S I STEM PENTADBIRAN DAN POLITIK DECEMBER 2023 S E L E P A S 6 0 T A H U N D I M A L A Y S I A BARISAN NATIONAL BARISAN NATIONAL MAGAZINE GROUP 1
GROUPNOR AUNIE NABIHAH BINTI CHE NORAZLIN 297319 MUHAMMAD RASYIDUL ALIFF BIN RITHUAN 297302 TAN YING XIN 297253 NORUL WAIZZAH BINTI MOHAMAD SAFFIRUDDIN 297232 MUHAMMAD AKMAL BIN SHAHRIL IZWANI 297366
MEMBERS AMER HAMZAH BIN MOHAMAD YUSOF 297254 MOHAMED HASSAN BIN MOHAMED BACKER 297272 MUHAMMAD ALYSDANISH BIN MOHD FAISAL 297291 NORJULIANA BINTI MUHAMAD FAZLI 297314 MIMI NADZIRAH AFIQAH BINTI MD SUHAIMI 297352
05 08 12 17 21 Latar Belakang Faktor Penerimaan BN Faktor Penentangan BN Kesan Penentangan BN Kesimpulan TABLE contents of
L A T A R B E L A K A N G B A R I S A N N A S I O N A L
Latar Belakang SISTEM PENTADBIRAN DAN POLITIK CHAPTER 1 06 Barisan Nasional (BN) ditubuhkan pada 1 Julai 1974 sebagai penjenamaan semula Parti Perikatan. Pada asalnya, BN merupakan gabungan dari UMNO, MCA, MIC, PAS, PPP, GERAKAN, SUPP, OBB & USNO dan parti utama dalam BN adalah UMNO, MIC, MCA. BN merupakan buah fikiran Perdana Menteri (PM) kedua iaitu Tun Abdul Razak bagi mengurangkan permainan politik dan politik perkauman bagi mencapai perpaduan dan pembangunan nasional serta tindak balas daripada rusuhan 13 Mei dan BN merupakan parti campuran utama di Malaysia yang dibentuk. Parti ini mendapat mandat daripada rakyat untuk menjalankan pemerintahan secara adil dan saksama bagi memenuhi tuntutan kemajuan setiap etnik di Malaysia. BN sering mengungguli jumlah kerusi di setiap negeri dan memenangi pilihan raya selama enam dekad namun mengalami kekalahan terbesar pada PRU-14. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) DEB adalah program kerajaan Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 untuk mengurangkan kemiskinan dan ketidaksetaraan ekonomi di kalangan pelbagai kumpulan etnik di Malaysia. DEB melibatkan pelbagai inisiatif seperti pemberian bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan, pemerkasaan bumiputera, dan pembangunan ekonomi merata. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), dan universiti awam lain BN turut berperanan dalam penubuhan beberapa universiti awam, termasuk UKM dan UM. Penubuhan universiti-universiti ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memajukan pendidikantinggi di Malaysia Pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Pantai Timur, dan lebuh raya utama lain BN turut melancarkan pelbagai projek infrastruktur, termasuk Lebuhraya UtaraSelatan dan Lebuhraya Pantai Timur, untuk meningkatkan sistem pengangkutan di Malaysia. Projek-projek ini membantu menghubungkan pelbagai kawasan di Malaysia dan meningkatkan kebolehcapaian. KEJAYAAN BN SELAMA ENAM DEKAD
Pilihan Raya Kerusi Bertanding Kerusi Dimenangi 2022 222 30 2018 222 79 2013 222 137 2008 222 137 2004 219 198 1999 193 148 1995 180 127 1990 180 124 1986 154 132 1982 154 135 1978 154 124 JU M L A H KE RUSI Y A N G B E R T A N DI N G D A N DI M E N A N G I SE P A N J A N G E N A M DEK A D : SISTEM PENTADBIRAN DAN POLITIK CHAPTER 1 07 OLEH ITU, MELALUI E-MAJALAH INI KAMI AKAN MEMBEDAH FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN BARISAN NASIONAL DALAM PILIHAN RAYA SEBAGAI PARTI KERAMAT DAN TERTUA DI MALAYSIA SERTA KESAN KEJATUHAN PARTI KERAMAT INI KEPADA ORANG MELAYU DAN PENTADBIRAN NEGARA.
