktober.
3 5.8.3 Panitia akan menjalankan pertandingan Program Sekolahku Sejahtera disertai
melukis Sekolahku Sejahtera. Guru mata oleh murid secara individu.
pelajaran PSV diminta menyampaikan Pendaftaran dibuat sendiri oleh murid
maklumat kepada semua murid. yang berminat.
6
4 5.9.2 Ujian BMI telah dilaksanakan ke atas KP PJK Ujian BMI kali pertama telah
semua murid. Tahap BMI murid telah dilaksanakan.
direkodkan secara atas talian. Guru PJK
perlu memantau gaya hidup murid yang Ujian kali kedua akan dilaksanakan
mengalami obesiti. dalam masa terdekat.
4 5.10.1 Murid tahun 6 disarankan supaya GPM Penetapan dibuat pada hari Jumaat.
memperbanyakkan bacaan dan mencatat Setakat ini, masih belum dapat
di dalam rekod NILAM masing-masing. dilaksanakan.
Contoh bacaan yang paling mudah ialah
membaca poster. Guru besar KP PJK Telah dilaksanakan.
mencadangkan supaya pihak PSS
membuat penetapan hari untuk
pelaksanaan NILAM.
4 5.11.4 Ujian BMI bagi murid-murid pra sekolah
akan dilaksanakan setelah mendapat
kebenaran dari waris. Ketua Panitia PJK
akan menyediakan surat tersebut.
4 5.12.3 Pada 5.7.2022, guru pemulihan akan Guru Pemulihan Dua orang murid telah mengikuti
Program Outreach dan mereka telah
membawa beberapa orang murid untuk
pemeriksaan kesihatan. Sekiranya mereka diterima belajar di PPKI.
disahkan sebagai Murid Berkeperluan Khas
(MBK), mereka akan meyertai Program
Outreach.
5 6 Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk Guru Penyelaras Ditangguhkan ke tarikh yang akan
melaksanakan program buku teks digital. SPBT ditetapkan.
Usaha ini diambil bagi menangani masalah
beg sekolah yang berat. Sebagai
permulaan, murid tahun 4 dan 5 akan
menerima senarai QR Code bagi semua
buku teks yang berkaitan kerana mereka
berada di aras paling tinggi di bangunan
Zamrud.
6.1 Pelancaran akan diadakan pada 1 Ogos
2022.
Disediakan oleh: Tarikh : 22 November 2022
Puan Siti Khatijah binti Safii,
Setiausaha.
7