The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nasirahhani07, 2023-06-25 07:04:23

MINIT MESYUARAT PSS BIL 1_2021 contoh

MINIT MESYUARAT PSS BIL 1_2021 contoh

SEKOLAH KEBANGSAAN LUKUT KM 11, JLN SEREMBAN, 71010 PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN NO. TEL : 06-6517063 / FAX : 06-6514223 MINIT MESYUARAT PUSAT SUMBER SEKOLAH BIL 1 / 2021 Tarikh / Hari : 15 Jan 2021 / Jumaat Masa : 9.30 – 11.30 pagi Tempat : Dewan Terbuka, SK Lukut. Kehadiran : Hadir 1. Safinaz binti Nordin - Pengerusi 2. Datin Hjh Salmah binti Buang - Timbalan Pengerusi 3. Ramlan bin Hj Rahim - Naib Pengerusi 1 4. Mohd Zakwan bin Zainudin - Naib Pengerusi 2 5. Shazrizuliana binti Saimon - Setiausaha 6. Nur Fatin Syazirah binti Mohd Jidin - Naib Setiausaha 7. Anwarridza bin Rusman 8. Arni Asreena binti Aziz 9. Bazli bin Mat Nawang 10. Che Ku Nor Azren binti Che ku Abdul Rahim 11. Cheok Hui Li 12. Ganthi Selvi a/p Maniam 13. Geetha a/p Narayanan 14. Hafizatun Nor binti Tauhid 15. Hamidah binti Nizamuddin 16. Hasenah binti Saleh 17. Jalila binti Jamar 18. Kanesh a/l Krishnan 19. Khusna binti Ismail 20. Mashunizalwa binti Sarmin 21. Melati binti Basiron 22. Mohd Shahril bin Rahmat 23. Mohd Shariff bin Yusof 24. Muhammad Akmal Hakim bin Sabtu 25. Muhammad Fakhrullah bin Mohd Nasir 26. Nabila binti Abdul Rahman 27. Nabilah Surayar binti Azami 28. Noor Afiqah binti Shamsudin 29. Noorazwina binti Mihad 30. Noornazifah binti Awang@Husain 31. Nor Asmani binti Harun 32. Nor Azura binti Md. Nor 33. Nor Salina binti Sarif 34. Norainifaridah binti Kaliwan 35. Noraislda binti Mat Nor 36. Noraizan binti Nordin 37. Noraniza binti Aziz 38. Norazuraini binti Zakaria 39. Norlaile binti Daud 40. Norliza binti Abdul Mulup 41. Norshakila binti Rusly 42. Norzamzila binti Yasin 43. Nur Athiran Hazirah binti Mohamed Suhimi 44. Nur Diyana binti Zubiruddin


45. Nur Hidayah binti Mohammad Roston 46. Nur Saadah binti Jafar 47. Nur Wajihah binti Md Salleh 48. Nurhidayah binti Aziz 49. Nur-Ul Shahada binti Redza 50. Nurul Amirah Hazirah binti Ibrahim 51. Nurshuhaila binti Rasli 52. Razmee bin Ayop 53, Rozida binti Nohamad Razi 54. Ruhaizah binti Pekeh 55. Ruzita binti Zulkifle 56. S. Amutha a/p Selorarajy 57. Sabrina binti Mohd Ali 58. Senji Vanan a/l Manoharan 59. Shaidatul Huda binti Raduan 60. Sidek bin Mat Jusoh 61. Sietradavie a/p Ayakkan 62. Siti Aishah binti Veera Shaib 63. Siti Asiah binti Md Salleh 64. Siti Ayuura binti Jalaluddin 65. Siti Fatimah binti Ilyah 66. Siti Nurul Fatihah binti Mat Safien 67. Siti Rohana binti Mohd Ali 68. Siti Rohani binti Mahidin@Hj Din 69. Suhairah binti Che Hassan 70. Syariffah Nur Azzillah binti Syed Ismail 71. Thulasiammal a/p Gengen 72. Zahardi Arman bin Zakaria 73. Zalinor binti Mohd Nor 74. Zani binti Hamzah 75. Zarina binti Non@Zainon Turut Hadir 1. Mastura Nor binti Mehad - Wakil PIBG Tidak Hadir 1. Hjh Shahrani binti Talib - Bersebab 2. Norizan binti Mat - Bersebab 3. Zainun binti Mohamed - Bersebab AGENDA 1.0 Ucapan Aluan Pengerusi – Pentadbir. 1.1 Mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih kepada semua guru SKL kerana meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat Pusat Sumber Sekolah (PSS) kali pertama. 1.2 Pengerusi juga mengucapkan selamat datang kepada Pn. Mastura Nor binti Mehad wakil daripada PIBG atas kesudian beliau bersama-sama dalam mesyuarat kali ini. 1.3 Pengerusi menyatakan bahawa PSS merupakan seluruh kawasan sekolah yang bermula dari pintu pagar hadapan sehingga pintu belakang sekolah yang mana perlu ceria dan dipenuhi dengan pelbagai maklumat ilmiah dan bukan hanya tertumpu pada perpustakaan sekolah sahaja. 1.4 Pada tahun ini, PSS dipilih sebagai kebitaraan sekolah. Oleh itu, pengerusi memohon agar semua guru bersama-sama membangunkan PSS dan bukan hanya GPM yang menggalas tanggunjawab ini.


