The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by faaeqdanial90, 2021-08-15 05:36:46

SENI BAHASA Peribahasa Perpaduan

SENI BAHASA Peribahasa Perpaduan

Cikgu Roslan Daud

PERIBAHASA PERPADUAN

Standard Pembelajaran
4.2.1 Memahami dan menggunakan perbandingan semacam, kata-kata hikmat, kiasan, madah pujangga dan bahasa berirama
dengan betul mengikut konteks.

Suai padankan peribahasa berikut dengan maksud yang telah diberikan.

bersatu teguh, bercerai roboh telur sesangkak, pecah satu pecah semua

seikat bagai sirih, serumpun bagai serai sebagai minyak dengan air

bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana
muafakat tanah

sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

(a) ______________________________________ (b) ______________________________________
______________________________________ ______________________________________
Maksud: orang yang sama sedarjat, setaraf Maksud: orang yang bermusuhan atau tidak
sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu
(e) ______________________________________
______________________________________ (c) ______________________________________
Maksud: bersatu hati ______________________________________
Maksud: orang yang bermuafakat benar; seia
sekata

(d) ______________________________________
______________________________________
Maksud: sama-sama ikut bertanggungjawab, susah
senang dirasai bersama

(f) ______________________________________
______________________________________
Maksud: sepakat tercapai dalam mesyuarat

(g) ______________________________________ (h) ______________________________________
______________________________________ ______________________________________
Maksud: persefahaman dalam sesebuah Maksud: kekuatan sebuah kerajaan kerana orang
masyarakat dapat membuahkan kejayaan manakala besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar
perbalahan menyebabkan perpecahan kerana rakyatnya yang bersatu padu

Madah pujangga Bahasa berirama
“Manusia yang lemah sekalipun jika bersatu padu akan Hiduplah kita dalam muhibah. Selisih faham jangan
dapat menggoncangkan dunia. Demikianlah kesannya dibiar berbanah, kelak ditimpa musibah. Sama ke bukit,
sama ke lembah. Muafakat selalu biar jadi gagah.
perpaduan.” – Tun Dr Mahathir Mohamad

1

Cikgu Roslan Daud

LATIHAN 1
Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian isikan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

Shohibul : Sesebuah negara yang dipimpin oleh ketua akan menjadi hebat jika pembesarnya kuat, manakala kekuatan
pembesarnya pula bergantung pada rakyat yang bersatu padu. Hal ini tidak ubah dengan peribahasa
(i)_________________________________________________________________ .

Atiqah : Benar, saya setuju dengan kata-kata kamu. Oleh itu, untuk mencapai perpaduan, perbincangan dan
pemuafakatan amat penting, bak kata orang tua-tua, (ii)___________________________________
______________________________________ .

Fauzan : Dengan bersatu padu, negara kita akan menjadi aman damai. Maka, hal ini dapat menarik pelabur dan
pelancong sekali gus meningkatkan ekonomi negara agar setaraf dengan negara maju, persis peribahasa
Melayu, (iii)________________________________________________________ .

[6 markah]

LATIHAN 2
Berdasarkan cerita di bawah, nyatakan tiga peribahasa yang sesuai.

“Aku panggil engkau semua pada malam ini kerana ada perkara mustahak. Kamu tahu bukan, Haji Fakrul dengan Pak
Faris tidak berbaik-baik sejak anak mereka putus tunang. Jadi, aku mahu meminta pandangan kalian cara untuk menjadikan
mereka berbaik-baik semula,” terang penghulu.

“Manalah orang yang bermusuhan tu mahu berbaik-baik. Peristiwa hitam yang berlaku tu benar-benar memberikan
kesan kepada mereka,” sampuk Syareel.

“Kita tak boleh membiarkan hal ini berpanjangan. Kita kena selesaikan secepat mungkin. Masalah mereka perlu
menjadi tanggungjawab kita bersama untuk menyelesaikannya,” ujar penghulu.

“Saya setuju dengan pandangan penghulu. Dengan perpaduan, segala perancangan pasti akan berjaya sebaliknya jika
bermusuhan maka perpecahan akan berlaku,” kata Pak Syamil.

[6 markah]

(i) __________________________________________________________________________
(ii) __________________________________________________________________________
(iii) __________________________________________________________________________

LATIHAN 3
Petikan di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian berikan peribahasa lain
yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.

Bagi menjamin keharmonian negara, setiap masyarakat perlulah seia dan sekata seperti peribahasa serumpun bagai
serai, selubang bagai tebu. Hal ini amat penting kerana tanpa permuafakatan segala perancangan yang dibuat tidak akan
terlaksana dengan jayanya. Selain itu, masyarakat perlulah bersatu hati dalam melaksanakan apa-apa tugasan kerana orang
tua-tua ada berpesan bahawa seperti telur dua sebandung, pecah satu pecah keduanya.

Di samping itu, masyarakat perlulah sentiasa berbincang untuk mencapai keputusan. Bijak pandai ada menyebut, bulat
bagai air dalam pembuluh. Sesungguhnya, untuk merealisasikan impian menjadikan Malaysia sebagai negara maju, setiap
warganegara harus memahami tanggungjawab masing-masing agar negara kita bersukat sama paras, bertimbang sama berat.