f a k t o r p e n e r i m a a n B A R I S A N N A S I O N A L
PARTI PERIKATAN DAN PEMBANGKANG KEHILANGAN SOKONGAN PADA PILIHAN RAYA 1969 MEMPEROLEH KEPERCAYAAN RAKYAT PELBAGAI KAUM DAN ETNIK KERANA TERDIRI DARIPADA GABUNGAN PARTI YANG KUKUH SISTEM PENTADBIRAN DAN POLITIK CHAPTER 2 09 Parti Perikatan yang memerintah kerajaan Malaysia sejak tahun 1957 termasuk Parti Pembangkang seperti Parti Demokratik dan Gerakan, serta Parti Islam Se-Malaysia, kehilangan kepercayaan rakyat untuk negara selepas bangkitnya isu Rusuhan 13 Mei 1969 yang mencetuskan perbalahan antara kaum dalam masyarakat di negara kita. Barisan Nasional (BN) memperkenalkan tujuan untuk memupuk dan mengekalkan keharmonian serta kesatuan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum seperti: i) Mempertahankan agama Islam sebagai agama Peerseketuan, dan memastikan agama lain dapat diamalkan dengan aman. ii) Menghormati prinsip – prinsip Rukun Negara untuk memastikan keharmonian negara dan mengelakkan perpecahan dalam kalangan rakyat. iii) Membentuk masyarakat yang adil dan saksama dengan memastikan setiap parti anggota memiliki hak sepenuhnya mengambil bahagian dalam setiap pertemuan penting. Barisan Nasional merupakan gabungan parti United Malays National Organisation (UMNO), Persatuan Cina Malaysia (MCA), Kongres India Malaysia (MIC) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS). Kesemua parti ini mempunyai kepercayaan dan sokongan masyarakat kaum masing-masing. Kerajaan BN juga berjaya memelihara keharmonian antara rakyat pelbagai kaum etnik. Kebajikan rakyat berbilang kaum telah diutamakan oleh kerajaan BN. Contohnya, projek lebuhraya pan borneo telah memberi impak yang besar kepada warga sabah dan sarawak. F F A A K K T T O O R R P P E E N N E E R R I I M M A A A A N N B B N N
MEMPEROLEH KEPERCAYAAN RAKYAT DENGAN MENCAPAI BANYAK KEMAJUAN DALAM PELBAGAI BIDANG, EKONOMI, PENDIDIKAN DAN KESEJAHTERAAN SOSIAL. SISTEM PENTADBIRAN DAN POLITIK CHAPTER 2 10 Ekonomi BN telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan dan ketidaksetaraan dalam pelbagai kumpulan dan etnik dengan mengedarkan dana dan bantuan kepada golongan yang tidak berkemampuan, serta pelaksanaan Pembangunan ekonomi merata. Pendidikan BN menubuhan universiti – universiti awam seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM) membuka peluang pendidikan untuk mereka yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi disamping memajukan sektor pendidikan tinggi di Malaysia. Kesejahteraan sosial i) Pembinaan Lebuhraya Utama BN meningkatan sistem pengangkutan dengan melancarkan projek infrastuktur pembinaan Lebuhraya Utara – Selatan, dan Lebuhraya Pantai Timur. ii) Perkhidmatan Sistem Kesihatan Negara BN memperkenal sistem kesihatan negara yang menyediakan akses rawatan kesihatan asas kepada rakyat Malaysia tanpa dikenakan sebarang caj perkhidmatan. iii) Penubuhan Perbadanan Perumahan Kebangsaan (NHC) BN menyediakan perumahan berpatutan kepada golongan rakyat yang tidak berkemampuan untuk mengatasi masalah kadar peningkatan gelandangan dalam negara.