2.0 Ucapan Guru Perpustakaan & Media (GPM) 2.1 Mengucapkan terima kasih kepada pengerusi atas kata alu-aluan mesyuarat. Beliau turut mengalu-alukan kehadiran semua guru SKL dan wakil PIBG, Pn. Mastura Nor binti Mehad dalam Mesyuarat Pusat Sumber Sekolah kali pertama ini. 2.2 Beliau turut membacakan sepintas lalu visi, dan misi PSS : 2.2.1 VISI : PSS menjana murid cemerlang, guru gemilang, sekolah terbilang menjelang 2023 2.2.2 Misi : PSS SK Lukut menjana modal insan yang seimbang Menerusi budaya membaca dan pembelajaran kendiri 2.2.3 MOTTO : Murid Cemerlang, PSS Gemilang, Sekolah Terbilang 2.2.4 OBJEKTIF : 2.2.4.1 Memastikan SK Lukut berjaya mencapai IQ NILAM yang membanggakan berdasarkan instrumen. 2.2.4.2 Memantapkan pelaksanaan program NILAM dalam kalangan murid dan guru. 2.2.4.3 Meningkatkan budaya Literasi Maklumat warga sekolah dalam kalangan murid-murid. 2.2.4.4 Meningkatkan penggunaan bilik-bilik khas PSS seperti bilik akses, bilik tayang dan makmal komputer untuk tujuan pembelajaran dan capaian maklumat. 2.2.4.5 Meningkatkan kemahiran maklumat murid supaya pembelajaran kendiri dapat dijalankan dengan berkesan. 2.2.4.6 Meningkatkan keberkesanan guru dalam pengajaran dan pembelajaran guru di kelas dan luar bilik darjah. 2.2.4.7 Memupuk minat dan tabiat membaca berkualiti warga sekolah menerusi aktiviti dan galakan membaca. 2.2.4.8 Mewujudkan suasana persaingan secara sihat untuk mengumpul mata ganjaran dan bintang dalam program NILAM. 2.2.4.9 Mencungkil bakat dan kemenjadian murid melalui tokoh NILAM dan aktiviti PSS. 2.2.5 MATLAMAT : 2.2.5.1 Meningkatkan mutu pendidikan di Sekolah Kebangsaan Lukut. 2.2.5.2 Menyediakan medium dan ruang untuk warga sekolah dan komuniti setempat berinteraksi. 2.2.5.3 Membentuk profesion keguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin. 2.2.5.4 Menjadikan PSS sebagai satu agensi dan sumber maklumat yang utama. 2.2.5.5 Membantu dalam pembentukan murid yang berilmu, dinamis, kreatif dan berdisiplin agar dapat menjadi insan yang seimbang dan berfikiran positif. 2.3 Mesyuarat telah dimaklumkan bahawa infrastuktur yang terdapat di Pusat Sumber terdiri daripada bilik-bilik khas di bawah pengurusan dan kewangan PSS yang diurus tadbir oleh AJK yang telah dilantik dengan bantuan Pengawas Pusat Sumber (PPS). 2.3.1 Bilik Perpustakaan 2.3.2 Bilik Akses/Tayang 2.3.3 Sudut SAL 2.3.4 Bilik BBM 2.3.5 Makmal Komputer 2.4 Bilik-Bilik Khas lain yang terdapat di sekolah merupakan Bilik Rangkaian kepada PSS yang mana semua bilik ini dinilai dalam penggredan PSS. Pengurusan pentadbiran dan kewangan bilik-bilik ini adalah di bawah tanggungjawab ketua panitia atau penyelaras bilik yang dilantik. Tindakan : Ketua Panitia dan Penyelaras Bilik Khas


2.5 Mesyuarat bersetuju agar semua bilik ini sentiasa berada dalam keadan baik, ceria, kemas dan kondusif. Bilik-bilik ini perlu dilengkapkan dengan carta organisasi, peraturan, manual penggunaan bilik-bilik khas, rekod penggunaan dan jadual penggunaan bilik-bilik khas. GPM juga memohon agar penyelaras bilik merujuk kepada senarai semak keperluan bilik-bilik khas yang telah diedarkan pada perjumpaan lepas. Tindakan : Ketua Panitia dan Penyelaras Bilik Khas 2.6 Mesyuarat menerima usul bahawa bermula pada tahun 2021, pihak pentadbir akan membuat pemantauan dan semakan terhadap rekod penggunaan bilik-bilik khas. Mohon kepada semua penyelaras bilik khas agar mengambil maklum dan tindakan tentang perkara ini. Tindakan : Ketua Panitia dan Penyelaras Bilik Khas 2.7 Mesyuarat telah dimaklumkan bahawa PSS telah mempunyai logo yang telah direka dan digunakan bermula pada tahun 2020. Tujuan logo ini diwujudkan sebagai identity PSS. Oleh kerana PSS adalah kebitaraan sekolah, maka logo ini dapat menunjukkan identiti dan mengukuhkan lagi tentang kewujudan dan fungsi PSS kepada warga sekolah sebagai khidmat bantu kurikulum. 2.8 Logo ini digunakan dan diletakkan pada sijil-sijil aktiviti anjuran PSS, banner bersama logo sekolah dan pada tanda nama PPS. Selain itu, dengan adanya logo ini dapat memberikan motivasi dan semangat kepada warga PSS untuk bekerjasama dalam pasukan serta mencapai kejayaan. 2.9 Berikut merupakan logo dan makna logo PSS Hijau : Ketenangan dan kedamaian di dalam PSS Kelabu : Pelengkap kepada suasana yang redup dan selesa Perisai : Kekuatan dan semangat kerjasama keluarga PSS Scroll & Morta Board : Kejayaan warga PSS dalam mengharumkan nama sekolah Buku : Ilmu, maklumat dan pengetahuan 6 ikon dalam bulatan : Gedung ilmu daripada pelbagai sumber


3.0 Perbincangan Profesional. 3.1 Pengurusan Pusat Sumber 3.1.1 Jawatankuasa PSS 3.1.1.1 Mesyuarat bersetuju menerima rombakan jawatankuasa PSS dengan mewujudkan beberapa unit dan biro. Tujuan unit dan biro diwujudkan bagi mudahkan ajk menjalankan tugas dan peranan yang lebih sistematik dan berfokus. Selain dapat bekerja dalam satu pasukan ke arah kecemerlangan. 3.1.1.2 PIBG dimasukkan dalam JK Induk PSS. Berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Pusat Sumber Abad ke-21, PIBG perlu dimasukkan dalam JK Induk bagi memberi penglibatan kepada PIBG dalam pengurusan pusat sumber. Dalam 11 anjakan Tranformasi Sistem Pendidikan Malaysia, sekolah disarankan bekerjasama dengan PIBG dalam anjakan ke-9. 3.1.1.3 Selain memasukkan PIBG dalam Jawatankuasa Induk PSS, PSS juga telah mewujudkan empat unit baharu iaitu : - Unit Perpustakaan - Unit NILAM - Unit Pengawas - Unit Promosi 3.1.1.4 Enam unit baharu dalam Jawatankuasa Kerja PSS seperti beikut : - Unit Perpustakaan - Unit Bilik Pengurusan - Unit NILAM - Unit Pengawas - Unit Promosi - Unit Buletin 3.1.1.5 Manakala bagi Jawatankuasa NILAM, biro ditubuhkan untuk membantu penyelaras NILAM. Antaranya : - Biro Aktiviti - Biro Data & Analisis - Biro Tokoh Nilam - Biro Rekod & Fail - Biro Sijil Nilam 3.1.1.6 Mesyuarat memohon supaya guru-guru untuk merujuk kepada Buku Pengurusan Sekolah untuk melihat ajk yang dilantik. (Lampiran 1) Tindakan : Semua guru 3.2 Pengawas Pusat Sumber (PPS) 3.2.1 Lantikan 3.2.1 Pada Tahun 2020, bilangan PPS adalah seramai 72 yang terdiri daripada murid PPKI (2 orang), murid aliran perdana Tahun hingga Tahun 6. PPS tahun 6 seramai 14 orang. 22 orang PPS telah tamat perkhidmatan berdasarkan tempoh persekolahan manakala, 42 orang PPS berjaya menyambung perkhidmatan ke sesi persekolahan Tahun 2021. 3.2.2 Bilangan PPS bagi sesi persekolahan Tahun 2021 adalah seramai 73 orang murid dari aliran perdana yang terdiri daripada murid Tahun 2 (6 orang). Tahun 3 (19 orang), Tahun 4 (14 orang), Tahun 5 (20 orang), Tahun 6 (14 orang) dan 3 orang murid PPKI. 3.2.3 PPS ini telah dilantik pada 30 November 2020. Sebanyak 110 permohonan diterima dan melalui saringan temuduga. Daripada jumlah tersebut, seramai 76 orang telah berjaya dan dilantik. 32 orang PPS merupakan lantikan baharu, manakala selebihnya telah berjaya menyambung perkhidmatan. PSS telah menerima surat maklum balas penerimaan lantikan pengawas. PPS yang dilantik telah membuat permohonan dan melepasi sesi temuduga.


