MAT PIAH DANMR. BLACKWAY
BBAABBAAKK33 TEMPAT: Padang Kota Lama berhadapan dengan FortCornwallis Fort Cornwallis ini tutup, tuan. Esok pukul sembilan pagi baru buka. Tuan tinggal di hotel mana? Good heaven. Tempat ini dinamakan sempena nama Lord Cornwallis. (Membongkokkan dirinya sedikit sebagai tanda hormat kepada Fort Cornwallis.) Tuan buat apa tu? Take a bow. Taik kerbau? Youmean bullshit? (MAT PIAH membuat memek muka tidak memahami maksud kata-kata BLACKWAY. BLACKWAY pula buat-buat tidak mendengar katakata MAT PIAH). 1 2 3 4
Bunyi apa itu? Serangan siam! Serangan siam! Serangan siam! Saya kenal Lord Cornwallis. Dia jeneral perang yang berlagak berani. Tapi akhirnya dia kalah di tangan Jeneral George Washington. What a shame! Ooo... patutlah tuan kata dia taik kerbau BLACKWAY & MAT PIAH Tiba-tiba dia terdengar bunyitengkingan enjin motosikalsayup-sayup dari jauh. Semakin lama bunyi itu semakin dekat disertai dengan puluhan cahaya lampumotosikal yangmenyuluh ke arah BLACKWAY dan MAT PIAH. MataBLACKWAY menjadisilau.Dia mengadangi pandangannya dengan tangan. Kenapa, tuan? kenapa? Di layar belakang pentas tayangan gambar sekumpulan mat rempit sedang beraksi di atas jalan raya Serangan Siam! God Save TheKing.... oh, no..no..God saveme, God...saveme! Saveme! 1 2 3
Serangan Siam apa pula? Mana ada Siam di sini. Wat Siam adalah. Nun.. di Jalan Burma! Itu bunyi meriam! Awak tak dengar ke? Sultan Abdullah sudah berpakat dengan Siam mahu sula saya! Bunyi meriam? Sultan Abdullah? Tuan merapu apa ni? Yang tu bunyi motor mat rempit, tuan oi! Mat rempit! Tahu? Mat rempit? Mat rempit bala tentera mana ? Burma ? Bugis? Balasundam? Masa saya bertugas dengan kompeni di India dulu, orang gaji saya nama Bala! Bala tentera Burma, Bugis? Apa maksud, tuan? Mereka tu bala masyarakat. Bala! Bala! Bala! Tuan tahu bala? Cis, tuan buat lawak boria pula! Sudahlah! Tak payahlah tuan menyorok di bawah beca saya tu! Mat rempit tu cuma nak buat adegan lasak di atas jalan raya saja! Dah mati nanti baru dia orang puas hati! (Bunyi enjin motor yang menyakitkan telinga semakin hilang dan kemudiannya lenyap. BLACKWAY berasa lega tetapi nafasnya masih tercungap-cungap. Dia memasang telinga betul-betul untuk memastikan bunyi aneh yang ditakutinya tadi itu benar-benar sudah tiada. Apabila dirasakan benarbenar selamat, baru BLACKWAY berani bangun tetapi wajahnya masih ketakutan). Tuan, kenapa tadi tuan kata serangan siam? Tuan selalu pergi Hat Yai, ya? (MAT PIAH sengih) Saya tak faham apa-apa yang awak cakap! Jangan cakap perkara yang karut-marut. Awak tahu siapa saya? 1 2 3 4 5 6
Mana saya tahu siapa sebenarnya tuan. Saya Mohammad Hanafiah alias Mat Piah. Tuan kenal? Awak cuma penarik beca. Siapa peduli? Tapi saya orang besar. Saya James Rolland Blackway. Saya pegawai kanan Francis Light. Tuan kawan baik Francis Light? Saya kawan baik Prince Charles! Jangan main-main sama saya punya kawan. Dia yang bua ini Puloo Pinang. Puloo Pinang ? Tuan walaupun saya pernah masuk hospital gila tapi saya tak cukup gila nak percaya cakap tuan ni. Puloo Pinang? Lucu sangat! MAT PIAH ketawa berdekah-dekah. Tiba-tiba wajah BLACKWAY bertukar pilu. Dia pergi duduk bertinggung di penjuru pentas dan menangis teresak-esak. MAT PIAH sekali lagi tercengang melihat BLACKWAY berubah laku. Tangisan BLACKWAY semakin menjadi-jadi. Dia meraung-raung). His, tuan! Kenapa tuan keriaukeriau? Tolong kawal mabuk tuan tu sikit BLACKWAY menangis sungguh-sungguh lalu bangun dan pergi duduk di atas beca MAT PIAH. MAT PIAH masih kehairanan melihat BLACKWAY yang emosional tidak bersebab. BLACKWAY masih menangis). 1 2 3 4 5
