The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zawani zakri, 2021-01-19 23:09:42

E-majalah Budaya Pakaian Melayu Tradisional

E- MAJALAH MEMPERSEMBAHKAN

budaya pakaian melayu
tradisional

SEBUAH GALERI PENUH DENGAN KEPELBAGAIAN PAKAIAN
MELAYU

JANUARY, 2021

SBLM1023 PENGANTAR PENULISAN
SEMESTER KEDUA SESI 2020/2021 (A201)

ISI KANDUNGAN

03 Sidang Editor

04 Tinta Editor

05 Jenis Pakaian Melayu Baju
Kurung

06 Jenis Pakaian Melayu Baju
Kebaya

Pengayaan Baju

07 Kebaya Sebagai

Uniform Kru
Penerbangan

08 Ruangan

Kreatif

09 Berita Semasa

10 Ruangan Iklan

11 Kesimpulan

BUDAYA PAKAIAN MELAYU TRADISIONAL

SIDANG EDITOR

Husna Aina Binti Shahrin
255997

Siti Nur Zawani Binti Mohd Zakri
255976

Sarah Anisah Binti Azeman
256849

Nur Nazifa Binti Rozari
256852

Siti NurHani Binti Mohd Helmi
256884

HALAMAN | 03

TINTA EDITOR

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera…

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan terima kasih kepada semua rakan kumpulan kerana
memberi kerjasama yang baik bagi menghasilkan satu majalah
secara maya atau lebih dikenali sebagai E-majalah. Untuk majalah
ini, kami sekumpulan bersepakat untuk memfokuskan kepada
budaya pakaian melayu tradisional yang terkenal dalam golongan
kaum melayu di negara ini.

Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam
keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah
Melayu, Cina dan India. Melayu merupakan kaum terbesar dengan
membentuk 54% daripada penduduk Malaysia. Melayu adalah satu
kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan
budaya Melayu. Konsep budaya merupakan satu konsep yang
penting untuk membandingkan perbezaan antara satu masyarakat
dengan masyarakat yang lain. Bagi budaya pakaian melayu pula,
pelbagai jenis pakaian yang telah digayakan oleh masyarakat
melayu tidak kira di musim perayaan mahaupun majlis
perkahwinan. Selain itu, di Malaysia juga kadang kala pakaian
melayu tidak semestinya dipakai oleh kaum melayu sahaja bahkan
turut diikuti oleh kaum cina dan india.

Sekian dari kami. Terima kasih dan selamat membaca semua.

SITI NUR ZAWANI BINTI MOHD ZAKRI
HUSNA AINA BINTI SHAHRIN

SARAH ANISAH BINTI AZEMAN
NUR NAZIFA BINTI ROZARI

SITI NURHANI BINTI MOHD HELMI

HALAMAN | 04

Artikel Utama

JENIS PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU Pada era modenisasi ini dengan perkembangan fesyen
yang semakin pesat, masyarakat suku Melayu yang majoriti
BAJU KURUNG penduduk Malaysia tidak terpengaruh oleh modenisasi
fesyen dunia.
P OLEH SARAH ANISAH AZEMAN
akaian tradisional melayu sangatlah elegan dan unik.
Kaum Melayu sangatlah mementingkan dari segi pemakaian
mereka. Baju kurung adalah salah satu pakaian adat
masyarakat Melayu di Malaysia. Baju kurung sering dikaitkan
dengan kaum perempuan. Ciri khas baju kurung adalah
perincian yang longgar pada lubang lengan, perut, dan
dada. Pada saat dipakaikan, bahagian paling bawah baju
kurung sejajar dengan pangkal paha, tetapi untuk kes yang
jarang ada pula yang memanjang hingga sejajar dengan
lutut. Baju kurung tidak dipasangi kancing, melainkan
hampir serupa dengan t-shirt. Baju kurung tidak pula
berkerah, tiap hujungnya mempunyai renda. Beberapa
bahagiannya sering dihiasi sulaman berwarna keemasan.

Mulanya, baju kurung biasa dipakai untuk upacara
kebesaran Melayu oleh kaum perempuan di dalam kerajaan,
dipakai bersama-sama kain songket untuk dijadikan
sarungnya, aneka perhiasan emas, dan beg kecil atau kipas.
Disebabkan sebahagian besar masyarakat Melayu
beragama Islam, ramai kaum perempuan memakai baju
kurung bersama sepasang tudung, meskipun demikian
terdapat juga sebilangan dari mereka tidak mengenakannya
dengan tudung. Kini, baju kurung banyak dipakai oleh
masyarakat biasa seperti dipakai untuk pergi mengaji, atau
ibu ibu untuk ke pasar tanpa disertakan dengan hiasan
hiasan yang kelihatan mewah.

