Cikgu Roslan Daud
MEMPERKUKUH PERPADUAN KAUM
Standard Pembelajaran
2.3.4 Membaca untuk membuat ulasan daripada pelbagai bahan dengan menggunakan analogi yang betul dan tepat
menggunakan teknik bacaan yang sesuai.
Teliti bahan yang diberikan di bawah, kemudian lengkapkan ulasan di bawah menggunakan analogi yang diberikan.
bagai pesta macam semut laksana biji saga bak merak
seperti bangkai macam padang pasir bagai gula umpama lebah
Pembinaan negara bangsa memerlukan kesatuan dan kesepaduan rakyat, apatah lagi dalam konteks keunikan negara
Malaysia yang mempunyai rakyat berbilang bangsa, agama dan budaya.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Perpaduan rakyat citra pembangunan negara bangsa’
oleh Dr Kassim Thukiman, Berita Harian Online, 24 Julai 2020
(a) Masyarakat dapat mengenali adat resam dan budaya kaum lain. Hal ini
disebabkan oleh setiap kaum mempunyai kebudayaan yang unik. Contohnya,
masyarakat dapat mengetahui kemeriahan tarian singa ______________
___________ yang diadakan pada Tahun Baharu Cina itu untuk memanggil
tuah atau ‘ong’ dengan warna merah _________________________ .
(b) Masyarakat dapat mengeratkan hubungan perpaduan antara kaum. Umum
mengetahui bahawa masyarakat yang sibuk bekerja _________________
menyebabkan hubungan semakin tandus _________________________ .
Misalnya, kaum Melayu boleh mengundang jiran berbangsa India dan Cina
ke rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri untuk menikmati juadah.
(c) Masyarakat dapat memupuk amalan kerjasama yang erat. Seperti yang
kita ketahui, semangat kerjasama amat penting untuk menyatupadukan
masyarakat berbilang kaum. Sebagai contoh, masyarakat hendaklah rajin
______________________ ketika membersihkan kawasan perumahan
dan sampah sarap yang busuk ________________________.
(d) Masyarakat dapat menyedari kepentingan perpaduan kaum. Hal ini
disebabkan terdapat segelintir masyarakat yang sombong ____________
_____________. Umpamanya, masyarakat yang diwara-warakan dengan
kepentingan semangat muhibah ini akan sentiasa memberikan senyuman
manis _____________________ kepada kaum lain apabila bertemu.
1
Cikgu Roslan Daud
LATIHAN
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
Bahan 1
Budaya mengadakan rumah terbuka ialah inisiatif yang sangat digalakkan kerana dapat mengeratkan silaturahim
dalam kalangan masyarakat. Sebaik-baiknya, jemputan juga adalah terbuka sesuai dengan nama dan roh asalnya, iaitu rumah
‘terbuka’, bukanlah keutamaan perlu mengadakan jamuan besar-besaran dan seharusnya berbeza dengan kenduri
kesyukuran. Tuan rumah juga dinasihatkan supaya jangan membeza-bezakan tetamu yang datang mengikut darjat dan
gelaran.
Aktiviti rumah terbuka asalnya bertujuan baik adalah untuk memudahkan amalan ziarah-menziarahi, bermaaf-maafan
dan mengeratkan silaturahim. Jamuan makanan pula ialah tanda kesyukuran dan meraikan tetamu yang bertandang. Jangan
pula rumah terbuka dibuat dengan cara bermewah-mewah dan membazir, apatah lagi kalau bertujuan bersaing dan
menunjuk-nunjuk. Di samping itu, tradisi rumah terbuka juga dapat memperkukuh hubungan perpaduan kaum sekiranya
tetamu yang diundang berbilang bangsa. Tuan rumah perlu menghormati sentiviti kaum lain apabila menghidangkan juadah
agar tidak menimbulkan salah faham.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Anjur rumah terbuka rapatkan silaturahim’
oleh Syahidatul Akmal Dunya,
Sinar Harian, 29 Jun 2019
Bahan 2
MELAKA : Gabungan kerjasama penduduk dan agensi kerajaan merealisasikan program Gotong-Royong Perdana Kampung
Bukit Punggur. Menerusi program itu, penduduk bersama kakitangan agensi kerajaan membersihkan kawasan kampung, tanah
perkuburan, surau, longkang dan mencantas pokok. Program itu menyaksikan budaya gotong-royong terus subur dalam
kalangan masyarakat di peringkat kampung, sekali gus mewujudkan persekitaran yang bersih dan selamat.