Sabar..sabar..cuba tuan mengucap ..err..mengucap apa pula? mana dia reti mengucap. Aa cuba tuan cakap apa masalah tuan? Melugailah saya tengok tuan macam ni. Awak tak percaya ke saya ni pegawai kanan Francis Light? Laa... baiklah. Baiklah. Saya percaya. Janji tuan jangan keriau lagi. Saya ingat saya gila. Tapirupa-rupanya tuan lagi gila daripada saya. Tak Apalah, saya percaya. Kalau tuan kata tuan ini bini Francis Light pun saya percaya. Ok or not? Awak kenal Francis Light, bukan? Kenal. Kenal. Francis Light yang buka dan teroka Pulau Pinang ni pada tahun 1786. Apa macam sejarah saya? Saya sekolah sampai darjah enam saja. Boleh hafal tarikh pembukaan Pulau Pinang pun dah kira geliga Saya mahu membuat pengakuan di sini, di hadapan awak. Bersaksikan bulan sabit dan bintang pecah lapan Bintang pecah lapan tak apa, tuan. Jangan Bintang Tiga. Yang tu komunis punya. Bahaya. Kena jaga-jaga. 1 2 3 4
PLANET GUARDIANS Storyabout the heroes Ini Puloo Pinang Francis Light curi daripada Sultan Kedah. Awak tak sekolah, bukan? sekarang saya kasi tahu sama awak cerita yang betul Apa?Jadi sejarah Pulau Pinang yang saya hafal tu tak betullah? Tak betul. Sama sekali tak betul. Light menipu Sultan Abdullah supaya serahkan ini Puloo Pinang sama Inggeris.Inggeris mahu ini Puloo Pinang untuk dijadikan pelabuhan persinggahan antara Barat dengan Timur supaya urusan perdagangan Inggeris dengan China boleh diteruskan dengan adanya pelabuhan entrepot seperti Puloo Pinang ini. Di samping itu,Inggeris boleh mengaut hasil emas, bijih timah, perak daripada Tanah Melayu. Jadi, Francis Light bukan peneroka Pulau Pinang? Bukan. Sudah beratustahun saya berasa bersalah atas penipuan dan pengkhianatan yang saya dan Lightlakukan terhadap Sultan Muhammad Jiwa, SultanAbdullah dan orang Melayu. Sayamalu ... malu ...malu.What a shame! Nasib baik orang tak kenalsama saya. Nama sayamasih bersih,masih suci. Tak disenaraihitamkan walaupun nama sayaBlackway. Thank you,God! Taik Kerbau! Take a bow?
BLACKWAY cepat-cepat tunduk hormat kepada MAT PIAH kerana bimbang dia akan dibelasah oleh MAT PIAH). Apa tunduk-tunduk? Hei, Blackway! Si pengikut jalan hitam! Aku tak peduli sama ada engkau yang rancang penipuan tu atau Francis Light yang merancangnya. Baik kaucerita fakta sejarah yang betul! You tell me the history! Faster! MAT PIAH menuding jarinya kepada BLACKWAY. BLACKWAY menikus, memandang lantai pentas. Seolah-olah malu kepada dirinya sendiri. Malu kepada alam semesta). Hoi, cepatlah cerita! Kenapa diam? Cepatlah. (BLACKWAY berasa gugup dan membungkam. Dia tunduk seperti patah lehernya. BLACKWAY berjalan mundar-mandir di atas pentas dengan tangan di belakang. MAT PIAH memandang BLACKWAY yang berjalan berulang-alik, berulang-alik, berulang-alik. BLACKWAY mundar-mandir di hadapan MAT PIAH seperti sedang berfikir. Keras. MAT PIAH pening tengok kelakuan BLACKWAY). Oh, your mother! Nak cerita ke tak nak? Aku pantang betul orang cerita sekerat-sekerat. Nak cerita ke tak nak? (Marah). Mahu... mahu.... Saya cerita, saya cerita. (Sambil membetulkan rambut palsunya yang tersenget semasa dia terkejut tadi). Lampu gelap. 1 2 3 4