MEMPUNYAI PEMIMPIN DAN TOKOH YANG BERWIBAWA DAN SERBA BOLEH. Tun Abdul Razak Hussein Tun Abdul Razak merupakan Perdana Menteri kedua Malaysia dan memainkan peranan penting dalam tahun-tahun awal negara selepas merdeka. Beliau memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971, yang bertujuan untuk menangani ketidakseimbangan ekonomi di kalangan kumpulan etnik. DEB berusaha untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan meningkatkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera. SISTEM PENTADBIRAN DAN POLITIK CHAPTER 2 11 Tun Dr. Mahathir Mohamad Tun Dr. Mahathir adalah salah seorang perdana menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat. Beliau memegang jawatan dari 1981 hingga 2003. Kepimpinannya ditandai dengan pelbagai inisiatif ekonomi dan infrastruktur, termasuk rancangan "Wawasan 2020". Mahathir meneruskan pemodenan dan perindustrian, menjadikan Malaysia sebagai salah satu negara yang paling maju di Asia Tenggara semasa memegang jawatan. Beliau juga terkenal kerana mempromosikan konsep "nilai Asia" dan kepimpinan yang kuat. Tunku Abdul Rahman Tunku Abdul Rahman memainkan peranan penting dalam rundingan dengan British yang membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957. Tunku Abdul Rahman menekankan kepentingan perpaduan nasional dan perpaduan sosial dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik dan agama di Malaysia. Dasar beliau bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni, dan beliau memperjuangkan prinsip "kedaulatan undang-undang".
f a k t o r p e n e n t a n g a n B A R I S A N N A S I O N A L
Kemelesetan Ekonomi Faktor utama kekalahan Barisan Nasional ketika Pilihan Raya Umum ke-14 disebabkan oleh kemelesetan ekonomi. Barisan Nasional bukan sahaja gagal mengatasi isu ekonomi tetapi juga menambah beban rakyat Malaysia. Hal ini dikatakan kerana Barisan Nasional menghapuskan subsidi tertentu seperti subsidi petrol dan menambahkan pendapatan negara melalui Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Rakyat mengalami kesusahan dalam kehidupan seharian disebabkan oleh GST yang akan meningkat kos sara hidup. Sesebuah kerajaan yang bertanggungjawab seharusnya menambahkan pendapatan negara untuk membangunkan negara melalui saluran yang tidak menyusahkan rakyat. Sebagai contoh, kerajaan harus menarik pelabur asing ke Malaysia bagi meningkatkan ekonomi negara. Tambahan pula, kerajaan juga perlu berusaha menggalakkan eksport barangan buatan negara untuk menjanakan pendapatan. Oleh itu, pengundi tidak memilih Barisan Nasional tetapi memilih Pakatan Harapan atau PAS bagi menjamin kesejahteraan kehidupan mereka (Junaidi, 2019). Maksud: Kebanyakan pengundi boleh dilihat bertukar daripada teori sosiologikal dan teori identifikasi parti kepada teori rasional pada Pilihan Raya Umum ke-14. Teori rasional bermaksud pengundi akan mengundi dengan mengambil kira pelbagai perspektif seperti isu, calon, manifesto dan sebagainya. Teori Rasional SISTEM PENTADBIRAN DAN POLITIK CHAPTER 3 13 FAKTOR PENENTANGAN I s u :