Tindakan : Makluman semua guru 3.2.2 Buku Manual Pengurusan Pengawas Pusat Sumber 3.2.2.1 Mesyuarat memaklumkan bahawa pada Tahun 2021, PSS mewujudkan Buku Manual Pengurusan Pengawas PSS. Buku ini merupakan buku panduan kepada PPS dalam menjalankan tugas dan mengetahui peranan dan fungsi PPS kepada PSS agar lebih berpandu dan terarah. 3.2.2.2 Buku ini juga merupakan buku catatan PPS tentang aktiviti PSS yang disertai oleh PPS, tugasan, dan rekod disiplin pengguna PSS. PPS perlu mengisi maklumat dan mencatat semua perkara berkaitan PSS dan perlu dihantar kepada guru PSS untuk disemak dan dinilai pada setiap minggu pada hari Jumaat. 3.2.2.3 Buku ini akan diberikan kepada PPS pada perjumpaan mesyuarat Jawatankuasa Pengawas PPS yang akan dimaklumkan kelak. Setelah menerima buku ini, PPS diberi tempoh selama dua minggu untuk melengkapkan maklumat yang dikehendaki dan dihantar untuk disemak. Tindakan : GPM, PPS dan Guru PSS 3.2.3 Aktiviti PPS 3.2.3.1 PSS telah merangka dan merancang beberapa aktiviti dan program khas untuk PPS untuk memberikan semangat, motivasi dan keseronokan dalam menjalankan tugas dan menyandang jawatan pengawas. 3.2.3.2 Aktiviti pertama PPS setelah dilantik dan dilakukan sepanjang cuti sekolah adalah PPS SKL NICE. Ini merupakan tugasan literasi maklumat yang perlu diselesaikan oleh PPS bersama keluarga. 3.2.3.3 Terdapat 20 tugasan yang perlu dikumpulkan dalam bentuk folio fail atau buku skrap. Tugasan ini diberikan melalui kumpulan whatapps. PSS bercadang untuk memberikan ganjaran sijil penghargaan (emas, perak dan gangsa) kepada PPS yang berjaya menyelesaikan tugasan dengan cemerlang. 3.2.3.4 Hasil kerja PPS akan dipamerkan di perpustakaan untuk menjadi contoh dan rujukan kepada murid lain pada kempen Jom ke PSS pada bulan Febuari hingga Disember. Tindakan : Makluman semua guru 3.2.4 Jadual Bertugas 3.2.4.1 PPS dikehendaki bertugas mengikut jadual bertugas yang disediakan pada waktu rehat. Walau bagaimanapun, GPM memerlukan bantuan PPS pada waktu pagi dan waktu relif. GPM memohon agar semua guru yang relif jadual supaya membenarkan PPS ke PSS untuk bertugas sekiranya tiada PdP atau tugasan daripada guru relif. Tindakan : PPS & Semua guru 3.2.5 Penghargaan 3.2.5.1 Tamat tempoh perkhidmatan, PSS akan memberikan sijil penghargaan kepada PPS yang telah menjalankan tugas sepanjang tahun sebagai menghargai dan meraikan keringat dan bantuan mereka. Bagi PPS tahun 2020, sijil penghargaan akan diberikan setelah sekolah dibuka. PPS tahun 6 sesi 2020 telah diberikan pada 18 Disember 2020 sebagai tanda terima kasih mereka sepanjang berkhidmat kepada PSS selama tiga tahun. Tindakan : GPM


3.3 Peraturan PSS 3.3.1 Peraturan Penggunaan PSS Norma Baharu (Murid) 3.3.1.1 Wajib memakai pelitup mulut dan hidung 3.3.1.2 Sanitasi tangan sebelum masuk ke PSS 3.3.1.3 Mengambil dan merekod bacaan suhu di kaunter pendaftaran 3.3.1.4 Menyerahkan kad Pengguna PSS di kaunter 3.3.1.5 Hanya dibenarkan 50 orang murid sahaja berada dalam PSS pada satu-satu masa. Tindakan : Makluman semua guru 3.3.2 Peraturan Penggunaan PSS Norma Baharu (Guru) 3.3.2.1 Wajib memakai pelitup mulut dan hidung 3.3.2.2 Sanitasi tangan sebelum masuk ke PSS 3.3.2.3 Mengambil dan merekod bacaan suhu di kaunter pendaftaran 3.3.2.4 Imbas barcode sebelum menggunakan PSS 3.3.2.5 Guru tidak dibenarkan membawa murid ke perpustakaan pada waktu rehat. Tindakan : Semua guru 3.4 Pengurusan & Pentadbiran 3.4.1 Sistem Fail 3.4.1.1 Mesyuarat telah dimaklumkan bahawa sistem pengurusan fail telah bertukar di mana sebelum ini, fail pengurusan PSS disediakan menggunakan kod yang telah ditetap. Setelah menghadiri beberapa kursus dan bengkel berkaitan PSS, GPM mendapati kaedah tersebut tidak digunakan kini. 3.4.1.2 Fail yang diwujudkan adalah mengikut instrumen penilaian PSS yang mana lebih mudah diurus dan dicapai oleh GPM sekiranya berlaku pemantauan dan untuk rujukan oleh pihak pentadbir sekolah dan pemantau. Ini bagi memudahkan GPM yang mengurus PSS. Tindakan : Makluman semua guru 3.4.2 Rekod Penggunaan 3.4.2.1 Semua ketua panitia dan penyelaras bilik-bilik khas diingatkan sekali lagi menyediakan fail atau buku rekod penggunaan bilik-bilik khas dan peralatan atau bahan yang terdapat di dalam bilik tersebut. 3.4.2.2 Rekod penggunaan ini boleh dilakukan dengan kaedah mengimbas qr code menggunakan telefon bimbit dan terus disimpan sebagai rekod. Pada akhir bulan, penyelaras boleh memuat turun rekod yang telah disimpan melalui qr code dan boleh diletakkan di dalam fail rekod penggunaan sebagai bukti penggunaan untuk dianalisis. 3.4.2.3 GPM berkata, kaedah imbasan ini lebih mudah dan menjimatkan masa kerana pengguna tidak perlu menulis dan percaya bahawa semua guru sentiasa membawa telefon bimbit bersama walau ke mana sahaja mereka pergi. 3.4.2.4 Selain itu, penyelaras juga diminta supaya membuat label terhadap bahan atau peralatan yang terdapat dalam bilik-bilik khas sebagi rujukan dan memudahkan murid dan pelawat mengakses bahan dan peralatan tersebut. Tindakan : Ketua Panitia & Penyelaras Bilik-Bilik Khas 3.5 Koleksi Bahan/ Stok Bahan Buku 3.5.1 Bilangan Buku 3.5.1.1 Pada tahun 2020, guru-guru perpustakaan telah membuat semakan stok buku yang terdapat di perpustakaan dan dibantu oleh PPS. Berdasarkan pengiraan semula terhadap semua bahan buku di perpustakaan, terdapat sebanyak 11000 buah buku.