Terdapat dua jenis baju kurung iaitu baju kurung teluk Masyarakat Melayu masih mempertahankan warisan
belanga dan baju kurung cekak musang. Baju kurung Teluk budaya nenek moyang dengan cara sering menggunakan
Belanga mempunyai alas leher berbentuk bulat dan belahan baju kurung pada kehidupan sehari-hari baik yang berusia
di bahagian hadapan. Pada keliling leher baju dilapisi muda sampailah tua. Pemakaian baju kurung digunakan
dengan kain lain dan dijahit sembat halus sementara di untuk aktiviti seperti di sekolah, jalan-jalan, pergi ke kenduri,
bahagian pinggiran bulatannya dijahit tulang belut halus. bahkan juga ketika acara rasmi dan juga pada hari perayaan
Bahagian pangkal belahan dibuatkan tempat untuk keagamaan contohnya pada hari raya aidilfitri. Walaupun di
mengancingkan baju yang disebut rumah kancing dengan Malaysia terdapat banyak penjualan baju-baju tren terkini
menggunakan jahitan benang insang pari. Potongan lengan namun baju kurung tetap dominan menguasai pasaran
baju panjang dan longgar, berkekek sapu tangan atau fesyen di Malaysia.
berkekek gantung. Potongan badan lurus dan mengembang
di bahagian bawah. Dari golongan atasan hinggalah golongan bawahan

Baju Kurung Cekak Musang dipengaruhi oleh baju jubah semua tetap menggunakan baju kurung ini. Pihak kerajaan
yang biasa dipakai oleh masyarakat timur tengah. Baju
jubah yang biasanya panjang, dipendekkan hinggan ke di Malaysia turut melestarikan warisan budaya suku melayu
bawah punggung dan disesuaikan dengan bentuk Baju
Kurung Teluk Belanga. Bentuk baju kurung jenis ini mirip ini. Hal ini dapat dilihat dari peraturan kerajaan di Malaysia
dengan Baju Kurung Teluk Belanga, tetapi bahagian
lehernya tegak dan bahagian belahan di depan tertutup untuk memakai baju kurung pada hari Jumaat bagi semua
oleh tiga, lima, tujuh, atau sembilan anak kancing. Ada
kecenderungan untuk menganggap Baju Kurung Cekak pekerja di semua badan kerajaan, BUMN, dan badan
MUsang lebih bersifat rasmi dibanding dengan Baju Kurung
Teluk Belanga. swasta. Walaupun Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum

iaitu Melayu, Cina dan India serta pelbagai agama, semua

pekerja diwajibkan memakai baju kurung pada hari Jumaat.

Dengan adanya peraturan seperti itu maka baju kurung

menjadi ciri khas sendiri untuk masyarakat Melayu di

Malaysia dan tidak akan dilupakan oleh generasi masa

hadapan. HALAMAN | 05

Artikel Utama

JENIS PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU

BAJU KEBAYA

OLEH NUR NAZIFA ROZARI

B aju kebaya Perlis adalah merupakan baju yang menjadi

seni warisan budaya masyarakat Melayu Perlis sebelum
tahun 1930-an lagi. Biasanya Kebaya Perlis dipakai oleh
golongan istana dan golongan bangsawan di zaman dahulu
di majlis-majlis keraian seperti kenduri. Baju kebaya Perlis
telah mula dipakai oleh masyarakat Melayu di negeri Perlis
sebelum pendudukan Jepun lagi iaitu di sekitar tahun 1930-
an lagi dan menjadi sangat mashyur di zaman pemerintahan
Raja Syed Alwi lagi iaitu Raja Perlis yang ke-4.