SISTEM PENTADBIRAN DAN POLITIK CHAPTER 3 14 Perkara ini merujuk bahawa Barisan Nasional hanya memberikan kata-kata kosong sahaja dan tidak bertanggungjawab terhadap manifesto yang diberikan kepada rakyat. Sebagai contoh, manifesto yang diberikan daripada Barisan Nasional yang mengatakan bahawa PTPTN dibiayai oleh kerajaan 100% bagi rakyat berpendapatan M40 kebawah. Kita boleh lihat bahawa perkara ini sukar untuk dilakukan untuk membiayai keseluruhan pinjaman kepada pelajar M40 dan B40. Selain itu, Barisan Nasional juga telah melakukan manifesto untuk memberikan pengajian tinggi kepada rakyat B40 secara percuma. Oleh hal yang demikian terjadi, perkara tersebut sedikit tidak masuk akal kerana waktu tersebut merupakan waktu kewangan dalam negara tidak begitu baik. Di samping itu, Barisan Nasional juga telah berjanji untuk menangani kesan kenaikan harga bagi menjamin kualiti hidup rakyat yang bermutu. Malangnya, Barisan Nasional hanya berjanji tanpa tunaikan perkara tersebut, malah telah mewujudkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang telah memberikan kesan buruk terhadap rakyat di Malaysia. Hal ini menyebabkan rakyat tidak mahu lagi mengundi Barisan Nasional untuk menjadi pemimpin pada masa akan datang dan menyebabkan kejatuhan Barisan Nasional. Felda merupakan kawasan deposit tetap parti Barisan Nasional sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 kerana pengundi Felda memberikan kesetiaan kepada Barisan Nasional. Selepas isu-isu Felda diangkat oleh parti oposisi seperti Pakatan Harapan, pengundi Felda tidak lagi mengundi mengikut theori sosiologikal dan theori identifikasi tetapi mereka mengundi mengikut theori rasional. Antara isu-isu yang berkait rapat dengan pengundi Felda termasuklah isu Projek Generasi Baru Felda (PGBF). Parti Barisan Nasional yang tidak mampu menunaikan perjanjian menyebabkan pengundi Felda generasi kedua dan ketiga terpaksa tinggal dengan ibu bapa mereka. Hal ini sedemikian kerana peluang pekerjaan yang terhad menyebabkan generasi tersebut tidak mampu membeli rumah di luar kawasan Felda. Bukan itu sahaja, peneroka Felda juga mengalami kesusahan dalam kehidupan apabila kerajaan Barisan Nasional tidak melunaskan bayaran tandan kelapa sawit pada masa yang ditetapkan (Muhammad Agus & Shah Mohd Akmal, 2019). FELDA Manifesto Yang Tidak Berkesan
1. Etnik dan Identiti Pendekatan Konflik: Ketegangan etnik antara Melayu, Cina, dan India dapat dilihat sebagai hasil dari pertentangan kepentingan dan sumber daya antara kelompok etnik. 2. Ketidakadilan terhadap kaum Perkara ini berlaku terhadap kaum India yang telah memberikan luahan kata ketika Pilihan Raya diadakan. Kaum India telah berkata bahawa mereka sentiasa merasa dipinggirkan dalam pelbagai isu. Hal ini menyebabkan jumlah pengundi India semakin menurun kerana mereka menganggap tidak kira parti mana yang disokong, kesetiaan pengundi India disalahgunakan setiap kali menjelang pilihan raya dengan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat hampir tidak diberi perhatian. Kaum India sering dipinggirkan dari isu pendidikan yang mereka sukar untuk melanjutkan pelajaran di Matrikulasi. Bahkan bukan itu sahaja, malah isu kemiskinan dan sosial juga tidak diambil endah oleh kerajaan. Oleh sebab itu, kemerosotan pengundi Kaum India merupakan salah satu sebab kejatuhan Parti Barisan Nasional. SISTEM PENTADBIRAN DAN POLITIK CHAPTER 3 15 Maksud: i) mendapati pola pengundian mempunyai kaitan yang rapat dengan aspek-aspek sosioekonomi, pendidikan, pendapatan, kelas, agama, etnik dan geografi. ii) memberikan pemahaman yang lebih baik