[4 markah]

(i) __________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

(ii) __________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

2

Cikgu Roslan Daud

PERIBAHASA PERPADUAN

Standard Pembelajaran
4.2.1 Memahami dan menggunakan perbandingan semacam, kata-kata hikmat, kiasan, madah pujangga dan bahasa berirama
dengan betul mengikut konteks.

Suai padankan peribahasa berikut dengan maksud yang telah diberikan.

bersatu teguh, bercerai roboh telur sesangkak, pecah satu pecah semua

seikat bagai sirih, serumpun bagai serai sebagai minyak dengan air

bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana
muafakat tanah

sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

(a) duduk sama rendah, berdiri sama tinggi (b) sebagai minyak dengan air
Maksud: orang yang sama sedarjat, setaraf Maksud: orang yang bermusuhan atau tidak
sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu

(c) seikat bagai sirih, serumpun bagai serai
Maksud: orang yang bermuafakat benar; seia
sekata

(d) sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk
Maksud: sama-sama ikut bertanggungjawab, susah
senang dirasai bersama

(e) telur sesangkak, pecah satu pecah semua (f) bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana
Maksud: bersatu hati muafakat
Maksud: sepakat tercapai dalam mesyuarat

(g) bersatu teguh, bercerai roboh sesebuah (h) kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar
Maksud: persefahaman dalam kerana tanah
Maksud: kekuatan sebuah kerajaan kerana orang
masyarakat dapat membuahkan kejayaan manakala besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar
kerana rakyatnya yang bersatu padu
perbalahan menyebabkan perpecahan

Madah pujangga Bahasa berirama
“Manusia yang lemah sekalipun jika bersatu padu akan Hiduplah kita dalam muhibah. Selisih faham jangan
dapat menggoncangkan dunia. Demikianlah kesannya dibiar berbanah, kelak ditimpa musibah. Sama ke bukit,
sama ke lembah. Muafakat selalu biar jadi gagah.
perpaduan.” – Tun Dr Mahathir Mohamad

3

LATIHAN 1 Cikgu Roslan Daud
Shohibul
: Sesebuah negara yang dipimpin oleh ketua akan menjadi hebat jika pembesarnya kuat, manakala kekuatan
pembesarnya pula bergantung pada rakyat yang bersatu padu. Hal ini tidak ubah dengan peribahasa
(i)kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanah.
.

Atiqah : Benar, saya setuju dengan kata-kata kamu. Oleh itu, untuk mencapai perpaduan, perbincangan dan
pemuafakatan amat penting, bak kata orang tua-tua, (ii)bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana
muafakat.

Fauzan : Dengan bersatu padu, negara kita akan menjadi aman damai. Maka, hal ini dapat menarik pelabur dan
pelancong sekali gus meningkatkan ekonomi negara agar setaraf dengan negara maju, persis peribahasa
Melayu, (iii)duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.

[6 markah]

LATIHAN 2

“Aku panggil engkau semua pada malam ini kerana ada perkara mustahak. Kamu tahu bukan, Haji Fakrul dengan Pak
Faris tidak berbaik-baik sejak anak mereka putus tunang. Jadi, aku mahu meminta pandangan kalian cara untuk menjadikan
mereka berbaik-baik semula,” terang penghulu.

“Manalah orang yang bermusuhan tu mahu berbaik-baik. Peristiwa hitam yang berlaku tu benar-benar memberikan
kesan kepada mereka,” sampuk Syareel.

“Kita tak boleh membiarkan hal ini berpanjangan. Kita kena selesaikan secepat mungkin. Masalah mereka perlu
menjadi tanggungjawab kita bersama untuk menyelesaikannya,” ujar penghulu.

“Saya setuju dengan pandangan penghulu. Dengan perpaduan, segala perancangan pasti akan berjaya sebaliknya jika
bermusuhan maka perpecahan akan berlaku,” kata Pak Syamil.

[6 markah]

(i) sebagai minyak dengan air
(ii) sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk
(iii) bersatu teguh, bercerai roboh

LATIHAN 3

Bagi menjamin keharmonian negara, setiap masyarakat perlulah seia dan sekata seperti peribahasa serumpun bagai
serai, selubang bagai tebu. Hal ini amat penting kerana tanpa permuafakatan segala perancangan yang dibuat tidak akan
terlaksana dengan jayanya. Selain itu, masyarakat perlulah bersatu hati dalam melaksanakan apa-apa tugasan kerana orang
tua-tua ada berpesan bahawa seperti telur dua sebandung, pecah satu pecah keduanya.

Di samping itu, masyarakat perlulah sentiasa berbincang untuk mencapai keputusan. Bijak pandai ada menyebut, bulat
bagai air dalam pembuluh. Sesungguhnya, untuk merealisasikan impian menjadikan Malaysia sebagai negara maju, setiap
warganegara harus memahami tanggungjawab masing-masing agar negara kita bersukat sama paras, bertimbang sama berat.

[4 markah]

(i) serumpun bagai serai, selubang bagai tebu
seikat bagai sirih, serumpun bagai serai

(ii) seperti telur dua sebandung, pecah satu pecah keduanya
telur sesangkak, pecah satu pecah semua

(iii) bulat bagai air dalam pembuluh
bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat

(iv) bersukat sama paras, bertimbang sama berat
duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

4


Click to View FlipBook Version