Semasa zaman pendudukan Jepun, reka bentuk baju Baju Kebaya Perlis turut diletakkan kerongsang hiasan di
Kebaya Perlis telah dipermodenkan mengikut cita rasa si bahagian lipatan hadapan baju untuk menambahkan lagi
pemakainya. Selepas merdeka, pelbagai pengaruh luar yang seri si pemakai. Kerongsang tersebut diselitkan secara
sedikit sebanyak telah mengubah keaslian Kebaya Perlis menyerong. Terdapat baju yang tidak diipakan cuma
yang telah sedia dimodenkan. Ia telah diubahsuai dari segi ditindankan terus lipatan tersebut dan diletakkan hiasan
bentuk potongan dan gabungan fesyen-fesyen terkini. Di kerongsang yang menyerong di atasnya. Kebanyakan hiasan
sekitar tahun 1930-an dan 1940-an, masyarakat Melayu turut dipadankan bersama baju Kebaya Perlis ialah barang
amat ketandusan tukang-tukang jahit. Tidak ramai barang kemas yang diperbuat daripada emas yang
masyarakt Melayu yang pandai menjahit dan seni ditempah khas di dalam satu set. Ianya terdiri daripada
kepandaian menjahit hanya tertumpu kepada tukang- subang atau anting-anting, rantai panjang beserta loket atau
tukang jahit yang amat terhad bilangannya. Masyarakat paun, mastora dan juga kerongsang. Terdapat kerongsang
Melayu ketika itu memang tidak berminat dengan seni yang mempunyai saiz yang sama dan ada juga yang
jahitan. Warisan seni jahitan Kebaya Perlis yang asli pada mempunyai saiz yang berlainan. Bagi kerongsang yang
ketika itu hanya segelintir sahaja yang tahu. Oleh sebab berlainan saiz, ia diselitkan secara berperingkat mengikut
itulah tidak ramai penjahit yang thau akan selok belok saiz. Di bahagian atas iaitu sekitar paras dada diletakkan
keaslian sebenarnya potongan Kebaya. kerongsang yang paling besar sekali diikuti dengan yang
pertengahan di bahagian tengah serta yang kecil sekali di
Baju Kebaya Perlis jika ditinjau dari pandangan bahagian bawah dan berposisi di bahagian bawah pusat.
hadapan, ia lebih menyerupai kepada bentuk baju kebaya
dan jika ditinjau dari sudut pandangan belakang pula, ia Identiti sebenar Kebaya Perlis kini telah lupus akibat
adalah seperti baju Kurung Melayu tetapi bukanlah baju dari arus pemodenan yang mendadak. Kini usaha-usaha
Kebarung. Ia merupakan baju kebaya yang mempunyai untuk mengetengahkan kemali identiti negeri Perlis yang
kekek sama seperti baju kurung dan tidak bertulang di atas mempunyai keunikan bajunya yang tersendiri sedang giat
bahu. Ukuran Kebaya Perlis diambil di bahagian-bahagian dijalankan. Terbaru, pihak Badan Amal Isteri Wakil-Wakil
tertentu seperti bahu, tengkok ke pinggang, dada, bahu ke Rayat Perlis (BAIDUNITA) telah menganjurkan bengkel
susu, hadapan susu, bahu ke pinggang, pinggang, jahitan Kebaya Perlis dengan kerjasama pihak Kerajaan
punggung, labuh baju, keliling ketiak, labuh tangan dan Negeri adalah merupakan salah satu usaha murni untuk
pergelangan tangan. Ini adalah cara pengambilan baju mengembalikan kegemilangan Kebaya Perlis yang pernah
Kebaya Perlis yang sudah agak moden sedikit. Cara popular di suatu ketika dahulu. Bengkel jahitan baju Kebaya
pengukuran baju kebaya Perlis tradisional dan Kebaya Perlis Perlis Moden dan baju Kebaya Perlis Tradisional telah
yang agak moden adalah berbeza tetapi menghasilkan diperkenalkan di dalam bengkel tersebut. Atas kerjasama
bentuk yang agak sama. dari semua pihak kini wanita Perlis akan kembali
menggayakan baju yang menjadi tradisi wanita Perlis di
Kebaya Perlis tradisional asasnya diambil ukuran di suatu ketika dahulu.
atas bahu si pemakai dan bahunya diambil menjatuh yang
hendak dipotong diletakkan sebagai ukuran di atas bahu
dan kemudiannya dilipat dua sebelum dipotong. Dahulunya
tali ataupun kain sendiri dijadikan alat pengukur pada badan
pemakai.

HALAMAN | 06

Artikel Sampingan

Pengayaan Baju Kebaya sebagai Uniform Kru Persalinan baju kebaya masih dikekalkan sebagai
uniform rasmi syarikat penerbangan termuka di
Penerbangan Malaysia Airline System ( MAS) Malaysia iaitu Malaysia Airline Berhad (MAS) sejak 1986.