terhadap kompleksitas masyarakat dan bagaimana masyarakat tersebut beroperasi. Ini mencakup analisis tentang bagaimana institusi, nilai-nilai, norma sosial, dan struktur kekuasaan berinteraksi dan membentuk kehidupan sehari-hari. iii) seperangkat konsep, prinsip, dan rangka analisis yang digunakan dalam ilmu sosiologi untuk memahami, menjelaskan, dan menganalisis fenomena sosial di dalam masyarakat. Kesimpulan: Teori ini tidak boleh dianggap sebagai satu-satunya teori yang baik dalam memahami tingkah laku pengundian terutama di negara kita. Ini kerana pada PRU14 yang lalu, walaupun kebanyakan kawasan Parlimen majoriti Melayu masih memberikan sokongan sama ada kepada UMNO mahupun PAS yang dikenali sebagai parti yang memperjuangkan kepentingan Melayu, masih terdapat beberapa kawasan Parlimen yang majoriti Melayu seperti di Langkawi dan Kangar dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH) yang dilihat tidak mewakili kepentingan Melayu. Justeru itu, pendekatan-pendekatan lain dalam memahami tingkah lau pengundian perlu untuk dilihat sama. Teori SOSIOLOGIKAL
TEORI IDENTIFIKASI PARTI SISTEM PENTADBIRAN DAN POLITIK CHAPTER 3 16 LATAR B E LAKA N G K E LUAR G A P E N G U N D I Perkara ini sering berlaku sejak Pilihan Raya diadakan. Apabila penubuhan UNDI18 yang dilaksanakan pada tahun 2016, ramai generasi muda tidak mengetahui tentang isu dan keadaan politik pada usia muda. Oleh sebab itu, mereka hanya mengikuti parti yang disokong oleh ibubapa mereka tanpa menyelidik parti tersebut dengan terperinci. Sekiranya ibubapa merupakan penyokong kuat sesebuah parti, maka terdapat kemungkinan yang besar bahawa sokongan tersebut akan turut diwarisi oleh anak-anak. Selain itu, terdapat generasi muda yang mengenali politik dan isu-isu semasa dan mempunyai pilihan yang akan dibuat untuk pilihan raya, malangnya mereka tertindas dengan keputusannya oleh keluarga mereka lalu menyuruh untuk menyokong parti yang berbeza dengan keputusan mereka. Sebagai contoh, segelintir generasi muda ingin mengundi Barisan Nasional tetapi ibubapa mereka menghalangnya disebabkan isu 1MDB yang mencalarkan imej Parti Barisan Nasional. Oleh itu, ini merupakan salah satu sebab pengundi generasi muda hanya memainkan peranan sebagai pewaris ibubapa mereka sahaja. Secara kesimpulan, latar belakang keluarga pengundi merupakan salah satu kejatuhan Barisan Nasional. Maksud: i) Latar belakang keluarga dan masyarakat setempat memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pembentukan identifikasi parti seseorang. ii) Merujuk kepada tahap ketaatsetiaan terhadap sesebuah parti politik dan wujudnya perasaan simpati seseorang pengundi terhadap parti politik tertentu. (Flanigan dan Zingale, 1975) iii) Pendekatan identifikasi parti sebagai hubungan antara pengundi dan parti politik. Hubungan ini dilihat sebagai saling berhubungan dan berkaitan antara satu sama lain. Pengundi akan sentiasa merasakan sesebuah parti yang disokong sebagai sebahagian dari hidupnya berbanding parti lain terutama parti yang berkuasa dan telah berjasa kepadanya sebagai seorang rakyat. (Butler dan Stokes, 1976) *pengundian lebih bercirikan kepada kestabilan berbanding kepada perubahan, tidak berubah pada satu pihak daripada yang lain, tetapi lebih kepada kepatuhan berterusan dan penentangan terhadap pengaruh yang berlawanan.
