The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainainsyrhhh, 2024-03-18 11:04:31

BUKU LOG PANDU PUTERI

BUKU LOG PANDU PUTERI

Bulan & Bintang: Melambangkan Agama Islam sebagai agama persekutuan negara. Bintang Pecah 14: Menunjukkan perpaduan 13 negeri & 1 wilayah persekutuan. Warna kuning anak bulan & bintang: Melambangkan warna Diraja Duli Yang Maha Mulia Agong. Warna Biru Tua: Menunjukkan perpaduan rakyat berbilang kaum dalam negara. Warna Merah: Menunjukkan keberanian. warna Putih: Menujukkan kesucian dan keluhuran.


Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan 3 bahagian Persetiaan. Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia terhadap keamanan. Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia. Tiga rangkaian daun lebar melambanhkan tiga Persetiaan Pandu Puteri. Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia. Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia.


2024 SEJARAH PERKEMBANGAN& STRUKTUR ORGANISASI


STRUKTUR PERKEMBANGAN PERSATUAN PANDU PUTERI


Sejarah Penubuhan Persatuan Pandu Puteri Pada tahun 1909, di satu perhimpunan Pengakap di Crystal Palace, muncul sekumpulan wanita yang meminta untuk menyertai perhimpunan tersebut. Keinginan mereka untuk menyertai Pengakap telah menarik perhatian pengasas pergerakan Pengakap, Lord Robert Baden-Powell. Dalam masa beberapa bulan, beliau menubuhkan satu pergerakan untuk mereka dengan nama programnya sendiri di bawah pimpinan Agnes Smyth Baden-Powell. Baden-Powell memilih nama ‘Girl Guides‘ dengan rujukan kepada Guides Corps di India. Girl Guides atau Pandu Puteri tidak mengambil masa yang lama untuk membawa impak. Pada tahun 1912, Agnes menulis ’The Handbook for the Girl Guides’ iaitu sebuah buku panduan yang diadaptasikan dari buku ’Scouting for Boys’ oleh abangnya untuk kegunaan Pandu Puteri dan seterusnya pergerakan Pandu Puteri dilahirkan. 1 2


Sejarah Penubuhan Persatuan Pandu Puteri Pada tahun yang sama, Sir Robert yang baru bersara mula bergerak secara sepenuh masa dalam Pengakap dan Pandu Puteri. Semasa lawatan promosi untuk Pengakap dan Pandu Puteri, beliau telah berjumpa dengan Olave Soames dan seterusnya berkahwin dengannya. Pada tahun 1918, Olave dilantik sebagai ketua Pandu Puteri United Kingdom dan sebagai World Chief Guide dalam tahun 1930. Pasangan ini meneruskan usaha mereka dalam mengembangkan Pandu Puteri di seluruh dunia 3 4


Ringkasan Sejarah Penubuhan Persatuan Pandu Puteri


STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI


Struktur Organisasi Pandu Puteri Malaysia Peringkat Kebangsaan Penaung Diraja Yang Dipertuan Timbalan Yang DIpertuan Ketua Pesuruhjaya Yang Dipertua - Yang Dipertua Cawangan Pesuruhjayapesuruhjaya Bahagian Kebangsaan Pesuruhjayapesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan Ahli-ahli ExOffico


Struktur Organisasi Pandu Puteri Malaysia Peringkat Negeri Ketua Pesuruhjaya Ketua-ketua Pesuruhjaya Cawangan Pesuruhjayapesuruhjaya Bahagian Kebangsaan Pesuruhjayapesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan Pengerusi Majlis Jurulatih Kebangsaan


Struktur Organisasi Pandu Puteri Malaysia Peringkat Daerah Ketua Pesuruhjaya Cawangan Pesuruhjayapesuruhjaya Daerah Pesuruhjayapesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan Pesuruhjayapesuruhjaya Perkembangan Cawangan


Struktur Organisasi Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPGM


Struktur Organisasi Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPG KPM


ORIEN2024TASI KURIKULUM UNIT BERUNI FORM SEKOLAH RENDAH


PROGRAM PANDU PUTERI TUNAS (PPT)