R OLEH SITI NURHANI HELMI
ekaan persalinan baju kebaya yang menerapkan imej
potongan klasik serta dipadankan dengan kain sarung, batik
dan songket dengan variasi motif yang menarik mampu
menaikkan seri kepada pemakainya walaupun diwarisi sejak
berzaman. Busana baju kebaya juga diubah suai mengikut
arus perkembangan zaman dan semasa dalam teknik reka
bentuk tetapi masih utuh dalam memartabatkan nilai klasik
yang sepadan dengan budaya tempatan masyarakat Malaysia.
Malah penggayaan baju kebaya juga diangkat menjadi pakaian
seragam oleh salah sebuah sektor penerbangan yang terdapat
di Malaysia seperti yang ditampilkan oleh syarikat
penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAS). Baju kebaya
tersebut telah menjadi identiti Malaysia Airlines sejak 35 tahun
lalu dan praktikal dan relevan untuk pergerakan selain
mempunyai keistimewaan corak yang menjadi simbol identiti
negara ini.

Persalinan pakaian seragam ikonik yang dibawa oleh
pramugari Malaysia Airlines Berhad (MAS) dapat dilihat apabila
terdapat penerbangan yang perlu dinaiki rakyat Malaysia serta
bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA). Bukan itu sahaja, baju kebaya yang selama ini menjadi
simbol pakaian seragam bagi pekerja syarikat MAB telah
mendapat pengiktirafan juga dinobatkan antara yang tercantik
di dunia. Kebaya seragam yang dilihat pada hari ini iaitu warna
rona hijau gelap dihiasi corak bunga rona merah jambu
didedahkan telah mengalamI beberapa pengubahsuaian.

Komponen corak batik yang digunakan mencerminkan 'Keunikan Melayu tiada setara,
motif kelerai ataupun anyaman buluh. Corak ini menjadi latar Kaya dengan adat budaya,
belakang dan bersatu dengan warna asas seragam tersebut. Baju kurung serta kebaya,
Kemudian, kepelbagaian corak flora asli Malaysia seperti Tenunan asli warisan kita'
cempaka, jasmin, dan daun-daun bunga raya disulam pada
motif kelerai tersebut. Sehingga kehari ini, pemakaian uniform Baju Kebaya labuh turut menjadi pilihan hati
baju kebaya yang sedia ada masih dikekalkan sejak 35 tahun raja sehari sebagai persalinan perkahwinan.
yang lalu kerana mempamerkan keunikan budaya serta Digayakan bersama hiasan kerongsang pada
kelangsungan warisan masyarakat melayu dan melambangkan hadapan baju dan dipadankan dengan sarung
identiti Malaysia. berkain songket mahupun batik menyerlahkan
keunikan budaya serta adat melayu, membangkitkan
Rekaan baju kebaya yang elegan ditambah dengan corak ciri-ciri klasik dan menghidupkan tema kemelayuan
batik pada fabrik mampu menaikkan aura keayuan serta dalam majlis perkahwinan tersebut. Tidak lupa
memberikan efek manis dipandang kepada si pemakai malah juga persalinan indah ini juga dipakai semasa
dapat digayakan dalam apa jua majlis sama ada acara bekerja samada oleh kakitangan kerajaan mahupun
keramaian dan majlis-majlis rasmi. Disamping itu, baju sektor swasta di Malaysia. Pemakaian baju kebaya
tradisional ini turut mendapat sambutan darpada pelbagai yang dipraktikkan sehingga kini sedikit sebanyak
lapisan etnik di Malaysia yang terdiri daripada kaum Cina, India, berupaya menjadi medium dalam memelihara harta
Kadazandusun, Suluk dan sebagainya. Hal ini dapat dilihat jelas warisan nenek moyang dan aset negara agar tak
semasa sambutan kemerdekaan yang diraikan pada setiap lapuk dek hujan tak lekang dek panas walaupun
tahun serta sambutan majlis-majlis perayaan di Malaysia. negara menjelajahi arus kemodenan.

HALAMAN | 07

Ruangan Kreatif

Memori

Kacak teruna cantik dara,
Duduk bersama di tepi jeti,
Cantik sekali baju kurungnya,
Kebaya Pahang menambat hati.