3.5.1.2 Daripada jumlah tersebut, sebanyak 6000 buku perlu dilupuskan kerana ada antaranya telah rosak, terlalu lama dan langsung tidak sentuh atau dibaca oleh pengguna perpustakaan manakala, selebihnya masih boleh digunakan dan berada di rak buku perpustakaan. Tindakan : Makluman semua guru 3.5.2 Nisbah Buku 3.5.2.1 Rentetan daripada masalah tersebut, PSS menghadapi masalah kekurangan bahan buku untuk digunakan oleh pengguna. Ini kerana nisbah buku yang ditetapkan kepada sekolah rendah adalah pada 1:15 manakala sekolah hanya mampu memberikan nisbah buku kepada murid 1:09 sahaja. Jumlah ini tidak dapat menampung bilangan murid yang ramai di sekolah ini. 3.5.2.2 Oleh hal yang demikian, PSS akan giat mencari penyelesaian agar jumlah bilangan buku yang boleh dimanfaatkan oleh murid bertambah. Berdasarkan jumlah bilangan buku yang tinggal, terdapat lambakan buku yang mana mengikut Pengkelasan Dewey, buku 800 paling banyak di perpustakaan. Buku 800 terdiri daripada buku-buku fiksyen iaitu buku cerita dan novel. 3.5.2.3 PSS akan membuat pembelian buku baharu mengikut pengkelasan Dewey yang mana buku 000 sehingga 900. Untuk Tahun 2021, PSS akan menghentikan pembelian buku 800. 3.5.2.4 Selain daripada pembelian buku menggunakan wang PCG, PSS juga telah menyusun beberapa strategi untuk menambah bilangan buku dengan kempen 1murid1buku, kempen wakaf buku baharu dan memohon sumbangan buku baharu daripada PIBG, ibu bapa, warga sekolah serta orang ramai. 3.5.2.5 GPM meminta kepada semua guru, sekiranya mempunyai buku-buku yang tidak digunakan tetapi masih elok agar dapat diberikan kepada perpustakaan dan berhasrat agar guru-guru juga boleh menyumbangkan buku-buku baharu kepada PSS Tindakan : Unit Perpustakaan, GPM & Semua guru 3.5.3 Bahan Panitia 3.5.3.1 Mesyuarat mencadangkan panitia yang membuat pembelian bahan panitia menggunakan PCG, hendaklah diserahkan kepada PSS untuk direkodkan. Ini kerana segala pembelian yang dibelanjakan menggunakan duit PCG perlu direkodkan di bawah PSS. 3.5.3.2 Pembelian bahan atau peralatan yang digunakan untuk tujuan PdP sahaja perlu direkodkan di PSS. Bahan habis guna seperti alat tulis, hadiah, keceriaan selain daripada bahan PdP hendak lah direkod oleh panitia masing-masing. 3.5.3.3 Setelah bahan dan peralatan ini direkod dan mendapat nombor perolehan, panitia boleh mengambil dan menguruskan bahan tersebut di tempat panitia masing-masing atau diletakkan di bilik BBM yang perlu direkodkan penggunaannya. Tindakan : Penyelaras Bilik BBM & Ketua Panitia 3.6 Kewangan 3.6.1 Peruntukan PCG dan YKS 3.6.1.1 Kewangan PSS adalah melalui peruntukan PCG dan YKS yang diberikan kepada semua sekolah setiap tahun. Pada Tahun 2020, peruntukan PCG yang diturunkan untuk PSS adalah sebanyak RM 13, 141.00. Jumlah ini dianggarkan sama atau mungkin lebih berbanding tahun lepas kerana pertambahan bilangan murid yang mendaftar di SK Lukut juga meningkat.


3.6.1.2 PSS telah merangka dan membuat anggaran perbelanjaan bagi PSS menggunakan peruntukan yang diberikan dengan membahagikan jumlah peruntukan yang akan diperoleh seperti berikut : Perkara Perbelanjaan (%) Bahan Buku 75% Bahan Bukan Buku 15% Bahan Habis Guna 10% Tindakan : GPM & AJK Kerja PSS 3.6.2 Dana 3.6.2.1 Bagi menampung perbelanjaan, peruntukan yang diturunkan adalah tidak mencukupi untuk menampung pembelian bahan-bahan lain untuk kegunaan dan aktiviti PSS, PSS bercadang untuk mencari dana sebagai alternatif kepada masalah ini. 3.6.2.2 PSS bercadang untuk mendapatkan dana melalui jualan majalah, alat tulis seperti pen, pensil, buku nota, penanda buku yang dihasilkan oleh PSS dan cenderamata PSS. Selain itu, kutipan dana juga melalui aktiviti bermusim seperti hari guru, hari raya dan bulan kemerdekaan dengan menjual kad ucapan dan hamper. Aktiviti lain yang boleh menjana dana PSS adalah seperti tayangan video dan kuiz yang dilakukan di PSS. 3.6.2.3 Dana yang diperoleh adalah untuk tujuan keceriaan PSS, sijil-sijil dan hadiah kepada peserta yang menyertai aktiviti dan program yang dianjurkan oleh PSS Tindakan : GPM & AJK Kerja PSS 3.7 Aktiviti PSS 3.7.1 Pada Tahun 2020, banyak aktiviti dan program yang telah dirancang tidak dapat dilaksanakan akibat pandemic Covid-19 ini. Walau bagaimanapun, PSS telah berusaha mengadakan aktiviti dan pertandingan secara dalam talian sebagai aktiviti mengisi masa lapang murid semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. 3.7.2 Walau bagaimanapun, GPM berasa sedikit kecewa dengan penyertaan dalam kalangan warga sekolah terutama murid-murid yang kurang mendapat sambutan. Namun, tidak mematahkan semangat PSS untuk terus memberikan perkhidmatan dan mengadakan aktiviti untuk memeriahkan dan mengekalkan peranan PSS di sekolah. 3.7.3 Untuk makluman, pada tahun 2020 terdapat satu program jaringan yang akan dilaksanakan bersama GPM sekolah SK Raub, Pahang terpaksa ditangguhkan kerana PKP. Program ini dianjurkan oleh PSS dengan mendapat sokongan dan kerjasama daripada SSTP Negeri Sembilan kepada semua GPM di daerah Port Dickson. 3.7.4 Mesyuarat berhasrat untuk meneruskan penganjuran program ini pada bulan Februari 2021 sekiranya keadaan telah reda secara bersemuka. 3.7.5 PSS telah merancang pelbagai aktiviti dan program yang menarik dan berimpak tinggi kepada murid-murid. Guru-guru boleh melihat dan mengetahui aktiviti dan program yang telah dirancang dengan merujuk Buku Pengurusan Sekolah (Lampiran 2). 3.7.6 Mesyuarat telah dimaklumkan bahawa semua aktiviti yang dirancang akan dimaklumkan melalui kumpulan whatapps dan channel sekolah sekiranya terdapat perubahan atau pelaksanaannya dari semasa ke semasa. 3.7.7 Mesyuarat juga berharap agar semua aktiviti yang dirancang dapat dilakukan samada secara bersemuka atau secara dalam talian sekiranya masalah pandemik ini masih belum selesai. Tindakan : GPM & AJK Kerja PSS