1. PRINSIP ASAS PANDU PUTERI TUNAS. Seorang ahli Pandu Puteri Tunas hendaklah : 1. Mengetahui, menghayati dan mengamalkan: Persetiaan; Undang- undang: Cogan Kata; Isyarat dan Hormat; dan Berjabat Tangan. 2. Mengetahui dan memahami Logo, Lencana dan Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia; dan Logo Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS), Lencana Dunia serta Bendera Dunia 3.Mengenal dan mengetahui makna Bendera Malaysia dan menamakan bendera semua negeri di Malaysia; 4. Mengenal struktur organisasi pasukan sendiri; 5. Memperoleh Lencana Kecekapan Kawad dan Istindat: 6.Memperoleh Lencana Kecekapan Lagu-lagu Pandu Puteri Tunas; 7.Memperoleh Lencana Kecekapan Sahabat Pandu Puteri Tunas. 8. Memperoleh Lencana Kecekapan Bercerita. PROGRAM PANDU PUTERI TUNAS (PPT) 2. ANUGERAH TOPAZ I Seorang ahli Pandu Puteri Tunas hendaklah memperolehi lencana-lencana yang berikut untuk melayakkannya mendapat Anugerah Topaz. I : 1. Lencana Kecekapan Pembuat Simpulan; 2. Lencana Kecekapan Pelayan Tetamu; 3. Lencana Kecekapan Pencegah Kemalangan: 4.Satu Lencana Suistanable Development Goal (SDG) untuk Pandu Puteri Tunas daripada SDG 2, 7, 13, 14 atau 15; 5.Satu lencana kecekapan yang belum dicapai daripada elemen Budaya dan kreativiti. 3. ANUGERAH TOPAZ II. Seorang ahli Pandu Puteri Tunas hendaklah memperoleh lencana-lencana yang berikut untuk melayakkannya mendapat Anugerah Topaz II : 1. Lencana Kecekapan Pereka Alat Permianan: 2. Lencana Kecekapan Ahli Rumah Tangga: 3. Lencana Kecekapan Pemerhati; 4. Lencana Kecekapan Kesihatan; 5. Lencana Kecekapan Gera Up, dan 6.Sekurang-kurangnya Batu lencana WAGGGS daripada pilihan yang berikut: Stop The Violence (STV); Free Being Me (FBM); Action On Body Confidence (ABC); atau Suf Smart. 4. ANUGERAH TOPAZ III. Seorang ahli Pandu Puteri Tunas hendaklah memperoleh lencana-lencana yang berikut untuk melayakkannya mendapat Anugerah Topaz III : 1. Lencana Kecekapan Patriotisme: 2. Lencana Kecekapan Pendobi Pakaian: 3. Lencana Kecekapan Jurumasak; 4.Lencana Kecekapan Sustainable Development Goal (SDG) untuk Pandu Puteri Tunas daripada SDG 2, 7, 13, 14 atau 15; 5. Satu lencana kecekapan yang belum diperoich daripada elemen Cabaran dan Kecergasan; dan 6.Satu lencana kecekapan yang belum diperoleh daripada elemen Sains dan Teknologi.


5.ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN Calon perlu hadir dan lulus Bengkel Anugerah Ketua Pesuruhjaya Cawangan. BENGKEL ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN Syarat-syaratnya ialah calon : • Perlu berada dalam Tahun 5; • Perlu menganuti agama atau mempunyal kepercayaan kerohanian: • Telah dilantik; • Telah memperoleh Anugerah Topaz I dan Anugerah Topaz II; • Telah memperoleh dua lencana kolektif: •Telah menyertai sekurang-kurangnya satu perkhemahan PanduPuteri Tunas anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia (pada manamana peringkat); • Telah menghantar Jurnal Progresif dan buku log untuk disemak di peringkat cawangan; dan • Perlu melengkapkan dan menghantar Borang Pencalonan Bengkel Anugerah Ketua Pesuruhjaya Cawangan ke Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia 6. ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS KETUA PESURUHIAYA. Calon perlu hadir dan lulus Bengkel Anugerah Ketua Pesuruhjaya. BENGKEL ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS KETUA PESURUHJAYA Syarat-syaratnya ialah calon: • Perlu berada dalam Tahun 5 atau Tahun 6; • Perlu menganuti agama atau mempunyai kepercayaan kerohanian; • Telah memperoleh Anugerah Pandu Puteri Tunas Ketua Pesuruhjaya Cawangan: • Telah menyertai atau membantu dalam acara Pandu Puteri di peringkat sekolah, zon / daerah, cawangan atau kebangsaan; elah memperoleh Anugerah Topaz III; • Telah memperolch lima lencana kolektif: • Telah menghantar Jurnal Progresif, buku log dan Buku Log Peribadiuntuk disemak di peringkat kebangsaan; dan • Perlu melengkapkan dan menghantar Borang Pencalonan BengkelAnugerah Ketua Pesurubjaya ke Ibu Pejabat, Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Buku Log Peribadi Tahap penglibatan sebagai Pandu Puteri Tunas di peringkat: • Sekolah (sekurang-kurangnya empat kali): • Dacrah (ackurang-kurangnya dua kali): • Cawangan (sekurang-kurangnya dua kali): • Kebangsaan (sekurang-kurangnya satu kalix: • Antarabangsa (sekurang-kurangnya satu kali) dan • Khidmat khas (bonus) 7. UPACARA TERBANG NAIK. Upacara Terbang Naik ialah satu upcara Pasukan Pandu Puteri Remaja menyambut ahli-abli Pandu Puteri Tunas yang memenuhi syarat-syarat di bawah: 1. Calon berjaya memperoleh Anugerah Ketua Pesuruhjaya; 2. Calon mesti berada pada akhir Tahun 6: 3. Calon dapat mengenal pasti sekolah menengah yang akan mereka pergi semasa berada dalam tingkatan satu; dan 4. Pasukan Pandu Puteri Remaja sekolah menengah tersebut sudi menerima Pandu Puteri Tunas berkenaan.


PERANCANGAN PROGRAM / AKTIVITI


Rujukan Azizi Ahmad. (2019, Jun 2). Pengenalan dan Perlembagaan Pandu Puteri. Didapatkan dari SlideShare: https://www.slideshare.net/kheru2006/pengenalandan-perlembagaan-pandu-puteri Hazira Hamsah. (2017). Persatuan Pandu Puteri Malaysia. PTS Publishing House. Nadiah Mohammad Sani. (2013, Julai 23). Sejarah Pandu Puteri. Didapatkan dari Scribd: https://www.scribd.com/document/155434459/Sejarah-Pandu-Puteri Norsharafinas. (2023). Pandu Puteri. Didapatkan dari Google Sites: https://sites.google.com/epembelajaran.edu.my/norshafarinas-w1- panduputeri/home?authuser=0 Nurul. (2019, Januari 30). Sejarah Pengasas Pandu Puteri. Didapatkan dari Scribd: https://www.scribd.com/document/398566404/Sejarah-Pengasas-Pandu-Puteri


Click to View FlipBook Version