BUNYI
VOKAL
GOLONGAN
BUNYI BAHASA
Vokal
Konsonan
Diftong
VOKAL
– 3 bahagian :
1. Vokal depan
2. Vokal tengah
3. Vokal belakang
PRINSIP YANG SAMA UNTUK SEMUA VOKAL:
– Semua vokal merupakan bunyi bersuara. Oleh itu, semasa
menghasilkan vokal, pita suara bergetar.
– Semasa menghasilkan vokal, tiada sekatan pada laluan udara.
VOKAL
– Dalam BM terdapat 6 BUNYI vokal :
[i] [e] [a] [ǝ] [u] [o]
– Dalam tulisan diwakili oleh 5 HURUF :
"i" "e" "a" "u" "o“
– Semua vokal merupakan vokal asli BM
KERATAN RENTAS LIDAH
HURAIAN KERATAN
RENTAS LIDAH
– Kiri ialah bahagian depan lidah.
– Kanan ialah bahagian belakang lidah.
– Tengah ialah bahagian tengah lidah.
– Garisan lintang ialah ketinggian / turun naik
lidah.
VOKAL DEPAN SEMPIT
[i]
– Depan lidah : naik hingga hampir lelangit keras.
– Hujung lidah : didekat dengan gusi.
– Lelangit lembut : naik. [i]
– Pita suara : bergetar
– Bibir : terhampar.
– Contoh : iman, siku, hari
VOKAL DEPAN
SEPARUH SEMPIT [e]
– Depan lidah : naik ke lelangit keras, tetapi
tidak setinggi bunyi [i].
– Lelangit lembut : naik. [e]
– Pita suara : bergetar.
– Bibir : hampir terhampar.
– Contoh : enak, bengkok, tauge.
VOKAL DEPAN LUAS [a]
– Depan lidah : lebih rendah dari kedudukan vokal
[e].
– Lelangit lembut : naik.
– Pita suara : bergetar.
– Bibir : neutral.
– Contoh: asap, ramai, bola.
VOKAL TENGAH [ǝ]
– Tengah lidah : kedudukan antara hasilkan vokal
depan separuh luas + vokal depan separuh sempit.
– Lelangit lembut : naik.
– Pita suara : bergetar.
– Bibir : neutral.
– Contoh : emping, getir, ke
VOKAL BELAKANG SEMPIT [u]
– Belakang lidah : diangkat ke lelangit lembut tetapi tidak
sampai menyentuhnya.
– Hujung lidah : diundur dari gigi bawah.
– Lelangit lembut : naik [u]
– Pita suara : bergetar.
– Bibir : bundar.
– Contoh : ubat, kumbang, buku.
VOKAL BELAKANG
SEPARUH SEMPIT [o]
– Belakang lidah : naik ke arah lelangit lembut tetapi
tidak setinggi menghasilkan vokal [u].
– Lelangit lembut : naik. [o]
– Pita suara : bergetar.
– Bibir : hampir bundar.
– Contoh : obor, botol, solo.
Lidah depan
Lidah tengah
Lidah belakang
RUMUSAN HURAIAN BUNYI VOKAL
1. KEADAAN BIBIR :
(bundar / hampar / neutral)
2. KEDUDUKAN LIDAH :
(tinggi / rendah)
3. LALUAN UDARA :
(sempit / separuh sempit / luas)
4. Lelangit lembut – naik menutup rongga hidung.
5. Pita suara – bergetar. Bunyi bersuara.
ARTIKULASI
SERTAAN
atau
ARTIKULASI
TAMBAHAN
ARTIKULASI TAMBAHAN /
ARTIKULASI SERTAAN
–Maksudnya ialah Kelainan
penyebutan sesuatu vokal.
–Berlaku kelainan disebabkan oleh
pengaruh lingkungan dalam
penyebutan sesuatu perkataan.
ARTIKULASI TAMBAHAN /
ARTIKULASI SERTAAN
–Contohnya, jika huruf vokal mengikuti
bunyi sengauan, maka akan berlaku
nasalisasi.
–Dalam BM terdapat 4 artikulasi sertaan :
1. NASALISASI 2. GLOTALISASI
3. LABIALISASI 4. PALATALISASI
NASALISASI
1. Vokal mengikuti bunyi sengau.
- Contoh : me-nang, ma-na.
2. KVKV dan KVKVK :
- Konsonan 1 : sengau
- Konsonan 2 : separuh vokal [y], [w]
geseran glotis [h]
Contoh : ma-har, me-wah, ma-ya.
3. KVVK da KVKVV :
- Vokal rangkap mengikuti konsonan sengau.
Contoh : ma-af, mu-ak, kur-nia.
NASALISASI
4. KVKVV
Contoh : se-mua, kur-nia, du-nia
5. Bunyi vokal yang mengikuti konsonan rongga
tekak
Contoh : ta-at, ma-af, sa-at
NASALISASI
sengauan – m → makan
sengauan – n → nasi
sengauan – ny → nyanyi
sengauan – ng→ nganga
geseran glotis – h → mahar
separuh vokal – w → mewah
separuh vokal – y → naya
GLOTALISASI
– Membunyikan vokal rangkap yang terdiri
daripada "ea", "ae".
Contoh : kǝʔadaʔan, kaʔedah
– Awalan "ke-" atau "ke-...-an" diimbuhkan pada
perkataan yang bermula dengan bunyi vokal.
Contoh : kǝʔutuhan, kǝʔimunan, kǝʔenakan.
LABIALISASI
–Bunyi seperti konsonan separuh vokal
/w/ akan terhasil apabila
membunyikan vokal rangkap yang
terdiri daripada "ua" atau "au".
Contoh : "buat" disebut [buᵂat].
PALATALISASI
–Bunyi seperti konsonan separuh vokal
/y/ akan terhasil apabila kita
membunyikan vokal rangkap yang
terdiri daripada "ai" dan "ia".
–Contoh : "kait" disebut [kay it].
HURUF VOKAL : a, e, i, o, u
VOKAL RANGKAP
VOKAL RANGKAP adalah apabila
vokal & vokal bersebelahan. (VV)
ae, ea, iu, ou, ui