The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Thomas, 2023-06-04 01:29:05

ask digital folio

digital folio

Keywords: ask

Asas Sains Komputer Nombor Perlapanan Thomas Bharath Xavier 2Austin


01 02 03 04 Perbezaan antara nombor perlapanan dan nombor perpuluhan Penukaran nombor perpuluhan kepada nombor perlapanan dan sebaliknya Penukaran nombor perlapanan kepada nombor perduaan dan sebaliknya Folio Digital Penukaran pengekodan ASCII kepada nombor perlapanan 05 Hubung kait antara nombor perlapanan dengan kod ASCII dalam bahasa mesin


01 Perbezaan antara nombor perlapanan dan nombor perpuluhan


Perbezaan antara nombor perlapanan dan nombor perpuluhan Sistem nombor perpuluhan Sistem nombor perlapanan Dikenali sebagai Sistem Asas 1 0. Dikenali sebagai Sistem Asas 8. Juga dikenal sebagai sistem nombor desimal. Juga dikenal sebagai sistem nombor oktal. Nombor ditandakan dengan subskrip 1 0, seperti 741 0. Nombor ditandakan dengan subskrip 8, seperti 1 1 28. Mempunyai sepuluh pilihan digit bermula daripada 0 hingga 9. Mempunyai lapan pilihan digit bermula daripada 0 hingga 7. Nilai tempat: 1 , 1 0, 1 00, 1 000 dan seterusnya. Nilai tempat: 1 , 8, 64, 51 2 dan seterusnya.


02 Penukaran nombor perpuluhan kepada nombor perlapanan dan sebaliknya


Penukaran nombor perpuluhan kepada nombor perlapanan Kaedah yang perlu digunakan: • Kaedah bahagi dengan 8 dan gunakan bakinya.


Penukaran nombor perlapanan kepada nombor perpuluhan Kaedah yang perlu digunakan: • Darabkan digit dalam nombor perlapanan dengan nilai tempat nombor perlapanan. Berikut adalah nilai tempat nombor perlapanan :


03 Penukaran nombor perlapanan kepada nombor perduaan dan sebaliknya


Penukaran nombor perlapanan kepada nombor perduaan • Sistem nombor perlapanan diwakili dengan digit-digit 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan 7. • Oleh yang demikian, 3 digit nombor perduaan = 1 digit nombor perlapanan. Berikut menunjukkan digit-digit dalam nombor perlapanan dan perwakilannya dalam nombor perduaan: • Nilai tempat keempat bagi nombor perduaan ialah 23 = 8.


Kaedah yang perlu digunakan: • Pecahkan digit-digit nombor perlapanan dan tukarkan setiap digit kepada nombor perduaan yang diwakili


Penukaran nombor perduaan kepada nombor perlapanan Terdapat 2 kaedah: • Kaedah pengumpulan tiga digit nombor perduaan dan tukarkan kepada nilai perlapanan • Kaedah pengiraan (Kaedah Panjang)


• Kaedah 1: Kaedah pengumpulan tiga digit nombor perduaan dan tukarkan kepada nilai perlapanan Langkah-langkah: • Bahagikan digit-digit dalam nombor perduaan kepada kumpulan tiga digit bermula dari kanan. • Jika perlu, satu atau dua sifar boleh ditambahkan di bahagian paling kiri untuk membentuk kumpulan tiga digit. • Kemudian, setiap kumpulan tiga digit ditukarkan kepada nombor perlapanan yang setara dengannya.


Kaedah 2: Kaedah pengiraan (Kaedah Panjang) Langkah-langkah: • Bahagikan digit-digit dalam nombor perduaan kepada kumpulan tiga digit. • Secara berkumpulan, setiap digit didarabkan dengan nilai tempat bagi nombor perduaan, iaitu mengikut urutan [22, 21, 20]. • Dalam kumpulan masing-masing, hasil darab bagi setiap digit dan nilai tempat dijumlahkan. • Hasil akhir dicantumkan menjadi nombor perlapanan bagi nombor perduaan yang diberi.


04 Penukaran pengekodan ASCII kepada nombor perlapanan


Penukaran pengekodan ASCII kepada nombor perlapanan Pengekodan ASCII: • Satu sistem pengekodan yang luas digunakan dalam dunia pengkomputeraan. ASCII=American Standard Code for Information Interchange Kod ASCII: • Mewakili teks dalam komputer dan alatan komunikasi yang lain. • Bentuk nombor perpuluhn Terdapat 2 kaedah: • Kaedah bahagi dengan 8 dan gunakan bakinya. • Merujuk lampiran kod ASCII


Kaedah 1: Kaedah bahagi dengan 8 dan gunakan bakinya. #Sama seperti yang telah dipelajari


Kaedah 2: Merujuk lampiran kod ASCII. • Kaedah kedua untuk menukarkan kod ASCII nombor perpuluhan kepada nombor perlapanan dapat dilakukan dengan merujuk kepada Lampiran A.


05 Hubung kait antara nombor perlapanan dengan kod ASCII dalam bahasa mesin


Hubung kait antara nombor perlapanan dengan kod ASCII dalam bahasa mesin • Bahasa mesin juga disebut sebagai kod mesin. • Kod ini ialah bahasa asas yang difahami oleh komputer. • Kod ini terdiri daripada urutan digit 0 dan 1 yang disebut nombor perduaan. • Suatu atur cara komputer boleh ditulis dalam pelbagai bahasa pengaturcaraan seperti Scratch, C++, Java, Visual Basic dan Python. • Komputer tidak boleh memahami kod-kod bahasa pengaturcaraan ini secara terus. • Oleh yang demikian, kod-kod atur cara perlu diterjemah terlebih dahulu kepada bahasa mesin.


Berikut adalah Rajah 1.2 dan ia menunjukkan pemindahan satu aksara dari papan kekunci ke unit pemprosesan pusat dan dipaparkan dalam dokumen perisian pemprosesan perkataan pada monitor


(Tambahan) Unicode Selain kod ASCII, terdapat kod-kod lain yang digunakan untuk mewakili bahasa lain seperti bahasa Arab, Cina, Tamil dan Jepun. Kod yang digunakan untuk bahasa tersebut adalah Unicode. Kod ini membolehkan kita menggunakan bahasa Arab, Cina, Tamil dan Jepun yang merangkumi 65536 aksara di dalam perisian pemprosesan perkataan dan perisian-perisian lain.


Terima Kasih Digital folio


Click to View FlipBook Version