K E S A N P E N E N T A N G A N B A R I S A N N A S I O N A L
Caruman Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah bermula 15 Ogos 2018, Siasatan ke atas 1MDB telah dimulakan pada 21 Mei 2018 Mengkaji mengenai projek-projek mega yang diberi kepada negara luar. Reformasi dan Pembaharuan Tanggal 9 Mei 2018, rakyat Malaysia telah melakar sejarah iaitu dengan menamatkan dominasi selama 60 tahun yang diterajui oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Sebanyak 222 kerusi yang dipertandingkan dan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berjaya menubuhkan kerajaan dengan majoriti sebanyak 113 kerusi (Bernama,2019). Menurut keratan akhbar Berita Harian pada tahun 2018 menyatakan bahawa kerajaan dalam tempoh menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan akan digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Selain itu, dalam 100 hari pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyatakan bahawa pihak kerajaan telah melakukan proses awal untuk menepati manifesto yang dibuat seperti: Jelaslah bahawa dengan penubuhan pentadbiran baharu mampu memberi impak kepada rakyat untuk melihat apakah ideologi yang akan dibawa ke dalam negara kita. Rakyat menginginkan pembaharuan dari segi ekonomi, politik mahupun sosial agar kestabilan negara terjamin. Namun, apakah dengan pembaharuan kerajaan ini mampu memberikan lebih banyak impak positif kepada negara ataupun itu hanya merupakan permainan politik dalaman demi kepentingan diri sendiri? SISTEM PENTADBIRAN DAN POLITIK CHAPTER 4 18 Manifesto Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) berteraskan mengenai “Bersama BN Hebatkan Negaraku” yang menunjukkan bahawa kerajaan BN masih ingin mengekalkan kerusi kerajaan walaupun mendapat tentangan daripada pelbagai pihak seperti Perhimpunan Bersih 5. Perhimpunan Bersih 5 menuntut agar pilihanraya yang diadakan adalah bersih, kerajaan yang wujud adalah bersih, mengukuhkan demokrasi berparlimen, hak membantah serta memperkukuh Sabah dan Sarawak (Syafique, 2016). Hasilnya, pada PRU-14 merupakan titik mula bagi kejatuhan Barisan Nasional dan mereka belum bangkit dalam PRU-15. Meskipun sudah mendominasi dalam kerajaan selama 60 tahun tetapi impak selepas kejatuhan Barisan Nasional telah memberi kesan positif dan negatif ke dalam negara kita.
Jho Low, yang didakwa sebagai dalang skandal tersebut Nik Faisal Ariff Kamil, bekas Ketua Eksekutif 1MDB Roger Ng, bekas ahli bank Goldman Sachs Tim Leissner, bekas ahli bank Goldman Sachs Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri Najib Razak Rosmah Mansor, isteri Najib Razak Penyiasatan menyeluruh skandal 1MDB Pada tahun 2015, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat telah mengemukakan saman sivil untuk merampas harta yang didakwa dibeli dengan wang yang dicuri dari 1MDB. Saman tersebut menyebut "Malaysian Official 1" sebagai defendan, yang kemudian dikenal pasti sebagai bekas Perdana Menteri Najib Razak. Pada tahun 2020, beliau telah didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan yang berkaitan dengan SRC International, anak syarikat 1MDB, dan dihukum penjara selama dua belas tahun. Selain Najib, beberapa individu lain telah didakwa dan dijatuhi hukuman berhubung dengan skandal 1MDB. Antara mereka termasuk: Pada Julai 2020, kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa mereka telah mencapai penyelesaian dengan Goldman Sachs untuk mendapatkan semula aset berjumlah US$3.9 bilion yang berkaitan dengan skandal 1MDB. Pada Oktober 2020, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mengumumkan bahawa mereka telah mencapai penyelesaian dengan Goldman Sachs untuk menyelesaikan tuduhan berkaitan dengan skandal 1MDB. Penyelesaian tersebut termasuk denda sebanyak US$2.9 bilion dan keperluan bagi Goldman Sachs untuk mengembalikan keuntungan sebanyak US$1.4 bilion. SISTEM PENTADBIRAN DAN POLITIK CHAPTER 4 19
SISTEM PENTADBIRAN DAN POLITIK CHAPTER 4 20 Perdana Menteri yang silih berganti K e t i d a k s t a b i l a n p o l i t i k Secara naratif, Ismail Sabri adalah Perdana Menteri ketiga dilantik pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) iaitu selepas Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ini bermakna, dalam tempoh tiga tahun sejak 2018 hingga 2021, kita sudah mempunyai tiga Perdana Menteri, maka berlakunya perubahan ideologi dan wawasan yang sekaligus memerlukan sokongan dalam parlimen. Bahkan Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menjadi Perdana Menteri buat kali kedua di mana sebahagian rakyat merasakan negara kita mempunyai pemikiran yang lapuk dan berada di takuk yang sama. Ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), PH juga menjadi relevan buat masa ini memandangkan PMX iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim sudah pun dilantik atas undian rakyat. Hal ini kerana PH sudah mendapat kepercayaan daripada rakyat yang seakan akan dapat menjanjikan kesejahteraan dan kestabilan negara. Akan tetapi, adakah dengan berganti-ganti kerajaan atau perdana menteri semata mata akan menyelesaikan isu politik di negara kita? Keyakinan Pelabur Semakin Pudar Negara kita sukar mendapat kepercayaan dari negara luar untuk mencipta keuntungan dalam ekonomi kerana negara-negara jiran juga mengetahui sedikit sebanyak perihal politik tentang negara kita. Justeru menyebabkan kepercayaan terutamanya dalam pelaburan asing di mana sebelum ini pelabur asing mengeluarkan dana dari Bursa Malaysia dengan jumlah yang besar menjadi semakin berkurangan selepas kejatuhan BN. Biarpun BN kalah, ekonomi Malaysia akan sentiasa bermasalah kerana sektor perbankan semakin berkembang akan tetapi akan sentiasa menambahkan kepada hutang mereka kerana belum cukup sistematik. Perihal inilah yang menunjukkan walaupun negara kita bertukar kerajaan, namun masalah ekonomi tetap tidak dapat diselesaikan. Rakyat menilai BN sebagai kerajaan yang sudah terlalu lama berkuasa, memeras keringat rakyat (GST), menyeleweng wang, mementingkan kroni dan kepentingan diri pemimpin sendiri, bahkan perkara ini masih berlaku sehingga kini. Justeru, rakyat menginginkan pembaharuan dalam sistem politik negara agar kita seiring dengan negara-negara luar dan sentiasa relevan dalam ekonomi pada masa ini yang semakin berkembang pesat. Kerajaan Pusat/BN dilihat gagal membela rakyat kerana kedegilan mendengar suara rakyat dalam soal ekonomi dan ini menjadikan BN tidak diterima buat pertama kalinya dalam sejarah politik negara ini. Maka, berdasarkan kisah ini pemain politik sama ada pemimpin mahupun parti politik tidak boleh mengambil mudah suara rakyat kerana pelbagai strategi boleh direncana dari segi kempen dan gerak kerja parti untuk memenangi hati pengundi namun rakyat juga mempunyai kuasa untuk menentukan pemilihan kerajaan mengikut kehendak mereka.
SISTEM PENTADBIRAN DAN POLITIK CHAPTER 5 21 KESIMPULAN Setelah kita meneroka tentang Barisan Nasional (BN) dalam majalah ini, iaitu parti yang sering mengungguli jumlah kerusi di setiap negeri dan memenangi pilihan raya selama enam dekad. Namun, BN mengalami kekalahan yang terbesar pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Di sini, dapat disimpulkan bahawa faktor kejatuhan BN dalam PRU-14 adalah disebabkan oleh beberapa teori iaitu teori rasional, teori sosiologikal dan teori identifikasi parti. Teori rasional bermaksud pengundi akan mengundi dengan mengambil kira pelbagai perspektif seperti isu, calon, manifesto dan sebagainya. Kemelesetan ekonomi yang menjadi faktor utama kekalahan BN ketika PRU ke-14. BN bukan sahaja gagal mengatasi isu ekonomi tetapi juga menambah beban rakyat Malaysia. Seterusnya, teori sosiologikal bermaksud pola pengundian mempunyai kaitan yang rapat dengan aspek-aspek sosioekonomi, pendidikan, pendapatan, kelas, agama, etnik dan geografi. Ketidakadilan terhadap kaum yang berlaku terhadap kaum india dan menyebabkan jumlah undian dari kaum India berkurang. Selain itu, teori indentifikasi parti merujuk kepada latar belakang keluarga dan masyarakat setempat memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pembentukan identifikasi parti seseorang. Penubuhan UNDI18 menyebabkan ramai generasi muda yang hanya mengikuti parti yang disokong oleh ibubapa mereka tanpa menyelidik parti tersebut dengan terperinci. Tidak lupa juga kesan kejatuhan BN pada PRU ke-14 telah menyebabkan reformasi dan pembaharuan dan ketidakstabilan politik. Hal ini kerana Perdana Menteri yang silih berganti. Dalam tempoh tiga tahun sejak 2018 hingga 2021, kita sudah mempunyai tiga Perdana Menteri, maka berlakunya perubahan ideologi dan wawasan yang sekaligus memerlukan sokongan dalam parlimen. Di samping itu, keyakinan pelabur semakin pudar kerana negara-negara jiran juga mengetahui sedikit sebanyak perihal politik di negara kita yang menyebabkan negara kita sukar untuk mencipta keuntungan dalam ekonomi. Sebelum ini pelabur asing mengeluarkan dana dari Bursa Malaysia dengan jumlah yang besar menjadi semakin berkurangan selepas kejatuhan BN. Oleh itu, dapatlah kita lihat bahawa pergolakan dalam sistem politik dan pentadbiran di dalam negara dapat menyebabkan banyak perubahan yang berlaku dari aspek positif dan negatif. Untuk mencapai kestabilan dalam ekonomi, negara perlu menjaga kestabilan dari segi politik dan pentadbiran dahulu.