3.8 Perkhidmatan PSS 3.8.1 Bilik Akses 3.8.1.1 Bilik Akses telah dipindahkan ke aras tiga dalam bilik perpustakaan dan di sebelah bilik J-Qaf. 3.8.1.2 Terdapat 10 buah komputer baharu yang diuruskan oleh juruteknik ICT dengan mempunyai capaian internet. Bilik ini akan mula beroperasi pada hari pertama sesi persekolah tahun 2021. 3.8.1.3 Manual penggunaan PC akan ditampal pada monitor untuk kemudahan pengguna dan perlu direkod penggunaannya pada PC yang digunakan. 3.8.1.4 GPM menyeru dan mengajak semua pentadbir, guru, PIBG, ibu bapa dan murid menggunakan khidmat yang disediakan oleh PSS dengan berlapang dada dan secara berhemat. 3.8.2 Bilik Tayang 3.8.2.1 Bilik tayang juga telah dipindahkan di aras tiga bangunan blok B dan berkongsi dengan bilik akses dan sudut SAL. Perkongsian ini dilakukan kerana kekurangan bilik di SK Lukut. 3.8.2.2 Bilik ini juga mempunyai sebuah televisyen daripada kampus ASTRO. 3.8.2.3 GPM memaklumkan bahawa bilik ini tidak sesuai untuk menjalankan aktiviti PdP kerana ruang yang sangat terhad dan dengan norma baharu terpaksa menghadkan bilangan pengguna pada jumlah yang sangat minimum kurang daripada 20 orang murid dalam satu-satu masa. 3.8.2.4 Tiada perkhidmatan Astro untuk tujuan pendidikan. Walau bagaimanapun, GPM akan mendapatkan kabel atau MY TV untuk kegunaan murid dan guru pada waktu senggang. 3.8.3 Perpustakaan 3.8.3.1 Perpustakaan akan dibuka semula kepada semua murid dan warga sekolah pada hari pertama persekolahan dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. 3.8.3.2 Norma baharu ini, murid hanya dibenarkan masuk dan menggunakan perpustakaan untuk aktiviti yang telah ditetapkan dengan jumlah penguna yang terhad. PSS terpaksa menghadkan pergerakan dan aktiviti pengguna di perpustakaan kerana tiada tenaga kerja untuk mensanitasi perpustakaan setelah digunakan. 3.8.3.3 Bagi aktiviti pembacaan, murid hanya dibenarkan mengambil dan membaca buku-buku yang dipamerkan di rak ‘Buku Pinjaman Minggu Ini” sahaja bagi mengawal pergerakan pengguna. 3.8.4 Sirkulasi 3.8.4.1 Murid hanya dibenarkan meminjam bahan bacaan buku di perpustakaan pada waktu penggunaan PSS kelas, waktu pagi, waktu relif dan di waktu petang. 3.8.4.2 Pinjaman secara ‘sepintas lalu’ dilaksanakan bagi menghadkan pergerakan murid dan penggunaan sistem automasi yang terhad penggunaannya. Murid hanya perlu memillih buku-buku yang dipamerkan di rak ‘Buku Pinjaman Minggu Ini’ untuk dipinjam. 3.8.4.3 Pemulangan bahan bacaan buku pula hanya dilakukan pada waktu rehat sahaja oleh PPS dan guru PSS yang bertugas pada hari tersebut. 3.8.4.4 Pinjaman/Pemulangan bahan bacaan buku ini masih lagi menggunakan Kad Pinjaman PSS. Tindakan : Makluman semua guru 3.8.5 Waktu Operasi Pusat Sumber Sekolah 3.8.5.1 Waktu operasi PSS adalah seperti berikut :


o Isnin, Selasa & Khamis – 7.40 – 2.00 petang o Rabu – 7.40 pagi – 1.00 petang o Jumaat – 7.40 pagi – 12.00 tengah hari o Tutup – Cuti Sabtu, Ahad, Cuti Umum dan Cuti Sekolah *Jika ada permintaan, perpustakaan akan dibuka pada waktu cuti dan pada hari biasa selepas waktu persekolahan 3.8.5.2 Murid dan guru digalakkan menggunakan perpustakaan dengan optimum dan pada bila-bila masa mengikut kesesuaian. 3.8.5.3 Jadual Penggunaan Perpustakaan dan Bilik-Bilik Khas akan diedarkan kepada semua guru kelas untuk ditampal di kelas selewat-lewatnya pada 1 Februari 2021. Tindakan : GPM & Cg. Nur Fatin Syazirah 3.9 NILAM 3.9.1 Mesyuarat telah dimaklumkan bahawa NILAM merupakan salah satu elemen yang penting dalam pengurusan PSS. Elemen ini juga terkandung dalam instrument penilaian PSS yang merupakan kumpulan markah yang terbesar dalam rubric pemarkahan. 3.9.2 Semua guru merupakan guru NILAM dan hendaklah memberikan perhatian terhadap program dan pencapaiannya. Ini kerana NILAM merupakan salah satu bahagian dalam menentukan kejayaan murid. 3.9.3 Dapatan PISA pada tahun 2018, menunjukkan tahap pembacaan rakyat Malaysia dalam kalangan murid berada pada aras 2 dan ini menunjukkan bahawa golongan muda tidak menguasai pembacaan dan tahap pengetahuan sangat rendah. 3.9.4 Bagi meningkatkan aras ini, sekolah memainkan peranan dalam melahirkan golongan muda yang celik pengetahuan melalui NILAM. Nilam merangkumi aktiviti pengayaan selepas pembacaan, literasi maklumat dan aktiviti galakan membaca. 3.9.5 Jawatankuasa NILAM 3.9.5.1 Mesyuarat bersetuju mewujudkan beberapa biro yang ditugaskan untuk membantu penyelaras NILAM menguruskan program NILAM dan menjalan tugas dengan lebih berfokus. 3.9.5.2 Berikut merupakan biro yang diwujudkan. Biro Aktiviti - Merancang dan berkolaborasi dengan panitia untuk mengadakan aktiviti NILAM dan galakan membaca Biro Data & Analisi - Mengumpul data NILAM daripada guru kelas dan membuat analisis Biro Tokoh Nilam - Melatih, membimbing dan membantu calon tokoh NILAM membuat persediaan untuk Anugerah Tokoh NILAM Biro Rekod & Fail - Menyemak rekod & fail NILAM murid dan kelas diisi dan diletakkan di tempat yang mudah diakses Biro Sijil NILAM - Mendapatkan senarai nama murid yang mendapat 1 – 5 Bintang - Cetak sijil NILAM murid mengikut bintang - Menyerahkan sijil NILAM murid kepada guru kelas untuk rekod dalam PAJSK dan simpanan murid 3.9.6 Aktiviti NILAM 3.9.6.1 Program NILAM perlu dilaksanakan secara berterusan kerana amalan membaca merupakan amalan yang perlu dilakukan setiap masa bagi memupuk tabiat membaca dalam kalangan masyarakat.