Selain itu, program ini dilihat platform terbaik dalam memupuk perpaduan kaum apabila disertai penduduk pelbagai
bangsa. Program itu dijayakan dengan kerjasama Jawatankuasa Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Japerun) Telok Mas,
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Antidadah
Kebangsaan (AADK), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan SWM Environment Sdn Bhd (SWM). Selain membersihkan
persekitaran kampung, peserta juga membaik pulih surau Bukit Punggur dengan mencuci dan mengecat surau semula. Surau
yang dibina pada 1950-an itu masih digunakan sehingga sekarang dengan pelbagai aktiviti terus diadakan termasuk ceramah
agama dan program kemasyarakatan.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Budaya gotong-royong subur terserlah’
oleh Nazri Abu Bakar,
Berita Harian Online, 14 Oktober 2018
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata menghidangkan juadah. [2 markah]
(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan kebaikan penganjuran rumah terbuka dan aktviti
gotong-royong. [3 markah]
(iii) Usaha mengekalkan perpaduan kaum di negara ini amat mencabar. [3 markah]
Pada pendapat anda, apakah cabaran-cabaran mengekalkan perpaduan kaum di negara kita?
(iv) Anda menghadiri rumah terbuka yang dianjurkan di kawasan kejiranan. Anda melihat seorang kanak-kanak perempuan
berbangsa India menangis. Anda bertanya kepadanya sebab dia menangis. Menurutnya, rakan-rakan mengejeknya
kerana tidak makan daging lembu. Menurut kepercayaan India, lembu dianggap haiwan suci. Anda memanggil kanak-
kanak yang mengejek kanak-kanak perempuan itu dan menyatakan sebab lembu tidak boleh dimakan oleh kaum India.
Sebagai rakyat yang cinta akan perpaduan, cadangkan langkah-langkah untuk memupuk sikap saling menghormati antara
kaum sejak kecil. [4 markah]
2
Cikgu Roslan Daud
MEMPERKUKUH PERPADUAN KAUM
Standard Pembelajaran
2.3.4 Membaca untuk membuat ulasan daripada pelbagai bahan dengan menggunakan analogi yang betul dan tepat
menggunakan teknik bacaan yang sesuai.
Teliti bahan yang diberikan di bawah, kemudian lengkapkan ulasan di bawah menggunakan analogi yang diberikan.
bagai pesta macam semut laksana biji saga bak merak
seperti bangkai macam padang pasir bagai gula umpama lebah
Pembinaan negara bangsa memerlukan kesatuan dan kesepaduan rakyat, apatah lagi dalam konteks keunikan negara
Malaysia yang mempunyai rakyat berbilang bangsa, agama dan budaya.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Perpaduan rakyat citra pembangunan negara bangsa’
oleh Dr Kassim Thukiman, Berita Harian Online, 24 Julai 2020
(e) Masyarakat dapat mengenali adat resam dan budaya kaum lain. Hal ini
disebabkan oleh setiap kaum mempunyai kebudayaan yang unik. Contohnya,
masyarakat dapat mengetahui kemeriahan tarian singa bagai pesta yang
diadakan pada Tahun Baharu Cina itu untuk memanggil tuah atau ‘ong’
dengan warna merah laksana biji saga.
(f) Masyarakat dapat mengeratkan hubungan perpaduan antara kaum. Umum
mengetahui bahawa masyarakat yang sibuk bekerja umpama lebah
menyebabkan hubungan semakin tandus macam padang pasir. Misalnya,
kaum Melayu boleh mengundang jiran berbangsa India dan Cina ke rumah
terbuka Hari Raya Aidilfitri untuk menikmati juadah.