Seberang jalan berakit-rakit,
Ingin berjumpa bersama teman,
Baju Melayu berkain songket,
Warisan bangsa zaman berzaman

Baju kurung berbunga-bunga,
Ingin menambat hati saudara,
Alangkah indah bentuk seninya,
Jika dipakai bersama-sama.

Pasangan kembar berjalan di sisi,
Berjalan bersama di kampung Segamat,
Baju kebaya baju tradisi
Kebanggan bagi bangsa sejagat.

Kain ditenun perlahan-lahan,
Untuk dipakai Si anak dara,
Pakaian adat menjadi tauladan,
Sentiasa dipakai tidak kira masa.

HALAMAN | 08

Ruangan Kreatif

Kompilasi komik-komik yang menunjukkan
pakaian-pakaian Melayu Tradisional

HALAMAN | 08

Berita Semasa

TREND BAJU KURUNG KEMBALI

PEMAKAIAN RAJA
PERMAISURI
AGONG MENCURI
TUMPUAN RAKYAT

OLEH ZAWANI ZAKRI

Pemakaian yang sopan dan

elegen oleh Raja Permaisuri

Agong Tunku Azizah Aminah

Maimunah Iskandariah,

sentiasa mencuri perhatian

rakyat yang melihatnya.

Baginda sangat selesa

mengenakan busana baju

kurung dimana-mana acara

“Saya lebih suka pakai baju lalu mencetuskan minat
kurung. Malah, bonda saya
berbaju kurung dalam Sementara itu, Baginda juga
juga hari-hari pakai baju mencadangkan baju kurung
kurung. Jadi saya pun ikut kalangan rakyat Malaysia. dijadikan baju kebangsaan
jejak bonda yang sentiasa negara dan digayakan oleh
nampak anggun apabila Baginda yang mendapat pelbagai kaum.
inspirasi dari contoh
berbaju kurung." pemakaian dari bonda dan Selain itu, terdapat
nendanya yang sering perkongsian daripada aplikasi
"Haritu jalan pusing KL dengan berbaju kurung. Baginda "twitter", dimana beberapa
housemate, saja-saja plan nak beranggapan dengan berbaju sekumpulan wanita yang
kurung bukan sahaja nampak bercadang untuk memakai
pakai baju kurung, tiba kat kemas tetapi juga lebih sopan baju kurung ketika melawat
masjid negara ramai tourist nak untuk digayakan. kota raya Kuala Lumpur dan
Masjid Negara. Mereka yang
ambil gambar. Ni antara Ada beberapa media seperti berkongsi foto mengatakan
gambar kami dengan keluarga "Berita Harian" bertanyakan selesa berpakaian baju
hal ini kepada Baginda, lalu kurung dan tampak kemas
dari mexico" Baginda mengatakan bahawa malah turut menarik perhtian
busana baju kurung selesa pelancong dari Mexico untuk
untuk digayakan setiap hari turut sama bergambar
termasuk ketika membeli- dengan mereka. Disini jelas
belah atau melawat kampung- bahawa baju kurung juga ada
kampung. Untuk acara rasmi nilai di mata pelancong dari
diraja, Baginda selesa luar negara.
mengenakan baju kurung
tenun Pahang Diraja.

HALAMAN |09

Ruangan Iklan

HALAMAN | 10

Kesimpulan

Pldaaamrdiapa,azkdaaaminkautnelidntuakhnauaynuludd,aapnnenbhdiaautsidkaunMkmeplaeanryiiubkudsmiapihamakjaeaim.oDaleekhnaigoparaannkkgaeikatenibnyaaaamnngataadnmipdaeadrbnuunat
kbeargaibmaetmdiurapjuak. Pmeansgyeakraalkaantppaakdaaiaznatmraadnismioondaelnadinailasherlatanglekbaihhymaennggehfaerkgtaifi
bptuueadmayayakanagmiamansatinrnaagdamissiaaoslnnianylgai.nySiatenelgalaimnhiemtnuegjnuouglanahj,ugpkeaknkaeaniraarnassipamahkuaodiraamnyaattrnakgdemipsaeiodnnagaeglkeinanilek. Draanasrii
baseprteukjuaadnaubnptuulka,maednagbebkearlpkaaknabiaundayayangmkaitsayasrearkinagtdyaianmgablkearbnilianni gadbaalanhgsa .

HALAMAN | 11


Click to View FlipBook Version