3.9.6.2 Pelaksanaannya dilaksanakan sepanjang tahun dengan bantuan dan sokongan daripada semua pihak termasuk ibu bapa. 3.9.6.3 Sepanjang PKP, NILAM telah dilaksankan secara dalam talian bagi meyemai dan memupuk minat murid membaca di rumah. 3.9.6.4 Pada tahun 2021, pelbagai aktiviti dan program NILAM telah dirancang untuk memupuk dan menggalakkan murid membaca dan menjadikan tabiat membaca sebagai rutin harian warga SKL 3.9.6.5 Aktiviti NILAM yang utama adalah membaca dan merekod bahan bacaan yang perlu dilakukan oleh semua murid dengan bantuan dan bimbingan daripada semua guru. Diharap semua guru tidak mempunyai masalah untuk menerangkan kepada murid cara merekod NILAM. 3.9.6.6 Semua guru diminta membuat sekurang-kurangnya sekali aktiviti NILAM kepada semua kelas yang diajar dalam sebulan mengikut mata pelajaran yang diajar di dalam kelas. 3.9.7 NILAM Mobile Book 3.9.7.1 PSS menyediakan kemudahan NILAM Mobile Book untuk digunakan oleh guru mata pelajar di dalam kelas. Ini adalah pinjaman buku pukal. 3.9.8 Resensi Buku 3.9.8.1 Dilaksanakan oleh PPS yang bertugas. PPS akan membuat resensi buku yang dibaca pada setiap hari Selasa pada waktu rehat di perpustakaan sama ada di sudut bercerita atau membuat video dan pada hari Khamis sebelum PdP bermula pada waktu pagi. 3.9.9 Santapan Minda 3.9.9.1 Resensi atau ulasan buku oleh guru-guru SKL pada setiap hari Selasa sebelum PdP bermula. Guru yang akan membuat resensi ini adalah guru-guru yang bertugas mengikut minggu. Berbincang dalam kumpulan guru yang akan membuat resensi buku ini. 3.9.9.2 Buku yang dipilih adalah sama ada daripada koleksi peribadi guru dan murid atau buku yang terdapat di perpustakaan. Resensi buku merupakan promosi buku yang dibaca oleh pemilik buku untuk memberitahu pembaca lain tentang buku yang dibaca dan menarik minat pembaca lain untuk membaca buku tersebut. 3.9.9.3 Banyak lagi aktiviti lain yang telah dirancang. Guru-guru boleh merujuk pada Buku Pengurusan Sekolah (seperti di Lampiran 3) Tindakan : Penyelaras NILAM & Semua guru 3.9.10 Borang NILAM 3.9.10.1 Borang NILAM adalah borang yang diisi oleh murid. 3.9.10.1 Bermula tahun 2021, PSS memutuskan agar tidak menggunakan buku NILAM untuk merekod bahan bacaan buku oleh murid sebaliknya merekod bahan bacaan buku di dalam borang NILAM. 3.9.10.2 Borang NILAM berharga RM0.50 dan boleh dibeli di perpustakaan sekolah melalui penyelaras NILAM, GPM, guru perpustakaan atau PPS yang bertugas. 3.9.10.3 Borang ini akan disimpan di perpustakan dalam fail NILAM Kelas. Murid tidak dibenarkan menyimpan dan membawa pulang borang ini ke rumah. 3.9.10.4 Walau bagaimanapun, bagi murid yang masih lagi mempunyai baki Buku NILAM, boleh menggunakan buku tersebut sehingga habis, dan buku tersebut juga hendaklah diserahkan kepada guru kelas untuk kegunaan di dalam kelas. Tindakan : Makluman & Guru Kelas


3.9.11 Perekodan NILAM 3.9.11.1 Aktiviti perekodan NILAM oleh murid dilaksanakan dengan dua cara iaitu Borang NILAM dan e-NILAM. Kedua-dua bentuk perekodan ini perlu dilakukan oleh semua murid. 3.9.11.2 Perekodan NILAM menggunakan Borang NILAM dilaksanakan di sekolah dan di dalam kelas. Murid melakukan aktviti NILAM bersama guru di dalam kelas. Kepada guru mata pelajaran yang menjalankan aktiviti NILAM di dalam kelas, guru tersebut hendaklah mengambil fail NILAM Kelas di perpustakaan, kemudian edarkan kepada murid. Murid akan merekod NILAM bersama guru mata pelajaran. 3.9.11.3 Perekodan NILAM di rumah adalah melalui e-NILAM secara dalam talian. Murid yang ingin merekod bahan bacaan di rumah, boleh merekod e-NILAM pada pautan http://bit.ly/skl-site 3.9.11.4 Data e-NILAM ini akan dicetak dan dimasukkan dalam fail NILAM Kelas untuk memudahkan guru kelas mengumpul dan mengambil data NILAM untuk diberikan kepada Biro Data & Analisis untuk tindakan selanjutnya. Tindakan : Guru Kelas & Biro Data & Analisis 3.9.12 Data Nilam 3.9.12.1 Data NILAM akan dikutip dan diserahkan kepada SSTP pada setiap tahun untuk melihat trend pembacaan dalam kalangan murid sekolah. 3.9.12.2 Melalui data NILAM ini juga penyelaras dapat mengambil tindakan dan membuat perancangan aktiviti terhadap sikap dan amalan membaca murid. 3.9.12.3 Tujuan perekodan di sekolah dan di rumah dilaksanakan bertujuan untuk mendapatkan data NILAM yang tepat dan telus. 3.9.12.4 Data NILAM akan dikutip pada bulan April, Julai dan Oktober. Data ini akan dikumpulkan oleh Biro Data & Analisis sebelum disahkan dan dihantar ke SSTP. 3.9.12.5 Guru kelas perlu mengumpul dan merekod data NILAM murid dalam template yang telah disediakan berdasarkan Borang NILAM Murid. Kemudian, data murid tersebut akan dipindahkan ke dalam template Kelas dan serahkan data NILAM kelas kepada Biro Data & Analisis 3.9.12.6 Template murid (diisi oleh guru) dan Kelas boleh diisi di pautan google drive https://bit.ly/nilam-tahun-2021 Tindakan : Biro Data & Analisis & Guru Kelas 3.9.13 Tokoh NILAM 3.9.13.1 Mesyuarat memaklumkan, pada tahun 2020, PSS tidak menghantar wakil untuk Anugerah Tokoh NILAM akibat terdapat beberapa masalah dan bimbang kepada wabak pandemik ini. Kesukaran memilih calon yang bersesuaian kerana murid terlibat dengan PdPr. 3.9.13.2 Setelah membuat perbincangan dan pertimbangan, PSS akan menghantar wakil calon ke Anugerah Tokoh NILAM pada tahun ini. 3.9.13.3 Mesyuarat telah bersetuju mencalonkan adik Muhammad Isyraf bin Razali dari kelas 5 Putra bagi kategori Bahasa Inggeris manakala, adik Nur Iman Amani binti Mohd Shubli juga dari kelas 5 Putra bagi kategori bahasa Melayu untuk ke Anugerah Tokoh NILAM.