(g) Masyarakat dapat memupuk amalan kerjasama yang erat. Seperti yang
kita ketahui, semangat kerjasama amat penting untuk menyatupadukan
masyarakat berbilang kaum. Sebagai contoh, masyarakat hendaklah rajin
macam semut ketika membersihkan kawasan perumahan dan sampah sarap
yang busuk seperti bangkai.
(h) Masyarakat dapat menyedari kepentingan perpaduan kaum. Hal ini
disebabkan terdapat segelintir masyarakat yang sombong bak merak.
Umpamanya, masyarakat yang diwara-warakan dengan kepentingan
semangat muhibah ini akan sentiasa memberikan senyuman manis bagai
gula kepada kaum lain apabila bertemu.
3
JAWAPAN LATIHAN Cikgu Roslan Daud
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata menghidangkan juadah. [2 markah]
P1 menyediakan / menyajikan makanan / sajian / hidangan 2m
P2 menyediakan / menyajikan juadah 1m
P3 menghidangkan makanan / sajian / hidangan 1m
[2 isi cukup]
[markah maksimum : 2 markah]
(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan kebaikan penganjuran rumah terbuka dan aktviti
gotong-royong. [3 markah]
Persamaan kebaikan penganjuran rumah terbuka dan aktviti gotong-royong : 1m
P1 memperkukuh hubungan perpaduan kaum 1m
P2 memupuk perpaduan kaum
Kebaikan penganjuran rumah terbuka : 1m
P3 mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat
Kebaikan aktviti gotong-royong 1m
P4 mewujudkan persekitaran yang bersih dan selamat [3 isi cukup]
[markah maksimum : 3 markah]
(iii) Usaha mengekalkan perpaduan kaum di negara ini amat mencabar. [3 markah]
Pada pendapat anda, apakah cabaran-cabaran mengekalkan perpaduan kaum di negara kita?
Cabaran-cabaran mengekalkan perpaduan kaum di negara kita : 1m
P1 perbezaan bahasa 1m
P2 perbezaan agama / kepercayaan / budaya 1m
P3 sikap ego / sombong / mementingkan diri 1m
P4 pengasingan sistem pendidikan 1m
P5 penyebaran anasir negatif melalui media massa 1m
P6 perbezaan fahaman politik
P7 kurang didikan / pendedahan awal tentang kepentingan perpaduan kaum [2 isi cukup]
[markah maksimum : 3 markah]
(iv) Anda menghadiri rumah terbuka yang dianjurkan di kawasan kejiranan. Anda melihat seorang kanak-kanak perempuan
berbangsa India menangis. Anda bertanya kepadanya sebab dia menangis. Menurutnya, rakan-rakan mengejeknya
kerana tidak makan daging lembu. Menurut kepercayaan India, lembu dianggap haiwan suci. Anda memanggil kanak-
kanak yang mengejek kanak-kanak perempuan itu dan menyatakan sebab lembu tidak boleh dimakan oleh kaum India.
Sebagai rakyat yang cinta akan perpaduan, cadangkan langkah-langkah untuk memupuk sikap saling menghormati antara
kaum sejak kecil. [4 markah]
Sebagai rakyat yang cinta akan perpaduan, cadangkan langkah-langkah untuk memupuk sikap saling menghormati
antara kaum sejak kecil :
P1 ibu bapa perlulah mendidik anak-anak sejak kecil tentang sikap saling menghormati antara kaum + 1m
supaya mereka terbiasa dengan sikap menghormati
P2 media massa haruslah menghebahkan kempen kesedaran tentang sikap saling menghormati antara 1m
kaum + agar mereka sedar akan kepentingannya kepada negara
P3 pemimpin hendaklah menjadi suri teladan dalam menghormati kaum lain + supaya menjadi ikutan 1m
generasi muda
P4 pihak sekolah seharusnya menganjurkan program kebudayaan pelbagai kaum + agar menambahkan ilmu 1m
pengetahuan murid-murid
[3 isi cukup atau 2 isi dengan huraian]
[markah maksimum : 4 markah]
4