The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Question and Answer (Q&A) SPPB SEGAK & BMI 5-9T

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cikgu rahaida, 2024-01-06 17:54:37

Question and Answer (Q&A) SPPB SEGAK & BMI 5-9T

Question and Answer (Q&A) SPPB SEGAK & BMI 5-9T

QUESTION AND ANSWER (Q&A) SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERSEPADU (SPPB) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) MODUL SEGAK & BMI 5-9T 1. Siapakah Penyelaras Modul SEGAK & BMI 5-9T Penyelaras SEGAK adalah Pengetua/ guru besar/ GPK1. Pentadbir SPPB sekolah perlu menetapkan seorang atau lebih pentadbir sebagai penyelaras Modul SEGAK & BMI 5-9T. 2. Adakah dua orang guru boleh didaftarkan dalam Modul Pengurusan Institusi bagi pengisian Keputusan Ujian SEGAK & BMI 5-9T? Tidak. Hanya seorang guru sahaja dibenarkan untuk didaftarkan dalam Modul Pengurusan Institusi. 3. Adakah guru Pendidikan Khas juga terlibat dalam pengisian keputusan ujian dalam SPPB SEGAK & BMI 5-9T? Ya. Guru Pendidikan Khas di Sekolah Pendidikan Khas (SPK), Program Pendidikan Khas Inklusif (PPKI) dan Prasekolah PPKI juga terlibat bagi pengisian keputusan ujian BMI 5-9T semua Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK). 4. Adakah guru prasekolah juga perlu mengisi data skor ujian BMI 5-9T di dalam SPPB SEGAK & BMI 5-9T? Ya. Peranan guru sekolah juga perlu ditetapkan dalam modul Institusi MOEIS di bawah kategori Aktiviti Luar. 5. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya nama murid yang dipaparkan tidak sama dengan jumlah murid yang sepatutnya di dalam kelas? Senarai murid boleh dikemas kini melalui Menu Pengurusan Data yang terdapat pada Penyelaras Modul SEGAK & BMI 5-9T (Rujuk Manual Pengguna Penyelaras Modul SEGAK & BMI 5-9T).


6. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya guru tidak boleh buat pengisian yang disebabkan oleh paparan ‘freeze’? Penyelaras Modul SEGAK & BMI 5-9T hendaklah mengemas kini guru yang mengajar kelas berkenaan melalui Menu Pengurusan Data (Rujuk Manual Pengguna Penyelaras Modul SEGAK & BMI 5-9T). 7. Adakah laporan keputusan murid boleh di muat turun sebelum penyelaras membuat pengesahan? Tidak. Laporan hanya boleh di muat turun selepas penyelaras membuat pengesahan. 8. Adakah laporan keputusan murid boleh di muat turun setelah sistem ditutup? Ya. Laporan murid boleh dimuat turun walaupun sistem telah ditutup. 9. Adakah nama Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) akan terpapar bagi pengisian keputusan ujian SEGAK? Tidak. Nama murid MBPK automatik tidak dipaparkan dalam senarai nama murid yang melaksanakan ujian SEGAK. 10. Mengapa keputusan ujian yang telah dimasukkan tidak boleh disimpan? a) Pastikan semua data yang diisi telah dipaparkan dan Status Kecergasan atau Status BMI juga terpapar. b) Sekiranya murid tersebut adalah MBPK (bagi ujian BMI 5-9T), mohon pilih dahulu ‘KATEGORI’ MBPK mengikut jenis ketidakupayaan murid tersebut. 11. Apakah kategori MBPK yang perlu dipilih sekiranya murid tersebut adalah MBPK masalah pendengaran, penglihatan dan masalah pembelajaran? Pilih kategori MBPK-lain-lain kategori. 12. Adakah data yang telah disahkan boleh dikemas kini semula? Ya. Penyelaras Modul SEGAK & BMI 5-9T boleh memohon untuk reset semula keputusan ujian yang telah disahkan bagi sesebuah kelas dengan menekan butang ‘semakan semula’. Data boleh direset oleh BPK atau Pentadbir SPPB SEGAK & BMI 5-9T di peringkat JPN. Pihak sekolah perlu memaklumkan permohonan yang dibuat kepada Pentadbir SPPB SEGAK & BMI 5-9T di peringkat JPN.


13. Adakah keputusan ujian yang telah disahkan boleh dikemas kini semula selepas tarikh tutup pengisian? Tidak. Data hanya boleh dikemas kini sebelum tarikh tutup pengisian. 14. Adakah keputusan ujian boleh dikemas kini setelah dihantar kepada Penyelaras Modul SEGAK & BMI 5-9T? Ya. Klik semula pada icon pensil untuk kemas kini. 15. Adakah data boleh disahkan selepas sistem ditutup? Tidak. Data hendaklah disahkan sebelum sistem ditutup. 16. Adakah guru perlu mengisi keputusan ujian SEGAK atau BMI 5-9T murid yang tidak melaksanakan ujian? Tidak. Guru hendaklah klik semula butang ‘Ditaksir’ dan meletakan justifikasi tidak ditaksir. 17. Adakah keputusan ujian murid bukan warganegara boleh diisi dalam SPPB? Ya. Keputusan ujian murid bukan warganegara juga boleh dikunci masuk dalam SPPB KPM Modul SEGAK & BMI 5-9T. 18. Adakah graf boleh dimuat turun? Ya. Graf boleh dimuat turun.


Click to View FlipBook Version