3.9.13.4 Tarikh bagi anugerah ini masih tidak diketahui dan akan dimaklumkan kelak. Pihak yang terlibat boleh membuat persediaan dan persediaan awal. 3.9.13.5 Di peringkat sekolah juga, PSS akan membuat pemilihan Tokoh NILAM dalam kalangan murid dan guru. Pemilihan tokoh NILAM Murid dan Guru ini adalah berdasarkan kepada jumlah bahan bacaan terbanyak dalam tempoh persekolahan dan akan disaring melalui beberapa ujian dan temuduga. 3.9.13.6 Tokoh NILAM Murid dan Guru akan dinobatkan pada bulan November 2021 dalam Majlis Anugerah Pusat Sumber Sekolah dan Anugerah NILAM 2021. 3.9.13.7 Mesyuarat menyeru supaya semua guru menyertai program dan bersama-sama membuat NILAM sebagai contoh kepada murid-murid selain memberikan motivasi dan meningkatkan semangat kepada murid untuk terus membaca. Tindakan : Penyelaras NILAM, Biro Tokoh NILAM & Semua Guru 4.0 Hal-hal lain. 4.1 Kad Pengguna PSS 4.1.1 Semua murid dikehendaki memiliki Kad Pengguna PSS sebagai tiket masuk ke PSS. 4.1.2 Kad ini boleh dibeli di perpustakaan dengan harga RM1.50 untuk murid biasa dan RM1 untuk PPS. 4.1.3 Kad ini digunakan sebagai daftar masuk pengguna PSS di kaunter pendaftaran sebelum memasuki PSS. Kad ini akan ditinggalkan di kaunter pendaftaran setelah mengambil bacaan suhu. Kad yang ditinggalkan akan digunakan oleh PPS untuk mengambil maklumat sebagai rekod penggunaan PSS dan mengelakkan berlakunya kesesakan di kaunter pendaftaran. Tindakan : Makluman semua guru 5.0 Ucapan Penangguhan. 5.1 Sebagai penutup, Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua guru dan Pn. Mastura atas kehadiran pada perjumpaan kali ini dan memohon agar semua guru dapat memberi kerjasama, mempertingkatkan kualiti kerja dan memainkan peranan masing-masing dengan optimum bagi memastikan kecemerlangan PSS. 5.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi. 5.3 Mesyuarat bil 2/2021 akan diadakan pada bulan Mac. Tarikh akan diberitahu kelak. Dicatat dan sediakan oleh : (SHAZRIZULIANA BINTI SALIMON) Setiausaha, Pusat Sumber Sekolah, SK Lukut. Disemak oleh, Disahkan oleh, (DATIN HJH SALMAH BINTI HJ BUANG) (SAFINAZ BINTI NORDIN) Timbalan Pengerusi, Pengerusi, Pusat Sumber Sekolah, Pusat Sumber Sekolah, SK Lukut. SK Lukut


Lampiran 1 JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH 2021 PENGERUSI Pn. Safinaz binti Nordin Guru Besar TIMBALAN PENGERUSI Datin Hajah Salmah binti Hj Buang Guru Penolong Kanan Pentadbiran PIBG NAIB PENGERUSI 1 En Ramlan bin Hj Rahim Guru Penolong Kanan HEM NAIB PENGERUSI 3 Hajah Shahrani binti Talib Guru Penolong Kanan Khas NAIB PENGERUSI 2 En. Mohd Zakwan bin Zainudin Guru Penolong Kanan Kokurikulum SETIAUSAHA Pn. Shazrizuliana binti Salimon Guru Perpustakaan dan Media KETUA PANITIA BM Pn. Norliza binti Abdul Mulup BI Pn. Siti Rohani binti Mahidin @ Hj. Din MT Cik Noorazwina binti Mihad SN Pn. Norazuraini binti Zakaria PAI En. Sidek bin Mat Jusoh BA Pn. Noraislda binti Mat Nor PSV Pn. Norzamzila binti Yasin MZ Cik Nur Diyana binti Zubiruddin SJ Pn. Norlaile binti Daud PM En. Mohd Shahril bin Rahmat PJPK Pn. Nurhidayah binti Aziz RBT En. Anwarridza bin Rusman TMK En. Muhammad Fakhrullah bin Mohd Nasir BC Cik Cheok Hui LI BT Pn. Amutha a/p Selorarajy AHLI JAWATANKUASA SETIAUSAHA Cik Nur Fatin Syazirah binti Mohd Jidin KETUA BILIK-BILIK KHAS BILIK PENGURUSAN Perpustakaan Pn. Shazrizuliana Salimon Bilik Akses/ Pn. Arni Asreena binti Aziz Tayang Bilik BBM En. Bazli bin Mat Nawang Makmal Komputer Pn. Jalila binti Jamar Sudut Sal Pn. Nur Hidayah bt Mohd Roston BILIK RANGKAIAN Seperti Lampiran UNIT PERPUSTAKAAN Cik Nur Fatin Syazirah binti Mohd Jidin UNIT NILAM Pn. Noor Afiqah binti Samsudin UNIT PENGAWAS Pn. Siti Nurul Fatihah binti Mat Safien UNIT PROMOSI Pn. Siti Asyuura binti Jalaludin


AJK: 1. Ketua Bilik Khas Bilik Pengurusan Perpustakaan : Pn. Shazrizuliana binti Salimon Pusat Akses/Bilik Tayang : Pn. Arni Asreena binti Aziz Sudut Sal : Pn. Nur Hidayah binti Mohd Roston Bilik BBM : En. Bazli bin Mat Nawang Makmal Komputer : Pn. Jalila binti Jamar Bilik Rangkaian Bilik J-qaf : Pn. Siti Rohana binti Mohd Ali Bilik Bahasa Tamil : Pn. Amutha a/p Selorarajy Bilik Pend. Moral : Pn. Geetha a/p Narayanan Bilik B & K : Pn. Melati binti Basiron Bilik Pemulihan : Pn. Syariffah Nur Azzillah binti Bilik Gerakan : Pn. Nor Azura binti Md Nor Bilik Bahasa Cina : Cik Cheok Hui Li Bilik Guru : Pn. Noraislda binti Mat Nor Bilik Peperiksaan : Pn. Wajiha binti Md Salleh Surau : Pn. Hamidah binti Nazimuddin Bilik Prasekolah : Pn. Zalinor binti Mohd Nor Bilik PPKI : Pn. Nur-Ul Shahada binti Redza Bilik PPDA : Pn. Norlaile binti Daud Bilik Kesihatan : Pn. Zainun binti Mohamed Bilik Sains 1 : Pn. Norazuraini binti Zakaria Bilik Sains 2 : En. Razmee bin Ayop Bilik Sukan : En. Muhammad Akmal Hakim bin Sabtu Bilik Muzik : Cik Nur Diyana binti Zubiruddin Bilik Seni Visual : Pn. Norzamzila binti Yasin Bilik BOSS : Pn. Noraniza binti Aziz Bilik BOSD : Pn. Khusna binti Ismail Bilik RBT : En. Anwarridza bin Rusman Koridor Ilmu : Pn. Noraizan binti Nordin Taman Sekolah : Pn. Norizan binti Mat Wakaf Ilmu : Pn. Rozida binti Mohamad Rodzi