SISTEM PENTADBIRAN DAN POLITIK 22 RUJUKAN Amran, H. (2022, August 28). Belum tentu BN menang kalau PRU-15 tahun ini. MalaysiaGazette. https://malaysiagazette.com/2022/08/28/belum-tentu-bn-menang-kalau-pru-15-tahun-ini/ Asyrul, M. A. (2018). Manifesto Barisan Nasional dan Kejatuhan Najibnomics dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke-14. ResearchGate. https://www.researchgate.net/publication/334491804_Manifesto_Barisan_Nasional_dan_Kejatuhan_Najibn omics_dalam_Pilihan_Raya_Umum_Malaysia_ke-14 Barisan Nasional (BN). (2022, November 10). Pendapat. https://pendapat.my/organisasi/barisan-nasional/ Bernama. (2019, May 9). Tanggal 9 Mei 2018, Hari Rakyat Malaysia Lakar Sejarah. Retrieved November 20, 2023, from https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tanggal-9-mei-2018-hari-rakyat-malaysialakar-sejarah-207216. Besar, J. A. (2019, November 25). Perubahan politik dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14, 2018 di Malaysia (Political change in the 14th general election (GE), 2018 in Malaysia). Awang Besar | Geografia-Malaysian Journal of Society and Space. https://ejournals.ukm.my/gmjss/article/view/36211 Besar, J. A. (2021). Evolusi Dan Dinamika Geopolitik dan Sosiopolitik Gerakan Politik di Malaysia. Journal of Social Sciences and Humanities, 18 (No. 2). http://journalarticle.ukm.my/16943/1/46763-151055-1-SM.pdf Ibrahim, Z. (2022, November 11). Sejarah, parti komponen, tokoh utama dan hala tuju Barisan Nasional. Relevan. https://relevan.com.my/2022/11/08/sejarah-parti-komponen-tokoh-utama-dan-hala-tujubarisan-nasional/ Ismail, M. N. (2020, March 4). Adakah perubahan Perdana Menteri bermakna suasana ekonomi akan bertambah baik? Astro Awani. Retrieved November 20, 2023, from https://www.astroawani.com/beritamalaysia/adakah-perubahan-perdana-menteri-bermakna-suasana-ekonomi-akan-bertambah-baik232481 Jeevendran, K. (2023, August 6). Kami hanya penting bila hendak undi – Pengundi India. MalaysiaGazette. https://malaysiagazette.com/2023/08/06/kami-hanya-penting-bila-hendak-undi-pengundi-india/ PM bentang perkembangan janji 100 hari. (2018, August 17). Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/08/463206/pm-bentang-perkembangan-janji-100-hari Shuib, S. (2016, November 18). Bersih 5: Lima Perkara Anda Perlu Tahu. Retrieved November 20, 2023, from https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bersih-5-lima-perkara-anda-perlu-tahu-122132. Team, M. (2008, February 25). Janji manifesto BN 2008. Malaysiakini. https://www.malaysiakini.com/news/78647 Yusoff, Mohammad Agus & Abdul Halim, Shah. (2019). Tingkah Laku Pengundi Felda dalam PRU-14: Identifikasi Parti, Sosiologikal atau Pilihan Rasional? (Felda's Voter Behaviour in GE-14: Party Identification, Sociological or Rational Choice?). Akademika. 89. 167-182. 10.17576/akad-2019-8903-14.