JAWATANKUASA KERJA PUSAT SUMBER SEKOLAH 2021 PENASIHAT Pn. Safinaz binti Nordin Guru Besar PENGERUSI Datin Hajah Salmah binti Hj Buang Guru Penolong Kanan Pentadbiran SETIAUSAHA Pn. Shazrizuliana binti Salimon Guru Perpustakaan dan Media UNIT PERPUSTAKAAN STOK Pn. Shazrizuliana binti Salimon Pn. Nurul Amirah Hazirah binti Ibrahim PROSES BUKU Cik Nur Fatin Syazirah binti Mohd Jidin Pn. Syariffah Nur Azzillah binti Syed Ismail KECERIAAN Pn. Zarina binti Non @ Zainun En. Mohd Shariff bin Yusof AHLI JAWATANKUASA UNIT BILIK PENGURUSAN Perpustakaan Pn. Shazrizuliana Salimon Bilik Akses/ Pn. Arni Asreena binti Aziz Tayang Bilik BBM En. Bazlli bin Mat Nawang Makmal Komputer Pn. Jalila binti Jamar Sudut Sal Pn. Nur Hidayah binti Mohd Roston UNIT NILAM Pn. Noor Afiqah binti Samsudin UNIT PENGAWAS Pn. Siti Nurul Fatihah binti Mat Safien UNIT PROMOSI Pn. Siti Asyuura binti Jalaludin UNIT BULETIN En. Sidek bin Mat Jusoh


JAWATANKUASA nilam PUSAT SUMBER SEKOLAH 2021 BIRO AKTIVITI Pn. Norainifaridah binti Kaliwan AHLI JAWATANKUASA BIRO DATA & ANALISIS Pn. Siti Fatimah binti Ilyah BIRO TOKOH NILAM Pn. Norliza binti Abdul Mulup (BM) Pn. Siti Rohani binti Mahidin @ Hj. Din (BI) BIRO REKOD & FAIL Pn. Zani binti Hamzah Semua Guru Kelas BIRO SIJIL NILAM Pn. Nur-Ul Shahada binti Redza PENASIHAT Pn. Safinaz binti Nordin Guru Besar PENGERUSI Datin Hajah Salmah binti Hj Buang Guru Penolong Kanan Pentadbiran PENYELARAS Pn. Noor Afiqah binti Shamsudin SETIAUSAHA Pn. Nurshuhaila binti Rasli NAIB PENGERUSI Pn. Shazrizuliana binti Salimon Guru Perpustakaan & Media


Lampiran 2 Perancangan program dan aktiviti tahunan Pusat sumber sekolah bagi tahun 2021 BIL PROGRAM/ AKTIVITI J A N F E B M A C A P R M E I J U N J U L O G O S E P O K T N O V 1 Mesyuarat Pusat Sumber - Mesyuarat AJK Induk PSS - Mesyuarat AJK Kerja PSS - Mesyuarat AJK NILAM - Mesyuarat AJK Pengawas PSS 2 Program Jom Ke Pusat Sumber SK Lukut - Pengunjung Bertuah - Pengunjung PSS Setia (Guru & Murid) - Peminjam Terbanyak (Guru & Murid) - Jom Baca Surat Khabar & Sarapan Percuma 3 Orientasi PSS 4 Promosi Buku Baharu 5 Pinjaman dan Pemulangan Buku PSS 6 Literasi Maklumat - Bengkel Literasi Maklumat dalam PdPc 7 Pameran Bertema - Kenali Pusat Sumber - Tahun Baru Cina - Israk Mikraj - Hari Raya Aidilfitri - Hobi - Bulan Kebangsaan


- RBL - Panitia 8 Bengkel Pemantapan Kemahiran PPS - Bengkel Proses Teknik Buku - Bengkel Organisasi Bahan - Bengkel Bahan Bukan Buku 9 Watikah Pelantikan PPS 10 Bengkel Peningkatan Kompetensi GPM dalam Norma Baharu 11 Pertandingan Bilik-bilik Khas 12 Pertandingan Sudut Panitia 13 Lawatan ke Muzium Kota Lukut 14 Rakan Perpustakaan Awam 15 Minggu Panitia 16 Bengkel Penulisan 17 IFLA Junior PPS 18 Minggu PSS 19 Kem Cilik Angkasa Mini 20 Kursus Pengucapan Awam 21 Karnival Keusahawanan PSS 22 Temuduga Pengawas Pusat Sumber bagi Tahun 2022 23 Gotong-royong PSS 24 Aktiviti Pasca UPSR & Peperiksaan - Tayangan Video (Wayang) - Pertandingan Menghias kek - Pertandingan Permainan Tradisional (Dalaman) - Tulisan Tercantik


25 Jamuan Akhir Tahun PPS 26 Program Dana Sumber Kewangan PSS - Jualan Hari Sukan Sekolah - Jualan Kelas Insentif Tahun 6 - Jualan Hari Guru - Jualan Poskad Hari Raya - Jualan Cenderamata PSS - Jualan Hari Anugerah Cemerlang 27 Anugerah PSS 2021


Lampiran 3 Perancangan program nilam & gerakan membaca Pusat sumber sekolah bagi tahun 2021 BIL PROGRAM/ AKTIVITI J A N F E B M A C A P R M E I J U N J U L O G O S E P O K T N O V 1 Cakna NILAM 2 Promosi NILAM 3 Kemaskini Sudut NILAM Perpustakaan 4 Semarak NILAM & Dekad Membaca - 5 minit - Laluan Iqra’ - e-NILAM - NILAM Mobile Book - Sudut NILAM di bilik-bilik khas - Resensi Buku (Murid) - Santapan Minda (Guru) - Duta NILAM - Perekodan NILAM Beramai-ramai - 15 minit Bersama Buku - 30 minit Bacaan Serentak - Fun Walk with A Book - Pameran & Jualan Buku - Akulah Penglipur Lara - Speakers Corner & Penerapan Nilai Murni - Tokoh NILAM - Pengisian Data NILAM


- Pembaca Bahan Bacaan Terbanyak Guru/Murid - Tokoh NILAM Guru/Murid - Peminjam Bahan Bacaan Terbanyak Guru/Murid - Pencapaian NILAM Kelas Terbaik 5 Majlis Anugerah NILAM


Click to View FlipBook Version